Saturday 16 May 2015

CERPEN : HATIKU TETAP MILIKMU

 

“Haikal rasa Haikal dah tak boleh teruskan hubungan kita lagi”terhenti perlakuan Anis yang sedang menyuap makanan kedalam mulutnya. Wajah putih bersih Haikal direnung lembut.

"Apa maksud Haikal. Haikal gurau je eh”Anis masih tersenyum memandang ke arah Haikal yang serba tidak kena. Dia masih berfikir Haikal sahaja ingin bergurau dengannya.

“Haikal tak gurau. Haikal…Haikal dah ada orang lain. Yang lebih Haikal suka”berubah riak muka Anis apabila Haikal berkata begitu. Anis terdiam. Betulkah apa yang dia dengar ? Haikal nak putuskan hubungan mereka disebabkan Haikal sudah ada orang lain.

Setelah menjalinkan hubungan cinta selama setahun Haikal meminta putus darinya. Haikal kini berada di semester enam manakala Anis pula berada di semester lima. Jurusan mereka yang sama membuatkan mereka sering berjumpa di jabatan dan Haikal yang menghulurkan salam perkenalan padanya. Dari kawan sehinggalah mereka bercinta. Rasanya sepanjang mereka bercinta tidak ada yang tak kena pada diri Haikal. Dan sekarang Haikal meminta putus darinya.

Air mata yang ingin mengalir di tahan supaya tidak jatuh. Memegang kepala yang terasa sakit tiba-tiba dengan berita yang disampaikan oleh Haikal.

“Siapa dia? Orang yang dah curi perhatian Haikal daripada Anis?”Anis berlagak tenang. Sedaya upaya menahan sakit hatinya.

“Haikal minta maaf. Rasa sayang Haikal pada Anis dah pudar. Sofea…Haikal dah makin suka dan sayang kepada Sofea. Dah lebih dua bulan kami berkenalan”Haikal terpaksa berkata jujur kepada Anis. Dia tidak ingin menyakiti hati Anis lagi.

“Haikal minta maaf” Anis tersenyum. Jatuh juga air mata yang ditahan-tahan daripada tadi.

“Haikal tak perlu minta maaf. Mungkin layanan Anis selama ini yang membuatkan Haikal berpaling arah ke Sofea. Anis tak banyak luangkan masa untuk Haikal. Perkara ini terjadi pun mungkin disebabkan Anis. Haikal tak salah sama sekali.” tenang Anis bertutur.

“Haikal ada gambar Sofea. Boleh Anis lihat” Anis bertanya kepada Haikal. Dia ingin lihat wajah yang sudah membuatkan Haikal berpaling darinya.

Haikal menghulurkan telefon bimbitnya. Wajah Sofea yang tersenyum menjadi wallpaper di telefon bimbit Haikal. Cantik…itu yang terdetik saat pertama kali Anis melihat wajah Sofea. Sakitnya hati Anis pada masa itu. Selama ini hanya wajahnya yang ada di situ tetapi sekarang sudah berubah.

“Ermm..cantik” mungkin itulah yang membuatkan Haikal berpaling ke Sofea.

“Sofea pelajar jurusan kesetiausahan. Semester enam. Sama dengan Haikal. Kami berkenalan disebabkan orang tua kami yang berkawan baik. Haikal baru tahu dia belajar di sini juga. Dari situ kami mula rapat. Sofea kadang kala kelihatan comel dengan sikapnya.”Haikal tersenyum menceritakan tentang Sofea tanpa menyedari perubahan riak wajah Anis dan perasaan Anis yang mula hancur.

“Haikal…Anis sedia untuk lepaskan Haikal walaupun rasa sakit hati Anis ni biar jelah Anis yang tanggung sendiri Mungkin Haikal lebih gembira bersama Sofea. Anis tak boleh nak paksa Haikal untuk tak lepas Anis. Lagipun kit tak ada ikatan lagi. Anis pasti Sofea lebih baik dan sesuai dengan Haikal” Anis berkata begitu kerana dia tidak sanggup lagi menghadap muka Haikal. Haikal lelaki pertama yang mengajar dia cinta. Haikal lelaki pertama yang dia sayang selepas ayahnya kerana Anis merupakan anak tunggal.

Haikal terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Anis. Kenapa tiba-tiba dia rasa sakit bila melihat mata Anis yang merah.

“Kirim salam Anis kepada Sofea. Suruh dia jaga Haikal baik-baik. Anis doakan hubungan Haikal dan Sofea.” Anis lantas mengambil beg tangannya dan beredar dari situ. Selangkah dia berpaling meninggalkan Haikal air matanya tidak henti-henti turun.

...................................................................

“Woi..tak makan ke”sergah Husna daripada belakang.

