Tuesday, 16 April 2013

CERPEN : AIRA HAIKAL


SATU

“Aira…Aira ada masalah ke”tegur Haikal memberanikan diri. Áira nampak tak happy..muram saja. Kenapa”

Aira disebelahnya mendongak. Mereka dalam perjalanan untuk membeli beberapa barang perkahwinan yang di suruh oleh mama mereka.

Happy ???  Cuba awak cakap dekat saya macam mana saya boleh happy dengan perkahwinan yang bukan datang dari kehendak saya sendiri”. Aira mengeluh. Meskipun Haikal orang yang disukainya dalam diam tetapi dia tidak tahu perasaan Haikal terhadapnya.


“Awak boleh happy ke sekarang ni. Awak pun tak rela dengan perkahwinan ini kan. Apa lagi kalau awak sendiri dah ada teman wanita.”tambah Aira.

“Habis tu awak nak saya buat apa. Kita dah tak boleh tolak keputusan mama dan papa”Haikal menarik nafas lemah. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

“Saya rasa kita patut terima sahaja keputusan ni dan kita mulakan hidup baru. Mungkin kita boleh bahagia. Tka cuba belum tahu kan”kata Haikal.

“Mulakan hidup baru ? Bagaimana dengan Adrina. Awak nak putus dengan dia macam tu aje”tanya Aira.

“Saya dengan Adrina kawan aje. Tak lebih dari tu” Kata Haikal bersungguh-sungguh.

Masing-masing terdiam selepas itu.

Aira menjadi muram semenjak berita yang mengatakan bahawa dia akan berkahwin dengan Haikal. Diri menjadi lemah semenjak berita yang disampaikan oleh mama. Mama menggunakan kuasa veto dalam menentukan hala tuju hidupnya dengan bertindak menerima pinangan daripada sahabat baiknya sendiri tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu  Kata mama Aunty Sofea ingin mengeratkan lagi hubungan persahabatan mereka.

Pelbagai alasan diberi untuk menolak rancangan mama. Dikatakan dirinya dan Haikal masih belajar, mama kata mereka boleh berdikari sendiri. Dikatakan tidak mencintai antara satu sama lain dikatakan cinta boleh dipupuk selepas berkahwin. Pening Aira memikirkan hidupnya nanti selepas berkahwin. Cincin di jari manisnya tanda diri sudah bergelar tunangan oranng dipandang sayu. Seminggu lagi dia akan bergelar isteri orang pula.


DUA

“Saya terima nikah Aira Athirah binti Ismail dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai..” dengan sekali lafaz Aira telah menjadi milik Haikal Hafizi bin Dato Iskandar. Terngiang-ngiang lafaz yang disebut oleh Haikal. Aira berasa sebak mendengarkan kalimah tersebut.

Haikal dibawa menghampiri Aira yang sedang duduk bersimpuh di atas permaidani. Haikal menyentuh tangan isterinya buat pertama kali. Jemari isteri yang digenggam terasa sejuk. Setelah sebentuk cincin disarungkan ke jari manis Aira, Haikal mencium dahi isterinya seperti yang disuruh oleh Puan Sofea. Haikal sempat berbisik kepada Aira sebelum duduk di sebelah Aira bagi sesi fotografi.

Puan Sofea dan Puan Murni merupakan orang yang paling gembira dalam majlis perkahwinan anak mereka. Mereka akhirnya dapat berbesan dengan sahabat sendiri. Tambah pula Puan Sofea memang berkenan dengan Aira. Gadis bertudung litup dan sopan santun. Segala kerja rumah dengan senang dapat dilakukan oleh Aira.

Hampir pukul 6 petang majlis perkahwinan selesai. Walaupun tidak besar majlis yang dibuat Aira tetap kelihatan letih. Hanya saudara dan jiran yang terdekat dijemput. Aira mahupun Haikal masih belum bersedia untuk memberitahu kawan-kawan mereka di kolej. Kebanyakan tetamu sudah pun pulang. Aira mengambil kesempatan dengan memasuki ke dalam bilik untuk membersihkan diri. Bilik yang dihias cantik di pandang Aira tanpa perasaan. Dia segera membersihkan diri sebelum menunaikan solat.

“Aira”panggil Haikal lembut sambil mengejutkan Aira yang sudah tertidur.Tudung yang masih dikepala tidak ditanggalkan.

