Thursday 28 May 2015

CERPEN SERIES : MARISSA DAMIA (3)




*****
Datin Shafiya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Dia melihat di sekeliling ruang tamu. Sunyi. Anak-anak dan menantunya keluar pergi membeli-belah. Disebabkan hari itu hari sabtu mereka mengambil kesempatan untuk keluar bersama. Datin Shafiya menolak ketika Mia mengajaknya. Mak Kiah sedang berkebun dibelakang rumah..

Tiba-tiba telefon bimbitnya yang berada di atas meja berbunyi, pantas Datin Shafiya menjawabnya.

“Assalamualaikum Fiya”

“Waalaikumussalam Sheila” nada suara Datin Shafiya berbunga riang sebaik sahaja mendengar suara teman baiknya disekolah menengah dulu.

Mereka kembali berhubung setelah Puan Sheila datang ke butik Datin Shafiya.

“Kau apa khabar..bila lagi kita nak jumpa” soal Puan Sheila.

“Alhamdulillah…sihat. Aku ni kadang-kadang saja ada di rumah..selalunya aku ada kat butik. Kau datanglah selalu butik aku. Boleh kita berbual”

“Okay jugak macam tu. Sekarang kau ada kat mana ni”

“Aku kat rumah..rehatlah. Anak menantu aku semua keluar. Tak laratlah nak ikut. Kau pulak ada kat mana ni” soal Datin Shafiya.

“Aku dalam perjalanan nak pergi rumah kakak aku ni”

“Sabtu minggu depan kau ada kat butik tak. Boleh aku datang sana. Nak berborak panjang lagi dengan kau” Puan Sheila ketawa.

“Aku tak pasti lagi. Kalau aku ada kat rumah kau datang rumah aku sajalah. Boleh aku kenalkan anak aku sekali” jawab Datin Shafiya sambil tersenyum.

“Bagus jugak. Nanti apa-apa hal kau hubungi aku jelah. Okaylah..nanti kita berborak lagi. Suami aku kat sebelah dah bising ni”kata Puan Sheila.

“Okaylah..assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”

*****
Lisa dan Mia sedang menunggu Mikael yang berada di tandas. Semasa mereka berborak Lisa terpandangkan satu susuk tubuh yang sedang memilih pakaian.

“Mia..cuba tengok perempuan yang pakai baju seksi tu”Lisa menunjukkan perempuan yang di maksudkan kepada Mia.

“Siapanya”soal Mia. Wajah perempuan yang membelakangkan mereka menyukarkan Mia untuk melihat wajah itu.

“Tu lah perempuan yang buat aku terseliuh tu”balas Lisa.

“Seksanya aku tengok baju dia” Mia ketawa. Matanya masih memandang ke arah perempuan tadi.

Saat perempuan itu berpaling keluar dari kedai tersebut Mia terdiam. Dia kenal perempuan tu. Siapa lagi kalau bukan Marina.

“Huh dahlah kurang sifat dan sekarang ni tambah lagi gelaran untuk dia. Perempuan kurang adab” kata Mia tiba-tiba.

“Eh..kau kenal dia ke”

“Tu lah perempuan yang aku selalu gaduh. Dekat kedai hari tu dialah aku hampir nak belasah kalau bukan abang yang masuk campur”

“Lah yeke..patutnya kau belasah saja”

“Tulah nak buat macam mana. Suami kaulah tu”ujar Mia.

“Abang kau jugak kan”balas Lisa. Mereka berdua tertawa.

“Ada apa ni sebut nama abang”sampuk Mikael.

“Abang lambat sangat. Apa yang dibuatnya kat dalam entah”ujar Mia.

“Entahlah abang. Dahlah jom balik. Lama sangat ni kita keluar. Kesian mama.” Lisa memeluk lengan Mia dan melangkah bersama terlebih dahulu meinggalkan Mikael di belakang.

“Lisa ni kalau dah jumpa Mia, abang pun dia lupakan”rungut Mikael yang berjalan bersama mereka.

