Monday, 2 May 2016

CERPEN SERIES : MUZIK CINTA (3)



BAB 10

          “Baiklah semua ini adalah persembahan istimewa dan merupakan persembahan penutup yang akan dipersembahkan oleh pelajar yang kita semua minat..terimalah persembahan Daiyan Darwisy.”
            Lampu di tutup dan apabila dinyalakan di atas pentas Daiyan Darwisy atau hanya dikenali sebagai Daiyan sudah berdiri di tengah pentas sambil memegang biola.
           Pelajar perempuan bersorak memanggil nama Daiyan manakala Harraz yang melihat memandang tajam ke arah Daiyan. Daiyan mula memainkan violanya dan membuatkan orang ramai terpaku dengan ketampanannya dan kehebatannya bermain viola.     Lagu yang dimainkan sangat mengusik hati.
           Dibahagian chorus lagu yang dimainkan lampu dipasang pula di tempat Isha yang sudah duduk di hadapan piano. Dia menyambung memainkan lagu yang sama di mainkan oleh Daiyan.            Semua terpaku melihat Isha yang sedang ralit bermain piano. Laju jari-jemarinya berlari di atas piano itu. Sama sekali tidak menyangka Isha yang ketinggalan zaman mampu menjadi secantik itu dan kehebatannya bermain piano.
           Harraz terpegun melihat Isha. Lagu yang dimainkan Isha adalah sama dengan lagu yang didengarnya di bilik muzik tempoh hari. Adakah Isha orang memainkan lagu itu pada hari itu?
Manakala The Ladies cemburu melihat kecantikkan Isha pada malam itu. Mereka sama sekali tidak menyangka Isha mampu menjadi secantik itu dan dapat membuat persembahan bersama dengan Daiyan lelaki idaman pelajar wanita di kolej itu.
             Fira merakamkan persembahan Daiyan dan Isha. Dia juga terpegun melihat Isha bermain piano. Selama dia berkawan dengan Isha sama sekali dia tidak Isha pandai bermain piano. Sangkanya Isha akan bernyanyi disebabkan suaranya yang lunak merdu itu. Rupanya Isha masih mempunyai bakat terpendam.
            Persembahan mereka berdua mendapat tepukan yang gemuruh daripada orang ramai. Daiyan menggamit Isha merapatinya dan berdiri bersama-sama di tengah pentas. Mereka melihat Isha yang cantik berdiri di sebelah Daiyan yang tampan.
          “Wah..hebat sungguh persembahan daripada mereka berdua..Betul tak” ujar Hanim selaku pengerusi majlis. Soalan Hanim disambut dengan sorakan daripada pelajar-pelajar.
          “Okay..apa kata kita borak sikit dengan Daiyan dan pasangannya. Menurut borang yang diisi oleh Daiyan, Daiyan akan membuat persembahan solo tetapi pada malam ini Daiyan telah membawa pasangannnya. Boleh tak Daiyan memperkenalkan wanita di sebelah ini” ujar Hanim. 
           Soalan yang ditanya seperti ditanya oleh wartawan pula rasanya. Isha menahan senyum.
          “Baiklah sebelum ini saya ingin menucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhadap persembahan yang kami lakukan. Kalau semua nak tahu wanita disebelah ini adalah merupakan satu-satunya adik kesayangan saya Daiyana Darwisya.” Daiyan memeluk bahu adiknya.
           Orang ramai terdiam apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Daiyan. Mereka sama sekali tidak tahu Daiyan mempunyai adik di kolej mereka dan Isha yang merupakan adik kepada Daiyan mermbuatkan mereka terkejut. Harraz dan Zariff juga terkejut. Maknanya Isha juga merupakan anak kepada pemilik kolej mereka.
          “Macam mana perempuan tu boleh jadi adik kepada Daiyan pula”bisik Fisha kepada Katrina.
          “Dah memang dia adik Daiyan tu nak buat macam mana. Tak kan tak percaya pula. Tengoklah nama mereka tu. Daiyan Darwisy dan Daiyana Darwisya. Kan lebih kurang” balas Fira yang mendengar apa yang dibisikkan oleh Fisha.
          “Habislah kita. Sudahlah kita kutuk-kutuk dia sebelum ni.” Balas Katrina.
          “Hah..tulah kau. Isha tu tak macam korang. Berlagak. Korang bertiga kutuk-kutuk dia pun dia buat tak tahu. Tak adanya nak mengadu dekat papa dia. Kalau akulah aku dah report kat bapak aku biar korang ni kena hukuman” Fira sengaja menakut-nakutkan The Ladies.
          “Saya tahu ramai yang mengenali adik saya tetapi ramai yang tak tahu hubungan kami. Saya membuat persembahan ini adalah disebabkan ingin memperkenalkan adik saya kepada orang ramai kerana saya tahu disebabkan adik saya tak pandai bergaya dia selalu dikutuk tanpa mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Saya sudah semester akhir manakala adik saya baru semester tiga. Lepas ni saya tak mampu tengokkan adik saya sebab saya sudah habis belajar.”
          “Adakah itu sebab kenapa Daiyan memperkenalkan Isha” soal Hanim lagi.
          “Ye saya. Adik saya ni jenis yang tak berapa pandai nak lawan kata orang. Lembut sangat sampai orang pijak kepala dia” ujar Daiyan berterus-terang. Seusai berkata begitu dia mendapat cubitan daripada Isha.
          “Boleh saya tahu kenapa Isha tak berterus terang tentang siapa diri Isha sebenarnya.”
          “Bagi saya tak perlu rasanya saya nak kenalkan diri saya sebagai anak kepada pemilik kolej dan adik kepada Daiyan Darwisy. Saya tak nak orang kawan dengan saya disebabkan saya ada hubungan dengan siapa dan disebabkan kekayaan yang kami miliki”
          “Buktinya dari awal semester saya cuma ada seorang sahaja kawan baik iaitu Fira. Tetapi Fira kawan baik saya semenjak dari sekolah lagi. So untuk masa sekarang tak ada yang kawan dengan saya. Malah selalu mengutuk saya adalah.”
          “Dan kalau boleh selepas ini saya tak nak orang hormatkan saya disebabkan siapa saya sebenarnya. Saya cuma nak orang yang ikhlas berkawan dengan saya. Yang mampu bergembira dan bersedih bersama saya dan tegur kesalahan saya kalau saya buat salah bukannya diamkan sahaja. Saya tak nak orang macam tu jadi kawan saya.” Harraz terkejut. Dia yakin Isha tujukan ayat terakhir itu pada dia.
           Isha menarik tangan abangnya ke belakang pentas.
          “Betul ke apa yang kita buat ni”soal Isha.
          “Betullah ni. Jangan risaulah. Abang tak nak mereka tu kutuk-kutuk Isha lagi. So selepas ni jangan nak out dated sangat pakai pakaian. Mama papa beli baju cantik-cantik buat apa simpan kat wardrobe tu. Nak buat perkasam.”tegas Daiyan Darwisy.
          “Yelah-yelah.”
          “Isha…abang Wish hebatlah korang punya persembahan tadi. Kenapa selama aku kawan dengan kau dari sekolah aku tak pernah tahu kau pandai main piano” soal Fira.
          “Alahh tak perlu lah aku nak heboh aku pandai main piano. Aku tak suka berlagaklah”
           'Kau je ke Fira. Harraz tak cakap apa-apa ke. Soalan tu tidak mampu Isha menanyakan.'
          “Macam ni lah adik abang” Darwisy menggosok kepala Isha.
          “Apa ni abang. Habislah kusut rambut Isha”marah Isha.
          “Dah..tak payah lawa-lawa sangat. Majlis dah habis dah pun.”
          “Okaylah Isha jumpa hari Isnin. Aku balik dulu. Dah lewat sangat ni. Zariff pun dah tunggu aku tu.”
          “Jom balik bang. Rimaslah pakai baju ni”kata Isha.
          “Baru kejap dah rimas”perli Darwisy.
          “Abang apa tau. Abang cuma pakai baju Isha ni. Cubalah kalau hebat sangat.”sindir Isha.
          “Abang no hal”
          “Okay fine. Lepas Isha basuh baju ni abang kena pakai baju ni”tegas Isha.
          “Isha ni..abang gurau dengan Isha je pun. Tu pun nak ambil serius. Tak payahlah. Abang usik je”
          “Isha tak nak tau yang pastinya abang kena pakai. Dah jom balik”
           Darwisy menepuk dahi. Mereka tidak menyedari kelakuan mereka dilihat oleh Harraz.


BAB 11

          “Tasha, abang nak tanya pendapat Tasha lah. Boleh tak?” soal Harraz.
          “Pendapat apa”
          “Macam ni..Tasha tahu kan abang suka kan Kak Isha?” Tasha mengangguk.
          “So?”
          “Abang dah buat salah dengan Isha.”
          “Wait..Cuma abang cerita dari mula macam mana.” Isha menumpukan perhatian pada Harraz.
          “Hari tu masa abang nak luah perasaan abang, abang nampak Isha jalan sambil paut lengan lelaki kat kolej. Abang cemburu. Abang ingat dia dah ada kekasih. Lepas tu abang dah tak ambil tahu pasal dia. Bila Isha telefon abang tak angkat. Mesej dia pun abang tak reply. Abang anggap dia dah ada kekasih tetapi masih nak berhubung dengan abang.”
          “Abang tak tahu kenapa abang rasa nak sakitkan hati dia dengan anggap dia tak wujud kalau dia ada berdekatan dengan abang. Abang keluar dengan Melissa. Makan semua dengan Melissa.”
          “Agak-agaklah. Dah tak ada orang lain gamaknya. Carilah perempuan yang baik sikit perangai”tempelak Tasha.
          “Masa tu abang nampak Melissa je yang boleh bantu abang”
          “Yelah. Sambung cerita”
          “Lepas tu masa majlis makan malam hari abang baru tahu. Lelaki yang Isha paut lengan tu abang kandung dia. Mereka tu anak pemilik kolej abang. Macam mana ni Tasha, abang dah salah sangka dengan Isha. Abang tuduh yang bukan-bukan tanpa Isha ketahui”
          “Tulah abang. Bertindak tak guna otak. Lain kali tanyalah dulu. Ni tak main tuduh je. Kalau Kak Isha tau abang anggap dia macam tu habislah” sengaja Tasha berkata begitu. Ingin lihat reaksi abangnya.
           “Aduhhh..macam mana ni Tasha. Abang nak buat apa?”soal Harraz bagaikan buntu dengan masalah sendiri.
          “Tu pun nak tanya Tasha. Abang ni kalau dah salah abang pandai-pandailah abang minta maaf. Jumpa Kak Isha depan-depan. Jangan mesej atau telefon pula. Nanti dia ingat abang main-main je ke mana tau kan”
           “Macam tu ke. Tak payah bagi hadiah.”
           “Ikut abanglah nak bagi Kak Isha hadiah ke tak”
           “Ohhh..okaylah macam tu. Thanks Tasha. Nanti abang belanja Tasha tau” ujar Harraz ceria.


