“Abang”sergah Aina daripada belakang.
“Ish budak ni. Apanya. Menyibuk
jelah kat sini”rungut Adam. Gambar Nia yang menjadi latar telefon bimbitnya
ditenung.
“Sudah-sudahlah tu bang. Bagi Kak Nia
masa”nasihat Aina. Dia mengambil tempat
disebelah Adam yang duduk di tepi kolam.
“Abang rindu dia Aina”ucap Adam
sayu.
“Aina yakin Kak Nia akan terima
abang juga satu hari nanti. Trust me.”
“Tapi sampai bila Aina. Dah tiga
bulan kita balik dari Perlis. Nia langsung tak mesej atau call abang. Bila
abang call mesti dia reject call abang. Mesej pun tak berbalas. Sihat ke tidak
abang tak tahu”
“Alah abang ni. Janganlah risau.
Kak Nia ngan Nek Som kat sana tu sihat
walafiat. Aina baru je borak dengan dia tadi”
“Apa dia Aina cakap”
‘Aduhhhh..macam mana boleh terlepas
ni.’
Aina menampar mulutnya sendiri
kerana terlepas cakap. Sudahlah abang dia menyangka selepas mereka pulang dari
Perlis dia juga tidak berhubung dengan Nia. Bukan tidak berhubung malah mereka
akan berhubung setiap hari. Aina akan menceritakan tentang Adam kepada Nia.
“Hehe..sorry abang”kata Aina. Tidak
berani memandang wajah Adam yang sedang merenung tajam kepadanya.
“Selama ni Aina tipu abanglah”
“Bukan macam tu. Aina Cuma ikut
kata Kak Nia je. Dia yang tak bagi Aina beritahu abang bila kami berhubung. Kak
Aina pun akan selalu borak dengan mama dan papa”
“Apa diaaaa”Aina terkejut
mendengar suara Adam. Aduhhhh..mulut ni. Aina menunduk sambil bermain dengan
jari-jemarinya.
“Jadi mama dengan papa pun tahulah
pasal Nia. Sampai hati korang semua”suara Adam mula kendur. Aina serba salah
melihat wajah Adam.
“Aina tahukan abang rindukan Kak Nia.
Malah abang sangat mencintai dia. Kenapa Aina buat macam ni. Pura-pura tak
tahu. Bila abang bercerita tentang Nia kenapa Aina diam saja. Tak layak ke abang
untuk Nia”
“Abang..okay Aina minta maaf tapi
ni semua permintaan Kak Nia. Dia perlukan masa. Aina harap abang faham apa yang
Aina katakan ni.”
Aina pantas meninggalkan Adam berseorang duduk di tepi kolam. Makin
lama dia berada di situ makan banyak yang keluar daripada mulut. Dia bergerak
menuju ke biliknya untuk memberitahu Nia. Masalah kalau Adam merajuk.
………………………………………………
Adam bersandar di kepala katil.
Telefon bimbit setia di tangan. Takut-takut Nia akan menghubunginya. Begitulah
dia setiap hari semenjak pulang dari Perlis. Tetapi Nia tidak pernah
menghubunginya.
‘Nak call ke tak nak, call jelah’
Adam menanti dengan penuh sabar.
Panggilan pertama tidak diangkat. Dia mencuba sekali lagi.
“Hello assalamualaikum”suara lembut
Nia menerjah pendengaran Adam. Adam terkejut. Tidak menyangka Nia akan menjawab
panggilannya.
“Err..Waalaikumussalam Nia” jawab
Adam terketar-ketar.
“Ada orang tak ni. Macam tak ada je.
Nak letaklah kalau macam ni”usik Nia setelah lama Adam mendiamkan diri.
“Eh..Nia..janganlah. Adam ada lagi
kat sini. Janganlah letak dulu”pinta
Adam.
“Oohh ada lagi rupanya. Kenapa Adam
call Nia ni. Ada masalah ke”soal Nia.
