Friday, 6 May 2016

CERPEN SERIES : MUZIK CINTA (6)



BAB 19

           Harraz cepat-cepat masuk ke dalam bilik selepas makan malam bersama dengan papanya. Dia mahu menghubungi Isha dan ingin memohon maaf kepada tunang kesayangannya.  Tengah hari jenuh dia menelefon tunang kesayangan, tetapi tiada jawapan daripada Isha. Tahulah dia Isha sedang merajuk dengannya
           Harraz mendail nombor telefon Isha. Pada cubaan pertama, panggilan tidak bersambut oleh Isha. Isha menjawab panggilan Harraz pada kali yang ketiga selepas Harraz masih tidak berputus asa untuk cuba menguhubunginya.
             “Hello”perlahan sahaja suara Isha seperti tidak mahu bercakap dengannya.
             “Sayang…” Isha mendiamkan diri apabila mendengar perkataan sayang.
             “Sayang…” panggil Harraz lagi apabila Isha masih senyap   
             “Sayang..please jangan macam ni. Say something to me please”rayu Harraz. Tidak betah apabila dia tidak mendengar suara Isha.
             “Awak nak apa ni? Saya penat ni nak tidur ”
             “Janganlah buat abang rasa bersalah macam ni. Panggilan pada abang pun dah bertukar. Jangan macam tu sayang.” Pujuk Harraz lagi. Isha jarang tarik muka dengannya. Cukuplah dulu sekali dia pernah buat silap sehingga mengambil masa untuk memujuk dan meminta maaf kpada Isha.
              “Awak nak cakap apa sebenarnya ni?” soal Isha lagi.
              “Abang nak minta maaf dengan Isha. Bagilah abang jelaskan apa yang berlaku. Bolekan sayang” pinta Harraz. Dia tidak mahu Isha lama-lama merajuk dengannya.
           “Nak minta maaf pasal apa. Tolong cepat sikit”
           “Okay..abang mengaku abang keluar dengan Melissa just untuk makan je tadi, tapi memang abang masa tu tak sedar bila dia pegang tangan abang. Fikiran abang lost, abang fikirkan mama.” Ujar Harraz memberitahu perkara yang sebenar.
          “Kenapa dengan mama”soal Isha apabila Harraz menyebut nama bakal mak mertuanya.
           “Mama masuk hospital. Tasha jumpa mama pengsan di dapur.”
           “Kenapa abang tak bagitahu Isha. Kalau tidak Isha boleh pergi lawat mama” suara Isha kedengaran serius.
            Walaupun begitu, Harraz tetap tersenyum apabila mendengar Isha membahasakan semula dirinya abang. Gembira mendegar panggilan itu. Mungkin Isha tidak sedar dia sudah menukar panggilan semula.
             “Abang nak jumpa Isha esok boleh. Abang ambil Isha di rumah okay. Jangan marah abang lagi eh sayang. Please. Abang rayu pada Isha.”
              Isha tergamam. Suara Harraz sedih. Apa Harraz benar-benar risau jika Isha merajuk dengannya.
            “Okay, Isha maafkan dan esok banyak benda Isha nak tanya abang.” Isha mengalah. Mungkin benar dia patut mendengar semua penjelasan Harraz terlebih dahulu.
           “Isha nak abang ambil Isha pukul berapa.”
           “Abang ambil Isha dalam pukul 11 boleh? Sebelum tu abang sarapan kat rumah dulu.” Ujar Isha.
           “Boleh sayang”
           “Okaylah kalau macam tu. Kita jumpa esok”
            Setelah memutuskan panggilan, Harraz berbaring di atas katil. Tidak sabar mahu menjumpai kekasih hati. Setelah difikirkan semula, disebabkan kecuaiannya sendiri Isha merajuk dengannya. Macam mana dia boleh tidak sedar apabila Melissa memegang tangannya. Mungkin dia terlalu risaukan mama sehingga tak sedar apa yang berlaku dan dikejutkan dengan bunyi benda yang jatuh terpecah.
                Bila dia melihat apa yang berlaku, betapa terkejutnya dia apabila melihat Isha yang memandang tajam kepadanya.  Dia berharap sangat pada hari esok Isha tidak akan bermasam muka dengannya lagi.


