Thursday 28 May 2015

CERPEN SERIES : MARISSA DAMIA (2)





*****

“Assalamualaikum..Hai lama tunggu” kedua-duanya menoleh pada tuan punya suara yang sedang berdiri dihadapan mereka. Seorang perempuan yang memakai blouse labuh berwarna merah dan berseluar putih sedang memandang mereka berdua sambil tersenyum.

Fariz terpana melihat senyuman Mia.

“Err..waalaikumussalam. Taklah..kami pun baru sampai. Duduklah.”Fariz menjemput Mia.

“Ermm sebelum kita berborakkan apa kata kita pergi order dulu”cadang Farisya.

“Okay jugak. Jom teman akak pergi beli. Akak belanja makan hari ni”kata Mia kepada Farisya.

“Okay jugak” setelah mengambil pesanan Fariz mereka berdua melangkah ke arah kaunter. Mereka kembali lima minit kemudian.

“So..Farisya ni adik Fariz lah ye”soal Mia.

“Yup. Sya adik along. Along abang Sya”Farisya tersenyum.

“So sekarang ni buat apa.”soal Mia lagi.

“Mia sekarang kerja dekat syarikat papa. Sama dengan along. Baru je lagi.Umur akak berapa ye. Sya baru 23 tahun. Along 26 tahun.”beritahu Farisya.

“Fariz beza setahun jelah dari saya. Hari tu saya terlanggar awak di DM Holdings. Awak buat apa di situ ye”tanya Mia.

“Saya nak jumpa dengan wakil yang uruskan projek dengan syarikat saya. Kami nak berbincang pasal hal tulah. Awak pulak buat apa kat situ”

“Tu syarikat saya jugak. DM Holdings tu milik saya dan abang saya. Abang saya merupakan pemengang saham terbesar disitu sebanyak 60 peratus dan saya pemegang saham kedua.”

“Wow..akak hebatlah. Ada kedai bakery ada syarikat lagi.”puji Farisya.

“Lepas papa saya meninggal dunia saya dan abang saya cuma ada mama sahaja. Papa dah wasiatkan syarikat itu kepada kami berdua. Kedai bakery tu hasil saya sendri. Saya memang minat bakery tapi Cuma hujung minggu sahaja saya dapat luangkan masa di sana. Hari lain di syarikat tu tolong abang saya uruskan”

“Tapi saya tak tahu pula tu syarikat milik awak berdua. Lagipun sebelum ni yang handle projek tu saya serahkan kepada pekerja saya. Tapi hari itu disebabkan dia ada urusan saya yang gantikan dia”ujar Fariz.

“Akak pandai buat bakery kan..Nanti ajarlah Sya. Sya pun minat jugak tapi tak pandailah. Kat rumah tu semua ada termasuklah perkakas-perkakas tapi disebabkan tak ada yang pandai buat tak bergunalah benda tu”sampuk Farisya. Dari tadi mereka berdua berbual.

“Boleh..apa salahnya. Awak pun boleh join sekali nanti”ujar Mia.

‘Ek..aku ke. Fariz tersenyum kelat.

“Tak payahlah akak ajak along ni. Nanti bersepah lagipun along bukan pandai mengemas pun pandai menyepahkan lagi adalah”Farisya mengenakan abangnya. Bukannya dia tidak kenal abangnya.

Fariz menjegilkan matanya kepada Farisya..tu pun nak bagi tahu Mia. Malulah dia. Farisya hanya selamba dan Mia pula yang ketawa melihat gelagat mereka berdua.

*****

Lisa melangkah keluar dari kedai yang menjual barang-barang untuk membuat kek. Dia memegang erat beberapa plastik yang berisi barang-barang yang dibelinya. Keretanya di parking agak jauh sedikit disebabkan parking lot yang penuh di kawasan itu. Lisa berhati-hati ketika berjalan menuju ke keretanya.

Tanpa disedari Lisa terdapat seseorang yang mahu mengeluarkan keretanya. Tanpa melihat kiri dan kanan terlebih dahulu si gadis itu terus mengeluarkan keretanya. Lisa yang terkejut terlepas semua barang-barang ditangannya. Dia jatuh terduduk. Kakinya sangat sakit ketika itu.

