SATU
Nia
Dahlia memandang wajah keruh milik Adam Haikal di hadapannya. Makanan yang
sudah sampai tidak sedikit pun dijamah. Matanya terus memerhati Adam yang masih
menundukkan kepalanya. Nia tidak betah dengan situasi begitu. Hilang terus
selera makannya.
“Adam..kenapa
tak makan makanan tu. Tadi cakap lapar”soal Nia.
“Adam
ada masalah ke? Dari tadi Nia tengok Adam macam resah semacam. Kenapa ni”soal Nia
lagi.
“Tak
ada apa-apalah. Adam okay je. Nia makanlah.”balas Adam.
“No..Nia
tahu Adam tak okay. Adam tak pandai nak tipu Nia. Mesti ada benda yang Adam
sedang fikirkan. Bagi tahulah Nia kalau Adam ada masalah.”ujar Nia.
Dia
terkenangkan zaman kanak-kanak mereka. Dia dan Adam berkawan dari sekolah
rendah. Dia suka berkawan dengan Adam kerana Adam menerimanya seadanya. Nia
bukanlah dari keluarga yang senang. Ibunya suri rumah manakala ayahnya cuma
bekerja sebagai pegawai keselamatan. Berbeza dengan keluarga Adam. Ayah Adam
mempunyai sebuah syarikat dan kini diuruskan oleh Adam.
Memang
dia berkawan dengan Adam dari kecil. Adam sememangnya dari dulu seorang yang
tidak pandai bergaya. Skema. Itulah panggilan dari rakan-rakannya yang kepada
Adam. Tetapi Adam tidak tahu perasaan Nia terhadapnya. Nia mengaku dia sukakan
Adam malah dia cintakan Adam bukan kerana Adam seorang yang kaya tetapi kerana
keperibadian Adam yang sangat dia tertarik. Adam sangat baik terhadapnya
meskipun dia tahu Adam tidak mungkin sukakannya.
“Nia..Nia..”Adam
menggerakkan tangannya di hadapan muka Nia.
“Lahh..termenung
pula”ujar Adam.
Nia
tersenyum. Terkantoi dia sedang termenung.
“Adam
nak mintak tolong Nia boleh tak”
“Kalau
Nia boleh bantu insyaAllah Nia akan bantu. Adam nak Nia bantu apa”
“Ermm..sebenarnya..Adam
nak Nia tolong Adam tukar penampilan diri”jawab Adam teragak-agak.
“Kenapa
Adam nak tukar penampilan Adam. Nia suka je kawan dengan Adam kalau Adam tak
tukar penampilan diri. Dari dulu pun macam ni kan”
“Bukan
sebab Nia Adam nak berubah. Sebenarnya hampir dua bulan Adam berkawan dengan
pekerja di syarikat Adam. Adam sukakan dia tapi Adam tak ada keyakinan untuk
bagi tahu kepada dia. Adam sedar diri Adam macam mana. Adam tak pandai bergaya.
Adam nak dia jadi kekasih Adam tapi Adam
takut dia tolak sebab Adam macam ni”Adam berterus terang.
Nia
terkejut. Tidak sangka hati Adam telah dimiliki oleh orang lain. Nia tersenyum
pahit. Dia sudah kalah sebelum bertanding nampaknya.
“Ohhh..siapa
nama perempuan tu Adam”tanya Nia.
“Rasya
Adriana”
“Sedapnya
nama dia. Mesti cantikkan. Adam nak Nia tolong macam. Tukar dari cara pemakaian
Adam?” Nia tersenyum cuba menutup rasa kecewanya.
“Ye..Adam
tak tahu kan pasal fesyen ni. Rambut ni pun kena tukar gaya rasanya”
“Tapikan
Adam kalau Rasya pun sukakan Adam dia kenalah terima diri Adam seadaanya.”
“Adam
tahu tapi Adam nak sediakan payung sebelum hujan.Adam tak nak Rasya tolak
Adam.”
Demi
Adam dia sanggup. Mungkin bukan jodohnya dengan Adam agaknya.
“Baiklah
Nia akan tolong Adam”Nia memberikan senyuman ikhlas kepada Adam meskipun
hatinya terasa sakit.
Adam
tersenyum senang. Tidak sabar rasanya untuk berubah.
DUA
Nia membawa Tasha bersama ketika
hendak pergi berjumpa dengan Adam. Tasha akan bantu Adam untuk mencapai
hasratnya.
Bukannya Nia tidak mahu menolong
Adam memilih apa yang patut tetapi dia tidak mahu terus menyiksa hatinya . Lagipun
dia pun sama je macam Adam. Lebih baik Tasha yang menolongnya.
“Nia pun bukannya pandai sangat
tentang fesyen. Tengoklah pakaian Nia ni..old fashion”
Nia berpura-pura tersenyum.
Tasha melihat kepada sahabatnya. Dia
tahu dengan jelas tentang perasaan Nia terhadap Adam. Selain Adam kepada dialah
Nia mengadu nasib sejak orang tua Nia meninggal dunia akibat kemalangan.
Matanya bertembung dengan sepasang mata milik Nia.
Tasha menggelengkan kepalanya tanda
dia tidak mahu menolong Adam tetapi Nia hanya menunjukkan muka kesian dan
senyuman plastik.
Tasha memilih baju yang sesuai
dengan Adam. Tidak dilihat terlebih dahulu pada harga kerana bukannya dia yang
akan bayar. Adam yang bayar. Dari satu kedai ke satu kedai mereka membawa Adam.
Kedai pakaian, kedai kasut, kedai perfume,kedai cermin mata. Dan yang terakhir
Adam di bawa ke kedai gunting rambut. Gaya rambut diserahkan kepada pekerja
yang pakar.
“Thanks Nia, Tasha sebab tolong
Adam. Adam bersyukur dapat kawan macam Nia dan Tasha”
“Thanks but no thanks. Aku tolong kau
sebab Nia yang beria sangat nak tolong kau tau.”kata Tasha. ‘Kalau tak memang
taklah aku nak tolong kau meskipun kau kawan aku’
Adam tersengih. “Thanks again Nia”
TIGA
Telefon bimbit Nia berbunyi. Nama
Adam tertera di situ.
“Assalamualaikum Nia”suara Adam
kedengaran teruja.
“Waalaikumussalam Adam. Kenapa call
Nia ni”
“Adam ada berita gembira nak
sampaikan pada Nia ni”
“Berita gembira apa ni Adam”
“Adam dah rasmi jadi kekasih Rasya.
I’m so happy Nia”
Nia terdiam sebentar.
“Ohh..tahniah Adam. Adam ada kat
mana ni”tanya Nia.
“Adam ada kat restoran kegemaran
kita. Adam bawa Rasya pergi makan di situ. Date pertama kami” Adam tergelak
dengan kata-katanya sendiri. Nia hanya menahan perasaannya.
“Eh Nia..nanti kita borak lagi lah.
Rasya dah balik ni. Tadi dia ke tandas sebentar”
“Okaylah take care. Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
“Adam ke tu”tanya Tasha.
Nia mengangguk sebagai jawapan
kepada pertanyaan Tasha.
“Dia nak apa”
Nia terdiam. Dia masih sedih dengan
apa yang didengarnya tadi. Dia yakin hubungan dia dan Adam akan renggang.
