Friday, 22 March 2013

CERPEN : AKU SUKA PADAMU



SATU…
“RISYA..”panggil Farish sambil mengetuk kepala adik kembarnya yang sedang membaca novel.

“Apa ni main ketuk-ketuk kepala orang pulak ingat tak sakit ke.. Belasah kang”kata Risya sambil menunjukkan sebiji penumbuk kearah abangnya.

 Sesuka hati je nak ketuk kepala aku. Tak pasal-pasal biul aku karang. Desis hati Risya.

“Hushh garangnya Risya ni abang ketuk sikit je kepala tu dah sakit..Lagi satu tak ada besar mana pun penumbuk awak tu cik kak oi”kata Faris
“Eleh”cebik Risya.

“Apa eleh-eleh. Ni mama dengan papa mana tak nampak pun”tanya Farish yang baru pulang dari kerja..Hari sabtu pun kerja, cubalah duduk rumah rest macam aku. Desis hati Risya.

Risya kalau disuruh kerja pada hari sabtu atau hari ahad dia memang akan membantah.Ada saja alasan yang dia berikan kepada papanya Encik Razif. Katanya sabtu dan ahad merupakan hari dia untuk berehat. Eh lagipun dia cuma setiausaha kepada abangnya sendiri. Papa nak bagi jawatan lain dia tak nak malah kebanyakan pekerja di situ tidak tahu bahawa Risya merupakan anak kepada Encik Razif. Ini semua Risya yang suruh rahsiakan. Alasannya sengaja tak nak orang tahu.Pelik.

Risya memang suka melawan berbanding abangnya yang seboleh-boleh mahu melakukan apa yang disuruh papa mereka. Ni nasib baik syarikat tempat bekerja merupakan syarikat keluarga kalau tak sah-sah Risya ni kena buang kalau asyik melawan saja.

“Erm abang bosanlah duduk rumah jomlah kita keluar jalan-jalan ke. Lepas tu boleh kita makan sekali kat luar.Risya belum  makan lagi tau daripada petang tadi”ajak Risya penuh mengharap.

“Alah abang malaslah nak keluar kenapa tak ajak Haikal temankan adik.”tanya Faris.

“Kalau abang tak nak keluar tak apa tapi jangan nak bawak nama Haikal pulak sekarang ni”gumam Risya. 

“Dahlah”kata Risya menyambung kembali pembacaannya yang terbantut.

“Ok-ok jom kita keluar”ajak Farish setelah melihat muka cemberut Risya.

“Dah tak payah Risya dah malas nak keluar dah tak ada mood”

“Tapi tadi Risya kata laparkan jomlah kita keluar. Abang pun lapar ni”kesal Farish kerana menyebut nama Haikal. Bukannya dia tak tahu Risya sedang melancarkan perang dingin dengan Haikal kerana Haikal menuduh Risya cuba untuk merosakkan hubungannya dengan  Lia.

“Alah dik jomlah”

“Risya kata tak nak tak naklah. Abang ni faham ke”bentak Risya lantas berlalu masuk ke dalam bilik.


DUA…
“Risya abang minta maaf ok pasal semalam sebab abang sebut nama Haikal”mohon Farish.

Risya hanya mendiamkan diri dan selamba melayari internet di mejanya. Biasalah awal lagi baru 7.30 dia dah sampai pejabat.

“Ok apa kata abang belanja Risya hari ni daripada breakfast, lunch and dinner.”pujuk Farish. ‘harap-harap dia setuju’

“Erm great idea”kata Risya sambil menepuk tangan.

“So Risya dah maafkan abang”tanya Farish lagi.

“Erm dah tapi kalau abang still lagi sebut nama Haikal Risya siap abang. Ok dah jom kita pergi sarapan”ajak Risya dan mengambil beg tangannya yang berada di atas meja untuk keluar bersarapan.

‘Risya-Risya kalau pasal makanan laju saja. Tapi badan still kurus’desis Farish.

