SATU
Selepas
membawa Aliyah ke taman permainan, Isya terus memandu keretanya ke kompleks
membeli belah KLCC. Isya ingin membeli beberapa barang keperluan Aliyah yang
sudah habis dan membeli baju baru untuk anaknya yang semakin membesar.
Keretanya meluncur masuk ke basement bangunan itu.
Isya terlalu
asyik memilih pakaian baru untuk Aliyah tanpa menghiraukan orang dan keadaan
disekelilingnya. Sekali-sekala tersenyum apabila melihat baju kanak-kanak yang
kelihatan comel pada matanya. Setelah puas memilih Isya mengambil keputusan
untuk membeli lima pasang baju tidur dan beberapa pasang baju untuk dipakai di
rumah dan pakai untuk keluar.
Isya mendukung anaknya dan menuju ke foodcourt. Matanya melilau mencari tempat duduk.
Isya mendukung anaknya dan menuju ke foodcourt. Matanya melilau mencari tempat duduk.
Setelah memesan makanan Isya tersenyum memandang Aliyah di atas ribanya.
Anaknya itu sudah masuk dua tahun. Aliyah walaupun masih kecil tetapi dia tidak
banyak meragam. Aliyah menoleh ke arah mamanya.
“Ma…ma..ma”sebut
Aliyah sambil menunjukkan mainan di tangannya.
“Anak mama
nak susu ke”Isya mencubit pipi anaknya yang tembam.Aliyah tergelak.
“Assalamualaikum”Isya
yang sedang menjamu selera menoleh setelah disapa oleh seseorang .
“Waalaikumussalam”jawab
Isya.Qistina memeluk tubuh Isya. Dia rindukan kakak iparnya.
“Kak Isya
sihat..lama Qis tak dengar khabar tentang akak”Qistina menegur kakak iparnya
sambil merenung ke arah Isya. Pandangannya beralih pula kepada si kecil yang
diriba Isya.
Isya
memandang wajah adik ipar yang kelihatan semakin manis. Qistina yang memakai
baju lengan panjang paras lutut,berseluar jeans dan kepalanya pula ditutupi
dengan selendang yang dililit kemas dipandang sayu.
“Kak
Isya”panggil Qistina lagi setelah tiada balasan daripada Isya.
“Qis buat apa
kat sini..seorang sahaja ?”
“Qis seorang
sahaja. Pergi Kinokuniya tadi”
“Akak sihat..Aliyah
macam mana sekarang makin tembam Qis tengok”tanya Qistina apabila soalannya
tadi dijawab oleh Isya. Dia mengambil Aliyah dan di riba anak saudaranya itu.
“Alhamdulillah,
akak sihat.Aliyah pun sihat”pendek jawapan Isya. Selepas itu dia mendiamkan
diri. Qistina
melihat wajah Isya yang bertukar muram.
“Akak
kenapa”tanya Qistina.
“Akak
teringatkan abang Qis. Suami akak tu sihat tak.”tanya Isya.
“Abang Hakim
sihat..banyak juga yang abang Hakim dah ingat. Tapi abang tak ada sebut tentang
akak”serba-salah Qistina memberitahu.
“Akak kenapa
akak tak nak balik rumah. Dah dua minggu akak tak balik.Semua orang rindukan
akak dan Aliyah. Mama setiap hari tanyakan akak.”Qistina menanyakan Isya. Di
rumah mama dan papa asyik bertanyakan Isya. Kakak-kakaknya semua apabila
bertandang ke rumah pasti akan bertanya tentang Isya.
Disebabkan
kemalangan yang menimpa Hakim lima bulan lepas menyebabkan Hakim kehilangannya
ingatannya. Dikatakan mereka semua keluarga Hakim pun susah untuk dipercayainya
apatah lagi apabila mama memberitahu bahawa Isya dan Aliyah merupakan
isterinya.
Hakim di
benarkan keluar selepas lima hari tinggal di hospital. Pada hari Hakim pulang
ke rumah, Isya menunggu di rumah bersama mama kerana menjaga Aliyah. Papa dan
Qistina menjemput Hakim di hospital untuk di bawa pulang ke rumah.
