Sunday, 21 April 2013

CERPEN : CINTA KAU DAN AKU

SATU

Selepas membawa Aliyah ke taman permainan, Isya terus memandu keretanya ke kompleks membeli belah KLCC. Isya ingin membeli beberapa barang keperluan Aliyah yang sudah habis dan membeli baju baru untuk anaknya yang semakin membesar. Keretanya meluncur masuk ke basement bangunan itu.

Isya terlalu asyik memilih pakaian baru untuk Aliyah tanpa menghiraukan orang dan keadaan disekelilingnya. Sekali-sekala tersenyum apabila melihat baju kanak-kanak yang kelihatan comel pada matanya. Setelah puas memilih Isya mengambil keputusan untuk membeli lima pasang baju tidur dan beberapa pasang baju untuk dipakai di rumah dan pakai untuk keluar.
Isya mendukung anaknya dan menuju ke foodcourt. Matanya melilau mencari tempat duduk.


Setelah memesan makanan Isya tersenyum memandang Aliyah di atas ribanya. Anaknya itu sudah masuk dua tahun. Aliyah walaupun masih kecil tetapi dia tidak banyak meragam. Aliyah menoleh ke arah mamanya.

“Ma…ma..ma”sebut Aliyah sambil menunjukkan mainan di tangannya.

“Anak mama nak susu ke”Isya mencubit pipi anaknya yang tembam.Aliyah tergelak.

“Assalamualaikum”Isya yang sedang menjamu selera menoleh setelah disapa oleh seseorang .
“Waalaikumussalam”jawab Isya.Qistina memeluk tubuh Isya. Dia rindukan kakak iparnya.

“Kak Isya sihat..lama Qis tak dengar khabar tentang akak”Qistina menegur kakak iparnya 
sambil merenung ke arah Isya. Pandangannya beralih pula kepada si kecil yang diriba Isya.
Isya memandang wajah adik ipar yang kelihatan semakin manis. Qistina yang memakai baju lengan panjang paras lutut,berseluar jeans dan kepalanya pula ditutupi dengan selendang yang dililit kemas dipandang sayu.

“Kak Isya”panggil Qistina lagi setelah tiada balasan daripada Isya.

“Qis buat apa kat sini..seorang sahaja ?”

“Qis seorang sahaja. Pergi Kinokuniya tadi”

“Akak sihat..Aliyah macam mana sekarang makin tembam Qis tengok”tanya Qistina apabila soalannya tadi dijawab oleh Isya. Dia mengambil Aliyah dan di riba anak saudaranya itu.

“Alhamdulillah, akak sihat.Aliyah pun sihat”pendek jawapan Isya. Selepas itu dia mendiamkan diri. Qistina melihat wajah Isya yang bertukar muram.

“Akak kenapa”tanya Qistina.

“Akak teringatkan abang Qis. Suami akak tu sihat tak.”tanya Isya.

“Abang Hakim sihat..banyak juga yang abang Hakim dah ingat. Tapi abang tak ada sebut tentang akak”serba-salah Qistina memberitahu.

“Akak kenapa akak tak nak balik rumah. Dah dua minggu akak tak balik.Semua orang rindukan akak dan Aliyah. Mama setiap hari tanyakan akak.”Qistina menanyakan Isya. Di rumah mama dan papa asyik bertanyakan Isya. Kakak-kakaknya semua apabila bertandang ke rumah pasti akan bertanya tentang Isya.

Disebabkan kemalangan yang menimpa Hakim lima bulan lepas menyebabkan Hakim kehilangannya ingatannya. Dikatakan mereka semua keluarga Hakim pun susah untuk dipercayainya apatah lagi apabila mama memberitahu bahawa Isya dan Aliyah merupakan isterinya.

Hakim di benarkan keluar selepas lima hari tinggal di hospital. Pada hari Hakim pulang ke rumah, Isya menunggu di rumah bersama mama kerana menjaga Aliyah. Papa dan Qistina menjemput Hakim di hospital untuk di bawa pulang ke rumah.

