Monday, 22 April 2013

CERPEN : ALAHAI SUAMIKU



SATU

Aina memandang ke arah suaminya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Tv dibiarkan terpasang. Begitulah rutinnya setiap malam. Rafiq Affendi , yang sudah menjadi suaminya hampir enam bulan. Sungguh dia bahagia bersama suaminya. Aina betah melayan sikap Rafiq. Sepanjang tempoh mereka hidup bersama, Rafiq belum pernah lagi meninggikannya suaranya kepada Aina. Suaminya itu adakala romantik, adakalanya manja dan satu sikap Rafiq yang dia tidak tahan adalah apabila Rafiq merajuk. Susah betul untuk dipujuknya.


Rafiq bersuara apabila melihat Aina menuju ke ruang tamu.

“Sayang teman abang pergi makan di luar jom”ajak Rafiq.

“Tak naklah. Sayang kan dah masak. Ni sayang baru nak ajak abang pergi makan. Penat sahaja sayang masak kalau abang tak nak makan”Aina bergerak menghampiri suaminya.

“Alah..sayang please. Abang dah lama dah nak pergi restoran yang baru bukak tu. Kawan-kawan abang semuanya cakap makanan di situ sedap. Sayang pernahkan janji nak teman abang makan di luar” Rafiq masih lagi memujuk Aina menemaninya.

“Kenapa abang tak cakap awal-awal. Ni sayang dah habis masak baru abang ajak makan luar” protes Aina.

“Sayang”

“No way..sayang tak nak. Sayang penatlah abang. Baru je habis masak. Kita makan di rumah sahajalah”

“Sayang ni..bolehlah”pujuk Rafiq. Aina menggeleng-gelengkan kepala tanda keputusannya muktamad.

“Jom pergi dapur kita makan”ajak Aina. Langkahnya terhenti apabila Rafiq masih duduk di sofa mendiamkan diri.

“Abang jomlah”

“Tak naklah..sayang pergi makan seorang.” Rafiq merenung tv dihadapannya.

‘Hai..merajuklah pulak..ni yang susah ni’ Aina duduk rapat disebelah Rafiq.

“Abang merajuk ke”tanya Aina.

“Mana ada”kata Rafiq. Aina tersenyum.

“Habis tu tak nak makan”soal Aina lagi. Dia mengurut dada suaminya lembut.

“Tak lapar”rajuk Rafiq.

“Eleh, tak lapar konon. Sayang tahu perut abang tengah lapar kan”

“Orang cakap tak lapar lah”Rafiq menafikan.

“Erm sudahlah. Abang duduk seorang di rumah. Aina nak naik atas ganti baju sebab Aina nak keluar makan dekat restoran baru tu” Aina terpaksa berkata begitu. Demi suami tercinta diikutkan juga kemahuannya untuk makan di luar. Kalau tidak, makin lamalah suaminya merajuk.

Mendengarkan itu, Rafiq berlari mendapatkan isterinya yang sudah menaiki tangga. Pinggang Aina diraih.

“Sayang nak keluar makan ke”tanya Rafiq.

“Aah..abang duduk rumah ok”

“Takkan nak tinggalkan abang seorang kat rumah”rengek Rafiq. Aina menyembunyikan senyumannya.

“Kata tadi tak lapar”

“Abang laparlah..abang teman sayang pergi makan eh” Rafiq tersenyum. Aina tergelak.

‘Sukalah tu orang teman dia makan. Hishh..tak habis-habis merajuk’


DUA

Aina membawa Rafiq ke klinik. Badannya terasa lemah. Semasa Aina membawanya ke klinik, Rafiq disebelah tempat pemandu berbaring sambil memejamkan mata. Pening. Disebabkan badan suaminya terlalu panas, doktor menyuruh Rafiq makan ubat demam yang diberikan olehnya.

Dirumah Rafiq terperap di dalam bilik. Aina melayan sikap manja Rafiq.

“Abang makan dulu”kata Aina. Dia menyuakan bubur ke mulut Rafiq. Suaminya menggeleng. Tiada selera katanya.

“Makanlah sikit. Dari tadi abang tak jamah apa pun, nanti sakit perut pulak. Please..sikit sahaja”lembut suara Aina memujuk.