“Bukan akak
tak nak pulang ke rumah tu. Bukan akak tak rindukan semua orang. Tapi akak
lakukan begitu disebabkan Abang Hakim. Akak tak nak Abang Hakim sakit apabila
tengok muka akak. Qis pun tahukan tentang hal tu”
“Tapi Abang
Hakim ada cakap dia tak kisah akak nak datang tapi untuk terima dan layan akak
macam mana kami semua layan akak dia dapat nak buat macam tu. Dia masih tak
dapat nak mengingati semua tentang akak dan Aliyah walaupun dia sudah percaya
akak sebagai isterinya.”
Qistina masih
mengingati apa yang dikatakan oleh Hakim kepada Isya. Hakim mengatakan bahawa
dia sakit apabila memandang Isya. Hakim tidak dapat menerima apabila mama
mengatakan bahawa Isya merupakan isterinya dan Aliyah merupakan anak mereka
berdua. Isya yang datang mendekati Hakim dan memegang lengan Hakim untuk
meyakinkan Hakim ditolaknya kasar sehingga menyebabkan Isya jatuh terduduk.
“Tapi tak
akan akak selamanya nak duduk seorang diri rumah akak tu. Sekurang-kurangnya
kalau akak duduk tinggal dengan kami, kami boleh temankan akak sentiasa”tanya
Qistina.
“Tak apa
Qis..akak lebih selesa tinggal di rumah kami. Di situ banyak kenangan kami.
InsyaAllah akak pasti suatu hari nanti Abang Hakim pasti dapat semula
ingatannya dan balik ke rumah itu.”
“Dah petang
ni akak nak balik dulu. Qis tak nak balik ke. Kalau nak balik mari akak
hantarkan”lembut Isya bertanya.
“Memanglah
Qis nak balik..tapi tak menyusahkan akak ke”tanya Qis pula. Risau kalau
menyusahkan satu-satunya kakak iparnya itu.
“Nak susah
apanya. Jomlah”ajak Isya.sambil tersenyum manis. Isya sudah bangun ingin
mengambil anaknya. Sebelah tangan penuh dengan barang yang dibelinya tadi.
“Akak..akak
dukung Aliyah sajalah. Biar Qis saja yang bawa barang-barang akak.”
“Thanks Qis”Qistina
tersenyum. Isya sejak dulu tidak jemu mengucapkan terima kasih apabila menerima
bantuan daripada orag lain Pasti kakak
iparnya akan terasa lenguh untuk mendukung Aliyah dan barang-barang yang
dibeli. Aliyah pula sudahlah semakin tembam.
Sampai sahaja
di hadapan banglo dua tingkat milik keluarga Qistina, Isya terpandang Hakim
yang sedang duduk di balkoni. Hakim ketika itu yang sedang berehat melihat
sebuah kereta satria neo yag berhenti dihadapan rumah berdiri untuk melihat
siapa yang datang.
“Akak tak nak
masuk dulu”tanya Qistina. Dia perasan wajah Isya yang keruh apabila
ternampakkan Abang Hakim yang berdiri dibalkoni.
Isya menunduk
mengelap pelupuk matanya.
Ketika itu
kilauan kilat yang menyilaukan membuatkan Qistina risau untuk membenarkan Isya
pulang. Apa lagi dengan membawa anak kecil. Meskipun Isya pulang dengan menaiki
kereta.
“Tak apa.
Akak pulang dulu. InsyaAllah akak akan datang rumah ni. Tapi bukan dalam waktu
yang terdekat. Tolong kirim salam pada semua orang”kata Isya.
“Akak
hati-hati tau”tangan Isya disalam dan dicium penuh hormat sebelum dicium Aliyah
sepuas-puasnya yang sudah tertidur di tempat duduk belakang. Qistina tahu Isya
merindukan abangnya. Dia hanya melihat kereta kakak iparnya yang berlalu hingga
hilang dari pandangan dengan hati yang sebak.
Sebak dengan
keadaan kakak iparnya. Isya dilihatnya masih mampu tersenyum, bergelak ketawa
tetapi sebenarnya Isya tersangat derita. Buktinya wajah Isya semakin cengkung
dan badannya semakin kurus. Mata pula sembab.