Kelihatan hanya beberapa pelanggan sahaja yang berada di restoran Cik Wan.

“Ye kak, bang nak makan apa”tanya Mirul yang sudah dikenali semenjak mereka makan di situ.

“Mirul bagi akak roti canai letak dua biji telur tau dengan Horlicks sejuk. Ermm..ah tambah roti bakar dua set” kata Risya.

“Eh banyaknya Risya makan”tanya Farish.

“Alah biarlah Risya tengah lapar kan Risya tak makan dari semalam. Lagipun bukannya Risya yang bayar makanan ni semua abang yang kena bayar. Abang kan janji”

“Hah..erm habislah”ni baru breakfast belum lunch and dinner lagi.

“Padan muka siapa janji”Risya ketawa melihat muka abangnya.

“Abang Farish nak makan apa”

“Bagi abang nasi goreng kampung dengan  air milo panas”

“Abang nak sikit nasi”minta Risya setalah makanan kepunyaannya habis.

“Risya ni tak kenyang lagi ke”tanya Farish. Walaupunnya mulut bertanya tapi tangannya menyuakan nasi gorengnya kepada Risya.

“Tak”sepatah Risya menjawab.

“Risya abang nak  tanya sikit boleh tak pasal Haikal..kalau tak boleh tak apa”tanya Farish.

“Erm sikit boleh banyak boleh blah”

“Ok..Risya tak nak berbaik dengan Haikal ke”

“Buat apa Risya nak berbaik dengan dia..dia yang cari pasal dengan Risya dulu.”jawab Risya.

“Tapi bukan ke dia dah minta maaf dengan Risya”

“Kalau minta maaf secara terpaksa nak buat apa..boleh jalanlah..dia minta maaf pun sebab si Lia tu pujuk dia suruh minta maaf dengan Risya saja nak buat baik konon. Ok dah tutup cerita”malas Risya mahu memanjangkan ceritanya.

“Jom balik pejabat”ajak Risya setelah menamatkan ceritanya dan mengajak abangnya beredar.

Risya dan Farish terserempak dengan Haikal dan Lia semasa ingin beredar dari situ.

“Eh Farish kau buat apa kat sini.”tanya Haikal.

“Hai..aku baru habis sarapan dengan Risya tadi”

Haikal memandang ke arah Risya tetapi Risya tidak, dia lebih suka memandang tempat lain daripada memandang muka si Haikal yang menyakitkan hatinya dan Lia yang tergedik-gedik di sebelah Haikal.

“Erm kau pun nak sarapan  kat sini ke.Jangan lambat sangat masuk pejabat”

“Tak adalah kita orang bungkus makanan lepas tu terus balik pejabat.”

“Erm encik jomlah kita beredar. Nanti lambat kita sampai pejabat”ajak Risya.

“Erm oklah Haikal, Lia kita orang pergi dulu jumpa di pejabat”

Oh ye Haikal dan Lia ni kerja sekali di syarikat Encik Razif. Haikal merupakan ketua eksekutif pemasaran di situ manakala Lia ni pulak merupakan penolong akauntan kepada Encik Jaafar. Haikal merupakan kawan universiti Risya.Kiranya rapat jugaklah dia dengan si Haikal ni .Lia ni memang dah couple dengan Haikal sejak semester akhir mereka di universiti mana dia kenal dengan Lia pun Risya tak tahu. Tup-tup Haikal yang kenalkan mereka.

Tetapi Risya juga baru tahu bahawa abangnya dan Haikal merupakan kawan baik semasa di sekolah asrama dulu. Risya dan Farish berbeza sekolah semasa dulu dan disebabkan itulah Farish dan kawan-kawan abangnya tidak tahu bahawa mereka berdua adalah kembar.

“Oh ok jumpa nanti”kata Farish lalu mengikuti langkah adiknya di hadapan.


TIGA…

“Hai Risya”tegur Lia ketika Risya sedang membuat minuman untuk dia dan Farish.

“Apa hai-hai kau nak apa”kasar suara Risya.

