Wednesday, 10 June 2015

CERPEN SERIES : BUKAN CINTA MAKEOVER (1)


SATU

Nia Dahlia memandang wajah keruh milik Adam Haikal di hadapannya. Makanan yang sudah sampai tidak sedikit pun dijamah. Matanya terus memerhati Adam yang masih menundukkan kepalanya. Nia tidak betah dengan situasi begitu. Hilang terus selera makannya.
“Adam..kenapa tak makan makanan tu. Tadi cakap lapar”soal Nia.
“Adam ada masalah ke? Dari tadi Nia tengok Adam macam resah semacam. Kenapa ni”soal Nia lagi.
“Tak ada apa-apalah. Adam okay je. Nia makanlah.”balas Adam.
“No..Nia tahu Adam tak okay. Adam tak pandai nak tipu Nia. Mesti ada benda yang Adam sedang fikirkan. Bagi tahulah Nia kalau Adam ada masalah.”ujar Nia.
Dia terkenangkan zaman kanak-kanak mereka. Dia dan Adam berkawan dari sekolah rendah. Dia suka berkawan dengan Adam kerana Adam menerimanya seadanya. Nia bukanlah dari keluarga yang senang. Ibunya suri rumah manakala ayahnya cuma bekerja sebagai pegawai keselamatan. Berbeza dengan keluarga Adam. Ayah Adam mempunyai sebuah syarikat dan kini diuruskan oleh Adam.
Memang dia berkawan dengan Adam dari kecil. Adam sememangnya dari dulu seorang yang tidak pandai bergaya. Skema. Itulah panggilan dari rakan-rakannya yang kepada Adam. Tetapi Adam tidak tahu perasaan Nia terhadapnya. Nia mengaku dia sukakan Adam malah dia cintakan Adam bukan kerana Adam seorang yang kaya tetapi kerana keperibadian Adam yang sangat dia tertarik. Adam sangat baik terhadapnya meskipun dia tahu Adam tidak mungkin sukakannya.
“Nia..Nia..”Adam menggerakkan tangannya di hadapan muka Nia.
“Lahh..termenung pula”ujar Adam.
Nia tersenyum. Terkantoi dia sedang termenung.
“Adam nak mintak tolong Nia boleh tak”
“Kalau Nia boleh bantu insyaAllah Nia akan bantu. Adam nak Nia bantu apa”
“Ermm..sebenarnya..Adam nak Nia tolong Adam tukar penampilan diri”jawab Adam teragak-agak.
“Kenapa Adam nak tukar penampilan Adam. Nia suka je kawan dengan Adam kalau Adam tak tukar penampilan diri. Dari dulu pun macam ni kan”
“Bukan sebab Nia Adam nak berubah. Sebenarnya hampir dua bulan Adam berkawan dengan pekerja di syarikat Adam. Adam sukakan dia tapi Adam tak ada keyakinan untuk bagi tahu kepada dia. Adam sedar diri Adam macam mana. Adam tak pandai bergaya. Adam nak  dia jadi kekasih Adam tapi Adam takut dia tolak sebab Adam macam ni”Adam berterus terang.
Nia terkejut. Tidak sangka hati Adam telah dimiliki oleh orang lain. Nia tersenyum pahit. Dia sudah kalah sebelum bertanding nampaknya.
“Ohhh..siapa nama perempuan tu Adam”tanya Nia.
“Rasya Adriana”
“Sedapnya nama dia. Mesti cantikkan. Adam nak Nia tolong macam. Tukar dari cara pemakaian Adam?” Nia tersenyum cuba menutup rasa kecewanya.
“Ye..Adam tak tahu kan pasal fesyen ni. Rambut ni pun kena tukar gaya rasanya”
“Tapikan Adam kalau Rasya pun sukakan Adam dia kenalah terima diri Adam seadaanya.”
“Adam tahu tapi Adam nak sediakan payung sebelum hujan.Adam tak nak Rasya tolak Adam.”
Demi Adam dia sanggup. Mungkin bukan jodohnya dengan Adam agaknya.
“Baiklah Nia akan tolong Adam”Nia memberikan senyuman ikhlas kepada Adam meskipun hatinya terasa sakit.
Adam tersenyum senang. Tidak sabar rasanya untuk berubah.

 DUA

            Nia membawa Tasha bersama ketika hendak pergi berjumpa dengan Adam. Tasha akan bantu Adam untuk mencapai hasratnya.
            Bukannya Nia tidak mahu menolong Adam memilih apa yang patut tetapi dia tidak mahu terus menyiksa hatinya . Lagipun dia pun sama je macam Adam. Lebih baik Tasha yang menolongnya.
            “Nia pun bukannya pandai sangat tentang fesyen. Tengoklah pakaian Nia ni..old fashion”
            Nia berpura-pura tersenyum.
            Tasha melihat kepada sahabatnya. Dia tahu dengan jelas tentang perasaan Nia terhadap Adam. Selain Adam kepada dialah Nia mengadu nasib sejak orang tua Nia meninggal dunia akibat kemalangan. Matanya bertembung dengan sepasang mata milik Nia.
            Tasha menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu menolong Adam tetapi Nia hanya menunjukkan muka kesian dan senyuman plastik.
            Tasha memilih baju yang sesuai dengan Adam. Tidak dilihat terlebih dahulu pada harga kerana bukannya dia yang akan bayar. Adam yang bayar. Dari satu kedai ke satu kedai mereka membawa Adam. Kedai pakaian, kedai kasut, kedai perfume,kedai cermin mata. Dan yang terakhir Adam di bawa ke kedai gunting rambut. Gaya rambut diserahkan kepada pekerja yang pakar.
            “Thanks Nia, Tasha sebab tolong Adam. Adam bersyukur dapat kawan macam Nia dan Tasha”
            “Thanks but no thanks. Aku tolong kau sebab Nia yang beria sangat nak tolong kau tau.”kata Tasha. ‘Kalau tak memang taklah aku nak tolong kau meskipun kau kawan aku’
            Adam tersengih. “Thanks again Nia”

