Thursday 21 March 2013

CERPEN : LET ME BE YOUR LOVER


“SYIRAHHHHH  cepatlah kau ni nanti kita lambat pergi kelas. Tak kuasa aku nak dengar Puan Zarina tu membebel tau tak” terkejut Syirah dengan jeritan Hanis.

“ Ye ye aku dah siaplah. Kau ni mulut tu tak boleh slow sikit ke agak-agaklah kalau nak jerit pun.” Kata Syirah.

Hanis Hazirah. Suara bukan main kuat kalau menjerit tak kira  bila dia berada di rumah atau di kelas orang tanya sepatah , berpuluh patah yang dia jawab tapi hanya di kalangan perempuan sahaja. Hanis merupakan orang yang susah didekati oleh lelaki kerana sikapnya yang pendiam dan tak pandai bergaul dikalangan lelaki dan dia sangat mementingkan pergaulannya disebabkan pengalaman kakaknya.

Tetapi Syirah tahu Hanis seorang yang baik hati kerana Hanis sentiasa berada di samping Syirah saat susah dan senang mengharungi perjalanan hidup sebagai pelajar di kolej tersebut.

“ Kau tulah kalau bersiap bukan main berjam sedangkan kau tu yang bangun dan mandi dulu.” Balas Hanis.
Syirah tersengih.

“Erm yelah sorry. Aku bukannya apa ralit sangat mesej dengan Zarul.”kata Syirah sambil membuat muka kasihan.

“Tak habis-habis kau dok mesej dengan si Zarul tu bukannya korang tak boleh jumpa dekat kolej kejap lagi.” kata Hanis.

“Alah sorrylah Hanis”

“Dahlah cepat sarapan kalau kau lambat lagi  aku tinggalkan kau aku pergi dulu.”

“Thanks Hanis..ni yang buat aku sayang lebih kat kau. Aku janji tak lambat lagi eh” Hanis hanya mampu tersenyum melihat telatah Syirah. Sahabat merangkap sepupu yang paling dia sayangi.

......................................................................

“ERM… nasib baik sempat sampai”

“Kalau kita lambat dan kena denda semua sebab kau”

“Alah macam tak biasa kena denda”

“Kaulah yang selalu kena denda aku tak”

“ Woi apa yang korang dok bertekak ni” tanya Fira kepada Hanis dan Syirah.

“Alah biasalah pasal datang lambat”kata Hanis

“Erm ni mesti pasal Syirah yang lambatkan?”Tanya Fira dapat mengagak salah siapa.

“Hahaha…kau ni Fira macam tau-tau je lah ”balas Syirah. Ketawa Syirah mengundang pandangan pelajar-pelajar yang berdekatan.

“Ish kau ni agak-agaklah nak gelak pun. Tu semua budak pandang kau. Aku yang malu tau tak” kata Fira. Sekeh kepala baru tau. Desis hati Fira..

“Alah biarlah ada aku kisah”

“Kisah tak kisah”Firah menekan perkataan yang disebutnya.

“Hahaha…Hei aku yang gelak kau yang malu”bidas Syirah.

“Kau ni kalau Zarul nampak kau gelak macam ni tak tahulah apa yang yang akan dia kata”

Terhenti ketawa Syirah..terkejutlah tu.Hahaha…padan muka kata Fira.Tahu pun gelabah.
Hanis tersengih melihat reaksi Syirah.

 “Dah-dah tu Puan Zarina dah masuk”kata Hanis menghentikan perbalahan antara sahabatnya.

“Eh korang perasan tak siapa yang ada kat sebelah Puan Zarina tu”Tanya Fira. “Weyh korang…handsomenya”kata Syirah teruja.

Hanis hanya buat tak tau sahaja tentang lelaki yang hadir bersama pensyarahnya “Peduli pula aku dia handsome ke tak”

“Ish kau ni aku cakap je mana tau kot-kot kau tertarik ke”

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini akan ada pelajar baru yang akan mengikuti kelas kita pada hari-hari seterusnya”kata Puan Zarina dan menyuruh pelajar lelaki tersebut untuk memperkenalkan diri.

'Pelajar baru diperkenalkan oleh Puan Zarina sendiri..bukannya dorang datang sendiri kenalkan diri pun sekali ke'desis Hanis.

“Hai saya Haris Helmy dan saya baru beberapa hari berpindah ke kawasan ini. Saya harap awak semua boleh beri tunjuk ajar kepada saya” pelajar perempuan mula tersenyum-senyum dan ada yang menunjukkan tangan yang ingin meminta nombor telefon.

Tetapi tidak pula mereka bertiga yang hanya memandang.Fira dan Syirah juga tidak mengambil kisah tentang pelajar tersebut kerana masing-masing sudah mempunyai buah hati tidak pula kepada Hanis yang memang terkenal dengan sikapnya yang dingin terhadap lelaki.

“Okey Haris awak boleh duduk di tempat kosong yang ada.”kata Puan Zarina

‘Janganlah dia duduk kat sebelah aku’bisik hati Hanis. Serentak dengan itu cepat-cepat dia dia meletakkan begnya di tempat duduk sebelah.

“Maaf awak kat sini kosongkan boleh tak saya duduk kat sini”entah kenapa Haris ingin mengenali wanita berkulit putih tanpa secebis senyuman yang tidak dia lihat sebaik dia masuk ke kelas bersama Puan Zarina.

‘Erm asallah dia datang sini’

“Aah kosong..tapi asal nak duduk sini kan banyak lagi tempat kosong yang lain.Pergilah duduk sana”dingin Hanis membalas. Haris hanya mampu tersenyum.

“Hanis tempat duduk sebelah awak kosongkan biar Haris duduk situ”kata Puan Zarina yang tidak mahu lagi membuang masa.

“Erm yelah”Hanis terpaksa mengalah apabila mendengar arahan daripada pensyarah mereka.Haris tersenyum kerana dapat duduk di sebelah Hanis.

“Baiklah kita akan meneruskan pembelajaran kita hari ini. Sila buka muka surat 152”kata Puan Zarina. Hanis yang tidak selesa apabila Haris duduk di sebelahnya cuba memberi perhatian sepenuhnya terhadap apa yang diajar oleh Puan Zarina.

......................................................................

“HANIS lepas habis kelas kau nak pergi mana-mana ke”

“Erm macam selalulah Syirah aku nak tolong Kak Ida kat kedai buku  dia tu. Tapi hari ni aku balik lambat sikit tau sebab Kak Ida kat banyak stok barang baru yang dah sampai.”

“Hanis kau berhenti jelah kerja tu kalau kau perlukan duit kau kan boleh minta dengan mama aku. Mama aku pun bukan orang lain dengan kau mak ngah kau sendiri. So tak payahlah nak malu-malu. Kalau mama tau kau kerja macam mana”tanya Syirah.