“Eh kasarnya kau aku tanya baik-baik tau”lembut suara Lia menegur sambil tersenyum mengejek.

“Dahlah malas aku nak layan kau”kata Risya yang ingin beredar.

Langkah Risya terhenti bila Lia tiba-tiba merentap lengan kanannya sehingga menyebabkan pegangan Risya yang sedang memegang cawan terlepas.Risya geram dengan Lia dan meletakkan kembali cawan yang dipegangnya.

“Kau ni apahal hah”tengking Risya sambil menolak bahu Lia.

“Kau tu yang apahal. Haikal dah minta maaf dekat kau tapi asal kau tak nak maafkan dia. Sebab kau Haikal dah mula curiga kau tau tak.”tengking Lia pula.

“Yang kau nak marahkan aku pulak tu kenapa. Dah memang patut pun dia curiga dengan kau. Aku dah bagitahu yang kau tu curang dekat dia tapi dia tetap bela kau. Sekarang ni pulak bila dia dah mula curiga dengan kau, kau nak marah aku”

“Dia tak akan curiga dengan aku kalau kau tak bukak mulut bagi tahu hal yang sebenarnya”

“Weyh kau ni nak kata bodoh karang marah pulak. Kau tu kalau dah jadi kekasih sesiapa pun kau setialah tak payahlah nak curang. Lagipun kau tu curang dengan Haikal kawan baik aku. Bila aku dah tahu hal yang kau ni curang aku bagi tahulah dia.”

“Arghhhh…bodoh punya perempuan miskin”jerit Lia.

“Kau ingat aku akan senyap je ke  aku bukan perempuan bodohlah Lia kau tu yang bodoh.”

“Kau tu memang bodoh kalau kau pandai kau dah ada syarikat sendirilah macam yang kau kata dekat Haikal masa di universiti dulu kau ingat tak… tapi sekarang ni kau tu cuma jadi setiausaha kepada bakal CEO syarikat ni sahaja…Bila-bila je kau boleh diganti tau”

“Risya memang akan digantikan dengan orang lain tak lama lagi Lia”celah Farish yang baru tiba sahaja di situ.

“Hahaha..kan aku dah cakap Risya”Lia gembira dengan apa yang dikatakan oleh Farish tetapi Risya hanya mendiamkan diri. Terkejut punya pasal. Takkan abang tak nak aku jadi setiausaha dia lagi. Habis tu aku nak kerja bawah siapa lagi lepas ni..Huarrrrr mama tolong desis Risya.

“I tak habis cakap lagi Lia. Lia akan rasmi jadi CEO syarikat ni dengan I..papa I dah buat keputusan untuk melantik dua orang untuk menjadi CEO syarikat ni iaitu I Farish Hakimi dan Risya atau nama sebenarnya Risya, Farisya Hani. Risya merupakan adik I dan dia taklah miskin macam yang you sangka memang betul cakap you Risya memang pandai sebabnya syarikat ni akan jadi milik dia jugak.”terkejut Lia dengan kenyataan Farish.

“Jadi selama ni..ar tak jadi Risya ni memang adik you”tanya Lia tergagap-gagap.

“Yes..adik I, adik kembar I kalau you nak tahu yang sebetulnya”kata Farish sambil memeluk erat bahu adiknya.

“Lagi satu I pun tahu you memang curang dengan Haikal sebab I pernah nampak you dengan lelaki mana entah berpegangan tangan sambil jalan-jalan di KLCC pada hari itu. Bahkan lelaki tu tak segan silu nak peluk pinggang you kan. I rasa you tak boleh nafikan sebab tak kan lah tu abang atau sepupu lelaki you kan yang boleh pegang you peluk you semua tu.”tanya Farish.

“Er…I..”kelu lidah Lia untuk berkata.

“Kenapa ni”tanya Haikal yang baru tiba apabila dia mendengar bunyi suara bising di pantri.

“Haikal”kata Risya.

