Monday 22 April 2013

CERPEN : ALAHAI SUAMIKU



SATU

Aina memandang ke arah suaminya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Tv dibiarkan terpasang. Begitulah rutinnya setiap malam. Rafiq Affendi , yang sudah menjadi suaminya hampir enam bulan. Sungguh dia bahagia bersama suaminya. Aina betah melayan sikap Rafiq. Sepanjang tempoh mereka hidup bersama, Rafiq belum pernah lagi meninggikannya suaranya kepada Aina. Suaminya itu adakala romantik, adakalanya manja dan satu sikap Rafiq yang dia tidak tahan adalah apabila Rafiq merajuk. Susah betul untuk dipujuknya.

Sunday 21 April 2013

CERPEN : CINTA KAU DAN AKU

SATU

Selepas membawa Aliyah ke taman permainan, Isya terus memandu keretanya ke kompleks membeli belah KLCC. Isya ingin membeli beberapa barang keperluan Aliyah yang sudah habis dan membeli baju baru untuk anaknya yang semakin membesar. Keretanya meluncur masuk ke basement bangunan itu.

Isya terlalu asyik memilih pakaian baru untuk Aliyah tanpa menghiraukan orang dan keadaan disekelilingnya. Sekali-sekala tersenyum apabila melihat baju kanak-kanak yang kelihatan comel pada matanya. Setelah puas memilih Isya mengambil keputusan untuk membeli lima pasang baju tidur dan beberapa pasang baju untuk dipakai di rumah dan pakai untuk keluar.
Isya mendukung anaknya dan menuju ke foodcourt. Matanya melilau mencari tempat duduk.

Wednesday 17 April 2013

CERPEN : KAU SENTIASA DI HATI


SATU

Usai solat asar, Aqilah bersama dengan Diyana melangkah menuju ke restoran berdekatan. Mereka memilih tempat yang sedikit tersembunyi. Setelah memesan makanan  Aqilah lebih banyak mendiamkan diri berbanding Diyana. Diyana yang sedang cakap di telefon bersama buah hati kadang-kadang tersenyum adakalanya tergelak sendiri.

Aqilah memerhatikan keadaan sekeliling. Mengeluh. Kepala yang terasa sedikit pening dipicit perlahan-lahan.Angin bertiup kencang seperti menandakan hari hendak hujan. Nasib baik dia bawa payung. Nak menapak ke stesen bas bukannya dekat habis basahlah jawabnya kalau dia  meredah hujan.

Tuesday 16 April 2013

CERPEN : AIRA HAIKAL


SATU

“Aira…Aira ada masalah ke”tegur Haikal memberanikan diri. Áira nampak tak happy..muram saja. Kenapa”

Aira disebelahnya mendongak. Mereka dalam perjalanan untuk membeli beberapa barang perkahwinan yang di suruh oleh mama mereka.

Happy ???  Cuba awak cakap dekat saya macam mana saya boleh happy dengan perkahwinan yang bukan datang dari kehendak saya sendiri”. Aira mengeluh. Meskipun Haikal orang yang disukainya dalam diam tetapi dia tidak tahu perasaan Haikal terhadapnya.

Thursday 4 April 2013

CERPEN : AKHIRNYA BAHAGIA

“ALEEYA”jerit Puan Maria.Aleeya yang sedang berehat di dalam bilik bersama kakaknya tersentak. Mereka baru sahaja mendapat peluang untuk rehat sebentar selepas melakukan semua kerja rumah.

“Mak cik panggil Leeya lah akak. Leeya keluar dululah nanti mak cik marah kalau lambat.”Aneesa mengangguk lalu mengikuti langkah adiknya keluar. Apa lagi yang dimahukan oleh Puan Maria.

“Ya mak cik”jawab Leeya apabila dia sudah dihadapan Puan Maria.