Wednesday 17 April 2013

CERPEN : KAU SENTIASA DI HATI


SATU

Usai solat asar, Aqilah bersama dengan Diyana melangkah menuju ke restoran berdekatan. Mereka memilih tempat yang sedikit tersembunyi. Setelah memesan makanan  Aqilah lebih banyak mendiamkan diri berbanding Diyana. Diyana yang sedang cakap di telefon bersama buah hati kadang-kadang tersenyum adakalanya tergelak sendiri.

Aqilah memerhatikan keadaan sekeliling. Mengeluh. Kepala yang terasa sedikit pening dipicit perlahan-lahan.Angin bertiup kencang seperti menandakan hari hendak hujan. Nasib baik dia bawa payung. Nak menapak ke stesen bas bukannya dekat habis basahlah jawabnya kalau dia  meredah hujan.




“Dah puas cakap”tanya Aqilah.

“Erm..dah, susah jugak kan bercinta jarak jauh ni. Aku dekat Kuala Lumpur, Rafiq dekat Pulau Pinang.”kata Diyana.

“Memanglah. Kalau korang boleh bertahan dengan hubungan jarak jauh ni insyaAllah sampai korang ke akhir hayat”jawab Diyana.

“Maksud kau”

“Yelah..selalukan kita tengok orang yang bercinta jarak jauh kebanyakannya  tak sampai ke mana pun hubungan mereka. Tup-tup putus.”

“Yelah..tapi aku harap aku dengan Rafiq tak adalah sekerat jalan”pinta Diyana. 

“Aminnn..cakap, cakap jugak. Makanan kita mana”tanya Aqilah.

“Hah panjang umur. Tu nak sampai dah”kata Diyana apabila terpandang seorang pekerja restoran yang sedang membawa makanan menuju ke arah mereka.

Diyana yang sedang menjamu selera tidak Aqilah yang sedang leka menyedut jus tembikai terpandangkan seseorang yang melangkah masuk ke dalam restoran tersebut di ikuti oleh beberapa pelajar lelaki mengambil tempat selang tiga buah meja dari tempat mereka.
Aqilah memerhatikan Farish yang berseluar jeans hitam dan t-shirt polo berwarna merah. Rindu terhadap lelaki itu.

Tanpa berlengah lagi, Aqila melihat Farish bersama rakan-rakannya terus memesan makanan. Walalupun makanan yang dipesan oleh Aqilah sudah tiba tetapi masih belum dijamah oleh Aqilah. Seleranya tiba-tiba hilang apabila terpandangkan Farish. Aqilah hanya menyedut jus tembikainya dengan fikiran yang berkecamuk.

Diyana yang perasan akan tingkah Aqilah memandang ke arah tempat yang di dilihat oleh Aqilah.

“Qila..kenapa kau tak makan”tanya Diyana.

“Entahlah tiba-tiba aku tak ada selera.”ujar Aqilah.

“Sudahlah tu..jangan fikirkan sangat pasal Farish. Kalau ada jodoh korang tak akan ke mana pun”beritahu Diyana.

“Aku rindu dia Yana. Kenapa dalam ramai-ramai orang aku yang dia tak ingat. Kekasih dia sendiri Yana. Kawan-kawan dia pun dia boleh ingat. Tapi kenapa bukan aku”soal Aqilah.

“Kau tak boleh salahkan dia jugak. Mungkin memang dia tak boleh nak ingat kau langsung.”

“Aku tahu. Kalau ye pun dia tak boleh nak ingat aku, perlukah dia cakap kasar dengan aku. Sakit hati aku Yana.”Aqilah mengelap air mata yag sudah mengalir dipipinya. Tersentuh hati Diyana mendengar esakan Aqilah.

“Sabarlah Qila. Kau doakanlah saja supaya Farish pulih ingatannya.”kata Diyana sambil mengusap bahu Aqilah.

Diyana menghabiskan makanannya manakala Aqilah tidak menjamah sedikit pun makanan yang dipesan. Dia ingin cepat pergi dari situ. Makin lama melihat Farish, makin sedih bila dia terkenangkan  sikap Farish terhadapnya.