“You tadi I terlanggar Risya masa Risya tengah bawa minuman lepas tu cawan yang pegang terjatuh dan pecah. I dah minta maaf dekat dia tapi dia still tengking and marah-marah I”celah Lia sambil menangis apabila melihat Risya seperti ingin memberitahu hal yang sebenarnya kepada Haikal.

“Apa kau cakap”kasar suara Risya.

“Risya tak boleh ke kau maafkan Lia. Diakan dah minta maaf dengan kau aku tahu dia tak sengaja”kata Haikal.

“Tapi..”

“Pleaselah Risya tak payahlah panjangkan lagi masalah ni”

“Kau ni kan Haikal memang buta. Buta dengan cinta Lia ni. Kerana Lia ni kau sanggup tuduh aku cuba rosakkan hubungan korang. Sekarang pulak kau percaya bulat-bulat cakap ni perempuan ni. Kalau dulu ada benda yang aku buat salah pun kau tetap bela aku tapi sekarang kau memang lain Haikal. Even benda yang aku tak buat pun kau rasa aku buatkan. Kau memang suka sakitkan hati aku sebab si Lia ni . Buat apa aku nak maafkan si Lia ni kalau kau tau hal yang sebenarnya kau akan menyesal Haikal”

“Kau nak rasa tak macam mana sakit hati aku”kata Risya.

“Rasa dia macam ni”Risya menyepak kaki dan memijak kaki Haikal dengan kasut tumit yang dipakainya sehingga Haikal terjerit .

“Sakitlah Risya”tinggi suara Haikal memarahi Risya.Berkerut dahinya menahan sakit.

“Aku rasa itu tak sesakit hati aku kau tau tak. Dahlah kau bawaklah kekasih kau tu blah dari sini aku malas nak tengok muka korang. Abang hari ni Risya dan ambil cuti tolong cakapkan dekat papa.”kata Risya dan terus beredar dari situ.

Haikal terkejut mendengar Risya membahasakan Farish denagn panggilan abang. Apatah lagi Risya ada menyebut papa kepada Farish. Kalau papa Farish tu maknanya….

“Farish siapa sebenarnya Risya”tanya Haikal.

“Risya adalah Farisya Hani kau tak tahu nama dia ke”

“Yang tu aku tahulah Farisya Hani binti Mohd Zafri”berkerut dahi Haikal seperti memikirkan sesuatu
.
“Kalau kau Farish Hakimi bin Mohd Zafri that’s mean korang ni adik beradiklah”lurus Haikal bertanya.

“Ye la Risya tu adik kembar aku sebenarnya. Risya yang tak nak orang lain tau hal ni”kata Farish seaakan tahu apa yang ingin ditanya oleh Haikal.

“Erm oklah nanti kau settle lah masalah korang eh..aku tak nak masuk campur.”kata Farish lantas beredar dari situ.

“Erm Lia jom ikut I keluar”ajak Haikal.

“Ok jom”tersenyum Lia apabila Haikal mengajaknya keluar. Nasib baik dia tak syak apa-apa.


EMPAT….

Setelah selesai menghabiskan minuman mereka, Haikal mula bersuara.

“Lia I rasa baik kita putuskan sahaja hubungan kita”tenang suara Haikal memberitahu.

“Apa..putus ? Tapi kenapa, jangan cakap you percaya cakap Risya”tanya Lia.

“Awalnya memang I tak percaya tapi tadi I dengar sendiri daripada mulut Farish yang you memnag curang dengan I dah lama. Sebab tu I percaya dengan apa yang dengar.”

“Tapi tak akan  nak percaya terus cakap Farish tu. Entah-entah Faris cuma tipu je yang dia kata dia nampak I dengan lelaki dengan”kata Lia yang masih menegakkan benang yang sudah basah.

“I tak rasa Farish tipu sebab pada waktu Farish bagitahu you yang dia nampak you dengan lelaki Iain I pun ada nampak you dengan lelaki tu. I dah lama curiga dengan you sampailah I ikut you pada hari itu. I rasa kalau I tak  ikut you waktu tu I masih tak akan percaya kalau Risya ataupun Farish cakap yang you curang dengan I.