“Bukan akak tak nak pulang ke rumah tu. Bukan akak tak rindukan semua orang. Tapi akak lakukan begitu disebabkan Abang Hakim. Akak tak nak Abang Hakim sakit apabila tengok muka akak. Qis pun tahukan tentang hal tu”

“Tapi Abang Hakim ada cakap dia tak kisah akak nak datang tapi untuk terima dan layan akak macam mana kami semua layan akak dia dapat nak buat macam tu. Dia masih tak dapat nak mengingati semua tentang akak dan Aliyah walaupun dia sudah percaya akak sebagai isterinya.”

Qistina masih mengingati apa yang dikatakan oleh Hakim kepada Isya. Hakim mengatakan bahawa dia sakit apabila memandang Isya. Hakim tidak dapat menerima apabila mama mengatakan bahawa Isya merupakan isterinya dan Aliyah merupakan anak mereka berdua. Isya yang datang mendekati Hakim dan memegang lengan Hakim untuk meyakinkan Hakim ditolaknya kasar sehingga menyebabkan Isya jatuh terduduk.

“Tapi tak akan akak selamanya nak duduk seorang diri rumah akak tu. Sekurang-kurangnya kalau akak duduk tinggal dengan kami, kami boleh temankan akak sentiasa”tanya Qistina.

“Tak apa Qis..akak lebih selesa tinggal di rumah kami. Di situ banyak kenangan kami. InsyaAllah akak pasti suatu hari nanti Abang Hakim pasti dapat semula ingatannya dan balik ke rumah itu.”

“Dah petang ni akak nak balik dulu. Qis tak nak balik ke. Kalau nak balik mari akak hantarkan”lembut Isya bertanya.

“Memanglah Qis nak balik..tapi tak menyusahkan akak ke”tanya Qis pula. Risau kalau menyusahkan satu-satunya kakak iparnya itu.

“Nak susah apanya. Jomlah”ajak Isya.sambil tersenyum manis. Isya sudah bangun ingin mengambil anaknya. Sebelah tangan penuh dengan barang yang dibelinya tadi.

“Akak..akak dukung Aliyah sajalah. Biar Qis saja yang bawa barang-barang akak.”

“Thanks Qis”Qistina tersenyum. Isya sejak dulu tidak jemu mengucapkan terima kasih apabila menerima bantuan daripada orag lain Pasti kakak  iparnya akan terasa lenguh untuk mendukung Aliyah dan barang-barang yang dibeli. Aliyah pula sudahlah semakin tembam.
Sampai sahaja di hadapan banglo dua tingkat milik keluarga Qistina, Isya terpandang Hakim yang sedang duduk di balkoni. Hakim ketika itu yang sedang berehat melihat sebuah kereta satria neo yag berhenti dihadapan rumah berdiri untuk melihat siapa yang datang.

“Akak tak nak masuk dulu”tanya Qistina. Dia perasan wajah Isya yang keruh apabila ternampakkan Abang Hakim yang berdiri dibalkoni.

Isya menunduk mengelap pelupuk matanya.

Ketika itu kilauan kilat yang menyilaukan membuatkan Qistina risau untuk membenarkan Isya pulang. Apa lagi dengan membawa anak kecil. Meskipun Isya pulang dengan menaiki kereta.

“Tak apa. Akak pulang dulu. InsyaAllah akak akan datang rumah ni. Tapi bukan dalam waktu yang terdekat. Tolong kirim salam pada semua orang”kata Isya.

“Akak hati-hati tau”tangan Isya disalam dan dicium penuh hormat sebelum dicium Aliyah sepuas-puasnya yang sudah tertidur di tempat duduk belakang. Qistina tahu Isya merindukan abangnya. Dia hanya melihat kereta kakak iparnya yang berlalu hingga hilang dari pandangan dengan hati yang sebak.

Sebak dengan keadaan kakak iparnya. Isya dilihatnya masih mampu tersenyum, bergelak ketawa tetapi sebenarnya Isya tersangat derita. Buktinya wajah Isya semakin cengkung dan badannya semakin kurus. Mata pula sembab.