BAB 20

          Isha meminta Harraz membawa mereka ke taman ampang hilir. Untung sahaja cuaca pada hari tu tidak terlalu panas. Walaupun hampir masuk ke tenagh hari masih lagi ramai orang yang berasa di situ. Mereka mengambil tempat di kerusi yang berada di bawah pokok.
          “Kenapa diam sahaja” Harraz menegur Isha. Sejak dari dalam kereta lagi Isha mendiamkan diri. Ditanya sepatah jawab sepatah. Agak lama dia menunggu. Memang Isha tidak akan memulakan perbualan antara mereka.
          Isha menggeleng. “Cakaplah dulu” Isha memandang Harraz. Harraz semakin bertambah kacak.
           Harraz tersenyum memandang Isha apabila Isha tidak lepas dari memandang wajahnya. “Kenana tengok abang macam tu?” soal Harraz.
           Isha menunduk. Malu apabila Harraz menangkap pandangan matanya yang jatuh ke wajah kacak itu.
          “Isha masih marahkan abang ke”soal Harraz. Dia masih dapat merasakan betapa dinginnya Isha apabila bercakap dengannya.
           “Abang minta maaf sayang.”pohon Harraz. Dia memandang wajah Isha yang berada disebelahnya.
           “Isha ada terlepas apa-apa ke”soal Isha. Dia melemparkan pandangan ke tasik dihadapan mereka.
           “Maksud Isha apa”
           “Yelah lima hari tak call tak mesej Isha.Kalau busy sekali pun mesejlah bagi tahu.  Abang juga yang cakap macam tu kat Isha kan. Tapi sekarang abang yang buat. Balik sini pun tak cakap?  Lepas tu nampak pula dengan Melissa. Pegang tangan lagi. Mama masuk hospital pun Isha tak tahu. Ataupun abang ada hubungan dengan Melissa?” Isha menembak Harraz dengan pelbagai soalan.
             Harraz tahu dia telah melakukan kesalahan dengan Isha. Memang dia yang menetapkan syarat begitu. Dan dia rasa bersalah telah memungkiri janji itu.
              “Abang minta maaf. Lately ni memang abang busy sangat sampai terlupa nak mesej Isha. Tapi seriously abang memang tak ada apa –apa hubungan dengan Melissa. Masa abang ada kat hospital Melissa ada sekali dengan mak ngah dan dia cuma teman abang makan je”
              “Yelah tu..”
              “Betul sayang. Okay macam ni. Abang sekarang busy dengan assignment memang tak sempat nak mesej Isha. Abang tak rancang pun nak balik semalam. Tasha call abang kata mama masuk hospital. Abang Malik jumpa mama pengsan di halaman rumah. Abang rushing balik sini naik flight paling awal. Sampai-sampai terus abang pergi hospital. Papa cakap jangan bagitahu Isha sebab mama dah boleh keluar dari hospital. Mama cuma terlampau penat.” Harraz menerangkan segalanya.
               “Isha” sapa Harraz sepatah. Tiada jawapan daripada Isha.
               “Isha..percaya cakap abang. Abang tak tipu” ujar Harraz.
               “Betul ni abang tak ada perasaan pada Melissa” cemburu Isha.Bukan dia tidak perasan pada hari Isha nampak Harraz dan Melissa, Melissa juga melihat dia. Malah Melissa sempat melemparkan senyuman sinis sambil memegang tangan Harraz.
          “Betul abang tak tipu”Harraz memberikan senyuman ikhlas apabila Isha memandangnya, tahulah dia Isha tengah cemburu dengan Melissa. Tapi cemburu kan tanda sayang?
          “Okaylah, Isha percaya” Isha cuba mempamerkan senyuman. Dia perlu yakin dengan Harraz, tambah-tambah Harraz bakal menjadi suaminya. Lelaki yang teramat dia sayangi selain papa dan abangnya.
          “Thanks sayang” ucap Harraz. Gembira. Tidak sanggup jika Isha merajuk lama-lama dengannya.
           “Sama-sama. Isha nak jumpa mama boleh” pinta Isha.
           “Boleh sayang. Bolehlah Isha tolong abang pujuk mama supaya ambil pembantu rumah.”
           “Kenapa pula abang”
            “Doktor cakap mama pengsan sebab terlampau penat. Mana taknya semua kerja dekat rumah mama yang buat. Mama tak suka ada pembantu. Dia lagi suka buat kerja sendiri katanya, lagi puas sebab dapat bergerak daripada duduk goyang kaki je. Kalau ada pembantu bolehlah tengokkan mama. Semalam nasib baik Abang Malik balik cepat lepas hantar papa ke pejabat. Tasha pula sibuk study.”
             “Bila papa, abang dengan Tasha cadangkan suruh ambil pembantu mama tak nak. Abang harap Isha dapat bantu abang pujuk mama”terang Harraz. Wajah Isha direnung lembut.
             “InsyaAllah, Isha akan bantu abang pujuk mama. Jangan risau okay.”pujuk Isha. Senyuman manis Isha mendapat balasa daripada Harraz.
              “Abang rindu Isha. Isha tak rindu abang ke?”soal Harraz.
              “Mestilah rindu, kalau tak Isha tak adalah nak marah kenapa abang tak mesej Isha.” Bibir comel Isha mula berkata-kata. Harraz tersenyum.
              “Isha, apa kata lepas sayang habis degree kita kahwin dulu nak tak.” Cadang Harraz.
              “Tapi kan Isha nak sambung study lagi sama macam abang.”
               “Isha sambunglah study dekat tempat abang. Kalau kita kahwin boleh tinggal sama. Abang boleh jaga Isha. Abang izinkan Isha sambung study walaupun kita dah berkahwin. Macam mana, setuju tak. Kita boleh sambung belajar sama-sama sampai ke peringkat yang lebih tinggi.”
               Isha memikirkan cadangan yang diberikan oleh Harraz.
               “Okay,   Isha setuju tapi Isha kena bincang dengan family Isha. Kalau mereka tak bagi macam mana?”
               “Kalau family Isha tak bagi kahwin awal tak apa, abang sanggup tunggu Isha.”
               Isha mengangguk. Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Harraz. Papa, mama dan Abang Wish mestilah setuju sebab semasa Isha bertunang dulu mereka pernah bertanyakan pada Isha kenapa tak kahwin sahaja dulu.
               Jika Isha mengatakan hal itu sudah semestinya mereka akan bersetuju. Isha tergelak kecil. Memikirkan bahawa dia akan berkahwin tidak lama lagi. Berkahwin dengan lelaki yang dia cintai sepenuh hatinya.
               “Hei..kenapa gelak ni. Ketawakan abang eh”
               “Tak adalah. Isha tengah fikir tak lama lagi lah kita nak kahwin kalau family Isha setuju kan.”
               “Abang tak sabar nak tempuh hidup baru bersama Isha.” Isha tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh Harraz.
              “Nah..balik nanti abang nak Isha dengar ni.” Harraz memberikan sekeping cd kepada Isha.
              “Apa ni. Bagi tahulah.”ujar Isha teruja.
              “Kalau abang bagitahu tak surprise lah sayang. Abang nak Isha feel apa yang abang bagi ni kat rumah. Jangan kutuk dahlah” Harraz tergelak. Dia memberikan sekeping cd yang mengandungi video dia bermain gitar sambil menyanyikan lagu buat Isha. Dia berharap Isha suka dengan apa yang diberikannya.
             “Alaaa…yelah-yelah. Nak surprise kan orang pula”bebel Isha sambil membelek cd kosong itu.
             “Mestilah. Ni tanda abang minta maaf dekat sebab abaikan Isha dan tanda abang sayang dan cintakan Isha.”
              “Alolo…sweetnya abang..tapi Isha tak cair pun.”usik Isha. Dia tergelak melihat wajah Harraz yang mencebik.
              “Jangan buat muka macam tu. Tak handsome dah bakal suami Isha ni.”pujuk Isha sambil menggeleng-geleng kepala.
              Harraz turut tersenyum melihat telatah comel Isha.
             “Jom shopping kejap nak sebelum kita balik jumpa mama. Esok abang nak balik Penang dah.” Ajak Harraz.
              “Abang nak beli apa?”
              “Abang nak belikan Isha hadiah. Hari tu birthday Isha abang sempat wish je tak sempat  beli hadiah pun.”
              “Tak payahlah. Nanti-nanti ke. Jomlah balik jumpa mama. Isha malaslah nak pergi shopping.”
           “Abang nak belanja Isha ni. Jomlah ikut abang.” Pujuk Harraz.
           “Tak payahlah abang eh eh, kalau ada barang yang Isha nak nanti Isha beli sendiri. Tak payahlah membazir.”
            “Abang tak bagi apa-apa pun dekat Isha.”
            “Abang dah ingat dan ucapkan birthday Isha pun dah cukup. Tak perlu hadiahlah abang. Isha tahu abang iklhas kan” Isha tersenyum manis.
             “Ni tanda abang…”
             “Tanda abang sayang dan cintakan Isha ke? Tak perlu lah abang. Bagi Isha bila abang ucapkan kata-kata cinta pada Isha,ambil berat pasal Isha tu dah cukup bagi Isha. Isha tegaskan okay. Tak perlu hadiah.”
              “Bosanlah pergi shopping mall. Tak ada tempat yang best lagi ke.” Isha mula membebel.
              Harraz tersenyum. Isha lain daripada perempuan-perempuan di luar sana.Kebanyakkan bila ada duit tempat yang mereka tuju pastilah shopping mall. Berjam-jam membeli belah. Tapi apa yang dia tahu pasal Isha, Isha memang tidak suka ke situ. Membeli barang apa yang perlu sahaja.
              Walapun Isha mempunyai duit yang banyak, tetapi dia tak suka berbelanja. Hanya satu sahaja benda yang akan membuatkan Isha leka. Novel. Harraz perlu mencari tahu novel apa yang terbaru dan semestinya tidak dibeli oleh Isha lagi. Dengan itu dia perlukan Darwisy atau Fira untuk membelek novel milik Isha.
              Harraz akan membelikan Isha novel senyap-senyap tanpa perlu Isha ketahui. Itulah hadiah yang akan dia berikan kepad Isha. Walaupun Isha tidak meminta, tetapi dia tetap mahu memberrikan hadiah itu kepada Isha.
               Sepanjang perkenalan mereka shinggalah mereka sudah bertunang, susah pada Harraz apabila Isha tidak pernah memintanya membeli apa yang dia mahukan. Semuanya menggunakan duit Isha sendiri. Dan sekarang apa salahnya, dia iklhas mahu memberikan hadiah pada Isha.