Lama masing-masing mendiamkan diri.

“I mintak maaf sangat-sangat I mengaku I curang dengan you sebab sepanjang perhubungan kita you asyik sebut nama Risya sahaja sampai I rasa bosan mendengarnya. Kalau betul you cintakan kenapa you mesti risaukan Risya. Risau yang Risya tu dah makan ke, sihat ke. Tapi dengan I you tak pernah tanya. I bosan tau tak sebab tu I cari orang lain. I cari orang lain yang sentiasa ambil berat tentang I”

“Kalau you rasa I memang tak cintakan you kenapa mesti you nak teruskan hubungan ni. Kan bagus kalau you bagitahu I awal-awal”

“Memang. Memang I sengaja tak nak bagi tahu you sebab I tahu you akan kembali kepada Risya. I tak suka sebab dia rampas you daripda I”

“I rasa I yang salah dalam hal ni sebab I terima you jadi kekasih I sebab Risya. Sebenarnya I cintakan Risya tapi bila I dapat tahu Risya mula rapat dengan orang lain I mula frust. Frust sebab lambat luahkan perasaan I kepada dia”

“Dan I pulak hadir saat you tengah frust dan nak jadi kekasih you dan disebabkan kasihan you terima I. Macam tu?”tanya Lia.

Haikal mengangguk kepala menjawab pertanyaan Lia.

“Ok I dah buat keputusan kita putuskan sahaja hubungan kita sebab I rasa tak ada gunanya kita teruskan hubungan kita. You cintakan orang lain, I pula ada orang yang cintakan I lebih daripada you malah I pula mula cintakan lelaki tu. Dan I rasa Risya orang yang sesuai untuk you kerana I tahu dia pun cintakan you”kata Lia.

“Betul ke”tanya Haikal.

“Kalau you nak tahu baik you jumpa dia”kata Lia sambil tersenyum kearah Haikal.

“Lagi satu  tolong sampaikan maaf I dekat Risya”

“Ok..thanks Lia. I harap kita masih lagi boleh berkawan kan”tanya Haikal.

“Erm…I pun. Oklah baik you pergi jumpa Risya sekarang”kata Lia.

“Tapi dia ada kat mana sekarang ni I mana tau dia ada kat mana. Kalau I call dia pun dia mesti tak nak angkat”

‘Apahal time ni jugak datang bendul si Haikal ni’desis hati Lia.

“Woi cik abang apalah bengap sangat you ni..you call lah Farish tanya Risya ada kat mana. Farish kan abang dia”

“Aahlah ye tak ye jugak..by the way thanks again ye Lia. I pergi dulu”ketika Haikal ingin beredar sempat lagi dia berpesan kepada Lia.

“Lia sampaikan salam I dekat Asyraf”

“Wait mana you tau nama dia Asyraf”macam mana dia tau nama Asyraf.

“Sebenarnya Asyraf tu sepupu I”

“Hah..sepupu you”terkejut Lia.

“Yup..haha oklah I pergi dulu tau..Bye”ucap Haikal meninggalkan Lia yang masih terpinga-pinga.


LIMA…

“Hello Farish kau tau Risya ada kat mana tak”terjah Haikal.

“Woi kalau ye pun bagilah salam dulu”kata Farish.

“Aku nak tahu Risya ada kat mana”tanya Haikal lagi setelah memberi salam.

“Dia tak nak orang ganggu dialah Haikal”kata Farish.

“Farish please bagi tahu aku..aku nak jumpa dia aku nak luahkan perasaan aku yang sebenarnya dekat dia.

“Kau nak luahkan perasaan dekat Risya”tanya Farish.

“Ye aku nak cakap aku dah lama sukakan dia”

“Jadi Risya tak bertepuk sebelah tanganlah”kata Farish.

“Apa maksud kau”

“Lah selama ni dia pun suka kan kau lah”

“Apa..”