Buktinya Adam sudah membawa Rasya ke restoran kegemaran mereka. Ditelefon tadi
berbual pun tidak lama.
“Nia..aku tanya ni”soal Tasha.Apabila
sedar Nia sedang termenung dia menggoyangkan lengan Nia.
“Ohh..kau tanya apa tadi”soal Nia dengan muka terpinga-pinga.
“Aku tanya kau Adam call tadi
kenapa.Kau ni kenapa. Ada masalah ke”
Mendengarkan pertanyaan dari
sahabatnya membuatkan Nia mengalirkan air mata. Dia tidak dapat menahan rasa
sedihnya.
“Ya Allah..Nia..kenapa ni? Cuba bagi
tau aku. Janganlah menangis lagi”
Nia memeluk Tasha. Dia mahu meminjam
sedikit kekuatan Nastaha. Setelah tangisannya reda Nia mula menceritakan
tentang Adam dan Rasya.
“Dari dulu lagi aku suruh kau
berterus-terang tentang perasaan kau kepada Adam. Tapi kau degil. Sekarang
tengok apa dah jadi”
“Aku bukan tak nak terus-terang tapi
aku takut. Aku takut Adam tak nak kawan dengan aku lagi. Aku dah kalah Tasha.
Kalah sebelum bertanding. Adam cintakan Rasya. Aku pula cuba seorang perempuan
yang tak lebih dari kawannya.”
“Kumbang bukan seekor. Aku yakin kau
pasti dapat cari orang yang lagi baik dari Adam.”Tasha menepuk lembut bahu
sahabatnya. Simpati dengan keadaan Nia.
EMPAT
Sudah sebulan berlalu. Nia
melihat kepada telefon bimbitnya. Kosong. Tiada panggilan mahupun pesanan dari
Adam. Sibuk sangatkah Adam sehinggakan tidak dapat menghubunginya. Sibuk dengan
kerja ataupun dengan Rasya. Nia rindukan dengan Adam.
“Nia jom teman aku keluar makan nak.
Aku laparlah”ujar Tasha kepada Nia.
Daripada melayan perasaan lebih baik
dia ikut Tasha. Sekurang-kurangnya dia dapat melupakan Adam untuk seketika.
“Okay..tunggu aku siap kejap”
Tasha memandang langkah Nia yang
menuju ke biliknya. Rumah yang dihuni bersama Nia. Dia risau andai satu hari
nanti dia akan berkahwin Nia akan tinggal berseorangan. Sudahlah tiada
saudara-mara. Dan hari ni dia sebenarnya mahu memberikan dua kejutan kepada Nia.
Lima minit kemudian Nia keluar dari
bilik setelah mengenakan pakaian yang lebih menutup aurat. Blouse labuh yang
dikenakan bersama seluar slack hitam dan tudung yang sama warnanya.
Tasha membawa Nia ke sebuah restoran yang agak
jauh dari rumah mereka.
“Dekat mana kau bawa aku ni..mesti
mahal nak makan kat sini. Aku tak bawak duit lebih ni” Nia melihat sekeliling
restoran itu. Nampak mewah. Dia risau dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk
membayar makanan di situ.
“Hari ni aku belanja kau..janganlah
risau. Biar aku pilihkan makanan untuk kau. Aku dah selalu makan kat sini
sebenarnya. So aku tahu apa yang sedap.
Nia dan Tasha makan dengan peunh
berselera.
“Sedapnya Tasha..kalau aku orang
senanglah kan hari-hari aku makan kat sini”ujar Nia sambil tergelak kecil.
“Nak tambah apa-apa lagi tak”Tasha
seronok apabila Nia suka makan di situ. Dia tidak kisah untuk membelanja Nia.
“Cukuplah..kenyang sangat nanti aku
tak boleh jalan nak balik nanti” ucap Nia setelah menghabiskan makanannya.
Tiba-tiba kedengaran suara dari
seseorang yang menyanyikan lagu ulang tahun. Lelaki yang tidak dikenali Nia itu
berjalan ke arahnya dan membawa sebiji kek sambil bernyanyi.
Nia terkejut apabila kek itu
diletakkan dihadapannya. Dia melihat kepada Tasha. Tasha tersenyum. Dia yakin Nia
tidak akan menjangka kejutan daripadanya.
“Selamat Ulang Tahun Nia. Semoga dimurahkan
rezeki”
Lelaki tersenyum manis kepada Nia
sebelum dia duduk disebelah Tasha.
“Kejap-kejap..Tasha ni siapa”
“Hari ni aku bawa kau makan sebab
nak bagi kejutan. Yang pertama sebab nak raikan ulang tahun kau dan yang kedua
aku nak bagi tahu aku akan berkahwin tak lama lagi. Dengan dia ni..Firaz”
“Ya Allah..tahniah Tasha, Firaz.
Nampaknya aku tinggal seoranglah selepas ni”sayu suara Nia.
Tasha terdiam. Firaz hanya
memerhati.
“Tapi takpe kau boleh selalu datang
jenguk aku kan.Okaylah sekarang kita makan kek nilah. Aku tengok macam
sedap”ujar Nia bagi menceriakan suasana.
Nia cuba menutup perasaan sedihnya.
Dia dah jarang berhubung dengan Adam dan sekarang Tasha pula akan berkahwin.
Dia sudah hilang Adam dan dia juga bakal hilang tempat mengadu selepas Adam
sibuk dan tiada masa untuknya.
Tasha pasti senyuman dan gelak
ketawa Nia sekadar menutup perasaannya yang bercelaru. Meskipun dia sudah
berkahwin nanti dia tidak akan meninggalkan Nia berseorangan. Dia akan sentiasa
menjadi satu-satunya sahabat kepada Nia.
LIMA
“Sudahlah
tu Tasha. Tadi kau dah belanja aku makan sekarang ni nak beli hadiah pula.”
Tasha
membawa pula Nia ke Pavilion untun membelikan Nia hadiah. Dia tidak
mengendahkan tolakan daripada Nia. Tangan Nia di heret untuk mencari hadiah
buat sahabatnya.
“Hei..Nia..Tasha
buat apa kat sini.”
Nia
terkaku apabila terserempak dengan Adam di sini. Adam kelihatan segak dengan
baju kemeja yang dilipat ditangannya. Adam tidak seperti Adam yang dulu. Yang
ada kini Adam seorang yang pandai bergaya. Di sisinya berdiri seorang gadis
yang tingginya lebih kurang Nia. Nia pasti itu Rasya.
“Buat
apa? Datang nak beli baranglah.” Ujar Tasha apabila Nia mendiamkan diri.
“Aku
yang bawa Nia datang sini sebab nak cari hadiah untuk dia”
“Hadiah
apa pulak ni”soal Adam.
“Lahhh..kau
tak tahu ke hari ni hari apa.”soal Tasha. ‘Takkan tak tahu birthday sahabat
dari kecil dia.
“Hari
apa..Hari istimewa apa”ujar Adam lagi.
Nia
di sebelah menahan air mata yang ingin jatuh. Adam sudah lupa birthday dia.
Mesti yang menjadi keutamaan Adam sekarang adalah Rasya sehingga birthday Nia
sendiri dia telah lupa. Patutlah Adam tidak menghubungi bagi mengucapkan
selamat buatnya.
