Sunday, 24 May 2015

CERPEN : TAK SEGALANYA INDAH

SATU..................................................................
“Kami nak bincang sesuatu dengan Fea”

Sofea hanya diam menanti papa untuk meneruskan percakapannya. Mama dan abang Khai pula tenang memandang ke arahnya.


“Cakaplah papa. Apa yang penting sangat tu” Papa kelihatan seperti teragak-agak.


“Kami nak Fea kahwin dengan Iskandar. Dua bulan dari sekarang”


‘What ? Iskandar. Papa ni dah kenapa. Takkan lah dia tak kenal playboy tu. Aku tak nak. Aku tak sanggup kahwin dengan dia.’


“ No, I don’t want to marry him” Sofea berterus terang dengan mereka.



“Terserah apa Fea nak kata, tapi papa dah terima pinangan Uncle Rahim dan Aunty Marlia.”


“Kenapa papa terima pinangan tu tanpa pengetahuan Fea. Papa tak kenal ke dengan sikap Iskandar. Buaya darat. Papa nak hidup Fea musnah ke kahwin dengan Iskandar.” Bentak Sofea. Tidak peduli lagi dengan renungan tajam mama. Mama dan abang Khai nampaknya memihak kepada papa.


“Papa tak perlu persetujuan dari Fea untuk kahwinkan Fea. Papa berhak menerima pinangan sesiapa sahaja. Lagipun Fea dah kenal Iskandar sejak kecil kan. Apa masalahnya” terang papa.


“Betul cakap papa. Sikap Iskandar boleh berubah lepas dia kahwin. Dia sendiri cakap begitu dan dia juga setuju nak kahwin dengan Fea.” sampuk abang Khai.


Sofea memandang tajam ke arahnya. “Are you out of your mind. Abang tak ingat ke apa yang abang pernah kata pada Fea. Abang sendiri pernah nasihat Fea supaya jangan sesekali suka pada Iskandar tu. Abang tak nak dia permainkan Fea. But now you ask me to marry him. Sikap dia boleh berubah lepas kahwin? Huh..kenapa tak suruh dia berubah sekarang je.” Sofea luahkan apa yang dia rasakan betul.


“No objection. Papa dah tak nak dengar apa-apa lagi. Keputusan papa muktamad.” putus papa. Dia menghentak meja dihadapannya sebelum berlalu pergi.


“Mama..mama..Fea tak nak ma..please.”Sofea sudah mula menangis disitu. Dia mengharapkan mama dapat memujuk papa untuk batalkan semuanya.


“Kalau Fea sayang kami semua tolong dengar cakap papa. Jangan bagi papa marah. Kami buat semua ni untuk kebaikan Fea”mama mengusap kepala anak perempuannya.


Sofea menggeleng-geleng kepala. “Fea tak nak. Kenapa semua tak faham perasaan Fea. Semua orang nak gadaikan kebahagiaan Fea ke. Fea tak nak kehidupan Fea musnah dengan terima Iskandar. Papa dan mama tak sayang Fea. Abang pun sama. Cakap tak serupa bikin. Beria-ria sangat nak orang kahwin dengan Is. Apa yang bagusnya Iskandar tu. Sekadar harta yang dia yang melimpah ruah tu mama ingat dia boleh bahagiakan Fea ke. Mama ingat Iskandar tu baik sangat ke. Fea tak nak ” jerit Sofea.


Tidak semena-mena sebuah tamparan hinggap di pipi Sofea. Sakit. Itulah yang dirasakan oleh Sofea selepas menerima tamparan abang Khai.


“Jangan nak kurang ajar Fea. Kami buat semuanya demi kebahagian Fea. Tak boleh ke Fea terima semuanya dengan ikhlas”


‘Nak saja pula aku tampar semula pipinya. Disebabkan hormat aku tahan semuanya.’


“Ikhlas? No way. Apa perasan abang kalau papa dan mama paksa abang kahwin dengan orang yang abang tak suka. Abang boleh ikut kata mereka dan terima semuanya dengan ikhlas. Boleh ke”


Abang Khai kelihatan teragak-agak untu menjawab pertanyaan Sofea.