“Jom..aku dah habis makan. Betul kau tak nak makan ni”tanya Diyana bila melihat makanan Aqila tidak berusik.

“Nanti kau lapar macam mana”

“Tak apa aku masak jelah apa yang ada kat rumah. Cepatlah aku nak balik”gesa Aqilah.

“Baik aku suruh pekerja tu bungkus je makanan kau. Taklah membazir. Kau boleh makan kat rumah kan”kata Diyana.

Setelah membungkus makanan tersebut, Diyana pantas menyaingi langakah Aqilah yang begitu laju. Mereka terpaksa melintas di hadapan meja Farish untuk keluar dari situ. Aqilah tidak memandang sedikit pun ke arah Farish. Diyana dibelaknag tidak diambil peduli.

“Hey Yana, buat apa kat sini”aduhhh boleh pulak ada orang tegur si Diyana. Nak tak nak Aqilah terpaksa berhenti dihadapan. Imran kawan Farish menegur Diyana.

“Makanlah kat sini”jawab Diyana.

“Dengan siapa ? Kata makan tu kat tangan tu siapa punya. Kau punya jugak. Kuat makan betul kau ni eh lepas tu lajunya kau jalankan sampai tak nampak kita orang dekat sini”banyak tanya pulak si Imran ni.

“Amboi kau ni tanya macam wartawan lah pulak. Aku makan kat sini dengan Aqilah”sengaja ditekankan nama Aqilah. Dia perasan Farish memandang ke arahnya.

“Makanan ni pulak Aqilah punya katanya tak ada selera nak makan dekat sini padahal dia yang beria-ria nak makan kat sini tadi.. so aku bungkuskanlah.”

“Lagi satu aku nampak je korang semua ni kat sini tapi disebabkan Aqilah tu hah kat depan tu dah laju sangat aku kejarlah. Dia nak balik cepat”semua yang berada disitu memandang ke arah Aqilah.

Aqilah yang merasakan dirinya di perhatikan mengalihkan pandangan..Zappp matanya bertembung dengan mata Farish..Aqilah pantas mengalihkan pandangan. Tidak sanggup memandang Farish. Aqilah mengambil keputusan untuk menunggu Diyana di luar restoran.

“Eh dahlah..aku balik dulu kesian Aqilah sorang-sorang kat luar”Diyana pantas meminta diri untuk pergi dari situ apabila melihat Aqilah sudah keluar dari situ.


DUA

AQILA membuka pintu biliknya melangkah turun ke ruang setelah selesai menunaikan solat isyak. Aqila menuruni anak tangga perlahan-lahan sambil memegang penahan di tangga. Kepalanya dirasakan tiba-tiba pening. Dia merasakan sakit kepalanya semakin kerap datang. Tetapi hanya sebentar. Apabila dia mengambil ubat perlahan-lahan kepalanya terasa pulih.

Aqilah tidak jadi melangkah ke ruang tamu sebaliknya dia terus menuju ke dapur. Tekaknya haus sehinggakan membuatkannya terasa seperti puasa apabila tidak meminum air. Petang tadi selepas pulang daripada restoran Aqilah terus mengurungkan diri di dalam bilik. Dia tidak menjamah makanan ataupun minum air sejak pulang petang tadi. Aqilah membancuh dua cawan milo panas untuknya dan Diyana.

Dengan langkah perlahan menuju ke ruang tamu Aqilah mendekati Diyana yang sedang menonton televisyen. Dia duduk bersebelahan dengan Diyana. Di rumah sewa itu mereka tinggal bertiga. Aliyah pulang ke kampung kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupunya dan akan pulang pada hari ahad.

“Nah untuk kau”Aqilah memberikan air milo yang dibuat kepada Diyana.

“Cerita apa”

“Thanks buatkan aku air..cerita Kasih Seorang Ibu. Baru start”jawab Diyana. Aqilah tiba-tiba terbatuk kecil.

“Qila..kau ni kenapa. ”risau Diyanah melihat keadaan Aqilah.

“Aku oklah. Aku ras macam tak sihat nak demamlah ni. Patutlah pening kepala aku tadi”jawab Aqilah.

“Pening. Kau asyik mengadu kat aku pening kepala. Kau pergilah klinik.”ujar Diyana.

