Thursday, 4 April 2013

CERPEN : AKHIRNYA BAHAGIA

“ALEEYA”jerit Puan Maria.Aleeya yang sedang berehat di dalam bilik bersama kakaknya tersentak. Mereka baru sahaja mendapat peluang untuk rehat sebentar selepas melakukan semua kerja rumah.

“Mak cik panggil Leeya lah akak. Leeya keluar dululah nanti mak cik marah kalau lambat.”Aneesa mengangguk lalu mengikuti langkah adiknya keluar. Apa lagi yang dimahukan oleh Puan Maria.

“Ya mak cik”jawab Leeya apabila dia sudah dihadapan Puan Maria.


“Kau pergi mana sahaja. Terpekik terlolong aku panggil nama kau tadi sekarang baru kau muncul”jerkah Puan Maria.

“Leeya rehat sebentar dalam bilik. Tidak boleh ke kami nak rehat sebentar”celah Aneesa yang sudah berada di sebelah Aleeya.

“Eh Neesa kau lupa ke aku cakap dulu. Korang tak boleh rehat selagi tak pukul 10 malam.”

“Lagi satu korang jangan lupa aku ambil korang daripada rumah anak yatim tu pun sebab arwah suami aku yang nak sangat jaga korang. Apa yang istimewanya pun aku tak tau. Sudahlah dibagi tempat tinggal, di hantar belajar di universiti tidak tahu hendak bersyukur lagi.”marah Puan Maria.

“Kami memang dah bersyukur sangat sebab mak cik dan pak cik sanggup ambil kami di rumah anak yatim tapi sekarang ini kami cuma mahu rehat sebentar. Tak kan tak boleh”lembut suara Aleeya mencelah.

“Kau ni memang anak tak sedar diri. Rehat sebentar kau cakap. Aku tak nampak kelibat kau daripada tadi. Mana kau pergi . Kata Puan Maria sambil menunjal kepala Aleeya.Aleeya menahan air matanya daripada gugur.

“Mak cik tak boleh cakap elok-elok sikit dengan kami. Kami bukan robot yang boleh bekerja 24 jam”Aneesa yang sudah tidak tahan dengan jerit pekik Puan Maria dan sikapnya terhadap Aleeya memaksa dirinya untuk mencelah. Aneesa lebih berani menjawab berbanding Aleeya yang hanya tahu mendiamkan diri dan tidak tahu melawan.

“Kakak sudahlah. Kami minta maaf mak cik. Ada apa mak cik panggil Leeya.”

“Huh..malam ni kawan aku sekeluarga nak datang. Aku nak kau masak makanan yang sedap. Kalau tak sedap aku suruh kau habiskan makanan tu”garang suara Puan Maria memberi arahan.

“Kawan dia yang nak datang dialah yang masak”kata Aneesa selepas kelibat Puan Maria menghilang.Aleeya hanya tersenyum.

“Kakak takkanlah kakak tak tahu mak cik mana tahu memasak. Mestilah mak cik yang suruh adik masak. Kalau suruh kakak macam manalah rasanya”sempat lagi Aleeya mengutuk kakaknya.

“Amboi sempat lagi kutuk akak eh. Dahlah jom kita sambung kerja. Nampak si singa tu habislah kita kena marah lagi.

Aneesa dan Aleeya dua beradik yang ambil menjadi anak angkat ketika mereka berumur lapan. Meskipun menjadi anak angkat kepada Encik Daud dan Puan Maria mereka tidak pernah memanggil mereka dengan panggilan papa atau mama. Ini kerana Puan Maria tidak suka mereka memanggilnya dengan gelaran itu. Puan Maria juga mempunyai seorang anak perempuan yang berusia sama dengan Aneesa dan layanannya sama seperti layanan Puan Maria terhadap mereka.

Meskipun kurang mendapat kasih sayang daripada seorang ibu, namun mereka berdua mendapat kasih sayang seorang ayah daripada Encik Daud walaupun dengan memanggil gelaran pak cik. Encik Daud melayan mereka dengan baik. Tidak pula Puan Maria. Puan Maria semakin berubah selepas suaminya meninggal dunia 15 tahun lalu. Puan Maria melayan mereka seperti orang gaji.