BAB 12

          “Assalamualaikum” seorang pelajar lelaki berdiri di tepi meja Isha dan Fira.
          “Waalaikumussalam. Ye cari siapa”soal Fira.
          “Nama akak Isha kan. Ada orang nak jumpa akak. Dia tunggu kat parking kereta” Isha segera berdiri. Siapa pula yang hendak bertemu dengannya pada hari itu.
          “Dik, lelaki ke perempuan yang nak jumpa akak tu” soal Isha.
          “Lelaki kak. Dia tunggu akak kat luar”pelajar lelaki itu tersenyum sebelum beredar.
          “Siapa yang nak jumpa aku tu Fira”
          “Manalah aku tau. Ingat aku pandai teka-teka ni. Dahlah kau pergi jumpa dia dulu.”
          “Okaylah macam tu. Kau balik dululah. Nanti apa-apa hal aku text kau”
           Isha berjalan dari perpustakaan ke tempat letak kenderaan. Dia mencari-cari lelaki yang ingin berjumpa dengannya. Pelajar yang berada di disitu diperhatikan ole Isha. Dia tidak menampak seorang pun yang dikenalinya. Rasa menyesal pula dia datang ke situ.
          “Isha”panggil Harraz ketika Isha berkira-kira untuk beredar dari situ.
           Isha berpaling melihat Harraz. Kenapa Harraz ingin berjumpa dengannya. Rasa sakit hatinya dengan Harraz masih belum hilang. Selepas seminggu kejadian di majlis makan malam itu Harraz masih tidak menghubunginya.
Isha terus beredar dar situ. Tidak mahu melihat Harraz.
          “Isha tunggulah”
          “Awak nak apa ni. Saya banyak kerja nak buat lagi. Taka da masa nak layan awak”
          “Saya..saya…”
          “Awak nak apa..”suara Isha makin meninggi.
          “Saya nak minta maaf dekat awak” ujar Harraz terkejut.
          “Minta maaf? Awak nak minta maaf sebab apa ye. Awak ada buat salah dengan saya ke?” soal Isha.
          “Ikut Harraz keluar kejap”pinta Harraz.
          “Buat apa saya nak ikut awak pulak. Saya tak ada masa. Apa yang awak nak katakan awak boleh mesej saya je. Ke awak dah buang nombor saya. Awak boleh minta dekat Zariff no saya”
          “Maaf saya ada kerja” Isha meninggalkan Harraz. Dia belum bersedia hendak keluar bersama Harraz. 


bersambung lagi.... :)

Saturday, 30 April 2016

CERPEN SERIES : MUZIK CINTA (2)



BAB 7

          Harraz termenung sendirian di dalam biliknya. Kebelakangan ini dia sentiasa teringatkan Isha. Isha yang baik, Isha yang comel, Isha yang kuat membebel, Isha yang suka ketawa dan Isha yang manis bila tersenyum. Walaupun tidak mengenakan sebarang alat make up mampu membuatkan Isha kelihatan comel. Asyik  terbayangkan wajah manis Isha sehingga tidak sedar dia tersenyum sendiri.
          ‘Aku dah jatuh cinta? Normallah tu kan. Hahaha.’ Harraz tersengih-sengih sehingga tidak sedar seseorang yang berada di dalam biliknya.
          “Berangan” Bahu Harraz di tepuk kuat ingin mengejutkan lelaki itu daripda berangannya.
          “Apa ni masuk bilik orang tak ketuk pintu tak bagi salam”marah Harraz terhadap adiknya Tasha yang sedang enak berbaring atas katilnya.
          “Jangan nak marah-marah eh. Tasha punyalah sakit tangan ketuk pintu bilik abang bagi salam pun abang tak dengar sekarang nak salahkan orang. Yelah orang tu tengah berangan tersengih-sengih macam kerang busuk”tempelak Tasha.
          “Kenapa masuk bilik abang ni” ujar Harraz menutup rasa malu terkantoi dengan adik sendiri. Dia bangun untuk menutup pintu balkoni di biliknya.
          “Saja je tak boleh ke. Ni abang ni kenapa tersengih-sengih”tanya Tasha.
          “Mana ada. Saja-saja sengih”Harraz masih berselindung.
          “Mana ada orang sengih saja-saja. Kalau ada pun orang tak siuman. Abang tak siuman ke”
          “Sibuklah Tasha ni” Harraz membaling bantal kepada adiknya.
          “Dahlah abang jangan nak selindung dengan Tasha. Macam Tasha tak tahu apa yang abang fikirkan”
          “Apa yang Tasha tahu” tanya Harraz. Tasha tersenyum. Mungkinkah Tasha tahu tentang perasaannya.
          “Abang dah jatuh cinta kan kan kan…”Tasha tergelak-gelak melihat wajah terkejut Harraz.
          “Mana Tasha tau”
          “Betullah kan..abang jatuh cinta dengan kak Isha kan. Sebab tu abang tersengih-sengih masa Tasha masuk tadi” Tengok…adiknya yang berusia 20 tahun pun dapat mengagak perasaannya terhadap Isha.
          “Betullah tu tapi abang tak tahu apa perasaan Isha pada abang”
          “Isha abang ni. Habis tu abang tak tanya kak Isha ke? Apa perasaan dia pada abang? Manalah tahu kan, dia pun sebenarnya dah jatuh cinta dengan abang”
          “Abang tak berani lah nak bagi tahu Isha. Buatnya dia tolak abang macam mana.”Dari duduk Harraz sudah berulang-alik di hadapan Tasha. Pening dibuatnya melihat Harraz yang tak tentu arah.
          “Abang ni tu pun tak berani. Jangan terlambat sudah. Nanti menyesal. Ke nak Tasha bagi tahu mama”ugut Tasha.
          “Tasha jangan berani bagi tahu mama dan papa. Kalau sampai diorang tahu siaplah Tasha abang kerjakan” marah Harraz terhadap adiknya.
           Tasha buat tidak tahu dengan ugutan abangnya. Cakap  je lebih macam itu dari dulu tapi sampai sekarang Harraz tak pernah buat apa-apa pun kalau dia bocorkan rahsia Harraz pada mama dan papa mereka.
          “Do I care. Dah Tasha nak masuk bilik.”menonong Tasha keluar dari bilik Harraz meninggalkan lelaki itu terkulat-kulat seorang.
           Dalam hati dia gelakkan abangnya yang baru pertama kali jatuh cinta…


BAB 8

          “Hai..jom kita semua makan sama nak” Fira mempelawa Zariff dan Harraz makan bersamanya dan Isha.
          “Aah..jomlah Raz makan dengan Fira dan Isha sekali.” Ajak Zariff pula.
          “Its okay. Aku dah janji dengan Melissa nak makan sama.”
Isha perasan mata Harraz yang memandang ke arahnya. Senyum yang dihulurkan tidak berbalas. Isha sedar kebelakangan ini Harraz sering menghindar darinya. 
           Kalau dahulu mustahil kalalu mereka tak berbalas mesej tetapi sekarang apabila ditelefon tidak diangkat. Mesej tak berbalas. Cukup Isha terasa hati dengan Harraz. Kalau ada salahnya yang dilakukan tanpa sedar tak boleh ke Harraz memberitahunya. Janganlah senyap macam ni.
          “Tak apalah. Aku pergi dulu. Have a nice lunch Riff dan Fira”Harraz meminta izin selepas bersalaman dengan Zariff dan berbalas senyum dengan Fira. Isha dibuatnya seperti tidak wujud di situ.
           Harraz berjalan bersama-sama dengan Melissa sambil bergelak ketawa. Apa yang lucunya pun tak tahulah. Isha melihat Melissa memeluk lengan Harraz dan Harraz hanya membiarkannya.
          “Kenapa dengan Harraz tu. Kau ada masalah dengan dia ke” soal Fira. Isha hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu.
          “Tiba-tiba kata nak makan dengan Melissa. Tak pernah-pernah dia sebut nama Melisa. Pantang kalau Meliassa kacau dia mulalah dia naik angin. Tapi sekarang dah janji nak makan dengan Melissa pula.” Ujar Fira.
          “Betullah tu saya pun baru perasaan dengan sikap Harraz. Pelik betul kebelakangan ni. Bila sebut pasal awak dan ada terselit nama Isha pasti dia suruh saya senyap.
           Isha hanya mendiamkan diri. Macam tu sekali Harraz pinggirkan dirinya. Bukan sahaja di depannya malah di belakangnya juga Harraz tak mahu mendengar namanya. Dia melihat Harraz yang berlalu pergi bersama dengan Melissa menuju ke arah kafeteria.
           Perubahan sikap Harraz menjadi tanda tanya kepada Isha dan Fira dan terutamanya mestilah Isha sebab sebelum ini Isha merasakan hubungan dia dengan Harraz baik sahaja tak ada salah faham sama sekali.
          “Sudahlah tu. Biarlah dia nak dengar ke tak nama saya. Kita orang bukan ada apa-apa pun. Jangan beratkan kepala otak korang berdua nak fikir pasal masalah aku dengan Harraz. Kalau dah macam tu gaya dia saya pun boleh. Kalau dia dah tak nak kawan aku, aku seribu kali tak nak kawan dengan dia”ujar Isha tegas. 
           Tapi dalam hati dia tidak ingin berkata seperti itu.  Entah mengapa dia cemburu apabila melihat Harraz bersama Melissa yang sedang bergelak ketawa.Fira dan Zariff terdiam mendengar apa yang diperkatakan oleh Isha.
           “Jom kita makan hari ni aku belanja korang lepas tu aku nak balik rumah. Abang aku ambil aku kejap lagi. Kelas dia pun dah habis tu nak pergi jumpa pensyarah yang handle untuk persembahan malam esok” ujar Isha tanpa selindung.
           “Eh kejap-kejap. Isha ada abang kat sini? Kenapa saya tak tahu pun. Siapa abang awak Isha? Dan lagi satu maksud awak persembahan malam esok?”soal Zariff bertalu-talu.
          “Hah” aduh macam mana boleh terlepas cakap aku ada abang kat sini.
          “Isha”panggil Fira.
          “Okay macam ni. Banyak sangat soalannya. Memanglah saya saya abang kat sini. Untuk esok abang saya dan peserta-peserta lain akan buat persembahan termasuklah saya. Nak tahu siapa abang saya tunggu jelah esok” ujar Isha masih menyembunyikan identiti abangnya.
           Zariff ingin menanyakan lagi soalan kepada Isha tetapi dia sudah mendapat amaran daripada Fira untuk mendiamkan diri. Zariff masih tertanya-tanya siapakah abang Isha.