DUA
SEMINGGU
selepas Isya berjumpa dengan Qistina dan menghantarnya pulang, mama menelefon
Isya bertanyakan khabar. Mama mengajak Isya makan malam di rumah mereka. Isya
serba salah untuk menolak. Sebelum ini Puan Fauziah sudah menelefon Isya
berkali-kali menyuruhnya pulang. Mama mengatakan bahawa mereka semua rindukan
Isya dan Aliyah. Setelah difikir-fikir, Aliyah bersetuju akan makan malam di
sana.
Pada malam
ini, Isya akan bertandang ke rumah Hakim. Gementar hatinya saat melangkah masuk
ke pintu pagar banglo dua tingkat itu.Bagaimana reaksi Hakim apabila bertemu
dengannya.
“Assalamualaikum”Isya
memberi salam terlebih dahulu sebelum menekan loceng.
Isya semakin
gementar. Terasa seperti ingin pergi sahaja dari situ. Disaat salam dijawab
terdengar suara perempuan yang menjawab salam dan apabila pintu terbuka
terpacul wajah Qistina yang sedang tersenyum manis memandang mereka berdua. Aliyah diambil dari dukungan Isya.
“Akak jom
masuk. Kenapa berdiri lagi kat situ. Tak sabar-sabar dorang semua nak jumpa
akak”
Isya mengikuti langkah adik iparnya ke ruang tamu. Terharu melihat semua ahli keluarga Hakim ada di situ.
Isya dipeluk
oleh mama dan kakak iparnya. Begitu sekali mereka merindukannya. Baru sahaja
dua minggu tidak berjumpa. Isya menjawab satu persatu pertanyaan mereka
sehinggalah matanya terpandangkan Hakim yang baru turun dari tangga. Isya
mendiamkan diri.
Hakim juga sama. Tidak dapat berkata apa-apa. Patutlah
mama kata makan besar hari ini sehingga keluarga kakak-kakaknya pulang ke rumah
itu. Tidak seperti sebelum ini. Hakim akan memaling mukanya daripada melihat
Isya tetapi hari ini seperti tidak ada yang tidak kena dengannya. Sejak
kebelakangan ini dia sudah mula mengingati tentang Isya walaupun tidak banyak.
Dia seperti dapat melepaskan rindu setelah bersua muka dengan Isya pada hari
ini.
Hakim mahu terus menatap wajah Isya. Isya mendiamkan diri
dan menunduk. Dia tahu Isya takut dia akan memarahi Isya kerana berada di situ.
“Ha Hakim…apa yang direnung si Isya tu”tanya mama.
“Rindulah tu”selamba Qistina membalas.
“Dah..sudah jom kita pergi makan. Tu makanan dah
tersedia”ajak papa.
Mama memegang tangan Isya dan membawanya ke meja makan.
“Amboi mama..mentang-mentang menantu kesayangan dia
datang, kami semua mama lupa eh”usik Kak Husna.
“Sekali sekala Husna. Nak lepaskan rindu”kata mama.
Isya dan yang lain membuntuti langkah mama ke meja makan.Isya
telan liur melihatkan betapa banyaknya makanan yang terhidang di atas meja.
Perutnya tiba-tiba sahaja terasa lapar apabila melihat makanan yang terhidang.
Baunya sahaja sudah cukup untuk membuka selera makannya.
Semua ahli keluarga sudah mengambil tempat. Mereka
sengaja membiarkan kerusi di hadapan Isya kosong untuk membiarkan Hakim duduk
di situ. Isya mengambil Aliyah dan diriba anaknya.
“Banyaknya mama..siapa yang masak semua ni”tanya
Isya.Mustahil semua mama yang masak.
“Kami semua ni hah yang perempuan-perempuan masak. Lelaki
semua goyang kaki tengok tv”kata Qistina. Semua yang berada disitu tergelak.
Isya ikut tergelak dengan kata-kata Qistina. Ketawanya mati apabila Hakim
mengambil tempat dihadapannya.
“Sudahlah ketawa tu..perut dah lapar ni…jom makan”kata
papa.
Mereka semua enak menjamu selera. Sekali sekala mereka
tertawa dengan usikan daripada Qistina. Adik iparnya itu memang sentiasa ceria
orangnya. Sentiasa suka mengusik. Isya mencedok sup ke dalam mangkuk kecil
untuk disuapkan kepada Aliyah. Sup kentang begitu selera dijamah oleh
Aliyah.Isya tidak berani memandang ke hadapan. Dia sibuk menyuapkan Aliyah.