BAB 21

           Sedang Isha mengemas dapur setelah habis memasak, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama suamiku di telefon bimbitnya. Isha menguntum senyuman. Ya..dia telah berkahwin dengan Harraz setelah dia tamat degree. Kini dia telah menjadi isteri kepada Harraz. Betapa gembiranya dia.
             Tinggal bersama dengan Harraz di rumah yang dimiliki oleh Harraz di Pulau Pinang. Melayan Harraz, memasak, mengemas iaitu tugasnya sebagai isteri dilakukan sebaik mungkin.
          “Assalamualaikum sayang” sapa Harraz.
          “Waalaikumussalam abang. Abang kat mana ni. Dah makan ke belum?”soal Isha.
          “Abang on the way balik rumah. Isha dah masak. Abang lapar dah ni”ujar Harraz.
           Isha tersenyum. “Isha baru habis masak, tengah kemas dapur.”
           “Isha masak apa”Harraz menyoal lagi.
           “Isha masak asam pedas ikan pari, ketam masak lemak cili api, sayur campur, telur goreng berlada.” Ujar Isha teruja. Dua lauk utama itu merupakan makanan kegemaran suaminya.
           “Ya Allah sayang banyaknya.Siapa nak makan semua tu. Isha masak makanan kegemaran abang ye”
           “Kitalah nak makan. Memang banyak. Isha ada asingkan sikit nak bagi dekat jiran sebelah.”
           “Tak sabarnya nak makan makanan tu.”
           “Kejap..abang call Isha ni guna earphone tak.” Soal Isha risau. Baru dia terfikir soal itu.
           “Tak guna pun.”jawab Harraz selamba.
           “Ya Allah abang ni kan. Dahlah..bahaya tau tak pandu kereta sambil pegang phone. Isha letakka dululah. Isha tunggu abang dekat rumah.”
            “Alaa..temanlah abang borak sampai abang sampai rumah.”Harraz masih lagi mengusik.
            “Bahayalah abang.”tegas suara Isha.
            “Mesti selamat punya.” Harraz bersuara lagi, mengusik orang kesayangannya.
            “No way..dah Isha tunggu kat rumah je. Letak phone tu.”Isha menegaskan kata-katanya. Harraz memang degil. Dia menggeleng kepala dengan sikap Harraz yang suka mengusik itu.  Dia mahu naik ke bilik, membersihkan diri. Sebentaar lagi Harraz akan sampai.
            “Makkkk” Isha terkejut apabila Harraz mengejutkannya yang baru keluar dari dapur. Sejak bila Harraz ada di situ.
            “Abangggg…apa ni. Terkejut Isha tahu. Ingat perompak ke apa ke tadi.”marah Isha. Harraz ketawa dapat mengusik Isha.
            “Bila masa abang masuk ni. Kenapa Isha tak dengar bunyi kereta abang. Baju pun dah bertukar ni. Kenapa Isha tak sedar” bertalu soalan daripada Isha.
            “Abang dah lama balik. Masa abang call Isha tu abang tengah sorok kat sinilah.”Harraz memeluk pinggang ramping milik Isha.
            “Abang ni kan memang sengaja usik Isha kan. Orang punyalah risau dia bawa kereta sambil pegang phone, rupanya dia sampai rumah awal-awal.”Isha menumbuk dada Harraz. Manja. Harraz tersenyum melihat Isha.
             “Tumbuk abang eh.”Harraz mengecilkan matanya.
             “Tumbuk sikit je. Bukan sakit pun.” Isha mennunduk. Dia malu apabila Harraz masih merenung wajahnya.
              Terasa pipinya di cium. Isha mengangkat wajahnya dan melihat Harraz yang tersenyum manis kepadanya.
             “Dah pergi mandi dulu. Masam dah ni.”Harraz masih lagi mengusik. Sehari tak mengusik isteri kesayangannya rasa tak lengkap hidupnya.
              Isha menjeling manja ke arah Harraz sebelum berlalu naik ke bilik.
             “Cepat sayang..abang dah lapar ni.”jerit Harraz dari belakang. Isha mencebik. Harraz ni memang sengaja buat jantungnya berdebar dalam masa yang sama buat dia geram dengan sikap suaminya yang suka mengusik.
          


BAB 22

           “Sayang buat apa ni?” soal Harraz. Dia melabuhkan punggung di sebelah Isha yang sedang duduk sambil bermain handphone di atas katil. Pinggang Isha diraih rapat kepadanya.
            “Cuba teka. Isha tengah buat apa.”
            “Tengah tengok gambar abang.”
            “Salah..buat apa nak tengok gambar abang.”
            “Yelah..mestilah sebab Isha rindukan abang.”
             “Taklah..Isha tengah mesej dengan seseorang.
             “Mesej dengan siapa.” Harraz cuba mengintai telefon bimbitnya. Tetapi Isha dapat melarikan daripada Harraz.
             “Cuba teka?” mood mengusik Isha sudah datang. Dia ketawa.
            “Dengan Fira mungkin?” Harraz melayan Isha. Acuh tak acuh saja. Isha tersengih..we will see..
            “Isha tengah mesej dengan Aizat.”terus membulat mata Harraz. Isha menahan senyum. Dia tahu Harraz tidak suka dia menyebut nama Aizat. Aizat kawan sekelasnya yang cuba memikatnya walaupun tahu Isha sudah berkahwin.
             “What..Isha kenapa mesej dengan dia. Abang tak sukalah.”soal Harraz. Pinggang Isha dilepaskan. Dia tidak memandang wajah Isha.
             “Tak suka? Ke sebab abang cemburu ni.” Usik Isha.
             “Abang cemburu. Puas hati.” Ujar Harraz beremosi. Dia ingin bangun dan beredar dari situ. Terasa panas tiba-tiba.
             Langkah Harraz terhenti apabila Isha menarik tangannya dan didudukkan semula di atas katil. Isha tersenyum manis memandang Harraz. Mengusik tak kena tempatlah pula.
             Isha menghadiahkan ciuman di kedua-dua pipi Harraz. Dia mengusap pipi Harraz. Harraz hanya mendiamkan diri.
            “Janganlah marah Isha. Isha minta maaf okay. Isha sengaja usik abang. Isha tak mesej pun dengan Aizat.” Pujuk Isha. Dia memeluk pinggang Harraz. Memujuk encik suami.
            “Sayang ni kan. Janganlah main-mainkan abang pasal Aizat tu. Tak tenang hati abang tau tak.”
            “Sorrylah abang. Isha usik je. Jangan marah lagi eh.” Isha membuat muka comel.
            “Habis tu Isha buat apa?” soal Harraz. Dia merapatkan lagi kedudukan mereka. Tidak boleh berenggang dengan isterinya.
            “Isha tengah tengok ni.”Isha menunjukkan video Harraz. Video Harraz yang menyanyikan lagu untuknya. Pada penghujung video itu Harraz melamarnya.
             Harraz tersenyum melihat videonya sendiri.
            “Suara abang boleh tahan sedaplah.”puji Isha.
            “Tapi tak boleh tanding suara abang Isha kan.”ujar Isha. Dia menjatuhkan kepalanya di bahu Isha. Ingin bermanja.
             “Memanglah. Tapi sekarang suara abang ni yang selalu buatkan Isha terindu-rindu tahu.”Isha mencubit pipi Harraz.
             “I love you so much sayang. Jangan pernah berhenti cintakan abang tau.”luah Harraz sambil memeluk Isha erat.
             “Isha pun cintakan abang. Abang pun jangan berhenti cintakan Isha. Jangan cari orang lain tau.”balas Isha bahagia. Dia membalas pelukan suaminya sebelum mendaratkan mukanya di dada sasa milik Harraz. Senang melakukan begitu, terasa dirinya begitu bahagia berada dalam pelukan Harraz.
              Harraz menghadiahkan ciuman di dahi isterinya.
             “Terima kasih sayang sebab jadi pelengkap dalam hidup abang. Abang bahagia sangat bila sayang sudi jadi isteri abang. Abang bahagia ada Isha disisi abang. Abang janji abang akan sayang dan cintakan Isha sepenuh hati abang. Abang akan curahkan segala kasih sayang abang buat isteri kesayangan abang ni.”luah Harraz sambil memandang tepat mata Isha.
             “Abang akan jadi suami yang baik untuk Isha dan menjadi papa yang baik lagi handsome untuk anak-anak abang.” Sempat lagi Harraz memuji dirinya sendiri.
             “Isha pun sama abang. Nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi suami Isha. Sebab sayang dan cintakan Isha sepenuh hati abang. Isha pun akan curahkan segala kasih sayang Isha untuk suami Isha yang handsome ni. Isha akan cuba menjadi isteri abang yang terbaik dan mama yang comel untuk anak-anak kita.” Harraz ketawa. Isha juga memuji dirinya sendiri.
             “Abang, Isha nak tanya apa sebab abang cintakan Isha. Abang cintakan Isha sebab diri Isha or sebab Isha orang yang mainkan lagu di bilik muzik dulu.”
             “Okay..jujur abang cakap. Abang jatuh cinta dengan muzik yang Isha mainkan sampaikan abang ingin mencari siapa yang mainkan muzik tu sebenarnya. Dan dalam masa yang sama semakin lama abang kenal dengan Isha, abang yakin dengan perasaan abang abang mula cintakan Isha sebab diri Isha sendiri. Dan bila abang dapat tahu Isha dan orang yang main piano tu orang yang sama, abang tak teragak-agak nak dapatkan Isha plus abang memang cintakan Isha.”
              “Ermm..good answer.” Isha ketawa. Tiba-tiba terfikir nak menanyakan soalan itu.
              “Abang..minggu ni kita balik Kuala Lumpur kan.”soal Isha.
              “Aah..kenapa sayang.”
              “Isha rindu nak jumpa semua orang. Lagi-lagi piano dekat rumah tu.”Isha gelak.
             “Piano yang dia rindukan.”
             “Yelah abang. Dah lama Isha tak sentuh piano kesayangan Isha tu tau. Rindu sangat. Kat sini hari-hari Isha petik gitar je. Rasa macam kaku pula.”
              “Yelah. Minggu ni kita balik. Isha boleh main puas-puas.”
              “I love you abang”
              “I love you sayang” Isha tersenyum bahagia.
                Isha mengemaskan pelukan di pinggang Harraz. Masing-masing melayani perasaan bahagia yang semakin terbentang luas dalam hubungan rumah tangga mereka. Semoga hubungan mereka yang suci ini kekal hingga ke akhir hayat. 


