Thursday, 28 May 2015
CERPEN SERIES : MARISSA DAMIA (4)
*****
“Assalamualaikum”ucap Mia.
Mia melangkah masuk ke dalam rumah.Kelihatan Datin Shafiya dan Lisa di ruang tamu itu. Mereka sedang menonton televisyen.
“Waalaikumussalam”balas mereka serentak.
“Seronok keluar”tanya Lisa mengusik.
“Errr…bolehlah”balas Mia.
“Mia keluar dengan siapa..” soal Datin Shafiya.
“Dengan kawan ma”
“Kawan lelaki ke perempuan” usik Lisa. Mia menjegilkan matanya.Datin Shafiya tersenyum.
“Keluar pergi mana tadi”soal Lisa lagi apabila Mia tidak menawab pertanyaan Lisa.
“Amboi kau..dah macam penyiasat pulak aku tengok” kata Mia.
“Elehhh nak mengelatlah tu”
Mia tidak mengendahkan apa yang dikata oleh Lisa.
“Eh..abang mana. Tak nampak pun”
“Tidur dalam bilik. Mengantuk katanya”balas Lisa.
“Mama..Mia masuk bilik dulu eh..Nak mandi”..
“Pergilah dah semerbak bau kau”usik Lisa lagi. Mia menjeling kepada Lisa.
Datin Shafiya tersenyum melihat telatah mereka berdua.
*****
Selepas pulang dari keluar bersama dengan Fariz tadi Mia hanya terperap di dalam bilik. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Dia membersihkan diri sebelum menunaikan solat maghrib.
Setelah selesai solat Mia melangkah keluar dari biliknya menuju ke arah dapur.
“Baru turun anak mama ni”kata Datin Shafiya.
“Mama dengan Mak Kiah masak apa ni. Boleh Mia tolong”pinta Mia.
“Tak payahlah dah nak siap dah ni”kata Mak Kiah. Dia tahu Mia seorang anak yang rajin dan mendengar kata.
“Masak apa ma”tanya Mia.
Datin Shafiya tersenyum melihat Mia yang masih berdiri di sebelahnya.
“Makanan kegemaran Mia, Mika dan Lisa” jawab Datin Shafiya.
“Wahhh..bestnya. Mama memang terbaik”Mia memeluk bahu mamanya.
“Abang dengan Lisa mana ma.”
“Diorang baru balik tadi. Ada dalam biliklah tu tengah solat rasanya”
“Mama..Mia ada benda nak bagi tahu semua orang”
“Mia nak bagi tahu apa”
“Kita tunggu semua orang ye mama.”
“Mia nak kahwin eh”sampuk satu suara yang tidak asing lagi.
“Kalau nak mencelah tu cuba bagi salam..Tahu-tahu dah muncul.”kata Mia.
Mikael senyum mendengar bebelan adiknya.
‘Tapi macam mana abang tahu aku nak cakap pasal kahwin’
“Okay sudahhh..mama dah tak sabar nak tahu apa yang Mia nak cakapkan. Makanan dah siap dah ni. Jom kita makan dulu. Lepas tu baru kita berborak..”ajak Datin Shafiya.
Lisa membawa dua pinggan buah-buahan ke ruang tamu. Dia menempatkan dirinya di sebelah suaminya.
“Mia nak cakap apa tadi”soal Datin Shafiya.
Semua mata tertumpu kepada Mia.
“Err..mama tadi Mia keluar dengan Fariz..”
“Tahu..abang yang bawa Mia tadi kan”celah Mikael.
Lisa memberi isyarat supaya Mikael diam.
“Mia bagi tahu mamalah”
“Siapa Fariz tu Mia..kekasih Mia ke”soal Datin Shafiya.
“Ehh..bukan mama. Tapi dia..dia kata dia nak masuk meminang Mia”
Mereka semua yang berada di situ tersenyum. Mia bakal mendirikan rumah tangga.
“Dia kata keluarga dia akan datang meminang Mia minggu depan selepas dia balik dari outstation. Boleh ke mama.”ujar Mia.
“Bolehlah..apa salahlah.. Kalau Mia pun dah setuju. Mama tak kisah”balas Datin Shafiya.
“Mama tak marah ke”soal Mia teragak-agak.
“Mia ni..mama nak marah kenapa pulak. Mia nak kahwin kan. Umur Mia pun dah sesuai untuk Mia kahwin tau. Betul tak mama”tanya Mikael.
Datin Shafiya tersenyum. Sunyilah nanti rumah mereka apabila Mia berkahwin nanti.
Mia membalas senyuman mamanya.
“Ermm..tak sabar aku nak tengok kau kahwin Mia. Nak tengok suami kau tu.”
“Handsome Fariz tu kalau Lisa nak tau”
“Betul ke”Lisa menunjukkan sifat terujanya.
“Amboi dia pula yang melebih eh”sindir Mikael.
“Alah abang ni..handsome macam mana pun abang tetap yang paling handsome dalam hati Lisa” Lisa mengangkat-angkat kening.
Mereka tergelak dengan telatah Lisa.
*****
Jam menunjukkan pukul tiga setengah pagi. Mia berpaling ke sebelahnya. Fariz masih lagi lena tidur. Dadanya yang terdedah berombak dengan tenang. Sudah lebih tiga bulan mereka menjadi pasangan suami isteri. Mia melabuhkan bibirnya ke dahi Fariz.
Langsir yang menutup pintu gelangsar dikuar selebar mungkin. Membiarkan angin dingin masuk ke dalam kamar mereka. Meskipun hampir empat pagi kawasan perumahan itu masih didengari oleh bunyi kenderaan yang lalu lalang.
Sepasang tangan gagah melingkar dipinggangnya. Fariz memeluknya dari arah belakang.
“Kenapa tak tidur ni..buat apa kat sini.”soal Fariz.
“Lah...kenapa biy bangun. Tadi elok je tidur”ujar Mia.
“Biy terjagalah sebab Mia tak ada kat sebelah biy. Nak peluk Mia sebenarnya. Tapi bila tengok Mia tak ada biy bangunlah cari”
“Jomlah tidur”Fariz mengeratkan pelukannya.
“Mia tak boleh tidur. Biy pergilah tidur dulu. Lagipun esok cutikan”ujar Mia.
“Tapi biy mengantuk ni.”perlahan sahaja suara Fariz. Suara orang mengantuk.
“Okay..biy pergilah tidur. Mia nak duduk sini..seronok..sejuk tau”
“Ala..temanlah biy tidur. Tak kan nak biar biy tidur seorang”
Mia mengeraskan badannya ketika Fariz mengajaknya masuk. Terasa ingin mengusik saat ini.
“Ermm..orang tak sudi tak apalah”rajuk Fariz. Dia melangkah ke katil mereka. Fariz tidur membelakangkan Mia.
Mia tersenyum dengan tingkah Fariz. Merajuk lah tu. Pintu gelangsar ditutup perlahan sebelum langsir diturunkan. Mia menuju semula ke kati mereka. Misi memujuk.
Mia panjat ke atas katil. Jika tadi Fariz memeluknya, sekarang ni dia pula yang memeluk badan Fariz dari arah belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu sang suami.
“Biy…”panggil Mia.
“Biyyy..”panggil Mia lagi apabila Fariz tidak memberi reaksi.
“Pergilah sana..tadi nak duduk sana sangat. Janganlah kacau biy. Biy nak tidurlah”
Fariz tidak mengendahkan pujukan Mia. Biar Mia rasa. Dia tak nak cakap dengan Mia.
Mia tersenyum lagi..dia tahu perlu buat apa. Mia turun dari katil dan berjalan ke arah bilik air. Pintu bilik air yang ditutup oleh Mia membuatkan Fariz membuka matanya.
Tiba-tiba bunyi seperti benda jatuh..
“Aduhhhhhh…”suara Mia yang menjerit tadi membuatkan Fariz bangun dari pembaringan dan melangkah laju ke bilik air.
Pintu bilik air ditolak dari luar. Mia terduduk di atas lantai sambil memegang pergelangan kakinya.
“Ya Allah..kenapa ni sayang. Macam mana boleh jadi macam ni”soal Fariz. Suaranya kedengaran risau.
Mia ketawa dalam hati melihat raut wajah suaminya.
“Mia terjatuh tadi..licin lah lantai ni”Mia berpura-pura sakit.
“Dah-dah keluar. Biar biy ambil ubat sapu”kata Fariz.
“Biy..dukunglah..Mia tak boleh bangun”ujar Mia.
Badan isteri yang kecil tu dicempung lalu di bawa menuju ke katil. Fariz meletakkan Mia dengan perlahan di atas katil. Dia tersenyum.
“Ermm..bestnya kena dukung”Mia tengok Fariz. Fariz masih tidak mengerti.
“Mia tunggu sini. Biar biy ambil ubat sapu.”
Langkah Fariz terhenti apabila Mia menahan.
“Tak payahlah. Teman Mia kat sini je”
“Nanti kaki Mia sakit lagi kalau dibiarkan. Kejap je biy ambil ubat”Fariz mengusap rambut Mia. Risau terjadi apa-apa kepada Mia.
“Kaki Mia okaylah biy. Tak sakit pun sebenarnya. Mia saja je nak uji biy tadi”Mia tidak betah lagi untuk membohong pada Fariz.
Fariz mencubit geram kedua-dua belah pipi Mia.
“Mia ni kan suka kenakan biy tau. Biy ingat betullah tadi”masam muka Fariz.
“Tadi Mia pujuk,biy tak endahkan. Sebab tulah Mia buat macam tu”Mia tersengih-sengih.
“Mia kena denda sebab buat macam tu” Fariz meletakkan jari di pipi kirinya.
Mia faham…setiap kali dia buat salah Fariz akan mendendanya dengan ciuman kasih sayang. Mia tersenyum.
Saat bibirnya hampir mencium pipi si suami Fariz berpaling dan menyebabkan bibir mereka bersentuhan. Mia tersipu malu manakala Fariz sudah ketawa nakal.
“Biy ni kan ambil kesempatan betullah”ujar Mia.
“Mana ada biy ambil kesempatan. Sayang kan isteri biy. Biy berhak okay” Fariz memeluk Mia erat.
“Dahlah..teman biy tidur kejap. Biy ngantuk sangat ni. Banyak kerja tadi di pejabat”
“Okay..dah..jom..esok kita nak keluar nanti biy ngantuk pula.”
Mia meletakkan kepalanya di atas lengan kanan Fariz. Mereka tidur sambil berpelukan.
*****
“Sayang bangun..”Fariz menggerakkan Mia yang masih lagi lena di atas katil. Mujurlah isterinya sedang cuti solat.
Mia mengeliat. Dia melemparkan senyuman kepada Fariz.
“Bangunlah..Mia pergi mandi lepas tu kita keluar”
“Pukul berapa dah ni”Mia kembali menutup matanya. Mengantuk.
“Pukul 8.30 dah ni. Kejap lagi kita nak keluar dengan Mikael dan Lisa.”
“Biy..awal lagilah nak keluar. Kalau lambat pun mereka tak marahlah. Mia mengantuk sangat ni”balas Mia sambil menutup matanya.
“Tak apalah..kita keluar awal boleh pergi sarapan dulu ke” ujar Fariz. Dia sudah bosan berseorangan.
“Ermm..tak nak..please biy..sayang ngantuk sangat”rengek Mia.
“Hah..tu lah semalam kononnya tak nak tidur sekarang ni dia pulak yang mengantuk.”
“Yanggg..bangunlah. Biy nak buat apa sorang-sorang ni.”sambung Fariz lagi. Dia menggerakkan tubuh Mia.
Mia mencelikkan matanya. Tangan Fariz ditarik sehingga membuatkan Fariz terbaring disebelahnya.
“Semalam Mia teman biy tidur sekarang ni biy pulak teman sayang tidur okay”
Fariz tidak terkata. Baru beberapa saat Mia sudah lena kembali sambil memeluk Fariz. Fariz tersenyum bahagia.
Fariz merenung wajah Mia. Bahagianya dia selepas menikahi Mia. Sungguh dia beruntung memiliki Mia yang pandai serba-serbi. Memasak, mengemas, menjahit, semua kerja yang sememang perkerjaan wanita Mia pandai.
Wajah Mia yang putih kemerahan ditambah dengan bibir mungil yang merah merekah membuatkan dia sentiasa tergoda dengan isterinya. Kalau beribu perempuan cantik yang datang Mia juga yang tetap dia pilih…
*****
“Hah..kenapa lambat ni”bebel Mikael kepada Fariz dan Mia.
“Adik kaulah ni. Semalam tak nak tidur. Dah nak dekat subuh baru tidur. Tu yang terlajak tu”adu Fariz. Mia mencebik.
“Mia tak bangun solat ke”tanya Mikael.
“Cutilah..so Mia tidurlah. Tak tahulah pulak boleh terlajak”
“Biy dah gerak Mia awal. Mia yang tak nak bangun”kata Fariz.