ANEESA menolong Aleeya menyusun hidangan diatas meja. Sebentar lagi kawan Puan Maria akan tiba. Puan Maria dan Julia beria-ria berdandan. Siapalah yang nak datang ni eh.
Kelihatan sebuah Estima berwarna hitam masuk ke halaman rumah Puan Maria. Aleeya seusia dengannya dan tangan Puan Maria dikucup oleh seorang gadis remaja.

“Riana kan. Dah besar sekarang. Makin cantikDulu aunty jumpa Riana baru umur 9 tahun kalau tak silap aunty.Sekarang dah 18 tahun kan”tanya Puan Maria.Lagak mereka seperti sudah kenal rapat.

“Ye aunty dah 18 tahun”jawab Riana sambil tersenyum.

“Hmmm..let me guess..You must be Azrish Haikal”kata Julia sambil senyum menggoda kearah Azrish.
Riana yang melihat gelagat Julia mencebik tanpa disedari oleh sesiapa pun.

“Mak cik makanan dah siap”celah Aleeya ketika tetamu itu semua sedang berborak. Aleeya pergi selepas berkata dan tidak langsung memandang ke arah tetamu itu.

“Eh marilah kita makan bersama”ajak Puan Maria.

Aleeya meletakkan nasi ke setiap pinggan manakala Aneesa pula sedang menuang air minuman di dalam gelas.

“Terima kasih akak”ucap Riana sambil tersenyum kearah Aleeya dan Aneesa. Riana kagum melihat perwatakan mereka berdua. Dua orang gadis cantik tetapi lagak mereka seperti orang gaji. Daripada tadi Riana perhatikan mereka berdua. Tidak sudah-sudah menyusun hidangan di atas meja.

“Sama-sama”jawab Aleeya dan Aneesa serentak. Azrish terpana melihat senyuman mereka berdua. Senyuman yang seperti dia rindukan selama ini.

‘Siapa mereka ini’terdetik di hati ingin mengetahu siapakah mereka.

“Korang pergi duduk di luar sampailah tetamu mama ni balik. Faham”perlahan suara Julia mengarahkan mereka keluar. Walaupun perlahan suara Julia masih didengari oleh Riana. Riana memandang kearah dua beradik tersebut.

Tiada kata-kata yang terluah daripada mulut mereka. Aleeya hanya tersenyum manakala Aneesa pula hanya  mencebik.

Mereka semua meneruskan suapan. Riana meluat melihat peelakuan Julia yang berusaha mencari perhatian abangnya. Mereka semua sambung berborak selepas selesai makan malam.

“Aunty rumah aunty cantiklah. Di bahagian dalam cantik bahagian luar pun cantik. Riana nak jalan kat luar boleh tak”tanya Riana. Sebetulnya dia malas mahu berada di situ tambah pula melihat Julia yang menggedik di sebelah abangnya. Tidak  di layan makin menjadi gediknya.

Puan Maria yang bangga dengan pujian anak sahabatnya membenarkan Riana keluar ke halaman rumah tanpa sedikit rasa ragu dengan niat Riana.
Riana melihat kelibat Aleeya dan Aneesa yang sedang bergurau senda di atas buaian. Kakinya menghampiri dua beradik itu.

“Kakak…dah lama kita tak bergurau senda macam inikan. Leeya rindu mama dan papalah. Kalau mereka ada nasib kita mesti tak macam ni kan. Ada mak angkat pun di layannya kita macam orang gaji. Bilalah kita boleh bebaskan.”

“Leeya bosan tahu tak kak. Leeya tak ada kawan pun dari dulu. Balik sekolah buat kerja rumah. Sekarang ni pula balik kolej pun buat benda yang sama. Dahlah hari-hari Leeya kena masak. Leeya penatlah kak. Bila kita nak keluar daripada rumah ni”tanya Leeya lagi.

Tiada kata-kata yang keluar daripada mulut Neesa.Dipeluknya bahu Aleeya. Dia faham perasaan Aleeya kerana dia juga dalam situasi yang sama. Sejak kecil sehinggalah dia meningkat dewasa, sememangnya begitulah dia dan Leeya setiap hari. Setiap hari membuat kerja dan setiap hari jugalah layanan yang diterima daripada Puan Maria dan Julia.
Aneesa menyapu air mata Aleeya dengan tangan lembutnya. “Sudahlah  tu..jangan menangis lagi. Buruk tau muka Leeya menangis”pujuk Aneesa.