“Kalau tak ada masalah Adam tak boleh
call Nia ke”soal Adam berjauh hati.
“Bukan macam tu maksud Nia”
“Kenapa buat Adam macam ni. Kenapa
buat tak tahu bila Adam call, Adam mesej”sayu suara Adam. Terasa dengan tingkah
Nia.
“Adam..Nia”
“Adam rindukan Nia. Adam dah tak
penting ke untuk Nia.Sudah-sudahlah marahkan Adam. Adam minta maaf Nia.”
“Nia..walau apa pun Adam tetap
tunggu Nia. Adam janji. Adam sayangkan Nia. Adam cintakan Nia”kata Adam
berterus-terang.
“Adam tunggu Nia. Nia akan datang
pada Adam. Promise me”ucap Nia.
“Ye Nia. Adam janji. Adam banyak
soalan nak tanya pada Nia tapi Adam rasa cukuplah kali ni. Nia jawab call Adam,
dapat dengar suara Nia pun Adam dah gembira.” Adam tersenyum walaupun dia tahu
Nia tidak dapat melihat senyumannya.
“Nia letak dulu ye. Nek Som dah
panggil ni”pinta Nia.
“Okay..Assalamualaikum Nia”
“Waalaikumussalam Adam”
Meskipun dapat bercakap dengan Nia
sebentar hatinya dah cukup gembira dan senang dengan Nia. Malam itu Adam tidur
dengan lena setelah dapat bercakap dengan orang dia rindukan sangat-sangat.
……………………………………………………………
“Hah..apa yang senyum-senyum tu”soal
Tasha. Dia duduk di birai katil bersebelahan dengan Nia.
“Adam”jawab Nia.
“Amboi…happynya aku tengok kau sekarang.
Macam mana, jadi tak kau nak balik sana”soal Tasha.
“Mestilah jadi. Dah lama aku tak
jumpa mereka. Rindu pula rasanya”
“Banyaklah kau. Rindu dekat Adam lah
tu”usik Tasha lagi. Dia gembira melihat Nia yang sekarang. Sentiasa tersenyum.
Walaupun tidak selalu berborak dengan Adam, Nia tetap kelihatan ceria setelah
mengetahui isi hati Adam.
“Yang kau masuk bilik aku ni kenapa.
Ni mesti tak lain tak bukan bergaduh dengan Fariz la ni”Nia sudah kenal benar
dengan sikap Tasha. Setiap kali bila Tasha dan Fariz pulang ke kampung dan
setiap kali bila mereka bergaduh, bilik Nia lah yang menjadi tempat
persembunyian Tasha.
“Biarlah. Sekali –sekala nak
gaduh-gaduh manja”jawab Tasha selamba.
“Dah-dahlah tu merajuk Tasha. Fariz
buat apa kat kau”soal Nia.
“Ada ke patut muka sikit punya cun
dia boleh kata muka aku macam badut”marah Tasha bila mengingatkan apa yang
dikatakan oleh suaminya.
“Aduh kau ni kan. Dia bergurau lah
tu. Kalau dia kata muka kau macam badut tu sebab dia nak usik kau. Kalau tak,
tak adanya dia nak kahwin dengan kau lah badut” Nia tergelak.
“Kau ni kan sama je dengan Fariz”
“Sayang”suara yang menjerit di luar
bilik Nia membuatkan Tasha mengeluh.
“Hah..tu abang sayang kau dah
panggil. Pergilah sana. Duduk sini buat apa”giat Nia. Fariz tak boleh
berenggang langsung dengan Tasha. Maklumlah baru kahwin.
“Aduh..aku ingat baru nak lari
daripada dia kejap. Aku merajuk dengan dia ni”
“Ish kau ni. Tak baiklah buat macam tu. Diakan suami kau. Buatnya dia
bagitahu Nek Som mati kau”
“Sayang. Keluarlah. Abang mintak maaf okay.
Abang gurau je tadi tu”pohon Fariz lagi.