DUA

SEMINGGU selepas Isya berjumpa dengan Qistina dan menghantarnya pulang, mama menelefon Isya bertanyakan khabar. Mama mengajak Isya makan malam di rumah mereka. Isya serba salah untuk menolak. Sebelum ini Puan Fauziah sudah menelefon Isya berkali-kali menyuruhnya pulang. Mama mengatakan bahawa mereka semua rindukan Isya dan Aliyah. Setelah difikir-fikir, Aliyah bersetuju akan makan malam di sana.

Pada malam ini, Isya akan bertandang ke rumah Hakim. Gementar hatinya saat melangkah masuk ke pintu pagar banglo dua tingkat itu.Bagaimana reaksi Hakim apabila bertemu dengannya.

“Assalamualaikum”Isya memberi salam terlebih dahulu sebelum menekan loceng.
Isya semakin gementar. Terasa seperti ingin pergi sahaja dari situ. Disaat salam dijawab terdengar suara perempuan yang menjawab salam dan apabila pintu terbuka terpacul wajah Qistina yang sedang tersenyum manis memandang mereka  berdua. Aliyah diambil dari dukungan Isya.

“Akak jom masuk. Kenapa berdiri lagi kat situ. Tak sabar-sabar dorang semua nak jumpa akak”

Isya mengikuti langkah adik iparnya ke ruang tamu. Terharu melihat semua ahli keluarga Hakim ada di situ.

Isya dipeluk oleh mama dan kakak iparnya. Begitu sekali mereka merindukannya. Baru sahaja dua minggu tidak berjumpa. Isya menjawab satu persatu pertanyaan mereka sehinggalah matanya terpandangkan Hakim yang baru turun dari tangga. Isya mendiamkan diri.

Hakim juga sama. Tidak dapat berkata apa-apa. Patutlah mama kata makan besar hari ini sehingga keluarga kakak-kakaknya pulang ke rumah itu. Tidak seperti sebelum ini. Hakim akan memaling mukanya daripada melihat Isya tetapi hari ini seperti tidak ada yang tidak kena dengannya. Sejak kebelakangan ini dia sudah mula mengingati tentang Isya walaupun tidak banyak. Dia seperti dapat melepaskan rindu setelah bersua muka dengan Isya pada hari ini.
Hakim mahu terus menatap wajah Isya. Isya mendiamkan diri dan menunduk. Dia tahu Isya takut dia akan memarahi Isya kerana berada di situ.

“Ha Hakim…apa yang direnung si Isya tu”tanya mama.

“Rindulah tu”selamba Qistina membalas.

“Dah..sudah jom kita pergi makan. Tu makanan dah tersedia”ajak papa.

Mama memegang tangan Isya dan membawanya ke meja makan.
“Amboi mama..mentang-mentang menantu kesayangan dia datang, kami semua mama lupa eh”usik Kak Husna.

“Sekali sekala Husna. Nak lepaskan rindu”kata mama.
Isya dan yang lain membuntuti langkah mama ke meja makan.Isya telan liur melihatkan betapa banyaknya makanan yang terhidang di atas meja. Perutnya tiba-tiba sahaja terasa lapar apabila melihat makanan yang terhidang. Baunya sahaja sudah cukup untuk membuka selera makannya.

Semua ahli keluarga sudah mengambil tempat. Mereka sengaja membiarkan kerusi di hadapan Isya kosong untuk membiarkan Hakim duduk di situ. Isya mengambil Aliyah dan diriba anaknya.

“Banyaknya mama..siapa yang masak semua ni”tanya Isya.Mustahil semua mama yang masak.

“Kami semua ni hah yang perempuan-perempuan masak. Lelaki semua goyang kaki tengok tv”kata Qistina. Semua yang berada disitu tergelak. Isya ikut tergelak dengan kata-kata Qistina. Ketawanya mati apabila Hakim mengambil tempat dihadapannya.

“Sudahlah ketawa tu..perut dah lapar ni…jom makan”kata papa.