Setelah dipujuk-pujuk akhirnya suaminya mahu makan bubur yang dimasak oleh Aina. Aina terus menyuap bubur ke mulut Rafiq. Habis pula bubur tu. Rafiq tersentuh dengan layanan isterinya. Makin melimpah kasihnya pada wanita bernama Aina Ariana.

“Dah habis. Abang tidur dulu. Aina nak buat kerja kat bawah. Nanti Aina naik semula” Aina tidak meneruskan langkahnya apabila Rafiq menarik lengannya.

“Tak payahlah turun. Sayang teman abang kat sini. Abang tak boleh tidur”kesian pula melihat wajah suaminya yang pucat.

Aina menyentuh dahi suaminya, panas. Tangan Rafiq dilepaskan dari lengannya. Kemudiannya dia kembali dengan semangkuk air. Tuala yang sudah dibasahkan diletakkan di dahi Rafiq.

Aina duduk berlunjur di atas katil disebelah suaminya. Tubuhnya disandarkan pada kepala katil. Rafiq merebahkan kepalanya di atas peha Aina. Pinggang isteri dipeluk.

“Sayang jangan pergi mana-mana. Teman abang kat sini sampai abang tidur”manja suara Rafiq.

“Erm yelah abang. Manja betul suami sayang ni kan. Mengalahkan budak kecil”kata Aina sambil tergelak kecil. Hidung suaminya dicuit.

“Biarlah, abang manja pun dengan isteri abang. Bukan dengan orang lain.”balas Rafiq.

“Ok..abang tidur cepat”gesa Aina.

“Sayang macam tak ikhlas saja”Rafiq berkata perlahan.

“Mana ada sayang tak ikhlas. Aina kan sayang. Aina suruh abang tidur sebab boleh Aina turn ke dapur. Banyak kerja Aina nak buat. Aina nak solat lagi” Aina memberikan sebuah ciuman di pipi Rafiq. Rafiq tersenyum. Sukalah tu.



TIGA

AINA menanti Rafiq menjemputnya di rumah. Rafiq mahu membawanya pergi makan di tempat kegemaran mereka.

“Rafiq sudah lewat sepuluh minit. Aina setia menunggunya dihalaman rumah. Semasa Aina berkira-kira hendak menelefon suaminya sebuah Toyota Harrier berhenti di hadapan rumah. Aina pantas memasuki ke dalam kereta.

“Sorry sayang. Abang lewat. Mesti sayang penat tunggu abang kan”Rafiq mengusap pipi isterinya sebelum menghadiahkan sebuah ciuman mesra.

“Aina tak penat pun. Sepuluh minit je lewat. Tapi kalau abang lewat satu jam memang Aina akan merajuk dengan abang”Aina tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya. Rafiq terpana.

“Lepas makan kita pergi beli barang nak”kereta bergerak meninggalkan kawasan rumah.

“Barang apa..untuk abang”tanya Aina.

“Nope…bukan untuk abang. Tapi untuk sayang. Apa sahaja yang sayang nak”

Keadaan di Restoran Chop & Steak yang agak sibuk dimasuki oleh Rafiq dan Aina. Rafiq menggenggam tangan Aina. Aina leka memerhatikan orang yang sedang enak menjamu selera. Mereka mengambil tempat yang agak tersembunyi dari orang lain. Hanya terdapat beberapa pasangan yang juga duduk di disitu.

“Abang nak makan apa”tanya Aina sambil melihat menu di tangan.

Rafiq mendekatkan badannya ke arah Aina. “Abang nak makan sayang”bisik Rafiq nakal.

Aina menpar kuat lengan suaminya. Merah padam mukanya mendengar apa yang dikatakan oleh Rafiq. “Gatal”kata Aina. Rafiq tergelak.

Aina memesan Chicken Golden Blue dan jus tembikai manakala Rafiq memesan Lamb Chop dan jus mangga. Rafiq galak mengusik Aina. Aina yang geram dengan Rafiq menarik muka masam. Rafiq yang terus menerus memujuknya tidak diendahkan.

Rafiq mencium pipi Aina apabila pujukannya tidak diendahkan.