“Aku oklah Yana. Aku tak nak pergi klinik aku tak suka nak pergi makan ubat daripada klinik. Nanti aku ambil panadol je.”

“Hishh..kau ni penakut sangat nak makan ubat daripada klinik tu kenapa”

“Ubat kat klinik tu semuanya  pahit. Kalau aku ambil panadol, panadol tu tak rasa apa kau tau”sempat lagi Aqilah bergurau dengan Diyana. Diyana pantas mencubit lengan Aqilah.

Aqilah mengaduh kecil. “Hah ambil tu..biar padan muka  kau suka sangat main-main”Aqilah ketawa kecil apabila dimarahi oleh Diyana. Dia tahu Diyana risaukan keadaannya.

“Eh lepas habis belajar kau nak buat apa lepas tu”tanya Diyana. “Aku rasa aku nak balik kampung dulu duduk dengan family aku”kata Diyana.

“Erm..aku rasa aku nak sewa jelah rumah ni sampai aku ada duit nak beli rumah. Aku pun bukannya ada siapa-siapa lagi. Mak ayah aku pun tak ada saudara dekat sini. Habis belajar nanti aku terus nak cari kerja”kata Aqilah. Sekali sekala dia terbatuk kecil.

“Kau duduklah dengan aku kat kampung sekejap”ajak Diyana. Mengharap sangat Aqilah dapat menemaninya di kampung.

“Tak apalah aku stay sini sajalah. Aku  balik kampung dulu nak uruskan rumah peninggalan arwah mak dan ayah aku”

“Kau nak buat apa rumah tu”

“Aku nak jual lepas tu duit rumah tu boleh lah aku simpan atau buat aku belanja. Ayah dan mak aku pun pernah cakap kalau mereka dah tak ada jual kan saja rumah tu. Kami pun bukan orang senang. Adalah duit untuk aku sara duit. Sekali sekala aku baliklah kampung ziarah kubur mak ayah aku”terang Aqilah.


TIGA

3 BULAN YANG LALU
Pada pagi itu beberapa teman rapat Aqilah menemaninya di rumah mereka. Mereka bersama orang tua Aqilah menunggu rombongan pengantin lelaki tiba di rumah itu. Mereka sedang rancak berborak sementara menunggu ahli rombongan yang masih belum tiba. Aqilah yang berada di dalam bilik terasa berdebar-debar. Sebentar lagi dia akan menjadi isteri kepada lelaki yag dicintainya Farish Rizki.

Diyana sibuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Dia menelefon Imran bagi memastikan mereka sudah dalam perjalanan ke rumah Aqilah. Sebentar kemudian kelihatan sebuah Estima hitam dan beberapa buah kereta tiba dihalaman rumah. Puan Salmah bersalaman dengan Datin Sofea dan berpelukan dengan mesra. Meskipun Datin Sofea merupakan orang yang disegani tetapi dia tidak pernah mengambil kira tentang pangkat mahupun darjat orang lain.

 Ramai tetamu yang hadir kebanyakannya saudara Datin Sofea dan Datuk Rahim. Suasana meriah jelas terasa.

“Mana Farish. Tak datang lagi ke”tanya Diyana apabila Farish tidak tiba tepat pada masanya.

“Farish drive seorang tadi. Dia tak bagi aku ikut. Tak apalah sekejap lagi dia sampailah tu”

Diyana merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.Setengah jam kemudian Farish tetap masih belum tiba.
Semasa Imran berkira-kira hendak menelefon Farish, telefon bimbitnya berbunyi nama Farish tertera di situ. Segera diangkat oleh Imran.


“Hah Farish kau ada kat…”Imran terhenti daripada meneruskan pertanyaannya. Setelah berterima kasih kepada si pemanggil Imran menarik Diyana dan membisikkan sesuatu.Diyana begitu terkejut dengan berita yang disampaikan oleh. 


Imran memaksa Diyana menyatakan berita itu kepada keluarga Aqilah dan Datin Sofea. Dengan langkah yang berat Diyana terpaksa memberitahu hal yang sebenarnya. Wajah ahli keluarga Farish dan Aqilah nampak begitu resah.Puan Salmah dan Datin Sofea meluru ke tingkat atas. Datin Sofea menerangkan perkara yang berlaku kepada Aqilah.