Hisyam sekali sekala mencuri pandang ke arah isterinya. Qistina yang melihat
terus mengusik. Dia mencuit Husna disebelahnya. Mereka berbalas kenyitan mata.
“Abang Irfan ni…makanlah ayik pandang-pandang Kak Husna
daripada tadi kenapa. Nak suruh Kak Husna suapkan”kata Qistina. Di dalam hati
sudah berdekah-dekah melihat wajah terkejut Hakim dan wajah terpinga-pinga
Irfan. Husna menahan gelak. Dia melihat Hakim tersentak apabila Qistina
bertanya kepada Irfan.
Ketawa Husna dan Qistina akhirnya pecah apabila Irfan
terus menanyakan tentang pertanyaan Qistina tadi. ‘Sejak bila pula dia pandang
Husna. Sedap sahaja dia sedang makan tiba-tiba Qistina cakap macam tu..’desis
Irfan. Isya yang tersenyum mengalihkan
pandangan ke arah Hakim. Matanya bertembung dengan mata suaminya. Alangkah
terkejutnya Isya apabila dia perasan Hakin memandangnya dengan pandangan yang
sungguh bermakna.
“Pa…papa”sebut Aliyah.
Semua yang berada di situ terdiam Sudah lama mereka tidak mendengar si kecil
bersuara memanggil papa.
Hakim yang mendengar terkejut. Selama ini tidak pernah pula dia mendengar kanak-kanak memanggilnya papa. Apa sebenarnya sudah banyak kali Aliyah memanggil papa dan disebabkan hilang ingatannya dia tidak mengingati sama sekali. Hakim tersenyum memandang Aliyah. Isya terkejut kerana tidak menyangka bahawa Hakim akan tersenyum melihat Aliyah. Sudah lama dia tidak melihat senyuman suaminya. Betapa rindukan suaminya…
Hakim yang mendengar terkejut. Selama ini tidak pernah pula dia mendengar kanak-kanak memanggilnya papa. Apa sebenarnya sudah banyak kali Aliyah memanggil papa dan disebabkan hilang ingatannya dia tidak mengingati sama sekali. Hakim tersenyum memandang Aliyah. Isya terkejut kerana tidak menyangka bahawa Hakim akan tersenyum melihat Aliyah. Sudah lama dia tidak melihat senyuman suaminya. Betapa rindukan suaminya…
TIGA
ISYA bermalam di rumah itu selepas dipujuk berkali-kali
oleh mama. Dia akan meninggalkan Aliyah pada hari ini kerana dia akan berangkat
ke kerja. Mama beria-ria hendak menjaga si kecil. Tidak puas bermain dengan
cucu katanya.
Selepas pulang dari kerja, Isya berhenti sebentar di
shopping malls. Isya menunaikan solat maghrib memandangkan telah masuk waktu
azan. Isya ingin membeli sesuatu buat Hakim sempena hari lahirnya yang ke 28
tahun. Isya leka melihat jam tangan yang dipamerkan. Susah untuk dia membuat
pilihan. Suara orang berbual menarik
perhatian dia.
“Esok birthday you kan..pilih lah jam yang you nak..I
belanja”kata wanita yang berdiri di sebelah dia.
“Tak apalah I dah banyak jam”suara lelaki itu membuatkan
Isya terkejut. Suara yang sangat dia kenali. Isya menoleh ke sebelah. Memang
tepat. Lelaki itu adalah suaminya. Hakim masih tidak perasan akan Isya yang
duduk di kerusi yang terdapat di situ. Tangan perempuan yang berdiri
disebelahnya yang memaut erat lengan suaminya membuatkan hatinya kecewa.
Isya tidak tahu hendak membuat apa. Dia melihat semula ke
arah penjual yang sedang membungkus jam yang dibeli untuk diberikan kepada
Hakim.
“Cik..ni barang yang cik beli..terima kasih..datang
lagi”suara si penjual menyedarkan Isya. Isya pantas mengambil jam tersebut dan
dia ingin beredar dari situ. Hakim baru terlihat Isya yang sudah berdiri
disebelah Tasya tergamam. Wajah Isya ketika itu kelihatan muram. Dia nampak
dengan jelas Isya menyeka air mata yang jatuh semasa beredar dari situ. Serba
salah Hakim dibuatnya.