BAB 9

           Majlis makan malam tahunan kali ini berlangsung di Renaissance Hotel, Ampang. Kebanyakkan pelajar datang bersama dengan pasangan masing-masing. Kekasih zaman belajarlah katakan. Isha, Fira dan Zariff duduk di tempat yang disediakan.                  Satu meja bulat mampu menempatkan sepuluh orang pelajar.
Harraz yang berganding dengan Melissa juga duduk di meja yang sama dengan Isha. Manakala yang lain Katrina dan Fisha juga datang bersama dengan pasangan masing-masing. 
           Pandangan sinis yang dilemparkan oleh The Ladies hanya mampu membuatkan Isha berdiam diri. Dia sedih apabila Harraz langsung tidak mahu memandang ke arahnya. Sudah benci benar ke lelaki itu terhadapnya.
           “Cantiknya baju you Melissa”ujar Fisha dengan suara yang kuat. Isha buat tidak tahu dengan apa yang diperkatakan. Dia ralit memandang persembahan di atas pentas.
           “Mestilah. Mahal tau baju ni. I beli dengan Harraz”jawab Melissa sambil memaut lengan Harraz. Dia pasti mereka sengaja berbahas pasal pakaian di situ. Maklumlah dia cuma memakai baju kurung moden yang bercorak biasa. Sedangkan orang lain memakai dress yang cantik.
           Harraz? Biarlah. Isha sudah malas ambil tahu pasal lelaki itu. Dia juga membuat Harraz dan The Ladies seperti tidak wujud di situ. Ralit berborak dengan Isha dan Fira.
           Isha perlahan-lahan mengajak Fira ke belakang pentas. Hampir tiba masa untuk dia membuat persembahan. Mereka yang berbual sambil menghayati persembahan yang dilakukan sama sekali tidak menyedari bahawa Isha dan Fira tiada di tempatnya.
          “Abang, Isha takutlah nak buat persembahan. Tak payahlah eh. Tak jadi. Takutlah”Isha memohon abangnya supaya dia tidak ikut serta membuat persembahan.
          “No way, Isha dah janji dengan abang kan. Tak boleh ingkar” Isha kecewa sebab tidak dapat memujuk abangnya.
          “Ishaaaa. Ya Allah..lawanya kau. Aku tak pernah tengok kau macam ni”ujar Fira teruja.
           Isha telah menukar baju kurungnya kepada dress labuh berwarna putih yang sarat dengan manik-manik halus di bahagian lengan dress itu. Rambutnya yang panjang dilepaskan dan diletakkan head chain di atas kepalanya. Isha juga memakai sedikit make up bagi memantapkan lagi rupa fizikalnya.
          “Kau ni Fira, ada-ada saje..biasa je ni” jawab Isha malu-malu.
          “Ni kalau orang tengok mesti terpukau dengan kecantikan kau tambah-tambah Melissa and The Geng” kata Fira sambil tersengih-sengih.
          “Isha get ready”ujar Darwisy.
          “Abang, how do I look?”tanya Isha kepada Darwisy sebelum mereka ingin menuju ke pentas. Isha berpuas hati apabila Darwisy menunjukkan tanda thumbs-up.
          “How about me?” soal Darwisy pula sambil menggayakan pakaiannya di hadapan Isha. Isha tergelak melihat gaya Darwisy.
          “Abang sentiasa handsome”balas Isha. Fira tersenyum melihat gelagat Isha dan Darwisy. 

bersambung

Thursday, 28 April 2016

CERPEN SERIES : MUZIK CINTA (1)


BAB 1

          “Kau menangis ke Isha” tanya Fira prihatin. Dia duduk di sebelah Isha sambil mengusap bahu temannya.
          “Aku rindu dia lah Fira” ujar Isha.
          “Sabarlah. Dia bukan pergi mana pun. Nanti balik juga. Di rumah pun boleh jumpa kan”pujuk Fira. Bukannya dia tidak tahu betapa rindunya Isha terhadap lelaki yang bernama Darwisy itu.
          “Bila dia balik nanti kan kalau aku nampak dia kat kolej ni aku nak peluk-peluk dia tau”ujar Isha lagi.
          “Ishhh..merepeklah kau ni. Peluk dekat rumah sudahlah. Kau nak orang tahu hubungan korang ke”soal Fira.
          “Lah..kenapa pulak. Tak salah pun kan?” Soalan Fira dibalas soalan juga.
          “Kau kan tak nak orang tahu hubungan kau dengan Darwisy. Nanti kalau kau pergi peluk di Darwisy tu apa orang lain ingat. Nak-nak ‘The Ladies’ tu tahu”. Fira mengingatkan Isha tentang perihal itu.
          “Macam mana aku boleh lupa eh” Isha menggaru kepalanya yang tidak gatal.
          “Dah sudah. Simpan rindu kau tu. Siap cepat. Pukul berapa dah ni. Nak pergi kelas” ujar Fira sambil mempersiapkan diri untuk ke kelas.
           Isha pantas bangun dari katil. Almari dibuka lantas baju diambil. Isha mengenakan sepasang baju kurung kain kapas warna kegemarannya iaitu ungu. Dia mengemaskan rambut panjangnya yang ditocang dihadapan cermin yang terlekat di sebalik pintu almari. Sedikit bedak talkum bayi kegemarannya dituang ke tapak tangan dan lalu di sapu ke wajahnya. Lip balm berona pink lembut dicalit sedikit ke bibir supaya tampak segar. Isha tidak memerlukan make up yang tebal kerana memiliki kulit yang putih kemerahan cukup sekadar di menyapu bedak di wajah dan memakai lip balm di bibir.
           Isha dan Fira bergerak menuju ke kelas mereka. Memandangkan banyak lagi masa sebelum kelas mereka bermula Isha dan Fira mengambil keputusan untuk sarapan terlebih dahulu di kafe. Isha mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket begnya apabila terasa ada gegaran. Mesej dari abangnya dibaca sambi tersenyum. Jemarinya pantas membalas mesej dari abang tersayang. Isha leka membalas mesej abangnya sehingga tidak sedar ada seseorang di hadapannya.
          “Makkk..”Isha terkejut. Terlepas telefon bimbit ditangannya.
          “Oit budak, kau buta ke apa”suara seorang perempuan menegur Isha. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang marah. Isha terdiam. Dia memandang lelaki yang berdiri di sebelah perempuan tadi. Ya Allah..sungguh indah ciptaan-Mu. Dia terpanar sebentar.
           “Hoi..”marah perempuan itu tadi.
           “Isha..”tegur Fira apabila melihat temannya hanya berdiam diri. Dia pantas mengutip telefon bimbit Isha yang sudah jatuh ke lantai.
           “Ah..ye saya. Kenapa?”soal Isha sambil menunduk. Segan di pandang oleh lelaki tadi.
           “Kau ni buta ke. Tak nampak orang yang lalu kat sini. Leka sangat main phone. Kau nampak tak apa yang kau dah buat”
           “Lis, sudahlah tu. Sikit je ni. Jangan besarkan masalah”sampuk lelaki kacak tadi.
           “Ya Allah..maaf..saya tak sengaja”Isha membuang pandang terhadap lelaki tadi. Baru dia perasan akibat pelanggaran tadi minuman lelaki tersebut telah tumpah dan terkena pakaiannya.
           “Tapi Raz tengoklah ni. Habis baju you kotor”ujar Lis atau nama sebenarnya Melissa. Geng the ladies.
            “Yang kotor baju I bukan baju you. So ni masalah I bukan masalah you”balas lelaki bernama Raz itu tadi.
            “Maaf awak. Saya tak sengaja”ujar Isha. Dia memohon maaf atas kesilapannya. Fira hanya mampu memerhati sahaja. Memang salah temannya yang leka sangat main phone.
            “Its okay. Saya tak kisah”balas Raz sambil tersenyum manis.
            “Hah..tak kisah? Baju awak kotor dah tu”soal Isha pelik. Baju kotor perlulah kisah. Tambah-tambah baju yang dipakainya pula.
            “Saya tak kisah kalau awak yang kotorkan”ujarnya. Lucu melihat wajah pelik Isha. Melissa di sebelah dia tidak pedulikan.
            “Laa yeke..Kalau macam tu next time saya akan kotorkan lagi” Usik Isha sambil tersenyum. Melissa mencebik.
           “My pleasure”ujar Raz membalas senyuman Isha. Fira disebelah sudah memandang pelik ke arah mereka berdua. Dia mencuit bahu temannya.
            “Eh okaylah. Saya dah lambat nak kelas. Jumpa lagi.” Isha menarik tangan Fira beredar dari situ.
            ‘Tak makanlah aku macam ni’ujar Fira dalam hati. Memandangkan masa pun tak banyak untuk ke kelas.
            “Nanti aku belanja kau okay” Ujar Isha dapat meneka apa di dalam fikiran Fira.
             “Okay.”Fira tersenyum. Isha tahu apa yang ada di fikirannya.
             “Weyh siapa lelaki tadi. Kenapa tak pernah nampak dia sebelum ni” soal Isha.
             “Entah. Budak baru mungkin. Tak pun senior kita. Manalah tau. Hah kau siap main mata lagi dengan dia” ujar Fira. Bukan dia tidak nampak Isha seakan-akan terpaku dengan lelaki yang bernama Raz tadi.
             “Handsome sungguh dia Fira. Suara dia kan perghh macho habis”
              “Hah..sudah-sudah tu. Ingat sikit dia dah ada makwe.”kata Fira.
              “Yelah-yelah aku ingat”balas Isha sambil tersengih.