“Degil tak nak tidur semalam lepas tu kenakan aku pulak tu”bagi tahu Fariz
“Hah..samalah dengan Lisa ni. Kalau aku tak gerak dia cepat memang lambat jugaklah kita orang. Tengok tv sampai pukul berapa”kata Mikael pula sambil memandang Lisa yang membuat muka selamba.
“Ala sekali sekala kita orang bangun lambat apa salahnya”Lisa menjeling Mikael.
“Entah..tak tahu dua orang ni. Membebel macam mak nenek. Mak nenek pun tak membebel macam diorang ni agaknya”balas Mia. Geram bila mereka berdua asyik salahkan dia dan Lisa yang bangun lambat.
Lisa mencebik. “Dahlah Lisa kita tinggal dua orang ni. Kita jalan dulu”bisik Mia.
“Jom..aku pun dah tak tahann dengar mereka membebel” jabwab Lisa yang juga berbisik.
“Hah..tu apa yang dibisiknya dua orang tu”tegur Mikael.
“Hishh..sibuklah”balas Lisa yang diam dari tadi. Dia menarik tangan Mia. Mereka berjalan terlebih dahulu dan meninggalkan Mikael dan Fariz di belakang.
“Sayang tunggulah”jerit Fariz. Mia berpaling dan menjelirkan lidahnya kepada Fariz.
“Lisa..Lisa tunggulah abang jugak”panggil Mikael. Lisa melambaikan tangannya tanpa memandang kepada Mikael.
Mikael dan Friz ketawa dengan gelagat Lisa dan Mia. Bila mereka berdua berjumpa pasti Mikael dan Fariz tidak akan diendahkan oleh mereka. Hubungan Mikael dan Fariz sebagai abang ipar juga rapat. Keluarga mereka berdua juga rapat antara satu sama lain terutamanya Farisya. Setiap kali Mia datang ke rumah Farisya akan membawa Mia lari daripadanya. Mia juga rapat dengan orang tuanya dan aunty Sheila. Tambah lagi aunty Sheila merupakan kawan baik kepada Datin Shafiya.
Lisa dan Mia berjalan sambil ketawa. Dapat lari sekejap dari suami mereka. Sudah lama mereka tidak keluar berdua bersama. Sekejap-sekejap mereka akan berpaling mencari kelibat si suami. Mia membalas senyuman Fariz apabila mata mereka bertembung.
Bibir merah sensual milik Fariz merekah dengan senyuman manis. Dia suka melihat Mia ketawa senang bersama Lisa. Dia memohon agar mereka akan hidup bersama selamanya.
Itulah yang dinamakan jodoh. Semua ketentuan Allah yang Maha Esa. Dia ingat lagi semasa dia berjumpa Mia buat pertama kalinya ketika di KFC. Tidak sangka pergaduhan Mia bersama dengan Marina berpanjangan ke kedai bakery. Setelah itu mereka berjumpa lagi sehingga Mia terima saat dia meminang isterinya dulu. Dia bahagia bersama Mia. Dia sayang dan cintakan isterinya…
TAMAT...
CERPEN SERIES : MARISSA DAMIA (3)
*****
Datin Shafiya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Dia melihat di sekeliling ruang tamu. Sunyi. Anak-anak dan menantunya keluar pergi membeli-belah. Disebabkan hari itu hari sabtu mereka mengambil kesempatan untuk keluar bersama. Datin Shafiya menolak ketika Mia mengajaknya. Mak Kiah sedang berkebun dibelakang rumah..
Tiba-tiba telefon bimbitnya yang berada di atas meja berbunyi, pantas Datin Shafiya menjawabnya.
“Assalamualaikum Fiya”
“Waalaikumussalam Sheila” nada suara Datin Shafiya berbunga riang sebaik sahaja mendengar suara teman baiknya disekolah menengah dulu.
Mereka kembali berhubung setelah Puan Sheila datang ke butik Datin Shafiya.
“Kau apa khabar..bila lagi kita nak jumpa” soal Puan Sheila.
“Alhamdulillah…sihat. Aku ni kadang-kadang saja ada di rumah..selalunya aku ada kat butik. Kau datanglah selalu butik aku. Boleh kita berbual”
“Okay jugak macam tu. Sekarang kau ada kat mana ni”
“Aku kat rumah..rehatlah. Anak menantu aku semua keluar. Tak laratlah nak ikut. Kau pulak ada kat mana ni” soal Datin Shafiya.
“Aku dalam perjalanan nak pergi rumah kakak aku ni”
“Sabtu minggu depan kau ada kat butik tak. Boleh aku datang sana. Nak berborak panjang lagi dengan kau” Puan Sheila ketawa.
“Aku tak pasti lagi. Kalau aku ada kat rumah kau datang rumah aku sajalah. Boleh aku kenalkan anak aku sekali” jawab Datin Shafiya sambil tersenyum.
“Bagus jugak. Nanti apa-apa hal kau hubungi aku jelah. Okaylah..nanti kita berborak lagi. Suami aku kat sebelah dah bising ni”kata Puan Sheila.
“Okaylah..assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
*****
Lisa dan Mia sedang menunggu Mikael yang berada di tandas. Semasa mereka berborak Lisa terpandangkan satu susuk tubuh yang sedang memilih pakaian.
“Mia..cuba tengok perempuan yang pakai baju seksi tu”Lisa menunjukkan perempuan yang di maksudkan kepada Mia.
“Siapanya”soal Mia. Wajah perempuan yang membelakangkan mereka menyukarkan Mia untuk melihat wajah itu.
“Tu lah perempuan yang buat aku terseliuh tu”balas Lisa.
“Seksanya aku tengok baju dia” Mia ketawa. Matanya masih memandang ke arah perempuan tadi.
Saat perempuan itu berpaling keluar dari kedai tersebut Mia terdiam. Dia kenal perempuan tu. Siapa lagi kalau bukan Marina.
“Huh dahlah kurang sifat dan sekarang ni tambah lagi gelaran untuk dia. Perempuan kurang adab” kata Mia tiba-tiba.
“Eh..kau kenal dia ke”
“Tu lah perempuan yang aku selalu gaduh. Dekat kedai hari tu dialah aku hampir nak belasah kalau bukan abang yang masuk campur”
“Lah yeke..patutnya kau belasah saja”
“Tulah nak buat macam mana. Suami kaulah tu”ujar Mia.
“Abang kau jugak kan”balas Lisa. Mereka berdua tertawa.
“Ada apa ni sebut nama abang”sampuk Mikael.
“Abang lambat sangat. Apa yang dibuatnya kat dalam entah”ujar Mia.
“Entahlah abang. Dahlah jom balik. Lama sangat ni kita keluar. Kesian mama.” Lisa memeluk lengan Mia dan melangkah bersama terlebih dahulu meinggalkan Mikael di belakang.
“Lisa ni kalau dah jumpa Mia, abang pun dia lupakan”rungut Mikael yang berjalan bersama mereka.
“Alah abang ni bagilah peluang kita orang nak jalan sama pula. Bukannya siapa pun. Adik abang jugak” balas Mia.
Mikael mencebik. Mia dan Lisa tersenyum. Mereka berjalan menuju ke arah basement.
*****
Mia pantas mengambil telefon bimbitnya apabila nada dering yang menandakan bunyi mesej. Nama Fariz tertera di situ.
+ Esok ada hal tak? Saya nak ajak awak keluar boleh.
Tangannya pantas membalas pesanan Fariz.
+ Kalau ada hal macam mana…
Mia sengaja ingin mengusik Fariz. Dia sememangnya tiada hal yang penting esok. Lagipun esok kan hari ahad.
+Eleh..jangan tipu. Abang awak cakap awak nak duduk rumah je esok. Jomlah teman saya esok.
‘Ehh..bila masa dia kawan dengan abang ni..tak boleh jadi..nanti kena tanya.
+Amboi..sejak bila berkawan dengan abang saya ni?
Telefon bimbit Mia terus berbuyi selepas dia membalas mesej Fariz. Panggilan daripada Fariz.
“Hello”
“Assalamualaikum” kata Mia.
“Hehe..waalaikumussalam cik adik”
“Kenapa call saya ni”soal Mia.
“Saya malaslah nak taip mesej. Call lagi cepat” jawab Fariz.
‘Alasan je lebih Fariz ni’
“Yelah..”
“Esok bolehlah teman saya keluar. Bolehlahhh ehhhh”
“Nak pergi mana ni awak”soal Fariz.
“Jalan-jalan nak. Saya bosanlah..please…”rayu Fariz.
“Saya baru je keluar tadi dengan abang dan akak ipar saya. Esok saya nak rehatlah. Ajaklah adik-adik awak..ataupun kan ajaklah Marina tu”Mia ketawa.
“Tak apalah kalau awak tak sudi. Okaylah sorry ganggu awak”terasa seperti tidak dipedulikan oleh Mia. Boleh pulak disuruhnya ajak si Marina tu.
‘Aduhhh..sensitif lah pulak mamat ni’
“Ehh..awak. So sorry. Saya saja usik awak. Okay saya temankan awak esok. Dah tak payah merajuk”
“Mana ada saya merajuk. Sengaja je nak mengada-ngada dengan awak.”Fariz tersenyum, walaupun Mia tidak nampak dia senyum tetapi dia masih lagi tersenyum di saat ini.
“Yelah..esok saya jemput awak eh”
“Tak payahlah..saya suruh abang saya hantar kat mana-mana. Nanti awak ambil saya tau”
“Okaylah my princess. See you tomorrow..Goodnight. Sweetdream”
“Okay..Goodnight jugak.Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam.”
*****
“Kita nak pergi mana ni”soal Mia selepas melangkah masuk ke dalam kereta Fariz. Fariz memakai baju biru dan berseluar jeans hitam manakala Mia pula memakai pakaian yang sama warnanya. Baju biru dan skirt hitam.
“Dah macam pasangan kekasihlah pulak kita ni kan Mia”kata Fariz. Mia kelihatan manis di pandangannya.
“Saya nak bawak awak pergi shopping. Saya dah lama tak beli barang baru. Saya nak awak pilihkan untuk saya boleh” soal Fariz.
Mia mengangguk.
“Ermm..Mia awak ingat lagi tak apa yang saya cakapkan hari itu” Fariz memperlahankan volume radio keretanya.
“Hal apa eh awak”usik Mia. Kalau dia tak usik Fariz ni memang tak sah.
Muka Fariz masam. ‘Ada ke patut dia tak ingat’
“Errr..tak ada apalah..saya pun lupa dah”Fariz tersenyum kelat. Mia tidak ingat pun hal yang dia katakan kepada Mia.
‘Sentaplah tu..payahlah aku asyik nak kerja pujuk je. Tapi Fariz ni sweetlah jugak’desis Mia.
Suasana sunyi di dalam kereta. Mereka berdua masing-masing tediam.
“Mia..”Fariz memanggil Mia setelah lebih sepuluh minit mereka terdiam.
“Ye..” Mia berpaling ke arah Fariz.
“Err..tak ada apalah”kata Fariz. Mia selamba. Dia kembali mendiamkan diri. Fariz tidak betah dengan situasi begitu.
“Ala..jammed pulak..kita nak pergi Sunway Pyramid..tak apakan..lambat lagi nak sampai ni. ”tanya Fariz.
“Saya tak kisah. Bukannya saya yang drive”Mia tersenyum.
Disebabkan kemalangan yang terjadi para pemandu yang terpaksa berhenti bagi pihak keselamatan menyelamatkan mangsa.
“Tawaran awak masih valid lagi tak Fariz”soal Mia tanpa memandang ke arah Fariz.
Fariz terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Fariz.
“Maksud awak”soal Fariz kembali.
Mia menggangkat bahu. Dia yakin Fariz mendengar dengan jelas apa yang dia katakana sebentar tadi.
“Awak akan terima pinangan keluarga saya nanti. Betul ni”tanya Fariz teruja.
“Ye..saya akan terima awak.”ujar Mia.
“Lagi satu jangan selalu buat muka cemberut, kelat, masam da seumpama dengannya. Buruk tahu”Mia ketawa senang.
“Thanks Mia sebab sudi terima saya”
Mia membalas senyuman Fariz.
*****
Mereka sampai di Sunway Pyramid setelah tersekat di jalan raya hampir satu jam. Fariz membawa Mia ke kedai membeli pakaian lelaki. Dari satu kedai ke satu kedai Mia mengikut Fariz. Tidak penat pula rasanya melayan kerenah Fariz.
“Mia yang mana cantik. Blue or red” Fariz menayangkan dua helai baju kemaja jenis jeans kepada Mia.
“Ermm I like the red ones..Tapi ikut awaklah nak warna apa”ujar Mia.
“Saya pilih yang mana awak suka”Fariz tersenyum. Dia melangkah ke arah tempat mencuba pakaian.