“Aku tak nak menyusahkan mak ngah lagi. Dah berapa lama aku dengan Kak Hanan tinggal dengan kau sekeluarga sejak daripada orang tua aku meninggal dunia lagi. Sekarang ni bila aku dah rasa aku boleh berdikari tambah pula Kak Hanan pun dah tinggalkan aku sorang-sorang kat dunia ni aku nak cari duit lebih untuk diri sendiri. Cukuplah mak ngah tanggung semua kos perbelanjaan aku study kat sini”

“Tapi..” Belum sempat Syirah meneruskan ayat. Tiba-tiba Hanis memotong percakapannya.

“Tolonglah Syirah aku tak nak menyusahkan kau  dan mak ngah lagi”

“Kalau mama tanya kau nanti ”

“Tak apa nanti aku bagitahu yang sebenarnya eh. Mak ngah tak akan marah punya kat aku. Aku kan anak saudara kesayangan dia.Hahaha” balas Hanis

“Eleh okey aku nak tengok mama marah kat kau ke tak”kata Syirah.

Sedikit sebanyak Syirah jatuh kasihan melihat Hanis. Sejak arwah ayah dan ibunya menghadap illahi akibat kemalangan jalan raya ketika umur Hanis 12 tahun dia, sejak itu Hanis dan Kak Hanan tinggal bersama dengan mama dan Syirah saudara yang paling rapat dengan mereka.Selepas beberapa tahun Kak Hanan pula meninggal disebabkan barah otak yang diialaminya sejak 3 tahun lepas.

Hanis reda dengan pemergian mereka walaupun pada mulanya agak susah untuk menerimanya. Apa yang pasti, kita yang masih hidup perlu meneruskan hidup seperti biasa.

“Erm okey kau balik dulu aku nak terus pergi kerja. ”Hanis berlalu selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Syirah.

......................................................................

“ASSALAMUALAIKUM mama”

“Waalaikumsalam..Hai penat sangat ke anak mama ni. Buat apa aje kat kolej tu”tanya Puan Maria kepada Haris yang terus meneguk air jus kepunyaannya sesudah memberi salam.

“Penatlah Haris jalan daripada kolej sampai ke rumah.”betapa dahaganya dia ketika itu lantas air Puan Maria  menjadi mangsanya.

“Mama suruh bawa kereta kamu tak nak. Kononnya nak jalan sambil cuci mata. Erm macam mana dekat kolej tadi okay tak”tanya Puan Maria.

“Erm okeylah mama ada budak perempuan ni cun ma tapikan susah nak bercakap dengannya. Masa Haris tanya nak duduk kat tempat kosong sebelah dia ada ke dia tanya kan banyak lagi tempat kosong kenapa nak duduk sini jugak.Haris tak jawab pun sebab mak long tolong Haris duduk kat situ”tersenyum Haris mengenangkan telatah Hanis tadi. Gadis tu seakan tidak selesa dilihatnya ketika dia duduk di situ.

“Senyum-senyum…Amboi baru tukar kolej dah jumpa awek baru.Ingat sikit Julia tu bakal tunang kamu nak campak mana. Kalau dia tahu Haris suka perempuan lain macam mana”

“Alah ma ni Haris tak naklah bertunang dengan Julia papa tu yang beria –ria sangat.Haris pun tak sukalah dengan perangai dia yang tergedik sana-sini. Haris layan dia pun sebab dia anak kawan papa je kan kalau tak tak adanya Haris nak layan Julia tu”

“Tapikan Haris, papa mesti marah kalau dia tahu Haris..”

“Erm okaylah ma Haris masuk bilik dulu nak rehat sebab kejap lagi nak keluar dengan kawan Haris”potong Haris malas mahu meneruskan perbualan.

......................................................................

“HAI awak”kata Haris kepada Hanis.

“Nak apa”kasar Hanis membalas.

“Jom lunch sama”ajak Haris penuh mengharap.

“Tak apalah saya dah ada kawan yang nak lunch dengan saya.Sorry pergi dulu”Hanis menarik tangan Syirah dan Fira persi dari situ.

“Tapi saya tak ada kawan”Hanis yang sudah jauh memaksa Haris untuk menjerit memanggil Hanis.

“Ada saya kisah awak ada kawan ke tak ada kawan.Dah jom weyh kita blah dah tak ada mood aku nak makan kat sini.”

‘Susahnya nak dekat dengan awak Hanis..tapi tak apa saya akan berusaha untuk mendekati awak’

“Hanis asal kau tak terima aja ajakan si Haris tu”

“Ish tak kuasa aku nak lunch dengan dia lagipun kau nak aku kena serang dengan peminat-peminat si Haris tu.” bukannya Hanis tak tahu bahawa Haris mempunyai ramai peminat dikalangan pelajar wanita nanti silap hari bulan dia yang kena serang dengan dorang semua. Sejujurnya Hanis tertarik dengan sikap Haris yang mudah mesra dan tingkah lakunya yang menarik perhatian pelajar perempuan di kolej mereka.

“Erm dah jom kita pergi makan kat warung Mak Jah tu”ajak Hanis.

“Ok jugak tu jom aku pun dah lapar tahap gaban ni”kata Syirah mengikuti langkah Hanis dan Fira yang sudah ke hadapan.

......................................................................

Beberapa minggu kemudian

Suasana kafe riuh rendah.Pelajar yang menuntut dikampus sedang mengisi perut mereka.Tidak ketinggalan juga Hanis yang sedang makan bersama Fira dan Syirah.
Mereka didatangi tiga orang perempuan yang merupakan pelajar kolej tersebut itu juga iaitu Julia dan teman-temannya Ria dan Farah.Dengan tidak disangka Julia menuang air bandung kepunyaan Fira ke atas kepala Hanis yang lengkap  bertudung dengan muka bengisnya.

“Woi perempuan aku tak nak tengok kau rapat dengan Haris mulai dari sekarang.Kau faham kalau tak taulah apa aku nak buat dengan kau.”pelajar-pelajar lain yang melihat sudah mula berbisik antara satu sama lain manakala Ria dan Farah mentertawakan Hanis yang sudah basah kuyup tudungnya.

“Weyh Julia engkau ni datang tak berjemput salam tak bagi sesuka hati kau je nak tuang air kat atas kepala  orang. Apa masalah engkau ha”kata Syirah geram melihat Hanis  diperlakukan sebegitu rupa.

“Hei kau diam eh aku tak ada urusan dengan kau. Urusan aku dengan perempuan miskin ni”kata Julia.

“Ok apa masalah kau sebenarnya. Datang-datang terus simbah aku dengan air”sabar Hanis melayan Julia.

“Aku ulang sekali lagi aku tak nak tengok kau rapat dengan Haris , HARIS HELMY kau faham sebab kita orang akan bertunang tak lama lagi. Aku tak nak sebab kau pertunangan kami batal”hancur hati Hanis apabila mendengar Julia dan Haris akan bertunang.