Mereka semua enak menjamu selera. Sekali sekala mereka tertawa dengan usikan daripada Qistina. Adik iparnya itu memang sentiasa ceria orangnya. Sentiasa suka mengusik. Isya mencedok sup ke dalam mangkuk kecil untuk disuapkan kepada Aliyah. Sup kentang begitu selera dijamah oleh Aliyah.Isya tidak berani memandang ke hadapan. Dia sibuk menyuapkan Aliyah. Hisyam sekali sekala mencuri pandang ke arah isterinya. Qistina yang melihat terus mengusik. Dia mencuit Husna disebelahnya. Mereka berbalas kenyitan mata.

“Abang Irfan ni…makanlah ayik pandang-pandang Kak Husna daripada tadi kenapa. Nak suruh Kak Husna suapkan”kata Qistina. Di dalam hati sudah berdekah-dekah melihat wajah terkejut Hakim dan wajah terpinga-pinga Irfan. Husna menahan gelak. Dia melihat Hakim tersentak apabila Qistina bertanya kepada Irfan.   

Ketawa Husna dan Qistina akhirnya pecah apabila Irfan terus menanyakan tentang pertanyaan Qistina tadi. ‘Sejak bila pula dia pandang Husna. Sedap sahaja dia sedang makan tiba-tiba Qistina cakap macam tu..’desis Irfan.  Isya yang tersenyum mengalihkan pandangan ke arah Hakim. Matanya bertembung dengan mata suaminya. Alangkah terkejutnya Isya apabila dia perasan Hakin memandangnya dengan pandangan yang sungguh bermakna.

 “Pa…papa”sebut Aliyah. Semua yang berada di situ terdiam Sudah lama mereka tidak mendengar si kecil bersuara memanggil papa.

Hakim yang mendengar terkejut. Selama ini tidak pernah pula dia mendengar kanak-kanak memanggilnya papa. Apa sebenarnya sudah banyak kali Aliyah memanggil papa dan disebabkan hilang ingatannya dia tidak mengingati sama sekali. Hakim tersenyum memandang Aliyah. Isya terkejut kerana tidak menyangka bahawa Hakim akan tersenyum melihat Aliyah. Sudah lama dia tidak melihat senyuman suaminya. Betapa rindukan suaminya…


TIGA

ISYA bermalam di rumah itu selepas dipujuk berkali-kali oleh mama. Dia akan meninggalkan Aliyah pada hari ini kerana dia akan berangkat ke kerja. Mama beria-ria hendak menjaga si kecil. Tidak puas bermain dengan cucu katanya. 

Selepas pulang dari kerja, Isya berhenti sebentar di shopping malls. Isya menunaikan solat maghrib memandangkan telah masuk waktu azan. Isya ingin membeli sesuatu buat Hakim sempena hari lahirnya yang ke 28 tahun. Isya leka melihat jam tangan yang dipamerkan. Susah untuk dia membuat pilihan.  Suara orang berbual menarik perhatian dia.

“Esok birthday you kan..pilih lah jam yang you nak..I belanja”kata wanita yang berdiri di sebelah dia.

“Tak apalah I dah banyak jam”suara lelaki itu membuatkan Isya terkejut. Suara yang sangat dia kenali. Isya menoleh ke sebelah. Memang tepat. Lelaki itu adalah suaminya. Hakim masih tidak perasan akan Isya yang duduk di kerusi yang terdapat di situ. Tangan perempuan yang berdiri disebelahnya yang memaut erat lengan suaminya membuatkan hatinya kecewa.
Isya tidak tahu hendak membuat apa. Dia melihat semula ke arah penjual yang sedang membungkus jam yang dibeli untuk diberikan kepada Hakim.

“Cik..ni barang yang cik beli..terima kasih..datang lagi”suara si penjual menyedarkan Isya. Isya pantas mengambil jam tersebut dan dia ingin beredar dari situ. Hakim baru terlihat Isya yang sudah berdiri disebelah Tasya tergamam. Wajah Isya ketika itu kelihatan muram. Dia nampak dengan jelas Isya menyeka air mata yang jatuh semasa beredar dari situ. Serba salah Hakim dibuatnya.

“Aku kena tahan..sabar Isya..sabar”kata Isya kepada dirinya sendiri. Isya memandu pulang ke  rumah mertuanya.