TAMAT :)

CERPEN SERIES : MUZIK CINTA (5)



BAB 16

           Majlis pertunangan Isha dan Harraz berlangsung dengan cukup meriah. Walaupun cuma majlis pertunangan, orang tua Isha  mahupun orang tua Harraz mahu meraikan majlis pertunangan anak mereka dengan cukup meriah. 
           Dimeriahkan lagi dengan jemputan keluarga dan sahabat terdekat. Meskipun tidak besar majlisnya dan hanya di buat di rumah tetapi mampu membuatkan mereka berpuas hati dengan suasana gembira dan ceria.
            Harraz juga turut menghadirkan diri. Teman-teman Harraz dan Isha begitu teruja apabila mengetahu bahawa mereka akan mengikat tali pertunangan.
           Keluarga Harraz seolah-olah tidak sabar untuk menyambut ahli baru dalam keluarga mereka. Tambah-tambah lagi Tasha, adik Harraz. Melekat di tepi Isha sedari tadi. Wajahnya yang terpancar riak kegembiraan menunjukkan bahawa Tasha tidak sabar untuk menerima kakak ipar.
           Sepanjang majlis berlangsung Isha dan Harraz sentiasa mempamerkan senyuman yang manis. Mereka sudah pun mengikat tali pertunangan. Harraz tidak bimbang lagi dengan Isha yang mungkin akan dikebas orang kerana dia sudah mempunyai ikatan dengan Isha.
           Pada malam itu Harraz duduk bersendirian di biliknya. Betapa gembiranya dia sudah menjadi tunangan kepada gadis yang cintainya Daiyana Darwisya. Tersenyum-senyum dia mengimbas kembali detik perkenalan mereka.
           Harraz membaringkan tubuhnya perlahan-lahan sebelum telefon bimbitnya diambil. Kelihatan wajah Isha yang tersenyum manis berdiri di sebelah dia. Harraz tersengih-sengih. Tidak sabar rasanya hendak menjadi seorang suami kepada Isha dan tinggal sebumbung dengan gadis kesayangannya.
           Nombor telefon Isha didail. Rindu untuk mendengar suara lunak merdu gadis itu walaupun mereka baru berjumpa di majlis tadi.
          “Assalamualaikum” kedengaran suara merdu milik Isha dihujung talian.
          “Walaikumussalam sayang” balas Harraz sambil tersenyum. Mana mungkin Isha boleh nampak senyumannya itu. Terasa di awang-awangan pula bila bersayang-sayang.
          “Sayang?”soal Isha.
          “Ye sayang. Isha lah sayang tu. Tak boleh Harraz panggil Isha sayang”  tanya Harraz. Manalah tau Isha tidak suka.
          “Ohhh..ikut suka Harraz lah”balas Isha. Sejujurnya dia suka apabila Harraz membahasakan dirinya sayang. Malulah dia kalau dia jujur.
          “Maknanya Isha suka lah ni kan” usik Harraz. Dia yakin pipi Isha pasti sudah merah disebabkan malu.
          “Apa Harraz ni…Ikut suka Harrazlah nak panggil Isha apa.”
Harraz ketawa. Gembiranyaaaa…
          “Betul ni, boleh panggil apa sahaja” soal Harraz mahukan kepastian.
          “Betullah. But apa Isha nak tipu. Bukannya dapat apa pun”
          “Okay, kalau macam tu panggil Harraz abang boleh. Praktis lah dulu boleh kan sayang”  begitu teruja Harraz mahu Isha memanggilnya abang.
          “Apa dia” terkejut Isha mendengar permintaan Harraz.
          “Ye sayang. Panggil Harraz abang boleh. Please..” Harraz terasa macam nak hentak kepalanya di meja. Macam manalah dia boleh jadi ngada-ngada macam ni.
          “Tunggu bila dah kahwin tak boleh ke”duga Isha. Malulah kalau Harraz tahu bahawa dia pun sebenarnya ingin membahasakan Harraz abang. Biarlah dia main tarik tali dulu.
          “Alaa..bolehlah sayang..Please”Harraz sudah merayu-rayu.
Isha tersengih-sengih mendengar panggilan sayang. Walaupun Harraz tidak berada di hadapannya, namun susah untuk dia menepis rasa malu.
          “Kalau Isha tak nak panggil abang Isha boleh panggil Bie ke” ujar Harraz lagi.
           Alahai..mengada-ngada betullah Harraz ni. Isha tersenyum bahagia. Rasa kekoklah pula hendak memanggil Harraz dengan panggilan istimewa tambah-tambah lagi nak panggil Bie.
          “Hurmm..Isha panggil abang lah, boleh?” Isha memutuskan.
          “Yeayy..okay sayang, anything for you”
            Aduhhh..kenapalah Harraz ni sweet sangat. Rasanya tak sabar nak hidup bersama dengan Harraz.
          “Sayang tengah buat apa tadi” soal Harraz.
          “Abang rasa Isha tengah buat apa eh” soal Isha pula. Sengaja bermain teka-teki dengan Harraz.
         “Ermm..Isha tengah teringatkan abang kan” teka Harraz. Isha ketawa.
         “Pandainya abang teka. Memang Isha tengah teringatkan abang.”
         “Dah pukul berapa ni kenapa tak tidur lagi” tanya Harraz.
         “Nak tidur dah tadi. Lepas tu abang call. Kacau daun betul” usik Isha.
         “Amboi..dan-dan abang kacau eh. Okaylah pergi tidur.”
         “Okay abang..Assalamualaikum.. Isha tidur dulu tau.Good night. Sweet dream”
         “Waalaikumussalam..Good night sayang. Sweet dream too”
Masing-masing tersenyum sendiri. Berdebar menantikan detik-detik bahagia mereka walaupun lama lagi mereka akan berkahwin.