“Tak apalah. Kau makanlah. Aku dah makan tadi masa keluar dengan Haikal”

“Husna..kalau aku cakap kau jangan terkejut tau”kata Anis. Bukannya dia tidak tahu macam mana perangai Husna tambah lagi Haikal merupakan sepupunya. Boleh dikatakan rapatlah juga mereka berdua tu.

“Tengoklah macam mana. Kalau berita sensasi maybe aku terkejut kut” dia menyuap kembali nasi ayam ke mulutnya.

“Aku dah putus dengan Haikal”Anis menghulurkan minuman kepada Husna apabila Husna terbatuk-batuk.

What..are you kidding me?” kuat suara Husna bertanya kepada Anis. Anis hanya senyap.

“Macam mana boleh jadi macam tu. Cakap kat aku Anis. Apa masalah korang. Selama ni aku tengok happy je korang berdua” Anis mula mengalirkan air mata apabila Husna mendesak supaya dia bercerita keadaan yang sebenar.

“Aku..aku tak tahu. Haikal dah ada orang lain. Dia minta putus dengan aku tadi masa kami keluar makna bersama tadi. Apa salah aku Husna. Kenapa dia buat aku macam ni. Aku tahu aku salah kalau aku tak dapat luangkan masa dengan Haikal. Tetapi kenapa dia boleh sampai dah ada orang lain. Setahun kita orang bercinta. Dia orang pertama yang curi hati aku. Aku sayang dia Husna. Haikal pernah  berjanji lepas tamat kami belajar dia nak bertunang dulu dengan aku. Tetapi sekarang dia dah ada orang lain”

Anis meluahkan perasaannya. Dengan Husna sahaja yang dia boleh meluahkan perasaannya. Husna terdiam. Kesian melihat keadaan kawannya. Anis jarang begini. Anis jarang menangis.

‘Apa yang kau dah buat Haikal’getus hati Husna.

“Kau kenal Sofea” Tanya Anis bila tangisannya sudah mula reda. Husna terdiam. Berfikir sebentar sebelum menggelengkan kepalanya.

“Sofea. Perempuan tu yang buat Haikal minta putus dengan aku. Pelajar sini juga semester enam. Jurusan setiausaha. Haikal cakap kat aku perasaan sayang dia pada aku dah pudar. Dia makin suka dan sayang pada Sofea. Masa Haikal cerita dengan aku pasal Sofea tadi wajahnya gembira sangat aku tengok. Handset dia pun dah bertukar gambar. Daripada gambar aku dah bertukar kepada wajah Sofea”air mata kembali mengalir semasa Anis bercerita. Husna hanya mampu menggelengkan kepala.

Tidak sangka Haikal meminta putus dari kawan baiknya. Sampai hati pula Haikal menceritakan tentang Sofea kepada Anis.






...................................................................

Sebulan telah berlalu. Anis pasrah dengan nasibnya. Hari-harinya tidak ceria lagi tanpa Haikal. Dia tidak dapat lagi melupakan Haikal. Meskipun dia berharap pesanan ringkas Haikal pada setiap pagi namun semuanya sia-sia. Sejak rasminya dia putus dengan Haikal lelaki itu tidak lagi menghantar mesej ataupun menghubunginya.

“Woi..buat apa. Orang tengah ramai ni? Kau boleh pulak termenung kat sini”tepukan di bahunya membuatkan Anis terkejut.

“Kau dah kenapa. Sakit tahu tak. Nak tegur orang bagilah salam dulu. Ni tak asyik sergah orang je. Nasib aku tak ada sakit jantung. Kalau tak aku dah jalan dah” bebel Anis. Mukanya masam.

“Aduhhhh..membebel je lah kerja kau ni. Sakit telinga aku tau tak.”

“Korang kalau tak bergaduh tak boleh ke”tanya Aina.

“Husna punya pasal lah”

“Orang tengah ramai kau pulak boleh termenung. Mana aku tak geram”balas Husna.

Anis melihat sekeliling. Carboot sales yang di adakan pada hujung minggu itu membuatkan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama mahupun di rumah sewa datang untuk membeli. Di gerai mereka tak ramai pun. Pelanggan yang datang membeli dilayan oleh Aina dan Fiqa. Bukannya mereka berdua sahaja yang menjaga gerai itu.

“Mana ada ramai. Gerai kita ni masih terkawal okay”

“Ramailah ni. Tapi aku tak cakap pun gerai kita yang ramai. Kau yang salah faham” Husna ketawa. Lucu melihat muka geram yang dipamerkan oleh Anis.

Anis diam sahaja. Malas mahu melayan Husna yang kadang kala masuk air.

“Aina , Fiqa kita orang pergi jalan sekejap eh. Bosanlah. Kita orang nak pergi membeli kejap”pinta Husna kepda dua orang rakannya. Cepat-cepat dia menarik tangan Anis.

