SATU
Usai solat
asar, Aqilah bersama dengan Diyana melangkah menuju ke restoran berdekatan.
Mereka memilih tempat yang sedikit tersembunyi. Setelah memesan makanan Aqilah lebih banyak mendiamkan diri
berbanding Diyana. Diyana yang sedang cakap di telefon bersama buah hati
kadang-kadang tersenyum adakalanya tergelak sendiri.
Aqilah
memerhatikan keadaan sekeliling. Mengeluh. Kepala yang terasa sedikit pening
dipicit perlahan-lahan.Angin bertiup kencang seperti menandakan hari hendak
hujan. Nasib baik dia bawa payung. Nak menapak ke stesen bas bukannya dekat habis
basahlah jawabnya kalau dia meredah
hujan.
“Dah puas
cakap”tanya Aqilah.
“Erm..dah,
susah jugak kan bercinta jarak jauh ni. Aku dekat Kuala Lumpur, Rafiq dekat
Pulau Pinang.”kata Diyana.
“Memanglah.
Kalau korang boleh bertahan dengan hubungan jarak jauh ni insyaAllah sampai
korang ke akhir hayat”jawab Diyana.
“Maksud kau”
“Yelah..selalukan
kita tengok orang yang bercinta jarak jauh kebanyakannya tak sampai ke mana pun hubungan mereka.
Tup-tup putus.”
“Yelah..tapi
aku harap aku dengan Rafiq tak adalah sekerat jalan”pinta Diyana.
“Aminnn..cakap,
cakap jugak. Makanan kita mana”tanya Aqilah.
“Hah panjang
umur. Tu nak sampai dah”kata Diyana apabila terpandang seorang pekerja restoran
yang sedang membawa makanan menuju ke arah mereka.
Diyana yang
sedang menjamu selera tidak Aqilah yang sedang leka menyedut jus tembikai
terpandangkan seseorang yang melangkah masuk ke dalam restoran tersebut di
ikuti oleh beberapa pelajar lelaki mengambil tempat selang tiga buah meja dari
tempat mereka.
Aqilah
memerhatikan Farish yang berseluar jeans hitam dan t-shirt polo berwarna merah.
Rindu terhadap lelaki itu.
Tanpa berlengah lagi, Aqila melihat Farish bersama
rakan-rakannya terus memesan makanan. Walalupun makanan yang dipesan oleh
Aqilah sudah tiba tetapi masih belum dijamah oleh Aqilah. Seleranya tiba-tiba
hilang apabila terpandangkan Farish. Aqilah hanya menyedut jus tembikainya
dengan fikiran yang berkecamuk.
Diyana yang
perasan akan tingkah Aqilah memandang ke arah tempat yang di dilihat oleh
Aqilah.
“Qila..kenapa
kau tak makan”tanya Diyana.
“Entahlah
tiba-tiba aku tak ada selera.”ujar Aqilah.
“Sudahlah
tu..jangan fikirkan sangat pasal Farish. Kalau ada jodoh korang tak akan ke
mana pun”beritahu Diyana.
“Aku rindu
dia Yana. Kenapa dalam ramai-ramai orang aku yang dia tak ingat. Kekasih dia
sendiri Yana. Kawan-kawan dia pun dia boleh ingat. Tapi kenapa bukan aku”soal
Aqilah.
“Kau tak
boleh salahkan dia jugak. Mungkin memang dia tak boleh nak ingat kau langsung.”
“Aku tahu.
Kalau ye pun dia tak boleh nak ingat aku, perlukah dia cakap kasar dengan aku.
Sakit hati aku Yana.”Aqilah mengelap air mata yag sudah mengalir dipipinya.
Tersentuh hati Diyana mendengar esakan Aqilah.
“Sabarlah
Qila. Kau doakanlah saja supaya Farish pulih ingatannya.”kata Diyana sambil mengusap
bahu Aqilah.
Diyana
menghabiskan makanannya manakala Aqilah tidak menjamah sedikit pun makanan yang
dipesan. Dia ingin cepat pergi dari situ. Makin lama melihat Farish, makin
sedih bila dia terkenangkan sikap Farish
terhadapnya.
“Jom..aku dah
habis makan. Betul kau tak nak makan ni”tanya Diyana bila melihat makanan Aqila
tidak berusik.
“Nanti kau
lapar macam mana”
“Tak apa aku
masak jelah apa yang ada kat rumah. Cepatlah aku nak balik”gesa Aqilah.
“Baik aku
suruh pekerja tu bungkus je makanan kau. Taklah membazir. Kau boleh makan kat
rumah kan”kata Diyana.
