BAB 1
“Kau menangis ke Isha” tanya Fira prihatin. Dia duduk di
sebelah Isha sambil mengusap bahu temannya.
“Aku rindu dia lah Fira” ujar Isha.
“Sabarlah. Dia bukan pergi mana pun. Nanti balik juga. Di
rumah pun boleh jumpa kan”pujuk Fira. Bukannya dia tidak tahu betapa rindunya
Isha terhadap lelaki yang bernama Darwisy itu.
“Bila dia balik nanti kan kalau aku nampak dia kat kolej ni
aku nak peluk-peluk dia tau”ujar Isha lagi.
“Ishhh..merepeklah kau ni. Peluk dekat rumah sudahlah. Kau
nak orang tahu hubungan korang ke”soal Fira.
“Lah..kenapa pulak. Tak salah pun kan?” Soalan Fira dibalas
soalan juga.
“Kau kan tak nak orang tahu hubungan kau dengan Darwisy.
Nanti kalau kau pergi peluk di Darwisy tu apa orang lain ingat. Nak-nak ‘The
Ladies’ tu tahu”. Fira mengingatkan Isha tentang perihal itu.
“Macam mana aku boleh lupa eh” Isha menggaru kepalanya yang
tidak gatal.
“Dah sudah. Simpan rindu kau tu. Siap cepat. Pukul berapa
dah ni. Nak pergi kelas” ujar Fira sambil mempersiapkan diri untuk ke kelas.
Isha pantas bangun dari katil. Almari dibuka lantas baju
diambil. Isha mengenakan sepasang baju kurung kain kapas warna kegemarannya
iaitu ungu. Dia mengemaskan rambut panjangnya yang ditocang dihadapan cermin
yang terlekat di sebalik pintu almari. Sedikit bedak talkum bayi kegemarannya
dituang ke tapak tangan dan lalu di sapu ke wajahnya. Lip balm berona pink
lembut dicalit sedikit ke bibir supaya tampak segar. Isha tidak memerlukan make
up yang tebal kerana memiliki kulit yang putih kemerahan cukup sekadar di menyapu
bedak di wajah dan memakai lip balm di bibir.
Isha dan Fira bergerak menuju ke kelas mereka. Memandangkan
banyak lagi masa sebelum kelas mereka bermula Isha dan Fira mengambil keputusan
untuk sarapan terlebih dahulu di kafe. Isha mengeluarkan telefon bimbitnya dari
poket begnya apabila terasa ada gegaran. Mesej dari abangnya dibaca sambi
tersenyum. Jemarinya pantas membalas mesej dari abang tersayang. Isha leka
membalas mesej abangnya sehingga tidak sedar ada seseorang di hadapannya.
“Makkk..”Isha terkejut. Terlepas telefon bimbit ditangannya.
“Oit budak, kau buta ke apa”suara seorang perempuan menegur
Isha. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang marah. Isha terdiam.
Dia memandang lelaki yang berdiri di sebelah perempuan tadi. Ya Allah..sungguh
indah ciptaan-Mu. Dia terpanar sebentar.
“Hoi..”marah perempuan itu tadi.
“Isha..”tegur Fira apabila melihat temannya hanya berdiam
diri. Dia pantas mengutip telefon bimbit Isha yang sudah jatuh ke lantai.
“Ah..ye saya. Kenapa?”soal Isha sambil menunduk. Segan di
pandang oleh lelaki tadi.
“Kau ni buta ke. Tak nampak orang yang lalu kat sini. Leka
sangat main phone. Kau nampak tak apa yang kau dah buat”
“Lis, sudahlah tu. Sikit je ni. Jangan besarkan
masalah”sampuk lelaki kacak tadi.
“Ya Allah..maaf..saya tak sengaja”Isha membuang pandang
terhadap lelaki tadi. Baru dia perasan akibat pelanggaran tadi minuman lelaki
tersebut telah tumpah dan terkena pakaiannya.
“Tapi Raz tengoklah ni. Habis baju you kotor”ujar Lis atau
nama sebenarnya Melissa. Geng the ladies.
“Yang kotor baju I bukan baju you. So ni masalah I bukan
masalah you”balas lelaki bernama Raz itu tadi.
“Maaf awak. Saya tak sengaja”ujar Isha. Dia memohon maaf
atas kesilapannya. Fira hanya mampu memerhati sahaja. Memang salah temannya
yang leka sangat main phone.