Tasha masih mendiamkan diri. Tidak
menyahut langsung panggilan suaminya yang berada di luar bilik. Dengan selamba
dia berbaring di aatas katil Nia. Bantal peluk Nia di capai.
“Tengok..kan dah senyap. Mengalah
lah tu”kata Tasha.
“Tasha..apa yang dibuatnya dalam
bilik Nia tu. Keluar sekarang sebelum nenek piat telinga kamu. Dah kahwin pun
buat perangai budak kecik dia tu lagi”suara nyaring Nek Som mengejutkan mereka
berdua yang berada di dalam bilik.
“Hah kan aku dah cakap dengan kau.
Matilah kau”kata Nia. Nia tergelak melihat tingkah suami isteri itu. ‘Agaknya
macam mana kalau aku dengan Adam kahwin eh’
Nia menggeleng-geleng kepala
apabila berangan tentang Adam. Boleh pulak dia memikirkan tentang dia dan Adam.
“Nia..apa ni. Aku cakap dengan kau
boleh pulak tersengih sorang-sorang.”Tasha geram dengan Nia apabila Nia tidak
mengendahkan kata-katanya malah boleh pula dia membuka pintu bilik. Fariz dan
Nek Som sudah berdiri di depan pintu.
Suara Nek Som dan Fariz yang
bergilir-gilir memanggil Tasha membuatkan Nia tidak betah dengan keadaan itu.
Lantas dia bergerak menuju ke pintu bilik.
“Niaaaa…kau ni kan. Buka pintu tu
kenapa”marah Tasha.
“Nek..tengok Tasha tu. Macam-macam
hal. Hah Fariz dia merajuk tu hah. Pergilah pujuk.”
“Tasha..Tasha. Dah besar macam ni
pun nak merajuk lagi.”ujar Nek Som.
“Korang selesaikan masalah korang.
Yang aku tahu lepas aku datang balik korang berdua dah tak ada dalam bilik aku.
Faham tak”tegas Nia. Dia mengenyitkan mata kepada Tasha.
“Sampai hati kau Nia”
Nia tergelak. Macam-macamlah. “Dah
nek jom kita pergi tengok tv. Daripada layan mereka berdua ni sampai bila pun tak tahulah.”
………………………………………………………..
Pada pagi hari sabtu itu, Adam
bersiap-siap untuk keluar. Setalah yakin dengan penampilan dirinya, Adam
melangkah turun ke bawah untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum keluar.
“ Haa..Adam nak pergi mana ni”soal
Puan Sri Bahiyah.
“Adam nak keluar pergi jalan-jalan
hilangkan stress”ujar Adam.
“Stress lah sangat”sampuk Aina sambil
menjelirkan lidah ke arah abangnya. Adam membalas dengan menunjukkan isyarat
ingin mencekik leher Aina.
“Tak payahlah keluar. Kejap lagi ada
tetamu istimewa mama nak datang. Adam duduk rumah tolong mama masak je boleh”
“Apa gunanya anak perempuan mama
tu. Aina kan boleh tolong. Adam malaslah. Tetamu tu kan tetamu mama apa kena
mengena dengan Adam.”
“Mama tak kira. Adam tak boleh
keluar. Kalau Adam keluar jugak jangan menyesal sudah.” Puan Sri Bahiyah menuju
ke dapur meninggalkan Adam yang terpinga-pinga di ruang tamu.
“Padan muka abang”sakat Aina.
“Siapa tetamu mama tu”soal Adam
kepada Aina yang ralit memotong sayur.
“Just
wait and see”kata Aina.
“Abang kenal ke dengan tetamu mama tu”soal
Adam lagi. Dia mengambil tempat di hadapan Aina.
“Dok tahu lah bang. Mu kenal ke
dok”kata Aina. Matanya masih tidak memandang ke arah Adam.
“Perempuan ke lelaki”Adam menyoal
lagi.