“Mama cuba mama letakkan diri mama di tempat Fea. Apa mama rasa. Dipaksa kahwin dengan seorang buaya darat yang bakal memusnahkan diri mama. Mama sanggup ke?” dia bertanya kepada mama pula.


“Fea cubalah dulu”


“Cuba? Cuba macam mana maksud mama. Cuba cari kebahagiaan dengan Iskandar. Lepas tu kalau tak serasi cerai sahaja. Macam tu ke maksud mama. Nikah cerai bukan boleh dibuat main-main. Mama sendiri pernah katakan.” Mama terdiam.


“Abang pun tak boleh jawabkan pertanyaan Fea. Kalau abang pun tak boleh so jangan nak menyibuk nasihatkan Fea untuk terima semuanya. Mama pun..huh” Sofea tak tahu hendak berkata apa lagi pada mereka berdua. Air mata yang mengalir dibiarkan. Biar mereka tahu betapa sakitnya hati Sofea pada masa itu.


“Baik. Fea akan terima. Fea terima yang keluarga Fea cuba menggadaikan kebahagiaan Fea. Tapi ingat Fea tak akan anggp dia suami Fea. Korang semua boleh anggap dia sebagai menantu dan adik ipar tapi Fea tak” lalu aku berlari ke bilik selepas aku menolak kasar badan abang Khai sehingga dia jatuh terduduk. Ada aku peduli.


Pintu bilik dihempas kuat. Menyatakan rasa sakit hati aku. Sofea menangis teresak-esak di atas katil. Iskandar. Sebaris nama itu mmbuatkan dia rasa marah. Kenapa dia perlu terima dengan rancangan orang tuanya. ‘Apa dia nak mainkan aku? Iskandar memang tak boleh jumpa aku. Aku pun tak boleh jumpa dia. Macam anjing dengan kucing. Sikap kasanova dia ramai yang tahu. Kenapa mama, papa dan abang khai boleh paksa aku kahwin dengan dia?’


‘Kenapa..kenapa..kenapa?’ Sofea menumbuk-numbuk bantal. Membayangkan seolah-olah dia menumbuk muka Iskandar.





DUA.......................................................................................


Entah bila Sofea tertidur sendiri pun dia tak tahu. Sedar-sedar dah masuk waktu maghrib. Pantas dia mencapai tuala untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat maghrib. Setelah selesai bersolat, Sofea menadah kedua-dua belah tangan untuk berdoa supaya dia dapat mengatasi masalah yang dihadapinya. Sofea berdoa agar hatinya tabah dan kuat menerima masalah itu.


Telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan mesej masuk diambil. Tertera nama Qila.


‘Jom keluar makan’


Tanpa berfikir panjang dia bersetuju dengan ajakan Qila. Bolehlah dia lari daripada keluarganya. Tanda dia mogok. ‘Jumpa tempat biasa. Ada benda aku nak cerita’ balas Sofea.


Sofea menyiapkan diri ala kadar. Sekadar keluar makan di restoran kegemarannya dan Qila tidak perlu nak pakai cantik-cantik. Telefon bimbit, dompet dan kunci kereta diambil. Sofea melangkah keluar dari biliknya menuruni anak tangga. Ketika sampai di ruang tamu dia melihat papa, mama dan Abang Khai baru hendak bergerak ke meja makan.


“Fea nak pergi mana. Jom kita makan”mama mengajak Sofea untuk makan malam. Sofea hanya menayangkan muka selamba.


“Tak apalah. Fea malas nak makan kat rumah. Mama dengan papa makanlah. Abang Khai ada boleh teman mama dan papa makan.” Sofea menjeling pada Khairil.


“Nak keluar pergi mana”Khairil menanyakan kembali setelah pertanyaan mama tadi tidak dijawab.


Sofea mendengus. “Orang nak keluar pergi makanlah dengan Qila. Nak lepaskan stress. Okaylah. Fea dah lambat”


Sofea malas menghadap muka abangnya. Tambah lagi dia ditampar oleh Khairil tadi. Cepat-cepat dia berlari keluar sebelum banyak lagi soalan yang diajukan oleh mereka.