“Aku kena tahan..sabar Isya..sabar”kata Isya kepada
dirinya sendiri. Isya memandu pulang ke
rumah mertuanya.
“Assalamualaikum mama, papa”sapa Isya. Kedua mertuanya
sedang berehat di ruang tamu sambil menonton tv.
“Waalaikumussalam…lambat Isya balik hari ni”tanya mama.
“Isya beli barang sikit. Tu yang lambat. Aliyah mana
mama”
“Aliyah ada dengan Qistina dalam bilik”
“Isya dah makan ke. Kalau belum mama boleh panaskan
makanan”
“Tak apalah mama..Isya dah makan’bohong Isya. Sedangkan
dia tidak menjamah apa pun sejak tengah hari tadi.
“Mama…Isya balik hari tau. Sebab esok Isya kena
outstation. Isya kena kemas barang. Isya bawa Aliyah sekali”kata Isya. Memang
betul pun. Isya baru mendapat mesej dari Encik Rizal. Katanya ada masalah dengn
projek yang diadakan di Penang.
“Siapa nak jagakan Aliyah kat sana nanti kalau Isya pergi
kerja. Isya kan boleh tinggalkan Aliyah kat sini”usul mama.
“Nanti Suraya kawan Isya tolong jagakan. Dia ikut sekali
Isya pergi Penang. Dia sekarang tengah cuti panjang. Suami dia pulak memang
outstation dan Isya minta dia temankan”kata Isya.
“Erm..baiklah. Berapa hari”tanya papa pula.
“Tak tahu lagi pa..kalau memang ada banyak
masalah..mungkin seminggu dua macam tu. Yelah pa,bangunan baru nak bina”
“Oh ye Isya masuk dulu..nak ambil Aliyah..lepas ni Isya
terus balik”kata Isya. Isya membersihkan badan terlebih dahulu . Setelah
bersiap dia mengambil Aliyah yag tertidur di bilik Qistina. Saat melangkah turun, matanya terpandangkan Hakim yang turut
berada di situ.
“Mama..papa..Isya balik dulu”kata Isya. Tidak memandang
sedikit pun ke arah Hakim walaupun dia perasan Hakim memandangnya. Dia menyalam mama dan papa sebelum melangkah keluar daripada rumah tersebut.
Isya meletakkan semua barang di tempat belakang. Aliyah
diletakkan di baby seats.
“Awak nak pergi mana”tanya Hakim. Dia mengikuti langkah
Isya ke kereta.
“Isya nak balik rumah kita. Esok Isya kena pergi Penang”Isya menjawab sambil mengemas barang yang diletakkan di dalam kereta.
“Isya pergi dulu”tangan Hakim disalam dan dicium.
“Tentang tadi..”Hakim bersuara.
“Tak apa..Isya faham. Abang tak salah apa pun. Isya balik
dulu. Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”entah kenapa berat hati dia untuk lepas
Isya pulang ke rumah.
EMPAT
Malam terakhir Isya
berada di Penang, dia duduk di beranda calet menikmati cahaya bulan.
Direnungnya langit yang bertaburan bintang-bintang yang bersinar. Fikirannya
melayang memikirkan suami dan keluarga mertuanya. Sudah sebulan Isya dan Aliyah
di situ. Selepas seminggu menyelesaikan masalah di tapak projek, Isya terus
mengambil cuti dua minggu tanpa gaji. Dia ingin berehat dan menenangkan
fikiran. Mama dan papa sudah diberitahu. Berkali-kali juga mama menanyakan bila
dia akan pulang. Suraya setia menemaninya. Selama sebulan jugalah dia tidak
bersua muka dengan suaminya. Setiap hari suaminya jugalah yang akan difikirkan.
“Sya…kau buat apa kat sini. Dah malam. Esok kan kita nak
balik”tanya Suraya yang entah bila muncul di sebelahnya.
“Saja..nak ambil angin kat luar ni. Aku tak boleh tidur”Isya
beralasan. Dengan melihat wajah Isya yang keruh, Suraya pasti Isya sedang
memikirkan Hakim.