“Entahlah”
“Berapa orang yang nak datang ni”
“Aduhhhh..banyak soal lah abang ni.
Tunggu jelah kejap lagi siapa yang sampai. Ain pun tak tahu siapa, berapa
orang, perempuan ke lelaki. Kalau nak tahu abang pergilah tanya mama. Kan
senang. Dahlah jangan kacau Aina buat kerja. Bukannya nak menolong tapi sibuk
dok soal orang. Ingat orang tak ada kerja apa.”bebel Aina.
“Eh budak kecik ni, membebel pulak.
Abang tanya sikit mulalah nak bebel. Dah abang tak tahu abang tanyalah
Aina.”Balas Adam.
“Masalahnya abang tanya pada orang
yang salah. Aina pun tak tahu”
“Lah..tak tahu cakaplah tak tahu.
Kan senang”usik Adam lagi.
“Eiii..abanggggg”geram Aina dengan
tingkah abangnya.
“Ni apa yang bising-bising sangat
ni. Mama baru tinggal kejap”sampuk Puan Sri Bahiyah.
“Abang ni mama..sibuk kacau Aina.
Bukan nak menolong”adu Aina. Bahu abangnya ditampar. Adam hanya tersengih
melihat Aina.
“Hah Adam yang dikacau adik kamu tu
kenapa. Tolonglah apa yang patut”ujar mama.
“Adam tolonglah ni mama”
“Tolong apa..tolong tengok”ujar Puan
Sri Bahiyah.
“Hah..betullah tu mama. Kan
Aina”Adam giat mengusik adiknya.
Aina yang geram hanya mampu
mendiamkan diri.
‘Amboi sakan kau gelak ye bang. Ada
ubi ada batas. Ada hari aku balas’Aina tersenyum sendiri.
………………………………………………
“Assalamualaikum”suara perempuan yang
memberi salam menarik perhatian seisi rumah yang sedang berborak di ruang tamu.
“Waalaikumussalam. Tu mesti tetamu
mama. Biar Aina yang bukakan pintu”Aina berlari untuk membuka pintu. Tetamu
yang dinanti-nantikan sudah sampai.
Nampak sahaja wajah Nia, Aina terus
memeluk kakak angkatnya itu.
“Akak..rindunya Aina pada akak.
Jomlah masuk. Semua tengah tunggu akak. Abang Adam tak tahu lagi akak yang
datang”Aina tersenyum.
“Mama..papa..eh abang mana”soal
Aina.
“Adam pergi toilet”
“Mama..papa”Nia bersalaman dengan
Puan Sri Bahiyah dan Tan Sri Zakri.
“Rindunya mama dengan anak mama ni.
Kenapa lama sangat Aina pergi ni” Puan Sri Bahiyah memeluk dan mencium pipi
Nia.
“Mama dengan papa sihat ? Nia
tengok papa makin handsome dan mama pula makin cun. Ada apa-apa rahsia ke”usik
Nia.
“Mama dengan papa sihat
walafiat”ucap Puan Sri Bahiyah sambil tersenyum.
“Ish kamu ni Nia kalau tak mengusik
kami tak sah. Ada je benda yang nak diusiknya”kata Tan Sri Zakri.
“Sorry lambat”kata Adam mencelah
perbualan mereka.
Nia memusingkan badan menghadap
kepada Adam sambil tersenyum manis. Reaksi yang memang dijangka oleh semua
orang.
Adam terkejut melihat Nia yang
berada di samping Aina. Nia kelihatan sangat cantik dan manis. Dan Nia memakai
baju kurung pemberian Adam sebelum dia dan Aina pulang ke Kuala Lumpur. Sesi
pandang memandang itu dikejutkan oleh Aina.
“Sudah-sudahlah tu. Jomlah kita
makan dulu”Aina mengajak semua ke meja makan untuk menjamu selera. Aina sengaja
melanggar Adam yang masih berdiri di ruang tamu”
“Oopss sorry sengaja”
“Aina memang dah tau kan Nia tu
tetamu mama”soal Adam.
