Friday 6 May 2016

CERPEN SERIES : MUZIK CINTA (5)



BAB 16

           Majlis pertunangan Isha dan Harraz berlangsung dengan cukup meriah. Walaupun cuma majlis pertunangan, orang tua Isha  mahupun orang tua Harraz mahu meraikan majlis pertunangan anak mereka dengan cukup meriah. 
           Dimeriahkan lagi dengan jemputan keluarga dan sahabat terdekat. Meskipun tidak besar majlisnya dan hanya di buat di rumah tetapi mampu membuatkan mereka berpuas hati dengan suasana gembira dan ceria.
            Harraz juga turut menghadirkan diri. Teman-teman Harraz dan Isha begitu teruja apabila mengetahu bahawa mereka akan mengikat tali pertunangan.
           Keluarga Harraz seolah-olah tidak sabar untuk menyambut ahli baru dalam keluarga mereka. Tambah-tambah lagi Tasha, adik Harraz. Melekat di tepi Isha sedari tadi. Wajahnya yang terpancar riak kegembiraan menunjukkan bahawa Tasha tidak sabar untuk menerima kakak ipar.
           Sepanjang majlis berlangsung Isha dan Harraz sentiasa mempamerkan senyuman yang manis. Mereka sudah pun mengikat tali pertunangan. Harraz tidak bimbang lagi dengan Isha yang mungkin akan dikebas orang kerana dia sudah mempunyai ikatan dengan Isha.
           Pada malam itu Harraz duduk bersendirian di biliknya. Betapa gembiranya dia sudah menjadi tunangan kepada gadis yang cintainya Daiyana Darwisya. Tersenyum-senyum dia mengimbas kembali detik perkenalan mereka.
           Harraz membaringkan tubuhnya perlahan-lahan sebelum telefon bimbitnya diambil. Kelihatan wajah Isha yang tersenyum manis berdiri di sebelah dia. Harraz tersengih-sengih. Tidak sabar rasanya hendak menjadi seorang suami kepada Isha dan tinggal sebumbung dengan gadis kesayangannya.
           Nombor telefon Isha didail. Rindu untuk mendengar suara lunak merdu gadis itu walaupun mereka baru berjumpa di majlis tadi.
          “Assalamualaikum” kedengaran suara merdu milik Isha dihujung talian.
          “Walaikumussalam sayang” balas Harraz sambil tersenyum. Mana mungkin Isha boleh nampak senyumannya itu. Terasa di awang-awangan pula bila bersayang-sayang.
          “Sayang?”soal Isha.
          “Ye sayang. Isha lah sayang tu. Tak boleh Harraz panggil Isha sayang”  tanya Harraz. Manalah tau Isha tidak suka.
          “Ohhh..ikut suka Harraz lah”balas Isha. Sejujurnya dia suka apabila Harraz membahasakan dirinya sayang. Malulah dia kalau dia jujur.
          “Maknanya Isha suka lah ni kan” usik Harraz. Dia yakin pipi Isha pasti sudah merah disebabkan malu.
          “Apa Harraz ni…Ikut suka Harrazlah nak panggil Isha apa.”
Harraz ketawa. Gembiranyaaaa…
          “Betul ni, boleh panggil apa sahaja” soal Harraz mahukan kepastian.
          “Betullah. But apa Isha nak tipu. Bukannya dapat apa pun”
          “Okay, kalau macam tu panggil Harraz abang boleh. Praktis lah dulu boleh kan sayang”  begitu teruja Harraz mahu Isha memanggilnya abang.
          “Apa dia” terkejut Isha mendengar permintaan Harraz.
          “Ye sayang. Panggil Harraz abang boleh. Please..” Harraz terasa macam nak hentak kepalanya di meja. Macam manalah dia boleh jadi ngada-ngada macam ni.
          “Tunggu bila dah kahwin tak boleh ke”duga Isha. Malulah kalau Harraz tahu bahawa dia pun sebenarnya ingin membahasakan Harraz abang. Biarlah dia main tarik tali dulu.
          “Alaa..bolehlah sayang..Please”Harraz sudah merayu-rayu.
Isha tersengih-sengih mendengar panggilan sayang. Walaupun Harraz tidak berada di hadapannya, namun susah untuk dia menepis rasa malu.
          “Kalau Isha tak nak panggil abang Isha boleh panggil Bie ke” ujar Harraz lagi.
           Alahai..mengada-ngada betullah Harraz ni. Isha tersenyum bahagia. Rasa kekoklah pula hendak memanggil Harraz dengan panggilan istimewa tambah-tambah lagi nak panggil Bie.
          “Hurmm..Isha panggil abang lah, boleh?” Isha memutuskan.
          “Yeayy..okay sayang, anything for you”
            Aduhhh..kenapalah Harraz ni sweet sangat. Rasanya tak sabar nak hidup bersama dengan Harraz.
          “Sayang tengah buat apa tadi” soal Harraz.
          “Abang rasa Isha tengah buat apa eh” soal Isha pula. Sengaja bermain teka-teki dengan Harraz.
         “Ermm..Isha tengah teringatkan abang kan” teka Harraz. Isha ketawa.
         “Pandainya abang teka. Memang Isha tengah teringatkan abang.”
         “Dah pukul berapa ni kenapa tak tidur lagi” tanya Harraz.
         “Nak tidur dah tadi. Lepas tu abang call. Kacau daun betul” usik Isha.
         “Amboi..dan-dan abang kacau eh. Okaylah pergi tidur.”
         “Okay abang..Assalamualaikum.. Isha tidur dulu tau.Good night. Sweet dream”
         “Waalaikumussalam..Good night sayang. Sweet dream too”
Masing-masing tersenyum sendiri. Berdebar menantikan detik-detik bahagia mereka walaupun lama lagi mereka akan berkahwin.