“Hey..macam mana You jalan hah. Tak kan tak nampak kereta I yang nak keluar ni”marah Marina.

“Amboi..awak tu yang salah tak tengok kiri kanan dulu main redah je..nak salahkan saya pulak”Lisa memandang tajam ke arah Marina yang sedang berdiri dihadapannya.

“Awak ingat sini highway untuk awak bawak laju-laju. Dah tau kawasan di ramai orang yang berjalan kaki tak perlulah nak drive laju-laju”ujar Lisa. Dengan kaki yang sakit dan dia masih lagi terduduk di situ dia masih lagi tidak mahu mengalah.

Marina terdiam. “Okay..salah I. Tapi I rasa You pun sama salah. Sekarang ni I tengok You tak ada apa-apakan. Better I pergi dulu. Banyak lagi kerja yang I perlu buat daripada bertengkar dengan You” tanpa rasa bersalah Marina meninggalkan Lisa di situ.

“Apa punya perempuanlah. Bukannya nak tolong aku bangun ke apa” Lisa melihat ada beberapa barang yang sudah rosak.

“Dik..boleh tolong akak bangun tak. Kaki akak sakit terseliuh”pinta Lisa kepada seorang gadis yang lalu di situ.

‘Aduhhh..macam mana nak drive ni. Kaki kirinya yang terseliuh. Kalau kereta auto tak apalah jugak’..telefon bimbit diambil untuk menghubungi seseorang.

“Mia tolong ambik aku tapi suruhlah sesiapa hantarkan. Kaki aku terseliuh tak boleh nak drive”terang Lisa.

“Aku pergi kedai beli barang. Banyak dah habis. Ye..kat situ. Aku tunggu”ujar Lisa lagi.

Geram pulak teringatkan kejadian tadi. Kalau dia jumpalah perempuan tu lagi..siaplah dia. Biar aku kenakan dia pula…Lisa ketawa sendirian..

*****

Mia membantu Lisa keluar dari kereta. Barang-barang diminta Mak Kiah tolong bawakan. Lisa duduk di sofa ruang tamu sementara menunggu Mia membawakan air dan ubat sapu.

“Nah air. Minum dulu” Mia menyerahkan satu gelas besar kepada Mia.

“Besarnya gelas”tanya Lisa.

“Cukuplah untuk kita berdua. Aku malas nak bawa dua gelas tadi”

“So..macam mana kaki kau boleh jadi macam ni. Nasiblah tadi aku belum balik lagi. Aku suruh Kak Zah tolong hantarkan aku ambil kau”

Lisa menerangkan apa yang terjadi kepadanya tadi. Tidak semena-mena Mia marah.

“Gila ke perempuan tu. Tak ada adab langsung. Dah buat salah dia boleh biar je macam tu. Siapa perempuan tu. Nanti kau jumpa dia bagi tahu aku”kaki Lisa di urut.

“Aduhhh…”teriak Lisa.

“Mia..taulah geram pun. Janganlah kaki aku yang jadi mangsa. Sakitlah”

Mia ketawa. Tidak sedar tangannya memicit kuat pergelangan kaki Lisa.

“Hehe..sorry..tak sengaja” ujar Mia.

“Kenapa ni”tanya Mikael yang tiba-tiba muncul di situ. Dia mendengar suara isterinya yang menjerit tadi.

“Kenapa ni Lisa”Mikael duduk disebelah isterinya. Bahu Lisa diraih rapat.

“Ishhh..abang ni baru balik pergilah mandi..busuklah”Mia ketawa melihat Lisa yang cuba menjauhkan diri daripada Mikael.

“Alah..kejaplah..penatlah. Bagilah abang rehat kejap”balas Mikael.

“Mia..kenapa dengan kaki Lisa”tanya Mikael risau.

“Terseliuh tadi..nak tahu lebih tanya isteri abang tu..”Mia berhenti kejap dan mahu mengambil gelas minuman dia dan Lisa.

Baru sahaja tangannya ingin mencapai Mikael terlebih dahulu mencapai gelas itu dan minum sehingga habis..