“Its okay. Saya tak kisah”balas Raz sambil tersenyum manis.
“Hah..tak kisah? Baju awak kotor dah tu”soal Isha pelik.
Baju kotor perlulah kisah. Tambah-tambah baju yang dipakainya pula.
“Saya tak kisah kalau awak yang kotorkan”ujarnya. Lucu
melihat wajah pelik Isha. Melissa di sebelah dia tidak pedulikan.
“Laa yeke..Kalau macam tu next time saya akan kotorkan lagi”
Usik Isha sambil tersenyum. Melissa mencebik.
“My pleasure”ujar Raz membalas senyuman Isha. Fira disebelah
sudah memandang pelik ke arah mereka berdua. Dia mencuit bahu temannya.
“Eh okaylah. Saya dah lambat nak kelas. Jumpa lagi.” Isha
menarik tangan Fira beredar dari situ.
‘Tak makanlah aku macam ni’ujar Fira dalam hati. Memandangkan masa pun tak banyak untuk ke kelas.
“Nanti aku belanja kau okay” Ujar Isha dapat meneka apa di
dalam fikiran Fira.
“Okay.”Fira tersenyum. Isha tahu apa yang ada di fikirannya.
“Weyh siapa lelaki tadi. Kenapa tak pernah nampak dia
sebelum ni” soal Isha.
“Entah. Budak baru mungkin. Tak pun senior kita. Manalah
tau. Hah kau siap main mata lagi dengan dia” ujar Fira. Bukan dia tidak nampak
Isha seakan-akan terpaku dengan lelaki yang bernama Raz tadi.
“Handsome sungguh dia Fira. Suara dia kan perghh macho
habis”
“Hah..sudah-sudah tu. Ingat sikit dia dah ada makwe.”kata
Fira.
“Yelah-yelah aku ingat”balas Isha sambil tersengih.
BAB 2
Isha bersendirian di dalam bilik muzik itu. Inilah saatnya
untuk dia melepaskan rindu bila sudah lama tidak melarikan jari-jemarinya di
atas piano itu. Dia mengunci pintu masuk untuk mengelakkan orang lain masuk ke
dalam bilik tersebut. Kunci di tangan di simpan di dalam beg.
Isha mula menyentuh piano seawal usianya lima tahun. Mama
dan papa telah menghantar Isha dan Darwisy ke kelas muzik. Datin Dahlia dan
Dato Rizal mahukan anak-anaknya pandai bermain alat muzik dan disebabkan itu
pada usia muda mereka telah di hantar ke kelas muzik. Apabila meningkat dewasa
Isha dan Darwisy walaubagaimanapun masing-masing hebat bermain alat muzik yang
lain seperti gitar dan viola.
Isha memainkan beberapa lagu yang menjadi kegemarannya. Lagu
biasanya datang dari hati, tak perlukan not yang tertentu untuk diingati. Dia
puas dapat memainkan piano itu. Sejak masuk ke kolej ini susah untuk dia
melakukan hobinya. Dia hanya mampu menulis lirik tanpa bermain piano. Untuk
lagu yang terakhir Isha memainkan lagu yang direka sendiri. Disaat dia terleka
bermain piano kedengaran pintu di ketuk dan digoncang dengan kuat. Serta merta
dia berhenti. Isha mengemaskan barangan dan di masukkan ke dalam beg galasnya.
Dengan perlahan-lahan dia membuka pintu bahagian belakang
untuk keluar dari situ. Hanya dia yang selalu menggunakan pintu itu. Kacau mood
dia sungguh. Siapalah yang nak masuk bilik tadi. Setahunya petang-petang begini
ramai pelajar sudah pulang. Dia curi-curi masuk pun sebab untuk hilangkan
perasaan rindunya untuk bermain piano. Kalau tak disebabkan orang yang
mengacaunya tadi dia sudah sempat merekodkan instrumental yang dimainkan tadi
untuk ditunjukkan kepada abang tersayang.
BAB 3
Harraz mengeluh. Pintu yang diketuk masih tidak dibuka. Di
saat dia lalu dihadapan bilik muzik itu tadi dia terdengar alunan piano yang
cukup merdu. Instrumental yang lembut sehingga mendapat tempat dihatinya. Dia
mengambil keputusan untuk melihat siapakah gerangan yang sedang bermain piano
dia dalam bilik itu.