BAB 2

            Isha bersendirian di dalam bilik muzik itu. Inilah saatnya untuk dia melepaskan rindu bila sudah lama tidak melarikan jari-jemarinya di atas piano itu. Dia mengunci pintu masuk untuk mengelakkan orang lain masuk ke dalam bilik tersebut. Kunci di tangan di simpan di dalam beg.
            Isha mula menyentuh piano seawal usianya lima tahun. Mama dan papa telah menghantar Isha dan Darwisy ke kelas muzik. Datin Dahlia dan Dato Rizal mahukan anak-anaknya pandai bermain alat muzik dan disebabkan itu pada usia muda mereka telah di hantar ke kelas muzik. Apabila meningkat dewasa Isha dan Darwisy walaubagaimanapun masing-masing hebat bermain alat muzik yang lain seperti gitar dan viola.
            Isha memainkan beberapa lagu yang menjadi kegemarannya. Lagu biasanya datang dari hati, tak perlukan not yang tertentu untuk diingati. Dia puas dapat memainkan piano itu. Sejak masuk ke kolej ini susah untuk dia melakukan hobinya. Dia hanya mampu menulis lirik tanpa bermain piano. Untuk lagu yang terakhir Isha memainkan lagu yang direka sendiri. Disaat dia terleka bermain piano kedengaran pintu di ketuk dan digoncang dengan kuat. Serta merta dia berhenti. Isha mengemaskan barangan dan di masukkan ke dalam beg galasnya.
              Dengan perlahan-lahan dia membuka pintu bahagian belakang untuk keluar dari situ. Hanya dia yang selalu menggunakan pintu itu. Kacau mood dia sungguh. Siapalah yang nak masuk bilik tadi. Setahunya petang-petang begini ramai pelajar sudah pulang. Dia curi-curi masuk pun sebab untuk hilangkan perasaan rindunya untuk bermain piano. Kalau tak disebabkan orang yang mengacaunya tadi dia sudah sempat merekodkan instrumental yang dimainkan tadi untuk ditunjukkan kepada abang tersayang.


BAB 3

            Harraz mengeluh. Pintu yang diketuk masih tidak dibuka. Di saat dia lalu dihadapan bilik muzik itu tadi dia terdengar alunan piano yang cukup merdu. Instrumental yang lembut sehingga mendapat tempat dihatinya. Dia mengambil keputusan untuk melihat siapakah gerangan yang sedang bermain piano dia dalam bilik itu. 
             Tetapi malangnya pintu yang berkunci  itmemaksa dia menggoyangkan pintu dan mengetuk pintu itu berkali-kali.
Hampir dua puluh minit dia menunggu di hadapan pintu bilik muzik dengan harapan bahawa gerangan yang berada di dalam bilik membuka pintu itu. Harraz yakin pintu itu tidak akan di buk lagi lalu dia mengambil keputusan untuk beredar dari situ.
          “Harraz”panggil Melissa. 
Dia tersenyum ke arah sepupu yang merupakan jejaka idamannya. Harraz yang mendengar namanya dipanggil oleh segera melarikan diri dari situ. Dia meluat melihat perangai sepupunya yang mengada-ngada.
            Harraz pantas berlari untuk mengelakkan diri daripada Melissa.  Dia terjenguk-jenguk melihat sama ada Melissa masih mengejarnya ataupun tidak.
           “Aduhhh”jerit Isha yang sudah jatuh terduduk. Dia merungut perlahan. ‘Kenapalah asyik berlanggar je ni. Roti berkrim dia sudah pun selamat di atas lantai.
Harraz yang tidak perasankan kelibat Isha yang juga berlari telah menyebabkan mereka berlanggar sesama sendiri. Dia terkejut apabila tidak semena-mena dia terlanggar seorang gadis.
           “Awak lagi”ujar Isha apabila melihat Harraz di hadapannya.
           “Ye saya..jumpa lagi kita”kata Harraz.
           “Saya Harraz, awak?”soal Harraz.
           “Isha”balas Isha.
           “Okay. Nampaknya awak dah kotakan janji awak pada saya semalam”
           “Janji? Janji apa pulak ni. Bila masa saya berjanji” soal Isha. Dia mengerutkan dahinya.
           “See my shirt” kata Harraz.
           “Ya Allah, maaf, maaf, saya tak sengaja. Betul-betul tak sengaja. Semalam tu saya sengaja je cakap macam tu bukannya ada niat betul—betul.” Isha memohon maaf kepada Harraz sambil mempamerkan wajah serba salah.
            “Tak apalah Isha. Saya pun berlari sambil pandang belakang mana nak nampak awak kat depan ni.”
            “Yeke. Awak lari sebab apa ni”soal Isha. Dia bangun dan mengibas bajunya.
            “Saya lari dari Melissa, sepupu saya yang semalam tu. Tadi saya ada di depan bilik muzik masa dia nampak saya terus saya lari.”
             Isha terkejut. Bilik muzik? Jangan-jangan yang ketuk pintu tadi tu dia. Aduhhh mesti dia dah dengar aku main piano. Tapi dia tak tahu siapa yang berada di dalam bilik tersebut. Ah..mungkin bukan dia, mungkin dia cuma lalu di hadapan  bilik muzik itu.
          “Eh awak kenapa senyap ni” soal Harraz. Gadis dihadapannya tiba-tiba mendiamkan diri.
          “Eh, tak ada apalah. Awak jurusan apa eh. Kenapa saya tak pernah nampak awak sebelum ni.”soal Isha pula.
          “Saya ambil medic. Last semester dah. Awak pula?”
          “Patutlah tak pernah nampak. Jurusan lain. Saya ambil perakaunan baru semester tiga. Tapi kenapa awak boleh ada kat sini. Maksud saya bangunan ni kan bagi subjek-subjek tambahan. Awak ada ambil kelas tambahan ke”
          “Saya ambil kelas tambahan bahasa. Saja suka-suka. Awak pula ada ambil subjek tambahan ke ” Telefon bimbit yang berbunyi membuatkan perbualan mereka terbantut.
          “Awak..sorry saya kena balik. Ada hal sikit. Jumpa lagi”pinta Isha sambil berlari-lari anak.Harraz tersenyum melihat langkah Isha yang makin menjauh. ‘Isha’


BAB 4
          “Terima kasih Pak Tam. Isha masuk dulu tau” Ujar Isha sambil tersenyum.
           Isha mengucapkan terima kasih kepada Pak Tam yang sanggup mengambilnya dari kolej. Ikutkan dia mahu saja dia balik menggunakan pengangkutan awam. Dia tidak mahu menyusahkan Pak Tam andai kata dia mampu untuk melakukan sendiri.
           Isha pantas memasuki rumah banglo yang tersergam indah di hadapannya. Disebabkan dia tiada kelas pada hari jumaat, manakala sabtu ahad pula cuti dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Sudah dua minggu dia tidak berjumpa dengan mama dan papanya.
          “Assalamualaikum”ucap Isha sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.
          “Waalaikumussalam. Anak mama dah balik”ujar Datin Dahlia. Isha mencium tangan dan memeluk mamanya.
          “Wah..cantiknya mama hari ini. Ada apa-apa ke mama”soal Isha.
          “Cantik apanya. Mama hari-hari macam ni kan. Isha ni buat-buat tanya pula”kata Datin Dahlia. Isha tersenyum manis.
          “Mama masak apa. Laparlah”Isha membuat muka comel sambil mengusap perutnya yang kempis. Tanpa dia sedar seseorang berdiri dibelakangnya.
          “Mama tau anak mama nak balik sebab tu mama masak makanan kegemaran Isha”jawab Datin Dahlia sambil mengusap rambut anak perempuan satu-satunya.
          “Hah”jerit seseorang di telinga Isha sambil memeluk kemas pinggang Isha. Isha terkejut. Dia lantas menoleh kebelakang dan melihat abang kesayangannya yang sedang  tersenyum.
Satu….dua….tigaaa..
          “Abangggggg..bila balik. Kenapa tak bagi Isha. Abang ni pergi training tu lama sangatlah. Isha sorang-sorang kat sini tau. Isha rindu abang sangat-sangat”Isha memeluk erat pinggang abangnya. Manja sahaja suaranya bila bersama dengan abangnya. Peduli apa abang dia kan.  Biarlah orang nak kata apa. Eh orang nak cakap apa bila orang sendiri tak tahu dia dan Darwisy merupakan adik beradik.
            Datin Dahlia tersenyum melihat telatah anak-anaknya. Darwisy dan Darwisya.
           “Amboi, manjanya adik abang seorang ni. Banyaknya soalan abang nak kena jawab. Abang balik kejap je nak ambik barang. Lepas ni nak pergi sana balik”usik Darwisy.
          “Alahhh..abang ni tak kan nak pergi dah. Ishhh tak bestlah macam ni. Dah semester akhir cuma duduk diam-diam kat rumah pergi study ke lepas tu pergi kolej  tak payah dah nak join training tu semua.” Isha sudah muncung. Darwisy ketawa melihat telatah comel adiknya yang kuat membebel.
          “Darwisy sudahlah tu. Tak payah usik adik kamu dah. Isha baru balik tu biar dia makan dulu. Lepas ni boleh borak panjang”celah Datin Dahlia aapabila melihat Isha sudah muncung. Parah kalau merajuk.
          “Hah..maksud mama apa” soal Isha.
          “Tak ada maknanya abang Isha nak pergi sana balik. Dia dah habis training dah tu. Saja je dia usik Isha”terang Datin Dahlia. Darwisy sudah ketawa melihat adiknya yang jelas terpancar riak kegeraman di wajahnya.
           “Abang ni suka usik Isha tau”marah Isha manja sambil mencubit-cubit badan abangnya.
          “Aduh sakitlah Isha. Nanti lebamlah badan abang macam ni”
          “Siapa suruh abang tipu Isha”keluar dah muncung itik adiknya. Darwisy ketawa.
          “Okay-okay. Sorry sangat ye sayang. Abang tak usik dah hari ni. Tapi esok-esok abang tak janji” Ujar Darwisy.
          “Sudah tu Dariwsy.  Merajuk adik kamu nanti mama tak nak masuk campur” Isha menjelir lidah kepada abangnya.
          “Sudah-sudah jom makan dulu. Mak Timah dan lama hidangkan makanan. Nanti sejuk pula”kata Datin Dahlia seraya bergerak ke meja makan.
           “Papa tak balik ke abang”soal Isha.
           “Mama cakap Papa ada meeting hari ni. Tak dapat balik makan sama-sama. Dah jom makan”Darwisy berpimpin tangan dengan Isha menuju ke ruang makan. Datin Dahlia tersenyum melihat kemesraan anak-anaknya.
           “Mak timah dengan Pak Tam tak makan sekali ke mama. Kejap Isha panggilkan tau”kata Isha.
           “Haa..baguslah. Panggil mereka Isha. Apa yang dibuat mereka pun mama tak tau. Kerja apa lagi yang dibuatnya”
           “Okay mama. Kejap. Jangan makan dulu tau. Abang, hah tunggu kita orang dulu tau” bukannya dia tidak nampak gelas minuman abangnya terlebih dahulu sudah habis sebelum mereka makan. Darwisy tersengih. Isha ni tau aje.
           Isha beriringan masuk bersama dengan Mak Timah dan Pak Tam. Pembantu rumah di rumah itu sejak dia kecil lagi. Dia juga manja bersama dengan mereka. Mak Timah dan Pak Tam juga senang memanjakan Isha memandangkan mereka tidak mempunyai zuriat.
            Ruang makan itu walaupun cuma terdapat lima orang sahaja tetapi lagaknya seperti sepuluh orang. Riuh ruang makan itu apabila Isha dan Darwisy suka menyakat Mak Timah yang cepat melatah. Tidak kering gusi Datin Dahlia dan semua orang di situ melihat latah Mak Timah.