“Alah abang ni bagilah peluang kita orang nak jalan sama pula. Bukannya siapa pun. Adik abang jugak” balas Mia.

Mikael mencebik. Mia dan Lisa tersenyum. Mereka berjalan menuju ke arah basement.


*****
Mia pantas mengambil telefon bimbitnya apabila nada dering yang menandakan bunyi mesej. Nama Fariz tertera di situ.

+ Esok ada hal tak? Saya nak ajak awak keluar boleh.

Tangannya pantas membalas pesanan Fariz.

+ Kalau ada hal macam mana…

Mia sengaja ingin mengusik Fariz. Dia sememangnya tiada hal yang penting esok. Lagipun esok kan hari ahad.

+Eleh..jangan tipu. Abang awak cakap awak nak duduk rumah je esok. Jomlah teman saya esok.

‘Ehh..bila masa dia kawan dengan abang ni..tak boleh jadi..nanti kena tanya.

+Amboi..sejak bila berkawan dengan abang saya ni?

Telefon bimbit Mia terus berbuyi selepas dia membalas mesej Fariz. Panggilan daripada Fariz.

“Hello”

“Assalamualaikum” kata Mia.

“Hehe..waalaikumussalam cik adik”

“Kenapa call saya ni”soal Mia.

“Saya malaslah nak taip mesej. Call lagi cepat” jawab Fariz.

‘Alasan je lebih Fariz ni’

“Yelah..”

“Esok bolehlah teman saya keluar. Bolehlahhh ehhhh”

“Nak pergi mana ni awak”soal Fariz.

“Jalan-jalan nak. Saya bosanlah..please…”rayu Fariz.

“Saya baru je keluar tadi dengan abang dan akak ipar saya. Esok saya nak rehatlah. Ajaklah adik-adik awak..ataupun kan ajaklah Marina tu”Mia ketawa.

“Tak apalah kalau awak tak sudi. Okaylah sorry ganggu awak”terasa seperti tidak dipedulikan oleh Mia. Boleh pulak disuruhnya ajak si Marina tu.

‘Aduhhh..sensitif lah pulak mamat ni’

“Ehh..awak. So sorry. Saya saja usik awak. Okay saya temankan awak esok. Dah tak payah merajuk”

“Mana ada saya merajuk. Sengaja je nak mengada-ngada dengan awak.”Fariz tersenyum, walaupun Mia tidak nampak dia senyum tetapi dia masih lagi tersenyum di saat ini.

“Yelah..esok saya jemput awak eh”

“Tak payahlah..saya suruh abang saya hantar kat mana-mana. Nanti awak ambil saya tau”

“Okaylah my princess. See you tomorrow..Goodnight. Sweetdream”

“Okay..Goodnight jugak.Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam.”


*****
“Kita nak pergi mana ni”soal Mia selepas melangkah masuk ke dalam kereta Fariz. Fariz memakai baju biru dan berseluar jeans hitam manakala Mia pula memakai pakaian yang sama warnanya. Baju biru dan skirt hitam.

“Dah macam pasangan kekasihlah pulak kita ni kan Mia”kata Fariz. Mia kelihatan manis di pandangannya.

“Saya nak bawak awak pergi shopping. Saya dah lama tak beli barang baru. Saya nak awak pilihkan untuk saya boleh” soal Fariz.

Mia mengangguk.

“Ermm..Mia awak ingat lagi tak apa yang saya cakapkan hari itu” Fariz memperlahankan volume radio keretanya.

“Hal apa eh awak”usik Mia. Kalau dia tak usik Fariz ni memang tak sah.

Muka Fariz masam. ‘Ada ke patut dia tak ingat’

“Errr..tak ada apalah..saya pun lupa dah”Fariz tersenyum kelat. Mia tidak ingat pun hal yang dia katakan kepada Mia.

‘Sentaplah tu..payahlah aku asyik nak kerja pujuk je. Tapi Fariz ni sweetlah jugak’desis Mia.

Suasana sunyi di dalam kereta. Mereka berdua masing-masing tediam.