“Yup..Aina memang tahu pun. Dah lama tau
dah”Aina mengangkat-angkat keningnya.
“Kenapa tak bagi tau abang Nia
nak datang. Aina ni kan sengaja tau”kata Adam geram .
“Do I care”Aina tergelak melihat reaksi Adam.
“Dahlah. Jom makan dulu”Aina menarik
tangan Adam menuju ke meja makan.
Adam mengambil tempat di hadapan
Nia iaitu disebelah Puan Sri Bahiyah sementara Aina pula mengambil tempat di
sebelah Nia.
“Mama masak special untuk anak
mama hari ni. Makanan kegemaran Nia. Makanlah. Nia dah lama tak makan masakan
mama kan”kata Puan Sri Bahiyah.
“Terima kasih mama.”
Bermacam-macam lauk yang ada
dihadapan Nia. Tetapi yang menarik perhatian Nia adalah Adam. Sedari tadi Adam
mencuri pandang ke arahnya. Naik segan pun ada juga. ‘Adam…Adam’
“Jangan pandang-pandang”tiba-tiba
Aina menyanyi. Adam tersentak. Semua memandang kepada Aina. Aina tersengih.
“Tiba-tiba lagu tu terlintas
difikiran. Sebab tu Aina menyanyi. Abang kenapa senyap je dari tadi. Ada emas ke
dalam mulut sampai senyap macam ni”Adam menjeling tajam adiknya yang
tersengih-sengih macam kerang busuk. Malu tertangkap dengan Aina satu, satu
lagi boleh pulak kenakan aku depan semua orang.
“Sibuklah Aina ni”Adam buat tak
tahu dengan Aina yang masih tergelak.
“Ada-ada je Aina ni. Lepas ni
teman akak pergi beli barang boleh, Akak tak bawa banyak barang balik sini.
Dekat rumah lama akak dengan Tasha ada je tapi akak malas nak balik sana. Nak
pergi shopping barang baru”jelas Nia.
“Boleh je kak. Akak nak pergi
mana-mana pun Aina sanggup teman”ujar Aina.
“Tak nak Adam teman Nia ke”Adam
mencelah.
“Boleh ke Adam teman Nia dengan
Aina nanti”soal Nia pula.
“Boleh je. Lagipun Adam tak buat
apa-apa hari ni. Hari ni kan cuti. Boleh Adam teman Nia pergi beli barang.”
“Alamak..Aina lupalah. Hari ni
Aina ada date dengan Taufiq. Sorry Kak Nia. Tak dapat akak pergi beli barang.
Tak apakan. Abang Adam ada boleh teman akak.”Adam tersenyum penuh makna. Aina
seakan dapat membaca fikirannya yang ingin bersama dengan Nia.
“Tak apalah kalau macam tu. Adam
bolehkan teman Nia”pinta Nia.
“Boleh. Tak ada masalah lah
Nia”Adam tersenyum manis.
“Cepat habiskan makanan ni. Lepas
ni Adam dengan Nia boleh keluar”ujar Puan Sri Bahiyah.
Masing-masing tersenyum sambil
meneruskan suapan.
…………………………………………………………
“Adam nak bawa Nia pergi mana
ni”soal Nia ketika berada di dalam kereta milik Adam. Adam kelihatan kacak
dengan memakai tshirt polo berwarna hitam dan seluar jeans yang sama warnanya.
“Nia nak pergi mana. Hari ni Adam akan jadi driver Nia. Nia sebut saja nak pergi
mana”
“Okay..tapi sekarang ni Adam bawalah
Nia pergi mana. Tak tahulah nak pergi mana.”kata Nia. Dia bukan pandai sangat
tempat-tempat yang best untuk shopping ni.
“Okay…hamba yang menurut
perintah.”Adam tersenyum manis. Nia membalas senyuman Adam.