“Birthday
Nia”
Adam
terkejut. Dia memandang kepada Nia yang tidak memandang kepadanya. Macam mana
dia lupa birthday Nia. Dulu setiap tahun dia tidak lupa mengucapkan dan
menyambut bersama Nia. Terbit perasaan serba salah dihatinya.
Tasha
perasan mata Nia yang merah.
“Hah
Adam ni ke Rasya tu”soal Tasha.
Adam
terpinga-pinga dengan pertanyaan Tasha. Dia masih memikirkan Nia. Marahkah Nia
terhadapnya.
“Err..betullah
ni Rasya.”
“Ohh..cantiknya
awak, Patutlah Adam busy sekarang. Sampaikan birthday kawan sendiri pun dia
pulak. Sorrylah Nia ni tak bercakap sebab sakit tekak.”
Tasha
memuji kecantikan Rasya dan dalam masa yang sama dia menyindir Adam. Rasya
tersenyum mendengar pujikan daripada Tasha.
“Kita
orang pergi dululah. Nak cari hadiah”
Tasha
menarik tangan Nia beredar dari situ setelah mengucapkan selamat tinggal kepada
Adam dan Rasya. Nia tidak sedikit pun melihat kepada Adam.
ENAM
“Nia..ada
orang nak jumpa kat luar”
“Siapa
pula nak jumpa aku ni”
“Adam”
nama itu membuatkan Nia terkaku di tempat duduknya.
“Weyh..pergilah
cepat dia nak jumpa kau tu”teguran Tasha mengembalikan Nia kealam realiti.
Nia
mencapai tudung sebelum berjalan keluar rumah. Adam sedang bersandar di
keretanya semasa Nia berjalan ke arahnya.
“Assalamualaikum
Adam”
“Waalaikumussalam”
Adam melihat wajah Nia yang manis bertudung.
“Adam
buat apa kat sini” Nia masih terkejut melihat Adam ada di depannya. Kenapa tiba-tiba
dia datang sini.
“Adam
call Nia banyak kali kenapa tak angkat” Nia terdiam.
“Nia
marahkan Adam ke” ujar Adam apabila Nia senyap.
“Tak
adalah. Nia tak marahkan Adam pun. Nia tak angkat call sebab handphone Nia ada
dalam bilik. Nia ada kat luar tengok tv.”panjang penerangan Nia.
“Adam
nak bagi ni pada Nia”
Adam
menyerah sebuah beg kertas kepada. Di dalamnya terdapat sebuah kotak jam. Nia
terpegun melihat jam tangan tersebut. Cantik.
“Untuk
apa ni”
“Adam
bagi sebagai hadiah ulang tahun Nia”
“Nia
tak boleh terima hadiah ni. Mahal sangat. Nia tak layak. Adam bagilah pada
Rasya. Dia lagi berhak.”
“Tapi
Adam beli hadiah ni untuk Nia”
“Selepas
ni tolong jangan beri apa-apa pada Nia.”.
“Tetapi
kenapa pulak” Adam kelihatan tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh Nia.
“Nia
rasa Nia dah tak penting lagi buat Adam. Adam dah dapat Rasya. Rasya yang
menjadi keutamaan bagi Adam sekarang ni. Hadiah ni..kalau bukan kerana Tasha
yang bagi tahu tentang ulang tahun Nia..Adam pasti tak akan belikan untuk Nia.
“Tolong
jangan seksa hati Nia lagi. Nia rela Adam dengan Rasya kalau itu dapat
membahagiakan Adam. Air mata diseka.
“Maksud
Nia apa?”
Nia tidak menjawab. Dia menyerahkan
semula beg kertas itu.
“Adam tanya maksud Nia apa tadi”soal
Adam ketika Nia berpaling mahu masuk ke dalam rumah.
Lengan
Nia ditarik kasar apabila Nia tidak mengendahkan pertanyaannya.
“Adam
tanya ni..apa maksud Nia. Boleh tak Nia jangan rahsiakan apa-apa daripada Adam.
Kita kawan dah lama perlu ke nak rahsia lagi”ujar Adam.
“Ok
fine. Nia akan berterus-terang. Nia cintakan Adam. Nia sayangkan Adam..Dari
dulu lagi. Tapi Nia tak sempat nak luahkan perasaan Nia pada Adam sebab Adam
terlebih dahulu sukakan orang lain. Sekarang puas hati Adam bila dah dengar apa
yang Nia cakapkan”marah Nia.
“Tapi
kita kan kawan..macam mana Nia..”soal Adam teragak-agak. Kenapa dia tidak
menyedari tentang perasaan Nia terhadapnya.
“Nia
sendiri tak tahu bila Nia jatuh cinta pada Adam. Nia takut nak berterus-terang
pada Adam. Nia takut Adam bencikan Nia. Tapi sekarang ni Nia sedar diri. Pipit
dengan enggang mana boleh terbang bersama.”
“Adam
baliklah..Nia minta maaf kalau kata-kata Nia mengganggu Adam. Tolong lupakan
apa yang Nia katakan. Nia gembira kalau Adam gembira. Nia harap apa yang Nia
cakapkan tadi tak membuatkan Adam jauh dari Nia walaupun hakikat sebenarnya
Adam memang dah jauh dari Nia ”
“Nia..Adam
nak minta maaf. Adam tak boleh terima. Tapi walau macam mana pun kita masih
kawan kan. Adam janji Adam akan selalu ada untuk Nia”
Nia
tersenyum sinis.
“Nope..Adam
jangan janji kalau tak boleh tepati. Dalam masa sebulan ni ada Adam hubungi Nia. Tanya khabar Nia..sihat ke
tidak. Tak kan. Adam semenjak ada Rasya Adam dah berubah. Birthday Nia pun Adam
boleh lupa apa lagi kalau kita dah tak berhubung nanti. Adam mungkin akan lupa
terus siapa Nia.”
“Kenapa
Nia tak telefon Adam.”
“Nia
tak nak ganggu kegembiraan Adam dengan Rasya.”
Adam
terkelu. Tidak sangka hampir dua minggu dia tidak menghubungi Nia. Nia juga
tidak hubunginya disebabkan tak nak mengganggu kegembiraan dia bersama Rasya.
Serba-salah dibuatnya. Nia masih memikirnya.
“Tapi
satu yang Nia nak Adam tahu Nia cintakan
Adam sebab diri Adam yang dulu. Bukan Adam yang sekarang yang handsome, pandai
bergaya. Nia cintakan Adam yang skema, baik walaupun tak pandai bergaya. Dan andai kata Adam ada
masalah Nia akan sentiasa ada kalau untuk
Adam.”
Adam
terdiam . Pengakuan Nia membuatkan fikirannya terganggu.
“
Dah lewat ni. Adam baliklah..Nia pun nak masuk..esok kerja kan. Assalamualaikum.”
Nia
melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Adam yang masih berdiri dan membisu
dari tadi di luar rumahnya.
Adam
tidak mampu menahan Nia pergi. Dia meninggalkan perkarangan rumah Nia selepas
itu.
TUJUH
“Apa
yang cuba Nia nak sampaikan sebenarnya kepada Adam” soal Adam. Dia merenung tajam
gadis yang duduk dihadapannya.
Dua
minggu selepas kejadian di rumah Adam itu..Nia menghubunginya kerana mahu
berjumpa dengan Adam. Dia mahu memberitahu sesuatu yang hanya dia dan Tasha
ketahui.