Semasa Aqilah turun dari tingkat atas bersama Puan Salmah dan Datin Sofea dengan muka yang keruh, tetamu mula berbisik semasa sendiri. Semua yang ada berasa hairan apabila Datin Sofea mengatakan bahawa majlis perkahwinan Aqilah dan Farish terpaksa dibatalkan disebabkan kemalangan yang menimpa Farish.

Suasana menjadi hingar-bingar apabila semua tetamu bergerak meninggalkan kwasan rumah Aqilah. Ada yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Aqilah. Mereka semua bergerak ke hospital yang menempatkan Farish. Aqilah pasrah dengan nasib yang menimpanya. Perkahwinan mereka terpaksa dihentikan.

Farish berada ditahap kritikal dan tidak sedarkan diri selama tiga hari berturut-turut. Orang tua Aqilah terpaksa pulang ke kampung untuk menguruskan kebun mereka. Selama tiga hari itu Aqilah sentiasa menemani Farish di hospital dan pada hari keempat Farish telah sedar dari koma. Aqilah tidak sabar untuk berjumpa dengan tunangnya.

Aqilah memasakkan makanan kesukaan Farish. Dia ditemani oleh Aliyah datang ke hospital. Semasa mereka tiba dihadapan pintu Aqilah mendengar suara orang yang sedang berbual. Setelah memberi salam Aqilah memasuki bilik Farish dan menegur tunangnya.

“Awak dah sedar Farish. Macam mana keadaan awak”tanya Aqilah.

“Siapa kau”tanya Farish. Pelik. Tidak pula dia mengenali wanita dihadapannya.

“Eh..tak kan awak tak kenal saya. Aqilah, tunang awak. Kita dah hampir nak berkahwin”terang Aqilah.

“Farish tak akan kau tak kenal Aqilah..tunang kau”tanya Aliyah.

“Eh kau pulak siapa..aku tak kenal kau”kasar suara Farish.

“Tunang ? Kahwin ? Aku tak kenal kau macam mana aku boleh nak kahwin dengan kau. Mama papa siapa perempuan ni mengaku tunang Rish”soal Farish.

Semua yang berada di situ terkejut. Tidak kenal ke Farish dengan Aqilah. Apa yang terjadi sebenarnya…

Doktor mengatakan kebarangkalian Farish hilang ingatan disebabkan hentakan yang kuat dikepalanya semasa  kemalangan sehingga menyebabkannya koma.Setelah ditanya pelbagai soalan tentang dirinya doktor mengesahkan bahawa Farish kehilangan memorinya sejak dua tahun lepas. Dua tahun lepas jugalah kali pertama dia mengenali Aqilah dan bercinta kemudian itu mengikat tali pertunangan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Aqilah sedih apabila Farish tidak mengenalinya. Yang lebih membuatkan Aqilah sedih apabila setiap kali Aqilah datang ke hospital Farish akan menghalaunya. Begitu juga apabila dia datang ke rumah orang tua Farish setelah Farish dibenarkan keluar. Farish mengatakan bahawa dia perempuan terhegeh-hegeh, tidak tahu malu sudah dihalau masih lagi datang bertandang.

Aqilah tidak tahu kenapa nasibnya begini. Semasa sampai mereka dirumah dia dikhabarkan pula dengan berita kematian orang tuanya.

“Mak dan ayah aku accident. Mereka meninggal ditempat kejadian”beritahu Aqilah kepada Diyana dan Aliyah.

“Masa tu mereka dalam perjalan pulang ke rumah”Air matanya mula mengalir.Diyana menenangkan sahabatnya. Terasa lemah tubuh badannya, tidak mampu untuk dia berdiri. Orang yang paling dia sayangi sudah meninggalkannya seorang diri.

“Sabar Qila”pujuk Diyanah sambil memeluk bahunya.

“Aku baru ingat nak call orang tua aku malam nanti. Patutlah aku rasa tak sedap hati sejak pagi tadi”Aqilah mula teresak-esak.

“Aku nak balik kampung”kata Aqilah.