BAB 17

           Hubungan Isha dan Harraz semakin rapat apa lagi usia pertunangan mereka sudah setahun berlalu. Kini Isha berada di semester lima manakala Harraz sudah melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun Harraz mendapat tawaran untuk menyambung pengajiannya di luar negara tetapi dia menolak dengan alasan di Malaysia juga dia dapat menyambung pengajiannya.
          Isha duduk bersendirian di restoran menunggu Fira yang berlalu ke tandas. Dia mengambil tempat yang sedikit tersorok daripada pandangan. Isha memerhati orang yang lalu lalang di hadapan restoran tersebut. Telefon bimbit diambil untuk melihat kalau-kalau ada panggilan ataupun mesej daripada Harraz.
           Sudah dua hari Harraz tidak menghubunginya. Sibuk ke dia…
          “Hoi..apa yang dibeleknya.” Fira menepuk kuat bahu Isha.
          “Sakitlah mangkuk. Ingat bahu aku apa. Kalau patah macam mana” marah Isha yang terkejut dengan tepukan Fira.
          “Eleh..sebab aku tahu tak patahlah aku berani tepuk kuat bahu kau”balas Fira selamba. Isha menjeling ke arah  temannya.
          “Kau nak pesan apa ni” Fira membelek-belek menu dihdapannya.
          “Pesan apa”soal Isha blurrr..
          “Laa..kalau kita dah datang nak makan kit orderlah apa yang kita nak kan. Tu lah aku tanya kau nak makan dan minum apa”
          “Eh..sorry-sorry. Blur kejap” Isha tersengih.
          “Sorry ye dik. Akak ni pening-pening lalat agaknya” kata Fira kepada pekerja yang setia menunggu di tepi meja mereka.
           Isha memilih nasi ayam Hainan, lime mint supreme untuk minuman dan tambahan makanan iaitu pai tee manakala Fira pula memilih nasi ayam, fresh lime untuk minuman dan crispy wanton sebagai makanan tambahan.
          “Kau kenapa ni Isha” soal Fira sambil merenung wahaj Isha. Dia melihat sedari tadi Isha ralit memegang telefon bimbitnya. Sekejap-sekejap Isha akan melihat telefon bimbitnya.
           Cuti pada hujung minggu itu Fira balik ke rumah Isha. Fira memang sudah terbiasa dengan keluarga Isha dari dulu jadi tidaklah dia kekok untuk pulang ke situ memandangkan keluarganya pulang ke kampung untuk menziarahi rumah dan kubur nenek dan atuknya di Kedah.
          “Mana ada apa. Kau ni je yang piker bukan-bukan.”balas Isha.
          “Kalau kau ada masalah cerita jelah kat aku. Kita keluar ni untuk release tension tapi bila dah tengok muka cemberut kau ni bertambah tension aku jadinya” Fira mengusik sahabatnya.
           “Bukan masalah apa pun. Harraz tak mesej aku. Call pun tak. Dah lima hari ni”
           Fia tersenyum. “Rindu tunanglah ni” dia memandang wajah Isha yang masam mencuka.
          “Siapa yang tak rindu tunang sendiri. Kau lainlah. Aku ni dah lah jarang jumpa dia. Tu pun kalau dia balik Kuala Lumpur.”
           Fira tersengih malu. Betullah kata Isha. Dia dapat juga  berjumpa dengan Zariff kerana tunangnya menyambung pelajaran di Shah Alam. Bahkan boleh dikatakan mereka kerap berjumpa. Lama sikit tak jumpa mulalah dia berasa rindu. Harraz dan Fira telah mengikat pertunangan tiga bulan yang lepas. Fira mengerti perasaan rindu Isha.
           “Bila Harraz balik” soal Fira.
          “Tak tahulah. Dia tak cakap bila nak balik.”
          “Dahlah tu, maybe tunang kau tu sibuk dengan assignment semua. Tak sempat nak hubungi kau”pujuk Fira.
            Gadis yang mengambil pesanan tadi menghampiri meja mereka. Menghantar minuman terlebih dahulu. Makanan yang dipesan dihantar selepas beberapa minit kemudian. Isha dan Fira, masing-masing tidak menunggu masa yang lama untuk menyuap makanan mereka. Makanan yang kelihatan berasap membuatkan perut menjerit sudah minta diisi.
          “Kenapa aku rasa nasi ayam hainan aku ni sedap daripada biasa”komen Isha sebaik sahaja dia menghabiskan sepinggan nasi ayam hainan. Pinggan yang kosong dia tolak ketepi sebelum mengambil pinggan yang berisi pai tee.
          “Mak aii..licin pinggan kau. Aku ingat aku seorang sahaja yang kuat makan tapi kau pun sama” peril Fira.
          Isha tidak mempedulikan Fira. Dia sibuk menyuap pai tee ke dalam mulut.
          “Aku laparlah Fira. Ni yang aku makan banyak. Nah rasalah pai tee ni”pelawa Isha.
          “Sorry..aku tak minat pai tee. Nah rasa aku punya wantan pulak. Kalau aku makan seorang tak habis ni” Fira menyerahkan beberapa wantan kepada Isha.
           Isha tersengih mendapat makanan daripada Fira. Hari ni dia merasa sangat lapar. Setelah menghabiskan makanan kepunyaannya dia terus menyuap wantan yang diberikan oleh Fira ke dalam mulut. Fira terkejut melihat Isha makan. Licin habis sedangkan dia masih tidak makan wantan miliknya.
          “Woi..kau ni lapar sangat ke. Berapa hari tak makan”soal Fira.
           “Lapar lah dua hari tak makan nasi tu yang aku kelaparan ni” Isha tergelak. Dia melihat pinggan yang kosong. Memang licin habis.
           Sedang mereka berbual-bual, mata Isha menangkap kelibat orang yang dia sangat kenali masuk ke dalam restoran itu. Isha merenung pasangan itu. Ya dia yakin. Isha tergamam melihat Harraz dan Melissa yang duduk  bersebelahan pintu masuk. Isha memerhatikan mereka berdua. Kenapa perlu duduk di situ. Kalau mereka berdua keluar pasti Harraz akan melihat dia. Dia tak nak Harraz tahu bahawa dia ada disitu. Dia ingin melihat sejauh mana perbuatan Harraz.
           Fira yang melihat wajah pelik Isha turut mengalihkan pandangan  ke arah tempat yang dilihat Isha.
          “Eh Isha. Tu Harraz kan. Bila dia balik dari Penang.Tapi dia dengan…” Soal Fira. Dia juga terkejut melihat Melissa turut ada di situ.
          “Diamlah. Suara kau tu boleh kuat lagi agaknya.”marah Isha. Tak pasal karang ada yang perasan.
          “Ye, sorry-sorry” balas Fira. Sedar kesilapan dia yang terkuat suara. Nasib tak ada yang dengar.
           Hailahhh…hati Isha sekarang ni rasa panas je. Melissa memegang tangan Harraz yang berada di atas tangan. Isha yang tunang Harraz pun tidak pernah memegang tangan itu. Isha terkejut. Matanya bertembung dengan mata milik Melissa. Melissa melemparkan senyuman sinis kepadanya.
          Isha tetap memerhatikan mereka berdua. Bermacam-macam persoalan dibenaknya. Bila Harraz balik dari Penang? Sebelum ni Harraz tidak lupa hendak memberitahunya jika dia ingin balik ke sini. Kenapa Harraz ada dengan Melissa? Apa sebab dia pulang ke sini.? Kenapa tidak hubungi dia?
           Isha semakin panas apabila melihat Harraz tidak mengelak dari pegangan Melissa. Wajah Harraz menunduk. Isha sudah tidak tahan lagi. Dia menyuruh Fira membayar terlebih dahulu. Isha pantas berjalan mahu keluar dari situ.
          “Cepatlah sikit”ujar Isha. Dia menarik tangan Fira.
          “Sabarlah”
          Gara-gara mahu cepat Isha tak sedar ada pekerja yang membawa pinggan mangkuk yang kotor. Habis berterabur di atas lantai apabila dia terlanggar pekerja itu. Isha tunduk meminta maaf. Semua mata memandang ke arahnya. Harraz juga terkejut melihat Isha di situ.
           Isha menjeling tajam Harraz dan Melissa sebelum keluar dari situ. Dia meninggalkan Fira di belakang.
          “Isha tunggulah dulu. Ishh budak ni” marah Fira geram bila melihat Isha menonong keluar dari situ.
          “Apa ni pegang-pegang. Haram tahu tak” tegur Fira kepada Harraz dan Melissa.
           Harraz baru tersedar apabila melihat tangannya yang dipegang erat oleh Melissa. Baru dia tahu kenapa Isha menjeling kepadanya. Dia yakin Isha marahkannya. Harraz melepaskan pegangan Melissa. Dia ingin mengejar Isha kerana dia pasti Isha salah faham.
           “You nak pergi mana ni. Nak tinggal I seorang kat sini” marah Melissa.
           “I nak kejar Isha lah. Dia salah faham dengan I”
           “Dia tu siapa hah, biarlah dia nak salah faham ke apa ke”balas Melissa geram.
          “Dia tu siapa You tanya I? Dia tu tunang I. You lupa ke”marah Harraz pula.
          “Habis I ni siapa pula” Melissa bertanya kepada Harraz yang berkira-kira hendak beredar dari situ.
          “You tu cuma sepupu I. Kita tak ada hubungan istimewa pun. Tolong sedar sikit”
           “Tapi I cintakan You Harraz. Tak boleh ke You faham”rayu Melissa. Dia menarik tangan Harraz.
           “I tak boleh cintakan You sebab I cintakan Isha. You faham ke tak. Dari dulu I tegaskan I cintakan Isha. Hanya Isha seorang. Faham tak”bentak Harraz. Dia meninggalkan Melissa keseorangan di situ dan berlari mencari Isha.
           Berkali-kali nombor Isha di dail. Tidak berangkat. Nombor Fira di dail pula. Hanya itu jalan satu-satunya untuk mengetahui keadaan Isha.
          “Nak apa”tanpa salam Fira terus menembak Harraz dengan soalan.
          “Korang kat mana. Isha mana?”
          “Dalam teksi nak balik rumah. Kenapanya? Isha ada ni kat sebelah” acuh tak acuh Fira menjawab pertanyaan Harraz.
          “Saya nak cakap dengan dia” pinta Harraz.
           “Isha tak naklah.”
           “Sekejap je. Tolonglah”ujar Harraz. Dia tak mahu Isha salah faham.
           Harraz mendengar suara Fira yang memujuk Isha untuk bercakap dengannya. Suara Isha tidak kedengaran sama sekali.
            “Saya dah pujuk dia. Dia tak nak cakap dengan awak”
             “Tak apalah kalau macam tu. Nanti saya cuba hubungi dia lagi” Harraz pasrah. Tahu Isha sedang marah.