Dari satu gerai ke satu gerai mereka pergi. Ketika Husna menarik tangan Anis, Anis yang tak sedar telah melanggar orang di hadapannya.

“Aduhhh..sakitlah. Buta ke. Jalan tu elok-eloklah sikit. You tengok ni. Sakit badan I”Anis melihat wajah perempuan yang meringai kesakitan. Aku terlanggar sikit je. Husnalah punya pasal ni.

‘Eh macam pernah tengok’

Anis tak sedar wajahnya di perhati dari tadi kerana khusyuk melihat wajah Sofea.

“Anis..kau ni cepatlah”panggil Husna bila Anis tidak berganjak dari situ. Husna perasan Haikal yang turut berada di situ bersama seorang perempuan. ‘Sofea ke tu’

“Apahal ni”keras suara Husna.

“Aku terlanggar badan dia. Kau lah tarik aku tadi. Saya mintak maaf”pohon Anis. Dia ingin beradar dari situ apabila Haikal asyik melihat kepadanya.

“Dah sudah jom blah. Sikit je pun gedik yang lebih. Tak ada luka pun”kata Husna menjeling tajam kearah Sofea.

“Eh yang You ni sibuk ni apahal. Bukan masalah You.”Sofea menolak bahu Husna. Orang ramai memerhatikan mereka.

‘Amboi main kasar nampak’

“Woi mangkuk, yang kau senyap saja ni kenapa. Baik kau tarik makwe kesayangan kau sebelum aku main kasar.”

“Eh You ni siapa panggil boyfriend I mangkuk. Bodoh punya orang”sikap Sofea membuatkan Husna marah.

“Mangkuk ni sepupu aku. Suka hati akulah. Yang kau ni kenapa ber I you segala. Ermm menyampah aku dengar.”Husna menunjukkan wajah meluat. Sofea menahan marah.

“Dahlah..jomlah kita balik”Haikal bersuara. Anis memberanikan diri memandang wajah Haikal. Terubat rasa rindunya menatap wajah Haikal. Tetapi hanya sekejap. Anis menundukkan pandangannya.

“Hah..baguslah. Ada korang kat sini menyemak je. Bukannya nak membeli. Tapi sibuk duk berdating” Haikal menarik Sofea pergi. Dia tidak ingin memanjangkan lagi masalah itu.




...................................................................

“Kau dah kenapa mengeluh” Tanya Hariz kepada Haikal.

“Aku terserempak dengan Anis dan Husna tadi masa aku pergi carboot sales tadi dengan Sofea”

So what” Tanya Hariz.

“Ada masalah sikit. Husna bertikam lidah dengan Sofea.”

“Macam mana boleh macam tu.” Hariz masih tenang bertanya. Dia tertanya-tanya pasal apa.

 “Anis tadi terlanggar badan Sofea. Sofea pun bisinglah kata sakit badan dia. Husna datang tarik Anis. Sebelum tu dia cakap bukannya sakit mana. Tergedik-gedik je lebih. Dahlah dia panggil aku mangkuk depan orang ramai tadi. Sofea pun panaslah bila Husna cakap macam tu” Hariz ketawa. Dia kenal kekasihnya itu. Husna yang kasar yang membuatkan dia jatuh hati terhadap Husna.

“Ish kau ni. Gelak pula”marah Haikal.

“Memang padan pun dengan kau gelaran mangkuk tu. Cuma kena tambah sikit jadi mangkuk 
ayun”tambah Hariz lagi. Haikal menjeling kearah sahabatnya.

“Kau tahukan kenapa sikap Husna tu macam tu. Dia tak suka kau dengan Sofea. Kau sepupu dia lepas tu kau sakitkan hati Anis. Anis tu siapa. Kawan baik diakan. Mestilah Husna terasa dengan apa yang kau buat pada Anis. Anis mesti luahkan segala perasaannya kepada Husna. Pada siapa lagi dia nak luahkan perasan. Adik beradik tak ada. Mak ayah tak ada. Nak harap neneknya kat kampung jauh tu” Hariz mengeluh. Apa yang lebihnya Sofea tu pun dia tak tahu. Cantik dan jauh lebih baik Anis dia rasakan. Tapi sahabatnya dah kemaruk dengan si Sofea tu. Mungkin sebab Sofea lebih pandai bergaya agaknya.





...................................................................

Anis, Husna dan Hariz sedang mengulangkaji bersama-sama di perpustakaan. Husna meminta Hariz mengajarnya beberapa subjek yang dia tidak faham. Haikal datang ketika Anis beredar ke tandas.

“Hai..boleh join”Tanya Haikal. Dia yang datang ke perpustakaan untuk mengulangkaji ternampak Hariz dan Husna.

“Aku sorang ni. Bosanlah study sorang-sorang”Husna bertindak mendiamkan diri. Malas memandang ke arah Haikal yang masih berdiri disebelah Hariz.