 TIGA

            Telefon bimbit Nia berbunyi. Nama Adam tertera di situ.
            “Assalamualaikum Nia”suara Adam kedengaran teruja.
            “Waalaikumussalam Adam. Kenapa call Nia ni”
            “Adam ada berita gembira nak sampaikan pada Nia ni”
            “Berita gembira apa ni Adam”
            “Adam dah rasmi jadi kekasih Rasya. I’m so happy Nia”
            Nia terdiam sebentar.
            “Ohh..tahniah Adam. Adam ada kat mana ni”tanya Nia.
            “Adam ada kat restoran kegemaran kita. Adam bawa Rasya pergi makan di situ. Date pertama kami” Adam tergelak dengan kata-katanya sendiri. Nia hanya menahan perasaannya.
            “Eh Nia..nanti kita borak lagi lah. Rasya dah balik ni. Tadi dia ke tandas sebentar”
            “Okaylah take care. Assalamualaikum”
            “Waalaikumussalam”
            “Adam ke tu”tanya Tasha.
            Nia mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Tasha.
            “Dia nak apa”
            Nia terdiam. Dia masih sedih dengan apa yang didengarnya tadi. Dia yakin hubungan dia dan Adam akan renggang. Buktinya Adam sudah membawa Rasya ke restoran kegemaran mereka. Ditelefon tadi berbual pun tidak lama.
            “Nia..aku tanya ni”soal Tasha.Apabila sedar Nia sedang termenung dia menggoyangkan lengan Nia.
            “Ohh..kau tanya  apa tadi”soal Nia dengan muka terpinga-pinga.
            “Aku tanya kau Adam call tadi kenapa.Kau ni kenapa. Ada masalah ke”
            Mendengarkan pertanyaan dari sahabatnya membuatkan Nia mengalirkan air mata. Dia tidak dapat menahan rasa sedihnya.
            “Ya Allah..Nia..kenapa ni? Cuba bagi tau aku. Janganlah menangis lagi”
            Nia memeluk Tasha. Dia mahu meminjam sedikit kekuatan Nastaha. Setelah tangisannya reda Nia mula menceritakan tentang Adam dan Rasya.
            “Dari dulu lagi aku suruh kau berterus-terang tentang perasaan kau kepada Adam. Tapi kau degil. Sekarang tengok apa dah jadi”
            “Aku bukan tak nak terus-terang tapi aku takut. Aku takut Adam tak nak kawan dengan aku lagi. Aku dah kalah Tasha. Kalah sebelum bertanding. Adam cintakan Rasya. Aku pula cuba seorang perempuan yang tak lebih dari kawannya.”
            “Kumbang bukan seekor. Aku yakin kau pasti dapat cari orang yang lagi baik dari Adam.”Tasha menepuk lembut bahu sahabatnya. Simpati dengan keadaan Nia.

 EMPAT

                Sudah sebulan berlalu. Nia melihat kepada telefon bimbitnya. Kosong. Tiada panggilan mahupun pesanan dari Adam. Sibuk sangatkah Adam sehinggakan tidak dapat menghubunginya. Sibuk dengan kerja ataupun dengan Rasya. Nia rindukan dengan Adam.
            “Nia jom teman aku keluar makan nak. Aku laparlah”ujar Tasha kepada Nia.
            Daripada melayan perasaan lebih baik dia ikut Tasha. Sekurang-kurangnya dia dapat melupakan Adam untuk seketika.         
            “Okay..tunggu aku siap kejap”
            Tasha memandang langkah Nia yang menuju ke biliknya. Rumah yang dihuni bersama Nia. Dia risau andai satu hari nanti dia akan berkahwin Nia akan tinggal berseorangan. Sudahlah tiada saudara-mara. Dan hari ni dia sebenarnya mahu memberikan dua kejutan kepada Nia.
            Lima minit kemudian Nia keluar dari bilik setelah mengenakan pakaian yang lebih menutup aurat. Blouse labuh yang dikenakan bersama seluar slack hitam dan tudung yang sama warnanya.
             Tasha membawa Nia ke sebuah restoran yang agak jauh dari rumah mereka.
            “Dekat mana kau bawa aku ni..mesti mahal nak makan kat sini. Aku tak bawak duit lebih ni” Nia melihat sekeliling restoran itu. Nampak mewah. Dia risau dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar makanan di situ.
            “Hari ni aku belanja kau..janganlah risau. Biar aku pilihkan makanan untuk kau. Aku dah selalu makan kat sini sebenarnya. So aku tahu apa yang sedap.
            Nia dan Tasha makan dengan peunh berselera.
            “Sedapnya Tasha..kalau aku orang senanglah kan hari-hari aku makan kat sini”ujar Nia sambil tergelak kecil.
            “Nak tambah apa-apa lagi tak”Tasha seronok apabila Nia suka makan di situ. Dia tidak kisah untuk membelanja Nia.
            “Cukuplah..kenyang sangat nanti aku tak boleh jalan nak balik nanti” ucap Nia setelah menghabiskan makanannya.
            Tiba-tiba kedengaran suara dari seseorang yang menyanyikan lagu ulang tahun. Lelaki yang tidak dikenali Nia itu berjalan ke arahnya dan membawa sebiji kek sambil bernyanyi.
            Nia terkejut apabila kek itu diletakkan dihadapannya. Dia melihat kepada Tasha. Tasha tersenyum. Dia yakin Nia tidak akan menjangka kejutan daripadanya.
            “Selamat Ulang Tahun Nia. Semoga dimurahkan rezeki”
            Lelaki tersenyum manis kepada Nia sebelum dia duduk disebelah Tasha.
            “Kejap-kejap..Tasha ni siapa”
            “Hari ni aku bawa kau makan sebab nak bagi kejutan. Yang pertama sebab nak raikan ulang tahun kau dan yang kedua aku nak bagi tahu aku akan berkahwin tak lama lagi. Dengan dia ni..Firaz”
            “Ya Allah..tahniah Tasha, Firaz. Nampaknya aku tinggal seoranglah selepas ni”sayu suara Nia.
            Tasha terdiam. Firaz hanya memerhati.
            “Tapi takpe kau boleh selalu datang jenguk aku kan.Okaylah sekarang kita makan kek nilah. Aku tengok macam sedap”ujar Nia bagi menceriakan suasana.
            Nia cuba menutup perasaan sedihnya. Dia dah jarang berhubung dengan Adam dan sekarang Tasha pula akan berkahwin. Dia sudah hilang Adam dan dia juga bakal hilang tempat mengadu selepas Adam sibuk dan tiada masa untuknya.
            Tasha pasti senyuman dan gelak ketawa Nia sekadar menutup perasaannya yang bercelaru. Meskipun dia sudah berkahwin nanti dia tidak akan meninggalkan Nia berseorangan. Dia akan sentiasa menjadi satu-satunya sahabat kepada Nia.

LIMA

“Sudahlah tu Tasha. Tadi kau dah belanja aku makan sekarang ni nak beli hadiah pula.”
Tasha membawa pula Nia ke Pavilion untun membelikan Nia hadiah. Dia tidak mengendahkan tolakan daripada Nia. Tangan Nia di heret untuk mencari hadiah buat sahabatnya.
“Hei..Nia..Tasha buat apa kat sini.”
Nia terkaku apabila terserempak dengan Adam di sini. Adam kelihatan segak dengan baju kemeja yang dilipat ditangannya. Adam tidak seperti Adam yang dulu. Yang ada kini Adam seorang yang pandai bergaya. Di sisinya berdiri seorang gadis yang tingginya lebih kurang Nia. Nia pasti itu Rasya.
“Buat apa? Datang nak beli baranglah.” Ujar Tasha apabila Nia mendiamkan diri.
“Aku yang bawa Nia datang sini sebab nak cari hadiah untuk dia”
“Hadiah apa pulak ni”soal Adam.
“Lahhh..kau tak tahu ke hari ni hari apa.”soal Tasha. ‘Takkan tak tahu birthday sahabat dari kecil dia.
“Hari apa..Hari istimewa apa”ujar Adam lagi.
Nia di sebelah menahan air mata yang ingin jatuh. Adam sudah lupa birthday dia. Mesti yang menjadi keutamaan Adam sekarang adalah Rasya sehingga birthday Nia sendiri dia telah lupa. Patutlah Adam tidak menghubungi bagi mengucapkan selamat buatnya.
“Birthday Nia”
Adam terkejut. Dia memandang kepada Nia yang tidak memandang kepadanya. Macam mana dia lupa birthday Nia. Dulu setiap tahun dia tidak lupa mengucapkan dan menyambut bersama Nia. Terbit perasaan serba salah dihatinya.
Tasha perasan mata Nia yang merah.
“Hah Adam ni ke Rasya tu”soal Tasha.
Adam terpinga-pinga dengan pertanyaan Tasha. Dia masih memikirkan Nia. Marahkah Nia terhadapnya.
“Err..betullah ni Rasya.”
“Ohh..cantiknya awak, Patutlah Adam busy sekarang. Sampaikan birthday kawan sendiri pun dia pulak. Sorrylah Nia ni tak bercakap sebab sakit tekak.”
Tasha memuji kecantikan Rasya dan dalam masa yang sama dia menyindir Adam. Rasya tersenyum mendengar pujikan daripada Tasha.
“Kita orang pergi dululah. Nak cari hadiah”
Tasha menarik tangan Nia beredar dari situ setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Adam dan Rasya. Nia tidak sedikit pun melihat kepada Adam.