“Dahlah dia ada kat Tasik Titiwangsa pergilah cari dia kat sana.”kata Farish.

“Kalau kau sakitkan hati dia lagi siap kau aku kerjakan.”

“Ok thanks Farish..Aku letak dulu.Bye. Assalamualaikum”ucap Haikal.

“Waalaikumussalam”


AKHIR…

“Hye Risya”Kata Haikal sambil duduk di sebelah Risya agak rapat.

Terkejut Risya dengan suara Haikal semasa dia sedang menikmati keindahaan ciptaan Allah.

“Haikal…kau buat apa kat sini ? Macam mana kau tau aku ada kat sini? Eh apasal kau duduk rapat sangat dengan aku hah”banyak pulak soalan si Risya ni.

“Pergilah jauh sikit kita bukan muhrimlah sengal”kata Risya sambil menolak badan Haikal dengan beg tangannya.

“Janganlah kasar-kasar tolak”sakit jugak badan aku Risya ni tolak. Tolak dengan beg tangan dia tu pun rasa kot.

“Ok macam mana kau tau aku ada kat sini dan kenapa kau datang sini…menyibuk kau tau tak”

“Saya tanya Farish awak ada kat mana”jawab Haikal.

“Asal kau nak tahu aku ada kat mana..Abang Farish ni pun satu pergi bagi tahu kau ni kenapa”geram Risya dengan tindakan abangnya.

“Farish tak salahlah Risya. Saya yang paksa dia bagi tau saya”

“Eh kejap yang kau tu berawak-saya dengan aku tu kenapa. Dah buang tabiat ke apa”cebir Risya.

“Risya saya suka kan awak”kata Haikal terus terang.

“A..ap..apa kau cakap ni”tanya Risya.Terkejut bukan kepalang dibuatnya.

“Saya cakap saya sukakan awak. Dah lama dah saya sukakan awak sejak di universiti lagi.”bagi tahu Haikal.

“Wait..kau suka aku. Kau ni mengarut eh Haikal”tiba-tiba datang cakap sukakan aku. Si Lia tu mana dia nak campak.

“Betul Risya..saya tak tipu”

“Mana kau nak campak si Lia tu”

“Saya dengan Lia dah putus”

“Ok sekarang ni aku nak kau cerita yang sebenarnya apa yang berlaku”

“Macam ni saya sukakan awak sejak zaman di universiti lagi. Saya lambat luahkan perasaan kepada awak. Saya terima Lia jadi kekasih saya sebab kasihan dengan Lia yang memang sukakan saya. Saya terima bila memikirkan awak yang sudah rapat dengan lelaki lain. Saya frust sangat bila saya perkenalkan awak dengan Lia, awak hanya tersenyum sahaja. Saya ingat awak sedih tapi tak”

‘Kalaulah dia tau masa tu aku memang sedih bila dia perkenalkan Lia sebagai kekasih dia. Erm mana nak letak muka..ha malunya’desis hati Risya.

“Bila masa aku rapat dengan lelaki lain masa tu.”

“Saya nampak awak dengan seorang lelaki pada hari yang saya nak luahkan perasaan saya . Saya tengok awak bukan main gembira dengan lelaki tu. Ketawa, bertepuk tampar. So saya fikir dia tulah yang dah berjaya curi hati awak”bila mengenangkan peristiwa itu kembali dia menjadi cemburu.

“Lelaki”Risya cuba mengingati siapa yang dimaksudkan Haikal.

“Ohhhh…tu abang Farishlah”kata Risya.

“Hah abang awak…buang masa je cemburu dengan abang awak”kata Haikal.

“Ni salah awaklah kalau tak saya dah boleh luahkan perasaan saya”kata Haikal lagi.

“Woi apa pasal pulak salah aku”tanya Risya.

“Yelah..awak tak bagi tahu awak ada abang”

“Dah kau tak tanya siapa suruh..lain kali tanya dulu sebelum main terjah”perli Risya.