“Ermm..segarnya”kata Mikael.

Lisa dan Mia memandang Mikael. Kecik besar je mereka melihat Mikael.

“Abanggggg…tu air kita orang lah” serentak Lisa dan Mia berkata. Marah.

“Hehe..sorrylah. Abang dahaga sangat ni. Ehh..mama mana, tak nampak pun”Mikael tukar topik.

“Mak Kiah kata mama belum balik. Ada di butik lagi. Malam sikit baru balik”balas Mia.

“Ouhhh”

“Sudahlah tu Mia..kau pergilah rehat. Tadi kau dah ambil aku lepas tu balik-balik terus kau urut kaki aku. Kau pergilah rehat pula”kesian pula Lisa melihat adik ipar merangkap sahabat baiknya yang duduh di atas lantai sambil mengurut kakinya.

“Hah..kenapa Lisa tak call abang saja tadi. Boleh abang ambil”soal Mikael.

“Handphone abang mana. Cuba abang check”ujar Lisa.

Mikael mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Ditekannya sekali button on..kosong. Hanya screen hitam sahaja yang kelihatan.

“Lisa dah call abang ke..sorrylah. Abang lupa charge bateri”

Mia meminta diri untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

“Jomlah masuk bilik. Lisa boleh rehat. Ni boleh jalan tak”tanya Mikael.

“Jalan sampai ke tangga tu bolehlah bang. Nak naik tu yang susah. Tak apalah abang naiklah dulu. Biar Lisa rehat kat sini saja.”

Mikael hanya mendiamkan diri. Badan isterinya didukung lalu berjalan menaiki tangga menunggu ke bilik mereka.

“Ala abang kenapa angkat Lisa. Biarlah Lisa je kat ruang tamu”

“Abang balik nak jumpa isteri abang. Tapi Lisa nak duduk sangat kat ruang tamu tu kenapa. Abang boleh je angkat Lisa masuk bilik”

“Abang kan baru balik kerja mestilah penat. Lisa tak nak susahkan abang”

“Untuk isteri abang semuanya boleh. Apalah sangat kalau nak angkat Lisa ni. Bukannya Lisa berat. Senang je untuk abang angkat. Abang nak bila abang balik Lisa ada depan mata. So sekarang ni Lisa rehat kat dalam bilik kita. Senang untuk abang pantau”

Lisa tersenyum. Dia beruntung mempunyai suami seperti Mikael.

*****

“Hoi”tolakan kasar bersama satu suara dari arah belakang menyentakkan Mia yang sedang berbual di telefon. Telefon bimbitnya terjatuh.

“Hei..apa masalah kau”tanya Mia apabila perempuan yang menolaknya adalah perempuan yang sudah beberapa kali mencari gaduh dengannya.

“Kau..dasar perempuan tak sedar diri. Memang niat kau kan cari gaduh dengan aku semata-mata nak raih perhatian Fariz”soal Marina. Dia rasa marah apabila dia terlihat Fariz dan Farisya yang sedang makan bersama dengan perempuan dihadapannya.

“Fariz..Farisya??? Yang mana satu eh”tanya Mia berpura-pura berlagak selamba.

“Kau jangan buat-buat tak tahu. Fariz dan Farisya yang kau makan bersama dua minggu yang lalu”panggilan I dan You sudah berubah kepada ‘aku’ ‘kau’.

“Ouhhh..mereka berdua tu. Aku ingat. Best tau keluar dengan dua orang tu. Serasi dengan aku. Kita orang pergi makan, main bowling, tengok wayang”Mia sengaja ingin menaikkan suhu kemarahan Marina.

“Aku nak ingatkan kau, jangan kau nak dekati Fariz lagi kalau tak aku kerjakan kau”ugut Marina.

“Kenapa aku tak boleh dekat dengan Fariz. Dia dah jadi kawan aku. Kau tak ada hak nak larang kita orang berkawan.”ujar Mia lagi.

“Aku ni bakal tunang dia. So sekarang ni baik kau jaga jarak dengan dia”mendengarkan itu Mia ketawa kecil.