Airmata ditahan untuk tidak jatuh dihadapan Julia. Hanis tidak mahu nampak lemah dihadapan mereka sedaya upaya untuk tersenyum.

“Kalau aku rapat dengan Haris pun bukannya ada masalah pun.Korang pun belum bertunang lagikan.Tapi aku sebagai perempuan aku tak nak menghancurkan orang yang bakal mendirikan masjid walaupun korang just tunang kan apatah lagi kawan kolej aku.”sengaja Hanis ingin menyakitkan hati Julia.

“Ok aku tak akan rapat dengan Haris  dan aku tak boleh maafkan perbuatan Julia yang sesuka hati je nak simbah aku dengan air tadi.”

“So sebagai balasannya…”Hanis menyimbah air milo kepunyaannya di muka Julia. Tidak cukup dengan itu air bandung kepunyaan Syirah dituang pula keatas kepala Julia.“Rasakan.Baru pada dengan muka kau ni”kata Syirah.

“Ok nilah balasan aku terhadap engkau Julia. Aku tak akan tuang air ni kalau kau boleh cakap baik-baik dengan aku tak payah nak simbah bagai.”Julia yang sudah hilang sabar apabila mendengar suara-suara yang mentertawakannya ditambah pula dengan rambut yang sudah basah kuyup dan melekit terus menampar pipi Hanis. “Kau ni kan perempuan”kata Julia sambil menunding jari ke arah Hanis.

“Weyh Hanis ni memanglah perempuan lainlah kalau kau tu buta tak tahu mana satu perempuan mana satu lelaki”pintas Fira. Syirah tergelak melihat Julia.

Syirah dan Fira tidak menyangka Hanis akan akan bertindak sedemikian rupa.Hanis tidak duduk diam apabila dia ditampar oleh Julia malahan dia menampar Julia dua kali ganda.

“Weyh kau ingat perempuan macam aku ni lembik  ke apa sampai kau boleh sepak aku macam tu. Kau ingat sikit kau tu yang mulakan dulu. Kalau aku tak tahan memang dari awal kau makan penampar aku”
Pelajar-pelajar lain terkejut melihat perubahan Hanis yang bertukar menjadi garang. Manakala Ria dan Farah bertindak untuk mendiamkan diri sahaja. Takut jugak tengok Julia ditampar oleh Hanis.

“Dahlah aku malas nak nak layan kau lagi. Kau pergi balik lepas tu mandi eh dah serupa apa dah aku tengok”kata Hanis kepada Julia dan terus berlalu pergi bersama Syirah dan Fira.

“Arghhhhhhhhhh…kurang ajar punya perempuan”jerit Julia.

“Weyh kau tak sakit tekak ke hah asyik menjerit. Aku rasa kau patut berlakon cerita hantulah jerit-jerit kan sesuai tu untuk kau kan suka menjerit.hahaha”kata Fira yang mendengar jeritan Julia ketika mereka sedang melangkah pergi dari situ.

“Ria, Farah kau bawa aku balik rumah sekarang”jerit Julia kepada temannya.
Cepat-Cepat Ria dan Farah mengikuti langkah Julia.

......................................................................

“HANIS dahlah tu ramai lagi lelaki dekat luar sana. Sekali kau petik sepuluh yang mai tau tak”
Fira cuba menghidupkan suasana ceria diantara mereka bertiga.

“Aku kecewa tau tak Fira mana taknya bila aku dah mula rapat dengan Haris lepas tut up-tup dapat tahu dia nak bertunang dengan Julia. Aku mengaku sejak kes dia tolong aku hari tu aku dah mula tertarik dengan dia”sedih suara Hanis saat itu.

“Kau kan tahu aku mana pernah rapat dengan mana-mana lelaki sebelum ni”

“Aku sebenarnya dah pertimbangkan untuk jadi teman wanita Haris sebab aku tengok sepanjang tempoh yang aku rapat dengannya dia bersungguh-su gguh cuba menarik perhatian aku.Aku ingat dia tak macam lelaki lain yang nak ambil kesempatan tapi sekarang lepas aku tahu dia akan bertunang dengan Julia aku rasa dia tu sama je dengan lelaki lain.”

Syirah dan Fira membiarkan Hanis meluahkan perasaannya. Baru pertama kali rasa nak bercinta tapi tak menjadi. Syirah tahu Hanis begitu kecewa dengan Haris yang merahsiakan bahawa dia dan Julia akan bertunang. Memikirkan tentang itu dia menjadi geram sendiri kepada Haris yang merupakan sahabat kekasih hatinya dan Fira iaitu Zarif dan Zarul.

Tiba-tiba Hanis bersuara. “Aku nak keluar nak pergi popular korang temankan aku boleh tak”tanya Hanis penuh mengharap.

Fira dan Syirah hanya mengangguk tanda mereka setuju kerana mereka tahu di saat Hanis lagi sedih, kecewa atau pun tertekan popular menjadi tempat yang akan dia kunjungi untuk membeli novel.
Bagi Hanis apabila dia membaca novel, dia dapat melupakan semua masalah yang dihadapinya buat seketika kerana Hanis memang merupakan seorang yang suka membaca.Tidak pula bagi mereka.

“Jom  kita pergi sekarang”kata Hanis kepada mereka.

Sesudah sampai ke tempat yang dituju Syirah dan Fira hanya mengikuti langkah Hanis yang sedang membelek novel-novel yang terdapat di situ.
Ketika mereka sedang membelek majalah yang terdapat berdekatan dengan tempat novel yang diletakkan mereka mendengar suara Hanis .

“Aduh”

“Eh maaf cik saya tak sengaja. Saya minta maaf sangat-sangat”Haris cuba untuk membantu perempuan yang sedang menunduk tanpa disedarinya bahawa itu adalah Hanis.

“Maaf…..Awak ni buta ke tak nampak saya yang tengah berdiri kat sini.Punya banyak tempat boleh lalu kat tempat yang sempit ni jugak nak nak lalu.Awak ingat tak sakit ke pinggang saya ni hah.”balas Hanis dengan keadaan kepalanya masih menunduk menahan sakit akibat jatuh terhenyak dengan kuat.
Syirah dan Fira yang mendengar suara Hanis yang sedang marah lantas pergi ke tempat Hanis.

“Haris…”kata Fira. Tidak sangka mereka akan terserempak dengan Haris di situ.

“Eh Fira, Syirah korang buat apa”tidak sempat menghabis ayatnya Haris bagaikan tersedar bahawa orang yang dilanggarnya ialah Hanis.

“Hanis” serentak dengan itu Hanis memandang Haris,Fira dan Syirah yang berdiri dihadapannya.