“Bangun solat…waktu maghrib dah nak habis dah”kata Haikal. Aira lantas duduk dan mengurut tengkuk. Lenguh.

“Haikal dah solat”tanya Aira.

Seusai solat maghrib..Aira duduk berhadapan dengan Haikal. Buat pertama kalinya Haikal melihat Aira tidak bertudung. Dia merenung wajah bujur sirih dihadapannya. Rambut Aira yang panjang sehingga pinggang di biarkan tidak berikat. Cantik.

“Haikal..Aira nak tanya Haikal tentang apa yang Haikal bisikkan kepada Aira tadi..betul ke”

Haikal tersenyum lalu mengangguk. “Haikal tak ada teman wanita, Aira pula tak ada teman lelaki. Jadi tidak mustahil untuk kita mengenali hati budi masing-masing. Dan kemudian bercinta. Bercinta lepas kahwin kan lagi bagus”

“Tapi..”

“Tak ada tapi-tapi..Mulai malam ni kita akan mengenali diri masing-masing. Bercerita tentang diri kita..Boleh tak”kata Haikal sambil merenung wajah Aira.

Aira tersenyum membalas senyuman Haikal. “Aira nak tanya Haikal..kenapa Haikal nampak sombong sangat kalau di kolej”

“Bila masa Haikal sombong..Aira yang sombong adalah. Ramai peminat. Yelah siapalah kita ni”

“Eh-eh kita pulak dikatakan sombong…Aira bukan sombong. Aira cuma jarang bercakap dengan orang..terutamanya lelaki. Tapi Aira ambil tahu hal sekeliling ok. Kalau tak macam mana Aira boleh kenal si Adrina tu dan kawan-kawan Haikal yang lain.”

“Adrina kawan Haikal sahaja. Tak lebih dari tu. Percayalah”kata Haikal.

“Erm yelah tu”Aira berkata perlahan.

“Bunyi macam orang cemburu.”Haikal ketawa. Aira mencebik. 
Jujur dia mula menyukai Haikal ketika pertama kali dia melihat Haikal di kafe sengang beratur untuk membeli makanan. Ketika itu idak tahu pula dia bahawa Haikal merupakan anak kepada sahabat mama.

Malam itu selepas makan malam bersama-sama Haikal dan Aira sambung bercerita. Tentang keluarga, kawan-kawan dan apa yang mereka suka dan tidak suka. Aira berharap agar perkahwinan mereka dapat dikekalkan.


TIGA

SEBULAN KEMUDIAN

Haikal memandu Toyota Rush miliknya pulang ke rumah mereka yang dihadiahkan oleh mama dan mama mertuanya. Aira disebelah yang sedang menikmati aiskrim di renung. Comel sahaja isterinya makan aiskrim. Mereka baru sahaja selepas membeli belah. Haikal yang beria-ria ingin membeli barang dapur dan beberapa pasang baju untuk Aira.
Aira yang terasa diperhatikan menoleh ke arah Haikal.

“Yang tengok Aira ni kenapa. Pandang depanlah Haikalkan sedang memandu”kata Aira.

“Aira makan aiskrim seorang sahaja . Bukan nak bagi Haikal sikit”

“Haikal kan sedang memandu. Nanti dah sampai rumah Haikal makanlah puas-puas”

“Tak nak..Haikal nak Aira yang suapkan”kata Haikal. Merajuk.

Eh-eh budak ni..

“Erm yelah..tunggu kejap Aira ambilkan aiskrim baru”beg plstik di tempat duduk belakang diambil.

Perlakuan Aira terhenti apabila Haikal bersuara.

“Haikal nak Aira suapkan aiskrim yang Aira makan”tegas Haikal.

“Alah..ni kan aiskrim Aira”pelik.

“Kongsi sahajalah..kan lagi sweet gitu”kata Haikal sambil tersenyum.

“Erm..sedapnya..aiskrim ni manislah..macam Aira”kata Haikal sambil tersenyum manis ke arah Aira.Pandangan mata Haikal menikam mata Aira. Berdebar-debar Aira ketika itu. Lantas dipalling muka ke luar tingkap.

“Malam nanti nak Aira masak ke ataupun kita makan kat luar”tanya Aira setelah mereka memasuki halaman rumah.