Dengan duit simpanannya Aqilah membeli tiket kapal terbang. Terpaksa. Kalau hendak menaiki bas pukul berapa akan sampai di sana. Ibu dan ayah akan diskebumikan tak lama lagi. Aqilah tidak henti-henti nangis. Diyana dan Aliyah yang sentiasa menemaninya tidak puas memujuk Aqilah supaya bersabar. Kini tinggallah dia keseorangan di dunia tanpa ayah dan ibu.

‘Qila harap ayah dan ibu akan tenang di sana. Qila akan doakan kebahagiaan ayah dan ibu. Qila sayang sangat dekat ayah dan ibu…’desis Aqilah.


EMPAT

Aqilah jalan berseorang menuju ke kantin untuk membeli air. Diyana masih lagi di tandas. Buat apa pun Aqilah tidak tahu lantas dia meminta diri untuk ke kantin terlebih dahulu. Selepas menuruni tangga Aqilah merasakan pandangannya semakin kabur. Kepalanya pula begitu pening.

Aqilah sempat menyambar lengan seseorang yang lalu di situ semasa dia hendak terjatuh. Aqilah berpaut pada lengan Farish. Dia masih tidak menyedari orang yang dipegangnya adalah Farish.

“Maaf…saya tak”serentak dengan itu Aqilah melihat ke arah Farish. Meskipun pandangannya kabur dia pasti jejaka di hadapannya adalah Farish. Aqilah pantas meleraikan pautannya.

“Maaf…saya..saya tak sengaja”Aqilah pantas beredar meninggalkan Farish. Dia berjalan sambil memegang dinding. Dia tercari-cari sesuatu. Dimanakah dia meletakkan telefonnya. Aqilah duduk dipondok yang berdekatan. Poket baju dan seluar diseluk untuk mencari telefonnya. Beg tangannya juga diselongkar. Kepalanya semakin pening.
Nombor Diyana yang sudah di setkan speed dail terus dihubungi.

“Yana..to..tolong aku. Aku pen..pening sangat.”kata Aqilah tergagap-gagap.

“Qila kau ada kat mana sekarang”cemas suara Diyana bertanya.

“De..dekat pondok.”selepas berkata telefon bimbitnya terus terlepas dari tangan.Aqilah tak sedarkan diri.

Ditempat lain, Farish masih lagi terbayang wajah perempuan yang mengaku tunangnya. Perempuan yang tidak kenal erti putus asa apabila dia sering menghalau Aqilah dari hospital dan juga rumahnya. Muka Aqilah yang diperhatikannya tadi nampak sungguh pucat. Sakit ke ?

Tepukan dibahu mematikan lamunannya. “Kenapa kau ni..senyap je”tanya Aizat.

“Aku nak tanya kau..betul ke Aqilah tu tunang aku dan aku hampir kahwin dengannya”tanya Farish.

“Baru sekarang kau nak tau. Dulu masa Aqilah cakap dia tu tunang kau, kau marah kau halau dia”sampuk Imran. Geram dia dengan sikap Farish.

“Gambar-gambar masa pertunangan korang tak cukup membuktikan bahawa korang tu memang bercinta. Gambar masa kita sambut birthday Aqilah semuanya kan ada pada kau. Takkan kau tak boleh ingat.”soal Imran.

“Dah memang aku tak boleh nak ingat dekat Aqilah tu kau nak aku buat apa”bentak Farish
.
“Ok..aku tak salahkan kau. Tapi wajar ke kau selalu bersikap kasar dengan dia apabila dia tegur kau. Kalau kau benci sekalip pun tak perlu sampi nak herdik dia kan. Dahlah aku pergi dulu ada hal” Imran pantas berlalu selepas mendapat mesej daripada seseorang. Farish mendiamkan diri manakala Aizat hanya mampu menggelengkan kepala melihat sikap Farish.



LIMA

“Macam mana keadaan kawan saya doktor”tanya Diyana. Ketika dia sampai di pondok tadi dia melihat Aqilah sudah tidak sedarkan diri.

“Macam ni sajalah cik..kawan cik menghidap kanser otak. Dia berada ditahap kritikal. Dia tidak pernah pergi ke hospital untuk membuat rawatan ataupun mengambil ubat. Kanser dia sudah merebak.”Diyana tidak mampu berkata-kata.