Mia melihat baju di kedai tersebut. Banyak yang cantik-cantik. Kakinya terhenti pada deretan baju berwarna hitam. Baju kemeja bercorak stripes halus berwarna putih itu kelihatan simple tetapi menarik baginya.
Mia mengambil baju tersebut dan melangkah menuju kepada Fariz. Pintu biliik di ketuk. Mia menyuruh Fariz mencuba baju tersebut.
“Sayang..”Fariz memanggil Mia. Mia tersenyum malu.
“Macam mana..sesuai tak”
“Sesuai sangat..tengoklah siapa yang pilih”Mia ketawa. Kulit Fariz yang sawo matang sangat sesuai dengan warna baju tersebut.
Setelah membeli beberapa helai baju dan seluar Mia dibawa ke kedai kasut pula.
“Hah..kalau kasut jangan tanya pendapat saya..saya tak pandai”jujur Mia.
“Tak apa..awak duduk saja kat sini. Biar saya pilih sendiri tau”ujar Fariz.
“Baik bos”
Fariz sedang leka memilih kasut. Mia pula bergerak ke arah kasut perempuan. Banyak sangat yang cantik jadi dia tidak pandai memilih. Banyak sangat pilihan. Tetapi selalunya kasut warna hitam juga yang dibelinya. Sesuai dengan semua warna.
“Hey…tengok ni..sapa I jumpa”kata Marina kepada teman-temannya.
“Siapa ni Rina”Mia melihat semua teman-teman Marina. Sama sahaja pakaian mereka seperti Marina. Ketat, singkat, melekat.
“Kalau you all nak tau perempuan ni cuba dekati kekasih I tau..tak sedar diri”
“So apa masalahnya. Lagi satulah kan betullah Fariz kekasih kau”balas Mia perlahan. Fariz tidak perasan akan Mia dan Marina kerana sibuk memilih kasut.
“Kau..kalau kau masih dekati Fariz taulah apa aku nak buat”
“Kau nak buat..cakaplah kau nak buat. Ingat aku takut”suara kuat Mia membuatkan Fariz berpaling dan dengan pantas dia bergerak kepada Mia.
“Kenapa ni Mia”
Marina terkejut melihat Fariz di situ. Tidak sangka sama sekali bahawa dia boleh jumpa mereka berdua si situ.
“Fariz you buat apa di sini. Datang dengan siapa”soal Marina.Dia memeluk lengan Fariz.
“I datang dengan Mia.”
Fariz melepaskan pegangan tangan Marina di lengannya.
“What….”jerit Marina.
“Aduhhhh..tak payahlah jerit-jerit. Sakit telinga dengar suara kau tu. Sedap tak apalah jugak”kata Mia. Fariz ketawa dengan kritikan Mia.
“You datang dengan perempuan tak sedar diri ni..”tanya Marina lagi sambil menolak kasar bahu Mia.
“Hei perempuan”dengan tiba-tiba Marina bertindak menarik rambut Mia dengan kasar.
Mia menjerit kesakitan apabila rambutnya di tarik dengan kasar. Dia sama sekali tidak menjangka bahawa Marina akan lakukan seperti itu.
“Marina..lepaskan rambut Mia. You ni kenapa hah..gila ke..tarik rambut orang tak tentu pasal”marah Fariz.
Marina masih lagi tidak melepaskan rambut Mia. Mia geram. Lantas dia menampar kuat pipi Marina di hadapannya.
Semua disitu tercengang dengan reaksi Mia. Marina sudah menangis seperti anak kecil di situ. Tangannya mengusap pipi kirinya yang ditampar.
“Hah..asal kau menangis. Tak puas lagi nak tarik rambut aku. Tariklah lagi kalau tak puas”marah Mia. Orang disekeliling yang memandang tidak dipedulikan lagi.
“Aku tak tahu apa masalah kau. Dari awal aku kenal kau tak ada ke sikap kau yang baik yang boleh puji. Semuanya hampeh. Kau tak bagi aku kawan dengan Fariz..okay fine kalau tu kau nak..”
“Mia…apa ni. Kenapa pulak awak nak mengalah”soal Fariz. Baru tadi Mia kata dia akan terima pinangan Fariz sekarang ni pula lain yang jadinya.
“Saya tak suka nak bergaduh pasal awak. Kalau saya tak mengalah siapa lagi nak mengalah. Marina..dia tak akan mengalah”
“Marina…you dengar sini..I cintakan Mia. Hnya Mia seorang. Dia wanita pertama yang curi hati I. I tak boleh terim you. Kita sepupu dan I cuma anggap you sebagai adik sahaja. Tak lebih dari tu. I harap you faham”terang Fariz lembut.
“Tapi I cintakan you Fariz. Tak kan you tak nampak perasaan I pada you”soal Marina.
“I tahu..lagi sekali I tak boleh terima cinta you. I cintakan Mia”
Dia meninggalkan Marina di situ.
Fariz terus membawa Mia pulang. Rancangan mereka tergendala gara-gara Marina tadi. Fariz sudah tidak ada mood untuk berbelanja lagi.
“Mia..saya harap awak tak akan ubah keputusan awak. Saya berharap sangat. Seminggu ni saya tak akan jumpa awak. Saya kena outstation. Balik sahaja saya dari outstation saya akan suruh keluarga saya masuk meminang awak”
“Err..okay..maafkan saya buat keputusan yang terburu-buru tadi”
“Tak apa. Saya faham. Sekarang ni awak masuk rumah dulu nanti kita jumpa lagi.
Mia membalas lambaian Fariz.
next..
CERPEN SERIES : MARISSA DAMIA (2)
*****
“Assalamualaikum..Hai lama tunggu” kedua-duanya menoleh pada tuan punya suara yang sedang berdiri dihadapan mereka. Seorang perempuan yang memakai blouse labuh berwarna merah dan berseluar putih sedang memandang mereka berdua sambil tersenyum.
Fariz terpana melihat senyuman Mia.
“Err..waalaikumussalam. Taklah..kami pun baru sampai. Duduklah.”Fariz menjemput Mia.
“Ermm sebelum kita berborakkan apa kata kita pergi order dulu”cadang Farisya.
“Okay jugak. Jom teman akak pergi beli. Akak belanja makan hari ni”kata Mia kepada Farisya.
“Okay jugak” setelah mengambil pesanan Fariz mereka berdua melangkah ke arah kaunter. Mereka kembali lima minit kemudian.
“So..Farisya ni adik Fariz lah ye”soal Mia.
“Yup. Sya adik along. Along abang Sya”Farisya tersenyum.
“So sekarang ni buat apa.”soal Mia lagi.
“Mia sekarang kerja dekat syarikat papa. Sama dengan along. Baru je lagi.Umur akak berapa ye. Sya baru 23 tahun. Along 26 tahun.”beritahu Farisya.
“Fariz beza setahun jelah dari saya. Hari tu saya terlanggar awak di DM Holdings. Awak buat apa di situ ye”tanya Mia.
“Saya nak jumpa dengan wakil yang uruskan projek dengan syarikat saya. Kami nak berbincang pasal hal tulah. Awak pulak buat apa kat situ”
“Tu syarikat saya jugak. DM Holdings tu milik saya dan abang saya. Abang saya merupakan pemengang saham terbesar disitu sebanyak 60 peratus dan saya pemegang saham kedua.”
“Wow..akak hebatlah. Ada kedai bakery ada syarikat lagi.”puji Farisya.
“Lepas papa saya meninggal dunia saya dan abang saya cuma ada mama sahaja. Papa dah wasiatkan syarikat itu kepada kami berdua. Kedai bakery tu hasil saya sendri. Saya memang minat bakery tapi Cuma hujung minggu sahaja saya dapat luangkan masa di sana. Hari lain di syarikat tu tolong abang saya uruskan”
“Tapi saya tak tahu pula tu syarikat milik awak berdua. Lagipun sebelum ni yang handle projek tu saya serahkan kepada pekerja saya. Tapi hari itu disebabkan dia ada urusan saya yang gantikan dia”ujar Fariz.
“Akak pandai buat bakery kan..Nanti ajarlah Sya. Sya pun minat jugak tapi tak pandailah. Kat rumah tu semua ada termasuklah perkakas-perkakas tapi disebabkan tak ada yang pandai buat tak bergunalah benda tu”sampuk Farisya. Dari tadi mereka berdua berbual.
“Boleh..apa salahnya. Awak pun boleh join sekali nanti”ujar Mia.
‘Ek..aku ke. Fariz tersenyum kelat.
“Tak payahlah akak ajak along ni. Nanti bersepah lagipun along bukan pandai mengemas pun pandai menyepahkan lagi adalah”Farisya mengenakan abangnya. Bukannya dia tidak kenal abangnya.
Fariz menjegilkan matanya kepada Farisya..tu pun nak bagi tahu Mia. Malulah dia. Farisya hanya selamba dan Mia pula yang ketawa melihat gelagat mereka berdua.
*****
Lisa melangkah keluar dari kedai yang menjual barang-barang untuk membuat kek. Dia memegang erat beberapa plastik yang berisi barang-barang yang dibelinya. Keretanya di parking agak jauh sedikit disebabkan parking lot yang penuh di kawasan itu. Lisa berhati-hati ketika berjalan menuju ke keretanya.
Tanpa disedari Lisa terdapat seseorang yang mahu mengeluarkan keretanya. Tanpa melihat kiri dan kanan terlebih dahulu si gadis itu terus mengeluarkan keretanya. Lisa yang terkejut terlepas semua barang-barang ditangannya. Dia jatuh terduduk. Kakinya sangat sakit ketika itu.
“Hey..macam mana You jalan hah. Tak kan tak nampak kereta I yang nak keluar ni”marah Marina.
“Amboi..awak tu yang salah tak tengok kiri kanan dulu main redah je..nak salahkan saya pulak”Lisa memandang tajam ke arah Marina yang sedang berdiri dihadapannya.
“Awak ingat sini highway untuk awak bawak laju-laju. Dah tau kawasan di ramai orang yang berjalan kaki tak perlulah nak drive laju-laju”ujar Lisa. Dengan kaki yang sakit dan dia masih lagi terduduk di situ dia masih lagi tidak mahu mengalah.
Marina terdiam. “Okay..salah I. Tapi I rasa You pun sama salah. Sekarang ni I tengok You tak ada apa-apakan. Better I pergi dulu. Banyak lagi kerja yang I perlu buat daripada bertengkar dengan You” tanpa rasa bersalah Marina meninggalkan Lisa di situ.
“Apa punya perempuanlah. Bukannya nak tolong aku bangun ke apa” Lisa melihat ada beberapa barang yang sudah rosak.
“Dik..boleh tolong akak bangun tak. Kaki akak sakit terseliuh”pinta Lisa kepada seorang gadis yang lalu di situ.
‘Aduhhh..macam mana nak drive ni. Kaki kirinya yang terseliuh. Kalau kereta auto tak apalah jugak’..telefon bimbit diambil untuk menghubungi seseorang.
“Mia tolong ambik aku tapi suruhlah sesiapa hantarkan. Kaki aku terseliuh tak boleh nak drive”terang Lisa.
“Aku pergi kedai beli barang. Banyak dah habis. Ye..kat situ. Aku tunggu”ujar Lisa lagi.
Geram pulak teringatkan kejadian tadi. Kalau dia jumpalah perempuan tu lagi..siaplah dia. Biar aku kenakan dia pula…Lisa ketawa sendirian..
*****
Mia membantu Lisa keluar dari kereta. Barang-barang diminta Mak Kiah tolong bawakan. Lisa duduk di sofa ruang tamu sementara menunggu Mia membawakan air dan ubat sapu.
“Nah air. Minum dulu” Mia menyerahkan satu gelas besar kepada Mia.
“Besarnya gelas”tanya Lisa.
“Cukuplah untuk kita berdua. Aku malas nak bawa dua gelas tadi”
“So..macam mana kaki kau boleh jadi macam ni. Nasiblah tadi aku belum balik lagi. Aku suruh Kak Zah tolong hantarkan aku ambil kau”
Lisa menerangkan apa yang terjadi kepadanya tadi. Tidak semena-mena Mia marah.
“Gila ke perempuan tu. Tak ada adab langsung. Dah buat salah dia boleh biar je macam tu. Siapa perempuan tu. Nanti kau jumpa dia bagi tahu aku”kaki Lisa di urut.
“Aduhhh…”teriak Lisa.
“Mia..taulah geram pun. Janganlah kaki aku yang jadi mangsa. Sakitlah”
Mia ketawa. Tidak sedar tangannya memicit kuat pergelangan kaki Lisa.
“Hehe..sorry..tak sengaja” ujar Mia.
“Kenapa ni”tanya Mikael yang tiba-tiba muncul di situ. Dia mendengar suara isterinya yang menjerit tadi.