“Aaa..aaa..bolehlah”Hariz sempat menangkap pandangan kurang senang Husna. Haikal duduk disebelah Hariz iaitu berhadapan tempat duduk Anis
.
“Hai Husna”tegur Haikal. Husna hanya mengangkat bahu. Haikal tahu Husna masih memarahi dirinya.

“Kau seorang je. Mana Sofea”Tanya Hariz.

“Dia keluar dengan kawan-kawan dia” balas Haikal.

Final exam dah nak dekat tapi dia boleh lagi keluar. Sudahlah final year dia kat sini. Buatnya kena repeat nanti padan muka. Hahaha’getus Husna.

“Kenapa”Tanya Hariz apabila melihat tersenyum. ‘Mesti ada yang dia fikirkan ni’

“Ouhh..tak adalah. Fikir pasal Sofea tu. Dia tak study ke. Exam nak dekat dah kan. Baguslah kalau kena repeat.” berubah riak muka Haikal ketika itu. Hariz mencuit lengan Husna yang bertutup. Memberi isyarat supaya diam.

”Sorry lambat”kata Anis. Baru dia perasan Haikal berada di situ. Ingatkan kawan Hariz yang dia kata akan datang sekejap lagi tetapi tidak tahu sama ada jadi ke tidak. Tidak sangka pula Haikal yang ada di situ.

“Jomlah sambung study”

Anis tidak menghiraukan pandangan mata Haikal. Dia sibuk membelek buku. Sekejap-sekejap dia mencatat apa yang penting apabila Hariz mengatakan sesuatu. Anis pada masa itu memakai baju kurung berwarna ungu. Warna kegemarannya. Rindu pula ingin berborak dengan Anis. Dia dapat merasakan Anis sentiasa mengelakkan diri daripada berjumpa dengannya. Kalau terserempak dengan Anis di jabatan Anis akan cepat-cepat melarikan diri.

“Nanti Sofea marah kalau awak pandang perempuan lain daripada kekasih sendiri. Saya tak nak dituduh perampas pulak”kata Anis apabila Haikal asyik memandang dirinya. Rimas. Memang dia rindukan Haikal. Tetapi sekarang dia bukan lagi kekasih Haikal.

Haikal tersentak. Panggilan Anis terhadapnya dah berubah.

“Ermm Husna, Hariz aku rasa cukuplah kita study sampai sini. Dah petang ni. Jom lah kita balik”

“Jomlah. Aku pun dah penat ni” ajak Husna.

“Jom saya hantarkan”kata Hariz.

“Tak payahlah Hariz. Kita orang balik sendiri jelah. Tak jauh mana pun rumah sewa kita orang. Kejap je dah sampai”kata Husna. Dia mengerti perasaan Anis. Jika Hariz menghantar mereka pulang pasti Haikal akan ikut sekali.

“Kami balik dulu”pinta Anis tanpa sedikit pun memandang ke arah Haikal.

Husna senyum kepada Hariz. Apabila matanya bertembung dengan sepasang mata milik Haikal, Husna menjeling tajam ke arahnya. Hariz menggelengkan kepala melihat telatah Husna.

Haikal hanya mendiamkan diri. Terasa apabila Anis tidak menghiraukannya.





...................................................................


EMPAT TAHUN BERLALU

Walaupun empat tahun berlalu tetapi tiada seorang pun yang mampu menggantikan tempat Haikal di hatinya. Semakin cuba dilupakan, semakin kerap wajah Haikal bermain di minda. Bagaimanakah keadaan Haikal sekarang. Walaupun dia masih berhubung dengan Husna namun nama Haikal tidak pernah di sebut oleh mereka berdua.

Anis membuka kedai bakery yang di kongsi bersama Husna. Dengan beberapa orang pekerja membuatkan masanya tidak terlalu banyak  dihabiskan kerana mudah untuk dia menjaga satu-satunya keluarga yang dia masih ada iaitu neneknya.

“Weyh, nenek kau ada cakap apa-apa tak” kata Husna. Dia tercungap-cungap akibat berlari hendak masuk ke dalam kedai bakery mereka.

“Cakap apanya. Kau ni dah kenapa berlari masuk. Tak larinya kedai ni”

“Haikal…”terjatuh senduk kayu yang dipegang oleh Anis. Baru sahaja dia memikirkan tentang Haikal tadi. Dan sekarang Husna sedang menyebut nama lelaki itu.

“Nenek kau tak cakap ke kat kau Haikal masuk meminang kau. Dan nenek kau pun dah setuju. Sebulan dari sekarang korang akan berkahwin” Terkejut. Anis tidak mampu berkata apa-apa. Otaknya cuba mencerna apa yang baru sahaja Husna katakan.

“Anis…weyh…kau okay ke tak ni”Tanya Husna apabila Anis hanya berdiam diri.