ENAM

“Nia..ada orang nak jumpa kat luar”
“Siapa pula nak jumpa aku ni”
“Adam” nama itu membuatkan Nia terkaku di tempat duduknya.
“Weyh..pergilah cepat dia nak jumpa kau tu”teguran Tasha mengembalikan Nia kealam realiti.
Nia mencapai tudung sebelum berjalan keluar rumah. Adam sedang bersandar di keretanya semasa Nia berjalan ke arahnya.
“Assalamualaikum Adam”
“Waalaikumussalam” Adam melihat wajah Nia yang manis bertudung.
“Adam buat apa kat sini” Nia masih terkejut melihat Adam ada di depannya. Kenapa tiba-tiba dia datang sini.
“Adam call Nia banyak kali kenapa tak angkat” Nia terdiam.
“Nia marahkan Adam ke” ujar Adam apabila Nia senyap.
“Tak adalah. Nia tak marahkan Adam pun. Nia tak angkat call sebab handphone Nia ada dalam bilik. Nia ada kat luar tengok tv.”panjang penerangan Nia.
“Adam nak bagi ni pada Nia”
Adam menyerah sebuah beg kertas kepada. Di dalamnya terdapat sebuah kotak jam. Nia terpegun melihat jam tangan tersebut. Cantik.
“Untuk apa ni”
“Adam bagi sebagai hadiah ulang tahun Nia”
“Nia tak boleh terima hadiah ni. Mahal sangat. Nia tak layak. Adam bagilah pada Rasya. Dia lagi berhak.”
“Tapi Adam beli hadiah ni untuk Nia”
“Selepas ni tolong jangan beri apa-apa pada Nia.”.
“Tetapi kenapa pulak” Adam kelihatan tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh Nia.
“Nia rasa Nia dah tak penting lagi buat Adam. Adam dah dapat Rasya. Rasya yang menjadi keutamaan bagi Adam sekarang ni. Hadiah ni..kalau bukan kerana Tasha yang bagi tahu tentang ulang tahun Nia..Adam pasti tak akan belikan untuk Nia.
“Tolong jangan seksa hati Nia lagi. Nia rela Adam dengan Rasya kalau itu dapat membahagiakan Adam. Air mata diseka.
“Maksud Nia apa?”
            Nia tidak menjawab. Dia menyerahkan semula beg kertas itu.
            “Adam tanya maksud Nia apa tadi”soal Adam ketika Nia berpaling mahu masuk ke dalam rumah.
Lengan Nia ditarik kasar apabila Nia tidak mengendahkan pertanyaannya.
“Adam tanya ni..apa maksud Nia. Boleh tak Nia jangan rahsiakan apa-apa daripada Adam. Kita kawan dah lama perlu ke nak rahsia lagi”ujar Adam.
“Ok fine. Nia akan berterus-terang. Nia cintakan Adam. Nia sayangkan Adam..Dari dulu lagi. Tapi Nia tak sempat nak luahkan perasaan Nia pada Adam sebab Adam terlebih dahulu sukakan orang lain. Sekarang puas hati Adam bila dah dengar apa yang Nia cakapkan”marah Nia.
“Tapi kita kan kawan..macam mana Nia..”soal Adam teragak-agak. Kenapa dia tidak menyedari tentang perasaan Nia terhadapnya.
“Nia sendiri tak tahu bila Nia jatuh cinta pada Adam. Nia takut nak berterus-terang pada Adam. Nia takut Adam bencikan Nia. Tapi sekarang ni Nia sedar diri. Pipit dengan enggang mana boleh terbang bersama.”
“Adam baliklah..Nia minta maaf kalau kata-kata Nia mengganggu Adam. Tolong lupakan apa yang Nia katakan. Nia gembira kalau Adam gembira. Nia harap apa yang Nia cakapkan tadi tak membuatkan Adam jauh dari Nia walaupun hakikat sebenarnya Adam memang dah jauh dari Nia ”
“Nia..Adam nak minta maaf. Adam tak boleh terima. Tapi walau macam mana pun kita masih kawan kan. Adam janji Adam akan selalu ada untuk Nia”
Nia tersenyum sinis.
“Nope..Adam jangan janji kalau tak boleh tepati. Dalam masa sebulan ni ada Adam  hubungi Nia. Tanya khabar Nia..sihat ke tidak. Tak kan. Adam semenjak ada Rasya Adam dah berubah. Birthday Nia pun Adam boleh lupa apa lagi kalau kita dah tak berhubung nanti. Adam mungkin akan lupa terus siapa Nia.”
“Kenapa Nia tak telefon Adam.”
“Nia tak nak ganggu kegembiraan Adam dengan Rasya.”
Adam terkelu. Tidak sangka hampir dua minggu dia tidak menghubungi Nia. Nia juga tidak hubunginya disebabkan tak nak mengganggu kegembiraan dia bersama Rasya. Serba-salah dibuatnya. Nia masih memikirnya.
“Tapi satu yang Nia nak Adam tahu  Nia cintakan Adam sebab diri Adam yang dulu. Bukan Adam yang sekarang yang handsome, pandai bergaya. Nia cintakan Adam yang skema, baik walaupun  tak pandai bergaya. Dan andai kata Adam ada masalah Nia akan sentiasa ada kalau  untuk Adam.”
Adam terdiam . Pengakuan Nia membuatkan fikirannya terganggu.
“ Dah lewat ni. Adam baliklah..Nia pun nak masuk..esok kerja kan. Assalamualaikum.”
Nia melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Adam yang masih berdiri dan membisu dari tadi di luar rumahnya.
Adam tidak mampu menahan Nia pergi. Dia meninggalkan perkarangan rumah Nia selepas itu.