Setelah
membungkus makanan tersebut, Diyana pantas menyaingi langakah Aqilah yang
begitu laju. Mereka terpaksa melintas di hadapan meja Farish untuk keluar dari
situ. Aqilah tidak memandang sedikit pun ke arah Farish. Diyana dibelaknag
tidak diambil peduli.
“Hey Yana,
buat apa kat sini”aduhhh boleh pulak ada orang tegur si Diyana. Nak tak nak
Aqilah terpaksa berhenti dihadapan. Imran kawan Farish menegur Diyana.
“Makanlah kat
sini”jawab Diyana.
“Dengan siapa
? Kata makan tu kat tangan tu siapa punya. Kau punya jugak. Kuat makan betul
kau ni eh lepas tu lajunya kau jalankan sampai tak nampak kita orang dekat
sini”banyak tanya pulak si Imran ni.
“Amboi kau ni
tanya macam wartawan lah pulak. Aku makan kat sini dengan Aqilah”sengaja
ditekankan nama Aqilah. Dia perasan Farish memandang ke arahnya.
“Makanan ni
pulak Aqilah punya katanya tak ada selera nak makan dekat sini padahal dia yang
beria-ria nak makan kat sini tadi.. so aku bungkuskanlah.”
“Lagi satu
aku nampak je korang semua ni kat sini tapi disebabkan Aqilah tu hah kat depan
tu dah laju sangat aku kejarlah. Dia nak balik cepat”semua yang berada disitu
memandang ke arah Aqilah.
Aqilah yang
merasakan dirinya di perhatikan mengalihkan pandangan..Zappp matanya bertembung
dengan mata Farish..Aqilah pantas mengalihkan pandangan. Tidak sanggup
memandang Farish. Aqilah mengambil keputusan untuk menunggu Diyana di luar
restoran.
“Eh
dahlah..aku balik dulu kesian Aqilah sorang-sorang kat luar”Diyana pantas
meminta diri untuk pergi dari situ apabila melihat Aqilah sudah keluar dari
situ.
DUA
AQILA membuka
pintu biliknya melangkah turun ke ruang setelah selesai menunaikan solat isyak.
Aqila menuruni anak tangga perlahan-lahan sambil memegang penahan di tangga.
Kepalanya dirasakan tiba-tiba pening. Dia merasakan sakit kepalanya semakin
kerap datang. Tetapi hanya sebentar. Apabila dia mengambil ubat perlahan-lahan
kepalanya terasa pulih.
Aqilah tidak
jadi melangkah ke ruang tamu sebaliknya dia terus menuju ke dapur. Tekaknya
haus sehinggakan membuatkannya terasa seperti puasa apabila tidak meminum air.
Petang tadi selepas pulang daripada restoran Aqilah terus mengurungkan diri di
dalam bilik. Dia tidak menjamah makanan ataupun minum air sejak pulang petang
tadi. Aqilah membancuh dua cawan milo panas untuknya dan Diyana.
Dengan
langkah perlahan menuju ke ruang tamu Aqilah mendekati Diyana yang sedang
menonton televisyen. Dia duduk bersebelahan dengan Diyana. Di rumah sewa itu
mereka tinggal bertiga. Aliyah pulang ke kampung kerana menghadiri majlis
perkahwinan sepupunya dan akan pulang pada hari ahad.
“Nah untuk
kau”Aqilah memberikan air milo yang dibuat kepada Diyana.
“Cerita apa”
“Thanks
buatkan aku air..cerita Kasih Seorang Ibu. Baru start”jawab Diyana. Aqilah tiba-tiba
terbatuk kecil.
“Qila..kau
ni kenapa. ”risau Diyanah melihat keadaan Aqilah.
“Aku
oklah. Aku ras macam tak sihat nak demamlah ni. Patutlah pening kepala aku
tadi”jawab Aqilah.
“Pening.
Kau asyik mengadu kat aku pening kepala. Kau pergilah klinik.”ujar Diyana.
“Aku
oklah Yana. Aku tak nak pergi klinik aku tak suka nak pergi makan ubat daripada
klinik. Nanti aku ambil panadol je.”
“Hishh..kau
ni penakut sangat nak makan ubat daripada klinik tu kenapa”
Aqilah
mengaduh kecil. “Hah ambil tu..biar padan muka
kau suka sangat main-main”Aqilah ketawa kecil apabila dimarahi oleh
Diyana. Dia tahu Diyana risaukan keadaannya.
“Eh
lepas habis belajar kau nak buat apa lepas tu”tanya Diyana. “Aku rasa aku nak
balik kampung dulu duduk dengan family aku”kata Diyana.