“Nia..”panggil Adam setelah
masing-masing mendiamkan diri.
“Ye saya”
“Adam nak tanya Nia soalan
boleh”tanya Adam.
“Boleh. Tanyalah”Nia tersenyum. Dia
sudah dapat mengagak apa yang akan ditanya oleh Adam. Dia sudah sedia untuk
menjawab semua pertanyaan Adam.
Adam memperlahankan suara radio
sebelum menanyakan soalan kepada Nia.
“Kenapa Nia senyap je lepas Adam
balik dari Perlis. Nia tak hubungi Adam pun. Bila Adam call ke mesej Nia
langsung tak layan”Nia tersenyum lagi.
“Janganlah senyum macam tu. Comel je
Adam tengok. Geram tau tak. Jawablah cepat soalan Adam ni ”dengan selamba
sahaja Adam memuji Nia. Kenapalah sebelum ni dia tidak nampak kebaikan Nia dan
kecantikan semula jadi Nia.
“Yelah. Nia saja je nak tengok
reaksi Adam macam mana. Adam sanggup bersabar ke tak. Sebab tu Nia buat tak
tahu je dengan Adam.”selamba sahaja Nia berkata.
“Tu je sebabnya. Sampainya hati. Dahlah
nak balik sini tak bagi tahu Adam. Semua orang tahu tapi Adam seorang sahaja
yang tak tahu. Kalau tak boleh Adam ambil Nia.”suara Adam berjauh hati.
“Sorrylah Adam. Tapi mesej Adam
semua Nia baca tau. Dan sekarang Nia nak jawab soalan Adam yang paling
penting.”ujar Nia.
Nia melihat Adam yang masih
terpinga-pinga memandang ke arahnya. Tidak faham apa yang Nia cuba katakan.
“Adam pernah hantar mesej pada Nia.
Dalam mesej tu Adam kata Adam rindukan Nia. Sayangkan Nia dan cintakan Nia kan.
Betul tak”tanya Nia.
“Betul dan Adam serius dengan apa
yang Adam katakan. Kalau betul Nia masih sayang dan cintakan Adam, Adam nak Nia
jadi kekasih Adam sebelum kita bertunang dan berkahwin”ujar Adam.
Nia tersipu malu mendengar apa yang
dikatakan oleh Adam. Dia juga masih mencintai Adam malah perasaan itu makin
hari makin bertambah. Nia mengangguk sebagai jawapan kepada persoalan Adam.
“Ya Allah. Betul ni Nia.”soal Adam
tidak percaya.
“Betullah. Dan Nia pun serius”Nia
tersenyum manis.
“Terima kasih Nia. Jadi Nia dah
maafkan perbuatan Adam pada Nia dulu.”
“Nia dah lama maafkan Adam. Dan Nia
harap Adam tak kecewakan Nia lagi. Kalau tak memang Nia lari terus dari Adam.
Biar Adam tak jumpa Nia dah”
“Adam janji dengan Nia. Lepas
balik ni kita bagitahu semua orang ye”
Nia mengangguk. Bersetuju dengan
apa yang dikatakan oleh Adam. Adam memberhentikan kereta di pusat membeli belah
di Ampang Point. Sesuai dengan selera Nia yang tidak sukakan tempat yang
terlalu ramai orang. Mereka juga pernah datang ke situ bersama dengan Tasha.
“Adam, Nia nak makan aiskrim lah.
Tiba-tiba terasa nak makan”pinta Nia setelah mereka melepasi kedai B&R.
“Boleh je. Jom Adam belanja Nia okay”
Adam mengambil perisa coklat
manakala Nia pula mengambil perisa mint. Mereka duduk di kerusi yang telah
disediakan di situ sambil menikmati aiskrim kepunyaan masing-masing.
“Apa comot-comot ni Nia”kata Adam
sambil mengelap bibir Nia selamba. Nia tersentak.
“Saja je. Memang nak suruh Adam
lapkan”usik Nia. Dia tersengih.