Macam manalah dia boleh tidak perasan orang yang dilanggarnya ialah Hanis. Syirah dan Fira mana pernah keluar dengan kawan perempuan mereka yang lain melainkan Hanis.

“Hanis maaf..jom saya tolong awak bangun.Kalau sakit lagi pinggang tu mari saya bawak pergi klinik”kata Haris yang cuba memegang lengan Hanis.

“Jangan sentuh saya”tinggi suara Hanis menghalang perbuatan Haris yang cuba untuk membantunya.

“Korang tolong aku bangun”pinta Hanis kepada sahabatnya.

“Jom balik sekarang aku tak ada mood nak beli novel dah”kata Hanis serius. Lantas Hanis pergi bersama Syirah dan Fira yang meninggalkan Haris sendirian di situ. Haris yang menjerit memanggil Hanis tidak di endahkan oleh mereka.

‘Kenapa dengan Hanis.Selalu ok je’Haris hanya memandang langkah Hahis yang makin menjauh.
Terkejut Haris apabila bahunya ditepuk oleh Zarul. “Hoi asal kau berdiri macam patung kat sini.Kita orang cari kau daripada tadi”

“Tadi aku terserempak dengan Hanis, Syirah dan Fira”

“Hah…mana dorang”serentak Zarul dan Zarif bersuara.

“Dah balik”kata Haris

“Hah..dah balik. Aku tak tau pun dorang nak pergi popular”kata Zarif.
“Weyh memanglah kita ni special  boyfriend kawan-kawan Hanis tapi tak bermakna apa yang dorang nak buat apa or nak pergi mana-mana make sure kena report dulu kat kita”seru Zarul.

“Hah yang kau ni asal berdiri lagi kat sini”soal Zarul

“Aku peliklah asal Hanis macam nak tak je layan aku. Siap marah lagi masa aku nak tolong dia bangun”tanya Haris.

“Maybe kau ada buat salah kat dia kot”

“Maybe jugak ade benda yang kau rahsiakan daripada pengetahuan dia.Yelah korang bukan main rapat sejak kebelakangan ni.Kau pulak baru berapa hari lepas minta kau jadi special boyfriend dia kan.”kata Zarif.

‘Takkan lah’

“Jom balik sekarang”terus Haris melangkah laju meninggalkan popular.

“Woi kot ye pun tak payahlah laju sangat.Kau kejar apahah”jerit Zarul yang ketinggalan di belakang bersama Zarif.Nanti tak pasal kita orang ni kena tinggal dengan Haris.Harus ni bukan boleh dikira sangat.

......................................................................

Berkali-kali panggilan daripada Haris tetapi Hanis tidak mengendahkannya. “Arghh…” lantas dicampakkan nya telefon bimbitnyaa diatas katil setelah melihat Haris tak berhenti-henti menelefonnya. Teringat kembali di saat Haris menolongnya pada hari dia balik daripada kerja yang membuatkan hubungan dengan Haris yang semakin rapat.

Dipercepatkan langkahnya untuk sampai ke rumah. Waktu ni jugak tak ada teksi. Selalunya Syirah yang akan menjemputnya pulang daripada kerja tetapi memandangkan bahawa Syirah sudah memberitahunya bahawa dia akan keluar makan bersama Zarul pada malam itu terpaksalah Syirah menaiki teksi.
Hanis mengambil keputusan untuk jalan sahaja pulang ke rumah memandangkan sudah 30 minit menunggu teksi kerana hari sudah semakin gelap.Beg tangan dipegang erat.Tiba-tiba dirasakan lengannya ditarik kasar.

“Arghhhh..jerit Hanis.Melayang badannya saat lelaki yang bertopeng itu menampar pipinya.

“Kalau kau tak nak senyap aku tikam kau dengan pisau ni”

“Apa kau nak hah”jerit Hanis lagi.

“Kau bagi beg tangan kau sekarang kalaau kau nak hidup”

“Ta..tak..tak  boleh ni beg aku.Lagipun bukannya ada pun.Duit pun sepuluh ringgit je yang tinggal”tergagap-gagap Hanis membalas. ‘Mudah-mudahn dia percaya. Dahlah aku baru je dapat gaji untuk 3 bulan yang dia bekerja bersama Kak Ida selama ni. Senang-senang je nak bagi banyak handsome muka dia.’

‘Entah-entah muka dia memang tak handsome kot sebab tu ada pakai topeng. Sempat lagi aku ni.Astagfirullahalzim’

“Aku cakap cepat bagi. Kau ingat aku bodoh ke kau baru je dapat gaji tadi kan bos kau yang bagi. Aku dah lama perhatikan kau lah”gerun Hanis mendengar kata lelaki itu.

“Cepat kalau tak”jerit lelaki itu. Belum sempat menghabiskan kata seseorang telah bersuara.

“Kalau tak apa kau nak bunuh dia ke hah”jerit Haris.Eh bila masa pulak dia ada kat sini.Hanis melihat sebuah kereta Toyota Camry berwarna putih tidak jauh daripada tempat mereka berada sekarang. Mesti kereta si Haris ni tapi tak ada pulak aku dengar bunyi kereta.

“Kau siapa”tanya si perompak bertopeng tu.

“Perlu ke kau tahu siapa aku”  tanya Haris.

“Kalau kau tak nak kena belasah dengan aku baik kau lari sekarang”kata Haris

“Hahaha…Kalau aku tak nak kau nak buat apa”soal lelaki itu.Hanis hanya melihat perbalahan di antara dua orang lelaki itu.

“Kalau kau tak aku terpaksa belasah kau sampai pengsan dan lepas tu aku akan hantar kau kepada pak cik aku. Kau nak tak”tanya Haris.

“Hahaha..pak cik? Siapa pak cik kau”soalnya.

“Asal banyak tanya sangat kau ni.Nak tau sangat pak cik aku tu bekerja sebagai polis.Biar dia tangkap kau lepas tu kau meringkuk dalam penjara.”

“Ada lagi soalan yang kau nak tanya aku”

“Aaa..”terus lelaki tu melarikan apabila mendengar perkataan polis. Erm takutlah tu.

Haris mendapat Hanis yang berada di tepi jalan. “Hanis awak tak ada apa-apa”

“Erm saya okey.Terima kasih”ucap Hanis.

“Yang awak jalan sorang malam-malam ni kenapa.Kenapa tak ajak kawan temankan.”

“Saya baru balik daripada kerjalah”

“Oh okey jom saya tolong hantar awak balik”

“Kejap macam mana awak ada boleh ada kat sini”

“Saya lalu sini sebab nak balik rumah saya.Tup-tup nampak perempuan yang gaya-gaya macam nak kena rompak. Tak tahu pulak awak”kata Haris

“Eh jomlah saya hantar awak balik”Hanis terpaksa menerima pelawaan Haris walaupun tidak selesa memandangkan hari semakin gelap dan titisan hujan mula turun.
Semasa berada dalam kereta Hanis sempat menanyakan sesuatau kepada Haris.