“Please
Adam. Dengar dulu apa yang Nia nak sampaikan”
“Okay..teruskan”Adam
mengalah.
“Nia..Nia
nampak Rasya dengan seorang lelaki semasa Nia keluar pergi KLCC. Dia orang
mesra sangat.”ujar Nia teragak-agak.
“So..what
do you mean? Apa yang Nia nak dengar daripada Adam”
Jawapan
Adam membuatkan Nia terdiam membisu.
“Kenapa
diam..bila Nia cakap macam ni Nia ingat Adam akan percaya cakap Nia”balas Adam.
“Adam
tak percaya pada Nia”
“Adam
tak percaya langsung apa yang Nia katakan. Adam dah agak dah. Disebabkan Nia
cintakan Adam dan Adam tak boleh nak terima Nia, Nia cuba nak rosakkan hubungan
Adam dengan Rasya kan.” Adam tersenyum sinis ke arah Nia.
“Adam
lebih percaya pada kekasih Adam sendiri. Adam lebih percaya pada Rasya. Adam
tak ada sedikit pun rasa curiga pada Rasya
sepanjang kami berhubungan. Rasya pernah beritahu Adam bahawa Nia dan
Tasha seperti merancang untuk memisahkan kami berdua. Dan satu yang Adam nak
Nia tahu kami tak akan terpisah. Kami dah berjanji untuk berkahwin.
Nia
menunduk memandang jari jemarinya di bawah meja. Sunggu kecewa apabila Adam dan
Rasya sudah berjanji untuk berkahwin. Tapi Rasya adakah benar dia cintakan Adam
ataupun sekadar ingin memainkan perasaan Adam.
“Tapi
Nia…”
“Tapi
apa hah?”Adam menempik dengan suara tinggi.
Nia
terkejut. Buat pertama kalinya Adam meninggikan suara kepadanya.
“Stop.
Adam tak sangka begini rupanya sikap sebenar Nia. Nia cuba rosakkan hubungan
kawan baik sendiri. Kalau beginilah sikap Nia..Adam tak mahu berkawan dengan
Nia lagi. Sebagai seorang sahabat sepatutnya dia mendoakan kebahagiaan kawannya
tapi Nia..cuba rosakkan hubungan adalah”
Nia
tidap dapat tahan lagi perasaannya. Dia menangis di situ. Tuduhan Adam benar
membuatkan dia kecewa dan sedih.
“Kenapa
perlu menangis..nak tagih simpati daripada Adam”marah Adam lagi.
“Nia
bukan cuba nak rosakkan hubungan Adam dengan Rasya. Nia cuba beritahu sahaja.
Nia buat semuanya sebab tak nak Adam sedih dan sakit hati. Kenapa Adam tak
percaya pada Nia”
“Ini
bukan sayang namanya. Tapi ini disebabkan sikap pentingkan diri sendiri yang
membuatkan Nia begini. Adam harap sangat kita tak berhubung lagi selepas ini.
Kalau Nia dah berubah dari sikap Nia yang sekarang ni kita mungkin akan jumpa
lagi. Lagi satu Nia tu siapa untuk Adam percaya cakap Nia”ucap Adam tanpa
memandang kepada Nia. Nia terkedu. Sampainya hati Adam.
“Kalau
macam tu yang Adam nak..Nia akan jauhkan diri daripada Adam. Nia tak akan
hubungi Adam lagi. Nia minta maaf sangat-sangat. Terima kasih atas layanan Adam
kepada Nia selama kita berkawan. Nia doakan kebahagiaan Adam dengan Rasya. Nia
minta diri dulu. Assalamualaikum.”
Nia
cepat-cepat bangun tanpa mendengar kata-kata dari Adam. Selangkah Nia berpaling
air matanya mengalir dengan laju. Pandangan orang sekeliling tidak dipedulikan.
Malam itu Nia menangis sepuas-puasnya. Adam sudah tidak mahu berjumpa
dengannya.
Adam
terkedu. Dia sama sekali tidak menyangka dia akan berkata begitu. Tak mungkin
dia tidak berjumpa dengan Nia. Ni sahabatnya dari kecil. Menyesal pun tak guna
kerana Nia sudah pergi dari situ. Dia nampak dengan jelas Nia sedang menangis.
Adam keliru. Di satu sisi ada Nia sahabatnya dari kecil. Di satu sisi lagi
Rasya kekasih yang dia sayangi.
LAPAN
“Bila
you nak kahwin dengan dia”soal si jejaka yang sedang memeluk erat pinggang si
gadis.
“You
sabarlah sikit..nanti bila I dah kahwin dengan dia kita mesti jadi kaya. Nak
kaya kena lah tunggu. Rasya mengusap pipi lelaki terseebut.
“Tapi
I tak sukalah dia tu. Dah elok-elok skema, hodoh pergi tukar penampilan diri
dia tu kenapa.”
“You
cemburu ke dia dah bertukar jadi handsome”soal Rasya.
“Mestilah
I cemburu. I takut you jatuh cinta pada dia pulak”
Rasya
ketawa senang. Dia suka melihat Zakri cemburu apabila dia bercerita tentang
Adam kepadanya. Sengaja ditamba-tambah cerita untuk membuatkan Zakri cemburu.
“Tapi
kan I risau rancangan kita musnah disebabkan kawan-kawan Adam tu. Mereka pernah
ternampak you dengan I”
“Habis
tu nak buat macam mana. Dia orang ada bagi tahu apa-apa pada lelaki bodoh tu
ke”
“I
tak tahu. Tapi I dah cakap dengan Adam mereka berdua tu rancang nak pisahkan I
dengan Adam. Adam percaya masa tu. Dan I harap Adam akan sentiasa percaya pada
I supaya rancangan kita berjaya”
Mereka berdua saling tersenyum.
Tanpa disedari perbualan mereka didengari oleh seseorang.
SEMBILAN
Nia
berundur sedikit sebelum berpusing ke belakang. Tanpa disedari terdapat seorang
gadis yang berdiri beberapa tapak dibelakang. Mereka berdua berlaga antar satu
sama lain.
“Ya
Allah, saya tak sengaja”Nia pantas mengucapkan kata maaf.
“Eh
takpe”kata gadis tersebut. Dia tunduk mengutip barang yang jatuh. Nia menolong
gadis tersebut.
“Terima..”Nia
dan gadis itu berpandangan.
“Kak
Nia…”
“Aina..”
Nia
membalas senyuman Aina. Mereka berpelukan. Tidak menyangka akan bertemu di
situ.
“Ya
Allah..akak..lamanya Aina tak jumpa dengan akak. Kenapa akak dah lama tak
datang rumah. Kita orang rindukan akak. Mama dengan papa selalu tanyakan akak
pada abang Adam. Tapi abang senyap je”
Aina
membawa Nia ke arah tempat duduk yang berdekatan.
Nia
tersenyum kelat. Dia juga merindui keluarga Adam tetapi semenjak Adam bersama
dengan Rasya masa mereka untuk bersama sangat terbatas. Dia juga sudah lama
tidak menjenguk Aunty Ijah dan Uncle Zainal.
“Akak
gaduh dengan abang Adam ke. Kenapa akak senyap je ni. Abang Adam pun sama bila
kita orang sebut pasal akak mesti dia senyap”
“Tak
adalah. Kita orang kan dah kawan dari kecil. Mesti dia bosan jumpa akak selalu.