“Erm..aku
rasa aku nak sewa jelah rumah ni sampai aku ada duit nak beli rumah. Aku pun
bukannya ada siapa-siapa lagi. Mak ayah aku pun tak ada saudara dekat sini.
Habis belajar nanti aku terus nak cari kerja”kata Aqilah. Sekali sekala dia
terbatuk kecil.
“Kau
duduklah dengan aku kat kampung sekejap”ajak Diyana. Mengharap sangat Aqilah
dapat menemaninya di kampung.
“Tak
apalah aku stay sini sajalah. Aku balik
kampung dulu nak uruskan rumah peninggalan arwah mak dan ayah aku”
“Kau
nak buat apa rumah tu”
“Aku
nak jual lepas tu duit rumah tu boleh lah aku simpan atau buat aku belanja.
Ayah dan mak aku pun pernah cakap kalau mereka dah tak ada jual kan saja rumah
tu. Kami pun bukan orang senang. Adalah duit untuk aku sara duit. Sekali sekala
aku baliklah kampung ziarah kubur mak ayah aku”terang Aqilah.
TIGA
3
BULAN YANG LALU
Pada
pagi itu beberapa teman rapat Aqilah menemaninya di rumah mereka. Mereka
bersama orang tua Aqilah menunggu rombongan pengantin lelaki tiba di rumah itu.
Mereka sedang rancak berborak sementara menunggu ahli rombongan yang masih
belum tiba. Aqilah yang berada di dalam bilik terasa berdebar-debar. Sebentar
lagi dia akan menjadi isteri kepada lelaki yag dicintainya Farish Rizki.
Diyana
sibuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Dia menelefon Imran bagi
memastikan mereka sudah dalam perjalanan ke rumah Aqilah. Sebentar kemudian
kelihatan sebuah Estima hitam dan beberapa buah kereta tiba dihalaman rumah.
Puan Salmah bersalaman dengan Datin Sofea dan berpelukan dengan mesra. Meskipun
Datin Sofea merupakan orang yang disegani tetapi dia tidak pernah mengambil
kira tentang pangkat mahupun darjat orang lain.
Ramai tetamu yang hadir kebanyakannya saudara
Datin Sofea dan Datuk Rahim. Suasana meriah jelas terasa.
“Mana
Farish. Tak datang lagi ke”tanya Diyana apabila Farish tidak tiba tepat pada
masanya.
“Farish
drive seorang tadi. Dia tak bagi aku ikut. Tak apalah sekejap lagi dia
sampailah tu”
Diyana
merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.Setengah jam kemudian Farish tetap
masih belum tiba.
Semasa Imran berkira-kira hendak menelefon Farish, telefon bimbitnya berbunyi
nama Farish tertera di situ. Segera diangkat oleh Imran.
“Hah
Farish kau ada kat…”Imran terhenti daripada meneruskan pertanyaannya. Setelah
berterima kasih kepada si pemanggil Imran menarik Diyana dan membisikkan
sesuatu.Diyana begitu terkejut dengan berita yang disampaikan oleh.
Imran
memaksa Diyana menyatakan berita itu kepada keluarga Aqilah dan Datin Sofea.
Dengan langkah yang berat Diyana terpaksa memberitahu hal yang sebenarnya.
Wajah ahli keluarga Farish dan Aqilah nampak begitu resah.Puan Salmah dan Datin
Sofea meluru ke tingkat atas. Datin Sofea menerangkan perkara yang berlaku
kepada Aqilah.
Semasa
Aqilah turun dari tingkat atas bersama Puan Salmah dan Datin Sofea dengan muka
yang keruh, tetamu mula berbisik semasa sendiri. Semua yang ada berasa hairan
apabila Datin Sofea mengatakan bahawa majlis perkahwinan Aqilah dan Farish
terpaksa dibatalkan disebabkan kemalangan yang menimpa Farish.
Suasana
menjadi hingar-bingar apabila semua tetamu bergerak meninggalkan kwasan rumah
Aqilah. Ada yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Aqilah. Mereka semua
bergerak ke hospital yang menempatkan Farish. Aqilah pasrah dengan nasib yang
menimpanya. Perkahwinan mereka terpaksa dihentikan.
Farish
berada ditahap kritikal dan tidak sedarkan diri selama tiga hari
berturut-turut. Orang tua Aqilah terpaksa pulang ke kampung untuk menguruskan
kebun mereka. Selama tiga hari itu Aqilah sentiasa menemani Farish di hospital
dan pada hari keempat Farish telah sedar dari koma. Aqilah tidak sabar untuk
berjumpa dengan tunangnya.