TIGA.................................................................................


Setelah menerima pesanan Qila memandanng semula wajah sahabatnya. Dia tahu Sofea ada masalah.


“So what. Kau nak cerita apa dekat aku”tanya Qila.


Sofea mengeluh. “Aku kena kahwin. Dua bulan dari sekarang”ujar Sofea.


“Wahhh..tahniah. Untunglah dah nak kahwin”kata Qila. Sofea senyum terpaksa.


“Tapi kenapa kau macam tak suka je? Kau kahwin dengan siapa? Aku kenal tak? Siapa lelaki tu?”bertalu-talu soalan Qila ajukan.


“Tanyalah satu-satu. Gelojoh sangat”marah Sofea. Qila hanya ketawa.


“Iskandar”terus terdiam Qila. ‘Tu lah tadi sakan gelak’


“Maksud kau”


“Iskandar playboy tu. Kawan sekolah kita. Papa dah terima pinangan orang tua Iskandar. Apa yang mereka nampak pada aku entah. Aku tak nak kahwin dengan dia Qila. Keluarga aku paksa aku terima dia”luah Sofea.


“Dia dah ada kekasihkan. Kenapa pulak dia nak kahwin dengan kau”Qila turut memikirkan sebab Iskandar bersetuju kahwin dengan Sofea.


“Manalah aku tau. Dia saja nak kenakan aku lah kot. Dia kan memang benci aku dari kita sekolah lagi”


“Aku tak tahulah nak cakap macam mana. Mungkin dah memang jodoh kau dengan dia. Perlahan-lahan lah terima dia. Mungkin dia akan berubah”


“Berubah? Dah stoplah Qila Kita tak payah cerita pasal lelaki tu. Aku ingat bila aku cerita dengan kau, kau akan sedapkan hati aku. Tapi kau pun sama menyakitkan hati aku.”Qila terdiam. Serba-salah.


Mereka kembali menyepikan diri sambil menghabiskan makanan di atas meja. Mata Sofea tertumpu ke arah pintu masuk restoran. Iskandar bersama seorang gadis tinggi lampai yang agak seksi berjalan ke arah meja kosong. Sofea tersenyum sinis. Iskandar memang tak berubah. Memeluk pinggang gadis disebelahnya sambil bermesra di khalayak ramai.


Qila juga melihat Iskandar di situ. Dia memandang Sofea yang tersenyum sinis.


“Aku akan kahwin tapi aku akan buat hal sendiri. Lantak apa nak jadi pada Iskandar. Dia nak buat apa aku tak nak peduli.Cepatlah habiskan makanan ni. Cepat sikit balik. Malas aku kalau Is perasan aku ada di sini.”


“Err..ouhh..okay-okay”Qila tersenyum kelat. Dia melihat Iskandar yang jauh dari mereka. Iskandar tidak segan silu menunjukkan sikap mesranya bersama seorang perempuan.


‘Tak malu betul. Mesra sangat macam tu lebih baik kahwin je’ getus Qila.




EMPAT................................................................................


“Is mana”tanya Khairil kepada adiknya apabila melihat Sofea sedang membaca novel.


“Entah. Tak tahu”jawab Sofea malas.


“Tak tahu?”soal Khairil.


“Abang tak dengar ke apa Fea cakap tadi. Fea tak tahu, tak tahulah. Nak tau sangat apa kata abang sendiri pergi cari dia”balas Sofea kasar.


“Diakan suami Fea”ujar Khairil.


“Memanglah. Tapi ada Fea kisah. Fea kan kena paksa kahwin dengan lelaki tu. Orang tak nak kahwin dengan dia dipaksakan jugak. Sekarang ni pulak tanya orang pasal lelaki itu. Memang taklah Fea nak ambil peduli” balas Sofea selamba. Dia berkata tanpa memandang kepada Khairil. Matanya masih melekat di novel yang berada di tangan.


“Tapi dia kan..”