“Leeya berdoa sajalah supaya mak cik dan Julia dapat terima kita. Takkan berdoa supaya kita dapat keluar daripada masalah ini..okey”tanya Aneesa sambil tersenyum.

Riana menahan sebak di hati. Tidak sangka rupanya begitu sekali layanan Puan Maria dan Julia terhadap mereka dua beradik. Di dalam situasi ini membuatkan Riana ingin mengenali mereka dengan lebih rapat. Kakinya melangkah ke arah Aneesa dan Aleeya.

“Hai akak dua orang”tegur Riana sambil tersenyum manis kea rah mereka berdua.
Aleeya dan Aneesa terkejut melihat gadis yang berterima kasih kepada mereka sebentar tadi sudah duduk di atas buaian di hadapan mereka.

“Eh adik..kenapa ada kat luar. Kenapa tak borak-borak kat dalam”tanya Aneesa.

“Ermm..malaslah kat dalam tu untuk orang tua-tua sahajalah”kata Riana selamba. “Baik duduk dengan akak kat luar ni lagi bagus”

“Nama akak siapa. Umur akak”tanya Riana.

“Nama akak Aneesa Sufia, umur 23 tahun. Yang ni adik akak Aleeya Sufia , umur 21 tahun”kata Aneesa sambil tersenyum manis.

“Nama adik Riana Sofea.Panggil Ria sahaja. Umur pula 18 tahun. Nama kita dekat-dekat kan.”Riana berkata sambil tergelak.

“Kak Neesa, Kak Leeya”panggil Riana. “Ria nak minta maaf sebab tadi Ria terdengar perbualan akak tentang diri akak. Ria nak tanya, akak memang dua beradik sahaja ke”
Aneesa serba salah ingin menceritakan hal yang sebenarnya kepada orang lain. Apatah lagi orang yang baru dikenalinya.

“Ria janji jangan bagi tahu orang lain termasuk Puan Maria dan Julia.”

“Baiklah..Ria janji”

“Akak nak cerita apa ni”tanya Leeya.

“Sebenarnya kami ada seorang abang. Mungkin Leeya ingat-ingat lupa sebab Leeya masa tu baru enam tahun.  Abang kami tahun ni berusia 26 tahun.Along Aleeya dan Kak Neesa dihantar ke rumah anak yatim selepas kedua orang tua kami meninggal dunia akibat kemalangan. Along pula masa tu baru beruisa 12 tahun. Dan disebabkan ibu bapa kami masing-masing sebatang kara tiada siapa yang ingin menjaga kami bertiga sehinggalah terdapat sepasang suami isteri yang mahu mengambil Aleeya dan Kak Neesa.

“Along pula diambil oleh seorang pak cik tua. Kata pak cik tu Kak Neesa masih ingat sampai sekarang. Dia cakap Along akan diambil sebagai anak angkat kepada majikannya. Mulai dari situlah kami terpisah dan Kak Neesa harap sangat dapat jumpa dengan along kami.

“Siapa nama abang akak tu”tanya Riana ingin tahu.

“Amsyar Rifki”

Masing-masing terdiam selepas itu. Tiba-tiba kedengaran esakan kecil daripada Aleeya.
“Kak Leeya kenapa”tanya Riana.

“Leeya kenapa dik”

“Leeya ingat kak.. Leeya ingat along. Kenapa selama ni Leeya boleh tak ingat kepada along. Along selalu pujuk Leeya kalau Leeya menangis dulu . Along selalu belanja Leeya makan aiskrim. Along selalu bawa kita pergi taman kan kak dulu sebab kita tak ada kawan. Along mana kak. Leeya nak jumpa along.”Leeya berkata sambil menangis. Kulitnya yang putih menjadi kemerahan akibat menangis. Mata pula sudah bengkak walaupun baru sahaja dia menangis.

“Leeya..sabar Leeya. InsyaAllah satu hari nanti kita mesti dapat jumpa dengan along.”kata Aneesa. Air mata ditahan supaya tidak jatuh. Dia tidak boleh lemah dengan perasaan ni.

“Leeya, Neesa pergi masuk. Kita orang dah habis makan. Eh Riana pun ada kat sini. Tu mama dengan papa cari nak ajak balik katanya”suaranya yang tadi kasar berubah menjadi lembut.