“Yeke. Meh sini Adam tengok.
Banyaknya comot”Adam melayan kerenah Nia yang turut mengusiknya. Nia tergelak.
“Ish Adam ni. Malu lah orang
tengok.Mana ada comot. Nia main-main je”
“Comel lah Nia ni”ujar Adam
membuatkan Nia tersipu malu.
“Adam nak rasa aiskrim Nia tak”tanya
Nia.
Adam membuka mulut sebagai tanda
menuruh Nia menyuapkannya. Dengan senang hati Nia menyuapkan aiskrim mint ke
dalam mulut Adam.
Adam dan Nia meneruskan aktiviti
mereka yang ingin membeli-belah selepas menghabiskan aiskrim. Dari satu kedai
ke satu kedai Adam membawa Nia.
……………………………………………………………………
Nia kembali menetap di rumah lamanya.
Selepas sebulan menjadi teman wanita Adam, Puan Sri Bahiyah dan Tan Sri Zakri
ingin Nia dan Adam bertunang terlebih dahulu. Mereka berdua hanya menurut apa
yang dikatakan oleh mama dan papa mereka. Bila hati dah suka masing-masing
bersetuju bila Puan Sri Bahiyah mencadangkan agar mereka di satukan sebulan
akan datang.
Adam memberhentikan kereta di depan
rumah NIia. Hari ni mereka berdua bersama dengan Aina akan pergi membeli barang
untuk persiapan perkahwinan mereka.
“Abang tunggu sini. Biar Aina yang
masuk eh. Nak pergi toilet kejap”
“Jangan lama-lama”kata Adam.
“Assalamualaikum akak..Aina ni.
Cepatlah buka pintu. Aina tak tahan ni nak pergi toilet”ujar Aina tergesa-gesa.
“Waalaikumussalam. Ya Allah Aina ni.
Boleh pula macam tu”Nia tergelak dengan tingkah Aina. Nia dapat melihat Adam
yang sedang menunggu di dalam kereta. Dia membalas senyuman Adam.
“Akak..nak air. Tolong buatkan
eh”jerit Aina ketika berada di dalam toilet. Nia tergeleng-geleng kepala dengan
telatah Aina.
“Thank you akak. Ni yang Aina sayang
lebih ni.”kata Aina selepas keluar dari toilet. Dia mengambil tempat duduk di
ruang tamu. Tidak sedar ada seseorang yang menanti mereka di luar rumah.
………………………………………………………………………
Adam sudah tidak betah duduk di
dalam kereta. Nak masuk rumah Nia tak manis pula orang tengok. Telefon bimbit
dicapai sebelum menghubungi kekasih hati yang berada di dalam rumah.
“Hello”panggilan bersambut.
“Sayanggg..lama lagi ke. Penat dah
Adam tunggu kat luar ni”
“Ya Allah..sorry sangat-sangat. Nia
tengah borak-borak dengan Aina ni. Okay kita orang keluar sekarang”ujar Nia.
Boleh pula terlupa Adam berada diluar rumah.
Aina mengambil tempat duduk di
belakang terlebih dahulu. Setelah memastikan pintu rumah sudah berkunci Nia
masuk ke dalam kereta bersebelah dengan Adam.
“Aina kata nak pergi toilet..tapi
apa yang lama sangat kat dalam tu”
“Relakslah bang. Kita orang borak
kejap je. Lupa pula abang ada kat luar. Kan Kak Nia”
“Aahlah Adam. Spoil lah Adam ni kita
orang nak berborak. Best tau borak kat dalam tadi. Bergosip dengan Aina.” Usik Nia.
Aina sudah tergelak.
“Gossip pasal apa je Nia dengan
Aina”tanya Adam. Dia memulakan pemanduannya.
“Gossip pasal lelaki handsome”jawab
Aina.
“Betul betul betul”serentak itu
mereka berdua ketawa. Tambah lagi dengan muka masam Adam. Cemburu lah tu.
