Wednesday 27 May 2015

CERPEN SERIES : MARISSA DAMIA (1)



*****
“Maaf…saya tak sengaja”pinta seorang gadis yang telah terlanggar Marina.

“Maaf??? Hey You tengok apa yang You buat dengan baju I. Habis kotor semua”marah Marina. Dia tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Baju yang sudah basah dan kotor membuatkan dia ingin balik sekarang juga.

“Maaflah cik. Saya betul-betul tak sengaja.”Gadis itu masih memohon maaf atas kesilapannya. Farisya hanya melihat kejadian di hadapannya. Orang ramai juga melihat ke arah mereka.

“Tak sengaja? Tak sengaja You cakap. Mata You letak kat mana”Marina masih tidak puas hati.

“Macam nilah cik, apa kata saya beli cik baju baru sahaja”kata gadis itu lagi.

“You nak belikan I baju baru?”Marina ketawa.

“Orang macam You ni ada duit ke nak gantikan baju I yang mahal ni. Tak apalah. I kesian kat You. Nanti tak ada duit nak sara hidup kalau You belikan baju baru untuk I.”Marina memperkecilkan gadis itu.

‘Apa aku selekeh sangat ke sampai dia ingat aku tak ada duit’

“Ouhh..kalau dah macam tu baguslah. Saya pun tak payah keluarkan duit beli baju untuk perempuan yang bajet bagus macam cik ni. Selamat duit saya. Saya sedekah kat masjid lagi bagus dapat pahala lagi. Ye tak awak”tanya gadis itu kepada Farisya. Dia mengangkat keningnya.

Farisya terkejut apabila gadis itu bertanya kepadanya. ‘Berani jugak dia lawan cakap Kak Marina.’

“Oklah kalau dah tak ada apa masalah, saya pergi dulu.”kata gadis itu lagi. Muka kelat Marina tidak dipedulikan.

“What..dia blah macam tu saja”

“Arghhh..korang berdua ni kenapa diam je dari tadi. Bukannya nak bela I. I dah cakap tadi I tak nak makan kat KFC ni. Tak pasal-pasal baju I kotor. Dahlah jomlah kita balik. I dah tak ada mood ”kata Marina kepada Fariz dan Farisya.

“Siapa jugak yang ajak akak ikut Sya dengan abang. Kita orang dah cakap nak pergi makan kat sini. Akak tu yang tergedik-gedik nak ikut kita orang kenapa. Padanlah dengan muka akak”bidas Farisya.

“You nak balik, You pergi balik sendiri. Teksi banyak kat luar sana. Dah Sya jom kita order makanan”ajak Fariz. Malas melayan kerenah sepupu mereka.

“What..You nak I balik sendiri naik teksi”marah Marina.

“Yelah..You pekak ke”tempelak Fariz. Farisya hanya ketawa melihat reaksi Marina.

“Akak tak tau naik teksi ke? Tulah selama ni asyik pakai driver je kalau nak pergi mana-mana. Cubalah berdikari sendiri.”sindir Farisya.

“Ingat akak kolot sangat ke”

“Manalah tau kan. Oklah..dipersilakan balik”Farisya menarik tangan Fariz meninggalkan Marina di situ.. ‘Pandai-pandailah kau Marina’


*****
Pada hujung minggu Mia akan berada di MD Bakery untuk menolong menguruskan apa yang patut tambah pula Lisa sahabatnya ada di situ. Bolehlah hilangkan bosan..

“Mia..tolong hantarkan pesanan ini untuk meja 15. Tu hah meja yang ada tiga orang tu.”kata Lisa kepada Mia yang sedang santai di dapur.

“Murni dah ambil pesanan tadi tapi sekarang dia tengah sibuk. Kau tolong hantarkan eh”terang Lisa.

“Ok bos”kata Mia. Dia segera mengangkat dulang yang berisi tiga pinggan kek. Langkah dituju ke tempat yang diarahkan.

Lisa memandang langkah Mia. Bos? Ada-ada je sahabatnya. Dia tersenyum. Pelanggan yang ramai membuatkan dia terpaksa meminta tolong Mia.

Mia meletakkan kek di atas meja pelanggan tersebut. Tiga pinggan kek yang berlainan.

“Hey..wait. I rasa bukan kek ni yang I pesan tadi. Macam mana You buat kerja hah. Tak teliti dulu ke sebelum nak hantar.Lagi satu kek apa ni. Tak sedap langsung.”

“Lagi satu You ni lah yang kotorkan baju I hari tu kan”Marina masih mengingati wajahnya.

‘Dia mula dah. Menyampah aku dengan perangai kak Marina nil ah. Kalau bukan along mintak temankan dia datang sini jangan harap aku nak keluar.’

“Maaf cik..tapi bukan saya yang ambil pesanan cik tadi”ujar Mia. ‘Perempuan ni lagi rupanya’

“Biar saya tukar yang baru”kata Mia. Dia malas mahu memanjangkan masalah kecil ini.

“Huh dasar pekerja bawahan. Tau makan gaji buta sahaja”cemuh Marina.