BAB 17

           Hubungan Isha dan Harraz semakin rapat apa lagi usia pertunangan mereka sudah setahun berlalu. Kini Isha berada di semester lima manakala Harraz sudah melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun Harraz mendapat tawaran untuk menyambung pengajiannya di luar negara tetapi dia menolak dengan alasan di Malaysia juga dia dapat menyambung pengajiannya.
          Isha duduk bersendirian di restoran menunggu Fira yang berlalu ke tandas. Dia mengambil tempat yang sedikit tersorok daripada pandangan. Isha memerhati orang yang lalu lalang di hadapan restoran tersebut. Telefon bimbit diambil untuk melihat kalau-kalau ada panggilan ataupun mesej daripada Harraz.
           Sudah dua hari Harraz tidak menghubunginya. Sibuk ke dia…
          “Hoi..apa yang dibeleknya.” Fira menepuk kuat bahu Isha.
          “Sakitlah mangkuk. Ingat bahu aku apa. Kalau patah macam mana” marah Isha yang terkejut dengan tepukan Fira.
          “Eleh..sebab aku tahu tak patahlah aku berani tepuk kuat bahu kau”balas Fira selamba. Isha menjeling ke arah  temannya.
          “Kau nak pesan apa ni” Fira membelek-belek menu dihdapannya.
          “Pesan apa”soal Isha blurrr..
          “Laa..kalau kita dah datang nak makan kit orderlah apa yang kita nak kan. Tu lah aku tanya kau nak makan dan minum apa”
          “Eh..sorry-sorry. Blur kejap” Isha tersengih.
          “Sorry ye dik. Akak ni pening-pening lalat agaknya” kata Fira kepada pekerja yang setia menunggu di tepi meja mereka.
           Isha memilih nasi ayam Hainan, lime mint supreme untuk minuman dan tambahan makanan iaitu pai tee manakala Fira pula memilih nasi ayam, fresh lime untuk minuman dan crispy wanton sebagai makanan tambahan.
          “Kau kenapa ni Isha” soal Fira sambil merenung wahaj Isha. Dia melihat sedari tadi Isha ralit memegang telefon bimbitnya. Sekejap-sekejap Isha akan melihat telefon bimbitnya.
           Cuti pada hujung minggu itu Fira balik ke rumah Isha. Fira memang sudah terbiasa dengan keluarga Isha dari dulu jadi tidaklah dia kekok untuk pulang ke situ memandangkan keluarganya pulang ke kampung untuk menziarahi rumah dan kubur nenek dan atuknya di Kedah.
          “Mana ada apa. Kau ni je yang piker bukan-bukan.”balas Isha.
          “Kalau kau ada masalah cerita jelah kat aku. Kita keluar ni untuk release tension tapi bila dah tengok muka cemberut kau ni bertambah tension aku jadinya” Fira mengusik sahabatnya.
           “Bukan masalah apa pun. Harraz tak mesej aku. Call pun tak. Dah lima hari ni”
           Fia tersenyum. “Rindu tunanglah ni” dia memandang wajah Isha yang masam mencuka.
          “Siapa yang tak rindu tunang sendiri. Kau lainlah. Aku ni dah lah jarang jumpa dia. Tu pun kalau dia balik Kuala Lumpur.”
           Fira tersengih malu. Betullah kata Isha. Dia dapat juga  berjumpa dengan Zariff kerana tunangnya menyambung pelajaran di Shah Alam. Bahkan boleh dikatakan mereka kerap berjumpa. Lama sikit tak jumpa mulalah dia berasa rindu. Harraz dan Fira telah mengikat pertunangan tiga bulan yang lepas. Fira mengerti perasaan rindu Isha.