“Awak betul ke pak cik awak polis”

“Hai ingatkan dah tak ada suara nak bercakap”usik Haris.

“Tak nak cakap sudah”

“Merajuk ke cik kak”

“Saya merajuk”Hanis menunjuk kepada dirinya. “Pleaselah tak ada masa nak merajuk dengan awak.Jangan perasanlah.”lantas Hains memalingkan muka ke luar tingkap.

“Erm siapalah saya ni”kata Haris dengan nada sedih. Melihat Hanis yang tak memberi tindak balas dengan ucapannya Haris memberitahu Hanis.

“Okey pak cik saya tak ada sorang pun yang kerja sebagai polis. Saya saja je menipu perompak tadi tu”

“Ohh..erh awak rumah saya depan tu.By the way terima kasih sekali lagi tolong saya”ucap Hanis apabila Haris sudah memberhentikan kereta dihadapan rumahnya.

“Erm kasih diterima”perlahan Haris mengucapkannya.

“Apa awak cakap”tanya Hanis.

“Eh tak ada apa. Saya cakap sama-sama”

“Oh oklah saya masuk dulu.Assalamualaikum.Bye”ucap Hanis.

Peristiwa itulah yang membuatkan mereka semakin rapat.Tetapi berita yang didengar daripada mulut Julia menghancurkan hatinya disaat perasaan sayang dan cinta terhadap Haris mula bercambah.
“Arghh…malas aku nak fikir.Tidur lagi bagus”lantas Hanis menutup lampu bilik tidurnya.

......................................................................

“ABANG”panggil Tasya.

“Ye kenapa”tanya Haris.

“Asal adik tengok abang asyik ke hulur ke hilir dengan telefon bimbit abang tu. Siapa yang abang call”tanya Tasya.Pelik melihat perangai abangnya dulku tak pernah pun macam ni.

“Abang tengah call kawan abang daripada tadi dia tak angkat”

‘kawan? Kawan perempuan ke.kalau lelaki tak adalah perangai abangnya begini’

“Oh biasalah tu mungkin dia dah tidur kot”tersenyum Tasya membalas.

“Tapi biasanya dia angkat phone kalau abang call”

“Abang buat apa kat dia entah-entah dia tengah marah sebab tu tak angkat call daripada abang”

“Mana ada abang buat apa-apa kat dia.”

“Kawan abang perempuan ke lelaki”tanya Tasya ingin tahu.

“Perempuan”sepatah perkataan keluar daripada mulut Haris .

“Alah yang abang dok risau sangat ni kenapa”

“Mahunya tak risau.Walaupun kita orang ni rapat tapi Hanis still lagi belum bagi jawapan kat abang”
‘Oh Hanis namanya. “Jawapan apa bang”tanya Tasya.

“Jawapan untuk terima abang jadi kekasih dialah.Apalah Tasya ni tu pun tak tau”eh salah aku pulak.Tapi abang ni tak kisah ke bagi tahu aku pasal hal ni.Ke abang Haris ni tak sedar.

“Asal salahkan Tasya pulak.Memang Tasya tak tahu pun pasal ni.Abang rela ke bagi tahu Tasya yang abang suka kat kak Hanis”soal Tasya.

“Erk”lama Haris terdiam.

“Ha kantoi sudah”

“Tasya promise dengan abang jangan bagi tahu mama dan papa dulu tau”pinta Haris.

“Kenapa pulak”

“Alah nanti banyak masalah lah”bukan boleh diharap sangat si Tasya ni. Nanti tak pasal papa mengamuk.

“Papa kan dah rancang pertunangan abang dengan si Julia gedik tu.”

“Julia gedik ? hahaha. Ok Tasya janji sebab Tasya pun tak nak kakak ipar macam dia.

Apalah papa ni nak abang Haris tunang dengan anak kawan dia tu. Julia tu dahlah macam-macam perangai dia ada. Kasar,gedik , pakai baju tak cukup kain dan paling tidak disukai oleh Tasya ialah sikap Julia yang suka meghina orang.Taulah anak orang kaya tapi tak perlu nak hina orang-orang yang bekerja di kedai-kedai makan seperti peristiwa hari itu.

Senang sahaja mulutnya menghina pekerja restoran yang tidak sengaja tertumpahkan air di atas meja tempat Julia dan rakannya makan. Itupun secara kebetulan Tasya ada di restoran itu.

“Eh kejap kawan kolej abang eh”

“Aah”

“Kalau macam tu mak long mesti kenal kan dengan kak Hanis tu”

“Erm kenal. Mak long yang tolong abang duduk sebelah Hanis dalam kelas masa first time abang masuk kolej tu”jawan Haris sambil tersenyum bila mengingati perkara itu.

“Mak long tahu abang suka kak Hanis tak”

“Tahu. Mak long orang pertama yang tahu”

“Ohhh..erm oklah abang jangan risau ok. Tasya masuk bilik dulu mengantuk dah.Bye”

......................................................................

Keesokan paginya Hanis melihat terdapat lebih daripada 20 missed call daripada Haris.
“HISHHH apa lagilah yang dia nak”

Hanis malas mahu mengambil peduli lantas ditinggalkan telefon bimbitnya dirumah dan keluar bersama dengan Syirah untuk ke kolej.

Sesampai sahaja di sana Hanis sudah melihat kereta Haris yang sudah diparking di tempat yang disediakan. Haris dilihatnya sedang berdiri dihadapan bersama dengan Zarul dan Zarif. Haris nampaknya sedang menelefon seseorang dan tidak menyedari kehadirannya.
Hanis mengajak Syirah melalui jalan lain sementara Haris tidak nampak kelibat mereka.

“Fuhh nasib baik dia tak nampak”kata Hanis.

“Kau lari daripada siapa ni”

“Daripada buaya tu lah”

“Buaya ?”

“Ish kau ni siapa lagi kalau bukan Haris tu buat-buat tak tahu pula”Syirah tersengih..

“Asal kau panggil dia buaya”tanya Syirah.

“Kau ni buat-buat tanya pulak. Apa namanya kalau dah nak bertunang tapi still mintak aku jadi kekasiih dia”geram Hanis dengan pertanyaan Syirah.

“Ohh..beb aku nak pergi tandas sekejap kau pergilah masuk kelas dulu eh”

“Alah time ni jugak kau nak tandas..Yelah aku pergi dulu”

“Ermmmm nasib baik tak ramai orang lagi.” Cuma kelihatan beberapa pelajar yang sedang membaca buku.
Sementara menunggu kelas bermula lagi 30 minit lagi Hanis mengambil keputusan untuk meletakkan kepala di atas meja.Tiba-tiba terasa pening.Mungkin akibat tidur lambat melayan perasaan.