“Apa masalah You ni sebenarnya. Orang dah mintak maaf tak payah lah nak hina orang sesuka hati You. You buat I makin meluat dengan sikap You tau tak”selamba sahaja Fariz berkata begitu kepada Marina. Sepupu dia pun..lantaklah dia nak cakap apa pun.

“Entah kak Marina ni..”sampuk Farisya.

“Memang patut pun. Perempuan kampung macam mereka ni tau makan gaji buta sahaja. Bukan tau buat kerja pun” cemuh Marina lagi.

Langkah Mia terhenti. Panas hatinya apabila dihina sebegitu oleh perempuan tak cukup sifat tu.

“Apa masalah kau sebenarnya. Kau datang sini nak cari gaduh dengan semua pekerja MD Bakery ni ke hah. Apa ingat semua orang yang kerja kat sini orang kampung yang tak berpelajaran ke. Apa kau ingat yang kau ni bagus sangat”marah Mia.

“Tengoklah perangai You ni. Dasar orang kampung. You tak tahu ke customer always right”tanya Marina. Berani perempuan ni lawan cakap aku.

“Kalau customer tu buat salah malah menghina orang lain tu betullah. Otak kau kat mana yang cakap benda tu betul. Otak letak kat kepala lutut”marah Mia.

“Hey You ni…”terhenti percakapan Marina.

“Apa bising-bising kat sini. Ada masalah ke”tanya seorang lelaki muda tampan.

“You siapa? Ni masalah I dengan budak kurang ajar ni. You jangan sibuk masuk campur hal orang lain”

“Saya Mikael Darwisy. Pemilik kedua bakery ni.”Mikael bersalaman dengan Fariz. ‘Pemilik kedua, siapa pemilik pertama. Sibuk pulak aku ni. Getus Fariz.

“Hah..baguslah. You tolonglah nasihat pekerja bawahan You ni. Kurang ajar”kata Marina. Dia menolak kasar bahu Mia.

“Kau ni kenapa. Mulut choyyyy”Mia membalas perbuatan Marina.

“Sudah..Mia pergi masuk dalam dulu. Biar abang settle”kata Mikael. Dia menolak lembut bahu adiknya. Mendorong untuk beredar dari situ.

“Biarlah orang selesai masalah orang sendiri. Apa ni..”Mia tidak mahu mendengar kata Mikael.

“Sudahhh..biar abang settle”ujar Mikael. Adiknya itu memang keras kepala.

“Maaflah. Sikap adik saya memang macam tu. Suka sangat berlawan cakap. Saya mohon maaf sekali lagi. Masalah ni saya harap tak dipanjangkan.”

“Lagi satu untuk pengetahuan cik adik saya tu bukan pekerja bawahan di bakery ni. Dia berpelajaran dan dia juga pemilik utama bakery ni. Saya harap cik jangan cepat menilai orang”dalam lembutnya kata Mikael terselit sedikit kata sindiran untuk Marina.

Farisya tersenyum. Marina disindir baik punya oleh lelaki tadi.

“Saya pun mohon maaf atas sikap sepupu saya tak cukup sifat ni”selamba sahaja Fariz. Farisya ketawa mendengar apa yang diakatakan abangnya. Fariz bersalaman dengan Mikael sebelum Mikael beredar dari situ.

Mikael tersenyum. Dia pasti Fariz dan adiknya itu juga tidak sukakan Marina. Dia menghulurkan kad namanya kepada Fariz. Dia ingin mengenali lelaki muda dihadapannya. ‘Dengan Mia pasti sesuai’ Mikael tersenyum memikirkan angan-angannya.

*****
“Aduhh..apa ni..sakitlah”kata Mikael apabila kepalanya di pukul dengan senduk kayu oleh adiknya.

“Abang pergi masuk campur masalah Mia tadi siapa suruh. Ishh geramlah. Kalau abang tak masuk campur tadi habis dah perempuan tu Mia kerjakan”

Lisa tergelak. Lucu melihat Mikael yang sedang menggosok-gosok kepalanya. Mia di hadapannya yang tidak puas hati di pandang.

“Yanggg tengok lah Mia ni”adu Mikael.

“Eleh sikit je Mia ketuk tu. Lain kali Mia kau ketuk kuat siikit. Kalau tak aku pun dah dapat tengok perempuan yang kau kerjakan tu”

“Amboi yang..bukan main lagi jadi batu api eh. Ingat tak sakit ke Mia ketuk kepala abang”marah Mikael.

“Padanlah muka. Siapa suruh abang masuk campur hal dia”ujar Lisa. Dia tahu Mikael hanya marah-marah sayang.

Mikael mencebik. Perangai isterinya sebijik macam adiknya. Dah nama pun kawan baik. Mia yang suka cari gaduh tu memang sama sikapnya dengan Lisa yang juga suka cari gaduh. Teringat pertama kali dia mengenali isterinya. Dia mendapat tumbukan pertama kerana disangkakan pencuri. Sikap ganas Lisa sama sahaja dengan Mia. Mungkin disebabkan sudah berkawan lama dengan Mia, sikap Mia terjangkit pada si Lisa.