“Mia..”Fariz memanggil Mia setelah lebih sepuluh minit mereka terdiam.

“Ye..” Mia berpaling ke arah Fariz.

“Err..tak ada apalah”kata Fariz. Mia selamba. Dia kembali mendiamkan diri. Fariz tidak betah dengan situasi begitu.

“Ala..jammed pulak..kita nak pergi Sunway Pyramid..tak apakan..lambat lagi nak sampai ni. ”tanya Fariz.

“Saya tak kisah. Bukannya saya yang drive”Mia tersenyum.

Disebabkan kemalangan yang terjadi para pemandu yang terpaksa berhenti bagi pihak keselamatan menyelamatkan mangsa.

“Tawaran awak masih valid lagi tak Fariz”soal Mia tanpa memandang ke arah Fariz.

Fariz terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Fariz.

“Maksud awak”soal Fariz kembali.

Mia menggangkat bahu. Dia yakin Fariz mendengar dengan jelas apa yang dia katakana sebentar tadi.

“Awak akan terima pinangan keluarga saya nanti. Betul ni”tanya Fariz teruja.

“Ye..saya akan terima awak.”ujar Mia.

“Lagi satu jangan selalu buat muka cemberut, kelat, masam da seumpama dengannya. Buruk tahu”Mia ketawa senang.

“Thanks Mia sebab sudi terima saya”

Mia membalas senyuman Fariz.


*****
Mereka sampai di Sunway Pyramid setelah tersekat di jalan raya hampir satu jam. Fariz membawa Mia ke kedai membeli pakaian lelaki. Dari satu kedai ke satu kedai Mia mengikut Fariz. Tidak penat pula rasanya melayan kerenah Fariz.

“Mia yang mana cantik. Blue or red” Fariz menayangkan dua helai baju kemaja jenis jeans kepada Mia.

“Ermm I like the red ones..Tapi ikut awaklah nak warna apa”ujar Mia.

“Saya pilih yang mana awak suka”Fariz tersenyum. Dia melangkah ke arah tempat mencuba pakaian.

Mia melihat baju di kedai tersebut. Banyak yang cantik-cantik. Kakinya terhenti pada deretan baju berwarna hitam. Baju kemeja bercorak stripes halus berwarna putih itu kelihatan simple tetapi menarik baginya.

Mia mengambil baju tersebut dan melangkah menuju kepada Fariz. Pintu biliik di ketuk. Mia menyuruh Fariz mencuba baju tersebut.

“Sayang..”Fariz memanggil Mia. Mia tersenyum malu.

“Macam mana..sesuai tak”

“Sesuai sangat..tengoklah siapa yang pilih”Mia ketawa. Kulit Fariz yang sawo matang sangat sesuai dengan warna baju tersebut.

Setelah membeli beberapa helai baju dan seluar Mia dibawa ke kedai kasut pula.

“Hah..kalau kasut jangan tanya pendapat saya..saya tak pandai”jujur Mia.

“Tak apa..awak duduk saja kat sini. Biar saya pilih sendiri tau”ujar Fariz.

“Baik bos”

Fariz sedang leka memilih kasut. Mia pula bergerak ke arah kasut perempuan. Banyak sangat yang cantik jadi dia tidak pandai memilih. Banyak sangat pilihan. Tetapi selalunya kasut warna hitam juga yang dibelinya. Sesuai dengan semua warna.

“Hey…tengok ni..sapa I jumpa”kata Marina kepada teman-temannya.

“Siapa ni Rina”Mia melihat semua teman-teman Marina. Sama sahaja pakaian mereka seperti Marina. Ketat, singkat, melekat.

“Kalau you all nak tau perempuan ni cuba dekati kekasih I tau..tak sedar diri”

“So apa masalahnya. Lagi satulah kan betullah Fariz kekasih kau”balas Mia perlahan. Fariz tidak perasan akan Mia dan Marina kerana sibuk memilih kasut.

“Kau..kalau kau masih dekati Fariz taulah apa aku nak buat”

“Kau nak buat..cakaplah kau nak buat. Ingat aku takut”suara kuat Mia membuatkan Fariz berpaling dan dengan pantas dia bergerak kepada Mia.