Aqilah
memasakkan makanan kesukaan Farish. Dia ditemani oleh Aliyah datang ke hospital.
Semasa mereka tiba dihadapan pintu Aqilah mendengar suara orang yang sedang
berbual. Setelah memberi salam Aqilah memasuki bilik Farish dan menegur
tunangnya.
“Awak
dah sedar Farish. Macam mana keadaan awak”tanya Aqilah.
“Siapa
kau”tanya Farish. Pelik. Tidak pula dia mengenali wanita dihadapannya.
“Eh..tak
kan awak tak kenal saya. Aqilah, tunang awak. Kita dah hampir nak
berkahwin”terang Aqilah.
“Farish
tak akan kau tak kenal Aqilah..tunang kau”tanya Aliyah.
“Eh
kau pulak siapa..aku tak kenal kau”kasar suara Farish.
“Tunang
? Kahwin ? Aku tak kenal kau macam mana aku boleh nak kahwin dengan kau. Mama
papa siapa perempuan ni mengaku tunang Rish”soal Farish.
Semua
yang berada di situ terkejut. Tidak kenal ke Farish dengan Aqilah. Apa yang
terjadi sebenarnya…
Doktor
mengatakan kebarangkalian Farish hilang ingatan disebabkan hentakan yang kuat
dikepalanya semasa kemalangan sehingga
menyebabkannya koma.Setelah ditanya pelbagai soalan tentang dirinya doktor mengesahkan bahawa
Farish kehilangan memorinya sejak dua tahun lepas. Dua tahun
lepas jugalah kali pertama dia mengenali Aqilah dan bercinta kemudian itu
mengikat tali pertunangan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Aqilah
sedih apabila Farish tidak mengenalinya. Yang lebih membuatkan Aqilah sedih
apabila setiap kali Aqilah datang ke hospital Farish akan menghalaunya. Begitu
juga apabila dia datang ke rumah orang tua Farish setelah Farish dibenarkan
keluar. Farish mengatakan bahawa dia perempuan terhegeh-hegeh, tidak tahu malu
sudah dihalau masih lagi datang bertandang.
Aqilah
tidak tahu kenapa nasibnya begini. Semasa sampai mereka dirumah dia dikhabarkan
pula dengan berita kematian orang tuanya.
“Mak
dan ayah aku accident. Mereka meninggal ditempat kejadian”beritahu Aqilah
kepada Diyana dan Aliyah.
“Masa
tu mereka dalam perjalan pulang ke rumah”Air matanya mula mengalir.Diyana menenangkan
sahabatnya. Terasa lemah tubuh badannya, tidak mampu untuk dia berdiri. Orang
yang paling dia sayangi sudah meninggalkannya seorang diri.
“Sabar
Qila”pujuk Diyanah sambil memeluk bahunya.
“Aku
baru ingat nak call orang tua aku malam nanti. Patutlah aku rasa tak sedap hati
sejak pagi tadi”Aqilah mula teresak-esak.
“Aku
nak balik kampung”kata Aqilah.
Dengan
duit simpanannya Aqilah membeli tiket kapal terbang. Terpaksa. Kalau hendak
menaiki bas pukul berapa akan sampai di sana. Ibu dan ayah akan diskebumikan
tak lama lagi. Aqilah tidak henti-henti nangis. Diyana dan Aliyah yang sentiasa
menemaninya tidak puas memujuk Aqilah supaya bersabar. Kini tinggallah dia
keseorangan di dunia tanpa ayah dan ibu.
‘Qila
harap ayah dan ibu akan tenang di sana. Qila akan doakan kebahagiaan ayah dan
ibu. Qila sayang sangat dekat ayah dan ibu…’desis Aqilah.
EMPAT
Aqilah jalan
berseorang menuju ke kantin untuk membeli air. Diyana masih lagi di tandas.
Buat apa pun Aqilah tidak tahu lantas dia meminta diri untuk ke kantin terlebih
dahulu. Selepas menuruni tangga Aqilah merasakan pandangannya semakin kabur.
Kepalanya pula begitu pening.
Aqilah sempat
menyambar lengan seseorang yang lalu di situ semasa dia hendak terjatuh. Aqilah
berpaut pada lengan Farish. Dia masih tidak menyedari orang yang dipegangnya
adalah Farish.
“Maaf…saya
tak”serentak dengan itu Aqilah melihat ke arah Farish. Meskipun pandangannya
kabur dia pasti jejaka di hadapannya adalah Farish. Aqilah pantas meleraikan
pautannya.
“Maaf…saya..saya
tak sengaja”Aqilah pantas beredar meninggalkan Farish. Dia berjalan sambil
memegang dinding. Dia tercari-cari sesuatu. Dimanakah dia meletakkan
telefonnya. Aqilah duduk dipondok yang berdekatan. Poket baju dan seluar diseluk
untuk mencari telefonnya. Beg tangannya juga diselongkar. Kepalanya semakin
pening.
Nombor Diyana
yang sudah di setkan speed dail terus dihubungi.
“Yana..to..tolong
aku. Aku pen..pening sangat.”kata Aqilah tergagap-gagap.
“Qila kau ada
kat mana sekarang”cemas suara Diyana bertanya.
“De..dekat
pondok.”selepas berkata telefon bimbitnya terus terlepas dari tangan.Aqilah tak
sedarkan diri.
Ditempat
lain, Farish masih lagi terbayang wajah perempuan yang mengaku tunangnya.
Perempuan yang tidak kenal erti putus asa apabila dia sering menghalau Aqilah dari
hospital dan juga rumahnya. Muka Aqilah yang diperhatikannya tadi nampak
sungguh pucat. Sakit ke ?
Tepukan
dibahu mematikan lamunannya. “Kenapa kau ni..senyap je”tanya Aizat.
“Aku nak
tanya kau..betul ke Aqilah tu tunang aku dan aku hampir kahwin dengannya”tanya
Farish.
“Baru
sekarang kau nak tau. Dulu masa Aqilah cakap dia tu tunang kau, kau marah kau
halau dia”sampuk Imran. Geram dia dengan sikap Farish.
“Gambar-gambar
masa pertunangan korang tak cukup membuktikan bahawa korang tu memang bercinta.
Gambar masa kita sambut birthday Aqilah semuanya kan ada pada kau. Takkan kau
tak boleh ingat.”soal Imran.
“Dah memang
aku tak boleh nak ingat dekat Aqilah tu kau nak aku buat apa”bentak Farish
.
“Ok..aku tak
salahkan kau. Tapi wajar ke kau selalu bersikap kasar dengan dia apabila dia
tegur kau. Kalau kau benci sekalip pun tak perlu sampi nak herdik dia kan.
Dahlah aku pergi dulu ada hal” Imran pantas berlalu selepas mendapat mesej
daripada seseorang. Farish mendiamkan diri manakala Aizat hanya mampu
menggelengkan kepala melihat sikap Farish.
LIMA
“Macam mana
keadaan kawan saya doktor”tanya Diyana. Ketika dia sampai di pondok tadi dia melihat
Aqilah sudah tidak sedarkan diri.
“Macam ni
sajalah cik..kawan cik menghidap kanser otak. Dia berada ditahap kritikal. Dia
tidak pernah pergi ke hospital untuk membuat rawatan ataupun mengambil ubat.
Kanser dia sudah merebak.”Diyana tidak mampu berkata-kata.
“Cik tahu tak
keadaan kawan cik sebenarnya”tanya Doktor itu.Diyana hanya mampu menggelengkan
kepala. Tidak tahu bagaimana hendak dia memberitahukan kepada Aqilah.
“Doktor..pesakit
sudah sedar”beritahu jururawat yang bertugas.
“Cik boleh
masuk untuk berjumpa dengan kawan cik. Mari”ajak doktor perempuan tersebut.
“Yana…doktor.
Doktor macam mana keadaan saya. Saya sakit apa”tenang suara Aqilah bertanya.
“Saya harap
cik Aqilah sabar dan terima takdir Allah.”Aqilah mengangguk lemah.
“Cik Aqilah
menghidap kanser otak. Sudah di tahap kritikal.”kata doktor perempuan tersebut.
“Qila”panggil
Diyana.
“Tak apa
Yana. Aku pasrah mungkin ni jalan yang terbaik untuk aku. Mungkin juga aku tak
ada jodoh dengan Farish. Sebab tu Allah bagi aku sakit ni. Aku tak kisah Yana
andai ini yang terbaik untuk aku. Aku bahagia Yana akhirnya aku akan jumpa mak
ayah aku tak lama lagi”Diyana semakin sebak mendengar apa yang dikatakan oleh
Aqilah.
“Jadi
doktor..punca saya pening,loya dan pandangan kabur saya disebabkan oleh kanser
nil ah”tanya Aqilah.
“Ye Cik
Aqilah. Antara faktor yang lain yang terjadi kepada orang ramai diantaranya
ialah sering lupa, gangguan percakapan dan banyak lagi.”Aqilah teringat semasa
dia mencari telefon bimbitnya. Dia tidak pasti dimana dia meletakkan
telefonnya. Semasa dirumah dia juga terlupa di mana dia meletakkan buku-buku
penting yang perlu dibawa ke kolej.