“Macam mana kau boleh tahu pulak. Kenapa aku tak tahu apa-apa pun” bingung Anis.

“Haikal sendiri yang bagitahu aku tadi. Dia datang rumah nak jumpa mak aku”

“Kenapa ? ” Anis masih tidap menerima apa yang Husna katakan.

“Tak..tak..tak mungkin. Dia dah ada Sofea. Tak mungkin dia nak kahwin dengan aku”sedikit emosi Anis berkata.

“Anis..semua yang aku cakap ni betul. Aku sendiri dah sahkan dengan nenek kau. Sebab tu aku lambat datang hari ini. Aku baru tahu pagi tadi. Haikal cakap dia pergi rumah kau minggu lepas. Nenek kau sendiri dah terima”

“Tapi kenapa aku tak tahu apa-apa pun. Kenapa dia masuk meminang aku. Dia tak cintakan aku. Dia tak sayang aku. Dia sendiri yang mintak putus dengan aku. Aku tak sesuai dengan Haikal. Dia dah ada Sofea. Tapi sekarang dia nak kahwin dengan aku. Aku tak faham. Dia nak mainkan hati aku lagi ke. Aku tak sanggup kalau dia buat aku macam dulu” Anis menangis teresak-esak.

Tanpa disedari oleh mereka perbualan mereka di dengari oleh Haikal dan Hariz yang berselindung di sebalik pintu dapur.





...................................................................


Malam itu majlis resepsi di adakan di hotel milik keluarga Haikal. Hotel yang di uruskan oleh Haikal. Majlis pada malam itu sangat meriah. Wajah Haikal terpancar riak kegembiraan sedangkan Anis masih lagi tertanya-tanya. Akankah ada bahagia buatnya bersama Haikal. Walapun mereka tampak keletihan tetapi mereka tetap melempar senyuman. Anis hanya melemparkan senyuman terpaksa. Dia rimas bila Haikal tidak melepaskan genggaman tangan Anis malah kadang-kadang tangannya bertindak memeluk pinggang Anis.

“Anis”panggil Husna. Dia mengerti perasaan Anis yang berada di dalam di lema ketika itu.

“Sabarlah. Bincang baik-baik dengan Haikal”

“Kau Haikal kalau kau sakitkan hati Anis lagi siap kau. Hati dia bukan untuk kau permainkan. Sekali lagi dia terluka aku dulu yang kerjakan kau” Husna memberi amaran kepada sepupunya. Dia meminta diri untuk berjumpa dengan nenek Anis.

“Haikal jaga Anis baik-baik kalau kau tak nak kena belasah dengan Husna”kata Hariz. Mereka berdua ketawa. Anis merentap tangannya daripada dipegang oleh Haikal.

“Tak lawak pun”Anis menjeling kepada Haikal dan terus meninggalkan mereka berdua mengikuti langkah Husna yang jauh ke depan .

“Anisss”panggil Haikal. Namun Anis tidak mengendahkan panggilan Haikal.

“Sabarlah Haikal. Salah kau jugak buat dia macam tu dulu.” Hariz menenangkan perasaan Haikal yang sudah tidak menentu itu.

“Dia dah benci aku Riz. Apa aku nak buat. Dia dah tak macam Anis yang aku kenal dulu”kesal Haikal.

“Tak mungkin dia benci kau. Buktinya dia tidak ada pun pengganti kau. Dia masih tunggu kau. Husna pun pernah cakap kat aku. Anis selalu termemung dan dia pasti Anis selalu memikirkan pasal kau”

Haikal memandang sayu langkah Anis yang makin menjauh. Cukup kesal kerana dia pernah memutuskan hubungannya dengan Anis tiga tahun yang lalu. Hubungannya dengan Sofea hanya bertahan selama dua bulan. Sofea tidak serius dengannya. Sofea selalu kasar dengannya. Sofea inginkan semua kata-katanya dituruti. Duitnya juga banyak dihabiskan buat Sofea. Sofes sangat berlainan dengan Anis. Anis tidak pernah memintanya membelikan sesuatu. Anis cukup jaga dengan tingkah lakunya yang berbeza dengan Sofea yang mempunyai pergaulan bebas. Kenapa dia tidak nampak semuanya itu pada awal dia berkenalan dengan Sofea. Saat dia tersedar akan kehilangan Anis semuanya sudah terlambat. Dia sangat rindukan Anis. Dia rindu saat-saat dia bergurau senda dengn Anis.





...................................................................

Anis terperanjat apabila melihat Haikal yang sudah berada di dalam bilik. Terlupa pula dia bahawa sekarang ini mereka berada di dalam bilik Haikal. Dirumah yang dihadiahkan oleh papa untuk mereka berdua. Dia tidak mempedulikan Haikal yang memandang ke arahnya lantas sejadah dihamparkan sebelum menunaikan solat isyak. Haikal hanya memerhatikan Anis yang sudah selesai solat. Anis hanya mendiamkan diri dan tidak memandangnya.