TUJUH

“Apa yang cuba Nia nak sampaikan sebenarnya kepada Adam” soal Adam. Dia merenung tajam gadis yang duduk dihadapannya.
Dua minggu selepas kejadian di rumah Adam itu..Nia menghubunginya kerana mahu berjumpa dengan Adam. Dia mahu memberitahu sesuatu yang hanya dia dan Tasha ketahui.
“Please Adam. Dengar dulu apa yang Nia nak sampaikan”
“Okay..teruskan”Adam mengalah.
“Nia..Nia nampak Rasya dengan seorang lelaki semasa Nia keluar pergi KLCC. Dia orang mesra sangat.”ujar Nia teragak-agak.
“So..what do you mean? Apa yang Nia nak dengar daripada Adam”
Jawapan Adam membuatkan Nia terdiam membisu.
“Kenapa diam..bila Nia cakap macam ni Nia ingat Adam akan percaya cakap Nia”balas Adam.
“Adam tak percaya pada Nia”
“Adam tak percaya langsung apa yang Nia katakan. Adam dah agak dah. Disebabkan Nia cintakan Adam dan Adam tak boleh nak terima Nia, Nia cuba nak rosakkan hubungan Adam dengan Rasya kan.” Adam tersenyum sinis ke arah Nia.
“Adam lebih percaya pada kekasih Adam sendiri. Adam lebih percaya pada Rasya. Adam tak ada sedikit pun rasa curiga pada Rasya  sepanjang kami berhubungan. Rasya pernah beritahu Adam bahawa Nia dan Tasha seperti merancang untuk memisahkan kami berdua. Dan satu yang Adam nak Nia tahu kami tak akan terpisah. Kami dah berjanji untuk berkahwin.
Nia menunduk memandang jari jemarinya di bawah meja. Sunggu kecewa apabila Adam dan Rasya sudah berjanji untuk berkahwin. Tapi Rasya adakah benar dia cintakan Adam ataupun sekadar ingin memainkan perasaan Adam.
“Tapi Nia…”
“Tapi apa hah?”Adam menempik dengan suara tinggi.
Nia terkejut. Buat pertama kalinya Adam meninggikan suara kepadanya.
“Stop. Adam tak sangka begini rupanya sikap sebenar Nia. Nia cuba rosakkan hubungan kawan baik sendiri. Kalau beginilah sikap Nia..Adam tak mahu berkawan dengan Nia lagi. Sebagai seorang sahabat sepatutnya dia mendoakan kebahagiaan kawannya tapi Nia..cuba rosakkan hubungan adalah”
Nia tidap dapat tahan lagi perasaannya. Dia menangis di situ. Tuduhan Adam benar membuatkan dia kecewa dan sedih.
“Kenapa perlu menangis..nak tagih simpati daripada Adam”marah Adam lagi.
“Nia bukan cuba nak rosakkan hubungan Adam dengan Rasya. Nia cuba beritahu sahaja. Nia buat semuanya sebab tak nak Adam sedih dan sakit hati. Kenapa Adam tak percaya pada Nia”
“Ini bukan sayang namanya. Tapi ini disebabkan sikap pentingkan diri sendiri yang membuatkan Nia begini. Adam harap sangat kita tak berhubung lagi selepas ini. Kalau Nia dah berubah dari sikap Nia yang sekarang ni kita mungkin akan jumpa lagi. Lagi satu Nia tu siapa untuk Adam percaya cakap Nia”ucap Adam tanpa memandang kepada Nia. Nia terkedu. Sampainya hati Adam.
“Kalau macam tu yang Adam nak..Nia akan jauhkan diri daripada Adam. Nia tak akan hubungi Adam lagi. Nia minta maaf sangat-sangat. Terima kasih atas layanan Adam kepada Nia selama kita berkawan. Nia doakan kebahagiaan Adam dengan Rasya. Nia minta diri dulu. Assalamualaikum.”
Nia cepat-cepat bangun tanpa mendengar kata-kata dari Adam. Selangkah Nia berpaling air matanya mengalir dengan laju. Pandangan orang sekeliling tidak dipedulikan. Malam itu Nia menangis sepuas-puasnya. Adam sudah tidak mahu berjumpa dengannya.
Adam terkedu. Dia sama sekali tidak menyangka dia akan berkata begitu. Tak mungkin dia tidak berjumpa dengan Nia. Ni sahabatnya dari kecil. Menyesal pun tak guna kerana Nia sudah pergi dari situ. Dia nampak dengan jelas Nia sedang menangis. Adam keliru. Di satu sisi ada Nia sahabatnya dari kecil. Di satu sisi lagi Rasya kekasih yang dia sayangi.

LAPAN

“Bila you nak kahwin dengan dia”soal si jejaka yang sedang memeluk erat pinggang si gadis.
“You sabarlah sikit..nanti bila I dah kahwin dengan dia kita mesti jadi kaya. Nak kaya kena lah tunggu. Rasya mengusap pipi lelaki terseebut.
“Tapi I tak sukalah dia tu. Dah elok-elok skema, hodoh pergi tukar penampilan diri dia tu kenapa.”
“You cemburu ke dia dah bertukar jadi handsome”soal Rasya.
“Mestilah I cemburu. I takut you jatuh cinta pada dia pulak”
Rasya ketawa senang. Dia suka melihat Zakri cemburu apabila dia bercerita tentang Adam kepadanya. Sengaja ditamba-tambah cerita untuk membuatkan Zakri cemburu.
“Tapi kan I risau rancangan kita musnah disebabkan kawan-kawan Adam tu. Mereka pernah ternampak you dengan I”
“Habis tu nak buat macam mana. Dia orang ada bagi tahu apa-apa pada lelaki bodoh tu ke”
“I tak tahu. Tapi I dah cakap dengan Adam mereka berdua tu rancang nak pisahkan I dengan Adam. Adam percaya masa tu. Dan I harap Adam akan sentiasa percaya pada I supaya rancangan kita berjaya”
Mereka berdua saling tersenyum. Tanpa disedari perbualan mereka didengari oleh seseorang.