“Erm..tak payah masaklah. Haikal bawa Aira makan kat luar”Haikal membantu Aira mengangkat beg plastik di dalam bonet ke dalam rumah.

“Haikal pergilah naik atas mandi dulu..”kata Aira sambil mengemas barang-barang yang dibelinya tadi.

“Kejaplah dulu..Haikal nak rehat sekejap”kata Haikal. Untung mereka singgah solat di masjid yang berdekatan dengan shopping mall tadi. Jadi apabila mereka pulang ke rumah tidaklah tergesa-gesa mereka solat.

Anis mengikuti langkah Haikal ke ruang tamu. “Pergilah mandi….satu rumah dah lekat dengan bau Haikal.”usik Aira sambil tergelak kecil.

“Anis…ohh kata Haikal eh..habis  Anis tu”Haikal mencuit pinggang Aira.
Anis tak sudah-sudah berhenti dari ketawa kerana pinggangnya digeletek oleh Haikal..tempat sensitif…

Haikal ketawa melihat Anis yang sekejap-kejap terjerit kecil menahan geli.

“Haikal..Haikal dah lah tu..sorry..penat Anis gelak tau. Cepatlah pergi mandi nanti Anis pula nak mandi”

“Erm yelah”Haikal berlalu setelah mencubit pipi Anis. Hatinya bernyanyi riang. Haikal bergegas masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.


EMPAT

Hari demi hari..hubungan Haikal dan Aira semakin rapat. Mereka dapat terima satu sama lain. Malah hubungan mereka sudah  seperti pasangan suami isteri yang lain. Walaupun masih terdapat beberapa orang yang masih belum mengetahui status mereka, mereka tetap gembira. Hanya Deeba dan Liya kawan baik Aira yang sudah tahu mengenai status Aira dengan Haikal.Haikal pula masih belum bersedia untuk memberitahukan kepada teman-temannya.

Aira menoleh ke arah Liya yang terbaring sambil membaca novel di atas katil.

“Liya”

“Erm”

“Kau ada painkiller tak..aku pening kepala lah”

“Ada..dalam laci aku..kenapa boleh sampai pening ni.”soal Liya.

“Kau macam tak tau aku pulak..tengok dramalah sampai ke pagi.”

“Ish..kau ni dah tau pagi ni ada kelas..yang pergi tidur lambat tu kenapa. Pening lagi pergilah klinik”

“Tak apalah nanti aku suruh Haikal hantar. Dia nak ambil aku kejap lagi balik rumah. Kan kita cuti tiga hari.”kata Aira.

“Ada apa-apa call aku”kata Liya.

“Ambil berat jugak kau pasal aku”Aira tergelak kecil.

Bukkk…

“Woi..apa ni baling-baling”soal Aira.

“Dah nama pun kawan mestilah aku ambil berat pasal kawan aku”

“Yelah-yelah ni yang buat aku makin sayang dekat kau”kata Aira sambil memeluk bahu Liya.

“Aira”panggil Deeba.

“Apanya”

“Tu hah Haikal dah sampai. Ada kat bawah” 

“Yeke..oklah aku pergi dulu. Bye Deeba, Liya”Aira tak sabar untuk berjumpa dengan Haikal.Pelik. Selalunya Haikal akan menelefon terlebih dahulu jika dia sudah sampai. Maklumlah jadual kelas mereka tidak sama. Selalunya memang Haikal yang akan pulang dahulu.

Terlupa ke tak ada kredit. Erm..biarlah..Dia ingin cepat sampai ke kereta Haikal. Pancaran matahari membuatkan peningnya datang kembali.



LIMA
Aira terus membuka pintu di dihadapan. Terkejut kerana melihat Adrina berada di situ. Aira memandang ke arah Haikal.

“Hai Aira”ucap Adrina.

“Hari saya tumpang Haikal tau. Cepatlah masuk. Nanti cepat kita sampai rumah”kata Adrina.

“Ohh..ok”Aira tidak tahu hendak berkata apa.

Haikal serba salah dengan ting;kah laku Aira yang senyap semenjak dia duduk di dalam kereta. Aira perasan Haikal mencuri pandang ke arahnya melalui cermin pandang belakang. Aira menurunkan badannya sedikit dan menyandarkan kepalanya di cermin tingkap mengelak dari dilihat oleh Haikal.