“Abang..hishh malulah orang tengok”kata Aina. Beberapa pelanggan yang berhampiran dengannya tersenyum melihat  mereka.

“Biarlah isteri abang, suka-suka abanglah nak cium sayang”selamba Rafiq berkata.

“Abang ni kan saja tau. Tengok tu orang tengok kita” Aina mencubit-cubit Rafiq. Geram. Rafiq tergelak sekali sekala terdengar suaranya mengaduh.

“Aduh sayang..sakitlah yang oiii. Tak sayang abang ke”

“Mestilah sayang..Tapi abang ni ada ke patut cium sayang kat sini”masam muka Aina.

“Sorry abang janji tak buat lagi”Rafiq mencuit hidung Aina. Dia merenung wajah Aina sambil tersenyum. Dia benar-benar sayang dan cintakan isterinya.



EMPAT

Semasa hendak beredar dari situ, Aina ditegur oleh seseorang.

“Assalamualaikum”Aina menjawab salam lelaki yang sedang berdiri dihadapannya.

“Aina kan”tanya lelaki tersebut.

“Ye saya. Awak ni siapa”soal Aina. Dia memerhatikan lelaki tesebut. Macam kenal tapi siapa…

“Ni akulah Afiq. Afiq Raykal. Yang gemuk dulu tu”

“Ya Allah..kau ke. Aku tak cam lah sebab kau dah kurus. Hemm..makin handsome”puji Aina. Rafiq disebelah sudah panas mendengar isterinya memuji lelaki lain.

“Hehe…tak adalah biasa sahaja”Afiq merendah diri.

“Eh..ni aku kenalkan suami aku Rafiq Affendi”Aina memperkenalkan Rafiq kepada Afiq. Rafiq menyambut huluran tangan Afiq dengan senyuman terpaksa.

“Sorrylah Aina..Hari tu aku tak dapat datang majlis perkahwinan kau. Aku ada hal di dikampung.”

“Tak apalah, bukan kau sengaja pun. Kau baru nak makan ke. Pergilah. Kami pun dah nak balik ni”

“Baiklah jumpa lagi”kata Afiq.

Di dalam kereta Rafiq mendiamkan diri. Dia terus membawa Aina pulang ke rumah. Ana menjadi pelik dengan sikap Rafiq. Kata hendak pergi membeli barang. Sudahlah di dalam kereta dia tidak menjawab satu pun pertanyaan Aina. Sampai sahaja di rumah Rafiq terus masuk ke dalam bilik mereka.

Di dalam bilik, Aina melihat Rafiq sudah menukar pakaian ke pakaian tidur. Suaminya itu sedang membaca buku sambil duduk bersandar di kepala katil. Aina membersihkan badan dan menggantikan pakaian. Dia duduk disebelah Rafiq.

“Abang”panggil Aina. Rafiq menutup bukunya dan ingin turun daripada katil. Aina menarik tangan Rafiq membuatkan Rafiq kembali terduduk.

“Abang..janganlah buat Aina macam ni. Apa ada buat salah ke ? Apa salah Aina ? Cuba abang bagitahu Aina. Janganlah diam macam ni” bertalu-talu soalan yang ditanyakan kepada Rafiq.

“Siapa Afiq tu”tanya Rafiq. Aina tersenyum. Baru dia tahu punca Rafiq dingin dengannya.

“Kawan Aina masa di universiti dulu”jujur Aina.

“Perlu ke Aina puji dia lebih-lebih depan abang. Sengaja nak bagi abang cemburu” soal Rafiq.

“Abang tak salah kan Aina nak puji dia. Aina bukannya nak bagi abang cemburu. Dia kawan Aina sahaja. Aina tak ada perasaan pun pada dia. Suami Aina lagi handsome daripada dia”

Rafiq mendiamkan diri. Lama.

“Sudahlah kalau abang tak percaya. Aina tidur dulu”Aina membelakangkan Rafiq. Kecewa dengan sikap Rafiq.

“Sayang”panggil Rafiq. Dia memeluk Aina dari belakang. Rasa bersalah kerana sakitkan hati isterinya.