Lagipun dia kan dah ada Rasya. Sebab tu akak dah jarang jumpa dengan abang
Adam.”
“Erm
yelah..Aina percayalah sangat kata akak tu. Akak tu bukan pandai menipu pun.”
Ye..betul.
Nia memang sukar untuk menipu. Aina memang tahu dia menipu ataupun tidak. Tapi
kenapa Adam tak pernah nampak keikhlasannya malah dituduh cuba merosakkan
hubungannya dengan Rasya.
“Rasya
tu..bukannya Aina suka dengan dia. Lebih baik abang Adam pilih akak kan”ujar
Aina berterus terang.
“Kenapa
Aina tak suka dengan Rasya.”
Aina
mengeluh. “Aina tak suka dengan dia. Awal-awal masa abang kenalkan pada kami
semua Aina rasa okay je dengan Rasya. Tapi selepas tu dah berapa kali jugak
Aina nampak Rasya dengan seorang lelaki bermesra depan orang ramai. Dan minggu
lepas Aina curi dengar perbualan mereka. Rasya nak kahwin dengan abang sebab
abang kaya bukannya sebab cintakan abang.”
“Aina
ada bagi tahu Adam tak”
“Aina
pernah tanya abang Adam betul ke Rasya cintakan dia tapi abang Adam marah.
Abang Adam pertahankan kata Rasya cintakan dia. Aina dah malas nak ambil tahu.
Mama dengan papa pun Aina tak bagi tau.”terang Aina.
Nia
menunduk. Adam terlalu percayakan Rasya. Sedangkan Aina bertanya begitu saja
Adam sudah marah apatah lagi dia memberitahu bahawa Rasya mempunyai hubungan
dengan lelaki lain. Sudah pasti Adam membencikannya.
Teringat
semasa dia terserempak dengan Adam di restoran kegemaran mereka. Adam
menghadiahkan jelingan tajam kepadanya. Adam berpura-pura tidak mengenali Nia.
Manakala Rasya tersenyum sinis.
“Akak
okay? Akak ada sesuatu yang nak bagitahu Aina ke”tegur Aina.
Nia
menceritakan apa yang terjadi kepadanya dan Adam. Dia juga berterus terang
tentang perasaannya. Aina terkejut. Tidak sangka abangnya menjadi seorang yang
bodoh kerana terlalu menyayangi Rasya. Adam ternyata sudah berubah dari Adam
yang dulu. Tentang perasaan Nia dia tidak terkejut kerana dia memang sudah agak
perasaan Nia terhadap abangnya.
“Akak
menyesal Aina. Kalau akak tak terus-terang tentang perasaan akak dan apa yang
akak nampak pasal Rasya hari tentu hubungan akak dengan Adam baik-baik saja.
Dialah satu-satunya sahabat akak dari kecil sampai sekarang. Sahabat yang akak
sangat cintai” Nia menangis lagi buat kesekian sekalinya. Dia tersedu-sedu di
hadapan Aina.
Aina
memeluk Nia sambil menyuruhnya bersabar. Dia simpati dengan keadaan Nia.
Kenapalah abangnya bolehbuat begini terhadap Nia.
“Aina
janji dengan akak..Aina tak akan bagitahu Adam tentang perkara ni. Walaupun
selepas akak pergi”ujar Nia.
Aina
terkedu. Dia menghela nafas berat. Wajah Nia yang basah dengan air mata
ditatapnya.
“Akak
nak pergi mana”
“Akak
nak pindah. Tenangkan diri.”
“Perlu
ke akak bawa diri..akak nak pergi mana. Dengan siapa akak nak pergi. Berapa
lama akak nak pergi. Akak dah tak ada siapa kat dunia ni kan. Kalau terjadi
apa-apa pada akak macam mana”bertalu-talu soalan Aina kepada Nia.
Dia
tersenyum memandang Aina. Dia tahu Aina seorang adik yang sangat mengambil
berat akan dirinya.
“Akak
nak balik kampung Tasha. Tinggal dengan nenek Tasha kat sana. Lagipun Nek Som
tinggal seorang je kat sana. Bukan jauh pun. Akak nak cari kerja kat sana.”
“Aina
teman akan boleh”
“Kenapa
pulak..akak pandailah jaga diri akak ni. Lagipun Aina kan kerja mana boleh cuti
lama-lama”
“Alah
kak..Aina tahulah akak pandai jaga diri. Tapi Aina nak ikut akak tenangkan diri
jugak. Aina nak bercuti. Pasal kerja tu nanti Aina tanyalah papa. Tak lama pun
Aina ikut akak. Sebulan je. Boleh lah kak. Kalau Kak Tasha tau mesti dia pun
benarkan tau”rayu Aina.
Aina
tahu di Perlis terdapat banyak tempat yang menarik. Di samping dia temankan Nia
di sana dia mahu mengajak Nia pergi berjalan-jalan. Mungkin dengan itu Nia
dapat melupakan masalahnya.
“Yelah-yelah
apa pun Aina mesti minta kebenaran mama dengan papa terlebih dahulu” Nia
mengingatkan Aina.
Aina
teruja. Tak sabar mahu menghabiskan masanya di sana nanti bersama dengan Nia.
‘Abang Adam tu biarlah..aku tak
nak ambil tahu.’
SEPULUH
“Nia..”
Tasha
menegur Nia yang duduk termenung di dalam bilik.
“Hah..ada
apa”
“Kau
ni sudah-sudahlah tu fikirkan Adam. Adam pun tak fikirkan kau. Jangan semakkan
otak dengan fikirkan pasal lelaki tu lagi”
“Aku
sayangkan Adam”rintih Nia.
“Kau
kena kuat Nia hadapi semua masalah ini. Keputusan kau nak pindah dari KL ni kau
yang ambil kan. Kalau kau nak lupakan Adam mungkin dengan cara ini saja. Rumah
ni aku akan jaga. Kalau kau rasa nak balik sini lagi aku tak kisah. Aku akan
teman kau kat sini”
“Barang-barang
kau ada lagi tak yang nak kemas. Biar aku tolong nanti tak sempat pulak. Esok
kita nak gerak dah. Aina tahu kita nak gerak pukul berapa.”
“Dah..semangat
betul dia waktu aku call dia tadi”
“Aina..Aina..dia
memang kalau nak bercuti memang semangat” tergeleng-geleng kepala Tasha.
“Aku
ada beli makanan kat kau. Aku letak atas meja. Jangan tak makan. Nanti aku
sebat kau. Aku nak mandi dulu..”
Nia tersenyum. Tasha dengan Aina.
Dua orang yang sentiasa menemaninya. Tiada lagi Adam. Tasha dan Aina berusaha
untuk menggembirakannya. Dia sangat bersyukur dikurniakan sahabat seperti Tasha
dan Aina seperti yang dianggap sebagai adiknya.
Esok akan bermula hidup barunya
di Perlis. Pemergiannya ke sana tidak dikhabarkan kepada Adam. Rasanya tidak
perlu dia memberitahu Adam kerana Adam sudah tidak mempedulikannya lagi. Dia
akan rindukan Adam.
SEBELAS
6 BULAN KEMUDIAN
Perbualan
Nia ditelefon bersama dengan Tasha terhenti apabila Nek Som memanggilnya di
luar rumah. Nia bergegas. Takut terjadi apa-apa pada nenek angkatnya.
