Thursday 28 May 2015

CERPEN SERIES : MARISSA DAMIA (4)




*****

“Assalamualaikum”ucap Mia.

Mia melangkah masuk ke dalam rumah.Kelihatan Datin Shafiya dan Lisa di ruang tamu itu. Mereka sedang menonton televisyen.

“Waalaikumussalam”balas mereka serentak.

“Seronok keluar”tanya Lisa mengusik.

“Errr…bolehlah”balas Mia.

“Mia keluar dengan siapa..” soal Datin Shafiya.

“Dengan kawan ma”

“Kawan lelaki ke perempuan” usik Lisa. Mia menjegilkan matanya.Datin Shafiya tersenyum.

“Keluar pergi mana tadi”soal Lisa lagi apabila Mia tidak menawab pertanyaan Lisa.

“Amboi kau..dah macam penyiasat pulak aku tengok” kata Mia.

“Elehhh nak mengelatlah tu”

Mia tidak mengendahkan apa yang dikata oleh Lisa.

“Eh..abang mana. Tak nampak pun”

“Tidur dalam bilik. Mengantuk katanya”balas Lisa.

“Mama..Mia masuk bilik dulu eh..Nak mandi”..

“Pergilah dah semerbak bau kau”usik Lisa lagi. Mia menjeling kepada Lisa.

Datin Shafiya tersenyum melihat telatah mereka berdua.



*****

Selepas pulang dari keluar bersama dengan Fariz tadi Mia hanya terperap di dalam bilik. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Dia membersihkan diri sebelum menunaikan solat maghrib.

Setelah selesai solat Mia melangkah keluar dari biliknya menuju ke arah dapur.

“Baru turun anak mama ni”kata Datin Shafiya.

“Mama dengan Mak Kiah masak apa ni. Boleh Mia tolong”pinta Mia.

“Tak payahlah dah nak siap dah ni”kata Mak Kiah. Dia tahu Mia seorang anak yang rajin dan mendengar kata.

“Masak apa ma”tanya Mia.

Datin Shafiya tersenyum melihat Mia yang masih berdiri di sebelahnya.

“Makanan kegemaran Mia, Mika dan Lisa” jawab Datin Shafiya.

“Wahhh..bestnya. Mama memang terbaik”Mia memeluk bahu mamanya.

“Abang dengan Lisa mana ma.”

“Diorang baru balik tadi. Ada dalam biliklah tu tengah solat rasanya”

“Mama..Mia ada benda nak bagi tahu semua orang”

“Mia nak bagi tahu apa”

“Kita tunggu semua orang ye mama.”

“Mia nak kahwin eh”sampuk satu suara yang tidak asing lagi.

“Kalau nak mencelah tu cuba bagi salam..Tahu-tahu dah muncul.”kata Mia.

Mikael senyum mendengar bebelan adiknya.

‘Tapi macam mana abang tahu aku nak cakap pasal kahwin’

“Okay sudahhh..mama dah tak sabar nak tahu apa yang Mia nak cakapkan. Makanan dah siap dah ni. Jom kita makan dulu. Lepas tu baru kita berborak..”ajak Datin Shafiya.

Lisa membawa dua pinggan buah-buahan ke ruang tamu. Dia menempatkan dirinya di sebelah suaminya.

“Mia nak cakap apa tadi”soal Datin Shafiya.

Semua mata tertumpu kepada Mia.

“Err..mama tadi Mia keluar dengan Fariz..”

“Tahu..abang yang bawa Mia tadi kan”celah Mikael.

Lisa memberi isyarat supaya Mikael diam.

“Mia bagi tahu mamalah”

“Siapa Fariz tu Mia..kekasih Mia ke”soal Datin Shafiya.

“Ehh..bukan mama. Tapi dia..dia kata dia nak masuk meminang Mia”

Mereka semua yang berada di situ tersenyum. Mia bakal mendirikan rumah tangga.

“Dia kata keluarga dia akan datang meminang Mia minggu depan selepas dia balik dari outstation. Boleh ke mama.”ujar Mia.

“Bolehlah..apa salahlah.. Kalau Mia pun dah setuju. Mama tak kisah”balas Datin Shafiya.

“Mama tak marah ke”soal Mia teragak-agak.