Haikal duduk di birai katil menghadap Anis yang duduk di sofa berdekatan dengannya. Anis sedang membaca novel. Dia mencari sepasang mata bundar yang cantik milik isterinya. Perlahan tangan Anis digenggam. Dia ingin menyemai kembali kasih sayang di antara mereka.

“Anis” Anis cuba merungkaikan pegangan tangan Haikal. Tidak berjaya kerana Haikal menggenggam erat tangannya.

“Boleh tak awak lepaskan tangan saya. Saya rimaslah” dengus Anis. Dia bangun ingin beredar dari situ.

‘Duduk bilik lain lagi bagus’

Perlakuannya terbantut apabila Haikal memeluk erat pinggangnya dari belakang. 

Stoplah awak. Saya nak keluarlah dari bilik ni”

“Sayang nak pergi mana. Ni kan bilik kita” pujuk Haikal. Pelukan dieratkan lagi.

“Saya nak keluar. Saya tak nak sebilik dengan awak”

Hari pertama perkahwinan pasti pasangan suami isteri akann bergembira dan bermesra. Tetapi lain pula pada mereka. Anis masih marah dengannya.

“Abang minta maaf. Abang rindu Anis. Abang sayang Anis. Abang cintakan Anis. Abang menyesal pernah lepaskan Anis dulu.”tersentuh hatinya apabila suami sendiri berkata begitu. Dia juga masih sayang dan cintakan Haikal tetapi hatinya masih sakit kerana Haikal lebih memilih orang lain.

“Abang minta maaf dengan Anis. Tolong maafkan abang. Abang nak bina hidup baru dengan Anis sebagai isteri abang.”

“Saya dah maafkan awak. Saya takut saya akan dikecewakan buat kali yang kedua tapi saya harap bagi saya masa untuk terima awak kembali. Hati saya masih sakit dengan kenangan lalu”dia melepaskan pelukan Haikal.

“Tapi..”

Please..bagi saya masa. Tak mudah untuk saya terima awak kembali. Apa yang terjadi terlalu cepat bagi saya. Awak tiba-tiba kahwin dengan saya. Sebelum ni saya tak pernah dengar khabar awak. Awak tak pernah cuba untuk menghubungi saya. Awak seolah-olah dan buang saya terus dari hidup awak. Tapi sekarang ni saya dah jadi isteri awak dengan rancangan yang saya sendiri tak tahu. Awak masuk minang saya dan tahu-tahu saja nenek terima pinangan awak. Saya tidak diberikan peluang untuk bersuara. Saya harap awak tolong behave dan jangan sakitkan hati saya lagi”seusai berkata Anis pergi meinggalkan bilik itu.

Haikal terduduk apabila mendengar luahan isterinya. Sungguh dia menyesali akan perbuatannya yang dulu. Tidak sangka hati Anis sungguh terluka.





...................................................................

“Saya minta izin nak keluar pergi kedai saya”Anis menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Haikal. Anis masih ingat tugas dan tanggungjawabnya sebagai isteri.

“Jomlah abang hantarkan. Abang pun nak melawat tempat kerja sayang”

Anis menghela nafas. “Tak payahlah. Saya boleh pergi sendiri. Saya dah lambat ni.  Pergi dulu” Anis terus berpaling dan pergi dari situ. Haikal mampu melihat sahaja langkah isterinya.

‘Apa lagi yang harus aku buat untuk meraih kembali kasih dan cinta Anis pada aku’

“Sayang dah makan”tegur Haikal lembut.

Tiada reaksi daripada Anis. Anis tetap memejamkan matanya sekali-sekala dia mengerutkan dahinya. Perlakuannya diperhatikan oleh Haikal.

Haikal bergerak ke arah Anis. Tangannya diletakkan di dahi Anis. Panas.

“Sayang..bangun..Anis demam ni. Makan ubat dulu. Abang ada masak sikit tadi. Anis makan dulu ya”

“Abang”panggil Anis. Haikal terkejut. Tidak menyangka Anis akan panggilnya begitu.

“Ye sayang” Haikal megusap kepala Anis.

“Anis pening sangat. Tak larat dan tak ada selera nak makan” kedengaran suara manja Anis. Haikal tersenyum.

Tanpa disangka-sangka Anis memeluk pinggang Haikal yang duduk disebelahnya dan kepala di letakkan di paha suaminya. Terasa ingin dimanjakan oleh Haikal. Haikal sama sekali tidak menyangka akan telatah Anis. Namun dia cukup rasa bahagia apabila Anis melakukan begitu.