Tetapi malangnya pintu yang berkunci itmemaksa dia menggoyangkan pintu dan mengetuk
pintu itu berkali-kali.
Hampir dua puluh minit dia menunggu di hadapan pintu bilik
muzik dengan harapan bahawa gerangan yang berada di dalam bilik membuka pintu
itu. Harraz yakin pintu itu tidak akan di buk lagi lalu dia mengambil keputusan
untuk beredar dari situ.
“Harraz”panggil
Melissa.
Dia tersenyum ke arah sepupu yang merupakan jejaka idamannya. Harraz
yang mendengar namanya dipanggil oleh segera melarikan diri dari situ. Dia
meluat melihat perangai sepupunya yang mengada-ngada.
Harraz pantas berlari untuk mengelakkan diri daripada
Melissa. Dia
terjenguk-jenguk melihat sama ada Melissa masih mengejarnya ataupun tidak.
“Aduhhh”jerit Isha yang sudah jatuh terduduk. Dia merungut
perlahan. ‘Kenapalah asyik berlanggar je ni. Roti berkrim dia sudah pun selamat
di atas lantai.
Harraz yang tidak perasankan kelibat Isha yang juga berlari
telah menyebabkan mereka berlanggar sesama sendiri. Dia terkejut apabila tidak
semena-mena dia terlanggar seorang gadis.
“Awak lagi”ujar Isha apabila melihat Harraz di hadapannya.
“Ye saya..jumpa lagi kita”kata Harraz.
“Saya Harraz, awak?”soal Harraz.
“Isha”balas Isha.
“Okay. Nampaknya awak dah kotakan janji awak pada saya
semalam”
“Janji? Janji apa pulak ni. Bila masa saya berjanji” soal
Isha. Dia mengerutkan dahinya.
“See my shirt” kata Harraz.
“Ya Allah, maaf, maaf, saya tak sengaja. Betul-betul tak
sengaja. Semalam tu saya sengaja je cakap macam tu bukannya ada niat
betul—betul.” Isha memohon maaf kepada Harraz sambil mempamerkan wajah serba
salah.
“Tak apalah Isha. Saya pun berlari sambil pandang belakang
mana nak nampak awak kat depan ni.”
“Yeke. Awak lari sebab apa ni”soal Isha. Dia bangun dan
mengibas bajunya.
“Saya lari dari Melissa, sepupu saya yang semalam tu. Tadi
saya ada di depan bilik muzik masa dia nampak saya terus saya lari.”
Isha terkejut. Bilik muzik? Jangan-jangan yang ketuk pintu
tadi tu dia. Aduhhh mesti dia dah dengar aku main piano. Tapi dia tak tahu
siapa yang berada di dalam bilik tersebut. Ah..mungkin bukan dia, mungkin dia
cuma lalu di hadapan bilik muzik itu.
“Eh awak kenapa senyap ni” soal Harraz. Gadis dihadapannya
tiba-tiba mendiamkan diri.
“Eh, tak ada apalah. Awak jurusan apa eh. Kenapa saya tak
pernah nampak awak sebelum ni.”soal Isha pula.
“Saya ambil medic. Last semester dah. Awak pula?”
“Patutlah tak pernah nampak. Jurusan lain. Saya ambil
perakaunan baru semester tiga. Tapi kenapa awak boleh ada kat sini. Maksud saya
bangunan ni kan bagi subjek-subjek tambahan. Awak ada ambil kelas tambahan ke”
“Saya ambil kelas tambahan bahasa. Saja suka-suka. Awak pula
ada ambil subjek tambahan ke ” Telefon bimbit yang berbunyi membuatkan
perbualan mereka terbantut.
“Awak..sorry saya kena balik. Ada hal sikit. Jumpa
lagi”pinta Isha sambil berlari-lari anak.Harraz tersenyum melihat langkah Isha
yang makin menjauh. ‘Isha’
BAB 4
“Terima kasih Pak Tam. Isha masuk dulu tau” Ujar Isha sambil
tersenyum.
Isha mengucapkan terima kasih kepada Pak Tam yang sanggup
mengambilnya dari kolej. Ikutkan dia mahu saja dia balik menggunakan
pengangkutan awam. Dia tidak mahu menyusahkan Pak Tam andai kata dia mampu
untuk melakukan sendiri.