Leeya cepat-cepat menyapu air mata sebelum berlalu pergi bersama Neesa apabila Julia datang secara tiba-tiba. Kepekatan malam membuatkan Julia sukar melihat wajah mereka.
Dimuka pintu, Leeya terlanggar bahu Azrish.

“Erm..maaf saya tak sengaja. Betul-betul tak sengaja”mohon Aleeya.

“Er…maaf ye adik saya tidak sengaja. Kami pergi dahulu”kata Aneesa apabila tajam mata Puan memandang ke arahnya.

‘Budak berdua tu’detik Azrish.

“Baiklah..kami minta diri dulu untuk pulang ke rumah”Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 9.15 malam.

“Baiklah…nanti jangan lupa datang lagi rumah lagi ye”kata Puan Maria.

“InsyaAllah”Puan Nora sekeluarga pulang dengan memaiki kereta yang dipandu oleh Azrish.


DI  RUMAH PUAN NORA

“MAMA kalau Ria cakap mama jangan marah tau. Mama dah lama kawan dengan Aunty Maria kan. Mama tau tak siapa akak berdua yang layan kita semasa kita makan di rumah Aunty Maria tadi”

“Erm pembantu rumah Aunty Marialah mama rasanya. Tapi cantikkan budak berdua tu. Muda lagi mama rasa.”

“Tadikan Ria ada minta izin nak keluar kan masa mama,papa, abang tengah borak dengan Aunty Mariakan. Masa tu Ria terdengar perbualan Kak Leeya dan Kak Neesa. Kesian mereka tu mama. Mereka tu sebenarnya anak angkat Puan Maria. Tapi Puan Maria dengan Julia layan mereka macam orang gaji.”

“Kak Leeya dengan Kak Neesa tak sedar pun Ria dengar perbualan mereka awalnya. Lepas tu bila Ria mengaku Kak Neesa cerita pasal family dia. Dia sekarang berharap sangat dapat jumpa dengan alongnya. Amsyar Rifki.”kata Riana.

Azrish yang sedang membaca surat khabar tersentak mendengar nama tersebut. Mama dan papa juga saling berpandangan.

“Ria sebut nama siapa tadi.”tanya Azrish.

“Amsyar Rifki. Ni hah along Kak Neesa dengan Kak Leeya. Kenapa, abang kenal ke”tanya Riana. Kalaulah abang kenal mesti boleh tolong mereka jumpa dengan Amsyar Rifki tu. Telah Riana. Mukanya berseri-seri ketika itu.

“Siapa nama mereka berdua”tanya Azrish lagi.

“Aneesa Sufia dan Aleeya Sufia.”

“Ya Allah. Kau sudah tunjukkan kekuasaanMu Ya Allah”ucap Azrish.

“Abang kenapa ni”tanya Riana pelik dengan sikap abangnya. Mama dan papa pula terdiam.

“Mama, papa, Ria jom ikut abang pergi rumah Aunty Maria.”

“Tapi kenapa”pertanyaan Riana tidak dijawab. Riana mengikut langkah abangnya yang sudah keluar dari rumah.



DI RUMAH PUAN MARIA

KETIKA sampai di pintu rumah Puan Maria, Azrish sekeluarga mendengar kuat suara Puan Maria yang sedang marah kepada seseorang.

“Hei..kau ni tau buat kerja ke tak hah. Kau ingat aku beli pinggan mangkuk ni semua nak suruh engkau pecahkan.”tengking Puan Maria.

“Sudahlah menyusahkan aku nak menjaga korang berdua. Kalau semua barang dalam rumah ni pecah kau beli semula ke buat ganti.”
Aleeya kecut perut apabila ditengking begitu. Dia hanya mampu menunduk dan mendiamkan diri.
Puan Maria menghampiri Aleeya lalu menarik muka Aleeya memandang ke arahnya.

“Aku cakap dengan kau, bukan cakap dengan kayu. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni”tidak cukup dengan itu dia menampar muka pipi Aleeya.

“Mak cik cukuplah tu. Aleeya tak sengaja jatuhkan pinggan mangkuk tu semua. Kalau memang Aleeya sengaja dah lama dia buat begitu sejak dulu. Tapi hari ni dia dengan tidak sengaja menjatuhkan beberapa sahaja pinggan sahaja. Perlu ke mak cik marah sedemikian rupa”balas Aneesa tidak sanggup melihat adiknya dilakukan begitu.

Kedengaran suara Aleeya menangis.