“Mia ni..mama nak marah kenapa pulak. Mia nak kahwin kan. Umur Mia pun dah sesuai untuk Mia kahwin tau. Betul tak mama”tanya Mikael.

Datin Shafiya tersenyum. Sunyilah nanti rumah mereka apabila Mia berkahwin nanti.

Mia membalas senyuman mamanya.

“Ermm..tak sabar aku nak tengok kau kahwin Mia. Nak tengok suami kau tu.”

“Handsome Fariz tu kalau Lisa nak tau”

“Betul ke”Lisa menunjukkan sifat terujanya.

“Amboi dia pula yang melebih eh”sindir Mikael.

“Alah abang ni..handsome macam mana pun abang tetap yang paling handsome dalam hati Lisa” Lisa mengangkat-angkat kening.

Mereka tergelak dengan telatah Lisa.



*****

Jam menunjukkan pukul tiga setengah pagi. Mia berpaling ke sebelahnya. Fariz masih lagi lena tidur. Dadanya yang terdedah berombak dengan tenang. Sudah lebih tiga bulan mereka menjadi pasangan suami isteri. Mia melabuhkan bibirnya ke dahi Fariz.

Langsir yang menutup pintu gelangsar dikuar selebar mungkin. Membiarkan angin dingin masuk ke dalam kamar mereka. Meskipun hampir empat pagi kawasan perumahan itu masih didengari oleh bunyi kenderaan yang lalu lalang.

Sepasang tangan gagah melingkar dipinggangnya. Fariz memeluknya dari arah belakang.

“Kenapa tak tidur ni..buat apa kat sini.”soal Fariz.

“Lah...kenapa biy bangun. Tadi elok je tidur”ujar Mia.

“Biy terjagalah sebab Mia tak ada kat sebelah biy. Nak peluk Mia sebenarnya. Tapi bila tengok Mia tak ada biy bangunlah cari”

“Jomlah tidur”Fariz mengeratkan pelukannya.

“Mia tak boleh tidur. Biy pergilah tidur dulu. Lagipun esok cutikan”ujar Mia.

“Tapi biy mengantuk ni.”perlahan sahaja suara Fariz. Suara orang mengantuk.

“Okay..biy pergilah tidur. Mia nak duduk sini..seronok..sejuk tau”

“Ala..temanlah biy tidur. Tak kan nak biar biy tidur seorang”

Mia mengeraskan badannya ketika Fariz mengajaknya masuk. Terasa ingin mengusik saat ini.

“Ermm..orang tak sudi tak apalah”rajuk Fariz. Dia melangkah ke katil mereka. Fariz tidur membelakangkan Mia.

Mia tersenyum dengan tingkah Fariz. Merajuk lah tu. Pintu gelangsar ditutup perlahan sebelum langsir diturunkan. Mia menuju semula ke kati mereka. Misi memujuk.

Mia panjat ke atas katil. Jika tadi Fariz memeluknya, sekarang ni dia pula yang memeluk badan Fariz dari arah belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu sang suami.

“Biy…”panggil Mia.

“Biyyy..”panggil Mia lagi apabila Fariz tidak memberi reaksi.

“Pergilah sana..tadi nak duduk sana sangat. Janganlah kacau biy. Biy nak tidurlah”

Fariz tidak mengendahkan pujukan Mia. Biar Mia rasa. Dia tak nak cakap dengan Mia.

Mia tersenyum lagi..dia tahu perlu buat apa. Mia turun dari katil dan berjalan ke arah bilik air. Pintu bilik air yang ditutup oleh Mia membuatkan Fariz membuka matanya.

Tiba-tiba bunyi seperti benda jatuh..

“Aduhhhhhh…”suara Mia yang menjerit tadi membuatkan Fariz bangun dari pembaringan dan melangkah laju ke bilik air.

Pintu bilik air ditolak dari luar. Mia terduduk di atas lantai sambil memegang pergelangan kakinya.

“Ya Allah..kenapa ni sayang. Macam mana boleh jadi macam ni”soal Fariz. Suaranya kedengaran risau.

Mia ketawa dalam hati melihat raut wajah suaminya.

“Mia terjatuh tadi..licin lah lantai ni”Mia berpura-pura sakit.

“Dah-dah keluar. Biar biy ambil ubat sapu”kata Fariz.