Isha pantas memasuki
rumah banglo yang tersergam indah di hadapannya. Disebabkan dia tiada kelas
pada hari jumaat, manakala sabtu ahad pula cuti dia mengambil keputusan untuk
pulang ke rumah. Sudah dua minggu dia tidak berjumpa dengan mama dan papanya.
“Assalamualaikum”ucap Isha sebaik sahaja melangkah masuk ke
dalam rumah.
“Waalaikumussalam. Anak mama dah balik”ujar Datin Dahlia.
Isha mencium tangan dan memeluk mamanya.
“Wah..cantiknya mama hari ini. Ada apa-apa ke mama”soal
Isha.
“Cantik apanya. Mama hari-hari macam ni kan. Isha ni buat-buat
tanya pula”kata Datin Dahlia. Isha tersenyum manis.
“Mama masak apa. Laparlah”Isha membuat muka comel sambil
mengusap perutnya yang kempis. Tanpa dia sedar seseorang berdiri dibelakangnya.
“Mama tau anak mama nak balik sebab tu mama masak makanan kegemaran
Isha”jawab Datin Dahlia sambil mengusap rambut anak perempuan satu-satunya.
“Hah”jerit seseorang di telinga Isha sambil memeluk kemas
pinggang Isha. Isha terkejut. Dia lantas menoleh kebelakang dan melihat abang
kesayangannya yang sedang tersenyum.
Satu….dua….tigaaa..
“Abangggggg..bila balik. Kenapa tak bagi Isha. Abang ni pergi
training tu lama sangatlah. Isha sorang-sorang kat sini tau. Isha rindu abang
sangat-sangat”Isha memeluk erat pinggang abangnya. Manja sahaja suaranya bila
bersama dengan abangnya. Peduli apa abang dia kan. Biarlah orang nak kata apa. Eh orang nak
cakap apa bila orang sendiri tak tahu dia dan Darwisy merupakan adik beradik.
Datin Dahlia tersenyum melihat telatah anak-anaknya. Darwisy
dan Darwisya.
“Amboi, manjanya adik abang seorang ni. Banyaknya soalan
abang nak kena jawab. Abang balik kejap je nak ambik barang. Lepas ni nak pergi
sana balik”usik Darwisy.
“Alahhh..abang ni tak kan nak pergi dah. Ishhh tak bestlah
macam ni. Dah semester akhir cuma duduk diam-diam kat rumah pergi study ke
lepas tu pergi kolej tak payah dah nak
join training tu semua.” Isha sudah muncung. Darwisy ketawa melihat telatah
comel adiknya yang kuat membebel.
“Darwisy sudahlah tu. Tak payah usik adik kamu dah. Isha
baru balik tu biar dia makan dulu. Lepas ni boleh borak panjang”celah Datin
Dahlia aapabila melihat Isha sudah muncung. Parah kalau merajuk.
“Hah..maksud mama apa” soal Isha.
“Tak ada maknanya abang Isha nak pergi sana balik. Dia dah
habis training dah tu. Saja je dia usik Isha”terang Datin Dahlia. Darwisy sudah
ketawa melihat adiknya yang jelas terpancar riak kegeraman di wajahnya.
“Abang ni suka usik Isha tau”marah Isha manja sambil
mencubit-cubit badan abangnya.
“Aduh sakitlah Isha. Nanti lebamlah badan abang macam ni”
“Siapa suruh abang tipu Isha”keluar dah muncung itik
adiknya. Darwisy ketawa.
“Okay-okay. Sorry sangat ye sayang. Abang tak usik dah hari
ni. Tapi esok-esok abang tak janji” Ujar Darwisy.
“Sudah tu Dariwsy.
Merajuk adik kamu nanti mama tak nak masuk campur” Isha menjelir lidah
kepada abangnya.
“Sudah-sudah jom makan dulu. Mak Timah dan lama hidangkan
makanan. Nanti sejuk pula”kata Datin Dahlia seraya bergerak ke meja makan.
“Papa tak balik ke abang”soal Isha.
“Mama cakap Papa ada meeting hari ni. Tak dapat balik makan
sama-sama. Dah jom makan”Darwisy berpimpin tangan dengan Isha menuju ke ruang
makan. Datin Dahlia tersenyum melihat kemesraan anak-anaknya.
“Mak timah dengan Pak Tam tak makan sekali ke mama. Kejap
Isha panggilkan tau”kata Isha.