“Kenapa ni Mia”

Marina terkejut melihat Fariz di situ. Tidak sangka sama sekali bahawa dia boleh jumpa mereka berdua si situ.

“Fariz you buat apa di sini. Datang dengan siapa”soal Marina.Dia memeluk lengan Fariz.

“I datang dengan Mia.”

Fariz melepaskan pegangan tangan Marina di lengannya.

“What….”jerit Marina.

“Aduhhhh..tak payahlah jerit-jerit. Sakit telinga dengar suara kau tu. Sedap tak apalah jugak”kata Mia. Fariz ketawa dengan kritikan Mia.

“You datang dengan perempuan tak sedar diri ni..”tanya Marina lagi sambil menolak kasar bahu Mia.

“Hei perempuan”dengan tiba-tiba Marina bertindak menarik rambut Mia dengan kasar.

Mia menjerit kesakitan apabila rambutnya di tarik dengan kasar. Dia sama sekali tidak menjangka bahawa Marina akan lakukan seperti itu.

“Marina..lepaskan rambut Mia. You ni kenapa hah..gila ke..tarik rambut orang tak tentu pasal”marah Fariz.

Marina masih lagi tidak melepaskan rambut Mia. Mia geram. Lantas dia menampar kuat pipi Marina di hadapannya.

Semua disitu tercengang dengan reaksi Mia. Marina sudah menangis seperti anak kecil di situ. Tangannya mengusap pipi kirinya yang ditampar.

“Hah..asal kau menangis. Tak puas lagi nak tarik rambut aku. Tariklah lagi kalau tak puas”marah Mia. Orang disekeliling yang memandang tidak dipedulikan lagi.

“Aku tak tahu apa masalah kau. Dari awal aku kenal kau tak ada ke sikap kau yang baik yang boleh puji. Semuanya hampeh. Kau tak bagi aku kawan dengan Fariz..okay fine kalau tu kau nak..”

“Mia…apa ni. Kenapa pulak awak nak mengalah”soal Fariz. Baru tadi Mia kata dia akan terima pinangan Fariz sekarang ni pula lain yang jadinya.

“Saya tak suka nak bergaduh pasal awak. Kalau saya tak mengalah siapa lagi nak mengalah. Marina..dia tak akan mengalah”

“Marina…you dengar sini..I cintakan Mia. Hnya Mia seorang. Dia wanita pertama yang curi hati I. I tak boleh terim you. Kita sepupu dan I cuma anggap you sebagai adik sahaja. Tak lebih dari tu. I harap you faham”terang Fariz lembut.

“Tapi I cintakan you Fariz. Tak kan you tak nampak perasaan I pada you”soal Marina.

“I tahu..lagi sekali I tak boleh terima cinta you. I cintakan Mia”

Dia meninggalkan Marina di situ.

Fariz terus membawa Mia pulang. Rancangan mereka tergendala gara-gara Marina tadi. Fariz sudah tidak ada mood untuk berbelanja lagi.

“Mia..saya harap awak tak akan ubah keputusan awak. Saya berharap sangat. Seminggu ni saya tak akan jumpa awak. Saya kena outstation. Balik sahaja saya dari outstation saya akan suruh keluarga saya masuk meminang awak”

“Err..okay..maafkan saya buat keputusan yang terburu-buru tadi”

“Tak apa. Saya faham. Sekarang ni awak masuk rumah dulu nanti kita jumpa lagi.

Mia membalas lambaian Fariz.


next..

1 comment:

  1. Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
    Bonus Deposit Member Baru 100.000
    Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
    Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
    Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
    Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
    Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis

    ERTIGA POKER
    ERTIGA
    POKER ONLINE INDONESIA
    POKER ONLINE TERPERCAYA
    BANDAR POKER
    BANDAR POKER ONLINE
    BANDAR POKER TERBESAR
    SITUS POKER ONLINE
    POKER ONLINE


    ceritahiburandewasa

    MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
    KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
    CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D