“Abang teman Anis ya. Anis tak larat lagi nak makan. Anis nak tidur sekejap”

Haikal memandang wajah Anis yang sudah tertidur di pehanya. Kali pertama dia melihat wajah Anis sedekat ini. Anis kelihatan cantik. Kening yang tebal dan bulu mata yang panjang lagi melentik.

‘Adakah Anis sudah terima dia semula. Andai benar dia sangat bersyukur kerana Anis masih memberi peluang kepadanya.' Dahi Anis dikucup penuh kasih. Betapa dia rindukan Anis.





...................................................................

“Abang”kejut Anis.

Haikal membuka mata apabila mendengar namanya dipanggil. Anis dilihatnya sudah tersenyum memandangnya.

‘Biar betul. Aku ingat tadi bila dia dah bangun dia ubah balik panggilan tadi’

“Abang…Anis laparlah”Anis menggosok-gosok perutnya. Haikal tersenyum.

“Dah tak sakit kepala dah”soal Haikal. Anis hanya menggelengkan kepala. Haikal merasa dahi Anis dengan tangannya.

“Jom, abang bawa pergi dapur. Abang pun tak makan lagi ni”Haikal memimpin tangan Anis.

“Abang” Anis menarik tangan Haikal. Langkah Haikal terhenti.

“Kenapa sayang”

“Anis nak minta maaf sebab tak hiraukan perasaan abang selama kita kahwin ni. Anis..Anis nak bagi peluang pada hidup Anis untuk merasai kebahagiaan. Selama ni abang selalu layan Anis dengan baik. Abang tunjukkan rasa sayang abang pada  Anis. Tapi Anis masih ikutkan perasaan. Tak bagi abang peluang.”

“Tak apa. Abang faham perasaan Anis. Anis tak salah pun. Abang yang salah dari awalnya.”bibirnya menguntum senyum. Pipi Anis dielus lembut.

“Anis nak bina hidup baru dengan abang. Kita lupakan yang lama boleh”

“Anis dah boleh terima abang semula”soal Haikal.

Anis mengangguk. Tangan Haikal di ambil dan dicium. Sungguh perasaannya pada Haikal tidak pernah pudar dari dulu lagi.

“Alhamdulillah”Haikal memeluk erat Anis bagai tidak mahu dilepaskan. Anis mengemaskan pelukan Haikal. Dia tersenyum ketika berada dalam pelukan suami yang tercinta.

Anis bersuara apabila kelihatan seperti Haikal tidak mahu melepaskannya.

“Abang..dahlah..Anis lapar ni. Dari pagi tak makan”

What” berkerut dahi Haikal memandang Anis.

“Sayang kenapa tak makan dari tadi ni. Sekarang dah pukul berapa. Kalau gastrik macam dulu macam macam mana?” soal Haikal.

“Abang ingat lagi?” Tanya Anis. Dia menyangka bahawa suaminya sudah melupakann tentangnya apabila mereka sudah berpisah tiga tahun lalu.

“Semuanya pasal sayang, abang masih ingat. Sayang suka apa, sayang tak suka apa semuanya abang masih ingat. Abang minta maaf sekali lagi disebabkan hal dulu”

“Dahlah abang, tak perlu difikirkan lagi. Anis nak lupakan kisah lama. Kita mulakan yang baru” pipi Haikal diusap lembut oleh Anis.

“Okay..sekarang jom makan dulu. Lepas tu makan ubat. Badan sayang panas lagi ni. ” Haikal sempat mengucup tangan isterinya sebelum menarik Anis ke ruang dapur.

“One more thing, pindah masuk bilik abang. Abang nak Anis sentiasa dengan abang. Boleh kan?”

“Kalau tak boleh? Anis nak duduk bilik asinglah” usik Anis.

“Sayang masih tak terima abang ke” sayu sahaja Anis dengar. Anis bertindak mendiamkan diri. Apa yang akan diperkatakan oleh suaminya.

“Tak apalah. Abang tak paksa” Haikal memandang Anis dengan penuh kasih. Terasa dengan penolakan Anis. Sungguh dia sangat cintakan dan sayang kepada Anis.
Anis tersenyum. Dia mencubit kedua-dua pipi Haikal dengan kuat.

“Anis gurau je. Kan Anis cakap Anis nak mulakan hidup baru dengan abang. Hurmm..tak handsomelah muka masam macam ni. Cuba senyum sikit”Anis mencium pipi Haikal.

“Aduhhh yang..sakitlah. Tapi abang suka sebab dapat ciuman daripada isteri. Nakal eh Anis ni”pinggang Anis diraih. Anis tersenyum bahagia.





...................................................................

Anis menolak pintu bilik mereka dengan perlahan. Dilihatnya Haikal sedang tidur. Kepenatan agaknya. Anis membersihkan diri sebelum menunaikan solat maghrib. Haikal masih nyenyak tidur sehingga tidak sedar isterinya sudah pulang. Anis ingin turun ke bawah untuk menyiapkan makan malam.

“Abang..bangun bang”gerak Anis. Dia melarikan jarinya di wajah Haikal.

“Abang sayang bangunlah”Anis masih cuba mengerakkan Haikal. Pipi Haikal dicium berkali-kali.

“Ermm” tubuh Anis ditarik ke dalam pelukan.

‘Ish orang suruh bangun boleh pulak dia peluk aku’

“Abang bangunlah. Kalau tak sayang geletek abang” tiada tanda-tanda Haikal mahu bangun. Anis mula mengeletek Haikal dengan jarinya yang runcing.

“Okay-okay stop. Nakal eh sayang ni” Haikal kembali memeluk Anis. Rindu.

“Dahlah. Abang pergi mandi lepas tu solat. Anis nak pergi masak makan malam”Anis mencium dahi Haikal sebelum keluar dari bilik.

Setengah jam kemudian Haikal melihat Anis yang bertungkus lumus memasak di dapur. Anis kelihatan comel dengan rambut yang disanggul tinggi. Anis masih tidak perasankan Haikal yang sedang memerhatikannnya.

“Khusyuknya sampai abang ada kat pintu dapur ni pun sayang tak sedar” Haikal memeluk Anis dari belakang. ‘Sedap bau makanan.’

“Abang..Anis nak memasak ni”

“Masaklah..abang tak buat apa pun”Haikal mencuri cium pipi Anis.
Sudahnya Anis hanya membiarkan perlakuan Haikal. Nasib makanan lain dah siap masak. Haikal sangat manja. Dan Anis senang untuk memanjakan suaminya.

“Dah boleh makan. Jom”ajak Anis.

Haikal menarik tangan Anis yang baru hendak duduk di kerusi meja makan. Anis terpinga-pinga. Dia bertanya kepada Haikal. Haikal tersenyum menggoda. Anis terpana melihat suaminya. Tak makan juga nanti mereka berdua.

“Abang nak ucapkan terima kasih pada Anis kerana memberi peluang untuk abang. Abang bahagia sangat bila sayang sudi terima abang kembali. Abang minta maaf tentang hal dulu. Abang menyesal sangat lepaskan Anis. Abang sedar bila semuanya terlambat. Abang tak ada kekuatan untuk jumpa Anis. Abang selalu tanyakan Anis pada Husna. Walaupun dia membebel pada abang tapi dia tetap ceritakan pasal Anis. Masa abang ambil keputusan untuk meminang Anis abang ceritakan semuanya pada nenek. Sebab tu nenek bersetuju tanpa persetujuan Anis. Husna pun baru tahu bila abang yang ceritakan pada dia. Pada hari Husna bertanya dan bercerita pada sayang, abang ada di situ. Abang dengar semuanya. Sayang menangis. Sayang cakap mustahil abang cintakan sayang. Abang dah ada Sofea.

“Tapi sayang silap sebab abang hanya bersama Sofea selama dua bulan sahaja. Abang tak dapat lupakan sayang. Abang masih cintakan sayang sampai sekarang” Haikal tunduk mencium tangan Anis.

“Anis pun sayang dan cintakan abang dari dulu sampai sekarang” Anis mengelap air matanya. Ternyata mereka saling merindui antara satu sama lain.

“Dan sekarang kalau boleh Anis tak nak abang ungkit hal lama. Sekarang kita berdua hidup bahagia. Taka da rahsia antara kita. I love you abang.”

“I love you too sayang” mereka kembali berpelukan. Senyuman bahagia terukir di bibir.

‘Alhamdulillah..semoga perkahwinan kami dirahmati Allah. Abang sayang Anis’





TAMAT…



















5 comments:

  1. Singgah blogwalking kat sini...salam perkenalan!




    Nak free vitamin tak?
    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

    ReplyDelete
  2. Bak kata Boboiboy ... Terbaik!!

    ReplyDelete
  3. *HOKIBET
    *BUKATOGEL.COM
    *DAFTAR
    *REFERRAL
    *BUKU MIMPI
    *PREDIKSI

    * Potongan/Discount Bukatogel.com :
    * 2D : 29% = Rp. 70.000
    * 3D : 56% = Rp. 400.000
    * 4D : 65% = Rp. 3.000.000

    * BBM : 7boc7177
    * HP/SMS : +639277025291

    ReplyDelete
  4. Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
    Bonus Deposit Member Baru 100.000
    Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
    Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
    Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
    Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
    Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis

    ERTIGA POKER
    ERTIGA
    POKER ONLINE INDONESIA
    POKER ONLINE TERPERCAYA
    BANDAR POKER
    BANDAR POKER ONLINE
    BANDAR POKER TERBESAR
    SITUS POKER ONLINE
    POKER ONLINE


    ceritahiburandewasa

    MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
    KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
    CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D