BAB 5

           Riuh suara pelajar perempuan yang menjerit memanggil nama Daiyan. Anaka kepada pemilik Kolej Bersatu. Ketua bola sepak yang mempunyai bakat terpendam iaitu mempunyai suara yang mampu membuatkan para wanita terpegun. Tambah lagi dengan bakatnya yang pandai memainkan alat muzik.
           Daiyan melangkah dengan penuh gaya. Baju kemeja merah yang dilipat lengannya dikenakan dengan seluar slack hitam dan kasut hitam. Rambutnya disisir rapi. Dia  memberikan senyuman setiap kali ada pelajar yang menegurnya.
           Itulah sikapnya yang membuatkan para pelajar tertarik dengannya. Pelajar cemerlang yang mempunyai bakat terpendam yang juga merupakan seorang yang murah dengan senyuman. Isha dan Fira hanya memerhatikan langkah Daiyan bersama teman-temannya. Dia menggeleng di saat dia melihat ramai pelajar perempuan yang cuba menarik minat Daiyan.
          “Ishhh..tepilah. Semak tau semak”ujar Fisha kuat. Dia menolak kuat tubuh Isha sehingga Fisha terdorong ke belakang.
          “Apa masalah kau ni hah Fisha. Suka-suka hati nak tolak orang” Marah Fira.
          “Aku punya sukalah. Yang korang tu menyibuk kat sini buat apa. Buat semak mata yang memandang”
          “Korang ni mesti tengok Daiyan kan. Eiii…tak sedar diri. Ingat Daiyan nak ke tengok orang macam korang ni”
          “Kenapa. Daiyan tengok orang yang macam korang ni ke” Soal Isha pula. Nak cari pasal dengan aku.
          “Maksud kau apa” Balas Katrina.
          “Yelah. The Ladies. Melissa, Katrina dan Fisha. Siapa tak kenal orang macam kau ni. Pentingkan darjat petingkan kekayaan pentingkan rupa. Suka kutuk orang suka cari pasal dengan orang. Apa yang dia orang ni tau, cukuplah kalau benda tu dapat puaskan hati dia orang. Tapi kalau belajar jauh kebelakang. Dia orang tak ingat kalau dia orang ni mati tetap akan dikebumikan dalam tanah atas bumi yang sama. Darjat, kekayaan tu semua bukan boleh bawa mati. Faham tak ?” kata Isha. Dia penat asyik nak berbahas dengan mereka ni.
           “Amboi sedapnya mulut kau nak mengata kita orang. Kau ingat kau siapa” Katrina merenung Isha yang berdiri di hadapannya.
          “Mulut aku, suka hati akulah. Tapi bila masa aku mengata korang. Kalau mengata tu belakang-belakang tapi aku cakap depan-depan. Betul tak Fira”balas Isha. Dia serik asyik di perlekehkan oleh The Ladies.
           Wajah Katrina dan Fisha berubah. Tidak menyangka Isha akan menjawab begitu.
          “Mulut kau…mulut kau memang tiada insurans. Kau tak kenal kita orang siapa lagi” Fisha menuding jari ke arah Isha.
          “Whatever”balas Isha. Dia meninggalkan Fisha dan Katrina yang sedang marah di situ dan berlalu bersama Fira. ‘Siapa suruh kau cari pasal dengan aku. Ingat aku macam ni aku senang diperlekehkan. Hei ni juara bahas dekat sekolah dulu okay.’
           “Eh Isha nanti kau balik bilik dululah. Aku nak jumpa Zarif kejap”ujar Fira sambil tersengih-sengih.
          “Nak pergi dating lah tu. Jangan lama-lama sangat.”ujar Isha pula.
          “Okay Isha..Bye” Isha melihat sahaja langkah Fira yang makin menjauh. ‘Seronoknya orang dah ada buah hati. Aku ni bilalah agaknya’
           Titt…titt
           “Hello”kasar suara Isha menjawab panggilan Darwisy.
           “Assalamualaikum. Amboi kasarnya jawab. Kenapa ni”tanya Darwisy.
           “Waalaikumussalam sorry abang. Isha tengah geram ni. Tadi kena serang dengan peminat Daiyan”beritahu Isha. Darwisy ketawa.
           “Abang gelak kenapa, orang tengah geram ni”soal Isha.
           “Kenapa dia orang tu marah Isha”soal Darwisy.
           “Dia orang kata Isha dengan Fira semak kat kafe tu. Lepas tu tengok Daiyan pula. Oh please siapa tah minat kat Daiyan”kata Isha meluat.
            “Amboi mulut tu. Tak minat konon. Kalau tak ada dia kat sini macam mana” Balas Darwisy.
            “Betullah. Ishh abang ni tak payahlah nak mengarut. Ni abang ada kat mana. Tak ada kelas ke bang”soal Isha. Tidak semena-mena dia terlanggar seseorang sehingga menyebabkan telefon bimbit jatuh.
            ‘Aduh..makin rosaklah phone aku kalau selalu jatuh’
            “Isha…Isha nampaknya kita ni memang ada jodoh. Asal jumpa saja mesti sebab berlanggar kan” Ujar Harraz.
Isha melihat Harraz yang tersengih sambil memegang telefon bimbitnya. Buat kali yang ketiga dia berlanggar dengan  Isha. Telefon bimbit Isha segera dikembalikan.
Isha terkejut melihat Harraz di hadapannya.
             “Eh Harraz, awak lagi. Awak buat apa kat sini” Tegur Isha sebaik sahaja Harraz mengembalikan telefon  bimbitnya . Harraz tersenyum melihat Isha.
             “Saya datang sini nak makanlah cik adik oi. Leka sangat ye awak borak di telefon” Kata Harraz.
Isha baru tersedar telefon bimbit dia sudah gelap. Mesti Darwisy pelik tiba-tiba dia senyap.
            “Awak seorang je ke ni. Nak pergi mana lepas ni”soal Harraz.
           “Seorang je ni. Nak makan dulu sebelum balik asrama”balas Isha.
           “Apa kata teman saya makan. Saya pun seorang je ni. Ada kawan bestlah sikit daripada duduk makan seorang-seorang kat kafe ni. Boleh tak”
            “Boleh jugak. Jom kita beli makanan dulu.” Ajak Isha.
Isha dan Harraz membeli makanan masing-masing sebelum mengambil tempat duduk. Keadaan kafe yang lengang membuatkan mereka senang mencari tempat duduk.
             “Isha kalau awak nak tahu kan saya sekarang ni tengah mencari seseorang.” Beritahu Harraz.
             “Awak cari siapa” soal Isha.
             “Awak ingat lagi tak masa kita bertembung kat bangunan subjek tambahan tu. Masa tu saya lalu depan bilik muzik saya dengar ada orang main alat muzik. Dia mainkan instrumental yang sungguh merdu. Meresap ke dalam jiwa saya. Tenang je saya dengar waktu. Saya nak tengok siapa yang mainkan lag utu. Tapi sayang pintu berkunci pulak. Saya tertanya-tanya siapa yang main muzik masa tu”terang Harraz.
              “Aaa…”Isha terkejut.
              “Saya harap saya dapat jumpa dengan orang tu. Kalau perempuan memang saya dah jatuh cinta. Tapi saya masih tak tahu sama ada lelaki ataupun perempuan” kata Harraz lagi.
              “Saya pun harap awak dapat jumpa dengan orang yang awak cari. Dahlah jom makan” Isha mencelah sebelum Harraz menanyakan macam-macam soalan dan dia takut dia terkantoi. Belum masanya lagi.
              Sambil makan mereka bercerita tentang kehidupan masing-masing, walaupun begitu Isha tetap tidak menceritakan tentang siapa dia sebenarnya. Mereka sempat menukar nombor telefon pada hari itu.
              Selepas beberapa kali terjadinya pelanggaran antara Isha dan Harraz dan selepas mereka makan bersama hubungan mereka menjadi semakin rapat. Isha senang berkawan dengan Harraz begitu juga dengan Harraz. Senang dapat berkawan dengan gadis itu. Mereka juga pernah keluar bersama-sama bersama dengan Fira dan Zarif. Tidak menyangka bahawa Harraz juga mengenali Zarif yang kebetulan mengambil jurusan yang sama dengannya.


BAB 6

          Sebulan telah berlalu. Hubungan Isha dan Harraz makin rapat. Dia juga pernah bertandang ke rumah orang tua Harraz. Ternyata orang tua Harraz merupakan keluarga yang agak kaya dan sikap mereka yang ramah membuatkan Isha senang dengan mereka.
           Isha tidak terkata apa apabila melihat Melissa yang sedang menyandarkan dirinya di pintu kelas. Tinggal dia dan Fira bersama dengan Melissa dan Fisha. Katrina tidak pula nampak. Sudah pulang barangkali. Dia yakin pasti mereka berdua ingin mencari masalah dengannya. Isha dan Fira a berjalan menghampiri mereka berdua.
           “Tumpang lalu. Kita orang nak keluar. Boleh tepi sikit tak” pinta Isha.
           “Kau ni memang tak sedar diri kan. Pandai berlakon. Kau tak dapat perhatian Daiyan kau perci cari perhatian di Harraz kenapa. Kau ni memang dasar hipokrit” marah Melissa. Dia menolak kasar bahu Isha.
           “Kau ingat Harraz pandang perempuan kampung macam kau”ujar Fisha pula.
Isha ketawa melihat Melissa dan Fisha yang marah terhadapnya. Seakan-akan tidak berbekas pun dihatinya melihat kemarahan Melissa dan Fisha.
          “Yang kau gelak kenapa. Kau ingat lawak ke” soal Fira pula.
          “Tak adalah. Dua orang ni ingat aku nak cari perhatian Daiyan. Kalau Harraz pula kenapa kau nak marah Melissa. Harraz sendiri kata pada aku kau ni cuma sepupu ni saja. Dia suka berkawan dengan aku. Tak kan aku nak tolak orang baik yang nak kawan dengan aku” balas Isha.
           “Hei orang kampung macam kau ada hati nak dengan Harraz. Sedar diri tu sikit. Kau ingat mama dan papa Harraz suka orang kasta rendah macam kau. Kira beruntung kau dapat masuk kolej ni. Ni pun mesti sebab dapat biasiswa kan” ejek Melissa.
            ‘Kasta rendah’ Melissa ni memang mulut ikut sedap dia je nak kata apa.
            “Aku yakin Harraz bukan orang macam tu. Mama papa Harraz? Kau jangan nak cakap sesuka hati lah Melissa. Aku tengok mama papa Harraz baik saja. Aku pernah jumpa dengan mereka.” Terang Melissa.
            “Apa dia….”
            “Kau nak percaya atau tidak, itu terpulang kepada kau. Aku peduli apa?”
            “Hei Isha! Kau dengar sini baik-baik. Aku akan pastikan kau tak boleh bersama dengan Harraz. Kalau aku tak dapat kau pun tak boleh dapat” tegas Melissa.
             “Hei Melissa! Dahlah. Ikut kaulah nak buat apa. Apa yang aku musykil kan apa yang kau tak puas hati dengan Isha ni hah. Bukannya dia kacau kau. Atau kau jeles dia cantik. Tapi yelah mungkin sebab penampilan dia yang out sikit kau mulalah kutuk dia tak puas hati dengan dia kan” marah Fira.
              “Kau senyap Fira. Jangan masuk campur hal aku. Kau pun sama out dengan dia” badan Fira di hempuk dengan beg tangan dia. Apa yang dikatakan oleh Fira ada betulnya. Segera dia melangkah meninggalkan Fira dan Isha.
              “Hei lah perempuan ni. Memang nak kena dengan aku” marah Fira. Kalau tak disebabkan Isha menghalang memang dah kena Melissa dengannya.
             “Sudahlah tu. Biarlah dia nak buat apa pun.” Isha malas mahu memanjangkan masalah. 