SEMBILAN

Nia berundur sedikit sebelum berpusing ke belakang. Tanpa disedari terdapat seorang gadis yang berdiri beberapa tapak dibelakang. Mereka berdua berlaga antar satu sama lain.
“Ya Allah, saya tak sengaja”Nia pantas mengucapkan kata maaf.
“Eh takpe”kata gadis tersebut. Dia tunduk mengutip barang yang jatuh. Nia menolong gadis tersebut.
“Terima..”Nia dan gadis itu berpandangan.
“Kak Nia…”
“Aina..”
Nia membalas senyuman Aina. Mereka berpelukan. Tidak menyangka akan bertemu di situ.
“Ya Allah..akak..lamanya Aina tak jumpa dengan akak. Kenapa akak dah lama tak datang rumah. Kita orang rindukan akak. Mama dengan papa selalu tanyakan akak pada abang Adam. Tapi abang senyap je”
Aina membawa Nia ke arah tempat duduk yang berdekatan.
Nia tersenyum kelat. Dia juga merindui keluarga Adam tetapi semenjak Adam bersama dengan Rasya masa mereka untuk bersama sangat terbatas. Dia juga sudah lama tidak menjenguk Aunty Ijah dan Uncle Zainal.
“Akak gaduh dengan abang Adam ke. Kenapa akak senyap je ni. Abang Adam pun sama bila kita orang sebut pasal akak mesti dia senyap”
“Tak adalah. Kita orang kan dah kawan dari kecil. Mesti dia bosan jumpa akak selalu. Lagipun dia kan dah ada Rasya. Sebab tu akak dah jarang jumpa dengan abang Adam.”
“Erm yelah..Aina percayalah sangat kata akak tu. Akak tu bukan pandai menipu pun.”
Ye..betul. Nia memang sukar untuk menipu. Aina memang tahu dia menipu ataupun tidak. Tapi kenapa Adam tak pernah nampak keikhlasannya malah dituduh cuba merosakkan hubungannya dengan Rasya.
“Rasya tu..bukannya Aina suka dengan dia. Lebih baik abang Adam pilih akak kan”ujar Aina berterus terang.
“Kenapa Aina tak suka dengan Rasya.”
Aina mengeluh. “Aina tak suka dengan dia. Awal-awal masa abang kenalkan pada kami semua Aina rasa okay je dengan Rasya. Tapi selepas tu dah berapa kali jugak Aina nampak Rasya dengan seorang lelaki bermesra depan orang ramai. Dan minggu lepas Aina curi dengar perbualan mereka. Rasya nak kahwin dengan abang sebab abang kaya bukannya sebab cintakan abang.”
“Aina ada bagi tahu Adam tak”
“Aina pernah tanya abang Adam betul ke Rasya cintakan dia tapi abang Adam marah. Abang Adam pertahankan kata Rasya cintakan dia. Aina dah malas nak ambil tahu. Mama dengan papa pun Aina tak bagi tau.”terang Aina.
Nia menunduk. Adam terlalu percayakan Rasya. Sedangkan Aina bertanya begitu saja Adam sudah marah apatah lagi dia memberitahu bahawa Rasya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Sudah pasti Adam membencikannya.
Teringat semasa dia terserempak dengan Adam di restoran kegemaran mereka. Adam menghadiahkan jelingan tajam kepadanya. Adam berpura-pura tidak mengenali Nia. Manakala Rasya tersenyum sinis.
“Akak okay? Akak ada sesuatu yang nak bagitahu Aina ke”tegur Aina.
Nia menceritakan apa yang terjadi kepadanya dan Adam. Dia juga berterus terang tentang perasaannya. Aina terkejut. Tidak sangka abangnya menjadi seorang yang bodoh kerana terlalu menyayangi Rasya. Adam ternyata sudah berubah dari Adam yang dulu. Tentang perasaan Nia dia tidak terkejut kerana dia memang sudah agak perasaan Nia terhadap abangnya.
“Akak menyesal Aina. Kalau akak tak terus-terang tentang perasaan akak dan apa yang akak nampak pasal Rasya hari tentu hubungan akak dengan Adam baik-baik saja. Dialah satu-satunya sahabat akak dari kecil sampai sekarang. Sahabat yang akak sangat cintai” Nia menangis lagi buat kesekian sekalinya. Dia tersedu-sedu di hadapan Aina.
Aina memeluk Nia sambil menyuruhnya bersabar. Dia simpati dengan keadaan Nia. Kenapalah abangnya bolehbuat begini terhadap Nia.
“Aina janji dengan akak..Aina tak akan bagitahu Adam tentang perkara ni. Walaupun selepas akak pergi”ujar Nia.
Aina terkedu. Dia menghela nafas berat. Wajah Nia yang basah dengan air mata ditatapnya.
“Akak nak pergi mana”
“Akak nak pindah. Tenangkan diri.”
“Perlu ke akak bawa diri..akak nak pergi mana. Dengan siapa akak nak pergi. Berapa lama akak nak pergi. Akak dah tak ada siapa kat dunia ni kan. Kalau terjadi apa-apa pada akak macam mana”bertalu-talu soalan Aina kepada Nia.
Dia tersenyum memandang Aina. Dia tahu Aina seorang adik yang sangat mengambil berat akan dirinya.
“Akak nak balik kampung Tasha. Tinggal dengan nenek Tasha kat sana. Lagipun Nek Som tinggal seorang je kat sana. Bukan jauh pun. Akak nak cari kerja kat sana.”
“Aina teman akan boleh”
“Kenapa pulak..akak pandailah jaga diri akak ni. Lagipun Aina kan kerja mana boleh cuti lama-lama”
“Alah kak..Aina tahulah akak pandai jaga diri. Tapi Aina nak ikut akak tenangkan diri jugak. Aina nak bercuti. Pasal kerja tu nanti Aina tanyalah papa. Tak lama pun Aina ikut akak. Sebulan je. Boleh lah kak. Kalau Kak Tasha tau mesti dia pun benarkan tau”rayu Aina.
Aina tahu di Perlis terdapat banyak tempat yang menarik. Di samping dia temankan Nia di sana dia mahu mengajak Nia pergi berjalan-jalan. Mungkin dengan itu Nia dapat melupakan masalahnya.
“Yelah-yelah apa pun Aina mesti minta kebenaran mama dengan papa terlebih dahulu” Nia mengingatkan Aina.
Aina teruja. Tak sabar mahu menghabiskan masanya di sana nanti bersama dengan Nia.
‘Abang Adam tu biarlah..aku tak nak ambil tahu.’

SEPULUH

“Nia..”
Tasha menegur Nia yang duduk termenung di dalam bilik.
“Hah..ada apa”
“Kau ni sudah-sudahlah tu fikirkan Adam. Adam pun tak fikirkan kau. Jangan semakkan otak dengan fikirkan pasal lelaki tu lagi”
“Aku sayangkan Adam”rintih Nia.
“Kau kena kuat Nia hadapi semua masalah ini. Keputusan kau nak pindah dari KL ni kau yang ambil kan. Kalau kau nak lupakan Adam mungkin dengan cara ini saja. Rumah ni aku akan jaga. Kalau kau rasa nak balik sini lagi aku tak kisah. Aku akan teman kau kat sini”
“Barang-barang kau ada lagi tak yang nak kemas. Biar aku tolong nanti tak sempat pulak. Esok kita nak gerak dah. Aina tahu kita nak gerak pukul berapa.”
“Dah..semangat betul dia waktu aku call dia tadi”
“Aina..Aina..dia memang kalau nak bercuti memang semangat” tergeleng-geleng kepala Tasha.
“Aku ada beli makanan kat kau. Aku letak atas meja. Jangan tak makan. Nanti aku sebat kau. Aku nak mandi dulu..”
Nia tersenyum. Tasha dengan Aina. Dua orang yang sentiasa menemaninya. Tiada lagi Adam. Tasha dan Aina berusaha untuk menggembirakannya. Dia sangat bersyukur dikurniakan sahabat seperti Tasha dan Aina seperti yang dianggap sebagai adiknya.
Esok akan bermula hidup barunya di Perlis. Pemergiannya ke sana tidak dikhabarkan kepada Adam. Rasanya tidak perlu dia memberitahu Adam kerana Adam sudah tidak mempedulikannya lagi. Dia akan rindukan Adam.