“Mak cik…apa salah kami berdua. Sejak kami kecil mak cik tidak pernah nak layan kami dengan baik. Kalau mak cik tak nak jaga kami lagi mak cik boleh sahaja suruh kami keluar daripada rumah mak cik ni daripada mak cik menambah dosa mendera anak yatim”kata Aleeya sambil teresak-esak.

Ketika itu mereka semua tidak menyedari bahawa perlakuan mereka semua dilihat oleh Puan Nora sekeluarga.
Apabila melihat Puan Maria mendiamkan diri, Aneesa pula berkata-kata.

“Kami tak tahu kenapa mak cik benci sangat dengan kami sejak arwah pak cik masih ada. Kalau pun mak cik tak suka dengan kami, perlukah mak cik melayan kami begini. Sebagai seorang ibu mak cik perlu menunjukkan contoh yang baik terhadap anak. Tetapi sikap mak cik membuatkan Julia sama sahaja perangai seperti mak cik”celah Aneesa pula.

“Hei Leeya tak payah pura-pura menangislah. Aku tak akan simpati sikit pun dengan kau. Mulai sekarang kalau korang berdua pecahkan barang dalam rumah ni siap korang aku kerjakan”kata Puan Maria. Julia pula tersenyum sinis.

Ketika Puan Maria dan Julia ingin beredar dari dapur itu mereka mendengar tepukan daripada seseorang.

“Bagus…bagus..ni rupanya sikap Aunty Maria yang sebenarnya. Seorang perempuan bekerjaya tetapi melayan anak angkat seperti orang gaji”kata Azrish.

Puan Maria tersentak.

“Aku tak sangka Maria perangai kau macam ni…Aku kecewa dengan kau Maria..Kecewa”kata Puan Nora sambil menggeleng-geleng kepala.

“Macam mana korang boleh ada di sini. Ni….”

“Hei..ni mesti korang berdua yang mengadukan..Kau bagi tahu dekat Riana pasal aku selalu dera korang buat kerja kan. Budak tak sedar diri”jerit Puan Maria.

Puan Maria melangkah mendekati Aleeya dan Aneesa. Tangannya yang ingin mendarat di pipi Aneesa terhenti apabila Azrish bertindak menghalang tangan Puan Maria mendarat di pipi mereka berdua.

“Kenapa Rish halang aunty tampar budak berdua ni”tanya Puan Maria.

Mata Azrish tajam menikam muka Puan Maria. “Selagi saya ada tak akan ada orang yang boleh sakitkan adik-adik saya”kata Azrish.

“Apa Rish cakapkan ni”semua yang berada di situ terkejut. Manakala Puan Nora dan Encik Lutfi sahaja yang tenang apabila Azrish berkata begitu.

“Aneesa Sufia dan Aleeya Sufia adalah adik saya. Kami sudah lama terpisah sejak kecil.Saya akan bawa adik-adik saya pergi dari sini. Lagi satu tolong bagi tahu saya apa yang patut saya buat untuk bayar ganti rugi pinggan aunty yang pecah tu”

Puan Maria tergamam apabila Azrish mengatakan bahawa Leeya dan Neesa merupakan adiknya. Leeya dan Neesa hanya mendiamkan diri sahaja apabila Puan Nora membawa mereka keluar dari rumah itu.

“Nanti sampai rumah along cerita hal yang sebenar. Kepala Neesa dan Leeya seperti sudah diprogramkan hanya mengangguk sahaja sejak tadi.

Julia mahupun Puan Maria tidak menyangka bahawa Aneesa dan Aleeya merupakan adik Azrish. Puan Maria teringatkan pesanan Puan Nora kepadanya tadi supaya lepaskan Aneesa dan Aleeya agar dia dapat menjaga mereka berdua seperti mana dia menjaga Azrish selama ini.



“MULAI sekarang Kak Leeya dan Kak Neesa akan tinggal dengan kami semua.”kata Riana.

“Tak menyusahkan ke”kata Aleeya teragak-agak.

“Lagi satu Abang Rish ni memang along kami ke. Ke Riana sengaja tolong kami berdua supaya keluar daripada situ”tanya Aneesa curiga.

“Nak menyusahkan apanya Neesa. Neesa dan Leeya mulai sekarang panggil kami mama dan papa”kata Puan Nora. Encik Lutfi disebelahnya hanya tersenyum melihat mereka berdua.