“Hanis mendengar bunyi kerusi disebelahnya ditarik.”

“Weyh apasal lamb…”Hanis terdiam melihat Haris yang berada di sebelahnya.Ingatkan Syirah.
Syirah ni manalah pulak kalau dia ada biarlah dia yang jawabkan untuk aku bagi soalan si Haris ni.

“Kenapa”tanya Haris. Hanis hanya mendiamkan diri malas mahu melayan Haris.

“Hanis”panggil Haris.Tidak pula diendahkan.

“Hanis kenapa awwak diam”panggil Haris kali kedua.

“Han”ingatkan dia akan diam kalau aku senyap ni tak.

“Hanis..Hanis awak nak apa yang sebenarnya hah”kasar suara Hanis. Rimas tau tak.

“Kenapa mengelak daripada saya”bukannya dia tidak melihat Hanis menarik tangan Syirah untuk melalui jalan lain hanya kerada dia berada di laluan yang sama.

“Saya call awak semalam kenapa tak angkat. Tadi pun saya call awak tak angkat”soal Haris. Oh call aku rupanya…

“Perlu ke saya angkat”soalan Haris dibalas dengan soalan.

“Hanis kenapa awak berubah ni. Sebelum ni awak okey je layan saya”

“Saya ? Saya berubah. Saya tak berubah cuma keadaan yang memaksa saya untuk berubah”

“Maksud awak” berkerut dahi Haris. Hanis hanya membuat muka selamba.

“Lu pikirlah lah sendiri.Dah jangan kacau saya”terus Hanis meletakkan kepala kembali di atas meja.

“Hanis”Haris pelik dengan Hanis dan memanggil semula Hanis.

“Kan saya dah cakap jangan kacau saya lagi. Awak  ni tak faham bahasa ke. Bentak Hanis. “Orang dahlah pening saja nak tambahkan pening orang.” Perlahan Hanis berkata tetapi masih mampun didengar oleh Haris.

“Awak pening. Jom saya bawa awak pergi klinik” risau pula dengar Hanis cakap pening.

“Haris awak boleh diam tak. Lagi awak ada dekat sini lagi saya pening tau tak”ishh tak faham bahasa betullah.

“Haris biarlah dia tenang dulu”celah Syirah yang baru sahaja sampai.

“Tapi”

“Shutt..Encik Zamri dah masuk tu”kata Syirah dan memanggil Hanis untuk bangun. Hanis tidak mengambil peduli lansung dengan Haris sepanjang hari itu.

Haris pula tidak dapat memberi sepenuh perhatian terhadap pembelajaran tadi kerana runsing memikirkan masalah diantaranya dengan Haris.

“Hanis”panggil Haris ketika melihat Hanis yang mahu keluar selepas selesai kelas Encik Zamri.

“Hanis tunggulah saya”Haris manghalang Hanis daripada terus berjalan dan menyebabkan Hanis terpaksa berhenti.

“Hai Haris…jom teman I pergi makan”celah Julia sambil memeluk lengan Haris. Entah dari mana dia datang.
Hanis melihat Haris cuba meleraikan pegangan Julia di tangannya.

“Erm saya pergi dulu..Syirah jom blah”ajak Hanis tak sanggup melihat Julia yang tergedik-gedik dengan Haris.

“Awak”jerit Haris.

“Erm dia dah pergilah Haris”kata Julia.

“Apasal dengan you ni hah. Datang-datang peluk lengan  I. You ingat you tu siapa”soal Haris kasar.

“Eh lantak I lah nak peluk lengan you. You kan bakal tunang I”

“Perkara tu tak akan terjadi. I tak cintakan you dan I hanya boleh anggap you sebagai kawan. I akan cakap dengan papa untuk batalkan pertunangan ni”

“You jangan nak pandai-pandai buat keputusan sendiri I tak akan setuju untuk batalkan”bentak Julia.

“Apa yang you suka dengan perempuan kampung tu hah dah lah miskin baik you dengan I”

“Lantak you lah nak cakap Hanis tu kolot ke perempuan kampung ke tapi bagi I dia lagi baik daripada you walaupun dia miskin I tetap tak nak bertunang dengan you”Haris terus melangkah pergi meninggalkan Julia keseorangan di situ.

“Harisssss”jerit Julia tetapi Haris tidak mengendahkan panggilan Julia.

Satu cara untuk mengetahui perubahan Hanis adalah berjumpa dengan Fira kerana pada masa sekarang Syirah lagi bersama dengan Hanis dan dia akan mengambil peluang untuk berjumpa dengan Fira. Dia mesti tahu apa yang terjadi.

Haris menghubungi Zarif unntuk menanyakan keberadaan Fira.

“Ha Haris ada apa cari kau Fira”tanya Zarif selepas Haris duduk dihadapannya.

“Aaahlah ada apa kau cari aku”soal Fira.

“Fira aku nak tanya pasal Hanis. Kau mesti tahukan pasal apa dia selalu mengelak dari aku sejak kebelakangan ni”

“Tolong bagi tahu aku apa yang terjadi sebenarnya.”soal Haris apabila melihat Fira hanya mendiamkan diri.
“Fira”

“Erm susahlah aku nak cerita kat kau”

“Fira bagi tahu jelah Haris apa yang terjadi. Saya pun nak tahu jugak”kata Zarif.

“Baiklah. Macam ni hari tu masa kita orang bertiga tengah lunch kat kafe Julia datang marah-marah dekat Hanis. Dia tak nak Hanis dekat dengan Haris.”

“Kalau dia marah perlahan tu oklah jugak ni tak dia marah sampai satu kafe dengar. Yang tak patutnya masa dia datang tu dia terus tuang air kat atas kepala Hanis. Mestilah Hanis malu kan.” Julia memang tak patut desiss hati Haris.

Geram Haris mendengar cerita Fira. “Apa yang Julia cakap”

“Dia cakap kau dengan dia akan bertunang tak lama lagi. Betul ke”tanya Fira.

“Erm papa aku yang nak aku tunang dengan si Julia aku tak nak pun.”

“Kau kena terangkan perkara ni dekat Hanis sebab kalau kau nak tahu dia asyik panggil kau buaya je”

“Hah kenapa pulak”

“Sebab benda ni pernah jadi kat kakak dia. Tapi kakak dia dapat tahu teman lelaki dia tu dah bertunang dan kak Hanan putuskan hubungan mereka. Makan masa jugak Hanis nak pujuk kakak dia. Tapi sekarang kakak dia dah dah tak ada meninggal sebab barah otak 3 tahun lepas.”terang Fira.

“So terangkan kat dia baik-baik. Ni lah sebabnya Hanis selalu dingin dengan lelaki sebab dia tak nak terpedaya dengan janji manis lelaki ni semua.”kata Fira sambil memandang kearah Zarif.

“Asal awak pandang saya macam tu”soal Zarif.