“Bila saya
boleh keluar doktor”
“Saya
sarankan Cik Aqilah tinggal sahaja di sini memandangkan keadaan cik semakin
kritikal”
“Tak apalah
doktor..saya lebih selesa tinggal dirumah”puas Diyana dan doktor perempuan itu
memujuk Aqilah tinggal di hospital tetapi Aqilah membuat keras kepala.
“Saya tak
boleh paksa Cik Aqilah dan saya akan membekalkan beberapa ubat yang perlu Cik
Aqilah makan.”Aqilah terpaksa mengangguk.
ENAM
KEADAAN Aqila
semakin hari semakin memburuk. Dia sudah berhenti dari kolej dan tinggal
bersama Diyana dan Aliyah. Ramai yang tertanya keputusan Aqilah yang tiba-tiba berhenti
dari kolej tersebut.Di rumah Aqilah sentiasa ditemani oleh Diyana dan Aliyah.
Mereka akan bergilir-gilir menjaga Aqilah.
Aqilah yang
sentiasa berada dirumah hanya mampu berdoa dan mengerjakan solat walaupun dalam
keadaan terbaring.
Petang
itu..Aqilah di datangi oleh Imran. Imran ingin menziarahinya. Hanya Imran kawan
lelaki yang tahu tentang penyakitnya. Imran jugalah yang menolong Diyanah
membawa Aqilah ke hospital pada hari Aqilah pengsan di pondok.
“Assalamualaikum”sapa
Imran apabila melihat Aqilah yang terbaring. Aqilah hanya mampu menganggukkan
kepala. Wajah Aqilah begitu pucat.
“Macam mana
keadaan kau. Ok tak hari ini”tanya Imran.Aqilah tersenyum. Aliyah dan Diyana setia
menemaninya di dalam bilik itu. Begitu sekali kasih mereka terhadap Aqilah.
Aqilah menitiskan air mata. Aliyah yang melihat pantas menyeka dengan jarinya.
“Kenapa
Qila..sakit ke”tanya Aliyah.Diyanah disebelah menggenggam tangannya.
“Qila kau tak
nak bagi tahu Farish ke”tanya Imran.
“Tak..tak
aaapalah..to..long bagikan surat ni..bi.la aku dah tak ada”surat disebelah
ditunjukkan. Imran sedih melihat keadaan Aqilah. Aliyah dan Diyana sudah mula
mengalirkan air mata.
“Ca..kap aku
sayangkan di..dia.”kata Aqilah susah untuk menuturkan kata-kata. Aqilah membalas
genggaman Aliyah dan Diyana”nanti”Aqilah berusaha untuk bercakap dengan sahabatnya. Dia
tahu masa dia sudah tidak banyak lagi.
‘Ayah ibu
tunggu Qila di sana’
Aqilah
seperti melihat ayah dan ibunya datang kepadanya dan tersenyum. Aqilah membalas
senyuman mereka.
Aliyah,
Diyanah dan Imran melihat Aqilah yang tersenyum. Semakin lama Aliyah dan Diyana
merasakan pegangan tangan Aqilah mulai longgar. Perasaan tidak sedap hati
Aliyah memaksanya dia menggerakkan Aqilah.
“Qila..Qila..bangun
Qila..kenapa ni”Aliyah mula menangis. Diyana memeriksa nadi Aqilah. Tiada.
Diyana
menggeleng-geleng kepala. Aliyah sudah teresak-esak. Tubuh Aqilah yang kurus
dipeluk kemas. Lama dia berkeadaan begitu. Memeluk tubuh Aqilah yang suah kaku
tidak bernyawa.
“Inna Lillahi
wa inna ilaihi raji'un”sebut Imran. Aqilah pergi dalam keadaan yang tenang.Tidak
mampu untuk dia berkata apa-apa lagi. Hatinya dipagut sedih dan pilu.
Imran
memandang dua wanita dihadapannya yang sudah lencun dengan air mata. Aqilah telah pergi meninggalkan dunia ini buat
selama-lamanya menghadap Penciptanya. Pergi menghadap Yang Maha Esa.
‘Qila..akhirnya
kau pegi Qila. Pergi tinggalkan aku. Kaulah sahabat aku dunia akhirat.
Tenanglah kau disana’ bisik hati Diyana. Sahabat yang paling rapat dan dia
sayangi telah pergi menghadap Illahi.