“Sudahlah tu Isya..aku tahu kau fikirkan Hakim. Jangan
banyak sangat fikir nanti sampai kau sakit baru kau tahu. Aliyah tu siapa nak
jaga”Suraya menasihati Isya.
“Entahlah Su..aku rindu dengan suami aku. Dah lama Su, aku
tak jumpa dia Su..nak berborak apa lagi”air mata mula jatuh diseka perlahan.
“Aku faham perasaan kau. Aku selalu kena tinggal
disebabkan suami aku selalu outstation. Kalau setakat seminggu tu pun dah rindu
apatah lagi macam kau. Dekat sebulan. Takp apalah Isya, kau banyakkanlah berdoa
supaya Hakim tu cepat pulih ingatannya.”Suraya memberi kata-kata semangat.
LIMA
Perjalanan yang mengambil masa lima jam dari Penang ke
Kuala Lumpur membuatkan Isya berasa terlalu letih. Isya menghantar Suraya pulang
ke rumahnya di Shah Alam. Pada Qistina dia menghantar pesanan ringkas
menyatakan bahawa dia sudah sampai di Kuala Lumpur. Sampai sahaja di rumahnya
dia duduk berehat sebentar sebelum menidurkan Aliyah di bilik bawah besebelahan
dengan dapur. Jadi memudahkannya untuk melihat Aliyah.
Baju-baju kotor yang di bawa pulang dikeluarkan untuk
dibasuh. Memandangkan Aliyah sedang tidur, senanglah untuk dia menyelesaikan
kerja rumah. Lantai dimop sebelum di sapu. Baju yang sudah siap dibasuh disidai
di ampaian. Hampir satu jam kerja rumah siap diselesaikan oleh Isya. Isya
mengunci pintu rumah sebelum dia mengangkat Aliyah membawa ke biliknya.
Sesudah membersihkan diri, Isya berbaring de sebelah
anaknya. Dibelai dan di cium pipi Aliyah yang tembam. Tidur Aliyah lena benar
sehinggakan semasa Isya mendukungnya membawa masuk ke dalam bilik tidak
langsung mengganggu tidur anaknya. Isya yang keletihan akhirnya tertidur di sebelah
Aliyah sambil memeluk anaknya.
ENAM
Hakim pulang ke rumahnya yang hampir 6 bulan
ditinggalkan. Ingin berjumpa dengan isteri dan anaknya. Sudah lama rasanya dia
tidak bersama mereka berdua. Ya…dia sudah ingat segalanya. Peristiwa dia di
pukul dengan kayu gara-gara dua orang pemuda yang ingin merompaknya seminggu
lepas . Pukulan di kepala telah membuatkan dia mengingati semuanya.
Dengan berbekalkan kunci daripda mama dia membuka pintu
rumahnya. Dia berterima kasih kepada adiknya yang memberitahu kepadanya bahawa
Isya sudah pulang ke Kuala Lumpur. Dia meminta
kunci yang diberikan oleh Isya kepada mama untuk pulang ke rumah itu.
Hakim memerhatikan sekitar rumahnya. Halaman bersih. Di
ruang tamu perabot disusun teratur sama seperti dahulu. Diperhatikan
gambar-gambar yang digantung di sudut rumah.
Gambar dia bersama dengan Isya dan
Aliyah. Rindu terhadap mereka berdua. Isya dan Aliyah tidak kelihatan di situ.
Hakim menaiki tangga menuju ke biliknya. Di saat dia membuka pintu biliknya,
alangkah gembirnya dia melihat Isya dan Aliyah. Dicium anaknya sebelum kembali
merenung wajah isteri yang dirinduinya.
Hakim berbaring dibelakang Isya. Terus dipeluk dan di
cium isterinya. Isya terkejut apabila dia merasakan pinggangnya dipeluk
seseorang dari arah belakang. Di cuba merungkai pelukan itu.
Isya terasa seperti hendak menjerit dan belum sempat pun dia mengeluarkan suara Hakim bersuara terlebih dahulu.
“Abang rindukan Isya”kata Hakim lembut. Pelukan
dieratkan. Isya terkejut mendengar suara Hakim. Dia menolak tangan Hakim
perlahan sebelum duduk menghadap Hakim. Direnungnya wajah Hakim. Seperti tidak
percaya bahawa Hakim berada di situ.
“Rin..rinduuu”sebut Isya.