“Kenapa ni Lisa”Mikael duduk disebelah isterinya. Bahu Lisa diraih rapat.
“Ishhh..abang ni baru balik pergilah mandi..busuklah”Mia ketawa melihat Lisa yang cuba menjauhkan diri daripada Mikael.
“Alah..kejaplah..penatlah. Bagilah abang rehat kejap”balas Mikael.
“Mia..kenapa dengan kaki Lisa”tanya Mikael risau.
“Terseliuh tadi..nak tahu lebih tanya isteri abang tu..”Mia berhenti kejap dan mahu mengambil gelas minuman dia dan Lisa.
Baru sahaja tangannya ingin mencapai Mikael terlebih dahulu mencapai gelas itu dan minum sehingga habis..
“Ermm..segarnya”kata Mikael.
Lisa dan Mia memandang Mikael. Kecik besar je mereka melihat Mikael.
“Abanggggg…tu air kita orang lah” serentak Lisa dan Mia berkata. Marah.
“Hehe..sorrylah. Abang dahaga sangat ni. Ehh..mama mana, tak nampak pun”Mikael tukar topik.
“Mak Kiah kata mama belum balik. Ada di butik lagi. Malam sikit baru balik”balas Mia.
“Ouhhh”
“Sudahlah tu Mia..kau pergilah rehat. Tadi kau dah ambil aku lepas tu balik-balik terus kau urut kaki aku. Kau pergilah rehat pula”kesian pula Lisa melihat adik ipar merangkap sahabat baiknya yang duduh di atas lantai sambil mengurut kakinya.
“Hah..kenapa Lisa tak call abang saja tadi. Boleh abang ambil”soal Mikael.
“Handphone abang mana. Cuba abang check”ujar Lisa.
Mikael mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Ditekannya sekali button on..kosong. Hanya screen hitam sahaja yang kelihatan.
“Lisa dah call abang ke..sorrylah. Abang lupa charge bateri”
Mia meminta diri untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
“Jomlah masuk bilik. Lisa boleh rehat. Ni boleh jalan tak”tanya Mikael.
“Jalan sampai ke tangga tu bolehlah bang. Nak naik tu yang susah. Tak apalah abang naiklah dulu. Biar Lisa rehat kat sini saja.”
Mikael hanya mendiamkan diri. Badan isterinya didukung lalu berjalan menaiki tangga menunggu ke bilik mereka.
“Ala abang kenapa angkat Lisa. Biarlah Lisa je kat ruang tamu”
“Abang balik nak jumpa isteri abang. Tapi Lisa nak duduk sangat kat ruang tamu tu kenapa. Abang boleh je angkat Lisa masuk bilik”
“Abang kan baru balik kerja mestilah penat. Lisa tak nak susahkan abang”
“Untuk isteri abang semuanya boleh. Apalah sangat kalau nak angkat Lisa ni. Bukannya Lisa berat. Senang je untuk abang angkat. Abang nak bila abang balik Lisa ada depan mata. So sekarang ni Lisa rehat kat dalam bilik kita. Senang untuk abang pantau”
Lisa tersenyum. Dia beruntung mempunyai suami seperti Mikael.
*****
“Hoi”tolakan kasar bersama satu suara dari arah belakang menyentakkan Mia yang sedang berbual di telefon. Telefon bimbitnya terjatuh.
“Hei..apa masalah kau”tanya Mia apabila perempuan yang menolaknya adalah perempuan yang sudah beberapa kali mencari gaduh dengannya.
“Kau..dasar perempuan tak sedar diri. Memang niat kau kan cari gaduh dengan aku semata-mata nak raih perhatian Fariz”soal Marina. Dia rasa marah apabila dia terlihat Fariz dan Farisya yang sedang makan bersama dengan perempuan dihadapannya.
“Fariz..Farisya??? Yang mana satu eh”tanya Mia berpura-pura berlagak selamba.
“Kau jangan buat-buat tak tahu. Fariz dan Farisya yang kau makan bersama dua minggu yang lalu”panggilan I dan You sudah berubah kepada ‘aku’ ‘kau’.
“Ouhhh..mereka berdua tu. Aku ingat. Best tau keluar dengan dua orang tu. Serasi dengan aku. Kita orang pergi makan, main bowling, tengok wayang”Mia sengaja ingin menaikkan suhu kemarahan Marina.
“Aku nak ingatkan kau, jangan kau nak dekati Fariz lagi kalau tak aku kerjakan kau”ugut Marina.
“Kenapa aku tak boleh dekat dengan Fariz. Dia dah jadi kawan aku. Kau tak ada hak nak larang kita orang berkawan.”ujar Mia lagi.
“Aku ni bakal tunang dia. So sekarang ni baik kau jaga jarak dengan dia”mendengarkan itu Mia ketawa kecil.
“Bakal tunang? Betul ke”dia ketawa lagi.
“Betullah..kenapa tak percaya”balas Marina kasar.
“Kau sepupu Fariz kan”Mia teringat sesuatu.
“Ada masalah ke kalau aku sepupu dia”
“Tak ada masalah pun. Tapi hari tu Fariz ada cerita kat aku pasal kau. Kau suka dia kan..Tapi sayang dia tak pedulikan kau.”
“Farisya pun cakap dia tak suka kau. Kenapa eh diorang tak suka dengan kau”soal Mia.
“Kau jangan nak putar belit cerita. Aku tau kau dengkikan. Fariz cintakan aku. Aku pun cintakan Fariz.”
“Lah..buat apa aku nak putar belit cerita kau. Kalau betul korang saling mencintai baguslah..kalau salah aku tak taulah”
Sedikit sebanyak Mia mengharapkan apa yang dikatakan oleh Marina adalah salah. ‘Aku cemburu ke’
“Sudahlah melayan kau apa pun tak jadi. Lagi satu kalau nak tegur orang tu baik-baik. Bagilah salam dulu ke. Kau nak tanggung kalau aku mati terkejut tadi”
Mia menggertak Marina. Apalah sangat kalau dia dikejutkan sebegitu. Sengaja ingin melihat reaksi Marina.
Marina selamba sahaja memandang Mia. Tidak ada rasa serba salah sedikit pun.
“Baguslah kalau kau mati. Kau dah tak menjadi penghalang buat aku dapatkan Fariz”
Mia ketawa. “Choyyy..nampak sangat kau yang terhegeh-hegeh dekat Fariz.Cubalah sedaya upaya. Kalau kau dah kahwin dengan dia nanti jangan lupa jemput aku tau.”
Marina geram. Setiap kali dia berlawan dengan Mia, dia yang akan rasa sakit hati terlebih. Mia memang jenis kaki gaduh.
“Chow dulu..bosan tengok kau.”
“Woi..aku tak habis cakap lagi”
“So what ada aku kisah. Aku rasa kita dah habis dah bercakap kan. Good luck”Mia mengangkat tangan menunjukkan tanda bagus.
‘Arghhhh..kalau aku jumpa perempuan tu siaplah dia’
*****
Mia ralit memandang orang yang lalu lalang dihadapan kafe Star. Inilah kafe kegemarannya setiap kali dia ingin bersendirian. Di situ dia sering mencari tempat yang tidak ramai pelanggan kerana dia boleh tumpukan perhatian untuk memandang pelbagai gelagat dan ragam manusia. Dia suka memerhatikan cara orang yang berpakaian, cara mereka memesan makanan cara mereka makan. Bagi Mia, dia seronok melakukan perkara itu meskipun perkara yang tidak berfaedah. Kafe Star yang mempunyai corak vintage membuatkan dia rasa tenang, cantik apabila dia melihat sekitar dinding yang bercorak. Semua di situ menarik perhatiannya.
“Hai Mia”spontan Mia mengangkat wajahnya.
“Boleh saya duduk di sini”Mikael terus menyoal Mia. Ketika dia melangkah masuk ke kafe ini dia ternampak Mia yang sedang duduk bersendirian.
Bulat mata Mia memandang Mikael yang sudah duduk dihadapannya. ‘Aku tak jemput pun lagi dia duduk di sini’
Mikael hanya selamba melihat reaksi Mia. Yelah dia pasti Mia terkejut apabila dia datang tiba-tiba lantas meminta duduk di situ.
“Saya tak jemput pun awak duduk..tak malu”usik Mia.
“Biarlah..siapa suruh awak lambat sangat nak jawab pertanyaan saya” balas Fariz.
“Sekarang bukan waktu kerja ke. Kenapa awak ada kat sini”
“Saya ambil half day hari ni..Lagipun saya tak busy so saya mintak kebenaran dari abang saya nak ambil half day. Nak rehat kejap. Awak pula kenapa boleh ada kat sini” soal Mia.
“Saya nak beli air tadi lepas tu nampak awak pula. So saya lepaklah kejap kat sini. Tak apakan” Fariz tersenyum.
“Awak…”panggil Mia. Fariz yang sedang mengacau air dalam bekas minuman masih ralit dengan air minumannya.
“Ye sayang”balas Fariz perlahan.tanpa dia sedari.
“Awak cakap apa”tanya Mia.
Fariz terkejut.
“Saya cakap apa..entah..saya pun tak tahu”Fariz tersengih. ‘Aduh macam mana boleh terlepas cakap pulak’
“Awak saya nak bagi tahu ni..hari tu saya terserempak dengan sepupu awak..Awak dengan dia ada hubungan ke. Janganlah salah sangka saya cuma tanya je”
“Sepupu saya Marina tu? Mana adalah. Saya tak suka pun dengan dia. Saya tak anggap dia lebih dari seorang sepupu”jelas Fariz.
“Tapi hari tu kan dia pernah bagitahu saya awak bakal tunang dia. Dia tak nak saya dekat dengan awak” perlahan suara Mia.
“Saya tak nak awak percaya dengan apa yang dia cakap. Saya dengan dia jelas tak ada ada hubungan”
“Tapi dia sukakan awak kan? Takkan awak tak suka dia.?” Soal Mia. Dia ingin tahu tentang perasaan Fariz terhadap sepupunya.
“Dia sukakan saya tapi saya tak sukakan dia. Macam mana saya boleh suka dekat dia kalau hati saya dah tertarik dengan awak waktu pertama kali saya jumpa awak. Di KFC dulu tu, saya berharap selepas hari tu saya nak sangat jumpa dengan awak. Allah makbulkan doa saya. Dan buktinya saya dah berkawan dengan awak hampir sebulan. Saya gembira berkawan dengan awak.”
“Tanpa saya sedari perasaan itu bertukar kepada cinta. Saya cintakan awak Marissa Damia. Awak wanita pertama yang saya cintakan”
Mia terkedu. Dia tidak tahu Fariz juga mempunyai perasaan yang sama.
“Awak bolehkan terima saya”soal Fariz.
“Maksud awak?”tanya Mia bingung.
“Saya nak awak terima nanti pinangan keluarga saya..bolehkan?” Fariz berterus-terang. Dia tidak ingin melepaskan peluang yang ada.
“Hah..pinang saya” terkejut Mia dibuatnya.
“Yelah..kalau boleh saya nak kita bercinta selepas nikah. Lagi manis dan halal kan”ujar Fariz.
“Bagi saya masa untuk fikirkan ye awak. Jujur saya cakapkan saya memang punya perasaan yang sama dengan awak.”
Fariz gembira. Sekurang-kurangnya harapannya cerah.
“Lepas ni awak nak pergi mana lagi”tanya Fariz.
“Saya nak singgah butik mama saya dululah. Nak tolong apa yang patut kat sana. Lagipun pekerja mama saya kurang dan yang selalu menjahit tu dah berhenti..so bolehlah saya tolong apa yang patut.”terang Mia.
“Wow..butik pula..hebat keluarga awak ni kan. So awak pandai menjahit”soal Fariz
Mia tersenyum manis. “Bolehlah jugak”
“Eh dah lama kita berbual ni. Saya minta diri dululah Mia. Kerja ada lagi yang menanti. Lagi satu jangan lupa apa yang saya bagi tahu awak tadi” Fariz mengenyitkan matanya. Mia tersenyum. Dia membalas lambaian Fariz sebelum dia juga beredar dari situ.
next..
Wednesday, 27 May 2015
CERPEN SERIES : MARISSA DAMIA (1)
*****
“Maaf…saya tak sengaja”pinta seorang gadis yang telah terlanggar Marina.
“Maaf??? Hey You tengok apa yang You buat dengan baju I. Habis kotor semua”marah Marina. Dia tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Baju yang sudah basah dan kotor membuatkan dia ingin balik sekarang juga.
“Maaflah cik. Saya betul-betul tak sengaja.”Gadis itu masih memohon maaf atas kesilapannya. Farisya hanya melihat kejadian di hadapannya. Orang ramai juga melihat ke arah mereka.
“Tak sengaja? Tak sengaja You cakap. Mata You letak kat mana”Marina masih tidak puas hati.
“Macam nilah cik, apa kata saya beli cik baju baru sahaja”kata gadis itu lagi.