“Apahal tersenyum-senyum ni. Dah gila ke. Baru ketuk sikit. Kalau aku ketuk kuat-kuat macam mana eh Lisa”tanya Mia.

“Masuk wad gila terus kot.”mereka berdua ketawa. Suka dapat kenakan Mikael.

“Amboi-amboi dua orang ni. Nak kena ni.”Mikael mula mengejar Mia dan Lisa. Mereka berlari di dapur. Gamat suara mereka di situ.

Para pekerja lain hanya tersenyum melihat gelagat majikan mereka. Mia yang merupakan pemilik utama bakery itu memang terkenal dengan sikap happy go lucky dan tak pernah membezakan orang lain. Semua yang bekerja di situ suka dengan Mia walaupun Mia masih muda. Mikael pula walaupun sudah berkahwin dengan Lisa tetapi sikapnya sama sahaja dengan Mia. Suka bergurau senda. Di mana-mana pun jadi. Lisa pula..kalau ada Mia sikapnya makin menjadi-jadi. Ada sahaja yang ingin mereka berdua kenakan..

*****
“Maaf” Aduhh..dalam minggu ni berapa kali aku asyik kena mintak maaf ni. Mia mengutuk dirinya. Dia mengutip fail-fail yang jatuh.

Fariz memandang wajah perempuan di hadapannya. ‘Perempuan ni adik Mikael Darwisy kan. Buat apa dia kat sini.’

“Awak ni bukan adik Mikael Darwisy pemilik MD Bakery”Mia memandang ke depan apabila dia dipanggil.

“Ye saya. Mikael tu abang saya. Kenapa ye”soal Mia. Siapa lelaki ni. Aku kenal dia ke.

“Awak tak kenal saya ke”soal Fariz.

“Saya tak kenal awak. Nama awak pun saya tak tau”Fariz menolong Mia mengutip barang yang jatuh.

“Ingat lagi apa yang jadi dekat KFC dan MD Bakery hari tu. Awak bertikam lidah dengan seorang perempuan tak cukup sifat” Fariz tersenyum.

“Owhhh..awaklah lelaki dengan perempuan tu ye..Saya tak perasanlah”Mia ketawa.

“By the way..siapa eh perempuan tu.”tanya Mia.

“Perempuan tak cukup sifat tu sepupu saya” Fariz ketawa. Dia suka melihat Mia senyum. Senyuman Mia manis tambah lagi dengan lesung pipitnya.

“Sepupu..perempuan tak cukup sifat? Eh tak apa ke saya panggil dia macam tu”Mia ketawa lagi.

“Memang kena pun dengan dia. Saya pun tak suka dengan dia”Fariz ikut ketawa.

“Kita cakap-cakap ni nama pun tak tahu”kata Fariz. “Saya Fariz Imran. Panggil Fariz”

“Saya Marissa Damia. Panggil Mia”Mia membalas senyuman Fariz. ‘Handsome’getus Mia.

“Nah..ni contact saya. Nanti-nanti boleh kita jumpa lagi. Lagi pun saya nak cepat ni. Saya pergi dulu. Nice to meet you”

‘Macam tak percaya saja aku bagi kad nama dekat dia. Sebelum ni bukan main payah lagi’desis Mia. Cepat-cepat dia pergi dari situ.

‘Kenapa hati aku berbunga-bunga ni’ Fariz mengeleng kepalanya. Fariz memandang langkah Mia yang main menjauh sehinggalah Mia hilang dari pandangannya.

*****

“Sya nak ikut along tak.”soal Fariz.

“Pergi mana. Makan je.. Sya okay je”

“Tau dah. Sya memang kalau pasal makan laju saja. Sebab tu along ajak keluar”

“Pergi makan kat mana”

“KFC..makan sekali dengan kak Mia. Perempuan yang Sya suka tu”kata Fariz. Farisya pernah memberitahunya bahawa dia suka dengan sikap Mia tu. Dia ingin berkenalan dengan Mia. Adiknya tu ada-ada saja.

“Betul ke. Macam mana along kenal dengan dia. Along jumpa kat mana”bertalu-talu soalan Farisya. Teruja.


“Adalah..yang penting hari sabtu ni kita keluar dengan dia. Okay along nak masuk tidur, mengantuk” Fariz tidak mengendahkan pertanyaan Farisya. Tak sabar nak jumpa dengan Mia pada hari esok.

next..

3 comments:

  1. I like this :) salam perkenalan ya

    ReplyDelete
  2. Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
    Bonus Deposit Member Baru 100.000
    Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
    Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
    Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
    Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
    Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis

    ERTIGA POKER
    ERTIGA
    POKER ONLINE INDONESIA
    POKER ONLINE TERPERCAYA
    BANDAR POKER
    BANDAR POKER ONLINE
    BANDAR POKER TERBESAR
    SITUS POKER ONLINE
    POKER ONLINE


    ceritahiburandewasa

    MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
    KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
    CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D