“Kenapa tak boleh ke saya nak pandang awak. Awak kan teman lelaki saya”usik Fira.

“Tak adalah cara awak pandang saya macam saya ni lelaki yang macam tu pulak”

“Hahaha…awak ni memandai je”hampir-hampir Zarif dapat meneka apa yang terlintas di fikiran Fira.

“Thanks Fira aku pergi dulu”ucap Haris.
  .......................................................................................

“UNCLE Hasyim tanya kat papa apa yang Haris buat dekat Julia sampai Julia menangis”tanya Encik Badrul. Ketika itu mereka sekeluarga sedang makan bersama.

“Menangis ? Mana ada Haris buat apa-apa”

“Uncle Hasyim ada bagitahu papa Julia kata dia menangis ada kena mengena dengan pertunangan kamu berdua”

“Ohh..Haris cakap Haris tak nak bertunang dengan dia”selamba Haris menjawab pertanyaan papanya sambil meneruskan suapan.

“Yang kamu cakap macam tu tiba-tiba  kenapa. Kan papa dah bersetuju untuk tunangkan kamu dengan Julia”bentak Encik Badrul.

“Papa tak kira papa nak kamu tetap bertunang dengan Julia”marah Encik Badrul.

“Dahlah papa, papa yang bersetuju tapi Haris tak bersetuju pun dengan pertunangan ni. Papa main buat je keputusan sesuka hati papa tanpa tanya persetujuan Haris. Haris tak suka”Haris melawan kata papanya.
Semua terdiam mendengar suara Haris yang berani melawan kata Encik Badrul.

“Papa tolonglah jangan masuk campur hal peribadi Haris. Selama ni Haris ikut semua kata papa. Papa suruh Haris masuk sekolah asrama Haris ikut. Papa suruh amibil jurusan yang papa nak masa Haris masuk kolej. Then sekarang papa nak Haris bertunang dengan Julia pulak.”tempelak Haris.

“Banyak lagi perkara yang papa nak semua orang dengar cakap papa. Kak Lia pun papa yang pilih sekolah apa, kolej mana yang dia masuk, jurusan apa yang patut dia pilih, suami pun papa yang carikan. Tapi nasib baik Kak Lia bahagia dengan Abang Hadi.”

“Papa pun tak pernah tanya Tasya kan apa yang dia nak. Papa hantar dia pergi kolej pilih jurusan yang memang dia tak suka. Haris tahu sebab Tasya selalu mengadu dekat Haris cakap dia tak boleh bawak jurusan tu.”kata Haris menjatuhkan pandangan kearah Tasya. Dilihatnya Tasya hanya menundukkan kepala sedari tadi.

“Tapi ada dia bantah. Tak adakan sebab dia ikut lagi suruhan papa”Haris meluahkan perasaannya yang terbuku selama ini.” Encik Badrul terdiam mendengar kata anaknya.

“So untuk kali ni sahaja Haris minta papa berbincang dengan Uncle Hasyim untuk batalkan pertunangan kami.”

“Tapi macam mana perasaan Julia nanti kalau dia buat hal yang tak elok kita jugak yang susah”

“Papa hanya fikirkan perasaan Julia sahaja tapi perasaan anak papa sendiri papa tak ambil peduli. Kalau macam tu terserah papa lah kalau papa tetap jugak nak Haris tunang dengan Julia.”malas Haris mahu bercakap dengan Encik Badrul lagi lantas dia keluar daripada rumah. Tujuannya untuk ke rumah Hanis.
Tasya dan Puan Maria berasa kesal dengan sikap Encik Badrul lantas masing-masing meninggalkan Encik Badrul bersendirian di ruang makan.

......................................................................

“Hanis tu Haris  ada kat luar nak jumpa kau. Pergilah jumpa dia. Dia nak ajak keluar nak selesaikan masalah korang”

“Alah malaslah Syirah. Apa lagi yang dia nak jelaskan”

“Fira kata ni bukan salah Haris kalau kau tak nak menyesal baik kau jumpa dia. Dengar dulu penjelasan dia” nak pergi ke tak nak desis Hanis.

“Erm yelah aku pergi”Hanis mengambil masa 5 minit untuk bersiap ala kadar.

Sementara itu “Haris…Hanis akan ikut kau keluar tapi kau jangan bawa dia balik lambat sangat”kata Syirah memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.

“Ok”lega Haris mendengar Hanis sudi berjumpa dengannya.

“Jom cepat pergi cepat balik”kata Hanis yang sudah keluar. Tidak dipandang langsung muka Haris. Haris terasa dengan sikap Hanis.

Haris membawa Hanis ke kedai makan yang berdekatan.

“Ok awak nak cakap apa saya tak boleh lama-lama”tanya Hanis.

“Kalau ye pun pandanglah saya”kata Haris. Hanis sejak tadi melarikan pandangannya daripada melihat Haris. “Dah benci sangat ke awak dengan saya”tanya Haris.Hanis hanya diam sahaja.

“Hanis..please say something”

“Haris awak nak saya cakap apa pleaselah awak nak cakaplah sekarang  apa yang penting sangat awak nak bagi tahu saya”

“Erm baiklah”Haris mengalah dengan sikap Hanis. “Pasal hal pertunangan saya dengan Julia. Awak janganlah salah faham dengan apa yang Julia cakap kat awak”

“Salah faham? Pertunangan awak dengan Julia tu salah faham awak cakap. Julia tak akan bagi tahu orang ramai kat kafe hari tu kalau memang tak adanya pertunangan antara korang berdua”bidas Hanis.

“Awak dengar dulu”

“Pertunangan ni papa saya dengan papa Julia yang rancang. Mereka nak satukan kami tapi tak nak. Saya tak suka pun Julia. Kalau awak tak percaya awak boleh tanya Puan Zarina”

“Kejap apa kena mengena dengan Puan Zarina pulak”pelik Hanis tiba-tiba nak tanya Puan Zarina.
“Puan Zarina tu mak long saya. Dia memang rapat dengan saya. Mak long pun tahu saya tak suka dengan pertunangan yang papa rancangkan selain daripada adik dan mama saya sendiri. Saya dah berterus terang dengan papa saya bahawa saya tak nak bertunang dengan Julia dan saya suruh papa saya berbincang dengan papa Julia lagipun saya dah ada orang yang saya sayang”kata Haris sambil memandang tepat kearah Hanis.

“Hanis awak tahukan saya hanya sayang awak sorang sahaja”kata Haris memandang sayu kearah Hanis.
“Tapi…

“Tapi apa awak masih tak percaya dengan saya”tanya Haris.

“Bukan..maksud saya kalau papa awak tak nak batalkan rancangan pertunangan ni macam mana”soal Hanis. Hanis rasa bersalah bertindak melulu menghukum Haris.