“Bukankah abang tak in…”
“Abang dah ingat semuanya sayang..please jangan
tinggalkan abang lagi”Hakim mencelah. Sayu suaranya Isya mendengar. Sudah lama
tidak mendengar perkataan sayang dari Hakim.
“Betul ke abang dah ingat semuanya. Kalau betul siapa
nama betul Isya dan Aliyah.”tanya Isya.
“Isya isteri abang. Nur Alisyah Armani binti Iskandar dan
Aliyah anak abang. Nur Aliyah Armani binti Hakim Naufal.”Hakim mencium tangan
Isya.
“Abang dah ingat…macam mana abang boleh ingat semuanya
dan rumah ni. Macam mana abang masuk sedangkan Isya dah kunci semua pintu”tanya
Isya.
Hakim menceritakan kepada Isya peristiwa di pukul dan
dirompak dan cara dia memasuki rumah ini. Direnung lagi wajah Isya melepaskan
rindu. Tubuh isterinya kembali dipeluk erat. Isya membalas pelukan suaminya.
Sungguh dia sangat merindukan suaminya. Akhirnya doanya termakbul.
Tiba-tiba Isya melepaskan pelukan Hakim dan berdiri di
hadapan tingkap.Perasaan cemburu datang secara tiba-tiba. Hakim pelik dengan
tingkah Isya. Dia mengikuti langkah Isya.
Hakim memeluk Isya dari arah belakang. Dahi Isya
diciumnya penuh kasih.
“Sayang..kenapa. Apa yang sayang fikirkan”soal Hakim
merenung wajah Isya yang kelihatan muram.
“Isya tak fikir apa-apa pun”bohong Isya.
Hakim menarik Isya memandang ke arahnya. “Abang tahu Isya
bohong. Apa yang Isya fikirkan. Please bagi tahu abang”
“Abang dah ada orang lain ke”tanya Isya..perlahan.
“Kenapa Isya cakap macam tu”terkejut Hakim dengan
pertanyaan Isya.
“Habis tu siapa yang Isya nampak dengan abang hari tu di
KLCC”
“Ohhh..yang hari tu kawan abang je”ujar Hakim.
“Kawan sampai pegang tangan”kata Isya lagi.
“Sayang cemburu eh”kata Hakim. Dia tersenyum. Ingin
mengusik Isya lagi.
“Dahlahh..Isya nak turun. Tolong tengokkan Aliyah”kata
Isya. Geram kerana disusik oleh Hakim. Tangannya menolak kasar tangan Hakim
yang masih melekat dipinggangnya. Dengan cepat dia melangkah turun. Dia ingin
memasak untuk Hakim.
“Sayang”panggil Hakim ketika Isya sedang memotong sayur.
“Sayang”panggil Hakim buat kali kedua.
“Sayangggg…”Hakim memanggil kuat sambil tangannya menarik
lengan Isya ketika Isya berjalan menuju ke peti ais. Isya yang hilang imbangan
terus terduduk dia peha Hakim. Hakim memeluk erat pinggang Isya..’Hishhh tak
habis-habis peluk’desis Isya.
“Sayang..janganlah buat abang macam ni. Please jangan
marah abang. Betul…perempuan tu Tasya. Dia Cuma kawan abang. Tak lebih dari tu.
Hari tu dia tak sengaja”beria-ria Hakim menjelaskan. Takut Isya merajuk
dengannya.
“Ok…Isya percaya. Dah abang pergi naik atas Jaga Aliyah. Isya
nak masak ni. Please..kejap lagi kita makan”kata Isya.
“Oh ye..abang ingat tak masa kita jumpa di KLCC hari tu dekat kedai jam. Isya ada belikan
abang jam untuk birthday abang. Tapi Isya tak tahu abang suka ke tak. Isya ada
letakkan dalam laci meja. Abang tengoklah ye”kata Isya.
“Thanks sayang..apa pun yang sayang bagi..abang suka”kata Hakim sambil
mengusap pipi Isya. Isya tersenyum.
Hakim turut tersenyum. Diciumnya pipi Isya. “Ok..abang
naik dulu. Isya jangan lama-lama”kata Hakim sambil mencubit kedua-dua pipi
Isya. Isya tersenyum melihat Hakim..Bahagianya dia pada hari ini.