“You nak belikan I baju baru?”Marina ketawa.
“Orang macam You ni ada duit ke nak gantikan baju I yang mahal ni. Tak apalah. I kesian kat You. Nanti tak ada duit nak sara hidup kalau You belikan baju baru untuk I.”Marina memperkecilkan gadis itu.
‘Apa aku selekeh sangat ke sampai dia ingat aku tak ada duit’
“Ouhh..kalau dah macam tu baguslah. Saya pun tak payah keluarkan duit beli baju untuk perempuan yang bajet bagus macam cik ni. Selamat duit saya. Saya sedekah kat masjid lagi bagus dapat pahala lagi. Ye tak awak”tanya gadis itu kepada Farisya. Dia mengangkat keningnya.
Farisya terkejut apabila gadis itu bertanya kepadanya. ‘Berani jugak dia lawan cakap Kak Marina.’
“Oklah kalau dah tak ada apa masalah, saya pergi dulu.”kata gadis itu lagi. Muka kelat Marina tidak dipedulikan.
“What..dia blah macam tu saja”
“Arghhh..korang berdua ni kenapa diam je dari tadi. Bukannya nak bela I. I dah cakap tadi I tak nak makan kat KFC ni. Tak pasal-pasal baju I kotor. Dahlah jomlah kita balik. I dah tak ada mood ”kata Marina kepada Fariz dan Farisya.
“Siapa jugak yang ajak akak ikut Sya dengan abang. Kita orang dah cakap nak pergi makan kat sini. Akak tu yang tergedik-gedik nak ikut kita orang kenapa. Padanlah dengan muka akak”bidas Farisya.
“You nak balik, You pergi balik sendiri. Teksi banyak kat luar sana. Dah Sya jom kita order makanan”ajak Fariz. Malas melayan kerenah sepupu mereka.
“What..You nak I balik sendiri naik teksi”marah Marina.
“Yelah..You pekak ke”tempelak Fariz. Farisya hanya ketawa melihat reaksi Marina.
“Akak tak tau naik teksi ke? Tulah selama ni asyik pakai driver je kalau nak pergi mana-mana. Cubalah berdikari sendiri.”sindir Farisya.
“Ingat akak kolot sangat ke”
“Manalah tau kan. Oklah..dipersilakan balik”Farisya menarik tangan Fariz meninggalkan Marina di situ.. ‘Pandai-pandailah kau Marina’
*****
Pada hujung minggu Mia akan berada di MD Bakery untuk menolong menguruskan apa yang patut tambah pula Lisa sahabatnya ada di situ. Bolehlah hilangkan bosan..
“Mia..tolong hantarkan pesanan ini untuk meja 15. Tu hah meja yang ada tiga orang tu.”kata Lisa kepada Mia yang sedang santai di dapur.
“Murni dah ambil pesanan tadi tapi sekarang dia tengah sibuk. Kau tolong hantarkan eh”terang Lisa.
“Ok bos”kata Mia. Dia segera mengangkat dulang yang berisi tiga pinggan kek. Langkah dituju ke tempat yang diarahkan.
Lisa memandang langkah Mia. Bos? Ada-ada je sahabatnya. Dia tersenyum. Pelanggan yang ramai membuatkan dia terpaksa meminta tolong Mia.
Mia meletakkan kek di atas meja pelanggan tersebut. Tiga pinggan kek yang berlainan.
“Hey..wait. I rasa bukan kek ni yang I pesan tadi. Macam mana You buat kerja hah. Tak teliti dulu ke sebelum nak hantar.Lagi satu kek apa ni. Tak sedap langsung.”
“Lagi satu You ni lah yang kotorkan baju I hari tu kan”Marina masih mengingati wajahnya.
‘Dia mula dah. Menyampah aku dengan perangai kak Marina nil ah. Kalau bukan along mintak temankan dia datang sini jangan harap aku nak keluar.’
“Maaf cik..tapi bukan saya yang ambil pesanan cik tadi”ujar Mia. ‘Perempuan ni lagi rupanya’
“Biar saya tukar yang baru”kata Mia. Dia malas mahu memanjangkan masalah kecil ini.
“Huh dasar pekerja bawahan. Tau makan gaji buta sahaja”cemuh Marina.
“Apa masalah You ni sebenarnya. Orang dah mintak maaf tak payah lah nak hina orang sesuka hati You. You buat I makin meluat dengan sikap You tau tak”selamba sahaja Fariz berkata begitu kepada Marina. Sepupu dia pun..lantaklah dia nak cakap apa pun.
“Entah kak Marina ni..”sampuk Farisya.
“Memang patut pun. Perempuan kampung macam mereka ni tau makan gaji buta sahaja. Bukan tau buat kerja pun” cemuh Marina lagi.
Langkah Mia terhenti. Panas hatinya apabila dihina sebegitu oleh perempuan tak cukup sifat tu.
“Apa masalah kau sebenarnya. Kau datang sini nak cari gaduh dengan semua pekerja MD Bakery ni ke hah. Apa ingat semua orang yang kerja kat sini orang kampung yang tak berpelajaran ke. Apa kau ingat yang kau ni bagus sangat”marah Mia.
“Tengoklah perangai You ni. Dasar orang kampung. You tak tahu ke customer always right”tanya Marina. Berani perempuan ni lawan cakap aku.
“Kalau customer tu buat salah malah menghina orang lain tu betullah. Otak kau kat mana yang cakap benda tu betul. Otak letak kat kepala lutut”marah Mia.
“Hey You ni…”terhenti percakapan Marina.
“Apa bising-bising kat sini. Ada masalah ke”tanya seorang lelaki muda tampan.
“You siapa? Ni masalah I dengan budak kurang ajar ni. You jangan sibuk masuk campur hal orang lain”
“Saya Mikael Darwisy. Pemilik kedua bakery ni.”Mikael bersalaman dengan Fariz. ‘Pemilik kedua, siapa pemilik pertama. Sibuk pulak aku ni. Getus Fariz.
“Hah..baguslah. You tolonglah nasihat pekerja bawahan You ni. Kurang ajar”kata Marina. Dia menolak kasar bahu Mia.
“Kau ni kenapa. Mulut choyyyy”Mia membalas perbuatan Marina.
“Sudah..Mia pergi masuk dalam dulu. Biar abang settle”kata Mikael. Dia menolak lembut bahu adiknya. Mendorong untuk beredar dari situ.
“Biarlah orang selesai masalah orang sendiri. Apa ni..”Mia tidak mahu mendengar kata Mikael.
“Sudahhh..biar abang settle”ujar Mikael. Adiknya itu memang keras kepala.
“Maaflah. Sikap adik saya memang macam tu. Suka sangat berlawan cakap. Saya mohon maaf sekali lagi. Masalah ni saya harap tak dipanjangkan.”
“Lagi satu untuk pengetahuan cik adik saya tu bukan pekerja bawahan di bakery ni. Dia berpelajaran dan dia juga pemilik utama bakery ni. Saya harap cik jangan cepat menilai orang”dalam lembutnya kata Mikael terselit sedikit kata sindiran untuk Marina.
Farisya tersenyum. Marina disindir baik punya oleh lelaki tadi.
“Saya pun mohon maaf atas sikap sepupu saya tak cukup sifat ni”selamba sahaja Fariz. Farisya ketawa mendengar apa yang diakatakan abangnya. Fariz bersalaman dengan Mikael sebelum Mikael beredar dari situ.
Mikael tersenyum. Dia pasti Fariz dan adiknya itu juga tidak sukakan Marina. Dia menghulurkan kad namanya kepada Fariz. Dia ingin mengenali lelaki muda dihadapannya. ‘Dengan Mia pasti sesuai’ Mikael tersenyum memikirkan angan-angannya.
*****
“Aduhh..apa ni..sakitlah”kata Mikael apabila kepalanya di pukul dengan senduk kayu oleh adiknya.
“Abang pergi masuk campur masalah Mia tadi siapa suruh. Ishh geramlah. Kalau abang tak masuk campur tadi habis dah perempuan tu Mia kerjakan”
Lisa tergelak. Lucu melihat Mikael yang sedang menggosok-gosok kepalanya. Mia di hadapannya yang tidak puas hati di pandang.
“Yanggg tengok lah Mia ni”adu Mikael.
“Eleh sikit je Mia ketuk tu. Lain kali Mia kau ketuk kuat siikit. Kalau tak aku pun dah dapat tengok perempuan yang kau kerjakan tu”
“Amboi yang..bukan main lagi jadi batu api eh. Ingat tak sakit ke Mia ketuk kepala abang”marah Mikael.
“Padanlah muka. Siapa suruh abang masuk campur hal dia”ujar Lisa. Dia tahu Mikael hanya marah-marah sayang.
Mikael mencebik. Perangai isterinya sebijik macam adiknya. Dah nama pun kawan baik. Mia yang suka cari gaduh tu memang sama sikapnya dengan Lisa yang juga suka cari gaduh. Teringat pertama kali dia mengenali isterinya. Dia mendapat tumbukan pertama kerana disangkakan pencuri. Sikap ganas Lisa sama sahaja dengan Mia. Mungkin disebabkan sudah berkawan lama dengan Mia, sikap Mia terjangkit pada si Lisa.
“Apahal tersenyum-senyum ni. Dah gila ke. Baru ketuk sikit. Kalau aku ketuk kuat-kuat macam mana eh Lisa”tanya Mia.
“Masuk wad gila terus kot.”mereka berdua ketawa. Suka dapat kenakan Mikael.
“Amboi-amboi dua orang ni. Nak kena ni.”Mikael mula mengejar Mia dan Lisa. Mereka berlari di dapur. Gamat suara mereka di situ.
Para pekerja lain hanya tersenyum melihat gelagat majikan mereka. Mia yang merupakan pemilik utama bakery itu memang terkenal dengan sikap happy go lucky dan tak pernah membezakan orang lain. Semua yang bekerja di situ suka dengan Mia walaupun Mia masih muda. Mikael pula walaupun sudah berkahwin dengan Lisa tetapi sikapnya sama sahaja dengan Mia. Suka bergurau senda. Di mana-mana pun jadi. Lisa pula..kalau ada Mia sikapnya makin menjadi-jadi. Ada sahaja yang ingin mereka berdua kenakan..
*****
“Maaf” Aduhh..dalam minggu ni berapa kali aku asyik kena mintak maaf ni. Mia mengutuk dirinya. Dia mengutip fail-fail yang jatuh.
Fariz memandang wajah perempuan di hadapannya. ‘Perempuan ni adik Mikael Darwisy kan. Buat apa dia kat sini.’
“Awak ni bukan adik Mikael Darwisy pemilik MD Bakery”Mia memandang ke depan apabila dia dipanggil.
“Ye saya. Mikael tu abang saya. Kenapa ye”soal Mia. Siapa lelaki ni. Aku kenal dia ke.
“Awak tak kenal saya ke”soal Fariz.
“Saya tak kenal awak. Nama awak pun saya tak tau”Fariz menolong Mia mengutip barang yang jatuh.
“Ingat lagi apa yang jadi dekat KFC dan MD Bakery hari tu. Awak bertikam lidah dengan seorang perempuan tak cukup sifat” Fariz tersenyum.
“Owhhh..awaklah lelaki dengan perempuan tu ye..Saya tak perasanlah”Mia ketawa.
“By the way..siapa eh perempuan tu.”tanya Mia.
“Perempuan tak cukup sifat tu sepupu saya” Fariz ketawa. Dia suka melihat Mia senyum. Senyuman Mia manis tambah lagi dengan lesung pipitnya.
“Sepupu..perempuan tak cukup sifat? Eh tak apa ke saya panggil dia macam tu”Mia ketawa lagi.
“Memang kena pun dengan dia. Saya pun tak suka dengan dia”Fariz ikut ketawa.
“Kita cakap-cakap ni nama pun tak tahu”kata Fariz. “Saya Fariz Imran. Panggil Fariz”
“Saya Marissa Damia. Panggil Mia”Mia membalas senyuman Fariz. ‘Handsome’getus Mia.
“Nah..ni contact saya. Nanti-nanti boleh kita jumpa lagi. Lagi pun saya nak cepat ni. Saya pergi dulu. Nice to meet you”
‘Macam tak percaya saja aku bagi kad nama dekat dia. Sebelum ni bukan main payah lagi’desis Mia. Cepat-cepat dia pergi dari situ.
‘Kenapa hati aku berbunga-bunga ni’ Fariz mengeleng kepalanya. Fariz memandang langkah Mia yang main menjauh sehinggalah Mia hilang dari pandangannya.
*****
“Sya nak ikut along tak.”soal Fariz.