BAB 18

           Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Isha hanya mendiamkan diri. Apa yang diperkatakan oleh Fira langsung tidak didengari.  Sebaik sampai ke rumah, Isha berlari laju menuju ke biliknya. Teguran Darwisy juga tidak dipedulikan.
          “Kenapa dengan Isha” soal Darwisy kepada Fira sebaik sahaja Fira melangkah masuk ke dalam rumah.  Pelik melihat tingkah Isha.
          “Masa pergi makan tadi Isha salah faham dengan Harraz agaknya.”
          “Bukan Harraz ada di Penang ke?”
          “Tu lah abang Wish, kita orang terserempak dengan Harraz tadi tu yang jadi macam tu” beritahu Fira.
          “Isha pun tak tahu ke?”
            Fira menggeleng. “Tak apalah kalau macam tu. Tolong tengokkan Isha, abang nak keluar jumpa kawan.”
           “Okay..jumpa girlfriend eh” soal Fira sambil kening dijungkitkan. Sengaja mengusik.
            “Kalau betul pun kenapa”kata Darwisy membalas usikan Fira. Dia sudah menganggap Fira sebagai adiknya sendiri.
            Darwisy tersengih sambil berlalu keluar menuju ke keretanya.
             Di dalam bilik pula, melontarkan tubuhnya di atas katil. Mukanya disembamkan di bantal tidur. Ditumbuk-tumbuk bantal tidurnya. Seolah membayangkan muka Harraz yang ditumbuknya.
            “Sudah-sudahlah tu Isha. Yang kau tumbuk bantal tu kenapa. Bntal tu tak bersalah pun.”
            “Arghhhh geramlah aku” bentak Isha.
            “Yang kau tak nak cakap dengan Harraz tu kenapa. Berapa kali dia telefon kau. Kenapa tak nak angkat.”
            “Dalam situasi macam ni kau nak aku angkat call daripada dia. Cuma bayangkan orang lain pegang tangan Zariff apa kau rasa.” Soal Isha sambil melemparkan pandangan sinis.
            “Kalau aku, aku akan dengar dulu alasan apa yang dia bagi. Bukan bertindak terburu-buru. Isha terdiam.
            “Boleh percaya ke?”
            “Aku nak tanya kau sepanjang korang kenal ni pernah tak Harraz tipu kau?”Isha menggeleng.
           “Hah..habis tu. Cuma dengar dulu penjelasan Harraz. Merayu-rayu dia nak cakap dengan kau tadi masa dia telefon aku. Lagipun kau nampak sendiri kan masa Melissa pegang tangan Harraz, Harraz nampak sedih kan. Kau tak nak cuba faham dia ke. Mana tau dia tengah ada masalah ke.”
            “Habis tu kau nak aku buat apa” soal Isha.
             Fira mengetuk kepala Isha. “Kau ni kan. Tak nampak berapa banyak missed call daripada Harraz yang tak berjawab ni. Lepas ni kalau  Harraz call ke mesej layankan je. Jangan senyap je. Kalau aku tahu kau tak jawab siap kau.”
             “Tak payahlah ketuk-ketuk kepala aku.” Isha menggosok kepalannya. Sakit.
              “Memang sengaja aku ketuk. Biar sedar sikit.”Fira tergelak.
              “Ingat apa aku cakap.”Fira berlalu pergi dari bilik Isha. Tengok tv lah tu.


One more part :)

Tuesday, 3 May 2016

CERPEN SERIES : MUZIK CINTA (4)



BAB 13

            Isha memikirkan hubungannya dengan Harraz. Menjadi tanda tanya kepadanya dengan sikap Harraz yang tiba-tiba berubah. Dia pun kenapa boleh rasa sakit hati macam tu. Marahnya kepada Harraz membuatkan dia tidak dapat melayan Harraz seperti kawan biasa.  Atau dia sudah jatuh cinta dengan Harraz?
          “Hoi..termenung apa”
            Isha tersentak. Dia melihat Fira yang sudah masuk ke bilik mereka. Tersengih-sengih menampakkan barisan giginya yang putih.
          “Tak tahu bagi salam ke cik kak?”sergah Isha apabila dia dikejutkan oleh Fira.
          “Oh..please..aku dah bagi salam sebelum masuk. Kau tu yang tak dengar” Fira melabuhkan punggung di atas katil miliknya yang berhadapan dengan katil milik Isha.
          “Eh tadi siapa yang nak jumpa kau tu”
          “Harraz”
          “Kenapa”
          “Tak ada apalah”
          “Yelah tu. Owh, malam ni aku nak keluar makan dengan Zariff. Kau ikut aku nak tak. Jomlah teman aku. Malam lepas maghrib. Aku tak biasa keluar malam berdua” Fira mempelawa sekali gus memujuk Isha untuk mengikutinya.
            Isha merenung wajah Fira seketika. Pelawaan yang boleh dikatakan agak menarik. Duduk kat bilik ni bukan boleh buat apa.
            “Nak ikut tak”tanya Fira lagi.
            “Naik apa?”  soal Isha.
            “Naik keretalah.”
            “Pergi mana je”
            “Makan je. Borak-borak lepas tu baliklah”ujar Fira.
            “Bolehlah..sekejap je. Before 11 kena balik. Tak pasal nanti kena halau dengan pak guard pulak”
            “Okay beres”
              Fira mengirim mesej kepada Zariff. Mission completed. Fira tersengih melihat Isha yang tidak menyedari pandangan Fira kepadanya. Bukannya dia tak tahu kenapa Harraz nak jumpa dengan Isha tadi.