“Haikal..kita pergi makan dulu nak. Dah lama You tak teman I makan tau”rengek Adrina sambil memegang tangan Haikal.

‘Kata tak ada apa-apa. Ni sampai merengek ajak teman makan ni dah kenapa. Hisshhh menyampah betul. Pegang-pegang lagi’ Aira menjeling ke arah Haikal apabila mata mereka bertembung melalui cermin.

“Err..tadi You kata nak cepat sampai.”Haikal menjeling lagi ke arah Aira. Dia tahu Aira marah.

“Ala..I laparlah dari tadi tak makan”kata Adrina lagi.

“Tapi..”Haikal tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Aira mencelah.

“Pergi sajalah teman Adrina makan. Aira tak kisah pun.”Aira tidak tahan melihat tingkah gedik si Adrina terus membuat keputusan.

“Aira tak nak ikut sekali kami pergi makan ke”tanya Haikal penuh mengharap.

“Tak nak. Aira malas nak pergi makan. Dah lah pergilah makan. Aira nak duduk dalam kereta sahaja.”kata Aira tanpa memandang ke arah Haikal.

“Ok..Aira jangan lupa lock kereta kalau kami dah keluar”kata Haikal. Aira tidak mengambil peduli dengan apa yang dikatakan oleh Haikal.

Semasa Haikal dan Adrina sedang makan, Haikal ternampak Aira yang sudah keluar daripada kereta dan menuju ke kedai disebelah restoran tempat mereka berdua menjamu selera. Haikal melihat ditangan Aira terdapat sebotol air mineral dan sepapan panadol. Jarak yang dekat membuatkan Haikal dapat melihat dengan jelas apa yang berada si tangan Aira.Aira sakit ke.

You dah habis makan kan..Jomlah I hantar You balik. I pun nak balik rumah. Tiba-tiba pening”kata Haikal.

Haikal sengaja memberi alasan untuk pulang ke rumah bersama Aira dengan lebih cepat.
Ketika Haikal dan Adrina sampai ke kereta, Haikal melihat Aira sudah tertidur di belakang. 
Yang merisaukan Haikal, Aira terlupa hendak mengunci kereta. Stelah setengaj jam kemudian mereka sampai di rumah. Haikal memberhentikan keretanya di halaman rumah. 

Belum sempat pun dia mematikan enjin Aira yang sudah bangun dari tidur terus melangkah keluar.Aira pantas membuka pintu rumah. Tujuannya untuk dia cepat masuk ke dalam rumah dan tidur di dalam bilik. Haikal tidak dipedulikan.

Aira merebahkan tubuhnya di atas katil. Kepala yang terasa dipening dipicit perlahan-lahan. Dia tidak mahu mengambil tahu tentang Haikal dan Adrina. Aira membuka mata apabila mendengar bunyi pintu dibuka dari luar. Haikal menuju ke arahnya.

“Aira”panggil Haikal. Aira memusingkan badannya.

“Aira..pandanglah Haikal. Haikal minta maaf ya”Aira merasakan Haikal sudah pun berbaring 
dibelakangnya. Hembusan nafas Haikal dapat dirasa dilehernya.

“Kenapa pulak nak minta maaf. Haikal tak salah apa-apa pun”Aira bertanya.
Haikal tahu Aira tahu apa yang dimaksudkannya cuma Aira sengaja buat-buat tidak tahu.

“Pasal Haikal dengan Adrina tadi”Aira bersandar di kepala katil sambil menghadap Haikal.Aira hanya mendiamkan diri.

“Haikal tak ada hubungan pun dengan Adrina. Dia cuma nak tumpang balik ke rumah dia sahaja”terang Haikal.

“Boleh percaya ke cakap Haikal.Habis tu rengek-rengek ajak teman pergi makan sampai  pegang-pegang tangan Haikal tu kenapa. Haikal pun biarkan saja kan”marah Aira.

Haikal tersenyum memandang Aira. “Aira cemburu eh”tanya Haikal.

“Memanglah Aira cemburu. Haikal tu kan suami Aira”pantas Aira menjawab.

“Sayang Haikal tak”

“Mestilah sayang..Haikal ni tanya macam-macam dah kenapa”memuncung Aira berkata.