“Amboi sayang tak ingat tunang kat
sebelah ke. Boleh pulak gossip pasal lelaki”
‘Bersayang-sayang lah pulak’ Aina
malas nak dengar apa yang Adam katakan. Aplikasi game di telefon bimbitnya di
buka.
“Sorry. Mestilah Nia ingat orang
kesayangan Nia. Cuba senyum sikit. Tak kandsomelah muka masam macam ni”Nia
tersenyum sambil memujuk Adam.
Adam tesenyum apabila Nia
memujuknya. ‘Tak sabarnya nak kahwin dengan Nia. Kalau boleh hari-hari dia nak
merajuk. Biar Nia pujuknya’
“Dah-dah lah tu senyum.
Menyampah pulak Aina tengok.
“Eleh..Aina jealous lah tu”
“Aina nak jealous..sorry sikit eh.Setakat
abang nak jealous buat apa”bantah Aina. Dia tidak pedulikan senyuman mengusik
Adam.
………………………………………………………………………
“Lain kali jalan tu
hati-hatilah sikit. Ni tak main terjah je nak lalu mana”marah Aina apabila
badannya dilanggar dari arah belakang. Sudahlah air yang dipegang perempuan tu
tertumpah dibajunya
“You tu yang sibuk berdiri
depan ni buat apa”perempuan rambut blonde di hadapannya dipandang tajam. ‘Kecik
besar kecik besar je aku tengok perempuan ni.
“Eh dah salah tu lagi banyak
mulut pulak. Bukan tahu nak mintak maaf”
“You siapa I nak mintak
maaf dekat you. Anak Tan Sri? Anak Dato? Ada I peduli”
“Aina kenapa ni”tegur Nia
yang baru perasankan Aina yang sedang bertegang urat di luar kedai. Adam juga
mengikuti langkah tunangnya ke arah adiknya.
“Ni hah perempuan bajet
minah saleh ni. Dah langgar orang boleh pulak bising-bising. Bukan tahu nak
mintak maaf. Hishhhh menyampahlah aku dengan perempuan ni”Aina sudah naik angin.
“Erin..what’s wrong”semua
mata tertumpu pada suara seorang perempuan yang baru datang ke arah mereka.
Nia sudah tidak betah
apabila Adam masih melihat kepada bekas kekasihnya.
“Huh..ada lagi seorang yang menyemak kat sini.
Ada lagi rupanya. Ingatkan dah lama….”
“Aina stop it”tegas Adam.
“Why..tadi abang senyap
je. Sekarang perempuan ni muncul baru abang nak bersuara.”bidas Aina. Tak suka…tak
suka..
“Hai Adam”Rasya tersenyum
melihat Adam. Makin segak dan makin handsome.
“Sudahlah meluat tengok
perempuan dua ni. And one more thing tunang kat sebelah pun ada hati lagi ke
nak kat mangkuk ni. Jom kak..kita blah dari sini.” Aina menarik tangan Nia beredar
dari situ.
“Tepilah..aku nak lalu”kasar
Aina berkata kepada Erin. Adam pula terkedu. Melihatkan wajah keruh milik Nia membuatkan
dia tidak senang hati. Langkah Aina dan Nia pantas diikuti.
……………………………………………………………….
Cerita yg best....hrp dpt sambungannya dgn segera...rasanya blh diagar kemungkinan rasya akn mengoyangkan hubungan adam dan nia...tapi hrp ada sambungan sampai adam dan nia kahwin..klu nk pajangkan buat rasya kacau hubungan adam dan nia slps kahwin...maaf hanya pendapat saja
ReplyDeletethanks bgi pendapat..dah ada sambungan ..sorry lambat
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCerpen ni best cuma kena tingkatkan gaya pnulisan
ReplyDeletebaik...thanks :)
DeleteSambungan?
ReplyDeletedah ada sambungan..sorry lambat :)
DeleteKarna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT