BAB 7
Harraz termenung sendirian di dalam biliknya. Kebelakangan
ini dia sentiasa teringatkan Isha. Isha yang baik, Isha yang comel, Isha yang
kuat membebel, Isha yang suka ketawa dan Isha yang manis bila tersenyum.
Walaupun tidak mengenakan sebarang alat make up mampu membuatkan Isha kelihatan
comel. Asyik terbayangkan wajah manis
Isha sehingga tidak sedar dia tersenyum sendiri.
‘Aku dah jatuh cinta? Normallah tu kan. Hahaha.’ Harraz
tersengih-sengih sehingga tidak sedar seseorang yang berada di dalam biliknya.
“Berangan” Bahu Harraz di tepuk kuat ingin mengejutkan lelaki
itu daripda berangannya.
“Apa ni masuk bilik orang tak ketuk pintu tak bagi
salam”marah Harraz terhadap adiknya Tasha yang sedang enak berbaring atas
katilnya.
“Jangan nak marah-marah eh. Tasha punyalah sakit tangan
ketuk pintu bilik abang bagi salam pun abang tak dengar sekarang nak salahkan
orang. Yelah orang tu tengah berangan tersengih-sengih macam kerang
busuk”tempelak Tasha.
“Kenapa masuk bilik abang ni” ujar Harraz menutup rasa malu
terkantoi dengan adik sendiri. Dia bangun untuk menutup pintu balkoni di
biliknya.
“Saja je tak boleh ke. Ni abang ni kenapa
tersengih-sengih”tanya Tasha.
“Mana ada. Saja-saja sengih”Harraz masih berselindung.
“Mana ada orang sengih saja-saja. Kalau ada pun orang tak
siuman. Abang tak siuman ke”
“Sibuklah Tasha ni” Harraz membaling bantal kepada adiknya.
“Dahlah abang jangan nak selindung dengan Tasha. Macam Tasha
tak tahu apa yang abang fikirkan”
“Apa yang Tasha tahu” tanya Harraz. Tasha tersenyum. Mungkinkah
Tasha tahu tentang perasaannya.
“Abang dah jatuh cinta kan kan kan…”Tasha tergelak-gelak
melihat wajah terkejut Harraz.
“Mana Tasha tau”
“Betullah kan..abang jatuh cinta dengan kak Isha kan. Sebab
tu abang tersengih-sengih masa Tasha masuk tadi” Tengok…adiknya yang berusia 20 tahun pun dapat mengagak
perasaannya terhadap Isha.
“Betullah tu tapi abang tak tahu apa perasaan Isha pada
abang”
“Isha abang ni. Habis tu abang tak tanya kak Isha ke? Apa
perasaan dia pada abang? Manalah tahu kan, dia pun sebenarnya dah jatuh cinta
dengan abang”
“Abang tak berani lah nak bagi tahu Isha. Buatnya dia tolak
abang macam mana.”Dari duduk Harraz sudah berulang-alik di hadapan Tasha.
Pening dibuatnya melihat Harraz yang tak tentu arah.
“Abang ni tu pun tak berani. Jangan terlambat sudah. Nanti
menyesal. Ke nak Tasha bagi tahu mama”ugut Tasha.
“Tasha jangan berani bagi tahu mama dan papa. Kalau sampai
diorang tahu siaplah Tasha abang kerjakan” marah Harraz terhadap adiknya.
Tasha buat tidak tahu dengan ugutan abangnya. Cakap je lebih macam itu dari dulu tapi sampai
sekarang Harraz tak pernah buat apa-apa pun kalau dia bocorkan rahsia Harraz
pada mama dan papa mereka.
“Do I care. Dah Tasha nak masuk bilik.”menonong Tasha keluar
dari bilik Harraz meninggalkan lelaki itu terkulat-kulat seorang.
Dalam hati dia gelakkan abangnya yang baru pertama kali
jatuh cinta…
BAB 8
“Hai..jom kita semua makan sama nak” Fira mempelawa Zariff
dan Harraz makan bersamanya dan Isha.