“Bakal tunang? Betul ke”dia ketawa lagi.

“Betullah..kenapa tak percaya”balas Marina kasar.

“Kau sepupu Fariz kan”Mia teringat sesuatu.

“Ada masalah ke kalau aku sepupu dia”

“Tak ada masalah pun. Tapi hari tu Fariz ada cerita kat aku pasal kau. Kau suka dia kan..Tapi sayang dia tak pedulikan kau.”

“Farisya pun cakap dia tak suka kau. Kenapa eh diorang tak suka dengan kau”soal Mia.

“Kau jangan nak putar belit cerita. Aku tau kau dengkikan. Fariz cintakan aku. Aku pun cintakan Fariz.”

“Lah..buat apa aku nak putar belit cerita kau. Kalau betul korang saling mencintai baguslah..kalau salah aku tak taulah”

Sedikit sebanyak Mia mengharapkan apa yang dikatakan oleh Marina adalah salah. ‘Aku cemburu ke’

“Sudahlah melayan kau apa pun tak jadi. Lagi satu kalau nak tegur orang tu baik-baik. Bagilah salam dulu ke. Kau nak tanggung kalau aku mati terkejut tadi”

Mia menggertak Marina. Apalah sangat kalau dia dikejutkan sebegitu. Sengaja ingin melihat reaksi Marina.

Marina selamba sahaja memandang Mia. Tidak ada rasa serba salah sedikit pun.

“Baguslah kalau kau mati. Kau dah tak menjadi penghalang buat aku dapatkan Fariz”

Mia ketawa. “Choyyy..nampak sangat kau yang terhegeh-hegeh dekat Fariz.Cubalah sedaya upaya. Kalau kau dah kahwin dengan dia nanti jangan lupa jemput aku tau.”

Marina geram. Setiap kali dia berlawan dengan Mia, dia yang akan rasa sakit hati terlebih. Mia memang jenis kaki gaduh.

“Chow dulu..bosan tengok kau.”

“Woi..aku tak habis cakap lagi”

“So what ada aku kisah. Aku rasa kita dah habis dah bercakap kan. Good luck”Mia mengangkat tangan menunjukkan tanda bagus.

‘Arghhhh..kalau aku jumpa perempuan tu siaplah dia’


*****
Mia ralit memandang orang yang lalu lalang dihadapan kafe Star. Inilah kafe kegemarannya setiap kali dia ingin bersendirian. Di situ dia sering mencari tempat yang tidak ramai pelanggan kerana dia boleh tumpukan perhatian untuk memandang pelbagai gelagat dan ragam manusia. Dia suka memerhatikan cara orang yang berpakaian, cara mereka memesan makanan cara mereka makan. Bagi Mia, dia seronok melakukan perkara itu meskipun perkara yang tidak berfaedah. Kafe Star yang mempunyai corak vintage membuatkan dia rasa tenang, cantik apabila dia melihat sekitar dinding yang bercorak. Semua di situ menarik perhatiannya.

“Hai Mia”spontan Mia mengangkat wajahnya.

“Boleh saya duduk di sini”Mikael terus menyoal Mia. Ketika dia melangkah masuk ke kafe ini dia ternampak Mia yang sedang duduk bersendirian.

Bulat mata Mia memandang Mikael yang sudah duduk dihadapannya. ‘Aku tak jemput pun lagi dia duduk di sini’

Mikael hanya selamba melihat reaksi Mia. Yelah dia pasti Mia terkejut apabila dia datang tiba-tiba lantas meminta duduk di situ.

“Saya tak jemput pun awak duduk..tak malu”usik Mia.

“Biarlah..siapa suruh awak lambat sangat nak jawab pertanyaan saya” balas Fariz.

“Sekarang bukan waktu kerja ke. Kenapa awak ada kat sini”

“Saya ambil half day hari ni..Lagipun saya tak busy so saya mintak kebenaran dari abang saya nak ambil half day. Nak rehat kejap. Awak pula kenapa boleh ada kat sini” soal Mia.

“Saya nak beli air tadi lepas tu nampak awak pula. So saya lepaklah kejap kat sini. Tak apakan” Fariz tersenyum.