           “Bila Harraz balik” soal Fira.
          “Tak tahulah. Dia tak cakap bila nak balik.”
          “Dahlah tu, maybe tunang kau tu sibuk dengan assignment semua. Tak sempat nak hubungi kau”pujuk Fira.
            Gadis yang mengambil pesanan tadi menghampiri meja mereka. Menghantar minuman terlebih dahulu. Makanan yang dipesan dihantar selepas beberapa minit kemudian. Isha dan Fira, masing-masing tidak menunggu masa yang lama untuk menyuap makanan mereka. Makanan yang kelihatan berasap membuatkan perut menjerit sudah minta diisi.
          “Kenapa aku rasa nasi ayam hainan aku ni sedap daripada biasa”komen Isha sebaik sahaja dia menghabiskan sepinggan nasi ayam hainan. Pinggan yang kosong dia tolak ketepi sebelum mengambil pinggan yang berisi pai tee.
          “Mak aii..licin pinggan kau. Aku ingat aku seorang sahaja yang kuat makan tapi kau pun sama” peril Fira.
          Isha tidak mempedulikan Fira. Dia sibuk menyuap pai tee ke dalam mulut.
          “Aku laparlah Fira. Ni yang aku makan banyak. Nah rasalah pai tee ni”pelawa Isha.
          “Sorry..aku tak minat pai tee. Nah rasa aku punya wantan pulak. Kalau aku makan seorang tak habis ni” Fira menyerahkan beberapa wantan kepada Isha.
           Isha tersengih mendapat makanan daripada Fira. Hari ni dia merasa sangat lapar. Setelah menghabiskan makanan kepunyaannya dia terus menyuap wantan yang diberikan oleh Fira ke dalam mulut. Fira terkejut melihat Isha makan. Licin habis sedangkan dia masih tidak makan wantan miliknya.
          “Woi..kau ni lapar sangat ke. Berapa hari tak makan”soal Fira.
           “Lapar lah dua hari tak makan nasi tu yang aku kelaparan ni” Isha tergelak. Dia melihat pinggan yang kosong. Memang licin habis.
           Sedang mereka berbual-bual, mata Isha menangkap kelibat orang yang dia sangat kenali masuk ke dalam restoran itu. Isha merenung pasangan itu. Ya dia yakin. Isha tergamam melihat Harraz dan Melissa yang duduk  bersebelahan pintu masuk. Isha memerhatikan mereka berdua. Kenapa perlu duduk di situ. Kalau mereka berdua keluar pasti Harraz akan melihat dia. Dia tak nak Harraz tahu bahawa dia ada disitu. Dia ingin melihat sejauh mana perbuatan Harraz.
           Fira yang melihat wajah pelik Isha turut mengalihkan pandangan  ke arah tempat yang dilihat Isha.
          “Eh Isha. Tu Harraz kan. Bila dia balik dari Penang.Tapi dia dengan…” Soal Fira. Dia juga terkejut melihat Melissa turut ada di situ.
          “Diamlah. Suara kau tu boleh kuat lagi agaknya.”marah Isha. Tak pasal karang ada yang perasan.
          “Ye, sorry-sorry” balas Fira. Sedar kesilapan dia yang terkuat suara. Nasib tak ada yang dengar.
           Hailahhh…hati Isha sekarang ni rasa panas je. Melissa memegang tangan Harraz yang berada di atas tangan. Isha yang tunang Harraz pun tidak pernah memegang tangan itu. Isha terkejut. Matanya bertembung dengan mata milik Melissa. Melissa melemparkan senyuman sinis kepadanya.