TUJUH
SEORANG demi
seorang pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu. Diyana dan Aliyah masih
duduk bersimpuh diatas tikar yang dibentangkan di tepi kubur arwah Aqilah. Air
mata tidak henti-henti daripada tadi. Seperti tidak percaya Aqilah sudah
meniggalkan mereka. Keluarga Farish juga
datang menziarahi kubur Aqilah.
Ketika sedang
membaca surah yassin, Imran yang menemani Aliyah dan Diyanah terpandangkan
Farish yang menuju ke arah mereka. Imran melihat mata Farish yang merah seperti
baru lepas menangis. Sedihkah tentang pemergian Aqilah.
“Im..”panggil
Farish.
“Aku dah
ingat Im…aku dah ingat semuanya”kata Farish.
“Maksud
kau”tanya Imran.
“Lepas Qila
tiba-tiba nak berhenti dari kolej..aku rasa seperti hilang sesuatu. Aku tak tahu
kenapa aku rasa macam tu. Aku tak lalu nak makan. Aku sendiri pelik.”
“Bila aku
duduk termenung aku seperti melihat waktu aku bersama dengan Aqilah.”
“Sehinggalah hari tu aku teringatkan waktu masa kita
sambut birthday Aqilah dengan kawan-kawan kita yang lain. Masa tu kepala aku
terlampau sakit sehingga aku jatuh terhantuk ke bucu meja”
“Lepas
beberapa jam aku mula sedar..aku mula ingat semua tentang Aqilah. Aku salah
Im..Aku dah banyak buat salah dekat Qila.”Farish sudah teresak-esak.
“Alhamdulillah..kau
dah ingat semuanya Farish..Sudahlah aku tahu Aqilah tidak akan salahkan kau.
Semua ni bukan kehendak kau. Aku pasti dia dah maafkan kau kau”
“Aku lambat
sedar Im..aku sedar bila Qila dah pergi tinggalkan aku”
“Ni surat
untuk kau. Aqilah pesan kat aku suruh bagi kepada kau. Dah lama aku kat sini
Farish. Aku nak balik dulu..Assalamualaikum”Imran meninggalkan kawasan
perkuburan itu bersama Aliyah dan Diyana.
Farish duduk
bersimpuh di tepi kubur arwah Aqilah. Disedekahkan Al-Fatihah dan surah yassin
kepada arwah tunangnya sebelum berdar dari situ. Surat Aqilah dipegang dengan
erat.
Sampai sahaja
dirumah Farish terus melangkah masuk ke dalam bilik. Datin Sofea dan Datuk
Rahim pasti betapa sedihnya Farish ketika itu. Surat Aqilah dibuka.
Assalamualaikum kekasihku…
Qila pasti saat Rish baca surat ni Qila sudah pergi meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya.
Qila pasti saat Rish baca surat ni Qila sudah pergi meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya.
Farish,
Qila cuma nak Rish tahu Rish akan sentiasa ada di dalam hati Qila. Qila sayangkan Rish.Qila cintakan Rish..Qila sedih sangat masa Rish tak ingat tentang Qila. Qila cuba sedaya upaya Qila untuk kembalikan ingatan Rish tetapi Rish tak nak beri kesempatan buat Qila untuk membuktikan Qila adalah orang yang Rish cintai Qila adalah tunang Rish dan Qila bakal menjadi isteri kepada Farish Rizki. Tetapi Qila tak salahkan Rish. Qila pasti Rish tidak mengharapkan perkara ni terjadi.
Qila cuma nak Rish tahu Rish akan sentiasa ada di dalam hati Qila. Qila sayangkan Rish.Qila cintakan Rish..Qila sedih sangat masa Rish tak ingat tentang Qila. Qila cuba sedaya upaya Qila untuk kembalikan ingatan Rish tetapi Rish tak nak beri kesempatan buat Qila untuk membuktikan Qila adalah orang yang Rish cintai Qila adalah tunang Rish dan Qila bakal menjadi isteri kepada Farish Rizki. Tetapi Qila tak salahkan Rish. Qila pasti Rish tidak mengharapkan perkara ni terjadi.
Farish,
Masa Qila pulang dari rumah orang tua Rish Qila dikhabarkan tentang berita kematian orang tua Qila. Ibu dan Ayah meninggal dalam kemalangan dan menghembuskan nafas terakhir ditempat kejadian. Qila seorang diri di dalam dunia ni Rish. Tetapi Qila bernasib baik kerana mempunyai sahabt yang sayangkan Qila. Yana dan Liya sentiasa menemani Qila. Ingat Rish Qila sayang sangat dekat Rish.