“Assalamualaikum mama, papa”sapa Isya. Kedua mertuanya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton tv.

“Waalaikumussalam…lambat Isya balik hari ni”tanya mama.

“Isya beli barang sikit. Tu yang lambat. Aliyah mana mama”

“Aliyah ada dengan Qistina dalam bilik”

“Isya dah makan ke. Kalau belum mama boleh panaskan makanan”

“Tak apalah mama..Isya dah makan’bohong Isya. Sedangkan dia tidak menjamah apa pun sejak tengah hari tadi.

“Mama…Isya balik hari tau. Sebab esok Isya kena outstation. Isya kena kemas barang. Isya bawa Aliyah sekali”kata Isya. Memang betul pun. Isya baru mendapat mesej dari Encik Rizal. Katanya ada masalah dengn projek yang diadakan di Penang.

“Siapa nak jagakan Aliyah kat sana nanti kalau Isya pergi kerja. Isya kan boleh tinggalkan Aliyah kat sini”usul mama.

“Nanti Suraya kawan Isya tolong jagakan. Dia ikut sekali Isya pergi Penang. Dia sekarang tengah cuti panjang. Suami dia pulak memang outstation dan Isya minta dia temankan”kata Isya.

“Erm..baiklah. Berapa hari”tanya papa pula.

“Tak tahu lagi pa..kalau memang ada banyak masalah..mungkin seminggu dua macam tu. Yelah pa,bangunan baru nak bina”

“Oh ye Isya masuk dulu..nak ambil Aliyah..lepas ni Isya terus balik”kata Isya. Isya membersihkan badan terlebih dahulu . Setelah bersiap dia mengambil Aliyah yag tertidur di bilik Qistina. Saat melangkah  turun, matanya terpandangkan Hakim yang turut berada di situ.

“Mama..papa..Isya balik dulu”kata Isya. Tidak memandang sedikit pun ke arah Hakim walaupun dia perasan Hakim memandangnya. Dia menyalam mama dan papa sebelum melangkah keluar daripada rumah tersebut.

Isya meletakkan semua barang di tempat belakang. Aliyah diletakkan di baby seats.

“Awak nak pergi mana”tanya Hakim. Dia mengikuti langkah Isya ke kereta.

“Isya nak balik rumah kita. Esok Isya kena pergi Penang”Isya menjawab sambil mengemas barang yang diletakkan di dalam kereta.

“Isya pergi dulu”tangan Hakim disalam dan dicium.

“Tentang tadi..”Hakim bersuara.

“Tak apa..Isya faham. Abang tak salah apa pun. Isya balik dulu. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”entah kenapa berat hati dia untuk lepas Isya pulang ke rumah.



EMPAT

 Malam terakhir Isya berada di Penang, dia duduk di beranda calet menikmati cahaya bulan. Direnungnya langit yang bertaburan bintang-bintang yang bersinar. Fikirannya melayang memikirkan suami dan keluarga mertuanya. Sudah sebulan Isya dan Aliyah di situ. Selepas seminggu menyelesaikan masalah di tapak projek, Isya terus mengambil cuti dua minggu tanpa gaji. Dia ingin berehat dan menenangkan fikiran. Mama dan papa sudah diberitahu. Berkali-kali juga mama menanyakan bila dia akan pulang. Suraya setia menemaninya. Selama sebulan jugalah dia tidak bersua muka dengan suaminya. Setiap hari suaminya jugalah yang akan difikirkan.

“Sya…kau buat apa kat sini. Dah malam. Esok kan kita nak balik”tanya Suraya yang entah bila muncul di sebelahnya.

“Saja..nak ambil angin kat luar ni. Aku tak boleh tidur”Isya beralasan. Dengan melihat wajah Isya yang keruh, Suraya pasti Isya sedang memikirkan Hakim.

“Sudahlah tu Isya..aku tahu kau fikirkan Hakim. Jangan banyak sangat fikir nanti sampai kau sakit baru kau tahu. Aliyah tu siapa nak jaga”Suraya menasihati Isya.