“Dia apa? Dari awal lagi Fea dah cakap Fea tak akan terima dia. So abang jangan nak menyibuk hal Fea. Fea dah cukup sakit hati kena tinggal sebumbung dan sebilik dengan dia. Jangan memandai nak paksa Fea”sudah hilang rasa hormat Sofea pada Abang Khairil. Sejak dari dia menampar Sofea gara-gara mempertahankan Khairil, Sofea sudah tidak boleh memandang dia lagi. Hubungan mereka sudah renggang.


Sofea meninggalkan Khairil di ruang tamu. Kaki melangkah menuju ke pondok di halaman rumah. Khairil hanya memandang sayu langkah adiknya. Hubungan mereka sudah renggang sejak Sofea mula berkahwin. Adakah silapnya yang turut memaksa adiknya berkahwin membuatkan adiknya memendam rasa. Sofea sering mengelak darinya.





LIMA..........................................................................


“Woi..buat aku air”pinta Iskandar saat Sofea melangkah masuk ke dalam bilik.


“Excuse me. Kau nak apa tadi”tanya Sofea. Sengaja menanyakan kembali apa yang diminta oleh Iskandar.


“Pekak ke. Aku suruh kau buat air”balas Iskandar kasar.


“Sorry eh. Aku tak pekak. Aku dengar apa yang kau cakap tadi. Kau ada kaki dan tangankan. Apa kata kau pergi buat sendiri. Melainkan kalau kau dah cacat tak boleh bergerak baru aku boleh tolong kau”sengaja Sofea hendak menyakitkan hati Iskandar.


‘Dia ingat dia sorang boleh sakitkan hati aku. Silap besarlah. Ni Sofealah’


“Menyampah aku cakap dengan kau”Iskandar mendengus kasar. Menyesal terima si Sofea menjadi isterinya.


“Dah tau menyampah, tak payahlah cakap dengan aku.”balas Sofea juga. Tajam memandang Iskandar dihadapanya.


“Kau ni apalah yang mama dan papa aku pandang dekat kau sampai mereka sanggup pinang kau untuk aku. Makwe aku lagi baik lagi daripada kau. Dasar perempuan bodoh”


“Amboi kau sesuka hati cakap aku bodoh. Kau tu pandai sangat ke. Pandai mainkan perasaan perempuan yelah kot. Apalah yang mama dan papa aku pandang kau sampai mereka sanggup terima pinangan mama dan papa kau. Kalau aku tahu dari dulu memang aku bantah sekeras-kerasnya. Tapi disebabkan aku rasa hormat aku dan sayang aku pada mereka aku turutkan semuanya. Lagi satu kalau dah tahu kekasih kau tu lagi baik kenapa kau tak kahwin je dengan mereka semua. Ceraikan aku lepas tu kau boleh kahwin dengan mereka semua. Aku tak kisah”ujar Sofea penuh kegeraman.


“Diamlah kau. Kalau kau nak macam tu boleh saja aku buat. Tapi hak cerai aku yang boleh tentukan. Kau tunggu jelah.” IskandaR beredar dari situ. Meluat melihat wajah Sofea. ‘keluar jumpa Nita lagi bagus.


Sofea tersenyum melihat langkah Iskandar yang keluar dari bilik mereka. Dia tahu berdosa seorang isteri yang tidak menghormati suami dan juga berdosa seorang isteri yang meminta cerai. Tetapi dia tidak tahan dengan Iskandar. Setiap hari mereka pasti bergaduh. Memandang muka Iskandar tidak pernah terbit rasa kasih mahupun rasa sayang. Yang dia rasakan ialah rasa benci. Tambah lagi sikap Iskandar yang memang tidak pernah berubah. Dihadapan keluarga mereka Iskandar berlakon seperti suami mithali. Sedangkan dia tidak pernah berlakon malah dia tidak mempedulikan Iskandar meskipun dia di marahi oleh mama dan papa.




ENAM......................................................................


Tamparan di pipi Iskandar mengejutkan semuanya yang berada di situ. Keluarga Sofea dan keluarga Iskandar. Sofea hanya tenang sahaja apabila mereka semua membincangkan masalah yang ditimbulkan oleh Iskandar. Dia menyandarkan badannya ke sofa.