“Ye
nek..ada apa..nenek sakit ke”soal Nia. Wajah tua Nek Som dipandang kasih. Dia
tidak pernah merasai kasih sayang dengan nenek sendiri. Dengan kesempatan yang
ada dia sudah menganggap Nek Som sebagai neneknya sendiri.
Nek
Som tersenyum kepada Nia. Cucu angkatnya begitu risau jika dia jatuh. Sudah
lima bulan mereka tinggal bersama. Dia sudah kenal dengan sikap Nia.
“Nenek
tak sakit. Nia buat apa di dalam. Nenek bosan sorang-sorang kat luar ni”
Nia
ketawa. “Tadi Nia habis masak Nia telefon Tasha. Dah lama tak berborak dengan
dia. Bila nenek panggil terus Nia keluar”.
“Nenek
sudah-sudahlah tu menanam. Dari tadi nenek kat luar berpeluh-peluh dah ni
jomlah masuk dalam. Nenek mandi dulu, solat lepas tu kita makan eh”tubuh kurus
Nek Som dipimpim masuk ke dalam.
Mujurlah
hari sabtu dan ahad dia cuti. Dapat luangkan lebih masa bersama nenek
angkatnya. Sementara menunggu Nek Som, Nia mengemas ruang tamu dan menyapu
halaman rumah.
“Nia,
jom kita makan. Nenek dah lapar ni”ajak Nek Som.
“Banyaknya
Nia masak. Siapa nak makan semua ni”
Di
atas meja terdapat ayam masak lemak cili padi, telur masak kicap, ulam-ulam
yang segar, tempe goring dan pudding roti.
“Kitalah
nak makan. Tak habis boleh simpan untuk malam ke.”
“Puding
roti ni bila pulak Nia buatnya.”
“Tadilah
nek. Bukannya lama nak masak ni semua. Puding ni Nia kukus je. Sementara nak
tunggu masak Nia masaklah ayam dengan telur. Ulam ni Nia petik je nek”
“Untung
nenek Nia ada kat sini. Boleh makan sedap-sedap”puji Nek Som. Nia kalau berada
di rumah ada sahaja yang akan dimasaknya.
“Mana ada sedap nek. Biasa je.
Nenek masak lagi sedap.” Nia membalas senyuman Nek Som.
DUA BELAS
Tasha yang baru pulang dari kerja pelik
melihat Adam yang berdiri diluar pagar rumahnya. Wajah lelaki itu berserabut
dan nampak lemah. Adam menyandarkan badannyake kereta sementara menunggu Tasha
pulang.
“Kau
buat apa datang sini. Pergi baliklah.”kata Tasha kasar. Menyesal pula dia pulang
ke rumah sewanya. Disebabkan dia ingin mengambil barang yang tertinggal memang
dia tidak akan pulang ke situ semenjak Nia berpindah ke Perlis.
“Aku
nak jumpa Nia. Dia ada tak.”
“Kau
nampak kereta dia ada tak sekarang ni..tak ada kan. Tu maknanya dia tak ada kat
sini”
“Habis
tu mana dia. Aku telefon dia nombor dia dah tak aktif”
“Dia
dah tukar nombor. Sekarang ni dia tak balik kerja lagilah.”tipu Tasha. Yang
penting Adam tak tahu dimana Nia ada.
“Kau
tipu aku. Aku dah pergi cari dia kat tempat kerja dia. Kawan-kawan dia cakap
Nia dah letak jawatan. Mana Nia”marah Adam. Dia tidak dapat menahan kemarahan
apabila ditipu oleh Tasha.
“Yang
kau datang sini nak marah-marah aku kenapa. Kau nak tahu Nia ada kat mana kau
carilah sendiri. Aku tak tahu. Yang aku tahu dia dah pindah”balas Tasha dalam
keadaan marah juga.
“Tasha
please. Tolong bagitahu aku dia kat mana. Aku nak jumpa dia Tasha”ujar Adam
lemah.
“Buat
apa kau cari dia lagi. Kau juga yang tak nak jumpa dengan dia lagi. Buat apa
kau cari dia lagi Adam.”
“Aku
nak mintak maaf pada Nia. Aku bersalah pada dia.”
“Sudahlah.
Kau baliklah Adam. Aku tak akan bagitahu kau. Aku dah janji dengan Nia. Dah
malam ni. Lebik baik kau balik. Tak elok orang tengok ada lelaki datang rumah
aku”tegas Tasha.
“Try to find yourself. I’m not
interested to talk about this anymore. After what you did to Nia, do you think
I will help you to tell where is Nia? I don’t think so. Please go home and
don’t you ever come here again until Nia accept your apologizes .
TIGA BELAS
“Aina..Aina..Aina…”jerit
Adam memanggil nama adiknya.
Aina
yang sedang duduk di ruang tamu melihat abangnya seperti tidak tentu arah.
“Apahal
ni terjerit-jerit panggil nama orang. Bising tau tak.”dia menjeling tajam ke
arah Adam.
Mujurlah
mama dan papa ke rumah mak long. Kalau tidak mama mesti membebel sebab dia
membalas kasar panggilan abangnya.
“Aina
tau kan kat mana Nia berada”tanya Adam berterus terang.
“Tak
tahu”balas Aina.
“Please
tell me Aina..you know where she is right”
“Why
you want to find her.”
“Abang
tahu abang buat salah dengan Nia. Abang nak minta maaf dengan Nia”
“Apa
perasaan abang terhadap kak Nia”
“Abang
sayang Nia.” Aina tersenyum sinis.
“Selepas
abang dah tahu perangai sebenar Rasya baru abang cakap abang sayang kak Nia.
Abang sedar tak apa yang apa buat pada kak Nia dulu. Abang tak pedulikan kak
Nia lepas Rasya jadi kekasih abang. Abang percaya sangat cakap Rasya tu.
Kononnya Rasya cintakan abang. Tapi sebenarnya Rasya cuma cintakan duit abang.
Abang tuduh kak Nia sedangkan kak Nia cuba bagi tahu yang sebenarnya.”
“Sekarang
ni Aina tau abang dah menyesal tapi untuk bagi tahu kat mana kak Nia berada
Aina tak boleh.”
Langkah
Aina terhenti apabila Adam menarik tangannya. Merayu Aina memberitahunya. Aina
simpati dengan Adam. Berserabut, rambut yang tak terurus, muka kusam.
Aina
mengeluh. “Kalau abang nak jumpa kak Nia tolong ubah penampilan abang yang dah
macam orang hilang isiteri. Kak Nia ada di perlis. Tempatnya abang cari
sendiri. Setakat tu sahaja Aina boleh tolong”
“Terima
kasih Aina. Tu pun dah cukup” Adam tersenyum. Dia akan berusaha mencari orang
yang dah mencuri hatinya.
Rasya…dia
sudah memutuskan hubungannya dengan wanita tersebut. Seminggu selepas dia
terserempak dengan Nia di restoran kegemaran mereka. Rasya ditangkap berdua-duaan
dengan Zakri. Rasya juga telah mengaku semuanya apabila Zakri telah
memberitahunya perkara sebenar ketika dia cuba menyalahkan Zakri atas kejadian
yang berlaku kepada Rasya kerana dia masih mempercayai Rasya ketika itu.