“Aira…Adrina tu dah ada boyfriend dah pun. Kawan kelas kami. Jeffri. Sepatutnya tadi Jeffri yang hantar Adrina balik rumah tetapi disebabkan hal kecemasan Jeffri minta Haikal tumpangkan Adrina. So Haikal pun ajak sajalah Adrina balik. Lagi satu mungkin Adrina tak sengaja terpegang tangan abang. Aira janganlah marah..Please”terang Haikal. Tangan Aira dibawa kebibirnya.

“Aira”senyap.

“Aira”panggil Haikal lagi apabila Aira mendiamkan diri.

Aira tersenyum memandang Haikal. “Ok..Aira percaya cakap Haikal”Aira memegang tangan Haikal.

“Kalau Adrina tu pegang-pegang Haikal lagi Aira belasah dia”

Haikal tergelak kecil. “Takkan lah pegang pun Aira sampai nak belasah. Lagi pun kan Adrina tu tau yang kita ni suami isteri lah”

“Biar betul…bila Haikal bagi tahu dorang”Aira terkejut . Dia sangkakan Adrina masih tidak tahu status mereka.

“Seminggu selepas kita nikah Haikal dah bagi tahu semua kawan kelas Haikal tahu. Aira je belum bagi tahu”

“Tadi Haikal nampak Aira keluar daripada kereta. Aira beli ubat kan tadi. Aira sakit ke”
“Hah..”Aira bingung.

“Aira..”panggil Haikal.

“Ok..nanti Aira bagi tahu jugak semua kawan kelas Aira”orang tanya lain dia jawab lain.

“Tak kisahlah bila Aira nak umunkan status kita kepada kawan-kawan Aira. Yang Haikal tanya tadi tu Aira sakit ke. Haikal nampak Aira beli ubat tadi”

“Ohh..aah Aira pening kepala dari tadi lagi sebab tidur lambat”jawab Aira.

“Lagi satu kenapa tak lock kereta. Nasib baik tak jadi apa-apa tau. Kenapa tidur lambat kalau melarat pening ni kita pergi klinik”

Aira menyandarkan kepalanya di dada Haikal. “Haikal ni membebel macam mak nenek lah”usik Aira.

“Amboi….mengata orang. Kalau pening buatlah cara orang pening. Ni masih lagi nak usik orang”Aira terjerit kecil disebabkan Haikal mencubit pipinya. Geram…

“Haikal”rengek Aira.

“Aira lapar lah..dari pagi tadi tak makan”

“Ya Allah..sekarang dah pukul 5 dah Aira. Aira tak makan apa-apa lagi.Habis tu yang telan ubat tadi dengan perut kosonglah ni”marah Haikal.

“Boleh tersenyum lagi..bahaya tau makan ubat dengan perut kosong macam ni. Aira suka buat Haikal risau tau.”

“Ala sekali sekala..apa salahnya kan”Aira mengeratkan pelukan di pinggang Haikal.

“Dah lepaskan Haikal. Kuat sangat peluk Haikal ni. Nak bermanjalah tu. Haikal nak turun bawah masak bubur untuk Aira. Aira tidurlah dulu ok”kata Haikal lantas mencium pipi Aira.


ENAM

Haikal membawa Aira membeli belah di Sogo. Haikal ingin membelikan Aira baju baru sempena gaji pertama Haikal.

“Jom kita naik atas. Atas lagi banyak pilihan”kata Haikal. Aira beriringan dengan Haikal menuju ke tingkat atas. Tangan Aira digenggam kemas oleh Haikal.

Lepas satu kedai ke satu kedai Haikal membawa Aira memilih pakaian. Aira hanya menurut. Semua baju disuruh Aira cuba. Yang dia berkenan dia akan belikan untuk Aira.

“Haikal dah lah tu. Dah banyak sangat baju Haikal belikan untuk Aira. Haikal belikan jugak untuk Haikal. Tak pun Aira belanja Haikal pulak. Ok”kata Aira

“Aira tak payah beli apa-apa untuk Haikal. Gaji Haikal dah cukup untuk beli baju untuk kita berdua”

“Aira dah tak larat dah Haikal. Jomlah kita pergi makan pulak. Aira laparlah”rengek Aira manja sambil memandang kea rah Haikal.

Haikal ketawa melihat telatah Aira yang manja.

“Ok..jom kita pergi makan. Kesiannya…Aira lapar eh”soal Haikal sambil menggosak kepala Aira. Aira tesenyum manja.