“Apa nak jadi dengan Is ni hah. Is sedar tak Is tu dah ada isteri.”marah Encik Kamil ayah kepada Iskandar.


“Tahu”jawab Iskandar. Sofea meluat memandang muka Iskandar.


“Kalau dah tahu habis tu apa yang Is buat ni. Bersekedudukan dengan perempuan mana entah”marah Encik Kamil lagi.


“Perempuan tu kekasih Is. Kami dah lama bercinta tapi papa dan mama yang beria sangat pergi pinangkan Sofea tu. Is terima pun sebab hormatkan mama dan papa”selamba sahaja Iskandar menjawab.


“Astagfirullah..kalau Is tak setuju kenapa Is tak cakap dari awal sahaja. Kami boleh batalkan. Tapi sekarang ni kamu berdua dah pun berkahwin”ujar Puan Intan, mama Iskandar.


“Sekarang ni macam mana. Is kena kahwin dengan perempuan tu”tanya Encik Radhi pula. Dia memandang Sofea yang hanya diam daripada tadi.


“Kahwin sahajalah. Apa yang susah”jawab Sofea. Dia sudah bersedia dengan situasi begini. Dia yakin benda ni pasti terjadi. Semua mata tertumpu kepada Sofea.


“Masalah ni boleh berbincang Fea”kata Puan Maria. Dia tidak mahu rumah tangga anaknya musnah.


“Dari awal lagi Fea bantah. Fea tak nak kahwin dengan Is. Tapi papa, mama dan abang Khai yang paksa Fea kahwin dengan dia kan. Fea dah agak Is tak akan berubah dan Fea pasti perkara macam ni akan terjadi. Fea dah sedia dari awal.”


“Mama,papa dan abang Khai ingat bila lepas kita orang kahwin kami akan mula rapat dan bercinta dan hidup bahagia hingga akhir hayat. Tak mama. Tak semua orang macam tu macam dalam citer novel. Mula-mula kena kahwin paksa lepas pasangan tu boleh terima antara satu sama lain. Bercinta lepas nikah lepas tu hidup bahagia dapat anak. Tapi kami tak macam tu. Dari awal Sofea memang tak suka dengan Iskandar. Iskandar pun tak suka dengan Fea” Sofea meluahkan apa yang terbuku dihatinya.


Mereka semua terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh Sofea.


“Sekarang ni Is kena tangkap basah. Fea tak nak bermadu dan lebih baik Is ceraikan Fea. Fea rasa lebih baik macam tu. Fea memang tak boleh hidup dengan Iskandar. Fea harap korang semua faham.” Kata Fea. Dia tidak sanggup lebih harinya bersama Iskandar.


Kalau dah hari-hari bergaduh, benda kecil pun boleh bergaduh macam mana mereka nak hidup bersama. Tidak ada persefahaman langsung.


“Is pun sama macam Sofea. Kami tidak saling mencintai. Is pun harap mama dan papa semua faham apa yang kami inginkan”


“Kami tak tahu nak kata. Kalau ni dah keputusan korang berdua mama tak boleh kata apa dah”kata Puan Intan.


“Fea dan Is memang dah sepakat untuk bercerai”soal Khairil.


“Dah..Fea dah sedia untuk bercerai dengan Iskandar” jawab Sofea yakin.


“Fea tak sedih?”tanya Khairil lagi.


Sofea tersenyum. “Fea nak sedih kenapa. Kalau sebab rumah tangga Fea musnah ermm sedihlah jugak. Tapi Fea tak sayangkan Iskandar. Tidak ada perasaan sayang langsung terhadap Iskandar. Kenapa Fea perlu sedih. Lagipun tak semuanya perkahwinan indah seperti yang mama harapkan. Buktinya Sofea dengan Iskandar.”selamba sahaja Sofea menjawab.


Kedua orang tua mereka tidak tahu apa yang mahu diperkatakan. Nampaknya Iskandar dan Sofea memang sudah bersedia untuk berpisah. Puan Intan dan Encik Kamil menggeleng kesal.




TUJUH............................................................................