TUJUH
Isya melipat telekung dan sejadah yand digunakan sebentar
tadi. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Hakim berada di bilik. Melayan telatah
Aliyah. Hujan lebat di luar membuatkan mereka malas hendak keluar. Isya
melangkah turun menuju ke dapur. Dia ingin memasak makan malam untuk mereka.
Sebelum turun Isya mengemaskan ikatan rambut. Rambutnya
yang panjang paras pinggang disanggul tinggi. Isya membasuh beberapa cawan dan
pinggan yang berada di sinki sebelum mengeluarkan bahan-bahan yang digunakan
untuk memasak.
Ayam masak merah,sayur masak lemak dan udang goreng
mentega menjadi pilihannya untuk memasak. Semasa sedang memotong ayam Isya
dikejutkan oleh Hakim.
“Sayanggg” sergah Hakim. Serentak dengan itu dia memeluk
pinggang Isya. Isya yang sedang leka memotong ayam terkejut sehingga terhiris
jarinya.
“Ya Allah”wajah Isya berubah. Menahan pedih di jari.
“Abang janganlah asyik terkejutkan Isya. Sakit tahu tak.
Cuba bagi salam”marah Isya. Geram denga suaminya yang suka mengejutkannya.
“Sayang…sorry abang tak sengaja..betul-betul tak sengaja.
Abang tak tau sayang tengah potong ayam”tangan Isya dibasuh sebelum dia membawa
Isya duduk di kerusi makan. Isya menahan pedih saat air terkena tangannya.
“Kalau hari-hari macam ni..alamatnya Isya yang pergi dulu”kata
Isya perlahan tetapi masih mampu didengar oleh Hakim. Tangan Isya dirawat.
“Sayang jangan cakap macam tu. Abang tak sengaja. Abang
janji abang tak buat lagi”kata Hakim. Risau melihat wajah Isya yang masih mencuka.
“Aliyah mana”Isya mengubah topik.
“Isya tak payah masak hari ini..biar abang yang ganti
sayang masak. Aliyah tidur dalam bilik.”
“Betul abang nak masak ni”tanya Isya. Hakim
bersungguh-sungguh mengangguk kepala. Salah dia kerana telah membuatkan jari Isya
terluka.
“Yeahhh..Isya boleh naik atas tidur dulu..hujan-hujan ni
sedap tidur. Abang masak eh”usik Isya.
“Alah…tak payahlah naik atas. Isya temanlah abang kat
sini.”Hakim membuat muka.
Isya tergelak.. “Yelah Isya temankan abang. Dah pergilah
masak Isya dah lapar ni”arah Isya. Hakim mencubit pipi Isya.
Hakim mencium pipi Isya semasa dia melihat Isya sedang
membaca surat khabar di meja dapur. Isya tersenyum memandang suaminya.
“Kenapa”tanya Isya.
“Thanks sayang sebab ceriakan hari-hari abang. Abang
minta maaf sebab lama abang tak ambil peduli tentang Isya dan Aliyah. Abang
sayang Isya. Abang sayang Aliyah. Abang sayang sangat dekat isteri dan anak
abang.” Dahi isterinya dicium penuh kasih. Isya memeluk suaminya erat.
“Eh..berdrama pulak kita..bila nak siap masaknya bang”tanya
Isya. Hakim tergelak. Tidak mempedulikan kata-kata Isya. Dia terus mengeratkan
lagi pelukannya. Isya turut tergelak. Memang hari-harinya bertambah indah sejak
Hakim kembali ke rumah itu.
Isya melayan rentak Hakim. Kepalanya diletakkan didada
suami. Makin lebar senyuman Hakim. Isya turut mengukirkan senyuman manis.
Pelukan juga dieratkan.
Makin menggebu kasih sayang Hakim terhadap Isya.
“Terima kasih abang..semoga kasih kita kekal ke akhir
hayat”lembut suara Isya..
p/s : sy suka happy ending J
apa jadi sebenarnya dengan perempuan yang ada ngn hakim kt KLCC tu?
ReplyDeleteperempuan terlebih mesra tu kawan Hakim je sebenarnya. Dorang x ada apa2 pun :)
ReplyDeleteterbaik..
ReplyDelete@fasya thanks :)
ReplyDelete