“Sayang,abang minta maaf ok”Rafiq berterusan memujuk Aina. Pelukannya tidak dilepaskan.

“Sayang..pandanglah abang”mohon Rafiq. Aina memusingkan badannya menghadap Rafiq. Rambut Rafiq di belai. Wajah Rfiq diusap.

“Abang janji, abang jangan merajuk lagi. Abang seorang sahaja yang Aina cinta. Tak ada orang lain”kata Aina. Tangannya kembali ke wajah Rafiq. Renungannya mendamaikan.

Rafiq tersenyum bila jari-jemari isterinya bermain disekitar wajahnya. Aina merebahkan kepalanya di dada Rafiq.

“I love you abang”bisik Aina ditelinga Rafiq.

“I love you too sayang”balas Rafiq sambil merenung ke mata Aina. Pelukan kembali di eratkankan. Aina tersenyum bahagia.


LIMA

SETAHUN KEMUDIAN

Aina sedar selepas tidur akibat keletihan melahirkan anaknya. Dia meraba perutnya. Kempis. Anaknya sudah selamat dilahirkan. Sakit dan ngilu di bahagian bawah ari-arinya masih jelas terasa. Rafiq di sebelah dipandang. Suaminya sedang tidur sambil memegang tangannya. Aina pasti Rafiq letih menunggunya di situ sehingga menyebabkannya tertidur.
Aina bermain dengan rambut suaminya. Rafiq tersedar.

“Sayang dah bangun”Rafiq menuangkan air ke dalam gelas dan diberikan kepada Aina.

“Terima kasih”Rafiq melabuhkan punggungnya disebelah Aina selepas membantunya duduk. Bahu Aina dipeluk.

“Abang anak kita mana”tanya Aina.

“Sayang nak tengok anak kita. Kejap ye abang pergi ambil. Baby girl kita comel macam sayang”pipi isteri di cium lembut.

Rafiq kembali dengan membawa anak mereka. Diberikan kepada Aina untuk mendukung bayi mereka. Aina mencium anaknya penuh kasih. Air mata gembira jatuh di pipinya di seka oleh Rafiq.

“Abang dah ada nama untuk anak kita”

“Abang dah fikir lama. Macam mana kalau kita letakkan nama anak kita Dini Insyirah. Dini bermaksud agamaku. Insyirah pula bermaksud kegembiraan”usul Rafiq.

Aina mengukirkan senyuman. “Pandai abang pilih”kata Aina.

“Sayang..terima kasih kerana lahirkan zuriat untuk abang”Rafiq mengucup telapak tangan Aina.

Aina mengangguk. “Aina pun sama nak ucapkan terima kasih kerana menyayangi dan mencintai Aina. Aina nak abang tahu Aina sentiasa menyayangi dan mencintai abang”katanya memandang kearah Rafiq.

Rafiq menarik Aina ke dalam pelukannya. Dipeluknya erat si isteri. Sungguh dia bahagia bersama Aina. Sinar kebahagiaan terpancar di mata kedua-duanya. Apatah lagi dengan adanya si kecil yang akan menceriakan lagi rumah mereka. Doa mereka agar hidup mereka sentiasa gembira dan di rahmati Allah….


13 comments:

  1. Cerita yg menarik dan best....susah nak cari lelaki sweet macam rafiq

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah bnetultu susah dapt suami mcm rafiq ne

      Delete
  2. Cerita yg menarik dan best....susah nak cari lelaki sweet macam rafiq

    ReplyDelete
  3. oooh romantiknye suami dia bhgia dpt suami mcm ne romantik sangatttt biarpun manjeeee sukeee sangatt sweeettt

    ReplyDelete
  4. romantik gile kot.. the bestttt ��✌��

    ReplyDelete
  5. *HOKIBET
    *BUKATOGEL.COM
    *DAFTAR
    *REFERRAL
    *BUKU MIMPI
    *PREDIKSI

    * Potongan/Discount Bukatogel.com :
    * 2D : 29% = Rp. 70.000
    * 3D : 56% = Rp. 400.000
    * 4D : 65% = Rp. 3.000.000

    * BBM : 7boc7177
    * HP/SMS : +639277025291

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D