“Kalau pasal Abang Rish ni apa kata Abang Rish yang ceritakan semuanya. Riana pun baru tau tadi dekat rumah Aunty Maria.”kata Riana.

Azrish melangkah mendekati mereka berdua dan dengan selambanya dia duduk di antara mereka berdua. Aleeya dan Aneesa menjarakkan diri mereka.

Tersenyum Azrish melihat gelagat mereka. Azrish berlalu ke biliknya dan turun dengan membawa kotak kecil . Ditunjukkan kepada Aneesa dan Aleeya. Terdapat dua utas rantai dengan nama Aneesa dan Aleeya. Rantai tersebut diberikan kepada mereka.

“Jadi Abang Rish memang along kami berdua”sebak Aleeya bertanya.

Azrish tersenyum. Aleeya memang mudah menangis berbanding Aneesa.

“Mana pak cik yang ambil Along di rumah anak yatim dulu”tanya Neesa.

“Erm..Pak Leman dah lama berhenti bekerja dengan papa. Nak duduk kampung katanya”celah Encik Lutfi.

“Kejap..tapi nama Abang Rish bukan Amsyar Rifki kan”tanya Riana tiba-tiba.

“Papa dengan mama sengaja tukar nama abang masa abang mula-mula datang ke family ni. Lagipun abang belum ada ic lagi masa tu. Dan dengan kepandaian papa dia tukar nama abang jadi Azrish Haikal.”papa tersenyum bila dipuji oleh anaknya.

“La..tak habis nangis lagi. Dahlah tu buruk tau Leeya nangis. Apa kata Along belanja Leeya makan aiskrim nak.”usik Azrish.

Semua yang berada di stu tergelak. Makin mencuka muka Aleeya apabila di usik begitu. Betullah orang yang dihadapanya adalah along yang dirinduinya.
Along yang sentiasa memujuk dengan menawarkan aiskrim.

“Hishhh..along ingat Leeya budak kecik ke dapat aiskrim baru senyap. Leeya dah besarlah”kata Leeya.

“Ohhh..along ingat Leeya kecik lagi..sebab manja sangat”Azrish mengusik lagi adiknya.
Baru sahaja Aleeya ingin membalas kedengaran suara papa mencelah.

“Rish sudahlah usik si Leeya tu..Dah malam ni. Kamu semua pergilah tidur esok bawa Neesa dengan Leeya pergi beli apa yang patut.”kata papa lalu beredar ke dalam bilik.

Malam itu Aleeya dan Aneesa tidur di bilik Riana. Beria—ria Riana mengajak mereka. Buat pertama kalinya, Aneesa dan Aleeya dapat tidur dengan lena malam itu.

‘Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan kami semula. Mama, papa, Am dah jumpa semula Neesa dengan Leeya. Doakan kami agar kami dapat hidup bersama dan bergembirnya selamanya.



ENDING..

ANEESA kini sudah bekerja sebagai interior designer manakala pula Aleeya pula menguruskan sebuah cafe. Along pula sudah berkahwin dengan seorang akauntan Kak Raisya dan mempunyai seorang puteri yang dinamakan Aisyah Sufia .
Riana…Riana pula sedang melanjutkan pelajaran di Dubai. Rindu dengan telatah adik mereka. Melalui Rianalah mereka berdua dapat berjumpa dengan along mereka.
Kini..mereka semua hidup bahagia apatAh lagi Aunty Maria dan Julia datang menemui mereka dan meminta maaf atas layanan mereka.Mereka juga sudah boleh menerima Leeya dan Neesa. Malah hubungan mereka terlihat seperti anak kesayangan Puan Maria pula.


TAMAT
Setiap kisah ada sedih, lucu, happy. Namun kita tidak tahu nasib kita yang seterusnya bagaimana...




6 comments:

  1. aww.. sweetnya hubungan adik beradik macam ni =) good job writer. *thumbs up (y)

    ReplyDelete
  2. nnti tulis lh lg cerpen yg best k..

    ReplyDelete
  3. @fasya insyaAllah..akan ada cerpen baru nnt :)

    ReplyDelete
  4. cerita menarik...boleh cadang kt org lain ni...nice #kipidap

    ReplyDelete
  5. cerita menarik...boleh cadang kt org lain ni...nice #kipidap

    ReplyDelete

- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..

TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D