“Aah..jomlah Raz makan dengan Fira dan Isha sekali.” Ajak
Zariff pula.
“Its okay. Aku dah janji dengan Melissa nak makan sama.”
Isha perasan mata Harraz yang memandang ke arahnya. Senyum
yang dihulurkan tidak berbalas. Isha sedar kebelakangan ini Harraz sering
menghindar darinya.
Kalau dahulu mustahil kalalu mereka tak berbalas mesej
tetapi sekarang apabila ditelefon tidak diangkat. Mesej tak berbalas. Cukup
Isha terasa hati dengan Harraz. Kalau ada salahnya yang dilakukan tanpa sedar
tak boleh ke Harraz memberitahunya. Janganlah senyap macam ni.
“Tak apalah. Aku pergi dulu. Have a nice lunch Riff dan
Fira”Harraz meminta izin selepas bersalaman dengan Zariff dan berbalas senyum
dengan Fira. Isha dibuatnya seperti tidak wujud di situ.
Harraz berjalan bersama-sama dengan Melissa sambil bergelak
ketawa. Apa yang lucunya pun tak tahulah. Isha melihat Melissa memeluk lengan
Harraz dan Harraz hanya membiarkannya.
“Kenapa dengan Harraz tu. Kau ada masalah dengan dia ke”
soal Fira. Isha hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu.
“Tiba-tiba kata nak makan dengan Melissa. Tak pernah-pernah dia sebut nama Melisa. Pantang kalau Meliassa kacau dia mulalah dia naik angin.
Tapi sekarang dah janji nak makan dengan Melissa pula.” Ujar Fira.
“Betullah tu saya pun baru perasaan dengan sikap Harraz.
Pelik betul kebelakangan ni. Bila sebut pasal awak dan ada terselit nama Isha
pasti dia suruh saya senyap.
Isha hanya mendiamkan diri. Macam tu sekali Harraz
pinggirkan dirinya. Bukan sahaja di depannya malah di belakangnya juga Harraz
tak mahu mendengar namanya. Dia melihat Harraz yang berlalu pergi bersama
dengan Melissa menuju ke arah kafeteria.
Perubahan sikap Harraz menjadi tanda tanya kepada Isha dan
Fira dan terutamanya mestilah Isha sebab sebelum ini Isha merasakan hubungan
dia dengan Harraz baik sahaja tak ada salah faham sama sekali.
“Sudahlah tu. Biarlah dia nak dengar ke tak nama saya. Kita
orang bukan ada apa-apa pun. Jangan beratkan kepala otak korang berdua nak
fikir pasal masalah aku dengan Harraz. Kalau dah macam tu gaya dia saya pun
boleh. Kalau dia dah tak nak kawan aku, aku seribu kali tak nak kawan dengan
dia”ujar Isha tegas.
Tapi dalam hati dia tidak ingin berkata seperti itu. Entah mengapa dia cemburu apabila melihat
Harraz bersama Melissa yang sedang bergelak ketawa.Fira dan Zariff terdiam mendengar apa yang diperkatakan oleh
Isha.
“Jom kita makan hari ni aku belanja korang lepas tu aku nak
balik rumah. Abang aku ambil aku kejap lagi. Kelas dia pun dah habis tu nak
pergi jumpa pensyarah yang handle untuk persembahan malam esok” ujar Isha tanpa
selindung.
“Eh kejap-kejap. Isha ada abang kat sini? Kenapa saya tak
tahu pun. Siapa abang awak Isha? Dan lagi satu maksud awak persembahan malam
esok?”soal Zariff bertalu-talu.
“Hah” aduh macam mana boleh terlepas cakap aku ada abang kat
sini.
“Isha”panggil Fira.
“Okay macam ni. Banyak sangat soalannya. Memanglah saya saya
abang kat sini. Untuk esok abang saya dan peserta-peserta lain akan buat
persembahan termasuklah saya. Nak tahu siapa abang saya tunggu jelah esok” ujar
Isha masih menyembunyikan identiti abangnya.