“Haa..baguslah. Panggil mereka Isha. Apa yang dibuat mereka
pun mama tak tau. Kerja apa lagi yang dibuatnya”
“Okay mama. Kejap. Jangan makan dulu tau. Abang, hah tunggu
kita orang dulu tau” bukannya dia tidak nampak gelas minuman abangnya terlebih
dahulu sudah habis sebelum mereka makan. Darwisy tersengih. Isha ni tau aje.
Isha beriringan masuk bersama dengan Mak Timah dan Pak Tam.
Pembantu rumah di rumah itu sejak dia kecil lagi. Dia juga manja bersama dengan
mereka. Mak Timah dan Pak Tam juga senang memanjakan Isha memandangkan mereka
tidak mempunyai zuriat.
Ruang makan itu walaupun cuma terdapat lima orang sahaja
tetapi lagaknya seperti sepuluh orang. Riuh ruang makan itu apabila Isha dan
Darwisy suka menyakat Mak Timah yang cepat melatah. Tidak kering gusi Datin
Dahlia dan semua orang di situ melihat latah Mak Timah.
BAB 5
Riuh suara pelajar perempuan yang menjerit memanggil nama
Daiyan. Anaka kepada pemilik Kolej Bersatu. Ketua bola sepak yang mempunyai
bakat terpendam iaitu mempunyai suara yang mampu membuatkan para wanita
terpegun. Tambah lagi dengan bakatnya yang pandai memainkan alat muzik.
Daiyan melangkah dengan penuh gaya. Baju kemeja merah yang
dilipat lengannya dikenakan dengan seluar slack hitam dan kasut hitam.
Rambutnya disisir rapi. Dia memberikan
senyuman setiap kali ada pelajar yang menegurnya.
Itulah sikapnya yang membuatkan para pelajar tertarik
dengannya. Pelajar cemerlang yang mempunyai bakat terpendam yang juga merupakan
seorang yang murah dengan senyuman. Isha dan Fira hanya memerhatikan langkah
Daiyan bersama teman-temannya. Dia menggeleng di saat dia melihat ramai pelajar
perempuan yang cuba menarik minat Daiyan.
“Ishhh..tepilah. Semak tau semak”ujar Fisha kuat. Dia
menolak kuat tubuh Isha sehingga Fisha terdorong ke belakang.
“Apa masalah kau ni hah Fisha. Suka-suka hati nak tolak
orang” Marah Fira.
“Aku punya sukalah. Yang korang tu menyibuk kat sini buat
apa. Buat semak mata yang memandang”
“Korang ni mesti tengok Daiyan kan. Eiii…tak sedar diri.
Ingat Daiyan nak ke tengok orang macam korang ni”
“Kenapa. Daiyan tengok orang yang macam korang ni ke” Soal
Isha pula. Nak cari pasal dengan aku.
“Maksud kau apa” Balas Katrina.
“Yelah. The Ladies. Melissa, Katrina dan Fisha. Siapa tak
kenal orang macam kau ni. Pentingkan darjat petingkan kekayaan pentingkan rupa.
Suka kutuk orang suka cari pasal dengan orang. Apa yang dia orang ni tau, cukuplah
kalau benda tu dapat puaskan hati dia orang. Tapi kalau belajar jauh
kebelakang. Dia orang tak ingat kalau dia orang ni mati tetap akan dikebumikan
dalam tanah atas bumi yang sama. Darjat, kekayaan tu semua bukan boleh bawa
mati. Faham tak ?” kata Isha. Dia penat asyik nak berbahas dengan mereka ni.
“Amboi sedapnya mulut kau nak mengata kita orang. Kau ingat
kau siapa” Katrina merenung Isha yang berdiri di hadapannya.
“Mulut aku, suka hati akulah. Tapi bila masa aku mengata
korang. Kalau mengata tu belakang-belakang tapi aku cakap depan-depan. Betul
tak Fira”balas Isha. Dia serik asyik di perlekehkan oleh The Ladies.
Wajah Katrina dan Fisha berubah. Tidak menyangka Isha akan
menjawab begitu.
“Mulut kau…mulut kau memang tiada insurans. Kau tak kenal
kita orang siapa lagi” Fisha menuding jari ke arah Isha.
“Whatever”balas Isha. Dia meninggalkan Fisha dan Katrina
yang sedang marah di situ dan berlalu bersama Fira. ‘Siapa suruh kau cari pasal
dengan aku. Ingat aku macam ni aku senang diperlekehkan. Hei ni juara bahas
dekat sekolah dulu okay.’