bersambung....

Wednesday, 23 December 2015

CERPEN SERIES : BUKAN CINTA MAKEOEVR (2)




          “Abang”sergah Aina daripada belakang.
           “Ish budak ni. Apanya. Menyibuk jelah kat sini”rungut Adam. Gambar Nia yang menjadi latar telefon bimbitnya ditenung.
           “Sudah-sudahlah tu bang. Bagi Kak Nia masa”nasihat Aina.  Dia mengambil tempat disebelah Adam yang duduk di tepi kolam.
           “Abang rindu dia Aina”ucap Adam sayu.
           “Aina yakin Kak Nia akan terima abang juga satu hari nanti. Trust me.
           “Tapi sampai bila Aina. Dah tiga bulan kita balik dari Perlis. Nia langsung tak mesej atau call abang. Bila abang call mesti dia reject call abang. Mesej pun tak berbalas. Sihat ke tidak abang tak tahu”
            “Alah abang ni. Janganlah risau. Kak Nia ngan Nek Som  kat sana tu sihat walafiat. Aina baru je borak dengan dia tadi”
             “Apa dia Aina cakap”
            ‘Aduhhhh..macam mana boleh terlepas ni.’
           Aina menampar mulutnya sendiri kerana terlepas cakap. Sudahlah abang dia menyangka selepas mereka pulang dari Perlis dia juga tidak berhubung dengan Nia. Bukan tidak berhubung malah mereka akan berhubung setiap hari. Aina akan menceritakan tentang Adam kepada Nia.
          “Hehe..sorry abang”kata Aina. Tidak berani memandang wajah Adam yang sedang merenung tajam kepadanya.
            “Selama ni Aina tipu abanglah”
            “Bukan macam tu. Aina Cuma ikut kata Kak Nia je. Dia yang tak bagi Aina beritahu abang bila kami berhubung. Kak Aina pun akan selalu borak dengan mama dan papa”
             “Apa diaaaa”Aina terkejut mendengar suara Adam. Aduhhhh..mulut ni. Aina menunduk sambil bermain dengan jari-jemarinya.
             “Jadi mama dengan papa pun tahulah pasal Nia. Sampai hati korang semua”suara Adam mula kendur. Aina serba salah melihat wajah Adam.
            “Aina tahukan abang rindukan Kak Nia. Malah abang sangat mencintai dia. Kenapa Aina buat macam ni. Pura-pura tak tahu. Bila abang bercerita tentang Nia kenapa Aina diam saja. Tak layak ke abang untuk Nia”
            “Abang..okay Aina minta maaf tapi ni semua permintaan Kak Nia. Dia perlukan masa. Aina harap abang faham apa yang Aina katakan ni.”
             Aina pantas meninggalkan  Adam berseorang duduk di tepi kolam. Makin lama dia berada di situ makan banyak yang keluar daripada mulut. Dia bergerak menuju ke biliknya untuk memberitahu Nia. Masalah kalau Adam merajuk.

……………………………………………… 
 
          Adam bersandar di kepala katil. Telefon bimbit setia di tangan. Takut-takut Nia akan menghubunginya. Begitulah dia setiap hari semenjak pulang dari Perlis. Tetapi Nia tidak pernah menghubunginya.
          ‘Nak call ke tak nak, call jelah’
           Adam menanti dengan penuh sabar. Panggilan pertama tidak diangkat. Dia mencuba sekali lagi.
           “Hello assalamualaikum”suara lembut Nia menerjah pendengaran Adam. Adam terkejut. Tidak menyangka Nia akan menjawab panggilannya.
           “Err..Waalaikumussalam Nia” jawab Adam terketar-ketar.
           “Ada orang tak ni. Macam tak ada je. Nak letaklah kalau macam ni”usik Nia setelah lama Adam mendiamkan diri.
          “Eh..Nia..janganlah. Adam ada lagi kat sini. Janganlah letak dulu”pinta  Adam.
          “Oohh ada lagi rupanya. Kenapa Adam call Nia ni. Ada masalah ke”soal Nia.
          “Kalau tak ada masalah Adam tak boleh call Nia ke”soal Adam berjauh hati.
          “Bukan macam tu maksud Nia”
          “Kenapa buat Adam macam ni. Kenapa buat tak tahu bila Adam call, Adam mesej”sayu suara Adam. Terasa dengan tingkah Nia.
          “Adam..Nia”
           “Adam rindukan Nia. Adam dah tak penting ke untuk Nia.Sudah-sudahlah marahkan Adam. Adam minta maaf Nia.”
           “Nia..walau apa pun Adam tetap tunggu Nia. Adam janji. Adam sayangkan Nia. Adam cintakan Nia”kata Adam berterus-terang.
            “Adam tunggu Nia. Nia akan datang pada Adam. Promise me”ucap Nia.
            “Ye Nia. Adam janji. Adam banyak soalan nak tanya pada Nia tapi Adam rasa cukuplah kali ni. Nia jawab call Adam, dapat dengar suara Nia pun Adam dah gembira.” Adam tersenyum walaupun dia tahu Nia tidak dapat melihat senyumannya.
            “Nia letak dulu ye. Nek Som dah panggil ni”pinta Nia.
            “Okay..Assalamualaikum Nia”
            “Waalaikumussalam Adam”
            Meskipun dapat bercakap dengan Nia sebentar hatinya dah cukup gembira dan senang dengan Nia. Malam itu Adam tidur dengan lena setelah dapat bercakap dengan orang dia rindukan sangat-sangat.

……………………………………………………………


           “Hah..apa yang senyum-senyum tu”soal Tasha. Dia duduk di birai katil bersebelahan dengan Nia.
          “Adam”jawab Nia.
          “Amboi…happynya aku tengok kau sekarang. Macam mana, jadi tak kau nak balik sana”soal Tasha.
          “Mestilah jadi. Dah lama aku tak jumpa mereka. Rindu pula rasanya”
          “Banyaklah kau. Rindu dekat Adam lah tu”usik Tasha lagi. Dia gembira melihat Nia yang sekarang. Sentiasa tersenyum. Walaupun tidak selalu berborak dengan Adam, Nia tetap kelihatan ceria setelah mengetahui isi hati Adam.
           “Yang kau masuk bilik aku ni kenapa. Ni mesti tak lain tak bukan bergaduh dengan Fariz la ni”Nia sudah kenal benar dengan sikap Tasha. Setiap kali bila Tasha dan Fariz pulang ke kampung dan setiap kali bila mereka bergaduh, bilik Nia lah yang menjadi tempat persembunyian Tasha.
          “Biarlah. Sekali –sekala nak gaduh-gaduh manja”jawab Tasha selamba.
          “Dah-dahlah tu merajuk Tasha. Fariz buat apa kat kau”soal Nia.
           “Ada ke patut muka sikit punya cun dia boleh kata muka aku macam badut”marah Tasha bila mengingatkan apa yang dikatakan oleh suaminya.
           “Aduh kau ni kan. Dia bergurau lah tu. Kalau dia kata muka kau macam badut tu sebab dia nak usik kau. Kalau tak, tak adanya dia nak kahwin dengan kau lah badut” Nia tergelak.
           “Kau ni kan sama je dengan Fariz”
          “Sayang”suara yang menjerit di luar bilik Nia membuatkan Tasha mengeluh.
          “Hah..tu abang sayang kau dah panggil. Pergilah sana. Duduk sini buat apa”giat Nia. Fariz tak boleh berenggang langsung dengan Tasha. Maklumlah baru kahwin.
          “Aduh..aku ingat baru nak lari daripada dia kejap. Aku merajuk dengan dia ni”
          “Ish kau ni. Tak baiklah  buat macam tu. Diakan suami kau. Buatnya dia bagitahu Nek Som mati kau”
          “Sayang. Keluarlah. Abang mintak maaf okay. Abang gurau je tadi tu”pohon Fariz lagi.
           Tasha masih mendiamkan diri. Tidak menyahut langsung panggilan suaminya yang berada di luar bilik. Dengan selamba dia berbaring di aatas katil Nia. Bantal peluk Nia di capai.
           “Tengok..kan dah senyap. Mengalah lah tu”kata Tasha.
          “Tasha..apa yang dibuatnya dalam bilik Nia tu. Keluar sekarang sebelum nenek piat telinga kamu. Dah kahwin pun buat perangai budak kecik dia tu lagi”suara nyaring Nek Som mengejutkan mereka berdua yang berada di dalam bilik.
          “Hah kan aku dah cakap dengan kau. Matilah kau”kata Nia. Nia tergelak melihat tingkah suami isteri itu. ‘Agaknya macam mana kalau aku dengan Adam kahwin eh’
            Nia menggeleng-geleng kepala apabila berangan tentang Adam. Boleh pulak dia memikirkan tentang dia dan Adam.
           “Nia..apa ni. Aku cakap dengan kau boleh pulak tersengih sorang-sorang.”Tasha geram dengan Nia apabila Nia tidak mengendahkan kata-katanya malah boleh pula dia membuka pintu bilik. Fariz dan Nek Som sudah berdiri di depan pintu.
            Suara Nek Som dan Fariz yang bergilir-gilir memanggil Tasha membuatkan Nia tidak betah dengan keadaan itu. Lantas dia bergerak menuju ke pintu bilik.
           “Niaaaa…kau ni kan. Buka pintu tu kenapa”marah Tasha.
           “Nek..tengok Tasha tu. Macam-macam hal. Hah Fariz dia merajuk tu hah. Pergilah pujuk.”
           “Tasha..Tasha. Dah besar macam ni pun nak merajuk lagi.”ujar Nek Som.
           “Korang selesaikan masalah korang. Yang aku tahu lepas aku datang balik korang berdua dah tak ada dalam bilik aku. Faham tak”tegas Nia. Dia mengenyitkan mata kepada Tasha.
          “Sampai hati kau Nia”
           Nia tergelak. Macam-macamlah. “Dah nek jom kita pergi tengok tv. Daripada layan mereka berdua ni sampai bila  pun tak tahulah.”