Dua bulan kemudian…


Sofea berlari-lari anak turun ke bawah. Dia ingin segera berjumpa dengan Qila. Dah lama dia tidak berjumpa dengan sahabatnya.


Khairil menegur adiknya. “Nak pergi mana ni Fea?”


“Fea nak keluar makan dengan Qila. Abang tolong bagi tahu mama dan papa tau. Petang nanti Fea balik”Sofea senyum memandang abangnya.


Khairi mengangguk. Dia membalas senyuman adiknya. Hubungannya dan Sofea sudah kembali rapat selepas Fea bercerai dengan Iskandar. Dia sudah boleh bergurau senda dengan Sofea. Sofea nampaknya lebih bahagia selepas bercercai dengan Iskandar. Rasa bersalah kerana turut memaksa adiknya berkahwin dulu. Ternyata Sofea sudah ditakdirkan bercerai dengan Iskandar.


“Okay..hati-hati drive” kata Khairil


“Okay Fea pergi dulu” pinta Sofea.




LAPAN.....................................................................


“Kau macam mana sekarang ni” Sofea tersenyum. Rasa ingin tergelak mendengar soalan yang diajukan oleh Qila. Mereka sekarang berada d tempat kegemaran mereka. Minuman di atas meja di sisip perlahan.


“Macam mana apanya”tanya Sofea.


“Yelah. Macam mana kehidupan kau lepas bercerai dengan Iskandar” ujar Qila.


“Happy”kata Sofea.


“Aku happy aku dapat bercerai dengan is. Kau pun tahu kan macam mana perasan aku pada dia. Cinta? Zero kau tau. Sayang? Lagilah tak. Aku rasa kita orang memang patut pun bercerai. Sikap Is sampai sekarang tak berubah. Lepas dia bercerai dengan aku, aku dengar dia kahwin dengan kekasih dia tapi sekarang tak sampai lima bulan macam aku dengan dia dulu dia dah ada orang lain. Aku kesian dengan bekas mertua aku.”


“Mereka nak sangat tengok Iskandar kahwin dan rumah tangga Is kekal. Iskandar tu kan satu-satunya anak mereka. Tapi nak buat macam mana. Iskandar tu tak boleh dinasihatkan.” Ujar Sofea.


“Kau tak jumpa dia lagi lepas korang bercerai”tanya Qila.


“Jumpa buat apa pulak. Kita orang dah bercerai, bawalah haluan masing-masing. Buat apa aku nak ambil tahu pasal dia”


“Manalah tau kot-kot Iskandar tu menyesal ke”Qila ketawa.


“Menyesallah sangat. Tapi aku kesian dengan mama dan papa aku. Mereka salahkan diri mereka sebab paksa aku kahwin”


“Yelah mestilah mereka menyesal. Dah paksa kau kahwin walaupun kau dah bantah awal-awal kan”


“So buat masa sekarang solo lah kau ni”sambung Qila lagi.


“Amboi kau, dah kenapa tanya soalan macam tu hah.” Qila tersengih. Sofea macam tau je.


“Tak adalah aku saja tanya”jawab Qila.


“Buat masa sekarang aku fikir pasal kerja je. Kalau pasal kahwin tu tunggu abang aku kahwin dululah. Lepas tu baru aku. Tu pun kalau ada orang nak”


“Aku kenalkan kau dengan seseorang nak tak. Handsome weyh. Kau pun kenal lah”kata Qila berterus-terang.


“Kalau ada jodoh aku dengan orang yang kau sebutkan tu kau tak kenalkan dengan aku pun maybe aku sendiri yang berkenalan dengan dia kot”Sofea ketawa.


“Yelah kau. Sekarang ni jom kita makan lepas tu kita pergi tengok wayang. Dah lama kita lepas stress kan”cadang Qila.


“Ok jom” mereka berdua tersenyum. Qila pasti Sofea makin gembira selepas kembali menjadi solo walaupun dia janda. Hidupnya lebih bahagia selepas bercerai dengan Iskandar…



TAMAT…










2 comments:

  1. Follower ke #82, Follow back blog saya http://typepedia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. bang ane mau sumbang cerpen boleh ga?

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D