Betapa bodohnya dia tidak
mendengar kata Nia. Malah dia juga telah menuduh sahabatnya. Dia yakin Nia
pasti marah dengannya. Dia akan berusaha supaya Nia memaafkan dirinya.
EMPAT BELAS
Selesai
solat Nia merapikan diri. Tudung disarung semula kerana dia tidak pasti tetamu
yang akan hadir adalah lelaki mahupun perempuan. Kata Nek Som mereka datang
ingin tinggal sementara di sini. Nia membantu Nek Som menyediakan makan malam.
“Tetamu
nenek tak sampai lagi”tanya Nia.
“Belum
lagi..katanya…”
Suara
orang memberi salam menghentikan percakapan Nek Som.
“Eh..tak
kan dah sampai. Tadi kata lagi dua puluh minit”
“Tak
apalah nek. Nenek pergi sambut tetamu nenek dahulu. Biar Nia siapkan semuanya.
Lagi sikit je ni”
Nia
menyediakan air minuman untuk tetamu tersebut. Dia mendengar suara perempuan
yang bercakap dengan Nek Som. Tidak pasti berapa cawan yang perlu di bawa. Tak
cukup nanti ambil sahaja lah. Dia melangkah ke ruang tamu. Dulang yang
diletakkan cawan dibawa dengan berhati-hati.
Tiba
sahaja dia ruang tamu dulang ditangan terlepas dari tangan. Bunyi lantunan kaca
pecah mengejutkan semua yang beradi di dalam rumah.
Nia
terkejut. Adam..macam mana dia boleh datang ke sini. Kaki Nia terpaku di situ.
“Ya
Allah Nia..kenapa boleh sampai jatuh ni”ujar Nek Som. Dia melangkah kepada Nia.
Nia
menunduk. Tidak sanggup melihat ke hadapan. Kini semua yang berada di situ
memerhatikannya.
“Ma..maaf..maafkan
Nia. Nia tak sengaja”Nia tunduk mengutip cawan yang sudah pecah.
“Ouchh..”disebabkan
rasa gementar dan kekok tangan Nia telah terhiris dengan serpihan kaca.
“Kak
Nia okay tak ni”
“Nia
pergi bangun biar nenek buat benda ni”
Adam
bangun bergerak kepada Nia. Dia ingin melihat luka di jari Nia. Nia yang
perasankan arah tuju Adam pantas berlari ke dapur. Adam tergamam. Aina mengikut
langkah Nia ke dapur.
“Akak”Aina
menyentuh bahu Nia. Kelihatan Nia yang sedang menangis.
“Akak..Aina
minta maaf. Aina tak tahu abang Adam nak bawa Aina datang sini. Okay Aina
mengaku Aina bagitahu abang akak ada di perlis tapi Aina tak bagitahu akak ada
di sini. Abang Adam yang cari akak sendiri.
Nia
membisu. Dia tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Aina. Dia masih lagi
terkejut. Tidak sama sekali dia berfikir bahawa Adam akan datang berjumpa
dengannya pada hari ini. Nia mencuci luka di jarinya sebelum meletakkan ubat.
“Nia
dah sudah..jomlah kita makan dulu”pelawa Nek Som kepada Aina dan Adam.
Aina
dan Adam menuju ke meja makan. Makanan semua telah tersedia. Nia pantas
mengambil tempat di hadapan Aina. Tidak sanggup rasanya mahu duduk di hadapan
Adam. Aina tersenyum melihat tingkah Nia. Mereka semua makan dengan berselera.
Pada
malam itu masing-masing duduk di ruang tamu sambil berborak. Adam tidak lepas
memandang Nia dari tadi. Nia tidak
mengeluarkan sepatah kata semasa mereka semua berbual. Dia lebih mendiamkan
diri dan mendengar apa yang dikatakan.
“Kenapa
akak senyap je dari tadi”soal Aina.
Nia
hanya menggelengkan kepalanya. Aina pasti Nia mendiamkan diri disebabkan
abangnya. Pasti Nia berfikir bahawa Aina sengaja memberitahu keberadaan Nia.
‘Abang
Adam lah punya pasal ni. Paksa aku datang sini’
“Nia..dari
tadi nenek tengok Nia senyap je dari tadi. Nia ada masalah ke. Kenapa tak
berborak dengan Adam ni. Diakan kawan Nia dan Tasha.”tegur Nek Som.
Nia
membisu lagi. Dia hanya melemparkan senyuman kepada Nek Som. Kebisuan Nia
membuatkan Ada tidak senang apa lagi Nia tidak langsung memandang kepadanya.
Masih marah ke Nia kepadanya. Dia terus-menerus memandang kepada Nia. Dia
rindukan gadis tu.
“Nek..Nia
mengantuk. Nia masuk tidur dulu boleh tak”tanya Nia. Dia bukannya mengantuk
sangat pun. Dia cuma mahu menghindarkan diri dari Adam.
Selepas
mendapat keizinan dari Nek Som, Nia berlalu ke biliknya.
“Akak
tidur dulu”ujar Nia kepada Aina. Adam langsung tidak ditegurnya.
LIMA BELAS
Selesai
menjemur pakaian di ampaian Nia bergerak ke pangkin kayu di halaman rumah. Dia
ingin mengambil udara terlebih dahulu di situ. Kedudukannya yang membelakangkan
rumah membuatkan dia tidak sedar Adam melangkah kepadanya.
“Nia”sapaan
dari belakang membuatkan Nia terkaku. Dia bangun ingin berdar dari situ.
“Nia
please. Adam nak cakap dengan Nia.”mohon Adam.
“Nak
cakap apa lagi. Semuanya dah jelas malam tu. Adam yang tak nak jumpa dengan
Nia. Sekarang ni buat apa cari Nia lagi. Nia bukan siapa-siapa pada Adam. Baliklah
Adam. Please go.” Tegas Nia.
“Adam
nak minta maaf dengan Nia. Adam tahu Adam banyak buat salah dengan Nia. Adam
betul-betul menyesal. Adam tak percaya cakap Nia.”
Nia
terdiam mendengar permohonan maaf Adam.
“Tolong
bagi Adam peluang memperbaiki kesalahan Adam. Adam tahu Nia masih cintakan Adam
kan. Tolong bagi Adam peluang untuk terima Adam dalam hidup Nia. Adam sayangkan
Nia.”
“Bagi
Adam peluang untuk cintakan orang yang cintakan Adam tanpa mengira paras rupa
Adam. Adam nak bersama dengan orang yang cintakan Adam”
“Mana
Rasya. Adam kata dulu Adam dah berjanji dengan dia nak berkawin. Sekarang ni apa
pula.”
“Adam
dah lama berpisah dengan Rasya. Adam diamkan diri selepas berpisah dari Rasya.
Adam fikirkan Nia. Adam tak tahu Nia dah pindah ke sini. Adam telefon Nia tapi
nombor Nia dah tak aktif . Pergi tempat kerja Nia mereka kata Nia dah letak
jawatan” terang Adam lagi.
“Tasha
pun tak nak bagitahu Nia ada di mana. Adam paksa Aina bagitahu Nia di mana tapi
dia cuma bagitahu Nia ada di Perlis. Bila Adam fikir balik Nia tiada
saudara-mara di sini Adam teringat nenek Tasha. Kita pernah datang bercuti di sini
dengan Tasha. Adam yakin Nia ada di sini”
“Dah
cukup Adam bercakap. Tak penat cakap tanpa henti. Okaylah. Nia nak masuk dulu”
“Nia…”
Nia
tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh Adam. Dia sengaja tidak mengendahkan
panggilan Adam.