………………………………………………………..

          Pada pagi hari sabtu itu, Adam bersiap-siap untuk keluar. Setalah yakin dengan penampilan dirinya, Adam melangkah turun ke bawah untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum keluar.
          “ Haa..Adam nak pergi mana ni”soal Puan Sri Bahiyah.
          “Adam nak keluar pergi jalan-jalan hilangkan stress”ujar Adam.
          “Stress lah sangat”sampuk Aina sambil menjelirkan lidah ke arah abangnya. Adam membalas dengan menunjukkan isyarat ingin mencekik leher Aina.
           “Tak payahlah keluar. Kejap lagi ada tetamu istimewa mama nak datang. Adam duduk rumah tolong mama masak je boleh”
            “Apa gunanya anak perempuan mama tu. Aina kan boleh tolong. Adam malaslah. Tetamu tu kan tetamu mama apa kena mengena dengan Adam.”
            “Mama tak kira. Adam tak boleh keluar. Kalau Adam keluar jugak jangan menyesal sudah.” Puan Sri Bahiyah menuju ke dapur meninggalkan Adam yang terpinga-pinga di ruang tamu.
            “Padan muka abang”sakat Aina.
            “Siapa tetamu mama tu”soal Adam kepada Aina yang ralit memotong sayur.
           “Just wait and see”kata Aina.
           “Abang kenal ke dengan tetamu mama tu”soal Adam lagi. Dia mengambil tempat di hadapan Aina.
           “Dok tahu lah bang. Mu kenal ke dok”kata Aina. Matanya masih tidak memandang ke arah Adam.
           “Perempuan ke lelaki”Adam menyoal lagi.
           “Entahlah”
           “Berapa orang yang nak datang ni”
           “Aduhhhh..banyak soal lah abang ni. Tunggu jelah kejap lagi siapa yang sampai. Ain pun tak tahu siapa, berapa orang, perempuan ke lelaki. Kalau nak tahu abang pergilah tanya mama. Kan senang. Dahlah jangan kacau Aina buat kerja. Bukannya nak menolong tapi sibuk dok soal orang. Ingat orang tak ada kerja apa.”bebel Aina.
           “Eh budak kecik ni, membebel pulak. Abang tanya sikit mulalah nak bebel. Dah abang tak tahu abang tanyalah Aina.”Balas Adam.
           “Masalahnya abang tanya pada orang yang salah. Aina pun tak tahu”
           “Lah..tak tahu cakaplah tak tahu. Kan senang”usik Adam lagi.
           “Eiii..abanggggg”geram Aina dengan tingkah abangnya.
           “Ni apa yang bising-bising sangat ni. Mama baru tinggal kejap”sampuk Puan Sri Bahiyah.
           “Abang ni mama..sibuk kacau Aina. Bukan nak menolong”adu Aina. Bahu abangnya ditampar. Adam hanya tersengih melihat Aina.
           “Hah Adam yang dikacau adik kamu tu kenapa. Tolonglah apa yang patut”ujar mama.
           “Adam tolonglah ni mama”
           “Tolong apa..tolong tengok”ujar Puan Sri Bahiyah.
           “Hah..betullah tu mama. Kan Aina”Adam giat mengusik adiknya.
            Aina yang geram hanya mampu mendiamkan diri.
            ‘Amboi sakan kau gelak ye bang. Ada ubi ada batas. Ada hari aku balas’Aina tersenyum sendiri.

………………………………………………

          “Assalamualaikum”suara perempuan yang memberi salam menarik perhatian seisi rumah yang sedang berborak di ruang tamu.
          “Waalaikumussalam. Tu mesti tetamu mama. Biar Aina yang bukakan pintu”Aina berlari untuk membuka pintu. Tetamu yang dinanti-nantikan sudah sampai.
           Nampak sahaja wajah Nia, Aina terus memeluk kakak angkatnya itu.
           “Akak..rindunya Aina pada akak. Jomlah masuk. Semua tengah tunggu akak. Abang Adam tak tahu lagi akak yang datang”Aina tersenyum.
           “Mama..papa..eh abang mana”soal Aina.
           “Adam pergi toilet”
           “Mama..papa”Nia bersalaman dengan Puan Sri Bahiyah dan Tan Sri Zakri.
           “Rindunya mama dengan anak mama ni. Kenapa lama sangat Aina pergi ni” Puan Sri Bahiyah memeluk dan mencium pipi Nia.
            “Mama dengan papa sihat ? Nia tengok papa makin handsome dan mama pula makin cun. Ada apa-apa rahsia ke”usik Nia.
             “Mama dengan papa sihat walafiat”ucap Puan Sri Bahiyah sambil tersenyum.
            “Ish kamu ni Nia kalau tak mengusik kami tak sah. Ada je benda yang nak diusiknya”kata Tan Sri Zakri.
            “Sorry lambat”kata Adam mencelah perbualan mereka.
             Nia memusingkan badan menghadap kepada Adam sambil tersenyum manis. Reaksi yang memang dijangka oleh semua orang.
             Adam terkejut melihat Nia yang berada di samping Aina. Nia kelihatan sangat cantik dan manis. Dan Nia memakai baju kurung pemberian Adam sebelum dia dan Aina pulang ke Kuala Lumpur. Sesi pandang memandang itu dikejutkan oleh Aina.
             “Sudah-sudahlah tu. Jomlah kita makan dulu”Aina mengajak semua ke meja makan untuk menjamu selera. Aina sengaja melanggar Adam yang masih berdiri di ruang tamu”
              “Oopss sorry sengaja”
              “Aina memang dah tau kan Nia tu tetamu mama”soal Adam.
              “Yup..Aina memang tahu pun. Dah lama tau dah”Aina mengangkat-angkat keningnya.
               “Kenapa tak bagi tau abang Nia nak datang. Aina ni kan sengaja tau”kata Adam geram .
               “Do I care”Aina tergelak melihat reaksi Adam.
              “Dahlah. Jom makan dulu”Aina menarik tangan Adam menuju ke meja makan.
               Adam mengambil tempat di hadapan Nia iaitu disebelah Puan Sri Bahiyah sementara Aina pula mengambil tempat di sebelah Nia.
               “Mama masak special untuk anak mama hari ni. Makanan kegemaran Nia. Makanlah. Nia dah lama tak makan masakan mama kan”kata Puan Sri Bahiyah.
               “Terima kasih mama.”
              Bermacam-macam lauk yang ada dihadapan Nia. Tetapi yang menarik perhatian Nia adalah Adam. Sedari tadi Adam mencuri pandang ke arahnya. Naik segan pun ada juga. ‘Adam…Adam’
              “Jangan pandang-pandang”tiba-tiba Aina menyanyi. Adam tersentak. Semua memandang kepada Aina. Aina tersengih.
              “Tiba-tiba lagu tu terlintas difikiran. Sebab tu Aina menyanyi. Abang kenapa senyap je dari tadi. Ada emas ke dalam mulut sampai senyap macam ni”Adam menjeling tajam adiknya yang tersengih-sengih macam kerang busuk. Malu tertangkap dengan Aina satu, satu lagi boleh pulak kenakan aku depan semua orang.
             “Sibuklah Aina ni”Adam buat tak tahu dengan  Aina yang masih tergelak.
              “Ada-ada je Aina ni. Lepas ni teman akak pergi beli barang boleh, Akak tak bawa banyak barang balik sini. Dekat rumah lama akak dengan Tasha ada je tapi akak malas nak balik sana. Nak pergi shopping barang baru”jelas Nia.
             “Boleh je kak. Akak nak pergi mana-mana pun Aina sanggup teman”ujar Aina.
             “Tak nak Adam teman Nia ke”Adam mencelah.
             “Boleh ke Adam teman Nia dengan Aina nanti”soal Nia pula.
             “Boleh je. Lagipun Adam tak buat apa-apa hari ni. Hari ni kan cuti. Boleh Adam teman Nia pergi beli barang.”
             “Alamak..Aina lupalah. Hari ni Aina ada date dengan Taufiq. Sorry Kak Nia. Tak dapat akak pergi beli barang. Tak apakan. Abang Adam ada boleh teman akak.”Adam tersenyum penuh makna. Aina seakan dapat membaca fikirannya yang ingin bersama dengan Nia.
             “Tak apalah kalau macam tu. Adam bolehkan teman Nia”pinta Nia.
              “Boleh. Tak ada masalah lah Nia”Adam tersenyum manis.
              “Cepat habiskan makanan ni. Lepas ni Adam dengan Nia boleh keluar”ujar Puan Sri Bahiyah.
              Masing-masing tersenyum sambil meneruskan suapan.