“Cik tahu tak keadaan kawan cik sebenarnya”tanya Doktor itu.Diyana hanya mampu menggelengkan kepala. Tidak tahu bagaimana hendak dia memberitahukan kepada Aqilah.
“Doktor..pesakit sudah sedar”beritahu jururawat yang bertugas.

“Cik boleh masuk untuk berjumpa dengan kawan cik. Mari”ajak doktor perempuan tersebut.

“Yana…doktor. Doktor macam mana keadaan saya. Saya sakit apa”tenang suara Aqilah bertanya.

“Saya harap cik Aqilah sabar dan terima takdir Allah.”Aqilah mengangguk lemah.

“Cik Aqilah menghidap kanser otak. Sudah di tahap kritikal.”kata doktor perempuan tersebut.
“Qila”panggil Diyana.

“Tak apa Yana. Aku pasrah mungkin ni jalan yang terbaik untuk aku. Mungkin juga aku tak ada jodoh dengan Farish. Sebab tu Allah bagi aku sakit ni. Aku tak kisah Yana andai ini yang terbaik untuk aku. Aku bahagia Yana akhirnya aku akan jumpa mak ayah aku tak lama lagi”Diyana semakin sebak mendengar apa yang dikatakan oleh Aqilah.

“Jadi doktor..punca saya pening,loya dan pandangan kabur saya disebabkan oleh kanser nil ah”tanya Aqilah.

“Ye Cik Aqilah. Antara faktor yang lain yang terjadi kepada orang ramai diantaranya ialah sering lupa, gangguan percakapan dan banyak lagi.”Aqilah teringat semasa dia mencari telefon bimbitnya. Dia tidak pasti dimana dia meletakkan telefonnya. Semasa dirumah dia juga terlupa di mana dia meletakkan buku-buku penting yang perlu dibawa ke kolej.

“Bila saya boleh keluar doktor”

“Saya sarankan Cik Aqilah tinggal sahaja di sini memandangkan keadaan cik semakin kritikal”
“Tak apalah doktor..saya lebih selesa tinggal dirumah”puas Diyana dan doktor perempuan itu memujuk Aqilah tinggal di hospital tetapi Aqilah membuat keras kepala.

“Saya tak boleh paksa Cik Aqilah dan saya akan membekalkan beberapa ubat yang perlu Cik Aqilah makan.”Aqilah terpaksa mengangguk.


ENAM

KEADAAN Aqila semakin hari semakin memburuk. Dia sudah berhenti dari kolej dan tinggal bersama Diyana dan Aliyah. Ramai yang tertanya keputusan Aqilah yang tiba-tiba berhenti dari kolej tersebut.Di rumah Aqilah sentiasa ditemani oleh Diyana dan Aliyah. Mereka akan bergilir-gilir menjaga Aqilah.

Aqilah yang sentiasa berada dirumah hanya mampu berdoa dan mengerjakan solat walaupun dalam keadaan terbaring. 


Petang itu..Aqilah di datangi oleh Imran. Imran ingin menziarahinya. Hanya Imran kawan lelaki yang tahu tentang penyakitnya. Imran jugalah yang menolong Diyanah membawa Aqilah ke hospital pada hari Aqilah pengsan di pondok.

“Assalamualaikum”sapa Imran apabila melihat Aqilah yang terbaring. Aqilah hanya mampu menganggukkan kepala. Wajah Aqilah begitu pucat.

“Macam mana keadaan kau. Ok tak hari ini”tanya Imran.Aqilah tersenyum. Aliyah dan Diyana setia menemaninya di dalam bilik itu. Begitu sekali kasih mereka terhadap Aqilah. Aqilah menitiskan air mata. Aliyah yang melihat pantas menyeka dengan jarinya.

“Kenapa Qila..sakit ke”tanya Aliyah.Diyanah disebelah menggenggam tangannya.

“Qila kau tak nak bagi tahu Farish ke”tanya Imran.