“Eh Isha nanti kau balik bilik dululah. Aku nak jumpa Zarif
kejap”ujar Fira sambil tersengih-sengih.
“Nak pergi dating lah tu. Jangan lama-lama sangat.”ujar Isha
pula.
“Okay Isha..Bye” Isha melihat sahaja langkah Fira yang makin
menjauh. ‘Seronoknya orang dah ada buah hati. Aku ni bilalah agaknya’
Titt…titt
“Hello”kasar suara Isha menjawab panggilan Darwisy.
“Assalamualaikum. Amboi kasarnya jawab. Kenapa ni”tanya
Darwisy.
“Waalaikumussalam sorry abang. Isha tengah geram ni. Tadi kena
serang dengan peminat Daiyan”beritahu Isha. Darwisy ketawa.
“Abang gelak kenapa, orang tengah geram ni”soal Isha.
“Kenapa dia orang tu marah Isha”soal Darwisy.
“Dia orang kata Isha dengan Fira semak kat kafe tu. Lepas tu
tengok Daiyan pula. Oh please siapa tah minat kat Daiyan”kata Isha meluat.
“Amboi mulut tu. Tak minat konon. Kalau tak ada dia kat sini
macam mana” Balas Darwisy.
“Betullah. Ishh abang ni tak payahlah nak mengarut. Ni abang
ada kat mana. Tak ada kelas ke bang”soal Isha. Tidak semena-mena dia terlanggar
seseorang sehingga menyebabkan telefon bimbit jatuh.
‘Aduh..makin rosaklah phone aku kalau selalu jatuh’
“Isha…Isha nampaknya kita ni memang ada jodoh. Asal jumpa saja
mesti sebab berlanggar kan” Ujar Harraz.
Isha melihat Harraz yang tersengih sambil memegang telefon
bimbitnya. Buat kali yang ketiga dia berlanggar dengan Isha. Telefon bimbit Isha segera
dikembalikan.
Isha terkejut melihat Harraz di hadapannya.
“Eh Harraz, awak lagi. Awak buat apa kat sini” Tegur Isha
sebaik sahaja Harraz mengembalikan telefon
bimbitnya . Harraz tersenyum melihat Isha.
“Saya datang sini nak makanlah cik adik oi. Leka sangat ye
awak borak di telefon” Kata Harraz.
Isha baru tersedar telefon bimbit dia sudah gelap. Mesti
Darwisy pelik tiba-tiba dia senyap.
“Awak seorang je ke ni. Nak pergi mana lepas ni”soal Harraz.
“Seorang je ni. Nak makan dulu sebelum balik asrama”balas
Isha.
“Apa kata teman saya makan. Saya pun seorang je ni. Ada
kawan bestlah sikit daripada duduk makan seorang-seorang kat kafe ni. Boleh
tak”
“Boleh jugak. Jom kita beli makanan dulu.” Ajak Isha.
Isha dan Harraz membeli makanan masing-masing sebelum
mengambil tempat duduk. Keadaan kafe yang lengang membuatkan mereka senang
mencari tempat duduk.
“Isha kalau awak nak tahu kan saya sekarang ni tengah
mencari seseorang.” Beritahu Harraz.
“Awak cari siapa” soal Isha.
“Awak ingat lagi tak masa kita bertembung kat bangunan
subjek tambahan tu. Masa tu saya lalu depan bilik muzik saya dengar ada orang
main alat muzik. Dia mainkan instrumental yang sungguh merdu. Meresap ke dalam
jiwa saya. Tenang je saya dengar waktu. Saya nak tengok siapa yang mainkan lag
utu. Tapi sayang pintu berkunci pulak. Saya tertanya-tanya siapa yang main
muzik masa tu”terang Harraz.
“Aaa…”Isha terkejut.
“Saya harap saya dapat jumpa dengan orang tu. Kalau
perempuan memang saya dah jatuh cinta. Tapi saya masih tak tahu sama ada lelaki
ataupun perempuan” kata Harraz lagi.
“Saya pun harap awak dapat jumpa dengan orang yang awak
cari. Dahlah jom makan” Isha mencelah sebelum Harraz menanyakan macam-macam
soalan dan dia takut dia terkantoi. Belum masanya lagi.
Sambil makan mereka bercerita tentang kehidupan
masing-masing, walaupun begitu Isha tetap tidak menceritakan tentang siapa dia
sebenarnya. Mereka sempat menukar nombor telefon pada hari itu.