“Entahlah Su..aku rindu dengan suami aku. Dah lama Su, aku tak jumpa dia Su..nak berborak apa lagi”air mata mula jatuh diseka perlahan.

“Aku faham perasaan kau. Aku selalu kena tinggal disebabkan suami aku selalu outstation. Kalau setakat seminggu tu pun dah rindu apatah lagi macam kau. Dekat sebulan. Takp apalah Isya, kau banyakkanlah berdoa supaya Hakim tu cepat pulih ingatannya.”Suraya memberi kata-kata semangat.



LIMA

Perjalanan yang mengambil masa lima jam dari Penang ke Kuala Lumpur membuatkan Isya berasa terlalu letih. Isya menghantar Suraya pulang ke rumahnya di Shah Alam. Pada Qistina dia menghantar pesanan ringkas menyatakan bahawa dia sudah sampai di Kuala Lumpur. Sampai sahaja di rumahnya dia duduk berehat sebentar sebelum menidurkan Aliyah di bilik bawah besebelahan dengan dapur. Jadi memudahkannya untuk melihat Aliyah.

Baju-baju kotor yang di bawa pulang dikeluarkan untuk dibasuh. Memandangkan Aliyah sedang tidur, senanglah untuk dia menyelesaikan kerja rumah. Lantai dimop sebelum di sapu. Baju yang sudah siap dibasuh disidai di ampaian. Hampir satu jam kerja rumah siap diselesaikan oleh Isya. Isya mengunci pintu rumah sebelum dia mengangkat Aliyah membawa ke biliknya.

Sesudah membersihkan diri, Isya berbaring de sebelah anaknya. Dibelai dan di cium pipi Aliyah yang tembam. Tidur Aliyah lena benar sehinggakan semasa Isya mendukungnya membawa masuk ke dalam bilik tidak langsung mengganggu tidur anaknya. Isya yang keletihan akhirnya tertidur di sebelah Aliyah sambil memeluk anaknya.



ENAM

Hakim pulang ke rumahnya yang hampir 6 bulan ditinggalkan. Ingin berjumpa dengan isteri dan anaknya. Sudah lama rasanya dia tidak bersama mereka berdua. Ya…dia sudah ingat segalanya. Peristiwa dia di pukul dengan kayu gara-gara dua orang pemuda yang ingin merompaknya seminggu lepas . Pukulan di kepala telah membuatkan dia mengingati semuanya.

Dengan berbekalkan kunci daripda mama dia membuka pintu rumahnya. Dia berterima kasih kepada adiknya yang memberitahu kepadanya bahawa Isya sudah pulang ke Kuala Lumpur. Dia meminta  kunci yang diberikan oleh Isya kepada mama untuk pulang ke rumah itu.
Hakim memerhatikan sekitar rumahnya. Halaman bersih. Di ruang tamu perabot disusun teratur sama seperti dahulu. Diperhatikan gambar-gambar yang digantung di sudut rumah. 

Gambar dia bersama dengan Isya dan Aliyah. Rindu terhadap mereka berdua. Isya dan Aliyah tidak kelihatan di situ. Hakim menaiki tangga menuju ke biliknya. Di saat dia membuka pintu biliknya, alangkah gembirnya dia melihat Isya dan Aliyah. Dicium anaknya sebelum kembali merenung wajah isteri yang dirinduinya.

Hakim berbaring dibelakang Isya. Terus dipeluk dan di cium isterinya. Isya terkejut apabila dia merasakan pinggangnya dipeluk seseorang dari arah belakang. Di cuba merungkai pelukan itu.

Isya terasa seperti  hendak menjerit dan belum sempat pun dia mengeluarkan suara Hakim bersuara terlebih dahulu.

“Abang rindukan Isya”kata Hakim lembut. Pelukan dieratkan. Isya terkejut mendengar suara Hakim. Dia menolak tangan Hakim perlahan sebelum duduk menghadap Hakim. Direnungnya wajah Hakim. Seperti tidak percaya bahawa Hakim berada di situ.

“Rin..rinduuu”sebut Isya.