Berkerut dahi Haris mendengar pertanyaan Hanis. Tidak tahu untuk menjawab bagi pertanyaan Hanis tadi. Lagu Tanpa dari telefon bimbit Haris  kedengaran dan Haris meminta izin untuk menjawab panggilan daripada adiknya.

“Assalamualaikum Tasya”Haris memulakan perbualan.

“Waalaikumsalam.Abang kat mana ni”

“Abang kat kedai makan dengan Kak Hanis”Hanis melihat Haris ketika namanya disebut.

“Abang”kedengaran suara sedih Tasya.

“Tasya kenapa ni”risau pulak dengan adiknya tadi.

“Papa…”Tasya meleretkan suaranya.

“Kenapa dengan papa…Tasya jangan bagi abang takut”soal Haris cuak bila mendegar papa disebut.

“Tadi papa dah call Uncle Hasyim bincang pasal abang dengan Kak Julia.”

“Uncle Hasyim cakap…”

“Cakap apa”Haris memintas.

“Abang boleh sabar tak orang tak habis cakap lagi”geram Tasya dengan sikap abangnya yang tidak reti bersabar.

“Uncle Hasyim cakap dia akan bagitahu dengan Julia kalau memang abang tak nak teruskan pertunangan ni. Dia tak marah pun tapi tak tahu pulak reaksi Julia nanti”

“Ya Allah betul ke ni..bila papa call uncle Hasyim”tanya Haris teruja.Hanis hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Haris.

“Tadi masa abang keluar rumah, Tasya dengan mama terus mogok dengan papa. Maybe sebab tulah papa terus call uncle Hasyim tu..”

“Erm oklah Tasya thanks bagi tahu abang cepat-cepat. Nanti abang balik rumah.Bye”kata Haris sambil tersenyum.

Apa yang seronok sangat si Haris ni..desis hati Hani. “Kenapa tadi”soal Hanis.

“Papa dan Uncle Hasyim, papa Julia dah bersetuju untuk batalkan pertunangan kita orang.”kata Haris sambil tersenyum penuh makna.

“So…”

“So kiranya awak bolehlah terima saya sebagai kekasih awak. Saya tahu awak pun sayang and cintakan saya kan. Syirah dah bagi tahu perasaan awak terhadap saya.”hah Syirah ni memang nak kena. Tapi bagus jugak tak payah aku nak mengaku depan Haris…malu beb..

“Tapi macam mana dengan Julia..dia kan suka sangat kat awak”tanya Hanis.

“Tapi saya tak suka dia..biarlah Uncle Hasyim yang pujuk dia. Papa dia pun tak marah tau”

“Hanis…let me be your lover please”penuh mengharap Haris bertanya.

“Diam tandanya setuju”kata Haris.Hanis hanya menganggukkan kepala.

“Is it yes”tanya Haris.Hanis tidak mampu untuk bersuara. Hanya anggukan menjadi jawapan kepada persoalan Haris.

“Yesss...”jerit Haris. Alangkah gembiranya Hanis sudi jadi kekasih hatinya.

“Kejap”serius muka Haris ketika itu.

“Saya nak tanya awak satu soalan”

“Soalan apa”tanya Hanis.

“Kenapa awak sanggup panggil saya buaya”tanya Haris. Mukanya yang kelihatan serius membuatkan Hanis tergelak.

“Yang awak gelak ni kenapa orang tengah serius dia boleh gelak pulak”tempelak Haris. Geram Haris dengan Hanis yang sedang ketawa.

“Hahaha”soalan itu yang dia nak tanya. Ingatkan serius manalah sangat soalan tu.

“Hanis”panggil Haris melihat Hanis yang tidak sudah-sudah ketawa.

“Janganlah gelak”kata Haris.

“Ok ok. Takdelah saya selalu gelarkan orang yang suka menipu dan menyukai orang lain pada masa yang sama dia sudah ada kekasih, tunang or isteri ni buaya. So awak pun termasuklah”

“Tapi walaupun Julia hampir ditunangkan dengan saya saya tetap tak cintakan dia. Saya Cuma cintakan awak”kata Haris tidak mahu mengalah.

“Ye saya tahu. Sorry sangat sebab tuduh awak macam tu”Hanis memohon maaf sambil memberikan senyuman yang paling manis yang dirasakan kepada Haris.

Terpegun Haris melihat seyuman Hanis.

“Please jangan senyum macam tu..nak gugur jantung saya tahu tak”

“Kalau gugur tak dapatlah saya kawin dengan awak”hahaha usik Hanis.

“Kenapa pulak”hairan Haris dengan soalan Hanis.

“Yelah kalau jantung awak gugur kiranya awak dah matilah eh. Then saya nak kahwin dengan siapa”

“Ohh..mainkan saya eh”kata Haris. Ingin sahaja dia mencubit pipi tembam Hanis.

“Hahaha..saya gurau jelah. Eh dahlah jom hantar saya balik. Dah lewat sangat ni”ajak Hanis.
“Ok jom”


Sepanjang perjalanan pulang Haris tak berhenti-henti tersenyum.

“Haris cukuplah senyum tu tak lenguh ke pipi asyik tersenyum daripada tadi.

“Ala biarlah saya tengah gembira ni. Ok dah sampai.”

“Ok saya keluar dulu eh..bye”

“Hanis”Haris menahan Hanis.

“Esok saya jemput awak pukul 10 pagi eh. Kita pergi jalan-jalan eh sayang”kata Haris.

“Erk..erm ok saya keluar dulu”terbuai Hanis bila mendengar Haris memanggilnya sayang.Tidak lekang senyuman daripada Hanis. Pelik Syirah melihatnya. ‘Erm esok jelah tanya aku dah mengantuk.’
Hanis mendapat mesej daripada Haris setelah dia selesai menunaikan solat isyak.

‘Goodnight sayang..jangan lupa mimpikan saya. Love you ’ pesanan ringkas daripada Haris dibaca berulang-ulang kali. Ahh…indahnya perasaan ini..

Hanis tidur dengan lena dan tidak sabar menanti hari esok untuk berjumpa dengan Haris. Tak sangka romantik jugak si Haris ni..desis Hanis..Sungguh dia terasa amat bahagia. Akhirnya Hanis hanya mampu tersenyum sahaja….






4 comments:

  1. mmg terbaik..nnti rajin lh tulis cerpen lg...

    ReplyDelete
  2. *HOKIBET
    *BUKATOGEL.COM
    *DAFTAR
    *REFERRAL
    *BUKU MIMPI
    *PREDIKSI

    * Potongan/Discount Bukatogel.com :
    * 2D : 29% = Rp. 70.000
    * 3D : 56% = Rp. 400.000
    * 4D : 65% = Rp. 3.000.000

    * BBM : 7boc7177
    * HP/SMS : +639277025291

    ReplyDelete
  3. salam saya faezah...shiera tak nak terbitkan buku ke?

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D