“Biy..dukunglah..Mia tak boleh bangun”ujar Mia.

Badan isteri yang kecil tu dicempung lalu di bawa menuju ke katil. Fariz meletakkan Mia dengan perlahan di atas katil. Dia tersenyum.

“Ermm..bestnya kena dukung”Mia tengok Fariz. Fariz masih tidak mengerti.

“Mia tunggu sini. Biar biy ambil ubat sapu.”

Langkah Fariz terhenti apabila Mia menahan.

“Tak payahlah. Teman Mia kat sini je”

“Nanti kaki Mia sakit lagi kalau dibiarkan. Kejap je biy ambil ubat”Fariz mengusap rambut Mia. Risau terjadi apa-apa kepada Mia.

“Kaki Mia okaylah biy. Tak sakit pun sebenarnya. Mia saja je nak uji biy tadi”Mia tidak betah lagi untuk membohong pada Fariz.

Fariz mencubit geram kedua-dua belah pipi Mia.

“Mia ni kan suka kenakan biy tau. Biy ingat betullah tadi”masam muka Fariz.

“Tadi Mia pujuk,biy tak endahkan. Sebab tulah Mia buat macam tu”Mia tersengih-sengih.

“Mia kena denda sebab buat macam tu” Fariz meletakkan jari di pipi kirinya.

Mia faham…setiap kali dia buat salah Fariz akan mendendanya dengan ciuman kasih sayang. Mia tersenyum.

Saat bibirnya hampir mencium pipi si suami Fariz berpaling dan menyebabkan bibir mereka bersentuhan. Mia tersipu malu manakala Fariz sudah ketawa nakal.

“Biy ni kan ambil kesempatan betullah”ujar Mia.

“Mana ada biy ambil kesempatan. Sayang kan isteri biy. Biy berhak okay” Fariz memeluk Mia erat.

“Dahlah..teman biy tidur kejap. Biy ngantuk sangat ni. Banyak kerja tadi di pejabat”

“Okay..dah..jom..esok kita nak keluar nanti biy ngantuk pula.”

Mia meletakkan kepalanya di atas lengan kanan Fariz. Mereka tidur sambil berpelukan.



*****

“Sayang bangun..”Fariz menggerakkan Mia yang masih lagi lena di atas katil. Mujurlah isterinya sedang cuti solat.

Mia mengeliat. Dia melemparkan senyuman kepada Fariz.

“Bangunlah..Mia pergi mandi lepas tu kita keluar”

“Pukul berapa dah ni”Mia kembali menutup matanya. Mengantuk.

“Pukul 8.30 dah ni. Kejap lagi kita nak keluar dengan Mikael dan Lisa.”

“Biy..awal lagilah nak keluar. Kalau lambat pun mereka tak marahlah. Mia mengantuk sangat ni”balas Mia sambil menutup matanya.

“Tak apalah..kita keluar awal boleh pergi sarapan dulu ke” ujar Fariz. Dia sudah bosan berseorangan.

“Ermm..tak nak..please biy..sayang ngantuk sangat”rengek Mia.

“Hah..tu lah semalam kononnya tak nak tidur sekarang ni dia pulak yang mengantuk.”

“Yanggg..bangunlah. Biy nak buat apa sorang-sorang ni.”sambung Fariz lagi. Dia menggerakkan tubuh Mia.

Mia mencelikkan matanya. Tangan Fariz ditarik sehingga membuatkan Fariz terbaring disebelahnya.

“Semalam Mia teman biy tidur sekarang ni biy pulak teman sayang tidur okay”

Fariz tidak terkata. Baru beberapa saat Mia sudah lena kembali sambil memeluk Fariz. Fariz tersenyum bahagia.

Fariz merenung wajah Mia. Bahagianya dia selepas menikahi Mia. Sungguh dia beruntung memiliki Mia yang pandai serba-serbi. Memasak, mengemas, menjahit, semua kerja yang sememang perkerjaan wanita Mia pandai.

Wajah Mia yang putih kemerahan ditambah dengan bibir mungil yang merah merekah membuatkan dia sentiasa tergoda dengan isterinya. Kalau beribu perempuan cantik yang datang Mia juga yang tetap dia pilih…


*****

“Hah..kenapa lambat ni”bebel Mikael kepada Fariz dan Mia.