SEBELAS
                                                                                                
6 BULAN KEMUDIAN
Perbualan Nia ditelefon bersama dengan Tasha terhenti apabila Nek Som memanggilnya di luar rumah. Nia bergegas. Takut terjadi apa-apa pada nenek angkatnya.
“Ye nek..ada apa..nenek sakit ke”soal Nia. Wajah tua Nek Som dipandang kasih. Dia tidak pernah merasai kasih sayang dengan nenek sendiri. Dengan kesempatan yang ada dia sudah menganggap Nek Som sebagai neneknya sendiri.
Nek Som tersenyum kepada Nia. Cucu angkatnya begitu risau jika dia jatuh. Sudah lima bulan mereka tinggal bersama. Dia sudah kenal dengan sikap Nia.
“Nenek tak sakit. Nia buat apa di dalam. Nenek bosan sorang-sorang kat luar ni”
Nia ketawa. “Tadi Nia habis masak Nia telefon Tasha. Dah lama tak berborak dengan dia. Bila nenek panggil terus Nia keluar”.
“Nenek sudah-sudahlah tu menanam. Dari tadi nenek kat luar berpeluh-peluh dah ni jomlah masuk dalam. Nenek mandi dulu, solat lepas tu kita makan eh”tubuh kurus Nek Som dipimpim masuk ke dalam.
Mujurlah hari sabtu dan ahad dia cuti. Dapat luangkan lebih masa bersama nenek angkatnya. Sementara menunggu Nek Som, Nia mengemas ruang tamu dan menyapu halaman rumah.
“Nia, jom kita makan. Nenek dah lapar ni”ajak Nek Som.
“Banyaknya Nia masak. Siapa nak makan semua ni”
Di atas meja terdapat ayam masak lemak cili padi, telur masak kicap, ulam-ulam yang segar, tempe goring dan pudding roti.
“Kitalah nak makan. Tak habis boleh simpan untuk malam ke.”
“Puding roti ni bila pulak Nia buatnya.”
“Tadilah nek. Bukannya lama nak masak ni semua. Puding ni Nia kukus je. Sementara nak tunggu masak Nia masaklah ayam dengan telur. Ulam ni Nia petik je nek”
“Untung nenek Nia ada kat sini. Boleh makan sedap-sedap”puji Nek Som. Nia kalau berada di rumah ada sahaja yang akan dimasaknya.
“Mana ada sedap nek. Biasa je. Nenek masak lagi sedap.” Nia membalas senyuman Nek Som.

DUA BELAS

 Tasha yang baru pulang dari kerja pelik melihat Adam yang berdiri diluar pagar rumahnya. Wajah lelaki itu berserabut dan nampak lemah. Adam menyandarkan badannyake kereta sementara menunggu Tasha pulang.
“Kau buat apa datang sini. Pergi baliklah.”kata Tasha kasar. Menyesal pula dia pulang ke rumah sewanya. Disebabkan dia ingin mengambil barang yang tertinggal memang dia tidak akan pulang ke situ semenjak Nia berpindah ke Perlis.
“Aku nak jumpa Nia. Dia ada tak.”
“Kau nampak kereta dia ada tak sekarang ni..tak ada kan. Tu maknanya dia tak ada kat sini”
“Habis tu mana dia. Aku telefon dia nombor dia dah tak aktif”
“Dia dah tukar nombor. Sekarang ni dia tak balik kerja lagilah.”tipu Tasha. Yang penting Adam tak tahu dimana Nia ada.
“Kau tipu aku. Aku dah pergi cari dia kat tempat kerja dia. Kawan-kawan dia cakap Nia dah letak jawatan. Mana Nia”marah Adam. Dia tidak dapat menahan kemarahan apabila ditipu oleh Tasha.
“Yang kau datang sini nak marah-marah aku kenapa. Kau nak tahu Nia ada kat mana kau carilah sendiri. Aku tak tahu. Yang aku tahu dia dah pindah”balas Tasha dalam keadaan marah juga.
“Tasha please. Tolong bagitahu aku dia kat mana. Aku nak jumpa dia Tasha”ujar Adam lemah.
“Buat apa kau cari dia lagi. Kau juga yang tak nak jumpa dengan dia lagi. Buat apa kau cari dia lagi Adam.”
“Aku nak mintak maaf pada Nia. Aku bersalah pada dia.”
“Sudahlah. Kau baliklah Adam. Aku tak akan bagitahu kau. Aku dah janji dengan Nia. Dah malam ni. Lebik baik kau balik. Tak elok orang tengok ada lelaki datang rumah aku”tegas Tasha.
“Try to find yourself. I’m not interested to talk about this anymore. After what you did to Nia, do you think I will help you to tell where is Nia? I don’t think so. Please go home and don’t you ever come here again until Nia accept your apologizes .

TIGA BELAS

“Aina..Aina..Aina…”jerit Adam memanggil nama adiknya.
Aina yang sedang duduk di ruang tamu melihat abangnya seperti tidak tentu arah.
“Apahal ni terjerit-jerit panggil nama orang. Bising tau tak.”dia menjeling tajam ke arah Adam.
Mujurlah mama dan papa ke rumah mak long. Kalau tidak mama mesti membebel sebab dia membalas kasar panggilan abangnya.
“Aina tau kan kat mana Nia berada”tanya Adam berterus terang.
“Tak tahu”balas Aina.
“Please tell me Aina..you know where she is right”
“Why you want to find her.”
“Abang tahu abang buat salah dengan Nia. Abang nak minta maaf dengan Nia”
“Apa perasaan abang terhadap kak Nia”
“Abang sayang Nia.” Aina tersenyum sinis.
“Selepas abang dah tahu perangai sebenar Rasya baru abang cakap abang sayang kak Nia. Abang sedar tak apa yang apa buat pada kak Nia dulu. Abang tak pedulikan kak Nia lepas Rasya jadi kekasih abang. Abang percaya sangat cakap Rasya tu. Kononnya Rasya cintakan abang. Tapi sebenarnya Rasya cuma cintakan duit abang. Abang tuduh kak Nia sedangkan kak Nia cuba bagi tahu yang sebenarnya.”
“Sekarang ni Aina tau abang dah menyesal tapi untuk bagi tahu kat mana kak Nia berada Aina tak boleh.”
Langkah Aina terhenti apabila Adam menarik tangannya. Merayu Aina memberitahunya. Aina simpati dengan Adam. Berserabut, rambut yang tak terurus, muka kusam.
Aina mengeluh. “Kalau abang nak jumpa kak Nia tolong ubah penampilan abang yang dah macam orang hilang isiteri. Kak Nia ada di perlis. Tempatnya abang cari sendiri. Setakat tu sahaja Aina boleh tolong”
“Terima kasih Aina. Tu pun dah cukup” Adam tersenyum. Dia akan berusaha mencari orang yang dah mencuri hatinya.
Rasya…dia sudah memutuskan hubungannya dengan wanita tersebut. Seminggu selepas dia terserempak dengan Nia di restoran kegemaran mereka. Rasya ditangkap berdua-duaan dengan Zakri. Rasya juga telah mengaku semuanya apabila Zakri telah memberitahunya perkara sebenar ketika dia cuba menyalahkan Zakri atas kejadian yang berlaku kepada Rasya kerana dia masih mempercayai Rasya ketika itu.
Betapa bodohnya dia tidak mendengar kata Nia. Malah dia juga telah menuduh sahabatnya. Dia yakin Nia pasti marah dengannya. Dia akan berusaha supaya Nia memaafkan dirinya.