“Pergi mana. Makan je.. Sya okay je”
“Tau dah. Sya memang kalau pasal makan laju saja. Sebab tu along ajak keluar”
“Pergi makan kat mana”
“KFC..makan sekali dengan kak Mia. Perempuan yang Sya suka tu”kata Fariz. Farisya pernah memberitahunya bahawa dia suka dengan sikap Mia tu. Dia ingin berkenalan dengan Mia. Adiknya tu ada-ada saja.
“Betul ke. Macam mana along kenal dengan dia. Along jumpa kat mana”bertalu-talu soalan Farisya. Teruja.
“Adalah..yang penting hari sabtu ni kita keluar dengan dia. Okay along nak masuk tidur, mengantuk” Fariz tidak mengendahkan pertanyaan Farisya. Tak sabar nak jumpa dengan Mia pada hari esok.
next..
Sunday, 24 May 2015
CERPEN : TAK SEGALANYA INDAH
“Kami nak bincang sesuatu dengan Fea”
Sofea hanya diam menanti papa untuk meneruskan percakapannya. Mama dan abang Khai pula tenang memandang ke arahnya.
“Cakaplah papa. Apa yang penting sangat tu” Papa kelihatan seperti teragak-agak.
“Kami nak Fea kahwin dengan Iskandar. Dua bulan dari sekarang”
‘What ? Iskandar. Papa ni dah kenapa. Takkan lah dia tak kenal playboy tu. Aku tak nak. Aku tak sanggup kahwin dengan dia.’
“ No, I don’t want to marry him” Sofea berterus terang dengan mereka.
Saturday, 16 May 2015
CERPEN : HATIKU TETAP MILIKMU
“Haikal rasa Haikal dah tak boleh teruskan hubungan kita
lagi”terhenti perlakuan Anis yang sedang menyuap makanan kedalam mulutnya.
Wajah putih bersih Haikal direnung lembut.
"Apa maksud Haikal. Haikal gurau je eh”Anis masih tersenyum
memandang ke arah Haikal yang serba tidak kena. Dia masih berfikir Haikal
sahaja ingin bergurau dengannya.
“Haikal tak gurau. Haikal…Haikal dah ada orang lain. Yang
lebih Haikal suka”berubah riak muka Anis apabila Haikal berkata begitu. Anis
terdiam. Betulkah apa yang dia dengar ? Haikal nak putuskan hubungan mereka
disebabkan Haikal sudah ada orang lain.
Setelah menjalinkan hubungan cinta selama setahun Haikal
meminta putus darinya. Haikal kini berada di semester enam manakala Anis pula
berada di semester lima. Jurusan mereka yang sama membuatkan mereka sering
berjumpa di jabatan dan Haikal yang menghulurkan salam perkenalan padanya. Dari
kawan sehinggalah mereka bercinta. Rasanya sepanjang mereka bercinta tidak ada
yang tak kena pada diri Haikal. Dan sekarang Haikal meminta putus darinya.
Air mata yang ingin mengalir di tahan supaya tidak jatuh.
Memegang kepala yang terasa sakit tiba-tiba dengan berita yang disampaikan oleh
Haikal.
“Siapa dia? Orang yang dah curi perhatian Haikal daripada
Anis?”Anis berlagak tenang. Sedaya upaya menahan sakit hatinya.
“Haikal minta maaf. Rasa sayang Haikal pada Anis dah pudar.
Sofea…Haikal dah makin suka dan sayang kepada Sofea. Dah lebih dua bulan kami
berkenalan”Haikal terpaksa berkata jujur kepada Anis. Dia tidak ingin menyakiti
hati Anis lagi.
“Haikal minta maaf” Anis tersenyum. Jatuh juga air mata yang
ditahan-tahan daripada tadi.
“Haikal tak perlu minta maaf. Mungkin layanan Anis selama
ini yang membuatkan Haikal berpaling arah ke Sofea. Anis tak banyak luangkan
masa untuk Haikal. Perkara ini terjadi pun mungkin disebabkan Anis. Haikal tak
salah sama sekali.” tenang Anis bertutur.
“Haikal ada gambar Sofea. Boleh Anis lihat” Anis bertanya
kepada Haikal. Dia ingin lihat wajah yang sudah membuatkan Haikal berpaling
darinya.
Haikal menghulurkan telefon bimbitnya. Wajah Sofea yang
tersenyum menjadi wallpaper di
telefon bimbit Haikal. Cantik…itu yang terdetik saat pertama kali Anis melihat
wajah Sofea. Sakitnya hati Anis pada masa itu. Selama ini hanya wajahnya yang
ada di situ tetapi sekarang sudah berubah.
“Ermm..cantik” mungkin itulah yang membuatkan Haikal
berpaling ke Sofea.
“Sofea pelajar jurusan kesetiausahan. Semester enam. Sama
dengan Haikal. Kami berkenalan disebabkan orang tua kami yang berkawan baik. Haikal
baru tahu dia belajar di sini juga. Dari situ kami mula rapat. Sofea kadang
kala kelihatan comel dengan sikapnya.”Haikal tersenyum menceritakan tentang
Sofea tanpa menyedari perubahan riak wajah Anis dan perasaan Anis yang mula
hancur.
“Haikal…Anis sedia untuk lepaskan Haikal walaupun rasa sakit
hati Anis ni biar jelah Anis yang tanggung sendiri Mungkin Haikal lebih gembira
bersama Sofea. Anis tak boleh nak paksa Haikal untuk tak lepas Anis. Lagipun
kit tak ada ikatan lagi. Anis pasti Sofea lebih baik dan sesuai dengan Haikal”
Anis berkata begitu kerana dia tidak sanggup lagi menghadap muka Haikal. Haikal
lelaki pertama yang mengajar dia cinta. Haikal lelaki pertama yang dia sayang
selepas ayahnya kerana Anis merupakan anak tunggal.
Haikal terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Anis.
Kenapa tiba-tiba dia rasa sakit bila melihat mata Anis yang merah.
“Kirim salam Anis kepada Sofea. Suruh dia jaga Haikal
baik-baik. Anis doakan hubungan Haikal dan Sofea.” Anis lantas mengambil beg
tangannya dan beredar dari situ. Selangkah dia berpaling meninggalkan Haikal
air matanya tidak henti-henti turun.
...................................................................
...................................................................
“Woi..tak makan ke”sergah Husna daripada belakang.
“Tak apalah. Kau makanlah. Aku dah makan tadi masa keluar
dengan Haikal”
“Husna..kalau aku cakap kau jangan terkejut tau”kata Anis.
Bukannya dia tidak tahu macam mana perangai Husna tambah lagi Haikal merupakan
sepupunya. Boleh dikatakan rapatlah juga mereka berdua tu.
“Tengoklah macam mana. Kalau berita sensasi maybe aku terkejut kut” dia menyuap
kembali nasi ayam ke mulutnya.
“Aku dah putus dengan Haikal”Anis menghulurkan minuman
kepada Husna apabila Husna terbatuk-batuk.
“What..are you kidding
me?” kuat suara Husna bertanya kepada Anis. Anis hanya senyap.
“Aku..aku tak tahu. Haikal dah ada orang lain. Dia minta
putus dengan aku tadi masa kami keluar makna bersama tadi. Apa salah aku Husna.
Kenapa dia buat aku macam ni. Aku tahu aku salah kalau aku tak dapat luangkan
masa dengan Haikal. Tetapi kenapa dia boleh sampai dah ada orang lain. Setahun
kita orang bercinta. Dia orang pertama yang curi hati aku. Aku sayang dia
Husna. Haikal pernah berjanji lepas
tamat kami belajar dia nak bertunang dulu dengan aku. Tetapi sekarang dia dah
ada orang lain”
Anis meluahkan perasaannya. Dengan Husna sahaja yang dia
boleh meluahkan perasaannya. Husna terdiam. Kesian melihat keadaan kawannya.
Anis jarang begini. Anis jarang menangis.
‘Apa yang kau dah buat Haikal’getus hati Husna.
“Kau kenal Sofea” Tanya Anis bila tangisannya sudah mula
reda. Husna terdiam. Berfikir sebentar sebelum menggelengkan
kepalanya.
“Sofea. Perempuan tu yang buat Haikal minta putus dengan
aku. Pelajar sini juga semester enam. Jurusan setiausaha. Haikal cakap kat aku
perasaan sayang dia pada aku dah pudar. Dia makin suka dan sayang pada Sofea.
Masa Haikal cerita dengan aku pasal Sofea tadi wajahnya gembira sangat aku
tengok. Handset dia pun dah bertukar gambar. Daripada gambar aku dah bertukar
kepada wajah Sofea”air mata kembali mengalir semasa Anis bercerita. Husna hanya
mampu menggelengkan kepala.
Tidak sangka Haikal meminta putus dari kawan baiknya. Sampai
hati pula Haikal menceritakan tentang Sofea kepada Anis.
...................................................................
Sebulan telah berlalu. Anis pasrah dengan nasibnya.
Hari-harinya tidak ceria lagi tanpa Haikal. Dia tidak dapat lagi melupakan
Haikal. Meskipun dia berharap pesanan ringkas Haikal pada setiap pagi namun
semuanya sia-sia. Sejak rasminya dia putus dengan Haikal lelaki itu tidak lagi
menghantar mesej ataupun menghubunginya.
“Woi..buat apa. Orang tengah ramai ni? Kau boleh pulak
termenung kat sini”tepukan di bahunya membuatkan Anis terkejut.
“Kau dah kenapa. Sakit tahu tak. Nak tegur orang bagilah
salam dulu. Ni tak asyik sergah orang je. Nasib aku tak ada sakit jantung.
Kalau tak aku dah jalan dah” bebel Anis. Mukanya masam.
“Aduhhhh..membebel je lah kerja kau ni. Sakit telinga aku
tau tak.”
“Korang kalau tak bergaduh tak boleh ke”tanya Aina.
“Husna punya pasal lah”
“Orang tengah ramai kau pulak boleh termenung. Mana aku tak
geram”balas Husna.
Anis melihat sekeliling. Carboot
sales yang di adakan pada hujung minggu itu membuatkan pelajar-pelajar yang
tinggal di asrama mahupun di rumah sewa datang untuk membeli. Di gerai mereka
tak ramai pun. Pelanggan yang datang membeli dilayan oleh Aina dan Fiqa.
Bukannya mereka berdua sahaja yang menjaga gerai itu.
“Mana ada ramai. Gerai kita ni masih terkawal okay”
“Ramailah ni. Tapi aku tak cakap pun gerai kita yang ramai.
Kau yang salah faham” Husna ketawa. Lucu melihat muka geram yang dipamerkan
oleh Anis.
Anis diam sahaja. Malas mahu melayan Husna yang kadang kala
masuk air.
“Aina , Fiqa kita orang pergi jalan sekejap eh. Bosanlah.
Kita orang nak pergi membeli kejap”pinta Husna kepda dua orang rakannya.
Cepat-cepat dia menarik tangan Anis.
Dari satu gerai ke satu gerai mereka pergi. Ketika Husna
menarik tangan Anis, Anis yang tak sedar telah melanggar orang di hadapannya.
“Aduhhh..sakitlah. Buta ke. Jalan tu elok-eloklah sikit. You
tengok ni. Sakit badan I”Anis melihat wajah perempuan yang meringai kesakitan.
Aku terlanggar sikit je. Husnalah punya pasal ni.
‘Eh macam pernah tengok’
Anis tak sedar wajahnya di perhati dari tadi kerana khusyuk
melihat wajah Sofea.
“Anis..kau ni cepatlah”panggil Husna bila Anis tidak
berganjak dari situ. Husna perasan Haikal yang turut berada di situ bersama
seorang perempuan. ‘Sofea ke tu’
“Apahal ni”keras suara Husna.
“Aku terlanggar badan dia. Kau lah tarik aku tadi. Saya
mintak maaf”pohon Anis. Dia ingin beradar dari situ apabila Haikal asyik
melihat kepadanya.
“Dah sudah jom blah. Sikit je pun gedik yang lebih. Tak ada
luka pun”kata Husna menjeling tajam kearah Sofea.
“Eh yang You ni
sibuk ni apahal. Bukan masalah You.”Sofea
menolak bahu Husna. Orang ramai memerhatikan mereka.
‘Amboi main kasar nampak’
“Woi mangkuk, yang kau senyap saja ni kenapa. Baik kau tarik
makwe kesayangan kau sebelum aku main kasar.”
“Eh You ni siapa
panggil boyfriend I mangkuk. Bodoh
punya orang”sikap Sofea membuatkan Husna marah.
“Mangkuk ni sepupu aku. Suka hati akulah. Yang kau ni kenapa
ber I you segala. Ermm menyampah aku dengar.”Husna menunjukkan wajah
meluat. Sofea menahan marah.
“Dahlah..jomlah kita balik”Haikal bersuara. Anis
memberanikan diri memandang wajah Haikal. Terubat rasa rindunya menatap wajah
Haikal. Tetapi hanya sekejap. Anis menundukkan pandangannya.