“Tak..tak aaapalah..to..long bagikan surat ni..bi.la aku dah tak ada”surat disebelah ditunjukkan. Imran sedih melihat keadaan Aqilah. Aliyah dan Diyana sudah mula mengalirkan air mata.

“Ca..kap aku sayangkan di..dia.”kata Aqilah susah untuk menuturkan kata-kata. Aqilah membalas genggaman Aliyah dan Diyana”nanti”Aqilah berusaha untuk bercakap dengan sahabatnya. Dia tahu masa dia sudah tidak banyak lagi.

‘Ayah ibu tunggu Qila di sana’

Aqilah seperti melihat ayah dan ibunya datang kepadanya dan tersenyum. Aqilah membalas senyuman mereka.

Aliyah, Diyanah dan Imran melihat Aqilah yang tersenyum. Semakin lama Aliyah dan Diyana merasakan pegangan tangan Aqilah mulai longgar. Perasaan tidak sedap hati Aliyah memaksanya dia menggerakkan Aqilah.

“Qila..Qila..bangun Qila..kenapa ni”Aliyah mula menangis. Diyana memeriksa nadi Aqilah. Tiada.

Diyana menggeleng-geleng kepala. Aliyah sudah teresak-esak. Tubuh Aqilah yang kurus dipeluk kemas. Lama dia berkeadaan begitu. Memeluk tubuh Aqilah yang suah kaku tidak bernyawa.

“Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un”sebut Imran. Aqilah pergi dalam keadaan yang tenang.Tidak mampu untuk dia berkata apa-apa lagi. Hatinya dipagut sedih dan pilu.

Imran memandang dua wanita dihadapannya yang sudah lencun dengan air mata.  Aqilah telah  pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya menghadap Penciptanya. Pergi menghadap Yang Maha Esa.

‘Qila..akhirnya kau pegi Qila. Pergi tinggalkan aku. Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Tenanglah kau disana’ bisik hati Diyana. Sahabat yang paling rapat dan dia sayangi telah pergi menghadap Illahi.


TUJUH

SEORANG demi seorang pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu. Diyana dan Aliyah masih duduk bersimpuh diatas tikar yang dibentangkan di tepi kubur arwah Aqilah. Air mata tidak henti-henti daripada tadi. Seperti tidak percaya Aqilah sudah meniggalkan mereka.  Keluarga Farish juga datang menziarahi kubur Aqilah.

Ketika sedang membaca surah yassin, Imran yang menemani Aliyah dan Diyanah terpandangkan Farish yang menuju ke arah mereka. Imran melihat mata Farish yang merah seperti baru lepas menangis. Sedihkah tentang pemergian Aqilah.

“Im..”panggil Farish.

“Aku dah ingat Im…aku dah ingat semuanya”kata Farish.

“Maksud kau”tanya Imran.

“Lepas Qila tiba-tiba nak berhenti dari kolej..aku rasa seperti hilang sesuatu. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam tu. Aku tak lalu nak makan. Aku sendiri pelik.”

“Bila aku duduk termenung aku seperti melihat waktu aku bersama dengan Aqilah.”

“Sehinggalah  hari tu aku teringatkan waktu masa kita sambut birthday Aqilah dengan kawan-kawan kita yang lain. Masa tu kepala aku terlampau sakit sehingga aku jatuh terhantuk ke bucu meja”

“Lepas beberapa jam aku mula sedar..aku mula ingat semua tentang Aqilah. Aku salah Im..Aku dah banyak buat salah dekat Qila.”Farish sudah teresak-esak.

“Alhamdulillah..kau dah ingat semuanya Farish..Sudahlah aku tahu Aqilah tidak akan salahkan kau. Semua ni bukan kehendak kau. Aku pasti dia dah maafkan kau kau”

“Aku lambat sedar Im..aku sedar bila Qila dah pergi tinggalkan aku”

“Ni surat untuk kau. Aqilah pesan kat aku suruh bagi kepada kau. Dah lama aku kat sini Farish. Aku nak balik dulu..Assalamualaikum”Imran meninggalkan kawasan perkuburan itu bersama Aliyah dan Diyana.