          Isha tetap memerhatikan mereka berdua. Bermacam-macam persoalan dibenaknya. Bila Harraz balik dari Penang? Sebelum ni Harraz tidak lupa hendak memberitahunya jika dia ingin balik ke sini. Kenapa Harraz ada dengan Melissa? Apa sebab dia pulang ke sini.? Kenapa tidak hubungi dia?
           Isha semakin panas apabila melihat Harraz tidak mengelak dari pegangan Melissa. Wajah Harraz menunduk. Isha sudah tidak tahan lagi. Dia menyuruh Fira membayar terlebih dahulu. Isha pantas berjalan mahu keluar dari situ.
          “Cepatlah sikit”ujar Isha. Dia menarik tangan Fira.
          “Sabarlah”
          Gara-gara mahu cepat Isha tak sedar ada pekerja yang membawa pinggan mangkuk yang kotor. Habis berterabur di atas lantai apabila dia terlanggar pekerja itu. Isha tunduk meminta maaf. Semua mata memandang ke arahnya. Harraz juga terkejut melihat Isha di situ.
           Isha menjeling tajam Harraz dan Melissa sebelum keluar dari situ. Dia meninggalkan Fira di belakang.
          “Isha tunggulah dulu. Ishh budak ni” marah Fira geram bila melihat Isha menonong keluar dari situ.
          “Apa ni pegang-pegang. Haram tahu tak” tegur Fira kepada Harraz dan Melissa.
           Harraz baru tersedar apabila melihat tangannya yang dipegang erat oleh Melissa. Baru dia tahu kenapa Isha menjeling kepadanya. Dia yakin Isha marahkannya. Harraz melepaskan pegangan Melissa. Dia ingin mengejar Isha kerana dia pasti Isha salah faham.
           “You nak pergi mana ni. Nak tinggal I seorang kat sini” marah Melissa.
           “I nak kejar Isha lah. Dia salah faham dengan I”
           “Dia tu siapa hah, biarlah dia nak salah faham ke apa ke”balas Melissa geram.
          “Dia tu siapa You tanya I? Dia tu tunang I. You lupa ke”marah Harraz pula.
          “Habis I ni siapa pula” Melissa bertanya kepada Harraz yang berkira-kira hendak beredar dari situ.
          “You tu cuma sepupu I. Kita tak ada hubungan istimewa pun. Tolong sedar sikit”
           “Tapi I cintakan You Harraz. Tak boleh ke You faham”rayu Melissa. Dia menarik tangan Harraz.
           “I tak boleh cintakan You sebab I cintakan Isha. You faham ke tak. Dari dulu I tegaskan I cintakan Isha. Hanya Isha seorang. Faham tak”bentak Harraz. Dia meninggalkan Melissa keseorangan di situ dan berlari mencari Isha.
           Berkali-kali nombor Isha di dail. Tidak berangkat. Nombor Fira di dail pula. Hanya itu jalan satu-satunya untuk mengetahui keadaan Isha.
          “Nak apa”tanpa salam Fira terus menembak Harraz dengan soalan.
          “Korang kat mana. Isha mana?”
          “Dalam teksi nak balik rumah. Kenapanya? Isha ada ni kat sebelah” acuh tak acuh Fira menjawab pertanyaan Harraz.
          “Saya nak cakap dengan dia” pinta Harraz.
           “Isha tak naklah.”
           “Sekejap je. Tolonglah”ujar Harraz. Dia tak mahu Isha salah faham.
           Harraz mendengar suara Fira yang memujuk Isha untuk bercakap dengannya. Suara Isha tidak kedengaran sama sekali.
            “Saya dah pujuk dia. Dia tak nak cakap dengan awak”
             “Tak apalah kalau macam tu. Nanti saya cuba hubungi dia lagi” Harraz pasrah. Tahu Isha sedang marah.