BAB 14
  
           Tepat jam 8 malam Zariff mengambil Fira dan Isha di kolej. Zariff memandu dengan berhati-hati. Mereka berhenti di Restoran Bistro dua puluh minit selepas itu. Zariff meminta Fira dan Isha turun terlebih dahulu keranadia mencari mencari parking.
Baru sahaja mereka melabuhkan punggung Fira sudah bersuara.
          “Alamak..Isha kau tunggu sini dulu aku tak tahan ni nak pergi toilet” kata Fira sambil menekan-nekan perutnya.
          “Kau ni kan ada-ada sajalah. Mana nak cari toilet kat sini. Kat restoran ni manalah ada. Besar je lebih”soal Isha.
          “Alah..kedai sebelah kan ada toilet”Fira memberi alasan.
          “Yelah..cepat sikit”
          “Okay”Fira tersengih sambil berlalu pergi. Langkahnya menuju ke kereta Zariff dan pantas dia masuk ke dalam kereta sebelum mereka beredar dari situ.
            Suasana di Restoran Bistro sunyi. Hanya ada beberapa pelanggan sahaja. Mata Isha meliar mencari kelibat Fira dan Zariff. Manalah mereka ni pergi. Parking kereta pun lambat, pergi toilet pun lambat.
            Tiba-tiba matanya melihat Harraz yang sedang berjalan menghampiri mejanya dan duduk dihadapannya. Dahinya berkerut melihat Harraz.
            “Apa awak buat kat sini”soal Isha garang.
            “Kita pesan makanan dulu boleh. Lepas ni saya cerita semua”ujar Harraz sambil memandang wajah yang dirindunya.
            “Saya datang sini dengan Fira dan Zariff. Saya nak makan dengan mereka bukan dengan awak. Awak boleh cari tempat lain tak”Isha tidak mempedulikan cadangan Harraz.
              Harraz membuat keputusan sendiri dengan hanya memesan minuman untuk mereka berdua.
              “Saya tahu awak datang dengan Zariff dan Fira. Saya yang suruh mereka bawa awak datang sini sebba saya nak jumpa awak”
             “Saya nak balik”tegas Isha.
             “Awak nak balik dengan siapa? Fira dan Zariff dah pergi tempat lain. Saya yang suruh” balas Harraz selamba tanpa sedar kemarahan Isha yang sudah kemuncak.
             “Awak ni kenapa hah..apa yang awak nak dari saya” tanya Isha dengan suara yang tinggi. Tidak kisah dengan pelanggan lain yang memandang ke arah mereka berdua.
             “Isha please..dengar dulu apa saya nak katakan” balas Harraz tenang.
             “Saya nak minta maaf dengan awak. Saya tahu semuanya salah saya. Saya buat tidak endah dengan awak” ujar Harraz setelah melihat Isha mendiamkan diri.
            “Baguslah kalau sedar diri tu salah. Dan sekarang kenapa tiba-tiba nak minta maaf pada saya, kenapa tak teruskan saja. Buat saya seperti tidak wujud.” Sinis.
            “Sebab saya dah tahu”
            “Maksud awak apa” tajam pandangan Isha kepada Harraz.
            “Saya cemburu” Harraz menunduk malu.
            “Hah” Isha terkejut. Harraz cemburu? Cemburu dengan siapa?
            “Saya suka awak. Saya sayangkan awak” ujar Harraz lagi. Dia tidak mahu membuang masa lagi.
           “Hah”yang ni lagilah Isha terkejut.
           “Saya cemburu tengok awak dengan abang awak. Saya ingat dia tu kekasih awak. Saya nampak awak paut lengan dia masa saya nak jumpa awak. Sebab tu saya dingin dengan awak”
           “What”
           “Saya minta maaf. Saya betul-betul salah sangka dengan awak. Saya tak patut bertindak terburu-buru dengan anngap abang awak tu kekasih awak” Isha menyembunyikan senyum.
          “Saya minta maaf sangat-sangat dengan awak. Saya tahu pun masa majlis makan malan hari tu. Tambah-tambah awak lah orang yang saya cari yang main piano masa kat bilik muzik tu kan. Lagilah bertambah rasa bersalah saya” Harraz bersungguh-sungguh ingin meminta maaf dengannya.
              Isha ketawa kecil. Harraz memandang pelik.
             “Kenapa” Harraz menyoal Isha.
             “Jadi sebab cemburulah ni. Sebab cemburu awak tak nak kawan dengan saya dah”
             “Bukan macam tu. Saya nak luah perasaan saya pada awak pada hari yang saya namak awak paut lengan abang awak tu. Sebab hal tu lah saya tak jadi nak luahkan.
             “Awak suka saya ye” ujar Isha sambil tersenyum manis. Hilang sudah rasa marahnya pada Harraz bila mengetahui sebabnya.
            “Saya cintakan awak” Harraz menunduk. Dia malu memandang wajah Isha.
            “Cakap tu pandanglah saya. Tak gentle langsung” kata Isha sengaja.
              Harraz rasa tercabar mendengar apa yang dikatakan oleh Isha. Dia merapatkan diri kepada Isha dan memandang penuh kasih mata Isha.
            “Saya cintakan awak Isha. Saya nak awak jadi kekasih saya. Keluarga saya dah tahu pasal kita. Awak nak tak kahwin dengan saya?” soal Harraz bersungguh-sungguh.
              Isha terkejut. Pada hari yang sama Harraz ingin dia menjadi teman wanitanya dan sekali gus menanyakan untuk menjadi isteri kepada lelaki itu.
           “Ma aiii…awalnya awak ni. Saya tak habis study lagi. Tunggulah berapa tahun lagi ke. Saya nak habiskan pengajian dulu” ujar Isha tersenyum manis.
           “Betul ni? Kiranya awak dah setujulah nak kahwin dengan saya. Tapi kan awak dah maafkan saya belum? Awak pun cintakan saya ke Isha? Harraz terpana melihat senyuman Isha.
          “Saya Daiyana Darwisy dengan ini bersedia memaafkan Harraz Haikal dan bersedia untuk menjadi teman wanitanya. Saya juga mencintai awak sebagaimana awak cintakan saya. Dan saya juga setuju nak kahwin dengan awak. Tapi awak kena jumpa orang tua saya dulu. Kalau nak tunang dulu pun boleh” usik Isha sambil tergelak.
           Harraz gembira. Tidak menyangka bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dia dan Isha mempunyai perasaan yang sama.
          “Betul ke awak. Hujung minggu saya suruh mama papa saya meminang awak” lain pula dengan Harraz. Dia menganggap serius apa yang dikatakan oleh Isha.
          “Hah..Harraz, saya gurau jelah. Cepatnya.” Isha gelabah. Tu lah mulut main cakap lepas je.
          “Saya tak nak awak dikebas orang.” Harraz berkata. Semenjak majlis makan malam itu ramai yang mahu mencuri perhatian Isha. Penampilan juga sudah berubah. Tidak lagi hanya memakai baju kurung sahaja. Isha sudah pandai bergaya. Membuatkan ramai yang ingin masuk jarum.
          “Lah kenapa pula”
          “Saya cemburulah. Awak makin cantik pandai bergaya dah. Nanti orang lain masuk jarum dulu macam mana” Harraz sudah masam muka.
          “Saya tak cintakan orang lain. Saya cintakan awak seorang je” pujuk Isha sambil memandang wajah Harraz.
Harraz membalas senyuman manis Isha.
          “Wait..wait..apa hubungan awak dengan Melissa” soal Isha. Tiba-tiba dia teringat kepada perempuan gedik itu.
          “Sorry again. Melissa tu cuma watak tambahan saja. Saya rapat dengan dia sebab nak buat awak sakit hati. Saya tak ada perasaan pun kepada dia. Saya anggap dia macam adik saya je. Percaya cakap saya eh.”
          “Okay..saya percaya” Isha membalas senyuman yang dipamerkan oleh Harraz.
          “Saya nak minta tolong awak boleh” uajr Harraz.
          “Apa dia..kalau saya boleh tolong insyaAllah saya tolong” balas Isha.
          “Awak nampak tak tu” Harraz menunjukkan sebuah piano berwarna hitam yang terletak di sudut restoran.
          “Kenapa dengan piano tu”
          “Mainkan saya lagu yang awak masa majlis makan malam hari tu. Boleh tak”
          “Hah?”
          “Boleh ke” soal Isha. Dia tidak pernah melihat sesiapa pun yang bermain piano itu setiap kali dia ke sini.
          “Boleh je..Saya dah tanya awal-awal. Piano tu memang untuk sesiapa sahaja yang nak mainkan”
            Isha bersetuju. Memandangkan tidak berapa ramai orang di restoran itu jadi tidaklah dia terlalu malu untuk bermain piano itu. Harraz mengikut jejak Isha yang menuju ke arah  piano tersebut. Isha mula melarikan fokus ke hadapan piano dan menekan-nekan jarinya dia atas piano tersebut.
            Isha memainkan lagu yang diminta oleh Harraz. Dengan penuh gaya Isha memainkan lagu tersebut. Isha melemparkan senyuman manis kepada Harraz yang berdiri di hadapan Isha memerhatikan Isha memainkan piano itu. Matanya yang redup memandang wajah Isha membuatkan Isha berdebar.
              Isha memantapkan lagi persembahan yang dilakukan untuk Harraz dengan bernyanyi. Harraz semakin terpaku mendengar suara Isha yang merdu yang dialunkan bersama bunyi piano yang menjadi igauan Harraz kebelakangan ini. Matanya tidak lepas daripada menatap wajah Isha.
               Pelanggan lain yang turut mendengar Isha bermain piano menepuk tangan dan memberikan senyuman kepada Isha. Malah pekerja-pekerja di situ juga mengucapkan terima kasih kerana sudi memainkan piano tersebut dan Isha telah membuatkan pelanggan lain terhibur dan menghayati lagu yang di bawakannya.
               “Thanks Isha sebab sudi . Harraz suka sangat dengar Isha main piano. Suara Isha memang best”puji Harraz sambil tersenyum.
               “Sama-sama Harraz and thanks sebab puji Isha”