“Hah..baguslah. Ada korang kat sini menyemak je. Bukannya
nak membeli. Tapi sibuk duk berdating” Haikal menarik Sofea pergi. Dia tidak
ingin memanjangkan lagi masalah itu.
...................................................................
“Kau dah kenapa mengeluh” Tanya Hariz kepada Haikal.
“Aku terserempak dengan Anis dan Husna tadi masa aku pergi carboot sales tadi dengan Sofea”
“So what” Tanya
Hariz.
“Ada masalah sikit. Husna bertikam lidah dengan Sofea.”
“Macam mana boleh macam tu.” Hariz masih tenang bertanya.
Dia tertanya-tanya pasal apa.
“Anis tadi terlanggar
badan Sofea. Sofea pun bisinglah kata sakit badan dia. Husna datang tarik Anis.
Sebelum tu dia cakap bukannya sakit mana. Tergedik-gedik je lebih. Dahlah dia panggil
aku mangkuk depan orang ramai tadi. Sofea pun panaslah bila Husna cakap macam
tu” Hariz ketawa. Dia kenal kekasihnya itu. Husna yang kasar yang membuatkan
dia jatuh hati terhadap Husna.
“Ish kau ni. Gelak pula”marah Haikal.
“Memang padan pun dengan kau gelaran mangkuk tu. Cuma kena
tambah sikit jadi mangkuk
ayun”tambah Hariz lagi. Haikal menjeling kearah
sahabatnya.
“Kau tahukan kenapa sikap Husna tu macam tu. Dia tak suka
kau dengan Sofea. Kau sepupu dia lepas tu kau sakitkan hati Anis. Anis tu siapa.
Kawan baik diakan. Mestilah Husna terasa dengan apa yang kau buat pada Anis.
Anis mesti luahkan segala perasaannya kepada Husna. Pada siapa lagi dia nak
luahkan perasan. Adik beradik tak ada. Mak ayah tak ada. Nak harap neneknya kat
kampung jauh tu” Hariz mengeluh. Apa yang lebihnya Sofea tu pun dia tak tahu.
Cantik dan jauh lebih baik Anis dia rasakan. Tapi sahabatnya dah kemaruk dengan
si Sofea tu. Mungkin sebab Sofea lebih pandai bergaya agaknya.
...................................................................
Anis, Husna dan Hariz sedang mengulangkaji bersama-sama di
perpustakaan. Husna meminta Hariz mengajarnya beberapa subjek yang dia tidak
faham. Haikal datang ketika Anis beredar ke tandas.
“Hai..boleh join”Tanya Haikal. Dia yang datang ke
perpustakaan untuk mengulangkaji ternampak Hariz dan Husna.
“Aku sorang ni. Bosanlah study
sorang-sorang”Husna bertindak mendiamkan diri. Malas memandang ke arah Haikal
yang masih berdiri disebelah Hariz.
“Aaa..aaa..bolehlah”Hariz sempat menangkap pandangan kurang
senang Husna. Haikal duduk disebelah Hariz iaitu berhadapan tempat duduk Anis
.
“Hai Husna”tegur Haikal. Husna hanya mengangkat bahu. Haikal
tahu Husna masih memarahi dirinya.
“Kau seorang je. Mana Sofea”Tanya Hariz.
“Dia keluar dengan kawan-kawan dia” balas Haikal.
‘Final exam dah
nak dekat tapi dia boleh lagi keluar. Sudahlah final year dia kat sini. Buatnya kena repeat nanti padan muka. Hahaha’getus Husna.
“Kenapa”Tanya Hariz apabila melihat tersenyum. ‘Mesti ada
yang dia fikirkan ni’
“Ouhh..tak adalah. Fikir pasal Sofea tu. Dia tak study ke. Exam nak dekat dah kan. Baguslah kalau kena repeat.” berubah riak muka Haikal ketika itu. Hariz mencuit lengan Husna yang bertutup. Memberi isyarat
supaya diam.
”Sorry lambat”kata Anis. Baru dia perasan Haikal berada di
situ. Ingatkan kawan Hariz yang dia kata akan datang sekejap lagi tetapi tidak
tahu sama ada jadi ke tidak. Tidak sangka pula Haikal yang ada di situ.
“Jomlah sambung study”
Anis tidak menghiraukan pandangan mata Haikal. Dia sibuk
membelek buku. Sekejap-sekejap dia mencatat apa yang penting apabila Hariz
mengatakan sesuatu. Anis pada masa itu memakai baju kurung berwarna ungu. Warna
kegemarannya. Rindu pula ingin berborak dengan Anis. Dia dapat merasakan Anis
sentiasa mengelakkan diri daripada berjumpa dengannya. Kalau terserempak dengan
Anis di jabatan Anis akan cepat-cepat melarikan diri.
“Nanti Sofea marah kalau awak pandang perempuan lain
daripada kekasih sendiri. Saya tak nak dituduh perampas pulak”kata Anis apabila
Haikal asyik memandang dirinya. Rimas. Memang dia rindukan Haikal. Tetapi
sekarang dia bukan lagi kekasih Haikal.
Haikal tersentak. Panggilan Anis terhadapnya dah berubah.
“Ermm Husna, Hariz aku rasa cukuplah kita study sampai sini.
Dah petang ni. Jom lah kita balik”
“Jomlah. Aku pun dah penat ni” ajak Husna.
“Jom saya hantarkan”kata Hariz.
“Tak payahlah Hariz. Kita orang balik sendiri jelah. Tak
jauh mana pun rumah sewa kita orang. Kejap je dah sampai”kata Husna. Dia
mengerti perasaan Anis. Jika Hariz menghantar mereka pulang pasti Haikal akan
ikut sekali.
“Kami balik dulu”pinta Anis tanpa sedikit pun memandang ke
arah Haikal.
Husna senyum kepada Hariz. Apabila matanya bertembung dengan
sepasang mata milik Haikal, Husna menjeling tajam ke arahnya. Hariz
menggelengkan kepala melihat telatah Husna.
Haikal hanya mendiamkan diri. Terasa apabila Anis tidak
menghiraukannya.
...................................................................
EMPAT TAHUN BERLALU
Walaupun empat tahun berlalu tetapi tiada seorang pun yang
mampu menggantikan tempat Haikal di hatinya. Semakin cuba dilupakan, semakin
kerap wajah Haikal bermain di minda. Bagaimanakah keadaan Haikal sekarang.
Walaupun dia masih berhubung dengan Husna namun nama Haikal tidak pernah di
sebut oleh mereka berdua.
Anis membuka kedai bakery
yang di kongsi bersama Husna. Dengan beberapa orang pekerja membuatkan masanya
tidak terlalu banyak dihabiskan kerana
mudah untuk dia menjaga satu-satunya keluarga yang dia masih ada iaitu
neneknya.
“Weyh, nenek kau ada cakap apa-apa tak” kata Husna. Dia
tercungap-cungap akibat berlari hendak masuk ke dalam kedai bakery mereka.
“Cakap apanya. Kau ni dah kenapa berlari masuk. Tak larinya
kedai ni”
“Haikal…”terjatuh senduk kayu yang dipegang oleh Anis. Baru
sahaja dia memikirkan tentang Haikal tadi. Dan sekarang Husna sedang menyebut
nama lelaki itu.
“Nenek kau tak cakap ke kat kau Haikal masuk meminang kau.
Dan nenek kau pun dah setuju. Sebulan dari sekarang korang akan berkahwin” Terkejut. Anis tidak mampu berkata apa-apa. Otaknya cuba
mencerna apa yang baru sahaja Husna katakan.
“Anis…weyh…kau okay ke tak ni”Tanya Husna apabila Anis hanya
berdiam diri.
“Macam mana kau boleh tahu pulak. Kenapa aku tak tahu
apa-apa pun” bingung Anis.
“Haikal sendiri yang bagitahu aku tadi. Dia datang rumah nak
jumpa mak aku”
“Kenapa ? ” Anis masih tidap menerima apa yang Husna
katakan.
“Tak..tak..tak mungkin. Dia dah ada Sofea. Tak mungkin dia
nak kahwin dengan aku”sedikit emosi Anis berkata.
“Anis..semua yang aku cakap ni betul. Aku sendiri dah sahkan
dengan nenek kau. Sebab tu aku lambat datang hari ini. Aku baru tahu pagi tadi.
Haikal cakap dia pergi rumah kau minggu lepas. Nenek kau sendiri dah terima”
“Tapi kenapa aku tak tahu apa-apa pun. Kenapa dia masuk
meminang aku. Dia tak cintakan aku. Dia tak sayang aku. Dia sendiri yang mintak
putus dengan aku. Aku tak sesuai dengan Haikal. Dia dah ada Sofea. Tapi
sekarang dia nak kahwin dengan aku. Aku tak faham. Dia nak mainkan hati aku
lagi ke. Aku tak sanggup kalau dia buat aku macam dulu” Anis menangis
teresak-esak.
Tanpa disedari oleh mereka perbualan mereka di dengari oleh
Haikal dan Hariz yang berselindung di sebalik pintu dapur.
...................................................................
Malam itu majlis resepsi di adakan di hotel milik keluarga
Haikal. Hotel yang di uruskan oleh Haikal. Majlis pada malam itu sangat meriah.
Wajah Haikal terpancar riak kegembiraan sedangkan Anis masih lagi
tertanya-tanya. Akankah ada bahagia buatnya bersama Haikal. Walapun mereka
tampak keletihan tetapi mereka tetap melempar senyuman. Anis hanya melemparkan
senyuman terpaksa. Dia rimas bila Haikal tidak melepaskan genggaman tangan Anis
malah kadang-kadang tangannya bertindak memeluk pinggang Anis.
“Anis”panggil Husna. Dia mengerti perasaan Anis yang berada
di dalam di lema ketika itu.
“Sabarlah. Bincang baik-baik dengan Haikal”
“Kau Haikal kalau kau sakitkan hati Anis lagi siap kau. Hati
dia bukan untuk kau permainkan. Sekali lagi dia terluka aku dulu yang kerjakan
kau” Husna memberi amaran kepada sepupunya. Dia meminta diri untuk berjumpa
dengan nenek Anis.
“Haikal jaga Anis baik-baik kalau kau tak nak kena belasah
dengan Husna”kata Hariz. Mereka berdua ketawa. Anis merentap tangannya daripada
dipegang oleh Haikal.
“Tak lawak pun”Anis menjeling kepada Haikal dan terus
meninggalkan mereka berdua mengikuti langkah Husna yang jauh ke depan .
“Anisss”panggil Haikal. Namun Anis tidak mengendahkan
panggilan Haikal.
“Sabarlah Haikal. Salah kau jugak buat dia macam tu dulu.”
Hariz menenangkan perasaan Haikal yang sudah tidak menentu itu.
“Dia dah benci aku Riz. Apa aku nak buat. Dia dah tak macam
Anis yang aku kenal dulu”kesal Haikal.
“Tak mungkin dia benci kau. Buktinya dia tidak ada pun
pengganti kau. Dia masih tunggu kau. Husna pun pernah cakap kat aku. Anis
selalu termemung dan dia pasti Anis selalu memikirkan pasal kau”
Haikal memandang sayu langkah Anis yang makin menjauh. Cukup
kesal kerana dia pernah memutuskan hubungannya dengan Anis tiga tahun yang
lalu. Hubungannya dengan Sofea hanya bertahan selama dua bulan. Sofea tidak
serius dengannya. Sofea selalu kasar dengannya. Sofea inginkan semua
kata-katanya dituruti. Duitnya juga banyak dihabiskan buat Sofea. Sofes sangat
berlainan dengan Anis. Anis tidak pernah memintanya membelikan sesuatu. Anis
cukup jaga dengan tingkah lakunya yang berbeza dengan Sofea yang mempunyai
pergaulan bebas. Kenapa dia tidak nampak semuanya itu pada awal dia berkenalan
dengan Sofea. Saat dia tersedar akan kehilangan Anis semuanya sudah terlambat.
Dia sangat rindukan Anis. Dia rindu saat-saat dia bergurau senda dengn Anis.
...................................................................
Anis terperanjat apabila melihat Haikal yang sudah berada di
dalam bilik. Terlupa pula dia bahawa sekarang ini mereka berada di dalam bilik
Haikal. Dirumah yang dihadiahkan oleh papa untuk mereka berdua. Dia tidak
mempedulikan Haikal yang memandang ke arahnya lantas sejadah dihamparkan
sebelum menunaikan solat isyak. Haikal hanya memerhatikan Anis yang sudah
selesai solat. Anis hanya mendiamkan diri dan tidak memandangnya.
Haikal duduk di birai katil menghadap Anis yang duduk di
sofa berdekatan dengannya. Anis sedang membaca novel. Dia mencari sepasang mata
bundar yang cantik milik isterinya. Perlahan tangan Anis digenggam. Dia ingin
menyemai kembali kasih sayang di antara mereka.