“Adik kaulah ni. Semalam tak nak tidur. Dah nak dekat subuh baru tidur. Tu yang terlajak tu”adu Fariz. Mia mencebik.

“Mia tak bangun solat ke”tanya Mikael.

“Cutilah..so Mia tidurlah. Tak tahulah pulak boleh terlajak”

“Biy dah gerak Mia awal. Mia yang tak nak bangun”kata Fariz.

“Degil tak nak tidur semalam lepas tu kenakan aku pulak tu”bagi tahu Fariz

“Hah..samalah dengan Lisa ni. Kalau aku tak gerak dia cepat memang lambat jugaklah kita orang. Tengok tv sampai pukul berapa”kata Mikael pula sambil memandang Lisa yang membuat muka selamba.

“Ala sekali sekala kita orang bangun lambat apa salahnya”Lisa menjeling Mikael.

“Entah..tak tahu dua orang ni. Membebel macam mak nenek. Mak nenek pun tak membebel macam diorang ni agaknya”balas Mia. Geram bila mereka berdua asyik salahkan dia dan Lisa yang bangun lambat.

Lisa mencebik. “Dahlah Lisa kita tinggal dua orang ni. Kita jalan dulu”bisik Mia.

“Jom..aku pun dah tak tahann dengar mereka membebel” jabwab Lisa yang juga berbisik.

“Hah..tu apa yang dibisiknya dua orang tu”tegur Mikael.

“Hishh..sibuklah”balas Lisa yang diam dari tadi. Dia menarik tangan Mia. Mereka berjalan terlebih dahulu dan meninggalkan Mikael dan Fariz di belakang.

“Sayang tunggulah”jerit Fariz. Mia berpaling dan menjelirkan lidahnya kepada Fariz.

“Lisa..Lisa tunggulah abang jugak”panggil Mikael. Lisa melambaikan tangannya tanpa memandang kepada Mikael.

Mikael dan Friz ketawa dengan gelagat Lisa dan Mia. Bila mereka berdua berjumpa pasti Mikael dan Fariz tidak akan diendahkan oleh mereka. Hubungan Mikael dan Fariz sebagai abang ipar juga rapat. Keluarga mereka berdua juga rapat antara satu sama lain terutamanya Farisya. Setiap kali Mia datang ke rumah Farisya akan membawa Mia lari daripadanya. Mia juga rapat dengan orang tuanya dan aunty Sheila. Tambah lagi aunty Sheila merupakan kawan baik kepada Datin Shafiya.

Lisa dan Mia berjalan sambil ketawa. Dapat lari sekejap dari suami mereka. Sudah lama mereka tidak keluar berdua bersama. Sekejap-sekejap mereka akan berpaling mencari kelibat si suami. Mia membalas senyuman Fariz apabila mata mereka bertembung.

Bibir merah sensual milik Fariz merekah dengan senyuman manis. Dia suka melihat Mia ketawa senang bersama Lisa. Dia memohon agar mereka akan hidup bersama selamanya.

Itulah yang dinamakan jodoh. Semua ketentuan Allah yang Maha Esa. Dia ingat lagi semasa dia berjumpa Mia buat pertama kalinya ketika di KFC. Tidak sangka pergaduhan Mia bersama dengan Marina berpanjangan ke kedai bakery. Setelah itu mereka berjumpa lagi sehingga Mia terima saat dia meminang isterinya dulu. Dia bahagia bersama Mia. Dia sayang dan cintakan isterinya…


TAMAT...












2 comments:

  1. best sngt..saya baca semua awak punya cerpen..jalan cerita yang bagus,,ada permulaan ada konflik n ada ending yang bagus..harap awak teruskan usaha awak jadi penulis yang berjaya,good luck

    ReplyDelete
  2. Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
    Bonus Deposit Member Baru 100.000
    Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
    Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
    Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
    Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
    Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis

    ERTIGA POKER
    ERTIGA
    POKER ONLINE INDONESIA
    POKER ONLINE TERPERCAYA
    BANDAR POKER
    BANDAR POKER ONLINE
    BANDAR POKER TERBESAR
    SITUS POKER ONLINE
    POKER ONLINE


    ceritahiburandewasa

    MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
    KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
    CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D