BAB 15

          “Aku nak kau tolak pinangan dari keluarga Harraz pada hari keluarga dia datang merisik kau. Kau tu tak layak untuk dia lah” arahan yang datang tiba-tiba daripada Melissa membuatkan Isha berkerut dahi.
          “Kejap eh..apa kau cakap tadi, ulang balik aku tak berapa dengarlah” balas Isha.
          “Aku cakap aku nak kau tolak pinangan daripada Harraz masa family dia datang merisik kau. Pekak ke tak dengar. Kau tu tak layak”
          “Aku tak pekaklah, aku cuma nak pastikan betul ke tak apa yang aku dengar tadi” ujar Isha selamba. Melissa menjeling.
          “Aku tak layak. Kalau macam tu siapa yang layak. Kau ke yang layak”sinis jawapan Isha.
          “Aku lagi lama kenal Harraz berbanding kau. Kau tak kenal Harraz macam mana aku kenal dia” suara Melissa makin meninggi. Geram dengan riak bersahaja Isha.
          “Ohhh..kalau macam tu apa kata  kalau aku…”
          “What’s wrong” ujar Harraz tiba-tiba. Bila masa dia boleh ada di sebelah Isha.
          “Ehh..Harraz”
          “Melissa, Isha kenapa ni. Macam ada something wrong je saya tengok” soal Harraz. Dia dapat melihat riak kemarahan terpancar di wajah Melissa. Sedangkan Isha biasa sahaja.
          “Sepupu awak suruh saya tolak pinangan awak pada hari family awak datang nak risik saya. Macam mana? Saya kena tolak ke Harraz” sengaja Isha berkata begitu.
          “Betul ke Melissa” tegang wajah Harraz. Dia tidak sangka Melissa menyuruh Isha lakukan begitu.
          “Jadi Harraz saya kena tolak lah kan. Dah sepupu awak suruh. Katanya saya tak kenal awak macam mana dia kenal awak. Saya tak layak untuk awak katanya lagi” Isha membuat muka sedih. Sekali sekala kenakan perempuan tu.
          “Isha, awak jangan memandai nak tolak pinangan keluarga saya.” Marah Harraz.
          “Melissa apa semua ni. Please jangan ganggu hubungan I dengan Isha. I cintakan dia. Tolonglah faham” rayu Harraz.
          “Tapi I ni sepupu you. I cintakan you dah lama.. You tak boleh nampak ke”Melissa masih tidak berputus asa merayu Harraz.
          “Memang kita sepupu tapi I tak cintakan you. Jangan paksa I boleh tak. Dahlah better you pergi balik. Jangan ganggu I  lagi dengan Isha.”
           Tajam pandangan Melissa menikam anak mata Isha. Rasa tidak puas hati masih tersisa dihatinya. Dia cepat-cepat beredar dari situ.
           “Melissa cintakan awaklah Harraz”beritahu Isha.
           “So what..saya tak cintakan dia. Boleh tak jangan cerita pasal dia lagi”marah Harraz.
           “Sorrylah. Saya bagi tahu je. Buatnya awak pun cintakan dia tak ke saya kecewa.”
           “Boleh tak jangan mengarut dah”
           “Alaa awak ni gurau sikit pun tak boleh..tak sporting lah macam ni”Isha mencebik.
           “Yelah saya minta maaf okay” Harraz mengalah. Isha makin lama makin suka mengusik.
             Isha tersengih-sengih memandang wajah Harraz yang serius. Timbul idea untuk menyakat kekasih hati.
            “Hah..ni apa yang tersengih-sengih ni” soal Harraz. Dia merenung tajam ke arah Harraz.
            “Sayang betul eh awak dekat saya” Isha tersenyum lagi menampakkan barisan giginya yang tersusn cantik.
           “Maksud awak?”
           “Yelah..awak risau kan kalau saya tolak pinangan awak nanti?” Isha mengangkat kening menunggu jawapan daripada Harraz.
           “Lagi mahu tanya ke.” Jawapan Harraz membuatkan Isha tersenyum lebar.
           “Saya pun sayang awak juga” Isha berlari selepas mengucapkan kata-kata itu.
            Harraz gembira dengan balasan Isha. Dia berlari mengejar langkah Isha yang makin menjauh.  Kedengaran gelak tawa mereka berdua.
          “Hishh…tak malu betullah Isha tu. Dah besar macam tu masih nak main lari-lari lagi” kata Fisha yang memandang ke arah Harraz dan Isha.
          “Kau ni Fisha orang bercintalah katakan. Biarlah diorang nak lari ke nak lompat ke. Yang kau sibuk kenapa” sampuk Fira.
          “Kau ni hah menyibuk je kerja. Kalau tak masuk campur urusan kita orang boleh tak. Jaga tepi kain sendiri” balas Katrina.
          “Sorrylah tapi kan aku rasakan kau patut tujukan kata-kata tu dekat korang bertiga ni. Jaga tepi kain sendiri jangan jaga tepi kain orang. Korang tu hah yang menyibuk. Kata aku pula.”
          “Dahlah buang masa aku je layan korang ni. Blah dululah”
          “Hah baguslah tu. Semak kat sini” balas Katrina kasar.



bersambung..nantikan beberapa lagi part :)