“Anis” Anis cuba merungkaikan pegangan tangan Haikal. Tidak berjaya kerana Haikal menggenggam erat tangannya.
“Boleh tak awak lepaskan tangan saya. Saya rimaslah” dengus
Anis. Dia bangun ingin beredar dari situ.
‘Duduk bilik lain lagi bagus’
Perlakuannya terbantut apabila Haikal memeluk erat
pinggangnya dari belakang.
“Stoplah awak.
Saya nak keluarlah dari bilik ni”
“Sayang nak pergi mana. Ni kan bilik kita” pujuk Haikal.
Pelukan dieratkan lagi.
“Saya nak keluar. Saya tak nak sebilik dengan awak”
Hari pertama perkahwinan pasti pasangan suami isteri akann
bergembira dan bermesra. Tetapi lain pula pada mereka. Anis masih marah
dengannya.
“Abang minta maaf. Abang rindu Anis. Abang sayang Anis. Abang
cintakan Anis. Abang menyesal pernah lepaskan Anis dulu.”tersentuh hatinya
apabila suami sendiri berkata begitu. Dia juga masih sayang dan cintakan Haikal
tetapi hatinya masih sakit kerana Haikal lebih memilih orang lain.
“Abang minta maaf dengan Anis. Tolong maafkan abang. Abang
nak bina hidup baru dengan Anis sebagai isteri abang.”
“Saya dah maafkan awak. Saya takut saya akan dikecewakan
buat kali yang kedua tapi saya harap bagi saya masa untuk terima awak kembali.
Hati saya masih sakit dengan kenangan lalu”dia melepaskan pelukan Haikal.
“Tapi..”
“Please..bagi saya masa. Tak mudah untuk saya terima awak
kembali. Apa yang terjadi terlalu cepat bagi saya. Awak tiba-tiba kahwin dengan
saya. Sebelum ni saya tak pernah dengar khabar awak. Awak tak pernah cuba untuk
menghubungi saya. Awak seolah-olah dan buang saya terus dari hidup awak. Tapi
sekarang ni saya dah jadi isteri awak dengan rancangan yang saya sendiri tak
tahu. Awak masuk minang saya dan tahu-tahu saja nenek terima pinangan awak.
Saya tidak diberikan peluang untuk bersuara. Saya harap awak tolong behave dan jangan sakitkan hati saya
lagi”seusai berkata Anis pergi meinggalkan bilik itu.
Haikal terduduk apabila mendengar luahan isterinya. Sungguh
dia menyesali akan perbuatannya yang dulu. Tidak sangka hati Anis sungguh
terluka.
...................................................................
“Saya minta izin nak keluar pergi kedai saya”Anis
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Haikal. Anis masih ingat tugas dan
tanggungjawabnya sebagai isteri.
“Jomlah abang hantarkan. Abang pun nak melawat tempat kerja
sayang”
Anis menghela nafas. “Tak payahlah. Saya boleh pergi
sendiri. Saya dah lambat ni. Pergi dulu”
Anis terus berpaling dan pergi dari situ. Haikal mampu melihat sahaja langkah
isterinya.
‘Apa lagi yang harus aku buat untuk meraih kembali kasih dan
cinta Anis pada aku’
“Sayang dah makan”tegur Haikal lembut.
Tiada reaksi daripada Anis. Anis tetap memejamkan matanya
sekali-sekala dia mengerutkan dahinya. Perlakuannya diperhatikan oleh Haikal.
Haikal bergerak ke arah Anis. Tangannya diletakkan di dahi
Anis. Panas.
“Sayang..bangun..Anis demam ni. Makan ubat dulu. Abang ada
masak sikit tadi. Anis makan dulu ya”
“Abang”panggil Anis. Haikal terkejut. Tidak menyangka Anis
akan panggilnya begitu.
“Ye sayang” Haikal megusap kepala Anis.
“Anis pening sangat. Tak larat dan tak ada selera nak makan”
kedengaran suara manja Anis. Haikal tersenyum.
Tanpa disangka-sangka Anis memeluk pinggang Haikal yang
duduk disebelahnya dan kepala di letakkan di paha suaminya. Terasa ingin
dimanjakan oleh Haikal. Haikal sama sekali tidak menyangka akan telatah Anis.
Namun dia cukup rasa bahagia apabila Anis melakukan begitu.
“Abang teman Anis ya. Anis tak larat lagi nak makan. Anis
nak tidur sekejap”
Haikal memandang wajah Anis yang sudah tertidur di pehanya.
Kali pertama dia melihat wajah Anis sedekat ini. Anis kelihatan cantik. Kening
yang tebal dan bulu mata yang panjang lagi melentik.
‘Adakah Anis sudah terima dia semula. Andai benar dia sangat
bersyukur kerana Anis masih memberi peluang kepadanya.' Dahi Anis dikucup penuh kasih. Betapa dia rindukan Anis.
...................................................................
“Abang”kejut Anis.
Haikal membuka mata apabila mendengar namanya dipanggil.
Anis dilihatnya sudah tersenyum memandangnya.
‘Biar betul. Aku ingat tadi bila dia dah bangun dia ubah
balik panggilan tadi’
“Abang…Anis laparlah”Anis menggosok-gosok perutnya. Haikal
tersenyum.
“Dah tak sakit kepala dah”soal Haikal. Anis hanya
menggelengkan kepala. Haikal merasa dahi Anis dengan tangannya.
“Jom, abang bawa pergi dapur. Abang pun tak makan lagi
ni”Haikal memimpin tangan Anis.
“Abang” Anis menarik tangan Haikal. Langkah Haikal terhenti.
“Kenapa sayang”
“Anis nak minta maaf sebab tak hiraukan perasaan abang
selama kita kahwin ni. Anis..Anis nak bagi peluang pada hidup Anis untuk
merasai kebahagiaan. Selama ni abang selalu layan Anis dengan baik. Abang
tunjukkan rasa sayang abang pada Anis. Tapi
Anis masih ikutkan perasaan. Tak bagi abang peluang.”
“Tak apa. Abang faham perasaan Anis. Anis tak salah pun.
Abang yang salah dari awalnya.”bibirnya menguntum senyum. Pipi Anis dielus
lembut.
“Anis nak bina hidup baru dengan abang. Kita lupakan yang
lama boleh”
“Anis dah boleh terima abang semula”soal Haikal.
Anis mengangguk. Tangan Haikal di ambil dan dicium. Sungguh
perasaannya pada Haikal tidak pernah pudar dari dulu lagi.
“Alhamdulillah”Haikal memeluk erat Anis bagai tidak mahu
dilepaskan. Anis mengemaskan pelukan Haikal. Dia tersenyum ketika berada dalam
pelukan suami yang tercinta.
Anis bersuara apabila kelihatan seperti Haikal tidak mahu
melepaskannya.
“Abang..dahlah..Anis lapar ni. Dari pagi tak makan”
“What” berkerut
dahi Haikal memandang Anis.
“Sayang kenapa tak makan dari tadi ni. Sekarang dah pukul
berapa. Kalau gastrik macam dulu macam macam mana?” soal Haikal.
“Abang ingat lagi?” Tanya Anis. Dia menyangka bahawa
suaminya sudah melupakann tentangnya apabila mereka sudah berpisah tiga tahun
lalu.
“Semuanya pasal sayang, abang masih ingat. Sayang suka apa,
sayang tak suka apa semuanya abang masih ingat. Abang minta maaf sekali lagi
disebabkan hal dulu”
“Dahlah abang, tak perlu difikirkan lagi. Anis nak lupakan
kisah lama. Kita mulakan yang baru” pipi Haikal diusap lembut oleh Anis.
“Okay..sekarang jom makan dulu. Lepas tu makan ubat. Badan
sayang panas lagi ni. ” Haikal sempat mengucup tangan isterinya sebelum menarik
Anis ke ruang dapur.
“One more thing, pindah
masuk bilik abang. Abang nak Anis sentiasa dengan abang. Boleh kan?”
“Kalau tak boleh? Anis nak duduk bilik asinglah” usik Anis.
“Sayang masih tak terima abang ke” sayu sahaja Anis dengar.
Anis bertindak mendiamkan diri. Apa yang akan diperkatakan oleh suaminya.
“Tak apalah. Abang tak paksa” Haikal memandang Anis dengan
penuh kasih. Terasa dengan penolakan Anis. Sungguh dia sangat cintakan dan
sayang kepada Anis.
Anis tersenyum. Dia mencubit kedua-dua pipi Haikal dengan
kuat.
“Anis gurau je. Kan Anis cakap Anis nak mulakan hidup baru
dengan abang. Hurmm..tak handsomelah muka masam macam ni. Cuba senyum sikit”Anis
mencium pipi Haikal.
“Aduhhh yang..sakitlah. Tapi abang suka sebab dapat ciuman
daripada isteri. Nakal eh Anis ni”pinggang Anis diraih. Anis tersenyum bahagia.
...................................................................
Anis menolak pintu bilik mereka dengan perlahan. Dilihatnya Haikal
sedang tidur. Kepenatan agaknya. Anis membersihkan diri sebelum menunaikan
solat maghrib. Haikal masih nyenyak tidur sehingga tidak sedar isterinya sudah
pulang. Anis ingin turun ke bawah untuk menyiapkan makan malam.
“Abang..bangun bang”gerak Anis. Dia melarikan jarinya di
wajah Haikal.
“Abang sayang bangunlah”Anis masih cuba mengerakkan Haikal.
Pipi Haikal dicium berkali-kali.
“Ermm” tubuh Anis ditarik ke dalam pelukan.
‘Ish orang suruh bangun boleh pulak dia peluk aku’
“Abang bangunlah. Kalau tak sayang geletek abang” tiada
tanda-tanda Haikal mahu bangun. Anis mula mengeletek Haikal dengan jarinya yang
runcing.
“Okay-okay stop. Nakal eh sayang ni” Haikal kembali memeluk
Anis. Rindu.
“Dahlah. Abang pergi mandi lepas tu solat. Anis nak pergi
masak makan malam”Anis mencium dahi Haikal sebelum keluar dari bilik.
Setengah jam kemudian Haikal melihat Anis yang bertungkus
lumus memasak di dapur. Anis kelihatan comel dengan rambut yang disanggul
tinggi. Anis masih tidak perasankan Haikal yang sedang memerhatikannnya.
“Khusyuknya sampai abang ada kat pintu dapur ni pun sayang
tak sedar” Haikal memeluk Anis dari belakang. ‘Sedap bau makanan.’
“Abang..Anis nak memasak ni”
“Masaklah..abang tak buat apa pun”Haikal mencuri cium pipi
Anis.
Sudahnya Anis hanya membiarkan perlakuan Haikal. Nasib
makanan lain dah siap masak. Haikal sangat manja. Dan Anis senang untuk
memanjakan suaminya.
“Dah boleh makan. Jom”ajak Anis.
Haikal menarik tangan Anis yang baru hendak duduk di kerusi
meja makan. Anis terpinga-pinga. Dia bertanya kepada Haikal. Haikal tersenyum menggoda. Anis terpana melihat suaminya.
Tak makan juga nanti mereka berdua.
“Abang nak ucapkan terima kasih pada Anis kerana memberi
peluang untuk abang. Abang bahagia sangat bila sayang sudi terima abang
kembali. Abang minta maaf tentang hal dulu. Abang menyesal sangat lepaskan
Anis. Abang sedar bila semuanya terlambat. Abang tak ada kekuatan untuk jumpa
Anis. Abang selalu tanyakan Anis pada Husna. Walaupun dia membebel pada abang
tapi dia tetap ceritakan pasal Anis. Masa abang ambil keputusan untuk meminang
Anis abang ceritakan semuanya pada nenek. Sebab tu nenek bersetuju tanpa
persetujuan Anis. Husna pun baru tahu bila abang yang ceritakan pada dia. Pada
hari Husna bertanya dan bercerita pada sayang, abang ada di situ. Abang dengar
semuanya. Sayang menangis. Sayang cakap mustahil abang cintakan sayang. Abang
dah ada Sofea.
“Tapi sayang silap sebab abang hanya bersama Sofea selama
dua bulan sahaja. Abang tak dapat lupakan sayang. Abang masih cintakan sayang
sampai sekarang” Haikal tunduk mencium tangan Anis.
“Anis pun sayang dan cintakan abang dari dulu sampai
sekarang” Anis mengelap air matanya. Ternyata mereka saling merindui antara
satu sama lain.
“Dan sekarang kalau boleh Anis tak nak abang ungkit hal
lama. Sekarang kita berdua hidup bahagia. Taka da rahsia antara kita. I love you abang.”
“I love you too sayang” mereka kembali berpelukan. Senyuman bahagia
terukir di bibir.
‘Alhamdulillah..semoga perkahwinan kami dirahmati Allah.
Abang sayang Anis’
TAMAT…
Subscribe to:
Posts (Atom)