“Yelah”sepatah Haikal menjawab.

“Lia macam mana”tanya Risya.

“Lia pun buat keputusan untuk berpisah dengan saya. Dia kata awak lagi sesuai dengan saya. Lagi satu dia suruh sampaikan maaf dia dekat awak”

“Ohhh”lama masing-masing terdiam.

“Risya awak pun sukakan saya kan”Haikal memulakan langkah.Straight betullah Haikal ni.

“Hah”tercengang Risya dengan soalan Haikal.

“Alah mengaku jelah yang awak pun suka sayakan, sayangkan saya, cintakan saya”selamba Haikal bertanya.
Risya sudah merasakan pipinya mula membahang. Haikal seronok melihat pipi Riysa yang sudah kelihatan  merah.

“Bila masa entah..Perasanlah”

“Tak nak mengaku jugak eh…Farish dah bagi tahu sayalah semuanya tentang perasaan awak terhadap saya. Nampaknya saya tak bertepuk sebelah tangan”

“Risya minggu depan saya hantar rombongan meminang eh”Ya Allah biar betul.

“Betul ke”perlahan suara Risya.

“Ye betullah”

“Ok nanti aku bagi tahu family aku”kata Risya,

“Lagi satu saya nak awak mula bahasakan diri awak Risya dan saya pulak abang..ok”

“Hah banyak cantik muka kau nak suruh aku panggil kau abang”

“Amboi kasarnya..tak kira abang nak Risya bahasakan abang dari sekarang tak aku kau dah faham”

“Erm tengoklah”kata Risya.

“Apa tengok-tengok nanti lepas kita nikah abang akan paksa Risya panggil abang dengan panggilan abangggg”tegas Haikal.

“Eh belum apa-apa dah tunjuk kuasanya dia..yelah yelah”kata Risya mengalah.

“Eh jom balik dah nak petang dah”ajak Haikal.

“Erm ok”

“Abang balik dengan Risya sekalilah eh abang tak bawa  kereta”kata Haikal.

“Habis tu kau eh maksud aku eh bukan maksud Risya abang tak bawak kereta ke datang sini..habis tu abang datang dengan apa”Haikal tersenyum mendengar Risya memanggilnya abang sedangkan Risya tidak berani menjatuhkan pandangannya kearah Haikal.

“Abang sengaja tak bawak kereta  abang naik teksi sebab abang nak balik dengan Risya”kata Haikal. 

“Bolehkan”tanya Haikal.

“Abang yakin ke Risya nak bagi abang naik kereta Risya”

“Bukan kereta Risya eh tukan kereta Farish. Dah jom bagi sini kunci abang drive sampai office. Kereta abang ada kat sana.”

“Asal tak hantar Risya balik rumah lepas tu abang bawaklah kereta ni balik rumah abang”kata Risya.

“Habis tu tak kan nak tinggal Farish dekat office sorang-sorang dia kan pergi dengan Risya kan hari ni. Lagi pun ni kan kereta dia”kata Haikal. Macam manalah dia boleh lupakan abangnya.

“Tapi mulai esok abang akan jemput dan hantar Risya ok”

“No excuse”kata Haikal.

“Hish..tak naklah hari-hari ikut abang.Lagi better ikut abang Farish je. Rumah abang kan jauh nanti nak kena pusing balik pergi office”jelas Risya.

“So what..kan abanag kata no excuse tak dengar ke. Dah dengar je cakap abnag”balas Haikal.
“Belum apa-apa dah tunjuk kuasa”bebel Risya.

“Tak apalah kita belajarlah dulu nanti lepas nikah kita dah terbiasa”Risya hanya mendengar sahaja kerana dia tidak tahu mahu berkata apa.

“Risya memang tak kisah pasal kaki abang eh”tanya Haikal semasa mereka baru meninggalkan tempat tersebut.

“Kaki ? kenapa pulak”tanya Risya pelik.

“Risya lupa ke buat-buat lupa”tanya Haikal.