Selepas beberapa kali terjadinya pelanggaran antara Isha dan
Harraz dan selepas mereka makan bersama hubungan mereka menjadi semakin rapat.
Isha senang berkawan dengan Harraz begitu juga dengan Harraz. Senang dapat
berkawan dengan gadis itu. Mereka juga pernah keluar bersama-sama bersama
dengan Fira dan Zarif. Tidak menyangka bahawa Harraz juga mengenali Zarif yang
kebetulan mengambil jurusan yang sama dengannya.
BAB 6
Sebulan telah berlalu. Hubungan Isha dan Harraz makin rapat.
Dia juga pernah bertandang ke rumah orang tua Harraz. Ternyata orang tua Harraz
merupakan keluarga yang agak kaya dan sikap mereka yang ramah membuatkan Isha
senang dengan mereka.
Isha tidak terkata apa apabila melihat Melissa yang sedang
menyandarkan dirinya di pintu kelas. Tinggal dia dan Fira bersama dengan
Melissa dan Fisha. Katrina tidak pula nampak. Sudah pulang barangkali. Dia
yakin pasti mereka berdua ingin mencari masalah dengannya. Isha dan Fira a
berjalan menghampiri mereka berdua.
“Tumpang lalu. Kita orang nak keluar. Boleh tepi sikit tak”
pinta Isha.
“Kau ni memang tak sedar diri kan. Pandai berlakon. Kau tak
dapat perhatian Daiyan kau perci cari perhatian di Harraz kenapa. Kau ni memang
dasar hipokrit” marah Melissa. Dia menolak kasar bahu Isha.
“Kau ingat Harraz pandang perempuan kampung macam kau”ujar
Fisha pula.
Isha ketawa melihat Melissa dan Fisha yang marah
terhadapnya. Seakan-akan tidak berbekas pun dihatinya melihat kemarahan Melissa
dan Fisha.
“Yang kau gelak kenapa. Kau ingat lawak ke” soal Fira pula.
“Tak adalah. Dua orang ni ingat aku nak cari perhatian
Daiyan. Kalau Harraz pula kenapa kau nak marah Melissa. Harraz sendiri kata
pada aku kau ni cuma sepupu ni saja. Dia suka berkawan dengan aku. Tak kan aku
nak tolak orang baik yang nak kawan dengan aku” balas Isha.
“Hei orang kampung macam kau ada hati nak dengan Harraz.
Sedar diri tu sikit. Kau ingat mama dan papa Harraz suka orang kasta rendah
macam kau. Kira beruntung kau dapat masuk kolej ni. Ni pun mesti sebab dapat
biasiswa kan” ejek Melissa.
‘Kasta rendah’ Melissa ni memang mulut ikut sedap dia je nak
kata apa.
“Aku yakin Harraz bukan orang macam tu. Mama papa Harraz?
Kau jangan nak cakap sesuka hati lah Melissa. Aku tengok mama papa Harraz baik
saja. Aku pernah jumpa dengan mereka.” Terang Melissa.
“Apa dia….”
“Kau nak percaya atau tidak, itu terpulang kepada kau. Aku
peduli apa?”
“Hei Isha! Kau dengar sini baik-baik. Aku akan pastikan kau
tak boleh bersama dengan Harraz. Kalau aku tak dapat kau pun tak boleh dapat”
tegas Melissa.
“Hei Melissa! Dahlah. Ikut kaulah nak buat apa. Apa yang aku
musykil kan apa yang kau tak puas hati dengan Isha ni hah. Bukannya dia kacau
kau. Atau kau jeles dia cantik. Tapi yelah mungkin sebab penampilan dia yang
out sikit kau mulalah kutuk dia tak puas hati dengan dia kan” marah Fira.
“Kau senyap Fira. Jangan masuk campur hal aku. Kau pun sama
out dengan dia” badan Fira di hempuk dengan beg tangan dia. Apa yang dikatakan
oleh Fira ada betulnya. Segera dia melangkah meninggalkan Fira dan Isha.
“Hei lah perempuan ni. Memang nak kena dengan aku” marah
Fira. Kalau tak disebabkan Isha menghalang memang dah kena Melissa dengannya.
“Sudahlah tu. Biarlah dia nak buat apa pun.” Isha malas mahu
memanjangkan masalah.
bersambung....
No comments:
Post a Comment
- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..
TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D