“Bukankah abang tak in…”

“Abang dah ingat semuanya sayang..please jangan tinggalkan abang lagi”Hakim mencelah. Sayu suaranya Isya mendengar. Sudah lama tidak mendengar perkataan sayang dari Hakim.

“Betul ke abang dah ingat semuanya. Kalau betul siapa nama betul Isya dan Aliyah.”tanya Isya.

“Isya isteri abang. Nur Alisyah Armani binti Iskandar dan Aliyah anak abang. Nur Aliyah Armani binti Hakim Naufal.”Hakim mencium tangan Isya.

“Abang dah ingat…macam mana abang boleh ingat semuanya dan rumah ni. Macam mana abang masuk sedangkan Isya dah kunci semua pintu”tanya Isya.

Hakim menceritakan kepada Isya peristiwa di pukul dan dirompak dan cara dia memasuki rumah ini. Direnung lagi wajah Isya melepaskan rindu. Tubuh isterinya kembali dipeluk erat. Isya membalas pelukan suaminya. Sungguh dia sangat merindukan suaminya. Akhirnya doanya termakbul.

Tiba-tiba Isya melepaskan pelukan Hakim dan berdiri di hadapan tingkap.Perasaan cemburu datang secara tiba-tiba. Hakim pelik dengan tingkah Isya. Dia mengikuti langkah Isya.
Hakim memeluk Isya dari arah belakang. Dahi Isya diciumnya penuh kasih.

“Sayang..kenapa. Apa yang sayang fikirkan”soal Hakim merenung wajah Isya yang kelihatan muram.

“Isya tak fikir apa-apa pun”bohong Isya.

Hakim menarik Isya memandang ke arahnya. “Abang tahu Isya bohong. Apa yang Isya fikirkan. Please bagi tahu abang”

“Abang dah ada orang lain ke”tanya Isya..perlahan.

“Kenapa Isya cakap macam tu”terkejut Hakim dengan pertanyaan Isya.

“Habis tu siapa yang Isya nampak dengan abang hari tu di KLCC”

“Ohhh..yang hari tu kawan abang je”ujar Hakim.

“Kawan sampai pegang tangan”kata Isya lagi.

“Sayang cemburu eh”kata Hakim. Dia tersenyum. Ingin mengusik Isya lagi.

“Dahlahh..Isya nak turun. Tolong tengokkan Aliyah”kata Isya. Geram kerana disusik oleh Hakim. Tangannya menolak kasar tangan Hakim yang masih melekat dipinggangnya. Dengan cepat dia melangkah turun. Dia ingin memasak untuk Hakim.

“Sayang”panggil Hakim ketika Isya sedang memotong sayur.

“Sayang”panggil Hakim buat kali kedua.

“Sayangggg…”Hakim memanggil kuat sambil tangannya menarik lengan Isya ketika Isya berjalan menuju ke peti ais. Isya yang hilang imbangan terus terduduk dia peha Hakim. Hakim memeluk erat pinggang Isya..’Hishhh tak habis-habis peluk’desis Isya.

“Sayang..janganlah buat abang macam ni. Please jangan marah abang. Betul…perempuan tu Tasya. Dia Cuma kawan abang. Tak lebih dari tu. Hari tu dia tak sengaja”beria-ria Hakim menjelaskan. Takut Isya merajuk dengannya.

“Ok…Isya percaya. Dah abang pergi naik atas Jaga Aliyah. Isya nak masak ni. Please..kejap lagi kita makan”kata Isya.

“Oh ye..abang ingat tak masa kita jumpa di KLCC  hari tu dekat kedai jam. Isya ada belikan abang jam untuk birthday abang. Tapi Isya tak tahu abang suka ke tak. Isya ada letakkan dalam laci meja. Abang tengoklah ye”kata Isya.

“Thanks sayang..apa pun yang  sayang bagi..abang suka”kata Hakim sambil mengusap pipi Isya. Isya tersenyum.

Hakim turut tersenyum. Diciumnya pipi Isya. “Ok..abang naik dulu. Isya jangan lama-lama”kata Hakim sambil mencubit kedua-dua pipi Isya. Isya tersenyum melihat Hakim..Bahagianya dia pada hari ini.