 …………………………………………………………


           “Adam nak bawa Nia pergi mana ni”soal Nia ketika berada di dalam kereta milik Adam. Adam kelihatan kacak dengan memakai tshirt polo berwarna hitam dan seluar jeans yang sama warnanya.
           “Nia nak pergi mana. Hari ni Adam akan jadi driver Nia. Nia sebut saja nak pergi mana”
          “Okay..tapi sekarang ni Adam bawalah Nia pergi mana. Tak tahulah nak pergi mana.”kata Nia. Dia bukan pandai sangat tempat-tempat yang best untuk shopping ni.
          “Okay…hamba yang menurut perintah.”Adam tersenyum manis. Nia membalas senyuman Adam.
           “Nia..”panggil Adam setelah masing-masing mendiamkan diri.
           “Ye saya”
          “Adam nak tanya Nia soalan boleh”tanya Adam.
           “Boleh. Tanyalah”Nia tersenyum. Dia sudah dapat mengagak apa yang akan ditanya oleh Adam. Dia sudah sedia untuk menjawab semua pertanyaan Adam.
           Adam memperlahankan suara radio sebelum menanyakan soalan kepada Nia.
           “Kenapa Nia senyap je lepas Adam balik dari Perlis. Nia tak hubungi Adam pun. Bila Adam call ke mesej Nia langsung tak layan”Nia tersenyum lagi.
           “Janganlah senyum macam tu. Comel je Adam tengok. Geram tau tak. Jawablah cepat soalan Adam ni ”dengan selamba sahaja Adam memuji Nia. Kenapalah sebelum ni dia tidak nampak kebaikan Nia dan kecantikan semula jadi Nia.
           “Yelah. Nia saja je nak tengok reaksi Adam macam mana. Adam sanggup bersabar ke tak. Sebab tu Nia buat tak tahu je dengan Adam.”selamba sahaja Nia berkata.
           “Tu je sebabnya. Sampainya hati. Dahlah nak balik sini tak bagi tahu Adam. Semua orang tahu tapi Adam seorang sahaja yang tak tahu. Kalau tak boleh Adam ambil Nia.”suara Adam berjauh hati.
           “Sorrylah Adam. Tapi mesej Adam semua Nia baca tau. Dan sekarang Nia nak jawab soalan Adam yang paling penting.”ujar Nia.
            Nia melihat Adam yang masih terpinga-pinga memandang ke arahnya. Tidak faham apa yang Nia cuba katakan.
           “Adam pernah hantar mesej pada Nia. Dalam mesej tu Adam kata Adam rindukan Nia. Sayangkan Nia dan cintakan Nia kan. Betul tak”tanya Nia.
           “Betul dan Adam serius dengan apa yang Adam katakan. Kalau betul Nia masih sayang dan cintakan Adam, Adam nak Nia jadi kekasih Adam sebelum kita bertunang dan berkahwin”ujar Adam.
           Nia tersipu malu mendengar apa yang dikatakan oleh Adam. Dia juga masih mencintai Adam malah perasaan itu makin hari makin bertambah. Nia mengangguk sebagai jawapan kepada persoalan Adam.
           “Ya Allah. Betul ni Nia.”soal Adam tidak percaya.
           “Betullah. Dan Nia pun serius”Nia tersenyum manis.
            “Terima kasih Nia. Jadi Nia dah maafkan perbuatan Adam pada Nia dulu.”
            “Nia dah lama maafkan Adam. Dan Nia harap Adam tak kecewakan Nia lagi. Kalau tak memang Nia lari terus dari Adam. Biar Adam tak jumpa Nia dah”
             “Adam janji dengan Nia. Lepas balik ni kita bagitahu semua orang ye”
            Nia mengangguk. Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Adam. Adam memberhentikan kereta di pusat membeli belah di Ampang Point. Sesuai dengan selera Nia yang tidak sukakan tempat yang terlalu ramai orang. Mereka juga pernah datang ke situ bersama dengan Tasha.
           “Adam, Nia nak makan aiskrim lah. Tiba-tiba terasa nak makan”pinta Nia setelah mereka melepasi kedai B&R.
           “Boleh je. Jom Adam belanja Nia okay”
           Adam mengambil perisa coklat manakala Nia pula mengambil perisa mint. Mereka duduk di kerusi yang telah disediakan di situ sambil menikmati aiskrim kepunyaan masing-masing.
            “Apa comot-comot ni Nia”kata Adam sambil mengelap bibir Nia selamba. Nia tersentak.
            “Saja je. Memang nak suruh Adam lapkan”usik Nia. Dia tersengih.
            “Yeke. Meh sini Adam tengok. Banyaknya comot”Adam melayan kerenah Nia yang turut mengusiknya. Nia tergelak.
            “Ish Adam ni. Malu lah orang tengok.Mana ada comot. Nia main-main je”
            “Comel lah Nia ni”ujar Adam membuatkan Nia tersipu malu.
           “Adam nak rasa aiskrim Nia tak”tanya Nia.
            Adam membuka mulut sebagai tanda menuruh Nia menyuapkannya. Dengan senang hati Nia menyuapkan aiskrim mint ke dalam mulut Adam.
             Adam dan Nia meneruskan aktiviti mereka yang ingin membeli-belah selepas menghabiskan aiskrim. Dari satu kedai ke satu kedai Adam membawa Nia.

……………………………………………………………………

          Nia kembali menetap di rumah lamanya. Selepas sebulan menjadi teman wanita Adam, Puan Sri Bahiyah dan Tan Sri Zakri ingin Nia dan Adam bertunang terlebih dahulu. Mereka berdua hanya menurut apa yang dikatakan oleh mama dan papa mereka. Bila hati dah suka masing-masing bersetuju bila Puan Sri Bahiyah mencadangkan agar mereka di satukan sebulan akan datang.
          Adam memberhentikan kereta di depan rumah NIia. Hari ni mereka berdua bersama dengan Aina akan pergi membeli barang untuk persiapan perkahwinan mereka.
          “Abang tunggu sini. Biar Aina yang masuk eh. Nak pergi toilet kejap”
          “Jangan lama-lama”kata Adam.
          “Assalamualaikum akak..Aina ni. Cepatlah buka pintu. Aina tak tahan ni nak pergi toilet”ujar Aina tergesa-gesa.
          “Waalaikumussalam. Ya Allah Aina ni. Boleh pula macam tu”Nia tergelak dengan tingkah Aina. Nia dapat melihat Adam yang sedang menunggu di dalam kereta. Dia membalas senyuman Adam.
          “Akak..nak air. Tolong buatkan eh”jerit Aina ketika berada di dalam toilet. Nia tergeleng-geleng kepala dengan telatah Aina.
           “Thank you akak. Ni yang Aina sayang lebih ni.”kata Aina selepas keluar dari toilet. Dia mengambil tempat duduk di ruang tamu. Tidak sedar ada seseorang yang menanti mereka di luar rumah.

………………………………………………………………………

           Adam sudah tidak betah duduk di dalam kereta. Nak masuk rumah Nia tak manis pula orang tengok. Telefon bimbit dicapai sebelum menghubungi kekasih hati yang berada di dalam rumah.
           “Hello”panggilan bersambut.
           “Sayanggg..lama lagi ke. Penat dah Adam tunggu kat luar ni”
            “Ya Allah..sorry sangat-sangat. Nia tengah borak-borak dengan Aina ni. Okay kita orang keluar sekarang”ujar Nia. Boleh pula terlupa Adam berada diluar rumah.
             Aina mengambil tempat duduk di belakang terlebih dahulu. Setelah memastikan pintu rumah sudah berkunci Nia masuk ke dalam kereta bersebelah dengan Adam.
             “Aina kata nak pergi toilet..tapi apa yang lama sangat kat dalam tu”
          “Relakslah bang. Kita orang borak kejap je. Lupa pula abang ada kat luar. Kan Kak Nia”
           “Aahlah Adam. Spoil lah Adam ni kita orang nak berborak. Best tau borak kat dalam tadi. Bergosip dengan Aina.” Usik Nia. Aina sudah tergelak.
            “Gossip pasal apa je Nia dengan Aina”tanya Adam. Dia memulakan pemanduannya.
            “Gossip pasal lelaki handsome”jawab Aina.
            “Betul betul betul”serentak itu mereka berdua ketawa. Tambah lagi dengan muka masam Adam. Cemburu lah tu.
             “Amboi sayang tak ingat tunang kat sebelah ke. Boleh pulak gossip pasal lelaki”
             ‘Bersayang-sayang lah pulak’ Aina malas nak dengar apa yang Adam katakan. Aplikasi game di telefon bimbitnya di buka.
              “Sorry. Mestilah Nia ingat orang kesayangan Nia. Cuba senyum sikit. Tak kandsomelah muka masam macam ni”Nia tersenyum sambil memujuk Adam.
               Adam tesenyum apabila Nia memujuknya. ‘Tak sabarnya nak kahwin dengan Nia. Kalau boleh hari-hari dia nak merajuk. Biar Nia pujuknya’
               “Dah-dah lah tu senyum. Menyampah pulak Aina tengok.
               “Eleh..Aina jealous lah tu”
               “Aina nak jealous..sorry sikit eh.Setakat abang nak jealous buat apa”bantah Aina. Dia tidak pedulikan senyuman mengusik Adam.

………………………………………………………………………
       
             “Lain kali jalan tu hati-hatilah sikit. Ni tak main terjah je nak lalu mana”marah Aina apabila badannya dilanggar dari arah belakang. Sudahlah air yang dipegang perempuan tu tertumpah dibajunya
               “You tu yang sibuk berdiri depan ni buat apa”perempuan rambut blonde di hadapannya dipandang tajam. ‘Kecik besar kecik besar je aku tengok perempuan ni.
                “Eh dah salah tu lagi banyak mulut pulak. Bukan tahu nak mintak maaf”
                 “You siapa I nak mintak maaf dekat you. Anak Tan Sri? Anak Dato? Ada I peduli”
                 “Aina kenapa ni”tegur Nia yang baru perasankan Aina yang sedang bertegang urat di luar kedai. Adam juga mengikuti langkah tunangnya ke arah adiknya.
                 “Ni hah perempuan bajet minah saleh ni. Dah langgar orang boleh pulak bising-bising. Bukan tahu nak mintak maaf. Hishhhh menyampahlah aku dengan perempuan ni”Aina sudah naik angin.
                  “Erin..what’s wrong”semua mata tertumpu pada suara seorang perempuan yang baru datang ke arah mereka.
                   Nia sudah tidak betah apabila Adam masih melihat kepada bekas kekasihnya.
                  “Huh..ada lagi seorang yang menyemak kat sini. Ada lagi rupanya. Ingatkan dah lama….”
                  “Aina stop it”tegas Adam.
                  “Why..tadi abang senyap je. Sekarang perempuan ni muncul baru abang nak bersuara.”bidas Aina. Tak suka…tak suka..
                  “Hai Adam”Rasya tersenyum melihat Adam. Makin segak dan makin handsome.
                  “Sudahlah meluat tengok perempuan dua ni. And one more thing tunang kat sebelah pun ada hati lagi ke nak kat mangkuk ni. Jom kak..kita blah dari sini.” Aina menarik tangan Nia beredar dari situ.
                     “Tepilah..aku nak lalu”kasar Aina berkata kepada Erin. Adam pula terkedu. Melihatkan wajah keruh milik Nia membuatkan dia tidak senang hati. Langkah Aina dan Nia pantas diikuti.

……………………………………………………………….