“Awak…”panggil Mia. Fariz yang sedang mengacau air dalam bekas minuman masih ralit dengan air minumannya.

“Ye sayang”balas Fariz perlahan.tanpa dia sedari.

“Awak cakap apa”tanya Mia.

Fariz terkejut.

“Saya cakap apa..entah..saya pun tak tahu”Fariz tersengih. ‘Aduh macam mana boleh terlepas cakap pulak’

“Awak saya nak bagi tahu ni..hari tu saya terserempak dengan sepupu awak..Awak dengan dia ada hubungan ke. Janganlah salah sangka saya cuma tanya je”

“Sepupu saya Marina tu? Mana adalah. Saya tak suka pun dengan dia. Saya tak anggap dia lebih dari seorang sepupu”jelas Fariz.

“Tapi hari tu kan dia pernah bagitahu saya awak bakal tunang dia. Dia tak nak saya dekat dengan awak” perlahan suara Mia.

“Saya tak nak awak percaya dengan apa yang dia cakap. Saya dengan dia jelas tak ada ada hubungan”

“Tapi dia sukakan awak kan? Takkan awak tak suka dia.?” Soal Mia. Dia ingin tahu tentang perasaan Fariz terhadap sepupunya.

“Dia sukakan saya tapi saya tak sukakan dia. Macam mana saya boleh suka dekat dia kalau hati saya dah tertarik dengan awak waktu pertama kali saya jumpa awak. Di KFC dulu tu, saya berharap selepas hari tu saya nak sangat jumpa dengan awak. Allah makbulkan doa saya. Dan buktinya saya dah berkawan dengan awak hampir sebulan. Saya gembira berkawan dengan awak.”

“Tanpa saya sedari perasaan itu bertukar kepada cinta. Saya cintakan awak Marissa Damia. Awak wanita pertama yang saya cintakan”

Mia terkedu. Dia tidak tahu Fariz juga mempunyai perasaan yang sama.

“Awak bolehkan terima saya”soal Fariz.

“Maksud awak?”tanya Mia bingung.

“Saya nak awak terima nanti pinangan keluarga saya..bolehkan?” Fariz berterus-terang. Dia tidak ingin melepaskan peluang yang ada.

“Hah..pinang saya” terkejut Mia dibuatnya.

“Yelah..kalau boleh saya nak kita bercinta selepas nikah. Lagi manis dan halal kan”ujar Fariz.

“Bagi saya masa untuk fikirkan ye awak. Jujur saya cakapkan saya memang punya perasaan yang sama dengan awak.”

Fariz gembira. Sekurang-kurangnya harapannya cerah.

“Lepas ni awak nak pergi mana lagi”tanya Fariz.

“Saya nak singgah butik mama saya dululah. Nak tolong apa yang patut kat sana. Lagipun pekerja mama saya kurang dan yang selalu menjahit tu dah berhenti..so bolehlah saya tolong apa yang patut.”terang Mia.

“Wow..butik pula..hebat keluarga awak ni kan. So awak pandai menjahit”soal Fariz

Mia tersenyum manis. “Bolehlah jugak”

“Eh dah lama kita berbual ni. Saya minta diri dululah Mia. Kerja ada lagi yang menanti. Lagi satu jangan lupa apa yang saya bagi tahu awak tadi” Fariz mengenyitkan matanya. Mia tersenyum. Dia membalas lambaian Fariz sebelum dia juga beredar dari situ.


next..

3 comments:

  1. cerpen adik best tapi alert dgn nama watak tu...selalu tertukar...suka dgn cerpen ni...menarik...

    ReplyDelete
  2. Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
    Bonus Deposit Member Baru 100.000
    Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
    Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
    Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
    Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
    Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis

    ERTIGA POKER
    ERTIGA
    POKER ONLINE INDONESIA
    POKER ONLINE TERPERCAYA
    BANDAR POKER
    BANDAR POKER ONLINE
    BANDAR POKER TERBESAR
    SITUS POKER ONLINE
    POKER ONLINE


    ceritahiburandewasa

    MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
    KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
    CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D