TUJUH

Isya melipat telekung dan sejadah yand digunakan sebentar tadi. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Hakim berada di bilik. Melayan telatah Aliyah. Hujan lebat di luar membuatkan mereka malas hendak keluar. Isya melangkah turun menuju ke dapur. Dia ingin memasak makan malam untuk mereka.

Sebelum turun Isya mengemaskan ikatan rambut. Rambutnya yang panjang paras pinggang disanggul tinggi. Isya membasuh beberapa cawan dan pinggan yang berada di sinki sebelum mengeluarkan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak.

Ayam masak merah,sayur masak lemak dan udang goreng mentega menjadi pilihannya untuk memasak. Semasa sedang memotong ayam Isya dikejutkan oleh Hakim.

“Sayanggg” sergah Hakim. Serentak dengan itu dia memeluk pinggang Isya. Isya yang sedang leka memotong ayam terkejut sehingga terhiris jarinya.

“Ya Allah”wajah Isya berubah. Menahan pedih di jari.

“Abang janganlah asyik terkejutkan Isya. Sakit tahu tak. Cuba bagi salam”marah Isya. Geram denga suaminya yang suka mengejutkannya.

“Sayang…sorry abang tak sengaja..betul-betul tak sengaja. Abang tak tau sayang tengah potong ayam”tangan Isya dibasuh sebelum dia membawa Isya duduk di kerusi makan. Isya menahan pedih saat air terkena tangannya.

“Kalau hari-hari macam ni..alamatnya Isya yang pergi dulu”kata Isya perlahan tetapi masih mampu didengar oleh Hakim. Tangan Isya dirawat.

“Sayang jangan cakap macam tu. Abang tak sengaja. Abang janji abang tak buat lagi”kata Hakim. Risau melihat wajah Isya yang masih mencuka.

“Aliyah mana”Isya mengubah topik.

“Isya tak payah masak hari ini..biar abang yang ganti sayang masak. Aliyah tidur dalam bilik.”
“Betul abang nak masak ni”tanya Isya. Hakim bersungguh-sungguh mengangguk kepala. Salah dia kerana telah membuatkan jari Isya terluka.

“Yeahhh..Isya boleh naik atas tidur dulu..hujan-hujan ni sedap tidur. Abang masak eh”usik Isya.
“Alah…tak payahlah naik atas. Isya temanlah abang kat sini.”Hakim membuat muka.

Isya tergelak.. “Yelah Isya temankan abang. Dah pergilah masak Isya dah lapar ni”arah Isya. Hakim mencubit pipi Isya.

Hakim mencium pipi Isya semasa dia melihat Isya sedang membaca surat khabar di meja dapur. Isya tersenyum memandang suaminya.

“Kenapa”tanya Isya.

“Thanks sayang sebab ceriakan hari-hari abang. Abang minta maaf sebab lama abang tak ambil peduli tentang Isya dan Aliyah. Abang sayang Isya. Abang sayang Aliyah. Abang sayang sangat dekat isteri dan anak abang.” Dahi isterinya dicium penuh kasih. Isya memeluk suaminya erat.

“Eh..berdrama pulak kita..bila nak siap masaknya bang”tanya Isya. Hakim tergelak. Tidak mempedulikan kata-kata Isya. Dia terus mengeratkan lagi pelukannya. Isya turut tergelak. Memang hari-harinya bertambah indah sejak Hakim kembali ke rumah itu.

Isya melayan rentak Hakim. Kepalanya diletakkan didada suami. Makin lebar senyuman Hakim. Isya turut mengukirkan senyuman manis. Pelukan juga dieratkan.

Makin menggebu kasih sayang Hakim terhadap Isya.

“Terima kasih abang..semoga kasih kita kekal ke akhir hayat”lembut suara Isya..

p/s : sy suka happy ending J










4 comments:

  1. apa jadi sebenarnya dengan perempuan yang ada ngn hakim kt KLCC tu?

    ReplyDelete
  2. perempuan terlebih mesra tu kawan Hakim je sebenarnya. Dorang x ada apa2 pun :)

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D