BAB 18

           Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Isha hanya mendiamkan diri. Apa yang diperkatakan oleh Fira langsung tidak didengari.  Sebaik sampai ke rumah, Isha berlari laju menuju ke biliknya. Teguran Darwisy juga tidak dipedulikan.
          “Kenapa dengan Isha” soal Darwisy kepada Fira sebaik sahaja Fira melangkah masuk ke dalam rumah.  Pelik melihat tingkah Isha.
          “Masa pergi makan tadi Isha salah faham dengan Harraz agaknya.”
          “Bukan Harraz ada di Penang ke?”
          “Tu lah abang Wish, kita orang terserempak dengan Harraz tadi tu yang jadi macam tu” beritahu Fira.
          “Isha pun tak tahu ke?”
            Fira menggeleng. “Tak apalah kalau macam tu. Tolong tengokkan Isha, abang nak keluar jumpa kawan.”
           “Okay..jumpa girlfriend eh” soal Fira sambil kening dijungkitkan. Sengaja mengusik.
            “Kalau betul pun kenapa”kata Darwisy membalas usikan Fira. Dia sudah menganggap Fira sebagai adiknya sendiri.
            Darwisy tersengih sambil berlalu keluar menuju ke keretanya.
             Di dalam bilik pula, melontarkan tubuhnya di atas katil. Mukanya disembamkan di bantal tidur. Ditumbuk-tumbuk bantal tidurnya. Seolah membayangkan muka Harraz yang ditumbuknya.
            “Sudah-sudahlah tu Isha. Yang kau tumbuk bantal tu kenapa. Bntal tu tak bersalah pun.”
            “Arghhhh geramlah aku” bentak Isha.
            “Yang kau tak nak cakap dengan Harraz tu kenapa. Berapa kali dia telefon kau. Kenapa tak nak angkat.”
            “Dalam situasi macam ni kau nak aku angkat call daripada dia. Cuma bayangkan orang lain pegang tangan Zariff apa kau rasa.” Soal Isha sambil melemparkan pandangan sinis.
            “Kalau aku, aku akan dengar dulu alasan apa yang dia bagi. Bukan bertindak terburu-buru. Isha terdiam.
            “Boleh percaya ke?”
            “Aku nak tanya kau sepanjang korang kenal ni pernah tak Harraz tipu kau?”Isha menggeleng.
           “Hah..habis tu. Cuma dengar dulu penjelasan Harraz. Merayu-rayu dia nak cakap dengan kau tadi masa dia telefon aku. Lagipun kau nampak sendiri kan masa Melissa pegang tangan Harraz, Harraz nampak sedih kan. Kau tak nak cuba faham dia ke. Mana tau dia tengah ada masalah ke.”
            “Habis tu kau nak aku buat apa” soal Isha.
             Fira mengetuk kepala Isha. “Kau ni kan. Tak nampak berapa banyak missed call daripada Harraz yang tak berjawab ni. Lepas ni kalau  Harraz call ke mesej layankan je. Jangan senyap je. Kalau aku tahu kau tak jawab siap kau.”
             “Tak payahlah ketuk-ketuk kepala aku.” Isha menggosok kepalannya. Sakit.
              “Memang sengaja aku ketuk. Biar sedar sikit.”Fira tergelak.
              “Ingat apa aku cakap.”Fira berlalu pergi dari bilik Isha. Tengok tv lah tu.


One more part :)

No comments:

Post a Comment

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D