 EMPAT BELAS

Selesai solat Nia merapikan diri. Tudung disarung semula kerana dia tidak pasti tetamu yang akan hadir adalah lelaki mahupun perempuan. Kata Nek Som mereka datang ingin tinggal sementara di sini. Nia membantu Nek Som menyediakan makan malam.
“Tetamu nenek tak sampai lagi”tanya Nia.
“Belum lagi..katanya…”
Suara orang memberi salam menghentikan percakapan Nek Som.
“Eh..tak kan dah sampai. Tadi kata lagi dua puluh minit”
“Tak apalah nek. Nenek pergi sambut tetamu nenek dahulu. Biar Nia siapkan semuanya. Lagi sikit je ni”
Nia menyediakan air minuman untuk tetamu tersebut. Dia mendengar suara perempuan yang bercakap dengan Nek Som. Tidak pasti berapa cawan yang perlu di bawa. Tak cukup nanti ambil sahaja lah. Dia melangkah ke ruang tamu. Dulang yang diletakkan cawan dibawa dengan berhati-hati.
Tiba sahaja dia ruang tamu dulang ditangan terlepas dari tangan. Bunyi lantunan kaca pecah mengejutkan semua yang beradi di dalam rumah.
Nia terkejut. Adam..macam mana dia boleh datang ke sini. Kaki Nia terpaku di situ.
“Ya Allah Nia..kenapa boleh sampai jatuh ni”ujar Nek Som. Dia melangkah kepada Nia.
Nia menunduk. Tidak sanggup melihat ke hadapan. Kini semua yang berada di situ memerhatikannya.
“Ma..maaf..maafkan Nia. Nia tak sengaja”Nia tunduk mengutip cawan yang sudah pecah.
“Ouchh..”disebabkan rasa gementar dan kekok tangan Nia telah terhiris dengan serpihan kaca.
“Kak Nia okay tak ni”
“Nia pergi bangun biar nenek buat benda ni”
Adam bangun bergerak kepada Nia. Dia ingin melihat luka di jari Nia. Nia yang perasankan arah tuju Adam pantas berlari ke dapur. Adam tergamam. Aina mengikut langkah Nia ke dapur.
“Akak”Aina menyentuh bahu Nia. Kelihatan Nia yang sedang menangis.
“Akak..Aina minta maaf. Aina tak tahu abang Adam nak bawa Aina datang sini. Okay Aina mengaku Aina bagitahu abang akak ada di perlis tapi Aina tak bagitahu akak ada di sini. Abang Adam yang cari akak sendiri.
Nia membisu. Dia tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Aina. Dia masih lagi terkejut. Tidak sama sekali dia berfikir bahawa Adam akan datang berjumpa dengannya pada hari ini. Nia mencuci luka di jarinya sebelum meletakkan ubat.
“Nia dah sudah..jomlah kita makan dulu”pelawa Nek Som kepada Aina dan Adam.
Aina dan Adam menuju ke meja makan. Makanan semua telah tersedia. Nia pantas mengambil tempat di hadapan Aina. Tidak sanggup rasanya mahu duduk di hadapan Adam. Aina tersenyum melihat tingkah Nia. Mereka semua makan dengan berselera.
Pada malam itu masing-masing duduk di ruang tamu sambil berborak. Adam tidak lepas memandang Nia dari tadi.  Nia tidak mengeluarkan sepatah kata semasa mereka semua berbual. Dia lebih mendiamkan diri dan mendengar apa yang dikatakan.
“Kenapa akak senyap je dari tadi”soal Aina.
Nia hanya menggelengkan kepalanya. Aina pasti Nia mendiamkan diri disebabkan abangnya. Pasti Nia berfikir bahawa Aina sengaja memberitahu keberadaan Nia.
‘Abang Adam lah punya pasal ni. Paksa aku datang sini’
“Nia..dari tadi nenek tengok Nia senyap je dari tadi. Nia ada masalah ke. Kenapa tak berborak dengan Adam ni. Diakan kawan Nia dan Tasha.”tegur Nek Som.
Nia membisu lagi. Dia hanya melemparkan senyuman kepada Nek Som. Kebisuan Nia membuatkan Ada tidak senang apa lagi Nia tidak langsung memandang kepadanya. Masih marah ke Nia kepadanya. Dia terus-menerus memandang kepada Nia. Dia rindukan gadis tu.
“Nek..Nia mengantuk. Nia masuk tidur dulu boleh tak”tanya Nia. Dia bukannya mengantuk sangat pun. Dia cuma mahu menghindarkan diri dari Adam.
Selepas mendapat keizinan dari Nek Som, Nia berlalu ke biliknya.
“Akak tidur dulu”ujar Nia kepada Aina. Adam langsung tidak ditegurnya.

LIMA BELAS

Selesai menjemur pakaian di ampaian Nia bergerak ke pangkin kayu di halaman rumah. Dia ingin mengambil udara terlebih dahulu di situ. Kedudukannya yang membelakangkan rumah membuatkan dia tidak sedar Adam melangkah kepadanya.
“Nia”sapaan dari belakang membuatkan Nia terkaku. Dia bangun ingin berdar dari situ.
“Nia please. Adam nak cakap dengan Nia.”mohon Adam.
“Nak cakap apa lagi. Semuanya dah jelas malam tu. Adam yang tak nak jumpa dengan Nia. Sekarang ni buat apa cari Nia lagi. Nia bukan siapa-siapa pada Adam. Baliklah Adam. Please go.” Tegas Nia.
“Adam nak minta maaf dengan Nia. Adam tahu Adam banyak buat salah dengan Nia. Adam betul-betul menyesal. Adam tak percaya cakap Nia.”
Nia terdiam mendengar permohonan maaf Adam.
“Tolong bagi Adam peluang memperbaiki kesalahan Adam. Adam tahu Nia masih cintakan Adam kan. Tolong bagi Adam peluang untuk terima Adam dalam hidup Nia. Adam sayangkan Nia.”
“Bagi Adam peluang untuk cintakan orang yang cintakan Adam tanpa mengira paras rupa Adam. Adam nak bersama dengan orang yang cintakan Adam”
“Mana Rasya. Adam kata dulu Adam dah berjanji dengan dia nak berkawin. Sekarang ni apa pula.”
“Adam dah lama berpisah dengan Rasya. Adam diamkan diri selepas berpisah dari Rasya. Adam fikirkan Nia. Adam tak tahu Nia dah pindah ke sini. Adam telefon Nia tapi nombor Nia dah tak aktif . Pergi tempat kerja Nia mereka kata Nia dah letak jawatan” terang Adam lagi.
“Tasha pun tak nak bagitahu Nia ada di mana. Adam paksa Aina bagitahu Nia di mana tapi dia cuma bagitahu Nia ada di Perlis. Bila Adam fikir balik Nia tiada saudara-mara di sini Adam teringat nenek Tasha. Kita pernah datang bercuti di sini dengan Tasha. Adam yakin Nia ada di sini”
“Dah cukup Adam bercakap. Tak penat cakap tanpa henti. Okaylah. Nia nak masuk dulu”
“Nia…”
Nia tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh Adam. Dia sengaja tidak mengendahkan panggilan Adam.
‘Ya Allah..apa lagi aku nak buat. Sudah tertutup ke pintu hati Nia kepadanya’