‘Ya
Allah..apa lagi aku nak buat. Sudah tertutup ke pintu hati Nia kepadanya’
ENAM BELAS
“Aduhhh..perlahan-lahanlah
sikit letak ubat tu..pedih tahu tak”
“Bisinglah
abang ni..buatlah sendiri. Kira baik orang nak letakkan ubat. Hishh..suruh lah
orang lain buatkan.”
Aina
meninggalkan Adam berseorangan di ruang tamu. Dia segera keluar dari rumah
untuk menolong Nek Som mengopek buah kepala. Gara-gara dia tidak berhati-hati
tadi tapak tangannya luka. Namapak gaya macam teruk. Dia juga tidak tahu kenapa
boleh jadi macam tu. Berangan agaknya.Balutan yang separuh siap tu dilihat. Apa
nak ubat. Tangan kirinya terkial-kial hendak membalut tapak tangan sebelah
tangan.
Nia
memerhatikan Adam dari belakang. Dia rindukan Adam. Dia juga telah memaafkan
Adam tetapi hendak berbual dengan Adam dia biasa kekok.
Adam
mengalah. Dari tadi dia tidak dapat membalut tangannya. Adiknya tu bukannya nak
tolong. Dia menyandar ke sofa sambil menutup mata. Mahu menghilangkan rasa
penat. Tangannya yang disentuh seseorang membuatkan Adam membuka matanya. Nia
sedang duduk disebelahnya sambil merawat luka ditangannya.
“Macam
mana boleh jadi macam ni”soal Nia tanpa memandang wajah Adam. Adam merenung
lembut wajah Nia.
Adam
menceritakan apa berlaku.
“Buat
kerja tu macam mana..Berangan? Buat kerja tu cuba buat betul-betul. Dari dulu
sama je. Tak pernah nak betul buat kerja.”bebel Nia.
Adam
tersenyum mendengar bebelan Nia. Adakah Nia sudah memaafkannya.
“Thanks”
Nia
membalas senyuman Adam. Adam terpaku. Kenapa dia rasakan senyuman Nia ketika
itu sangat manis. Nia sudi membalas senyumannya dan bercakap dengannya.
“Nia
dah maafkan Adam”soal Adam.
“Entah..tengoklah
macam mana”
Nia
meninggalkan Adam terpinga-pinga. Dia mahu kenakan Adam. Biar Adam rasa pula
apa yang dia rasa sebelum ini.
TUJUH BELAS
“Abang
nak ikut jugak pergi sungai. Kedekut lah Aina ni tak bagi ikut.”marah Adam.
“No
way. Aina nak keluar dengan kak Nia seorang sahaja. Abang tak boleh ikut”balas
Aina.
Nia
hanya memadang gelagat dua-beradik itu.
“Nia..Adam
nak ikut boleh”
Nia
berfikir sejenak sebelum berkata.
“Erm…boleh..”
“Yes..Adam
boleh ikut”Adam menjelirkan lidahnya kepada Aina. Aina mencebik.
“Orang
tak habis cakap lagi ni.”celah Nia.
“Boleh
ikutkan?”
“Boleh..boleh
blah”jawab Nia selamba.
Aina
sudah mengekek ketawa. Suka melihat muka masam abangnya. Giliran dia pula menjelirkan lidak kepada
Adam. Nia ikut ketawa apabila Adam sudah merajuk dan beredar ke dalam rumah.
“Tak
ada nak pujuk abanglah. Duduk kat rumah baik-baik tau.”jerit Aina.
LAPAN BELAS
“Apa
ni..boleh tak jangan sibuk kat sini”marah Nia.
“Adam
cuma nak tolong Nia je”
“Tak
payah. Nia tak perlukan bantuan daripada Adam”Nia merampas kembali bakul yang
berisi buah di tangan Adam. Dia melangkah ingin masuk ke rumah.
“Nia..janganlah
macam ni. Adam rindukan Nia. Nia janganlah marah Adam lagi. Adam betul-betul
minta maaf” tangan Nia di rentap perlahan.
Nia
ketawa sinis. “Rindu? Nia ni siapa untuk Adam rindukan. Nia ni bukan
siapa-siapalah Nia. Nia ni cuma seorang perempuan yang tak tahu malu jatuh
cinta dengan sahabat sendiri. Nia ni orang yang berbeza daripada Rasya.” sinis
Nia.
“Nia.
Adam minta maaf dengan apa yang Adam buat pada Nia dulu. Adam betul-betul
menyesal”luah Adam sesal.
“Adam
ingat hati Nia tak sakit dengan apa ynag Adam katakan. Adam tuduh Nia
macam-macam. Adam sendiri yang putuskan persahabatan kita.”marah Nia lagi.
“Sudahlah
Adam. Adam pergilah balik. Tak perlulah Adam nak pujuk Nia lagi. Nia maafkan
Adam tapi beri Nia masa untuk terima Adam semula.”
Bicara
yang terluah dari bibir Nia terasa begitu pedih. Adam memandang sayu wajah Nia.
“Adam
sayangkan Nia. Adam cintakan Nia. Adam baru sedar perasaan Adam. Adam nak
bersama dengan Nia susah dan senang. Nia tolonglah.”rayu Adam lagi. Air mata
yang ingin mengalir ditahan.
“Andai
Adam cakap begitu sebelum Nia berpindah ke sini dan andai Adam sedar awal
mungkin Nia akan beri Adam peluang. Tapi buat masa sekarang Nia tak boleh beri
jawapan apa-apa pun. Nia minta Adam beri Nia masa.”
“Nia
perlukan masa untuk terima ini semua. Hati Nia masih terasa sakit. Tak lama
tapi yang pasti Adam perlu sabar untuk tunggu jawapan dari Nia.”
“Adam
boleh tunggu Nia tak?” Nia memandang lembut wajah Adam. Dia tidak mahu
mengambil keputusa yang terburu-buru untuk menerima Adam. Biarlah mereka
sama-sama mengambil masa untuk terima diri masing-masing.
“Adam
boleh. Adam sanggup tunggu Nia. Nia ambillah masa berapa banyak pun. Tapi
tolong..tolong jangan hampakan Adam” Nia tidak mengangguk dan juga tidak
menggeleng. Dia cuma tersenyum pahit.
“Nia
tak janji. Apapun Adam berdoalah supaya Nia dapat menerima Adam”seusai
berkata-kata Nia melangkah masuk ke dalam rumah.
Nia
mengesat air matanya. Dia cintakan Adam. Dia sayangkan Adam. Tapi untuk dia
menerima Adam buat masa sekarang dia tidak boleh. Dia tidak ingin kecewa buat
kali yang kedua. Dia tak pasti benarkah Adam betul-betul cintakan dia. Ataupun disebabkan
rasa bersalahnya kepada Nia yang membuatkan dia ingin bersama Nia. Nia buntu
memikirkan masalah itu.
Aina
hanya memerhati dari dalam rumah. Dia tahu hati Nia masih sakit dan dia juga
pasti Adam pasti sudah menyesal. Dia tidak akan masuk campur hal mereka dua.
Aina cuma berharap hubungan Nia dan Adam akan kembali pulih seperti dulu.