Haikal membawa Aira makan di Nando’s. Haikal memesan Nandino’s Passion, Chicken Breast Burger dan Petisco untuk mereka.
Makanan dihidangkan dihadapan mereka 10 minit kemudian.
Aira sungguh berselera menikmati Nandino’s Passion manakala Haikal menikmati Chicken Breast Burger.

“Aira ni makan comot”kata Haikal sambil mengelap sisa makanan di tepi bibir Aira.

“Ye ke..Aira lapar sangat ni..comot sangat ke”tanya Aira.

“Tak adalah comot mana. Tapi still nampak cute”Haikal senyum.

“Comot pun cute..peliklah Haikal ni. Dahlah makan cepat”kata Aira.
Aira dan Haikal makan bersuap antara satu sama lain. Orang disekelilling tidak diambil peduli oleh mereka.

Mereka berdua pulang ke rumah setelah puas membeli belah.

ENDING

3 TAHUN KEMUDIAN

Banyak yang sudah berubah. Tiada lagi panggilan Aira Haikal. Digantikan dengan Aira Abang. Anak kembar mereka Amirah Sofea dan Anisa Sofea akan masuk 3 tahun pada tahun hadapan. Adrina dan Jeffri juga sudah berkahwin.

Aira kini menjadi suri rumah sepenuh masa. Haikal tidak membenarkan dia bekerja. Dengan gajinya sebagai jurutera pesawat mampu menyara hidup mereka sekeluarga.

“Sayang..malam nanti mama ajak makan kat rumah”kata Haikal seraya memeluk pinggang Aira.

“Ok..abang lepaslah Aira nak masak ni”kata Aira cuba menolak pelukan Haikal.

“Masak sajalah. Bukan abang buat apa pun. Peluk sajakan”Pipi Aira pula menjadi sasaran.

“Susahlah Aira nak bergerak kalau macam ni”rayu Aira.

“Abang jarang tau dapat bermanja dengan sayang..sejak ada si kembar”Aira menjegilkan matanya.

“Apa pulak..habis tu yang setiap malam abang kacau Aira tu apa”

“Tu malam dah memang tugas Aira kan..ni pagi jarang abang dapat bermanja dengan sayang asyik Mira dengan Nisa je yang duduk dengan sayang”malu Aira mendengar kata-kata Haikal.
Haikal ketawa kecil melihatkan wajah Aira yang sudah merona merah. Malu mungkin. Ideanya untuk mengusik buah hatinya menjadi.

“Mama”panggil Mira.

“Nak susu”tambah Nisa pulak.
Amirah Sofea dan Athirah Sofea berdiri di pintu dapur sambil memegang teddy bear kesukaan mereka. Di atur langkah ke arah si kembar.

“Mira dengan Nisa kacau daun betullah. Papa baru nak bermanja dengan mama tau”si kembar di dukung oleh Haikal.

“Abang bawa dorang ni masuk bilik dulu. Aira nak buatkan susu”Haikal tersenyum memandang Aira sebelum membawa anak mereka ke dalam bilik.

Aira tersenyum melihat Haikal dan anak-anaknya. Sesungguhnya dia bahagia bersama Haikal. Bersyukur kerana mama menjodohkannya dengan Haikal. Seorang lelaki yang disukainya dalam diam akhirnya menjadi miliknya. Aira berdoa semoga kebahagiannya yang dinikmati pada hari ini akan berterusan hinggalah ke akhir hayat mereka.







3 comments:

  1. hai =D
    best..erm,tapi,ada kurang sikitlah..
    lagi satu,awak kena bca lg sekali apa yg awak tulis ..sebab,ada nama yg lain..saya sendiri pun confuse.
    Anyway,good job!Usaha lagi.ajaja hwaiting! >.<

    ReplyDelete
  2. Mohon check ejaan and struktur ayat .... =) tq...nice story

    ReplyDelete
  3. *HOKIBET
    *BUKATOGEL.COM
    *DAFTAR
    *REFERRAL
    *BUKU MIMPI
    *PREDIKSI

    * Potongan/Discount Bukatogel.com :
    * 2D : 29% = Rp. 70.000
    * 3D : 56% = Rp. 400.000
    * 4D : 65% = Rp. 3.000.000

    * BBM : 7boc7177
    * HP/SMS : +639277025291

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D