ENAM BELAS

“Aduhhh..perlahan-lahanlah sikit letak ubat tu..pedih tahu tak”
“Bisinglah abang ni..buatlah sendiri. Kira baik orang nak letakkan ubat. Hishh..suruh lah orang lain buatkan.”
Aina meninggalkan Adam berseorangan di ruang tamu. Dia segera keluar dari rumah untuk menolong Nek Som mengopek buah kepala. Gara-gara dia tidak berhati-hati tadi tapak tangannya luka. Namapak gaya macam teruk. Dia juga tidak tahu kenapa boleh jadi macam tu. Berangan agaknya.Balutan yang separuh siap tu dilihat. Apa nak ubat. Tangan kirinya terkial-kial hendak membalut tapak tangan sebelah tangan.
Nia memerhatikan Adam dari belakang. Dia rindukan Adam. Dia juga telah memaafkan Adam tetapi hendak berbual dengan Adam dia biasa kekok.
Adam mengalah. Dari tadi dia tidak dapat membalut tangannya. Adiknya tu bukannya nak tolong. Dia menyandar ke sofa sambil menutup mata. Mahu menghilangkan rasa penat. Tangannya yang disentuh seseorang membuatkan Adam membuka matanya. Nia sedang duduk disebelahnya sambil merawat luka ditangannya.
“Macam mana boleh jadi macam ni”soal Nia tanpa memandang wajah Adam. Adam merenung lembut wajah Nia.
Adam menceritakan apa berlaku.
“Buat kerja tu macam mana..Berangan? Buat kerja tu cuba buat betul-betul. Dari dulu sama je. Tak pernah nak betul buat kerja.”bebel Nia.
Adam tersenyum mendengar bebelan Nia. Adakah Nia sudah memaafkannya.
“Thanks”
Nia membalas senyuman Adam. Adam terpaku. Kenapa dia rasakan senyuman Nia ketika itu sangat manis. Nia sudi membalas senyumannya dan bercakap dengannya.
“Nia dah maafkan Adam”soal Adam.
“Entah..tengoklah macam mana”
Nia meninggalkan Adam terpinga-pinga. Dia mahu kenakan Adam. Biar Adam rasa pula apa yang dia rasa sebelum ini.

TUJUH BELAS

“Abang nak ikut jugak pergi sungai. Kedekut lah Aina ni tak bagi ikut.”marah Adam.
“No way. Aina nak keluar dengan kak Nia seorang sahaja. Abang tak boleh ikut”balas Aina.
Nia hanya memadang gelagat dua-beradik itu.
“Nia..Adam nak ikut boleh”
Nia berfikir sejenak sebelum berkata.
“Erm…boleh..”
“Yes..Adam boleh ikut”Adam menjelirkan lidahnya kepada Aina. Aina mencebik.
“Orang tak habis cakap lagi ni.”celah Nia.
“Boleh ikutkan?”
“Boleh..boleh blah”jawab Nia selamba.
Aina sudah mengekek ketawa. Suka melihat muka masam abangnya.  Giliran dia pula menjelirkan lidak kepada Adam. Nia ikut ketawa apabila Adam sudah merajuk dan beredar ke dalam rumah.
“Tak ada nak pujuk abanglah. Duduk kat rumah baik-baik tau.”jerit Aina.


LAPAN BELAS

“Apa ni..boleh tak jangan sibuk kat sini”marah Nia.
“Adam cuma nak tolong Nia je”
“Tak payah. Nia tak perlukan bantuan daripada Adam”Nia merampas kembali bakul yang berisi buah di tangan Adam. Dia melangkah ingin masuk ke rumah.
“Nia..janganlah macam ni. Adam rindukan Nia. Nia janganlah marah Adam lagi. Adam betul-betul minta maaf” tangan Nia di rentap perlahan.
Nia ketawa sinis. “Rindu? Nia ni siapa untuk Adam rindukan. Nia ni bukan siapa-siapalah Nia. Nia ni cuma seorang perempuan yang tak tahu malu jatuh cinta dengan sahabat sendiri. Nia ni orang yang berbeza daripada Rasya.” sinis Nia.
“Nia. Adam minta maaf dengan apa yang Adam buat pada Nia dulu. Adam betul-betul menyesal”luah Adam sesal.
“Adam ingat hati Nia tak sakit dengan apa ynag Adam katakan. Adam tuduh Nia macam-macam. Adam sendiri yang putuskan persahabatan kita.”marah Nia lagi.
“Sudahlah Adam. Adam pergilah balik. Tak perlulah Adam nak pujuk Nia lagi. Nia maafkan Adam tapi beri Nia masa untuk terima Adam semula.”
Bicara yang terluah dari bibir Nia terasa begitu pedih. Adam memandang sayu  wajah Nia.
“Adam sayangkan Nia. Adam cintakan Nia. Adam baru sedar perasaan Adam. Adam nak bersama dengan Nia susah dan senang. Nia tolonglah.”rayu Adam lagi. Air mata yang ingin mengalir ditahan.
“Andai Adam cakap begitu sebelum Nia berpindah ke sini dan andai Adam sedar awal mungkin Nia akan beri Adam peluang. Tapi buat masa sekarang Nia tak boleh beri jawapan apa-apa pun. Nia minta Adam beri Nia masa.”
“Nia perlukan masa untuk terima ini semua. Hati Nia masih terasa sakit. Tak lama tapi yang pasti Adam perlu sabar untuk tunggu jawapan dari Nia.”
“Adam boleh tunggu Nia tak?” Nia memandang lembut wajah Adam. Dia tidak mahu mengambil keputusa yang terburu-buru untuk menerima Adam. Biarlah mereka sama-sama mengambil masa untuk terima diri masing-masing.
“Adam boleh. Adam sanggup tunggu Nia. Nia ambillah masa berapa banyak pun. Tapi tolong..tolong jangan hampakan Adam” Nia tidak mengangguk dan juga tidak menggeleng. Dia cuma tersenyum pahit.
“Nia tak janji. Apapun Adam berdoalah supaya Nia dapat menerima Adam”seusai berkata-kata Nia melangkah masuk ke dalam rumah.
Nia mengesat air matanya. Dia cintakan Adam. Dia sayangkan Adam. Tapi untuk dia menerima Adam buat masa sekarang dia tidak boleh. Dia tidak ingin kecewa buat kali yang kedua. Dia tak pasti benarkah Adam betul-betul cintakan dia. Ataupun disebabkan rasa bersalahnya kepada Nia yang membuatkan dia ingin bersama Nia. Nia buntu memikirkan masalah itu.
Aina hanya memerhati dari dalam rumah. Dia tahu hati Nia masih sakit dan dia juga pasti Adam pasti sudah menyesal. Dia tidak akan masuk campur hal mereka dua. Aina cuma berharap hubungan Nia dan Adam akan kembali pulih seperti dulu.













5 comments:

  1. Kepoin blog gw jg dong ipankresepkripikbalado.blogspot berisikan cerpen menarik

    ReplyDelete
  2. Kepoin blog gw jg dong ipankresepkripikbalado.blogspot berisikan cerpen menarik

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D