Zariff ingin menanyakan lagi soalan kepada Isha tetapi dia
sudah mendapat amaran daripada Fira untuk mendiamkan diri. Zariff masih
tertanya-tanya siapakah abang Isha.
BAB 9
Majlis makan malam tahunan kali ini berlangsung di
Renaissance Hotel, Ampang. Kebanyakkan pelajar datang bersama dengan pasangan
masing-masing. Kekasih zaman belajarlah katakan. Isha, Fira dan Zariff duduk di
tempat yang disediakan. Satu meja bulat mampu menempatkan sepuluh orang
pelajar.
Harraz yang berganding dengan Melissa juga duduk di meja
yang sama dengan Isha. Manakala yang lain Katrina dan Fisha juga datang bersama
dengan pasangan masing-masing.
Pandangan sinis yang dilemparkan oleh The Ladies
hanya mampu membuatkan Isha berdiam diri. Dia sedih apabila Harraz langsung tidak
mahu memandang ke arahnya. Sudah benci benar ke lelaki itu terhadapnya.
“Cantiknya baju you Melissa”ujar Fisha dengan suara yang
kuat. Isha buat tidak tahu dengan apa yang diperkatakan. Dia ralit memandang
persembahan di atas pentas.
“Mestilah. Mahal tau baju ni. I beli dengan Harraz”jawab
Melissa sambil memaut lengan Harraz. Dia pasti mereka sengaja berbahas pasal
pakaian di situ. Maklumlah dia cuma memakai baju kurung moden yang bercorak
biasa. Sedangkan orang lain memakai dress yang cantik.
Harraz? Biarlah. Isha sudah malas ambil tahu pasal lelaki
itu. Dia juga membuat Harraz dan The Ladies seperti tidak wujud di situ. Ralit
berborak dengan Isha dan Fira.
Isha perlahan-lahan mengajak Fira ke belakang pentas. Hampir
tiba masa untuk dia membuat persembahan. Mereka yang berbual sambil menghayati
persembahan yang dilakukan sama sekali tidak menyedari bahawa Isha dan Fira
tiada di tempatnya.
“Abang, Isha takutlah nak buat persembahan. Tak payahlah eh.
Tak jadi. Takutlah”Isha memohon abangnya supaya dia tidak ikut serta membuat
persembahan.
“No way, Isha dah janji dengan abang kan. Tak boleh ingkar”
Isha kecewa sebab tidak dapat memujuk abangnya.
“Ishaaaa. Ya Allah..lawanya kau. Aku tak pernah tengok kau
macam ni”ujar Fira teruja.
Isha telah menukar baju kurungnya kepada dress labuh
berwarna putih yang sarat dengan manik-manik halus di bahagian lengan dress
itu. Rambutnya yang panjang dilepaskan dan diletakkan head chain di atas
kepalanya. Isha juga memakai sedikit make up bagi memantapkan lagi rupa fizikalnya.
“Kau ni Fira, ada-ada saje..biasa je ni” jawab Isha
malu-malu.
“Ni kalau orang tengok mesti terpukau dengan kecantikan kau
tambah-tambah Melissa and The Geng” kata Fira sambil tersengih-sengih.
“Isha get ready”ujar Darwisy.
“Abang, how do I look?”tanya Isha kepada Darwisy sebelum
mereka ingin menuju ke pentas. Isha berpuas hati apabila Darwisy menunjukkan
tanda thumbs-up.
“How about me?” soal Darwisy pula sambil menggayakan
pakaiannya di hadapan Isha. Isha tergelak melihat gaya Darwisy.
“Abang sentiasa handsome”balas Isha. Fira tersenyum melihat
gelagat Isha dan Darwisy.
bersambung
cepat2 smbung ye..xsbar nk tnggu smbungan nya.. :)
ReplyDeletePart 3 dah sambung :)
Delete