Sunday 12 May 2013

CERPEN : TERIMA SEADANYA



 SATU



Dafina Qaisara. Fina menjadi cacat penglihatan disebabkan kemalangan yang menimpanya sebulan sebelum tarikh perkahwinannya dengan Adam Syafiq.  Ketika kemalangan itu terjadi Fina yang sedang bercuti bersama teman baiknya Damia berada di Moscow. Mereka ingin mengimbau kembali saat mereka belajar di sana. Fina keseorangan tanpa ditemani oleh Damia,.Semasa pulang dari membeli makanan Fina telah dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pemandu mabuk.



Monday 22 April 2013

CERPEN : ALAHAI SUAMIKU



SATU

Aina memandang ke arah suaminya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Tv dibiarkan terpasang. Begitulah rutinnya setiap malam. Rafiq Affendi , yang sudah menjadi suaminya hampir enam bulan. Sungguh dia bahagia bersama suaminya. Aina betah melayan sikap Rafiq. Sepanjang tempoh mereka hidup bersama, Rafiq belum pernah lagi meninggikannya suaranya kepada Aina. Suaminya itu adakala romantik, adakalanya manja dan satu sikap Rafiq yang dia tidak tahan adalah apabila Rafiq merajuk. Susah betul untuk dipujuknya.

Sunday 21 April 2013

CERPEN : CINTA KAU DAN AKU

SATU

Selepas membawa Aliyah ke taman permainan, Isya terus memandu keretanya ke kompleks membeli belah KLCC. Isya ingin membeli beberapa barang keperluan Aliyah yang sudah habis dan membeli baju baru untuk anaknya yang semakin membesar. Keretanya meluncur masuk ke basement bangunan itu.

Isya terlalu asyik memilih pakaian baru untuk Aliyah tanpa menghiraukan orang dan keadaan disekelilingnya. Sekali-sekala tersenyum apabila melihat baju kanak-kanak yang kelihatan comel pada matanya. Setelah puas memilih Isya mengambil keputusan untuk membeli lima pasang baju tidur dan beberapa pasang baju untuk dipakai di rumah dan pakai untuk keluar.
Isya mendukung anaknya dan menuju ke foodcourt. Matanya melilau mencari tempat duduk.

Wednesday 17 April 2013

CERPEN : KAU SENTIASA DI HATI


SATU

Usai solat asar, Aqilah bersama dengan Diyana melangkah menuju ke restoran berdekatan. Mereka memilih tempat yang sedikit tersembunyi. Setelah memesan makanan  Aqilah lebih banyak mendiamkan diri berbanding Diyana. Diyana yang sedang cakap di telefon bersama buah hati kadang-kadang tersenyum adakalanya tergelak sendiri.

Aqilah memerhatikan keadaan sekeliling. Mengeluh. Kepala yang terasa sedikit pening dipicit perlahan-lahan.Angin bertiup kencang seperti menandakan hari hendak hujan. Nasib baik dia bawa payung. Nak menapak ke stesen bas bukannya dekat habis basahlah jawabnya kalau dia  meredah hujan.

Tuesday 16 April 2013

CERPEN : AIRA HAIKAL


SATU

“Aira…Aira ada masalah ke”tegur Haikal memberanikan diri. Áira nampak tak happy..muram saja. Kenapa”

Aira disebelahnya mendongak. Mereka dalam perjalanan untuk membeli beberapa barang perkahwinan yang di suruh oleh mama mereka.

Happy ???  Cuba awak cakap dekat saya macam mana saya boleh happy dengan perkahwinan yang bukan datang dari kehendak saya sendiri”. Aira mengeluh. Meskipun Haikal orang yang disukainya dalam diam tetapi dia tidak tahu perasaan Haikal terhadapnya.

Thursday 4 April 2013

CERPEN : AKHIRNYA BAHAGIA

“ALEEYA”jerit Puan Maria.Aleeya yang sedang berehat di dalam bilik bersama kakaknya tersentak. Mereka baru sahaja mendapat peluang untuk rehat sebentar selepas melakukan semua kerja rumah.

“Mak cik panggil Leeya lah akak. Leeya keluar dululah nanti mak cik marah kalau lambat.”Aneesa mengangguk lalu mengikuti langkah adiknya keluar. Apa lagi yang dimahukan oleh Puan Maria.

“Ya mak cik”jawab Leeya apabila dia sudah dihadapan Puan Maria.

Friday 22 March 2013

CERPEN : AKU SUKA PADAMU



SATU…
“RISYA..”panggil Farish sambil mengetuk kepala adik kembarnya yang sedang membaca novel.

“Apa ni main ketuk-ketuk kepala orang pulak ingat tak sakit ke.. Belasah kang”kata Risya sambil menunjukkan sebiji penumbuk kearah abangnya.

 Sesuka hati je nak ketuk kepala aku. Tak pasal-pasal biul aku karang. Desis hati Risya.

“Hushh garangnya Risya ni abang ketuk sikit je kepala tu dah sakit..Lagi satu tak ada besar mana pun penumbuk awak tu cik kak oi”kata Faris

Thursday 21 March 2013

CERPEN : LET ME BE YOUR LOVER


“SYIRAHHHHH  cepatlah kau ni nanti kita lambat pergi kelas. Tak kuasa aku nak dengar Puan Zarina tu membebel tau tak” terkejut Syirah dengan jeritan Hanis.

“ Ye ye aku dah siaplah. Kau ni mulut tu tak boleh slow sikit ke agak-agaklah kalau nak jerit pun.” Kata Syirah.

Hanis Hazirah. Suara bukan main kuat kalau menjerit tak kira  bila dia berada di rumah atau di kelas orang tanya sepatah , berpuluh patah yang dia jawab tapi hanya di kalangan perempuan sahaja. Hanis merupakan orang yang susah didekati oleh lelaki kerana sikapnya yang pendiam dan tak pandai bergaul dikalangan lelaki dan dia sangat mementingkan pergaulannya disebabkan pengalaman kakaknya.