“Apanya”

“Dia dah tendang kaki orang lepas tu boleh pulak pijak kaki abang dengan kasut tumit Risya”gumam Haikal.
“Oh ye..baru ingat balik..hahaha pada muka abang rasakan”ketawa Risya.

“Sampai hati Risya”Haikal membuat muka kasihan.

“Yela-yela sorry siapa suruh abang sakitlkan hati Risya”

“Erm yelah..esok jangan lupa abang jemput Risya”kata Haikal.

“Ok tapi jangan lambat..abang lambat Risya pergi dengan abang Farish.”gertak Risya. Bukan dia tak tahu Haikal jarang on time..selalu lewat kalau di universiti selagi dia tak gerakkan Haikal bangun Haikal tak akan bangun. Kadang-kadang penat jugak menelefon Haikal yang memang lambat akan diangkat phone dia.

“Ye janji, abang tak akan lewat lagi…sekarang dah kerja abang  latih diri supaya tak tidur lepas subuh sebab tu jarang lambat lagi dah”

“Erm ok kita tengok..Tu abang Farish dah tunggu”kata Risya apabila melihat Farish yang sedang menunggu mereka di hadapan pondok pengawal.

“Abang keluar dulu..jumpa esok..Bye Risya”

“Bye..Assalamualaikum”ucap Risya.

“Waalaikumsalam”balas Haikal.

“Risya dengan Haikal dah berbaik ke”tanya Farish sejurus masuk ke dalam kereta.

“Dah..abang..Haikal nak hantar rombongan meminang”bagitahu Risya.

“Hah..serius ke”tanya Farish..

“Ye lah”

“Wahhhh..adik abang dah nak kahwin..alah nanti abang tak ada kawan”usik Farish.

“Poyo je abang ni.Abang pun kahwinlah cepat..apa kata kita kahwin sama-sama”Risya mencadangkan agar mereka dinikahkan pada hari yang sama.

“Ishhh..gilalah Risya ni abang mana ada kekasih lagi tau  tak”kata Haikal.

“Kita pulak yang dikatakan gila..macam Risya tak tahu abang selalu main mesej dengan seorang perempuan yang bernama Fatin Farhana kan..hahaha abang jangan ingat Risya tak tau”

“Hah mana Risya tau”

“Adalah..nak tahu ke”tanya Risya.

“Dekat rumah Risya bagi tahu eh…tapi apa-apa pun Risya setuju kalau abang kahwin dengan kak Fatin”kata Risya menyuarakan pendapatnya.Farish tersenyum mendengar jawapan adiknya.

“Dah jom cepat balik nanti mama marah kita balik lambat.”

TAMAT...


1 comment:

  1. Selamat Datang Di SenidominoQQ Agen Poker online terbaik
    SeniDominoQQ akan Melayani Customer Service yang siap selama 24jam Non-Stop loh bos
    dan dengan tingkat kemenangan hampir 95%

    1 User ID untuk 7 game
    Minimal Deposit kami Hanya sebesar Rp 20.000,- & Minimal Withdraw kami Rp 20.000,-
    HOT PROMO wwwSeniDominoQQ yaitu :
    BONUS TURNOVER 0.3% SETIAP Harinya ( jam 14.30 wib )
    BONUS REFERRAL 20% SEUMUR HIDUP
    BCA - Mandiri - BNI - BRI - Danamon
    Ayoo Segera Bergabung dengan kami Hanya di:
    Link alternatif : WWW.SENI99.NET

    Untuk info selengkapnya silahkan hubungi kami di :
    - FACEBOOK : SENI QQ
    - TWITTER : Seni_QQ
    - PIN BB : 561A1388
    - WA : +85515635548
    - Wechat : seniqqcs1
    - Line : Seniqqcs1

    Agen Poker
    Agen Poker Online
    Agen Poker Terpercaya
    Poker Online
    Agen Aduq
    Agen Domino99
    Agen DominoQQ
    Agen BandarQ
    Agen Sakong
    Agen Capsasusun

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D