Masa Qila pulang dari rumah orang tua Rish Qila dikhabarkan tentang berita kematian orang tua Qila. Ibu dan Ayah meninggal dalam kemalangan dan menghembuskan nafas terakhir ditempat kejadian. Qila seorang diri di dalam dunia ni Rish. Tetapi Qila bernasib baik kerana mempunyai sahabt yang sayangkan Qila. Yana dan Liya sentiasa menemani Qila. Ingat Rish Qila sayang sangat dekat Rish.
Farish,
Ingat tak masa Qila tak sengaja pegang lengan Rish..masa tu Qila pening sangat. Qila tak sangka orang yang ada dihadapan Qila adalah Rish. Tapi Qila cepat-cepat sedar. Qila segera tinggalkan Rish kerana Qila takut Rish akan marah kepada Qila. Yana dan Imran yang tolong hantarkan Qila ke hospital selepas Qila pengsan di pondok. Selepas itu Qila dapat tahu bahawa Qila positif kanser otak. Qila pasrah Rish. Mungkin ni yang terbaik buat Qila.
Ingat tak masa Qila tak sengaja pegang lengan Rish..masa tu Qila pening sangat. Qila tak sangka orang yang ada dihadapan Qila adalah Rish. Tapi Qila cepat-cepat sedar. Qila segera tinggalkan Rish kerana Qila takut Rish akan marah kepada Qila. Yana dan Imran yang tolong hantarkan Qila ke hospital selepas Qila pengsan di pondok. Selepas itu Qila dapat tahu bahawa Qila positif kanser otak. Qila pasrah Rish. Mungkin ni yang terbaik buat Qila.
Farish,
Mungkin kita tidak dijodohkan di dunia ini. Satu sahaja yang Qila mohon daripada Rish, tolong redha dengan pemergian Qila. Qila nak minta Rish tolong serahkan semua duit yang Qila ada kepada rumah anak yatim. Qila tinggalkan duit itu dekat Yana. Tolong Qila ye Rish. Duit tu semua Qila nak sedekahkan sebagai amalan terakhir Qila. Qila harap Rish dapat cari orang lain bagi menggantikan Qila di hati Rish. Qila harap Rish akan bahagia dengan orang lain. Sayangilah dia seperti mana Rish sayangkan Qila. Jangan hampakan permintaan Qila.
Mungkin kita tidak dijodohkan di dunia ini. Satu sahaja yang Qila mohon daripada Rish, tolong redha dengan pemergian Qila. Qila nak minta Rish tolong serahkan semua duit yang Qila ada kepada rumah anak yatim. Qila tinggalkan duit itu dekat Yana. Tolong Qila ye Rish. Duit tu semua Qila nak sedekahkan sebagai amalan terakhir Qila. Qila harap Rish dapat cari orang lain bagi menggantikan Qila di hati Rish. Qila harap Rish akan bahagia dengan orang lain. Sayangilah dia seperti mana Rish sayangkan Qila. Jangan hampakan permintaan Qila.
Farish,
Tidak ada apa lagi yang Qila nak katakan..tolong beritahu kawan-kawan Qila terutamanya Yana dan Liya. Qila sayang dorang. Merekalah sahabat terbaik Qila. Dan Rish…orang yang akan sentiasa berada di hati Qila. Disini Qila ada letakkan beberapa gambar kita bersama. Qila harap Rish tak akan lupa semua kenangan kita bersama..Sekian..
Tidak ada apa lagi yang Qila nak katakan..tolong beritahu kawan-kawan Qila terutamanya Yana dan Liya. Qila sayang dorang. Merekalah sahabat terbaik Qila. Dan Rish…orang yang akan sentiasa berada di hati Qila. Disini Qila ada letakkan beberapa gambar kita bersama. Qila harap Rish tak akan lupa semua kenangan kita bersama..Sekian..
Salam sayang,
Aqilah Aneesa
Aqilah Aneesa
Surat Aqilah
digenggam erat. Sebak ketika membaca surat itu. Air mata yang mengalir dipipi
diseka.Dia harus rela dengan kepergian insan yang dicintainya. Dia berjanji dia
akan hidup bahagia seperti mana yang diinginkan Aqilah.
‘Pergilah
Qila..semoga kau bahagia di sana. Aku akan doakan kesejahteraan kau di
sana’desis Farish..
*HOKIBET
ReplyDelete*BUKATOGEL.COM
*DAFTAR
*REFERRAL
*BUKU MIMPI
*PREDIKSI
* Potongan/Discount Bukatogel.com :
* 2D : 29% = Rp. 70.000
* 3D : 56% = Rp. 400.000
* 4D : 65% = Rp. 3.000.000
* BBM : 7boc7177
* HP/SMS : +639277025291