Farish duduk bersimpuh di tepi kubur arwah Aqilah. Disedekahkan Al-Fatihah dan surah yassin kepada arwah tunangnya sebelum berdar dari situ. Surat Aqilah dipegang dengan erat.
Sampai sahaja dirumah Farish terus melangkah masuk ke dalam bilik. Datin Sofea dan Datuk Rahim pasti betapa sedihnya Farish ketika itu. Surat Aqilah dibuka.

       Assalamualaikum kekasihku…
Qila pasti saat Rish baca surat ni Qila sudah pergi meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya.

        Farish,
Qila cuma nak Rish  tahu Rish akan sentiasa ada di dalam hati Qila. Qila sayangkan Rish.Qila cintakan Rish..Qila sedih sangat masa Rish tak ingat tentang Qila. Qila cuba sedaya upaya Qila untuk kembalikan ingatan Rish tetapi Rish tak nak beri kesempatan buat Qila untuk membuktikan Qila adalah orang yang Rish cintai Qila adalah tunang Rish dan Qila bakal  menjadi isteri kepada Farish Rizki. Tetapi Qila tak salahkan Rish. Qila pasti Rish tidak mengharapkan perkara ni terjadi.

       Farish,
Masa Qila pulang dari rumah orang tua Rish Qila dikhabarkan tentang berita kematian orang tua Qila. Ibu dan Ayah meninggal dalam kemalangan dan menghembuskan nafas terakhir ditempat kejadian. Qila seorang diri di dalam dunia ni Rish. Tetapi Qila bernasib baik kerana mempunyai sahabt yang sayangkan Qila. Yana dan Liya  sentiasa menemani Qila. Ingat Rish Qila sayang sangat dekat Rish.

       Farish,
Ingat tak masa Qila tak sengaja pegang lengan Rish..masa tu Qila pening sangat. Qila tak sangka orang yang ada dihadapan Qila adalah Rish. Tapi Qila cepat-cepat sedar. Qila segera tinggalkan Rish kerana Qila takut Rish akan marah kepada Qila. Yana dan Imran yang tolong hantarkan Qila ke hospital selepas Qila pengsan di pondok. Selepas itu Qila dapat tahu bahawa Qila positif kanser otak. Qila pasrah Rish. Mungkin ni yang  terbaik buat Qila.

       Farish,
Mungkin kita tidak dijodohkan di dunia ini. Satu sahaja yang Qila mohon daripada Rish, tolong redha dengan pemergian Qila. Qila nak minta Rish tolong serahkan semua duit yang Qila ada kepada rumah anak yatim. Qila tinggalkan duit itu dekat Yana. Tolong Qila ye Rish. Duit tu semua Qila nak sedekahkan sebagai amalan terakhir Qila. Qila harap Rish dapat cari orang lain bagi menggantikan Qila di hati Rish. Qila harap Rish akan bahagia dengan orang lain. Sayangilah dia seperti mana Rish sayangkan Qila. Jangan hampakan permintaan Qila.

          Farish,
Tidak ada apa lagi yang Qila nak katakan..tolong beritahu kawan-kawan Qila terutamanya Yana dan Liya. Qila sayang dorang. Merekalah sahabat terbaik Qila. Dan Rish…orang yang akan sentiasa berada di hati Qila. Disini Qila ada letakkan beberapa gambar kita bersama. Qila harap Rish tak akan lupa semua kenangan kita bersama..Sekian..

Salam sayang,
         Aqilah Aneesa

Surat Aqilah digenggam erat. Sebak ketika membaca surat itu. Air mata yang mengalir dipipi diseka.Dia harus rela dengan kepergian insan yang dicintainya. Dia berjanji dia akan hidup bahagia seperti mana yang diinginkan Aqilah.


‘Pergilah Qila..semoga kau bahagia di sana. Aku akan doakan kesejahteraan kau di sana’desis Farish..

      

1 comment:

  1. *HOKIBET
    *BUKATOGEL.COM
    *DAFTAR
    *REFERRAL
    *BUKU MIMPI
    *PREDIKSI

    * Potongan/Discount Bukatogel.com :
    * 2D : 29% = Rp. 70.000
    * 3D : 56% = Rp. 400.000
    * 4D : 65% = Rp. 3.000.000

    * BBM : 7boc7177
    * HP/SMS : +639277025291

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D